SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU

Tanpa membuang masa, secara perlahan-lahan saya dan Andi Kamarool bergerak ke arah Mia. Di saat kami mendekatinya, Mia berusaha menjauhkan diri. Dia seolah-olah memberitahu, agar dirinya jangan diganggu.


Tindakkan Mia sungguh mengejutkan . Bahu kiri Andi Kamarool segera saya singgung.


“Hati-hati saja Tamar, “ bisik Andi Kamarool.


Saya anggukkan kepala.


Tanpa ambil kisah atas kehadiran kami, Mia terus melangkah ke bahagian kepala kubur. Kami bertukar pandangan, tidak tahu apa yang harus dilakukan .

Dalam cuaca samar yang kian memberat itu, kelihatan dedaun buluh yang tua berguguran, meskipun pada saat itu angin tidak bertiup. Dedaun buluh yang gugur terus tersadai atas batu kuburan.


“Bagaimana Andi?” Tanya saya perlahan. 


“Berdiri di sini, kita tengok apa yang dibuatnya.” 


“Baiklah, ” jawap saya lemah


Mia terus melangkah ke bahagian kepala kubur. Berdiri di situ sambil memeluk tubuh. Beberapa minit kemudian, dia terus melutut sambil menundukkan kepala. Saya jadi resah, bila melihat sepasang bibir Mia bergerak pantas. Dia seolah-olah berdialog dengan longgokkan batu yang kaku. 


Kalau tadi, saya melihat dedaun buluh yang tua gugur, kini saya menyaksikan pula dedaun buluh yang muda dan segar berjatuhan, Pepohon buluh bagakan digoncang leh sesuatu. Saya kira makhluk yang mengoncang perdu buluh itu, mestilah makhluk yang luar biasa besarnya dengan kekuatan yang tidak dapat diramalkan.


“Andi, kita dalam bahaya,” dalam resah saya berbisik lagi. 


“Bertenang Tamar, kita tengok sampai habis apa yang dibuatnya.” 


“Aku bimbang Andi.” 


“Usah bimbang, bertenanglah Tamar.” 


Saya kembali menumpukan perhatian kepada Mia. Dan saya lihat Mia yang melutut memanfaatkan jari telunjuk kanannya, menjolok-jolok tanah melalui celah-celah batu gunung dang sungai yang berlonggokkan.


Saya kembali menumpukan perhatian kepada Mia. Dan saya lihat Mia yang melutut memanfaatkan jari telunjuk kanannya, menjolok-jolok tanah melalui celah-celah batu gunung dan sungai yang berlongokkan.


Kemudian, kedua belah tangannya digengam (penumbuk) dan longgokkan batu di depan ditumbuknya bertubi-tubi. Mia sudah kesurupan (tidak sedarkan diri) rambutnya yang panjang mula mengerbang, menutup seluruh wajah dan sebahagian dadanya.


Di saat perhatian saya dan Andi Kamrool tertumpu kepada Mia, terdengar desiran angin yang cukup kuat. Dedaun buluh yang tersadai atas batu kubur terus berterbangan. Suara burung gagak, burung hantu dan suara kucing hutan mula kedengaran, saling bersahut-sahutan. Mia masih macam tadi, terus menumbuk batu kuburan. Tiupan angin yang kuat membuat saya dan Andi Kamarool hampir jatuh.


"Hee..Hee...heee...." terdengar suara jeritan perempuan yang cukup keras dan tinggi sekali.

 

"Mia menjerit." hati kecil saya berkata sendirian. Tetapi, akhimya saya yakin, itu bukanlah suara jeritan Mia. Jeritan itu datang dari sebelah kiri perdu buluh.


LEMAH


TIUPAN angin beransur lemah dan akhimya, berhenti terus. Suara gagak turut hilang, begitu juga dengan suara burung hantu dan kucing hutan. Rambut Mia yang mengerbang dan menutup wajahnya, kelihatan bergerak kembali kepada kedudukan asal. Saya lihat rambut itu bergerak lembut, macam ada tangan halus yang membelainya. Tidak sampai lima minit rambut Mia nampak rapi dan cantik, seperti baru Iepas disikat atau disisir.


Kalau tadi, Mia melepaskan tumbukan yang bertalu-talu ke arah batu kubur. Kini, tumbukan itu beransur lemah. Dia bagaikan sudah kehabisan tenaga. Suasana yang tadi terasa seram dan amat menakutkan bertukar menjadi tenang dan damai, bagaikan tidak ada apa berlaku di sekitar kawasan kubur tersebut. Tanpa diduga, Mia rebah terkulai di depan kubur.


"Bantu dia Andi".


"Jangan Tamar".


Saya menarik nafas mcndengar kala-kata Andi Kamarool itu. Hati kecil saya kesal kerana dia tidak mahu membantu Mia. Tidak berapa lama berselang, Mia kembali kepada kedudukan asalnya.


"Andi, harimau".


Terpancut kata-kata itu dari kelopak bibir saya.


"Tamar, ada mata tengok, ada telinga dengar. Jangan banyak tanya dan jangan banyak soal," bisik Andi Kamarool.


Sesungguhnya, saya tergamam dan terkejut melihat kemunculan seekor harimau besar dari arah belakang Mia. Harimau itu mengoyang-goyangkan ekornya, menjilat-jilat badan dan telapak kaki kanannya. Begitu jinak dan manja sekali.


Di saat Mia memusingkan badannya untuk melihat saya dan Andi Kamarool. Dengan sekelip mata harimau besar itu hilang dari pandangan. Mia segera melangkah mendekati kami. Ketika itu hari sudah gelap.


"Bagaimana?" Itu ungkapan pertama yang dilontarkan kepada kami.


"Maksud kamu?" Soal Andi Kamarool.


"Iya, kamu sudah tengok sendiri dan terpulanglah kepada kamu berdua. sama ada mahu percaya atau tidak. Sama ada mahu disimpan sendiri atau mahu diceritakan kepada orang lain.


Dalam cuaca gelap yang kian memberat itu, saya dan Andi Kamarool saling bertukar pandangan.


"Iya. kami dah tengok Mia," ujar saya.

 

"Apa pendapat kamu berdua?"


'Tak berani nak beri pendapat," tingkah Andi Kamarool.


"Kalau sudah tak tahu nak beri pendapat, eloklah kita balik ke rumah. Waktu maghrib dah dekat".


"Ayuh," serentak saya dan Andi Kamarool menyokong.


Kami bertiga pun mengatur langkah pulang dalam suasana gelap yang kian memberat. Tetapi, di kaki langit masih ada awan jingga yang kian menipis. Dada langit masih cerah bersama awan putih yang berarak lembut.


Sebaik saja sampai di pintu rumah besar, sayup-sayup terdengar alunan suara azan maghrib yang datang dari perkampungan berdekatan.


"Masuk Tamar," pelawa Mia.

Saya keberatan untuk melangkah masuk. Tetapi, bila Andi Kamarool angkat kaki kanan untuk melangkah masuk ke rumah batu yang besar itu. Bahunya segera saya paut dari belakang.


"Kenapa Tamar?"


"Tunggu sampai azan habis".


“Oh, ya".


Andi Kamarool patuh dengan cakap saya. Dia tunggu sampai azan tamat. Tetapi, bila dia mahu melangkah kembali, saya segera bertindak macam tadi.


Temyata tindakkan yang saya buat menimbulkan keraguan dalam diri Andi Kamarool. Dia kerutkan dahi sambil menatap wajah saya tanpa berkedip. Malah, Mia yang sudah berada di hadapan pintu rumah turut merasa aneh dengan tindak-tanduk yang saya lakukan itu.


"Kenapa Tamar? Kamu ni ganjil sungguh".


"Kita sembahyang di rumah papan".


Dialog antara saya dengan Andi Kamarool dapat didengar oleh Mia. Dia segera keluar dari rumah. Wajah saya dan Andi direnungnya berkali-kali.


"Jadi, kamu berdua tak mahu tidur di anjung rumah saya".


"Ehhhhhh...." saya tidak meneruskan kata-kata.


"Kamu berdua takut?" Susul Mia lagi.


"Tidak Mia, tapi apa Tamar".


"Mia jegilkan biji matanya ke arah saya. Mukanya mula merah.


"Bukan takut, saya cuma ragu Mia," saya menyambung kembali percakapan yang terputus.


Alasan yang saya luahkan, kurang disenangi. Mia menarik dan melepaskan nafas lemah. Dia tersenyum, cuba menyembunyikan rasa hampa dari pengetahuan saya dan Andi Kamarool. Temyata usahanya itu tidak berhasil. Resah hatinya dapat disorot dari air mukanya.


"Sekarang cakap, apa yang kamu ragukan Tamar?" Mia minta kepastian.

"Entah, aku sendiri pun tak tahu Mia. Cara tiba-tiba saja, hati tak sedap, macam ada yang tak kena.


"Sepatutnya tidak begitu," kata Mia sambil merenung wajah saya dan Andi Kamarool, silih berganti, semuanya sudah aku cakapkan, semuanya sudah aku tunjukkan, aku tak mahu berselindung. Aku tak mahu kamu berdua memikirkan perkara yang bukan-bukan pada aku. Walau apapun terpulanglah kepada kamu berdua," Mia mengakhiri kuliah pendeknya dengan sebuah keluhan.


TERPAKU


SAYA dan Andi Kamarool terpaku sebentar. Tidak tahu bagaimana mahu menghargai kejujuran dan keikhlasannya. Saya dan Andi Kamarool sudah melukakan perasaannya.


"Sebenamya begini Mia..." saya tidak dapat menyambung rangkaian kata selanjutnya. Dan Mia mula melahirkan protesnya secara terang-terangan.


Dia melangkah dua tiga tapak ke depan (keluar dari pintu rumah), dan berhenti. Dia besar, bila dia memusingkan badannya secepat kilat, bertentang wajah, bertentang mata dengan kami. Saya berdebar. Sinar matanya cukup tajam dan garang, macam mata anak harimau jantan yang lepas.


"Sama ada kamu berdua nak tidur atau tidak, itu adalah hak kamu berdua. Cuma yang peliknya, tadi kamu berdua bersungguh-sungguh nak tidur di anjung rumah".

"Iya, kami faham," celah Andi Kamarool.


"Kamu berdua selalu berkata macam tu, sedangkan yang sebenamya kamu berdua memang tidak faham," nada suara Mia agak keras.


"Begini Mia," Andi Kamarool terus bersuara.


"Begini apa lagi Andi, aku dah bagi tahu pada kamu berdua. Aku tak ada apa-apa. Apa yang terjadi dan apa yang kamu lihat semuanya terjadi di luar kemahuan aku. Ada masanya, aku sendiri tak tahu apa yang berlaku"  Mia tidak putus asa, terus menerangkan kedudukan dirinya yang sebenar.


Kerana tidak mahu perkara itu berlanjutan. Saya segera menarik tangan Andi Kamarool mengajak pulang ke rumah papan.


"Sabar Tamar".


"Sabar apa lagi, Andi".


'Tamar!!!"


Nada suara Andi Kamarool mula meninggi. Sepasang matanya menelanjangi seluruh wajah saya. Kerana tidak rela konfrantasi jadi panjang, saya terus membisu dan bersedia mengikut rentaknya.


"Mia, kami berdua tak pernah memikirkan hal-hal yang buruk tentang diri kamu. Penjelasan kamu cukup jelas Mia. Kami faham apa yang terjadi bukan kemahuan kamu, ada tenaga dari luar yang membuat kamu jadi begitu, kami simpati dengan nasib kamu Mia," penuh diplomasi Andi Kamarool bersuara.


"Aku harap penjelasan tu datang dari hati yang jujur, aku juga berharap tak akan keluar dari mulut kamu cerita yang bukan-bukan tentang aku".


"Maksudnya," pintas Andi Kamarool.


"Cerita yang mengatakan aku ni membela hantu jembalang berkawan dengan orang halus dan ada pendinding diri dan macam-macam lagi".

Kami berjanji tak akan membuat perkara yang mendatangkan aib pada seseorang," kala saya.


"Di harapkan janji yang dibuat tetap dipegang"  Mia tersenyum senang. Di saat dia mahu melangkah menuju ke ruang tamu rumah besar. Andi Kamarool terbatuk kecil (yang sengaja dibuat-buat).


"Kenapa Andi".


"Malam ni, kami tak dapal tunaikan janji. Malam esok Insya Allah janji tu kami tunaikan".


"Saya tak kisah," kata Mia bersama ketawa kecil penuh manja.


Mia pun melangkah menuju ke arah pintu yang terdedah. Lagi sekali saya tersintak, lampu diruang tamu menyala sendiri. Sebaik saja Mia melepasi ambang pintu, secara mendadak daun pintu terkalup sendiri Lagi sekali, saya dan Andi Kamarool berpandangan dengan seribu persoalan bersarang dalam dada. Memanglah, kehidupan Mia dilingkari dengan misteri yang boleh memeningkan kepala.


SERIUS


TANPA mahu memikirkan tentang diri Mia dengan serius, kami terus pulang ke rumah papan. Kepulangan kami disambut dingin oleh Haji Basilam dan Datuk. Mereka baru sahaja selesai sembahyang maghrib.Tanpa mempedulikan kehadiran kami,  mereka terus berwirid. 


Saya dan Andi Kamarool bergegas ke bilik mandi. Bersihkan tubuh dan ambil air sembahyang. Di saat kami mahu memulakan solat maghrib, datuk sengaja pura-pura batuk. Saya faham, itu tandanya datuk kurang senang dengan saya (mungkin juga dengan Andi Kamarool) kerana melambat-lambatkan waktu sembahyang.


Berpacu dengan waktu yang terhad, kami sempat juga menyelesaikan sembahyang yang dituruti dengan doa dan wirid pendek hingga selesai.


"Kenapa tak tidur di rumah Mia".


Haji Basilam terus mendekati kami, meninggalkan datuk yang mula membaca Quran sementara menanti waklu Isyak tiba. Tiada jawapan untuk pertanyaan tersebut. Saya berharap, pertanyaan itu akan mati begitu saja.


"Kamu berdua kena halau?" Haji Basilam memancing jawapan.


Kami berdua mengelengkan kepala.


"Kamu berdua takut?"


Saya menarik nafas dalam-dalam dan Andi terus mengkerutkan keningnya.


"Agaknya kamu berdua ni takut." nada suara Haji mula meninggi dan renungannya cukup sinis.


"Tidak, kami tak takut," sahut Andi Kamarool. 


"Kalau tak takut, kenapa kamu berdua balik?" 


"Kami cemas Tuk Aji," itu alasan yang diluahkan oleh Andi Kamarool. 


Memang tidak dijangka sama sekali, alasan yang diluahkan oleh Andi Kamarool membuat Haji Basilam termenung sejenak. Mungkin dia berfikir sesuatu. Saya kira, tidak akan ada soalan susulan dari Haji Basilam tetapi, bila melihat dia mengelengkan kepala bersama senyum, saya segera membuat tanggapan yang perkara ilu tidak akan berakhir begitu saja. 


"Kamu berdua nak batalkan rancangan yang sedia ada".

"Kami tak niat macam tu Tuk Aji, rancangan tu tetap kami teruskan Tuk Aji," kata saya. "Caranya".


Sukar untuk saya menjawab pertanyaan Haji Basilam itu. Biarlah Andi Kamarool menyelesaikannya, fikir saya dalam hati. Bahu Andi Kamarool segera saya lepuk. Dia senyum panjang tanda dapat menangkap maksud dari tindak tanduk saya itu.


Macam selalu, sebelum memberikan pendapat, dia terlebih dahulu mengerutkan kening dan dahinya. ltulah perangai Andi Kamarool yang tidak saya senangi. Sungguh membosankan.


Kalaulah tidak kerana suara datuk yang serak-serak basah itu membaca Quran, suasana sekitar terasa agak sepi sekali. Pada hal, malam masih muda benar (saya kira belum sampai jam sembilan). Sekali-sekala di tengah-tengah suasana kesepian yang memanjang itu terdengar suara burung jampok yang diselang seli dengan salakan anjing. Cengkerik bagaikan enggan menyanyi, begitu juga dengan katak. Tanpa suara anjing dan burung jampok yang muncul sekali-sekala, suasana terasa amal menjemukan.


Kerana tiada jawapan segera dari kami, Haji Basilam segera mengulangi pertanyaan. Dia mahu jawapan segera. Dia mahu memastikan sama ada kami serius atau sekadar mahu melepaskan batuk ditangga.


"Bagaimana caranya, cakap sekarang".


"Kami bermalam, dua tiga malam lagi di sini," saya menjawab.


"Kamu tahu, aku dengan datuk kamu sudah buat keputusan nak berangkat ke Sungai Penuh, lepas sembahyang subuh pagi ni. Itulah sebabnya, aku suruh kamu berdua bermalam di rumah Mia malam ni”.


Ehhhh...." Andi Kamarool seperti mengeluh. Dan suaranya mati di situ. Buat seketika, kami terus membatu dalam renungan sinis Haji Basilam.


"Begini, Tuk Aji dan datuk Tamar boleh teruskan perjalanan.Biar kami tinggal di sini. Kami nak jalankan apa yang sudah kami rancang," itu keputusan yang Andi Kamarool luahkan di depan Haji Basilam. Saya lihat Haji Basilam lersintak, air mukanya berubah sebentar.


"Berani?" Sergahnya.


"Berani," jawab kami serentak.


'Tak memerlukan pertolongan?"


'Tak perlu, kami sudah tahu, banyak perkara ganjil yang sudah kami tengok dan alami. Mia yang buka rahsia".


"Bila?" Haji Basilam jegilkan sepasang biji matanya.


"Petang tadi." kata saya.


"Iya Tuk Aji, dari petang sampai maghrib, pasal tu kami lambat sembahyang maghrib," Andi Kamarool menambah.


Haji Basilam gosok pangkal hidungnya berkali-kali. Tiada pertanyaan yang diajukan untuk kami. Agaknya, Haji Basilam sedang menghitung apakah pengakuan kami itu benar atau sebaliknya


KETUK


SECARA mendadak, pintu rumah diketuk bertalu dari luar. Siapakah tetamu yang tidak diundang itu? Haji Basilam renung saya dan saya pula renung Andi Kamarool. Begitulah silih berganti, tidak ada siapa pun yang rela bangun untuk membuka pintu. Ketuk bertambah kuat dan bertalu-talu.


Datuk buat tidak kisah dengan apa yang berlaku. Dia terus membaca Quran. Haji Basilam mula resah sendiri. Matanya tetumbuk ke arah daun pintu yang kelihatan bergerak-gerak seperti ditolak oleh tenaga yang luar biasa dari luar.


Saya kira yang menolaknya itu bukanlah manusia, mungkin binalang buas dan pada saat itu saya mula teringalkan harimau di bawah pokok buluh. Kalau tadi, daun pintu itu diketuk, kini ditampar berkali-kali. tidak ubah seperti harimau menampar tanah kerana kelaparan.


'Tamar, pergi buka pintu tu," suruh Haji Basilam. Saya cuba bangun tetapi, punggung bagaikan terlekat di lantai rumah. Tiba-tiba saja saya mengigil, harimau terbayang di ruang mata.


"Apa lagi yang kamu tunggu, katakan berani sangat. Pergilah buka pintu tu, Tamar," saya terus dicabar oleh Haji Basilam. Antara rasa takut dan berani cabaran Haji Basilam terus disambut. Saya bangun dan melangkah ke pintu.


Bila selak dan kunci di angkat, daun pintu pun terkuak. Mia tercegat di depan mata menatang talam yang bertudung saji.


"Untuk makan malam," katanya sambil melangkah ke ruang tengah. Hidangan yang ditatang diletakkan di situ. Haji Basilam senyum panjang, keresahan sudah Iari dari dirinya.


"Kenapa Mia goncang dan tampar pintu macam tu, buat ayah takut saja. Ayah ingat orang jahat tadi," begitu lembut Haji bersuara. Mia tercenggang.


"Saya tak goncang, saya tak tampar pintu rumah, saya ketuk saja. Saya panggil ayah berkali-kali, tak berjawab" 


Jawapan yang diungkapkan oleh Mia membuat saya dan Andi Kamarool menarik nafas panjang. Haji Basilam hanya mengangguk saja, tidak mahu melanjutkan pertanyaan.


Datuk yang sudah berhenti membaca Quran segera merenung ke arah kami tanpa memberi sebarang komentar.


"Saya ambil lagi satu hidang".


"Tak payah Mia, ini dah cukup, buat apa susah-susah kerana kami," Andi Kamarool renung muka Mia yang tersenyum.


"Ini baru hidangan sayur dan lauk pauk, talam nasi, air minum dan buah-buahan cuci mulut belum lagi," Mia mengubah pandangan dari muka Andi Kamarool ke wajah Haji Basilam.


"Kamu sama Andi, bantu Mia," telunjuk Haji Basilam menuding ke arah tubuh saya dan Andi Kamarool. Bagaikan kilat kami bangun dan berdiri. Bersedia mahu menerkam muka pintu yang ternganga, perkara yang menakutkan langsung tidak terfikir oleh kami.


 'Tak payah ayah".


"Kenapa pula Mia? Ayah ingat bila ada orang menolong ringan kerja kamu".

Saya dan Andi Kamarool yang tidak jadi melangkah ke pintu, mula merenung dinding dan lantai. Pura-pura mengeliat dengan harapan cadangan dari Haji Basilam dapat diterima oleh Mia. 


"Saya faham niat baik ayah tu, tapi..." "Apa yang tapi tu Mia?"


"Saya bimbang orang yang ayah suruh menolong saya jadi kelam kabul. Boleh jadi lari lintang pukang, bila tengok benda-benda ganjil yang saya sendiri tak tahu asal usul dan dari mana datangnya. Ayah tahu tentang diri saya".


Sebaik saja Mia berhenti bercakap, serentak saya dan Andi Kamarool duduk di lantai, bagaikan ada kuasa yang memaksa kami berbuat begitu. Rupa-rupanya kerenah kami dapat dilihat oleh Haji Basilam, sambil mengelengkan kepala dia menghadiahkan senyum sinis untuk saya dan Andi Kamarool.


Satu pukulan yang cukup hebat untuk kami berdua dan menimbulkan keraguan dalam diri Haji Basilam tentang keberanian kami untuk bertahan sampai tiga malam di kawasan rumah Mia.


"Ayah faham masalah Mia,dengan izin Allah suatu masa nanti ayah dapat membebaskan Mia dari keadaan ni," suara Haji Basilam tersekat-sekat, penuh rasa simpati.


'Terima kasih ayah, biar saya ambil hidangan yang lain".


"Silakan nak".


Mia pun meninggalkan ruang rumah papan.


Sebaik saja batang tubuh Mia hilang dari pandangan kami, melepasi anak tangga bongsu, (memijak bumi). Kami terdengar ngauman harimau. seperti berada di bawah rumah. Lagi sekali Haji Basilam renung kami bersama dengan senyum yang tersirat seribu makna.


DATANG


MiA datang lagi menatang hidangan, kalau tadi talam yang dibawa bertudung saji merah, kini talam yang ditatang bertudung saji hijau pula. Dengan duduk bersimpuh, penuh sopan santun Mia pun mengatur hidangan selari, di tengah ruang rumah papan.

 

"Habuan makan malam, entahkan sedap, entah tidak, entahkan tawar, entahkan masin," turut Mia.


"Sedap atau tidak, kami tetap berterima kasih. Kalau tak ada hidangan Mia ni, alamat berlaparlah kami sepanjang malam," sahut Andi Kamarool. Mia tersenyum malu.

 

"Betul cakap Andi tu Mia," tingkah Haji Basilam.

 

Mia yang tadi duduk bersimpuh segera berdiri. Biji mata saya dan Andi Kamarool tertumpu ke arah tubuhnya. Pada saya apa yang dimiliki (tubuh) Mia adalah indah dan menarik. Bila menyedari kami menatap tubuhnya yang tinggi lampai. leher jinjang dengan rambut lebat tersembunyi dalam tudung, Mia resah dan renung ke arah kami. Secepat kilat kami membuang pandangan ke arah lain. Mia renung datuk, renung Haji Basilam berkali-kali tetapi, kami cuma dijeling saja.


"Biarlah saya balik dulu, ayah".


"Iya, terima kasih Mia. Kalau tak ada hidangan yang kamu bawa ni susah kami".


Sebelum melangkah pulang, Mia sempat melemparkan senyum yang saya kira paling manis dan mendebar untuk Andi Kamarool. 


Tiba-tiba saja timbul rasa cemburu dalam dada saya.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box