SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 170 - DI BILIK MISTERI

Sebagai manusia, rasa cemas dan takut tetap berombak dalam dada saya. Tidak keterlaluan, kalau semua benda yang berada di situ menjadi perhatian mata. Hati kecil yang nakal selalu membuat kesimpulan sendiri tentang apa yang ada di situ. Semoga tidak ada perkara menakutkan muncul di depan mata kami. Itu doa saya.


“Masuk,’ kata Mia.


Kami pun masuk ke bilik misteri


“Semuanya seperti keadaan asal,” untuk kesekian kali Mia mengulanginya. Andi Kamarool dan saya hanya anggukkan kepala sambil bergerak mengikuti langkah Mia


“Sampai berapa lama, semua benda yang ada di sini dibiarkan begini,” tanya Andi Kamarool.


“Aku sendiri tak tahu. Pertanyaan tu sebaiknya ditanyakan kepada abang aku,”


“Maksud kamu Mia?”


“Kerana dia yang menyuruh aku menjaga dan memelihara semua benda-benda dalam bilik ni. Sebenarnya, aku tidak minat dengan perkara-perkara begini. Malangnya aku tidak dapat menolaknya aku terpaksa lagipun semua tidak menyusahkan malah menguntungkan diri aku.”


“Kami faham Mia,” tingkah Andi Kamarool.


“Tiga tahun atau empat tahun sekali abang aku datang ke bilik ni. Dia ada urusan yang aku sendiri tak tahu. Apa yang pasti, semua peninggalan nenek dan datuk menjadi miliknya kerana dia orang lelaki.”


Macam tadi juga saya dan Andi Kamarool terus anggukkan kepala. Tidak berhasrat untuk mengajukan pertanyaan kepada Mia. Semuanya sudah jelas.


Kerana keadaan bilik menjadi agak gelap, Mia pun segera memetik suis lampu di tepi dinding. Seluruh bilik misteri terang benderang. Kini segala-galanya dapat dilihat dengan jelas. Walaupun begitu, Mia tidak dapat menyembunyikan perasaan cemas. Dia melangkah dengan hati-hati. Sedaya upaya mengelakkan kaki atau tangan menyentuh sesuatu di lantai bilik.


Dan Mia seperti mendapat satu pertanda, bial secara tidak sengaja dia tersepakkan sesuatu di lantai. Kalau tadi dia nampak cemas dan takut-takut tetapi kali ini dia kelihatan lebih berani dan bersemangat.


“Tamar, Andi tengoklah sepuas hati.”


Kami segera berlegar-legar dalam kamar misteri. Sebaik saja kami mendekati katil besi, lampu letrik padam dengan sendiri. Mia segera melompat keluar dan terus memetik suis lampu di bahagian ruang dapur. Lampu disitu menyala. Mia kembali ke kamar misteri dan cuba menyalakan lampu, ternyata usahanya gagal.


Mia cuba mencari lilin, tetapi kami menghalangnya. Pergelangan tangan kiri dan tangan kanannya kami pegang. Kami tidak mahu Mia meninggalkan kami lagi. Sama ada suka atau tidak, Mia terpaksa berdiri bersama dalam bilik tersebut. Walaupun lampu di ruang dapur menyala , tetapi cahayanya tidak dapat menerangi atau sampai ke dalam bilik.


Dalam keadaan yang serba gawat itu terdengar suara orang perempuan merintih. Mia terpegun dan memberitahu kami, bahawa suara itu tidak lain tidak bukan, adalah suara nenek nya sendiri. Lagi sekali saya dan Andi Kamarool diserang rasa gementar. Bulu roma saya mula berdiri dan secara tidak semena-mena lampu di ruang dapur turut padam. Senja yang mula bermaharaja di luar menambahkanlagi kegelapan dalam kamar.


“Siapa kamu ?”


Entah dari mana suara itu datang. Kasar dan keras sekali. Saya pasti itu bukan seorang perempuan tetapi, suara seorang lelaki ang saya kira bertubuh besar dan tinggi. Ini berpandukan dari gaya dan tekanan suara yang diluahkannya. Tiada jawapan dari saya dan Andi Kamarool.


“Terangkan,  siapa kamu?”  Ulang suara itu, bertambah keras dan garang.


“Saya dari keturunan Anak Kuntar.”


Terdengar suara Andi Kamarool menjawap pertanyaan. Saya bertambah gementar, saya tak mahu menyebut asal keturunan saya kepada orang yang tidak saya kenali.


GELAP


Suasana terasa sepi dan menyeramkan, dalam gelap itu saya terasa seperti ada sesuatu yang bergerak di sisi saya. Tiada pertanyaan yang dikemukakan oleh suara tersebut. Cuma yang terdengar adalah suara seperti orang mengeluh.


Mia terus memegang pergelangan tangan saya dengan kuat. Sesungguhnya, pada saat itu, tidak ada rasa ghairah dan terpikat kepada Mia, mekipun bahu kamu sering bersentuhan dan rambutnya yang panjang berbau wangi menyentuh cuping telinga.


Dan adakalanya secara tidak sengaja pipi kami berlaga dalam gelap. Semuanya tidak membangkitkanrasa berahi. Saya memegang dan memaut lengannya semata-mata kerana mau menghilang rasa takut.


“Iya, sekarang aku dah kenal kamu,” cara mengejut suara itu bergema kembali,” ayah kamu pewaris dari Rajo  Kaya?”


“Iya, memang tepat tuk,” jawap Andi Kamarool/.


“Kawan kamu yang satu datang dari tanah seberang.”


“Iya tuk dari negeri bernama Perak.”


“Aku tahu dia tidak merbahaya aku tahu asal keturunannya.”


Saya terus membatu, badan saya menggeletar sendiri.


Suasana dalam kamar itu terasa cukup menggerunkan. Ada bunyi orang berjalan dan sekali terasa kedua belah bahu saya di tepuk dari belakang. Di dinding ada dua cahaya memancar seperti cahaya lampu picit. Saya kira, itu adalah sepasang mata harimau jelmaan.


Akibat kemunculan dua cahaya di tepi dinding, suhu badan Mia segera bertukar dari normal menjadi panas, saya berusaha memisahkan telapak tangan yang mencengkam pergelangan Mia.


Ternyata usaha saya itu tidak berjaya, tangan saya terus melekat bagaikan diikat. Saya terpaksa menahan rasa panas yang amat sangat.


“Apakah tuk dan nenek marah kerana saya dan kawan datang ke sini?” Andi Kamarool terus bertanya.


“Tidak, tidak cucu Rajo Kaya, aku gembira kerana kamu mahu bersahabat dengan cucu aku si Mia.”


Setiap patah kata yang diungkapkan oleh suara misteri kepada Andi Kamarool, saya ikuti dengan teliti. Dengan demikian saya dapat membina keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri. Secara tidak langsung rasa takut dan cemas tersingkir dari lubuk hati.


Bila rasa takut tidak dapat menguasai diri, suhu panas di badan Mia kembali normal. Rasa panas di telapak tangannya terus hilang. Aneh sungguh, cahaya di dinding, rasa takut, bagaikan mempunyai hubungkait dengan diri Mia, gadis misteri.


“Tuk dan nenek, kenal rapat dengan Rajo Kaya.”


“Secara tentang muka kami tak pernah kenal, secara batin, aku sekarang mengenalinya. Rajo Kaya juga ada menyimpan harimau yang kemudiannya diserahkan kepada ayah kamu. Apa tujuan kamu datang ke mari.”


“Tak ada membawa maksud apa-apa, sekadar untuk menziarahi saja, tuk,” dengan nada suara penuh keyakinan Andi Kamarool menjawap pertanyaan dari suara ghaib.


SEPI


Suasana kembali sepi. Saya berdoa dan mengharap tidak ada lagi dialog antara Andi Kamarool dengan menausia ghaib itu. Saya sudah lemas dan jemu berhadapan dengan keadaan begini. Kalau boleh saya mahu segera keluar dari kamar yang penuh misteri ini.


“Aku senang kamu dan kawan kamu datang menziarahi kami. Aku harap perkenalan kamu dengan cucu kami akan berlanjutan,” suara yang bertanya sudah bertukar kepada suara orang perempuan, lembut dan bersopan santun. Barangkali itu suara nenek Mia. Dari nada suara yang terucap menandakan bahawa dia (dan mungkin suaminya) menyenangi kedatangan kami.


“Sekarang kamu berdua sudah tahu yang Kutar itu anak lelaki Dubalang Api, menantu kesayangan Rajo Kaya.


Keturuan kamu keturunan orang yang hebat-hebat belaka, lebih handal dari kami, jangan sia-siakan peninggalan nenek moyang kamu. Mahu aku terangkan pada kamu yang bapa kamu isterinya seorang saja,”


Saya tidak tahu apa reaksi Andi Kamarool mendengar kara-kata itu. Saya tidak melihat wajahnya (Andi Kamarool) dalam gelap. Saya ramas tangan Mia dalam rasa aneh yang memanjang. Manusia harimau dalam alam ghaib itu, dapat mengetahui segala-galanya tentang asal keturunan Andi Kamarool. Walaupun semasa hayatnya dulu, manusia harimau tidak mengenali keluarga atau keturunan Andi Kamarool.


Memang saya harapkan suara ghaib itu tidak menyorot asal keturunan datuk saya, Tetapi, kalau hal itu dilakukannya pasti saya tidak dapat berbuat apa-apa. Hati kecil saya terus berdoa agar perkara sedemikian tidak akan terjadi.


“Benar nenek, isteri bapa seorang saja sampai mati,” Andi Kamarool bersuara dengan bangga.


“Kamu belum berkahwin lagi?”


“Ia nenek, saya sedang mencari.”


“Kalau sudah mendapat jodoh, kamu harus setia dan menjaga kesejatiannya. Aku tahu kamu mampu mengumpul wanita sebanyak mana yang kamu inginkan. Kamu mampu menundukkan wanita, jika kamu mahu,” suara dalam gelap terus bergema.


“Saya faham nek.”


“Andi,” sambung suara ghaib itu kembali, aku harap kamu tidak melakukannya, kerana itu bukan caranya mempertahankan kesejatian. Takdirnya, pada suatu hari nanti, kamu akan menurunkan warisan mu kepada cucu leleki kamu. Apa jadinya, kalau semua yang mahu kamu perturunkan sudah hancur musnah, semuanya kerana kamu tidak pandai menjgaganya.”


Saya terdengar Andi Kamarool mengeluh kecil. Dan Mia menyatakan resah. Dia mengerakkan bahunya sehingga berlaga dengan bahu saya. Bunyi nafasnya jelas kedengaran.


“Kerana itu, jangan sekali-kali kamu turutkan keinginan dan hasrat kebinatangan dalam diri manusia. Tidak ada faedahnya, selain adri kehancuran. Cubalah kamu fikirkan Andi, Dubalang Api dan Rajo Kaya sebagai pemangku keturunan tetap beristeri satu,” bergema lagi suara nenek Mia.


Macam tadi juga, Andi terpaksa mengambil masa untuk menjawap hujah diluahkan oleh suara ghaib itu.


“Tapi adik dan abang ayah berkahwin lebih dari satu?” tanya Andi Kamarool.

  

“Itulah sebabnya mereka tidak boleh memangku warisan keturunan. Mereka tidak memperolehi hak untuk memelihara harimau keturunan. Jika kamu ada kesulitan, datang menemui aku. Sayang…….” Suara ghaib itu terputus dan digantikan dengan keluhan yang memanjang. Saya terdengar Andi Kamarool terbatuk.


Hati kecil saya terus didatangi doa, semoga Andi Kamarool tidak melanjutkan pertanyaan. Sesungguhnya saya sudah lemas dan bosan berada dalam kamar yang gelap ini.


“Apa yang sayang tu nek, ” Andi Kamarool membunuh harapan yang berbunga dalam hati. Bunti tarikan dan luahan nafas cukup jelas kedengaran.


“Sayangnya kamu tidak mahu memelihara harimau yang ditinggalkan untuk kamu, Andi.”


“Sebenarnya bukan apa-apa, saya kira memelihara harimau ghaib dalam dunia serba maju, bukanlah sesuatu yang baik. Lagi pun saya tidak berminat.”


“Aku tak dapat buat apa-apa. Itu kemahuan kamu, kesian harimau warisan menjadi kurus kering, merayau-rayau mencari tuan, sedangkan orang yang berhak, tidak mahu memeliharanya. Kamu harus memikirkan masalah ini, Andi.”


“Saya tidak mahu memikirkannya, saya tidak mahu membawa masalah pada diri saya dan keturunan saya nek.”


“Tidak teruk memeliharanya, makanannya hanya tujuh biji bertih, sebulan sekali kami harus melayani di bawah sinaran bulan.”


“Keputusan saya muktamad nek, saya tidak memerlukannya. Sekarang bukan zamannya,” begitu bertenaga Andi Kamarool mengucapkan kata-kata.


“Apa boleh buat, keadaan memaksa waris keturunan harimau jadian lenyap begitu sahaja. Keturunan yang kemudian tidak mahu mempertahankannya, inilah nasib malang kami,” nada suara nenek (ghaib) lemah, membayangkan rasa putus asa dan kecewa yang amat sangat.


MENYALA


Seterusnya, suasana dalam kamar terasa hening sekali. Dan tiba-tiba lampu bilik menyala sendiri. Buat beberapa detik, kami berpendadangan sama sendiri.  Kemudian saya dan Andi Kamarool merenung ke arah katil besi (Mia merenung ke ruang dapur). Tidak ada apa pun berubah. Cadar putih tetap seperti tadi, begitu juga dengan dua biji bantal tanpa sarung. Semuanya seperti tadi.


“Kamu berdua dah dengar dan lihat.”


Mia tatap wajah kami. Saya anggukan kepala begitu juga dengan Andi Kaamrool. Tetapi, hati kecil saya terus bertanya. Benarkah suara yang saya dengar itu suara nenek Mia. Mungkin suara orang lain yang menyamar.


Semasa otak saya berputar ligat memikirkan perkara tersebut, terasa seperti kuku harimau mencengkam batang tengkuk saya dari belakang. Saya rasa gentar dan secara tidak langsung apa yang bermain dalam hati kecil saya (tentang suara nenek Mia) turut terhakis. Bila saya tidak memikirkan tentang perkara tersebut, kuku harimau yang mencengkam batang leher turut hilang.


Saya tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh terjadi. Bagaikan ada kaitan antara suara hati dengan kuku harimau yang mencengkam batang leher saya. Apakah makhluk yang menghuni kamar aneh  ini sudah menguasai hati nurani saya.


“Bagaimana kalau aku bawa kamu berdua ke tempat lain,” lanjut Mia dengan sinar mata yang bercahaya. Dengan serta merta saya memalingkan muka ke arah Andi Kamarool. Secepat kilat Andi Kamarool mengenyitkan mata, menyuruh saya mengajukan pertanyaan.


“Mia nak bawa kami ke mana?”


“Ikut saja,” kerana saya bertanya, kata-kata itu di tujukan kepada saya. Andi Kamarool hanya tersengih kemudian melangkah keluar dari bilik misteri itu.


Kami bertiga (Mia, saya dan Andi Kamarool) melintasi ruang dapur yangterang benderang, menuju ke halaman (bahagian belakang rumah) yang sudah dikuasai oleh warna senja yang samar dan kelabu.


“Kemana kamu nak bawa kami Mia?” Tanya saya.


“Ke kubur nenek aku.”


‘Haaaaa….,” Andi Kamarool seperti terkejut, “ kamu mahu bergurau dengan kami Mia.”


“”Tidak, aku serius ni, Andi.”


“Aku tak mahu ke kawasan kubur waktu senja begini, kalau kamu semua nak pergi teruskan. Biar aku balik ke rumah papan,” saya melahirkan protes dan memberhentikan langkah.


Tindakan mengejut yang saya buat menimbulkan rasa serba salah kepada Mia dan Andi Kamarool. Mereka juga berhenti melangkah lalu mendekati saya.


“Kenapa Tamar?” Tanya Mia lembut.


“Kamu gila, nak pergi ke tanah kubur waktu senja. Nanti banyak bencana yang kami terima.”


Mia menhela nafas, sesekali dia mengaru cuping telinga sebelah kiri. Dia jadi resah dengan tindakan yang saya buat.


“Bukan di kawasan tanah perkuburan, Tamar.”


Kata-kata yang diluahkan oleh Mia membuat saya membeliakkan sepasang biji mata. Kalau bukan di tanah perkuburan, di mana pula neneknya di kebumikan? 


“Habis, nenek kamu dikebumikan di mana Mia?’


Saya lihat Mia tersenyum. Barangkali pertanyaan yang saya ajukan itu seolah-olah memberi harapan yang saya bersedia mengikut cakapnya.


“Di kawasan rumah ni, tak jauh dari sini. Di bawah pokok, buluh kuning  di bucu kanan kawasan rumah, Mia meluruskan telunjuk kepada rumpun buluh kuning yang tumbuh merimbun di sudut kanan halaman rumah.


“Mari.”


Mia menyambar pergelangan tangan kanan, menarik saya menuju ke arah rumpun buluh kuning. Saya tetap enggan pergi dan terus berdiri kaku. Andi Kamarool segera mendekati saya.


“Ikut saja Tamar,” itu yang dibisikkan oleh Andi Kamarool ke telinga saya.


“Aku takut kalau terjadi perkara yang buruk, Andi.”


“Tamar, bukan niat hati mahu menjahanamkan kamu berdua. Saya mahu menunjukkan perkara yang saya tahu. Tapi, kalau kamu berdua tak mahu, saya tak kisah,” kata Mia, air mukanya menggambarkan rasa hampa dan kecewa yang amat sangat.


WAJAR


Saya tergamam, diluar dugaan Mia berindak begitu. Mungkin perasaannya tersentuh dengan tindak tanduk saya perlihatkan. Dan sememang tidak wajar saya bersikap demikian. Saya harus menhormatinya.


“Ok, kita pergi sekarang,Mia. ”


 Mia tersenyum riang, Andi Kamarool terus menyambar jari-jemari tangan kiri saya dan terus diramas penuh mesra.


“Terima kasih Tamar.”


“Aku harap keputusan yang aku buat ni mengembirakan hati kamu dan Mia.”


“Iya, sduah semestinya,” sahut Mia.


Tanpa banyak cakap, saya dan Andi Kamarool mengikuti Mia ke rumpun buluh kuning. Makin hampir dengan kawasan buluh kuning, makin terasa cemas. Macam ada sepasang mata yang mengawasi gerak-geri saya dan Andi Kamarool. Keadaan hari yang semakin samar membuat suasana terasa seram sekali. Mia memepercepatkan langkahnya dan saya semakin resah, cuping telinga kiri dan kanan saya seperti disentuh benda bulat yang berbulu.


Sukar untuk meneka rupa bentuknya dengan tepat kerana benda itu tidak dapat di lihat. Saya hanya dapat mengagaknya saja yang benda itu bulat dan berbulu. Walau apa pun, gangguan benda tersebut membuat saya rasa tidak selesa. Saya tidakpasti, apakah Andi Kamarool mengalaminya?


“Melangkah perlahan, jangan bercakap dan bersihkan hati dari takbur. Kalau terlihat benda ganjil diam,” Mia mengeluarkan arahan. Langkah saya dan Andi Kamarool terhenti. Kami menanti arahan selanjutnya dari Mia.


“Sekarang bergerak dengan mendahulukan kaki kanan. Renung terus ke depan, jangan toleh kanan.”


“Baik Mia,” jawap kami serentak.


Dua tiga detik berikutnya, Mia melangkah enam tujuh tapak kedepan mendahului kami sambil mengangkat tangan kiri melepasi kepala, memberi isyarat supaya ami berdua mengikutnya. Kami tetap patuh dengan arahannya itu.


Lebih kurang antara 10 hingga 15 langkah kami melangkah, kami disuruh berhenti di hadapan timbunan batu-batu sungai dan gunung. Ada yang berbentuk bujur, bulat dan nipis. Dalam cuaca ang bertambah kelam itu, saya masih dapat melihat bebatu tersebut. Ada yang warna kelabu, hitam, warna tanah liat dan ada juga berwarna putih bersih.


“Timbunan batu apa ni Mia?” Tanya saya.


“Inilah dia.”


“Maksud kamu Mia. Ini kubur nenek kamu,” serentak saya dan Andi Kamarool bersuara.


“Iya, inilah kuburnya.”


“Ditanam dalam kawasan rumah, ditimbus dengan batu-batu gunung dan sungai. Aneh sungguh.”


“Iya, seperti yang dihajatinya, kenapa kamu bertanya perkara yang sudah tahu,” dari tekanan nada suaranya, ada semacam keresahan dalam diri Mia. Dia seolah-olah kurang puas hati dengan saya yang kerap bertanya dan kerap pula memberi komentar.


“Maafkan dia Mia,” Andi Kamarool bersuara.


Mia segera anggukkan kepala sambil melahirkan senyum. Itu tandanya dia sudah memaafkan saya. Tentu saya amat gembira sekali dengan tindakannya itu. Saya pun menarik nafas lega.



SENJA


Di bawah kamar senja yang kian memberat itu, saya mengambil kesempatan menjeling ke kiri dan ke kanan. Aneh setiap kali melakukan perbuatan itu perasaan saya jadi tidak tentu arah. Darah gemuruh menguasai urat-saraf, kepala terasa pening, pandangan jadi berpinar-pinar.


Dua tiga kali saya seakan-akan melihat harimau melompat-lompat, duduk mencangkung di tepi longgokkan batu sambil memain-mainkan ekornya. Bila direnng dengan tetap ke arah tempat tersebut, bayang-bayang harimau itu memang tidak wujud sama sekali, kecuali longgokan batu.


Semuanya ini membuat saya resah. Dan saya mula mengerti kenapa Mia melarang saya dan Andi Kamarolol merenung ke kiri dan ke kanan. Tegahannya bukan kosong tetapi berasas.


“Tamar,” kata Adi Kamarool dalam nada suara yang perlahan sekali. Saya renung mukanya.


“Ada apa Andi?”


“Hadiahkan fatihah untuk roh si mati.”


Saya anggukkan kepala. Dan kami segera duduk atas ketulan batu yang agak terpisah dengan longgokan batu atas kubur. Mia masih berdiri, sepasang matanya merenung ke arah rumpun bambu kuning, macam ada sesuatu yang diintainya di situ. Kami memutuskan tidak mahu menganggu Mia. Biarlah dia dengan caranya.


Dengan penuh ketenangan dan khusyuk, saya dan Andi Kamarool melafadzkan doa yang diakhiri dengan Al-Fatihah untuk roh si mati. Semoga diampuni oleh Allah segala dosanya dan rohnya di tempatkan di kalangan roh insan yang soleh.


“Kubur Rajo Kaya dan Dubalang Api macam ini juga, agaknya keturunan manusia harimau mesti ditindih dengan batu sungai atau gunung,” itu yang dibisikkan oleh Andi Kamarool ke telinga saya.


Kerana tidak pernah melihat bentuk kubur manusia yang dikatakan oleh Andi Kamarool, saya tidak dapat memberikan sebarang komen kecuali tersenyum lebar. Barangkali, Andi Kamarool faham dan mengerti kerana itu dia tidak melanjutkan cerita tenang dua pusara tersebut. Dengan perlahan-lahan Andi Kamarool bangun dan saya menyusul beberapa saat kemudian.   


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box