SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 164 - DENDAM TOK GURU

Mungkin kerana mahu memburu masa atau tidak rela ditimpa kecelakaan memaksa orang kanan dan perempuan suruhan mencakar-cakar timbunan tanah di kiri kanan lubang.


Deraman tetap tenang mengkais-kaiskan longgokan tanah di bibir lubang dengan mengunakan cangkul. Maziah tidak ambil peduli apa yang berlaku sekelilingnya. Dia tekun dengan tugasnya membancuh simen.


Haaaa,,,!


Mulut saya terlopong. Dua tiga kali kelopak mata saya pejam-celikan. Bibir di gigit dan nafas dilepaskan perlahan-lahan dan hati kecil bertanya, apakah aku kini berada di alam nyata atau di alam fantasi?


Akhirnya, saya sedar bahawa saya bukan berkhayal. Apa yang terjadi di depan mata adalah benar. Memang, jari jemari perempuan suruhan dan orang kanan luar biasa sekali. Ruas jari-jemari mereka panjang dan bentuknya macam ruas ranting buluh kuning, manakala kuku di jari bertukar menjadi seperti kuku beruang.


“Sudah cukup tu,”    


Saya lihat mahaguru angkat tangan kanan. Dia sudah dapat merasakan bahawa lubang yang ditimbus sudah sama rata dengan paras bumi dia berdiri. Jari jemari dan  kuku orang kanan serta perempuan suruhan kembali normal. Mereka berdiri sambil mengibas-ngibas telapak tangan ke kiri dan ke kanan membuang tanah yang lekat. Di wajah mereka terpamer kepuasan yang amat sangat lalu mereka berbalas senyum dengan mahaguru.


“Sekarang tugas kamu taruh simen sampai rata. Boleh kamu buat kerja yang senang ni?” Muka Maziah ditenung oleh mahaguru.


“Boleh tok guru.”


“Bagus, bila kerja tu selesai, kita berkumpul di bawah pokok mempelam. Sekarang kami pergi dulu. Kami tunggu kamu di situ. Cepat buat kerja tu masa dah suntuk, awan hitam dah dekat nak sampai ke bulan,” mahaguru dongakkan mukanya ke langit.


Mahaguru segera mengajak orang kanannya, perempuan suruhan dan Deraman ke tempat yang dimaksudkan. Mereka membiarkan Maziah terkial-kial di situ. Aneh sungguh, kenapa saya tidak dipelawa untuk ikut serta? Timbul pertanyaan dalam diri. Dan saya jadi cemas semacam.


Di tengah-tengah kedinginan malam itu, badan Maziah terus dibasahi peluh. Dia bekerja bagaikan orang gila. Dalam waktu yang cukup singkat permukaan tanah (permukaan lubang kubur) selesai diturap dengan simen. Maziah tersenyum puas. Maklumlah dapat menunaikan arahan mahaguru dengan sempurna.



 BEREDAR


Sebelum beredar menuju ke arah kumpulan mahaguru di bawah pokok mempelam, Maziah terlebih dahulu menyapu peluh di dahi dan muka dengan kain hitam tiga segi yang dikeluarkan dari rusuk sebelah kiri.


Tanpa menoleh ke arah saya dia pun memulakan langkah menuju arah mahaguru dan kumpulannya. Saya makin resah ditinggalkan sendirian. Termangu macam orang bodoh. Apakah saya harus bertahan di situ. Wajarkah saya buat macam orang bodoh untuk ikut campur dalam kumpulan mahaguru?


Saya dongakkan kepala ke langit, bintang dan bulan masih ada. Gumpalan awan hitam terus bergerak. Bunyi deru angin terus menyumbat gegendang telinga. Badan terasa dingin sekali.


Suasana demikian membuat saya merasa mengantuk dan tersengguk-sengguk. Dari bawah pokok mempelam terdengar mahaguru memberi arahan kepada Deraman dan Maziah yang diselang seli dengan bacaan mantera yang bunyi hampir menyamai Bahasa Urdhu dan Jawa Kuno bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit.


Begitulah antara tidur dan terjaga, saya terlihat simen diatas kubur Osman Garing merekah. Kelihatan semut-semut berwarna putih sebesar jari kelingking bermunculan dari rekahan simen itu. Di bahagian kepala dan kaki (kubur) keluar kabus nipis. Serentak dengan itu terdengar suara  cengkerik cukup kuat. Boleh memekakkan telinga. Saya ketakutan.


“Allah hu Akbar…,” saya menjerit sekuat hati.


Dan pada saat itu juga bahu kiri saya dipaut dari belakang dengan kasar sekali. Saya jatuh terlentang, bila cuba bangun kepala terasa pening dan saya rebah kembali. Dengan mata yang terbuka saya menatap bulan, bintang dan awan gemawan yang bergerak lemah di dada langit. Dada rasa seperti dihempap benda berat yang menyekat gerak tubuh saya.


“Bakal anak murid tu mesti duji,” terdengar bisikan suara dari sebelah telinga kiri. Tidak diketahui dengan pasti apakah suara bisikan itu ditujukan kepada saya atau orang lain. Tidak mungkin untuk saya.


“Tarik,” terdengar pekikan yang kuat. 


Belum pun sempat dipastikan dari arah mana suara itu datang, sepasang kaki saya dipegang oleh sepasang tangan berbulu. Bentuk dan rupa makhluk tangan berbulu tidak dapat dilihat. Bunyi tarikan dan hembusan nafas jelas kedengaran dan bau nya hancing sekali.


“Cepat tarik.”


Suara perintah kian lantang. Sukar dikesan dari arah mana suara itu muncul. Dan saya pun ditarik macam menarik bangkai anjing yang mati dilanggar lori balak.


Kerana diheret dengan kasar daging punggung dan paha terasa seperti mahu bercerai dengan anggota tubuh. Setiap sendi bagaikan mahu tercabut. Setiap kali saya mengerang kesakitan saya diejek dengan ketawa.  Suara ketawa bergerak mengikut arah angin.


Bila saya merayu agar ditarik dengan cermat muka saya di simbah dengan air yang bercampur selut (tanah liat hitam) akibatnya mata saya terasa pedih. Mungkin kerana terlalu banyak bercakap, mulut saya disumbat dengan seketul batu sebesar penumbuk orang dewasa.


Saya sudah tidak berdaya. Saya pasrah pada Allah. Dalam keadaan sakit yang tidak tertahan-tahan itu saya terus menyebut nama Allah berulang kali. Akhirnya bahagian pangkal kemaluan saya dipijak-pijak. Sakitnya, Allah saja yang mengetahui.


“Sudahlah tu…”


Sepasang tangan berbulu melepaskan sepasang kaki saya yang diseret. Hati terasa lega tetapi, rasa pedih yang perit di bahagian belakang, punggung dan paha tetap terasa. Bila saya mengerang kesakitan tangan berbulu segera mengosok bahagian yang sakit hingga rasa sakit hilang. Tetapi, saya tetap gagal untuk melihat wajah tangan yang berbulu itu.


“Tinggalkan calun baru itu di situ.”


Terdengar suara ghaib sekali lalu. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi telapak kaki orang berjalan di sebelah kanan. Bunyi yang kuat itu beransur perlahan dan akhirnya terus hilang. Suasana terasa sepi sekali.


Kerana rasa sakit sudah hilang, saya pun terus duduk dan pada saat itu juga saya teringatkan mahaguru dan kumpulannya. Usaha saya tidak sia-sia,  mahaguru dan puaknya tersengih merenung ke arah saya. Rupanya makhluk tangan berbulu mengheret saya ke arah kawasan pokok mempelam. Kerana perempuan suruhan pernah bercakap dan melayani saya. Tentu tidak salah kalau saya mendekatinya.


Saya yakin dia telah melihat apa yang saya alami. Fikir saya sendirian. Saya pun cuba menginsut kearahnya.


“Jangan bergerak, duduk bersila di situ” pekik orang kanan mahaguru sekuat hati. Perempuan suruhan ketawa terkikih tetapi mahaguru dan Maziah diam terpaku kecuali biji mata saja yang bergerak merenung pergerakan saya.


“Kamu tidak boleh melepasi garisan putih,” sambung orang kanan. Saya tidak dapat buat apa-apa, terpaksa patuh pada arahan yang dikeluarkan. Jarak saya dengan kumpulan mahaguru (di bawah pokok mempelam) kira-kira sepuluh kaki. Dipisahkan oleh garisan putih (garisan itu dibuat dari kapur) yang membentuk sebuah bulatan.


Mahaguru dan puaknya berada dalam bulatan. Mereka duduk atas peti (kotak) susu mengelilingi mahaguru sedangkan mahaguru yang berada ditengah-tengah duduk atas bangku kecil yang diperbuat daripada buluh kuning.


Antara mereka dan saya terdapat perbezaan yang cukup ketara. Saya berada diluar garisan. Mereka duduk atas peti susu dan bangku sedangkan saya disuruh duduk mencangkung dengan sepasang tangan memeluk betis, tidak ubah macam orang tawanan perang.


Saya hanya mampu menelan air liur, setiap kali mereka meneguk kopi panas. Tidak dapat dipastikan siapakah yang meyediakan air kopi panas untuk mereka.


Barangkali air kopi memang sudah ada di dalam sebuah peti susu yang tidak diduduki oleh sesiapa.  Keadaan peti itu juga agak ganjil, dicat dengan warna hitam dan ditutup dengan kain kuning. Walau apa pun aroma (bau) kopi membuat saya pejam celik dan kepingin untuk menikmatinya.


Dalam keadaan perasaan yang serba tertekan itu, sayup-sayup gegendang telinga menangkap suara kokok ayam. Nyanyian burung hantu yang menyeramkan masih bergema datang dari arah puncak bukit yang tertegun kaku. Rasa dingin terus mengigit setiap kulit tubuh, saya mengigil tetapi, mahaguru  bersama puaknya menghangatkan tubuh dengan minum air kopi panas.


Dalam usaha menghalau kedinginan saya mengigit bibir. Ternyata usaha itu tidak memberi kesan, saya terus mengigil dan gigi  pun berlaga sama sendiri. Angin terus merempuh dedaun hutan hingga bergesel sesama sendiri dan bulu roma terus berdiri.


Betapa tidak?  Hasil sentuhan itu melahirkan bermacam-macam bunyi aneh. Ada suara orang menangis, ketawa dan menjerit. Begitulah silih berganti.



LEMAH


Angin yang mulanya bertiup lemah, tiba-tiba bertukar menjadi keras. Langit yang cerah mula dilitupi awan-awan hitam tebal. Saya kira tidak lama lagi bumi pasti disirami hujan.


“Kamu harus ingat.  Apa yang kamu tengok tadi, tetap menjadi rahsia diri kamu seumur hidup. Biar rahsia itu pecah di perut, jangan pecah dimulut,”


Memang tidak salah lagi. Itu adalah suara mahaguru dalam nada yang cukup serius. Saya pun angkat kepala dan merenung ke arahnya. Mahaguru melepaskan renungan tajam ke wajah Maziah dan Deraman penuh makna dan rahsia tersendiri.


“Kamu berdua mesti merahsiakan tempat kamu menuntut ilmu ini, jangan beritahu sesiapa tentang diri aku, tentang orang kanan dan perempuan suruhan. Kalau ada orang bertanya bentuk tubuh dan muka kami, jangan beritahu. Faham?” Sambung mahaguru.


“Faham,” sahut Maziah dan Deraman serentak.


“Kalau ada orang yang bertanya, kemana hilangnya Osman Garing? Apa kamu nak jawap?” orang kanan kemukakan pertanyaan.


“Mati dalam laut, kena ribut,” jawap Deraman.


“Kamu, apa jawapan kamu,  Maziah.”


“Saya beritahu orang yang bertanya, saya tidak begitu rapat dengannya. Saya tak tahu langsung tentang hal dirinya.”


“Kedua-dua jawapan boleh dipakai. Tetapi, sebaiknya jawapan mesti sama, jangan bertelagah antara satu dengan lain,” orang kanan memberi pandangan.


“Kami ikut nasihat orang kanan,” kata Deraman.


Senyum megah terukir di kelopak bibir orang kanan.


Seterusnya mahaguru mengingatkan Deraman (Wan) dan Maziah jangan sekali-kali melakukan pemujaan dan  pembunuhan dengan sewenang-wenangnya. Ada syarat tertentu yang membolehkan pemujaan dan pembunuhan dilakukan.


Pertama, orang itu mempunyai ilmu dunia yang berlawanan dengan apa yang mereka (Maziah dan Deraman) tuntut. Bila dicabar harus bertindak. Musnahkan mereka. 


Kedua, orang yang menolak atau enggan menunaikan permintaan mereka, walaupun sudah dipujuk dan sudah banyak tolak ansur.


Ketiga orang yang sudah mengetahui tipu muslihat mereka. Contohnya mereka dapat memukau orang ternama dan kaya hingga orang terbabit mengikut telunjuk mereka. Tetapi, disaat akhir rahsia penipuan dapat dikesan oleh orang yang bakal menjadi mangsa mereka.  Pada saat itu, mangsa harus diculik dan dihukum di tempat pemujaan. 


Keempat orang yang gila menuntut ilmu bathin untuk jadi kebal, menuntut ilmu penggerun atau mahu mencari kekayaan dengan mudah dan taksub dengan dukun atau bomoh.


“Kamu berdua juga harus ingat, orang yang mahu dikorbankan untuk pemujaan, jangan terus dibunuh. Mesti dipukau terlebih dahulu, jangan dibunuh di kawasan lapang atau di tempat terbuka seperti apa yang kamu tengok tadi. Itu cuma contoh saja untuk kamu”


“Habis kemana kami nak buat kerja tu?” tanya Maziah dengan sepasang mata   yang bercahaya di bawah sinar pelita minyak tanah.


“Buat dalam rumah atau pondok. Sebaiknya rumah atau pondok tu jangan ada tiang. Kalau ada tiang buat bilik dibawah rumah dan korek lubang. Pokoknya mayat mesti ditanam dalam kawasan rumah, darah mesti menitik atas bumi. Ditanam dan permukaan mesti disimen, kalau tak ada simen, longgokkan kayu dan bakar atas kubur hingga tak ada orang menyangka dibawah unggun api ada mayat manusia. Cara memotongnya sudah aku tunjukkan tadi.


“Iya, kami dah faham.”


“Bagus,” jkata mahaguru dengan senyum yang memanjang.


Kehadiran saya diluar garisan, seolah-olah tidak wujud sama sekali. Saya dibuat endah tak endah saja. Rasa dingin mula berkurangan dan saya boleh mengerakkan jari-jemari dan tidak perlu memeluk kedua belah lutut


Saya terus bangun dan melakukan senaman untuk memanaskan darah. Saya melompat dan membuka bunga silat untuk memanaskan dan menegangkan urat di setiap sendi .


“Duduk,” jerit perempuan suruhan.


Belum sempat saya menjawap, seketul tanah hitam sebesar buah ciku (sawo)  dilontar tepat ke bahu kanan. Serta merta sendi lutut saya jadi lemah dan tidak mampu berdiri. Saya terus jatuh terduduk disitu.


“Duduk diam-diam disitu,” sambung perempuan suruhan.


“Pulihkan sendinya,” orang kanan keluarkan perintah dan perempuan suruhan segera melompat melepasi garis putih menuju ke arah saya. Hidung saya dicuitnya dengan ibu jari kaki kirinya. Kedua belah sendi lutut kembali berfungsi dengan baik. Kerana sudah dilarang jangan bergerak kemana-mana, saya terus diam di situ.


Mahaguru memetik ibu jari kiri ke arah orang kanannya. Saya lihat orang kanan angguk kepala. Dari gerak-geri tersebut, saya mula faham, tugas selanjutnya di serahkan kepada orang kanan.


 “Darah pertama  biarkan menitik atas bumi, darah selebihnya kamu ambil dan sapukan kemuka, terutama bagi orang perempuan, dengan itu kulit muka lambat kecut, sentiasa nampak awet muda. Tadi sudah aku terangkan,” orang kanan memulakan kuliahnya.


“Iya . saya ingat,” sahut Maziah


“Kamu kesal Osman Garing jadi korban pemujaan?”


Maziah tidak menjawap.


“Bagaimana dengan kamu Deraman?”


Saya lihat Deraman resah semacam. Mahaguru mengigit bibir, di wajah terbayang keraguan. Dia merasa sangsi terhadap dua orang anak muridnya yang sudah ditauliahkan itu. Dia segera memberi isyarat kepada orang kanan supaya menyerahkan tugas itu kepadanya kembali.  Orang kanan anggukkan kepala.



PUCAT


Mahaguru genggam penumbuk, sementara tangan kirinya menarik lawi ayam yang terselit di pinggang sebelah kanan. Dua tiga kali dia menumbuk angin, sebelum lawi ayam yang berulukan gading gajah bertukar tempat. Dari telapak tangan kiri melompat ke talapak tangan kanan. Lawi ayam dikeluarkan dari sarungnya. Dua tiga kali lawi ayam diacukan ke batang leher Maziah dan Deraman.


“Jangan khianat aku.”


Saya lihat muka Maziah dan Deraman pucat lesi.


“Saya cakap kamu suka atau tidak Osman Garing dibunuh.”


“Suka tok guru.”


“Hum… kamu berdua suka aku bertindak kasar dan biadab.”


“Maafkan kami tok guru” 


“Hummmm..”


Malam kian tua, awan hitam masih bergerak lemah di dada langit, Suara burung hantu jarang kedengaran. Angin bagaikan penat mahu menyentuh dedaun di hujung reranting. Ayam bagaikan sudah bosan mahu berkokok. Tetapi, cahaya dari pelita minyak tanah tetap setia menerangi tempat mahaguru dan pengikutnya berkumpul.


Begitulah, ditengah-tengah kelesuan malam yang kian tua, kemarahan yang pada  mulanya membara dalam dada mahaguru terus padam. Dengan secara sepontan mahaguru membuka rahsia.


“Kamu berdua tak tahu,  atau sengaja pura-pura tidak tahu yang si Osman Garing  tu ada ilmu. Hari pertama aku tengok ekor matanya, aku dah tahu. Dia bukan datang dengan dada kosong.”


“Dia beritahu saya, dia tak ada apa-apa. Dadanya kosong, dia datang ke sini semata-mata nak tuntut ilmu. Nak belas dendam dengan orang yang buat jahat padanya,” kata Deraman.


“Memang begitulah cara dia menipu kamu. Itu cara dia minta simpati dengan kamu, Eh..!  Kamu tak sedar dia ada hati dengan Maziah. Malah nak jadikan Maziah bininya, dia nak tengok siapa handal berkayuh sampan atas katil,” tutur mahaguru bersama senyum sinis.


Biji mata Deraman terbeliak. Dia tidak menduga sampai sejauh itu Osman Garing mahu bermain serong dengannya.


“Tapi, dia nampak cukup baik tok guru,” Maziah pula bersuara.               


Mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Maziah itu, mahaguru ketawa terbahak-bahak. Dua tiga kali dia gelengkan kepala.


“Orang nak pekenakan kamu, kamu kata baik Maziah. Kamu tak tahu dia datang ke sini nak menguji aku dan aku pula berazam nak menjadikan dirinya mangsa pemujaan. Kerana dia rela jadi anak murid aku, senanglah aku menguasainya. Kalau dia datang nak berlawan dengan aku, sulit juga aku dibuatnya,” mahaguru menarik nafas panjang.


Maziah dan Deraman berpandangan sesama sendiri. Orang kanan dan perempuan suruhan mengikuti cerita dari mahaguru penuh minat.


“Tak mengapa semuanya sudah selesai,” cetus mahaguru lagi dengan perasaan yang cukup lega sekali.


Buat beberapa minit mereka tidak berkata-kata. Masing-masing termenung panjang. Barangkali mereka sedang membuat rumusan tersendiri tentang cerita yang dituturkan oleh mahaguru itu.


“Tak lama lagi ada orang muda yang nak aku jaikan korban pemujaan. Itupun kalau orang muda itu berhasrat nak mencabar aku,” suara mahaguru memecahkan suasana bungkam yang menguasai kawasan bawah pokok mempelam.


“Siapa orangnya tok guru,” dengan lantang Maziah bertanya.



KORBAN


Ternyata cara yang dilakukan oleh Maziah itu dianggap keterlaluan oleh orang kanan dan perempuan suruhan.  Kerana mahaguru tidak memperlihatkan sebarang riaksi mereka tidak dapat berbuat apa-apa.


“Sabar dulu anak murid ku yang setia. Terpaksa ambil masa, tak boleh terburu-buru,” dengan nada suara yang lembut mahaguru bersuara. Matanya tertumpu ke sumbu pelita minyak tanah yang terbakar, “ aku rasa kamu berdua tak sempat nak tengok upacara pemujaan itu,” tambah mahaguru.


“Kenapa pula,?” Desak Deraman.


“Sebabnya esok atau lusa kamu berdua nak tinggalkan tempat ini. Kau orang dah tamat buat apa duduk sini.  Orang yang mahu dikorbankan itu bergantung kepada keadaan. Bila ada murid yang sudah tamat menuntut dan mahu diberi tauliah, barulah korban dan pemujaan dibuat. Sekarang kau dah faham kenapa aku tak beritau nama orang dan masanya,”


“Kami faham mahaguru, “ sahut Maziah dan Deraman serentak.


Sebaik sahaja mahaguru selesai bercakap, darah saya tersirap kerana pada hemat saya orang yang dimaklum oleh mahaguru laknat itu adalah batang tubuh saya.


“Maziah,” teriak orang kanan, “ kalau kamu mahu kulit anunya dan hatinya untuk dibuat bedak atau jamu awet muda, bolehlah aku simpan. ”


“Boleh juga tolong simpankan.”


Selesai saja Maziah menjawap pertanyaan dari orang kanan mahaguru, terdengar bunyi petir yang amat kuat bersama sinaran cahaya kilat. Gerakan jantung bagaikan terhenti dan saya terlihat pohon enau (kabung) yang berada tidak jauh dari kawasan saya dan anak buah mahaguru duduk terbakar.


Api terus menjilat bahagiian atas pokok kabung. Kawasan sekitar terang benderang. Dahan mempelam sebelah kiri terus sekah. Mahaguru dan pengikutnya bernasib baik kerana dahan mempelam tidak menghempap kepala mereka.


Mungkn kerana terkejut membuat mereka melompat dan berada diluar garisan bulat. Bahang panas mula tersebar. Kulit muka terasa seperti dibakar. Dan serentak dengan itu hujan turun mencurah curah. Keadaan menjadi kelam-kabut.


“Berteduh dalam rumah, cepat masuk.”


Dalam hujan lebat dengan pakaian yang basah kuyup, mahaguru mengeluarkan arahan kepada anak buahnya. Arahan itu segera dipatuhi.


Dalam usaha mencari tempat selamat, saya segera berpatah balik ke arah ‘batang mayat’ tempat tubuh Osman Garing dikerat. Darah yang bercampur dengan air hujan meleleh di batang mayat sebelum menitik ke atas permukaan bumi.


Dalam cahaya kilat yang muncul sekali sekala saya sempat melihat simen  di permukaan (tempat Osman Garing ditanam) tanah dibawa oleh air hujan sedikit demi sedikit  ke kawasan rendah.


Suasana sekitar gelap-gelita (semua jamung dan pelita minyak tanah padam akibat ditimpa hujan). Sebaik saja saya berlindung di bucu ‘batang mayat’ terdengar bunyi petir yang membuat telinga terasa pekak dan bumi terasa macam bergegar.


“La haula walla…”


Itu yang terpancut dari kelopak bibir saya, bila melihat pokok mempelam (tempat mahaguru dan orangnya berkumpul) dipanah petir. Batangnya terkopak dua. Daun dan ranting hangus dimakan api.  Pangkal dan akar pokok tercabut dari bumi dan pokok terus tumbang kaku.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box