SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI

Macam tadi juga, pemandu yang gila-gila bahasa itu, terus memecut kereta ikut suka hati. Tidak mahu langsung memikirkan tentang keselamatan penumpang. Anehnya, Haji Basilam tidak pula menegur perbuatan anak saudaranya. Dia tetap tenang. Barangkali dia sudah lali dengan perangai anak saudaranya itu, fikir saya dalam hati.  


Bagi menghilangkan rasa cemas dan bosan, saya terus menatap pepohon yang meghijau di kiri kanan jalan.


Bila sampai kawasan perkampungan saya suka melihat bentuk rumah penduduk yang tidak banyak bezanya dengan bentuk rumah orang di Semenanjung. Kanak-kanak berkumpul dan berlari di halaman rumah main galah panjang, gasing dan sebagainya.


Sebagai orang muda, tidak dapat dinafikan saya senang sekali melihat anak-anak gadis yang berambut lebat separuh bahu menyeberang jalan dengan ditemani oleh kedua orang tua. Biasanya gadis yang menyeberang jalan emmbawa atau menjinjing pisang, tebu, keladi dan sebagainya.


“Mereka tu baru balik dari ladang, bawa kereta waktu petang memang seronok dapat tengok perkara macam ni. Bila lalu kawasan sungai, kita boleh dapat tengok anak dara mandi, syoknya…,” pemandu kereta yang berwajah serius bersuara. Diam-diam si pemandu melihat telatah saya melalui cermin kecil di depannya. Saya malu sendiri.


“Sudah tu, jangan nak tunjuk perkara tak baik pada Tamar,” sergah Haji Basilam.


“Tak apa, lepas ni kita tempuh kawasan hutan,” jawap pemandu sambil ketawa kecl. Saya hanya tersenyum dan Andi Kamarool membetulkan duduknya agar selesa. Datuk tidak memberikan sebarang komen. Kereta terus meluncur di permukaan jalanraya. 


Dan apa yang diucapkan oleh pemandu kereta itu memang benar. Setelah melepasi kawasan perkampungan tadi, kami tidak menemui kawasan perkampungan lagi. Biji mata kami dihidangkan dengan pandangan gunung-ganang, bukit bukau dan hutan belantara. Akhirnya, kereta melalui kawasan yang tidak berhutan tebal.


 “Berhenti di sini.”   


Empat tayar kereta terpaku di atas jalan raya. Tindakan Haji Basilam membuat anak saudaranya terkejut besar. Datuk hanya mengigit jari kelingkingnya.  Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan. 


“Kenapa berhenti di tengah hutan Ayah Alang?”


“Kalau begitu berhenti di depan, dekat pokok besar. Tentu ada sebab aku suruh kamu berhenti.”


“Hum… “ keluh anak saudara Haji Basilam. Kereta bergerak semula dan behenti dekat pokok besar seperti yang dihajati oleh Haji Basilam.


TOLEH


Saya menoleh ke kanan, terlihat sebuah rumah batu bentuk lama tersergam gagah. Halaman rumah yang bercat putih itu kelihatan bersih. Pepokok bunga kertas yang berdaun lebat ditanam di kiri kanan jalan menuju ke rumah. Terdapat beberapa batang pohon cemara yang tingi menjulang di sudut halaman. Rumput yang hijau bagaikan permaidani menutupi setiap inci halaman.


“Tidak lama lagi waktu asar, aku nak tumpang sembahyang di rumah batu itu,” kata Haji Basilam sebaik saja keluar dari perut kereta. Di tiang pagar (kiri dan kanan) terdapat sepasang patung burung helang yang sedang mengembangkan sayapnya untuk terbang dengan mulut (muncung) yang  terbuka. Patung tersebut dibuat dari tembikar putih. 


“Nak tumpang sembahyang di rumah tu,” tanya anak saudara Haji Basilam sambil mengkerutkan dahi. Dia nampak resah semacam, “ah…ayah Alang buat kerja merepek, semua pemandu tak berani berhenti di sini, perempuan yang duduk di rumah tu bukannya manusia,” tambah anak saudara Haji Basilam. 


“Siapa yang kata perempuan rumah tu bukan manusia? “


“Kawan-kawan saya. ”


“Kawan-kawankau tu siapa dan apa kerja mereka.”


“Mereka bawa kereta macam saya.”


“Kamu jangan pandai-pandai buat cerita. Itu rumah kawan aku, nama sebenarnya Abdulhadi. Gelarannya Orang Kaya Semanda, aku panggil orang kaya saja, aku selalu singgah dan sembahyang di sini. Bagi tahu kawan-kawan kamu, cerita yang mereka dengar tu semuanya tak betul.”


“Begitu ceritanya, Ayah Alang.”


“Iyalah, aku nak perkenalkan si Tamar dan si Andi dengan keluarga orang kaya tu,” Haji Basilam renung ke arah saya dan Andi Kamarool. Datuk hanya tersenyum sinis.


Tiba-tiba saya berdebar, teringat apa yang saya ucapkan kepada Haji Basilam. Ternyata orang tua ini tidak mungkir janji. Dia mahu memenuhi permintaan saya tetapi, sebaliknya saya pula terasa tergugat.


“Kamu pergilah ke Sungai Penuh, kalau tak silap aku dari sini ke sana kira enam puluh batu. Aku dengan kawan-kawan balik sendiri tapi, kalau kamu nak tolong, kamu datang saja pagi esok kira-kira pukul sepuluh pagi.”


“Ayah Alang nak tidur di sini?” Wajah anak saudaranya nampak cemas.


“Iya, di belakang rumah batu tu ada pondok kecil khas untuk aku yang dibuat oleh orang kaya. Kami mengakui adik-beradik dunia akhirat, anaknya aku jadikan anak angkat, sebulan sekali aku turun ke sini menengok dia,” Haji Basilam memberikan penjelasan kepada anak saudaranya yang sekali gus untuk kami bertiga.


BEREDAR


Anak saudara Haji Basilam pun beredar. Tidak sampai sepuluh minit bunyi enjin keretanya hilang dari pendengaran kami.


“Mari kita masuk.”


Kami pun segera mengekori Haji Basilam melepasi pintu pagar memasuki halaman rumah batu tua yang nampak tegap. 


Di sebelah kiri rumah terdapat beberapa pohon ciku (sawo) yang berbuah lebat, di sebelah kanan ada tiga pohon kelapa gading yang sarat berbuah. Sebaik saja sampai di depan pintu rumah, Haji Basilam memberi salam dan terdengar suara orang perempuan menjawap salam.


“Ayah datang bawa kawan.”


Serentak dengan itu daun pintu terbuka, seorang wanita berkulit putih, leher jinjang, berambut ikal ombak laut tercegat di situ. Dan kedua belah bibirnya yang nipis,  terukir senyuman  mesra.


“Silakan masuk,” pelawanya penuh hormat.


“Masuk,” kata Haji Basilam.


Kami pun segera masuk ke ruang tamu berpermaidani merah darah.


Saya berdiri dekat kerusi antik buatan dari Belanda menghadap ke arah dinding (ruang tamu) sebelah kanan, yang mempamerkan potret muka harimau di seluruh dinding tersebut. Potret itu menakutkan, misai dan mata harimau bila direnung lama-lama terasa seperti bergerak-gerak.


Melihat kelengkapan di ruang tamu membayangkan pemilik rumah tersebut bukan sebarang, orang kaya dan ternama serta dihormati. Kebanyakan barang perhiasannya semuanya buatan dari Belanda atau Jerman.   


"Silakan duduk,”


Tanpa buang masa kami pun duduk dan bangku antik jadi pilihan saya. Bagi menghilangkan rasa cemas, potret harimau di dinding tidak saya renung.


“Semua yang datang ni minum kopi?” tanya wanita bebadan langsing dengan ramah. Senyum manis terus menari di kelopak bibirnya.


“Saya harap semuanya minum kopi,” tingkah Haji Basilam. 


“Minta maaf saya bagi air suam,” datuk bersuara, wanita berleher jinjang renung ke arah datuk sambil senyum.


“Terima kasih kerana memberitahu saya,” balas wanita tersebut lalu melangkah dengan tenang menuju ke ruang dapur.


“Dia tinggal seorang di rumah ni Tuk Aji?” Andi Kamarool bertanya. 


Haji Basilam anggukkan kepala. 


“Berani,” kata Andi kamarool lagi. 


Haji Basilam tersenyum. 


Sementara menanti air minuman tiba, Haji Basilam dengan murah hati menceritakan biodata perempuan berleher jinjang, penghuni rumah batu besar di kawasan yang di kelilingi hutan tebal. 


“Kalau aku tak silap, emaknya orang Lubuk Sikaping. Dia tu diberanakkan dalam tahun 1945,’ dengan nada suara yang perlahan Haji Basilam memulakan cerita. 


“Sekarang tahun 1967 ertinya dia baru berumur lebih kurang dua puluh dua. Cantik orangnya,” terkeluar ungkapan dari mulut Andi Kamarool, matanya merenung ke arah ruang dapur. 


“Kamu minat dengan anak angkat aku? Cara sepontan Haji Basilam bertanya. Andi Kamarool tersengih, tidak terkata mungkin dia malu.


Saya rasa lucu dengan tindak–tanduk  Andi Kamarool tetapi, saya masih dapat menahan ketawa. Demi menjaga air muka seorang kawan saya tidak menoleh ke arahnya. Saya renung muka datuk. Dia tetap tenang, matanya tetap mengawasi tiap sudut ruang tamu. 


Bila dia merenung potret muka harimau di dinding, mulutnya bergerak-gerak. Bila menyedari perbuatannya saya awasi, datuk segera mengubah  pandangan ke arah lain. Saya tetap macam tadi, tidak berani merenung potret harimau tersebut terutama di bahagian matanya yang rasanya seperti bergerak-gerak. Bila di renung lama-lama hati saya berdebar dan seluruh sendi terasa lemah.


“Nama anak angkat aku tu Muzlipah. Tetapi semua kaum keluarga dan kawan-kawan rapat dengannya memanggil MIA saja. Sedap nama singkatannya Tamar,” Haji Basilam renung muka saya. Sudah tentu saya jadi tak tentu arah. Antara mahu dan malu saya terus menjawab.


“Sedap Tuk Aji,”


DUGA


Tidak saya duga jawapan yang tergesa-gesa itu membuat Andi Kamarool ketawa. Begitu juga dengan Haji Basilam. 


“Si Mia ni anak tunggal?” datuk bertanya setelah ketawa Andi Kamarool dan Haji Basilam berakhir. Dengan renungan yang lembut sepasang anak mata Haji Basilam tertumpu ke wajah datuk.


“Anak orang kaya cuma dua orang saja. Anak sulung lelaki, duduknya tidak menetap sekejap di Medan, sekejap di Tanjung Periuk, sekejap di Palembang, sesekali dia duduk di Pulau Pinang.” 


“Kenapa berpindah randah?” Datuk minta kepastian. 


“Dia saudagar, menjaga harta dan menjalankan perniagaan peninggalan orang tuanya. Di Pulau Pinang di kawasan Jelutung, Kawasan Simpang Enam, dekat sekolah Arab ada tanah mikik orang kaya.”

 

“Siapa nama anak lelaki orang kaya tu.”


“Ahmad Al Mubarak Al Kerinci.” 


“Nama tu pernah saya dengar. Saya dapat tahu banyak tanahnya diwakafkan untuk mendirikan masjid, jadi tanah kubur dan sekolah Arab terutama di daerah Perak Utara, Seberang Perai dan Kedah.”


“Dia menjalankan amanat ayahnya supaya mewakafkan harta benda untuk kebajikan agama. Ada ceritanya, sebab dia berbuat macam tu.” 


“Apa sebabnya, ” tanya datuk bernafsu. 


“Begini, selepas isterinya melahirkan anak pertama, isterinya tidak hamil lagi dekat dua puluh tahun, sedangkan dia berhajat mahukan anak perempuan. Bila dia mahu kawin lagi, dengan izin Allah isterinya mengandung si Mia. Sudah ajal isteri, masa dia melahirkan Mia, dia mati. Sejak kejadian itu dia jadi dermawan.”


“Kalau begitu, jarak umur Mia dengan abangya, banyak bezanya,” keluh datuk dan Haji Basilam anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk.


Cerita tentang Mia tidak mati di situ saja. Haji Basilam melanjutkan dengan menyatakan, tanah seberang jalan yang ditanam dengan pepokok cengkih, adalah milik Mia. Tanah tapak rumah yang didiaminya luasnya lebih dari sepuluh hektar. Selain dari itu dia juga memlilki tanah dusun, tanah sawah dan ladang getah. 


Saya segera teringat, semasa naik kereta tadi, kira-kira dua batu sebelum sampai ke kawasan rumah Mia saya melihat ladang getah yang subur dengan daun yang menghijau.


“Banyak hartanya Tuk Aji,” kata Andi Kamarool. 


“Iyalah, harta pesaka.” 


“Semuanya dia urus sendiri.” 


“Sudah tentu Tamar,” 


Saya telan air liur sambil menyendarkan badan ke bangku antik. Entah macam mana, secara tidak sengaja saya terpandangkan potret harimau di dinding. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata, saya seperti melihat mata harimau bergerak serta membuka mulut, menjelirkan lidah. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke arah lain. 


“Berdasarkan cerita Tuk Aji, saya yakin Mia banyak duit, kenapa dia tak panggil orang jadi pengawal rumahnya. Apa dia tak takut harta bendanya kena rompak. Apa dia tak bimbang tentang keselamatan dirinya,” sambil membetulkan duduk, Andi Kamarool bertanya. 


“Dia tak memerlukan semuanya itu. Dia ada penjaga istimewa.” 


“Maksud Tuk Aji?” Saya segera bangun. 


“Nanti kamu tahu juga dengan apa yang aku maksudkan.” Haji Basilam menyuruh saya duduk. Cakapnya saya patuhi. Datuk tidak turut campur dalam percakapan kami. Dia lebih banyak mendengar dan memerhati.


“Saya nak tanya Tuk Aji, tadi Tuk Aji kata semuanya Mia urus sendiri. Apakah menebas, menebang, membersihkan kawasan rumah dia buat sendiri?” Andi Kamarool rupa-rupanya kurang puas hati dengan penjelasan yang diberikan Haji Basilam sebentar tadi.


“ Tidak,  maksud aku urusan kewangan, membersihkan kawasan tanah ada pekerjanya. Mana Mia larat nak kerjakan tanah yang luas ni. Kebun cengkih ada pekerjanya, ladang getah ada orang menjaganya, begitu juga dengan ladang kopi.”


“Pekerjanya tak tinggal di sini?” Soal saya. 


“Tidak, mereka tingal di rumah sendiri, kira-kira dua tiga batu dari sini. Dia orang datang pagi, balik petang.” 


“Mia memang manusia misteri,” rungut Andi Kamarool.


“Kerana itu aku singgah di sini. Aku mahu kamu berdua mengenali siapa Mia ini,” sesungguhnya, kata-kata yang diucapkan oleh Haji Basilam penuh dengan tanda tanya dan rahsia. 


SENYUM


Saya renung ke arah datuk. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia nampak bersahaja dan senyum, seolah-olah menyuruh Haji Basilam mengulangi kata-kata yang sudah diucapkan itu. Apakah sudah ada pakatan antara Haji Basilam dan datuk? Timbul persoalan dalam hati. Andi Kamarool menarik nafas dalam-dalam dan saya terus dengan keresahan tanpa hujung. 


"Maaf saya terlambat.” 


Mia muncul didepan kami menatang talam.


“Lambat pun tak apa. Ini pun kira dah cukup bertuah, ada orang nak bagi minum. dapatlah kami basah tekak,” Andi Kamarool yang pendiam bertukar menjadi peramah bila berdepan dengan Mia. Dalam senyum yang menawan, Mia mengatur cawan atas meja. Dua piring sukan goreng turut diletakkan.


“Jemput,” katanya


Tanpa membuang masa Andi Kamarool segera meneguk air kopi dan mencubit sukun goreng. 


“Sedap,” tutur Andi Kamarool. 


Dan sepasang anak matanya menelanjangi wajah Mia yang manis. Mia yang menyedari irinya jadi perhatian Andi Kamarool jadi serba salah. 


Dia duduk di bangku antik paling kanan, tidak jauh dari Haji Basilam. Bangku yang diduduki Mia beralaskan kain kuning yang disulam dengan benang emas dalam bentuk seekor harimau. 


“Semuanya ini tidak datang dari Jambi, Mia,” Jawap Haji Basilam. 


“Habis dari Pelembang atau Medan,” 


“Seorang  saja dari Jambi yang ini,” Haji Basilam menuding jari telunjuknya ke arah Andi Kamarool, yang dua ni dari Tanah Melayu dan yang muda ni cucu orang ni,” sambung Haji Basilam sambil biji matanya merenung ke arah datuk. Saya tertunduk malu. 


“Saya merasa bertuah dan beruntung menerima tetamu dari Tanah Melayu. Arwah orang tua saya selalu menyebut tentang abangnya yang tua membawa diri ke Tanah Melayu,” saya lihat kelopak bibir Mia yang merah cantik bergerak lembut ketika mengucapkan kata-kata.


“Kenapa membawa diri ke Tanah Melayu?” Datuk bertanya. 


“Kata arwah ayah saya, abangnya tu merasai didinya tidak diperlukan keluarga kerana sikap keras kepalanya. Dia merajuk dan membawa diri ke tempat bernama JEJAWI terletak antara Pahang dan Negeri Sembilan. Orang tua saya pernah ke sana dan memujuk abangnya balik ke sini tetapi, abangnya yang keras hati tidak mudah di pujuk. Dia tak mahu memijak bumi Kerinci. Saya tak tahu, apakah keturunan paman saya tu masih ada disana,” tambahnya dengan wajah yang serius. Dan pada saat itu juga saya terdengar suara ngauman harimau. Dari arah mana datangnya tidak dapat saya pastikan.


BERDEBAR


Secara mendadak badan saya terasa lain macam. Bulu roma terus tegak dan hati berdebar. Saya renung muka datuk, Andi Kamarool dan Haji Basilam. Mereka nampak tenang dan aman. Barangkali mereka tidak mendengar suara ngauman harimau tersebut. Situasi begini merisaukan dan melemaskan perasaan saya.


Tetapi, dari gerak mata dan cara datuk duduk di bangku antik, saya dapat membuat andaian bahawa hati datuk tidak aman. Ada sesuatu yang tidak kena. 


“Saya tercium bau harimau,” datuk luahkan kata-kata dan cuba mahu bangun untuk meninjau ke luar rumah melalui jendela. Belumpun sempat datuk melakukan sesuatu, Haji Basilam menerkam ke arahnya. Ada sesuatu yang dibisikan oleh Haji Basilam kepada datuk. 


“Saya faham,” angguk datuk. 


Haji Basilam meninggalkan datuk dan duduk di kerusi. Mia yang memerhatikan gelagat datuk dan Haji Basilam tersenyum.


“Maafkan pak cik Mia,” datuk renung muka Mia.


“Tak apa, pak cik orang baru, belum tahu suasana di sini, kecuali ayah yang sudah masak dengan sekeliling,” Mia renung ke arah Haji Basilam yang tersenyum senang. Saya hirup kopi untuk kesekian kalinya sambil menelan sukun goreng. Begitu juga dengan Andi Kamarool. 


“Begini Mia, kalau umur pak cik panjang, pak cik bersedia menolong mencari ayah saudara Mia tu. Dengan syarat beritahu dulu, bila Mia mahu datang ke Tanah Melayu” 


“Pak cik, tahu tempat itu?” 


“Pak cik tak berapa tahu, daerah tu di sebelah selatan, kalau di sebelah utara dari Kuala Selangor membawa ke Kuala Perlis, pak cik tahulah sikit-sikit,” 


“Kalau dia tak ada cucunya boleh tolong kamu. Boleh atau tidak kamu menolong Mia, Tamar?” Secara mendadk Haji Basilam ajukan pertanyaan. Saya yang terpinga-pinga terus anggukkan kepala, “boleh, boleh.”


“Begitulah orang muda,” puji Haji Basilam sambil menegakkan  ibu jarinya ke arah saya. 


“Ayah bermalam di sini,”


Haji Basilam terus meletakkan cawan kopi di tangan atas meja. Kesan air kopi di pinggir bibir segera di kesat dengan telapak tangan.


“Iya Mia,” 


“Kerana ayah ada kawan, tak payah lah saya panggil Sabrun menemui ayah.” 


“Begitulah kira-kiranya Mia.”


Ungkapan Haji Basilam kami (saya dan Andi Kamarool) sambut dengan ketawa. Mia hanya tersenyum. Aduhai! Senyumannya sungguh mendebarkan. Patutlah Andi Kamarool tertarik kepadanya. Tidak dinafikan, kecantikan Mia gadis Kerinci sungguh mempersonakan. 


Mia pun mengangkat cawan dan piring ang sudah kosong. Sampai di ambang pintu (pemisah ruang tamu dapur dengan ruang tamu)  dia berhenti mekangkah dan merenung ke arah saya dan Kamarool. 


“Cantik, tapi aku bimbang Tamar,” bibir Andi ke telinga saya. 


“Bimbang apa, Andi.”


“Siapa tahu dia keturunan manusia harimau. Tanda-tandanya sudah ada , berani tingga di tempat terpencil seorang diri.” 


“Jangan fikir yang bukan-bukan Andi,” kata sya sambil merenung ke halaman rumah menerusi jendela. Andi juga berbuat demikian. Datuk dan Haji Basilam masih termenung di kerusi antik. 


BIADAP


Bila saya dan Andi Kamarool merenung ke arah pintu dapur, Mia sudah tercegat di situ. Renungannya cukup tajam ke arah kami, macam ada sesuatu yang dicurigai terhadap saya dan Kamarool. Kelopak bibirnya bergerak bagaikan berkata: Kamu berdua memperkatakan keturunan aku, biadap. Menumpang rumah orang, hormatlah tuan rumah. Saya dan Andi Kamarool jadi tidak tentu arah, macam orang terpegangkan besi panas. Serentak kami merenung keluar kembali.


“Waktu asar dah masuk, ayah nak sembahyang di sini atau di surau pekerja,”


“Ayah fikir di sini saja Mia.” 


“Kalau begitu masuk saja ke bilik sembahyang. Hati-hati sudahlah ayah, jangan ada yang celupar mulut.” 


Saya dan Andi Kamarool bertukar pandangan. Kata-kata yang diluahkan oleh Mia seolah-olah ditujukan untuk kami berdua. Mia pun masuk ke ruang dapur.


Haji Basilam pun bergerak menuju ke bilik sebelah kanan dengan diikuti oleh datuk, saya dan Andi Kamarool.


Berada dalam bilik terasa selesa, ruang biliknya cukup luas dan bersih boleh menampung lebih dari lima belas orang para jemaah. 


Terdapat sebuah rak buku yang penuh dengan kitab-kitab lama, disamping beberpa naskhah Quran  yang ukuran dan bentuknya berbeza-beza. Dari ukuran biasa, ukuran sedang hingga kepada bentuk dan ukuran paling kecil yang panjang kira-kira satu inci setengah dengan lebarnya satu inci. Jumlahnya lebih kurang lima naskhah, semuanya tergantung rapi. Lampu-lampu antik tergantung di dinding. 


“Bilik wuduknya di mana?” 


“Sebelah kiri awak, tolaklah pintu tu,” Haji Basilam menjawap pertanyaan datuk. Dengan hati-hati, datuk tolak daun pintu dan terus masuk.


Bila datuk keluar, Haji Basilam pula masuk. Sebaik saja Haji Basilam keluar, saya dan Andi masuk serentak. Bilik mengambil air sembahyang itu kecil saja, berukuran 15 x 10 kaki, lengkap dengan kolah bersimen kasar dan digosok ke telapak tangan atau kaki bagi menghilangkan kekotoran.


Air kolah cukup jernih dan sejuk. Air itu didatangkan dari sebuah anak bukit yang terletak tidak jauh dari rumah batu, melalui pancuran buluh yang bersambung. Air dari pancuran terjun kedalam kolah menuju ke sebuah parit kecil yang bertemu dengan sebatang anak sungai.  


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box