SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU

Macam tadi juga, sebaik sahaja dia melepasi bendul pintu dan memijak anak tangga, daun pintu tertutup sendiri. Tidak lama kemudian terdengar suara ngauman harimau.


"Pelik, setiap kali keluar dari rumah, mesti ada suara harimau," saya memancing dengan harapan Haji Basilam akan bercakap tentang kejadian yang baru berlaku. Ternyata Haji Basilam tidak memberi sebarang reaksi.


"Pelik juga Tamar," kata Andi Kamarool.


Saya anggukkan kepala.


Taktik kami mengena. Haji Basilam nampak resah dengan dialog-dialog yang kami luahkan.


"Dia gadis yang baik...," Haji Basilam tidak meneruskan percakapan.


Matanya merenung kearah daun pintu yang tertutup rapat.


"Dia gadis apa Tuk Aji?"Soal Andi Kamarool.


"Lain kali sahaja aku cerita," memang terasa suara Haji Basilam agak lemak. Dia mengalihkan pandangan dari daun pintu ke arah ludung saji yang menutup hidangan.


"Kita sembahyang isyak dulu, kemudian baru makan."


Semua biji mata tertumpu ke arah datuk yang sudah berdiri di depan sejadah mengadap kiblat. Dia bersedia untuk menjadi imam. Kami segera bangun dan berdiri ke belakang. Sembahyang pun bermula. Bacaan fatihah dan surah lain terasa syahdu meresap kedalam jiwa, memecah bening malam. Rukun Islam yang kedua itu pun selesai disempurnakan.


Dan acara selanjutnya ialah mengisi perut dengan hidangan yang disediakan oleh Mia. Datuk dan Haji Basilam makan sekadar untuk kenyang. Tetapi, saya dan Andi Kamarool makan dengan semahu-mahunya. Akibatnya, kami tersandar di dinding dengan sepasang kaki diluruskan. Bila bernafas, terasa agak kurang selesa.


Tidak banyak kegiatan yang dapat dilakukan bila perut penuh. Selain dari memasang angan-angan, lubang telinga terus diasak dengan bunyi cengkerik dan desiran angin yang menyentuh dedaun. Sekali-sekala terdengar salakan anjing liar di samping suara jampuk yang sekejap panjang dan sekejap pendek.


Kerana tidak selesa dengan tindak-tanduk datuk yang sering menjeling dan merenung ke arah kami. Saya segera beredar ke arah sudut ruang. Tidak berapa lama kemudian, Andi Kamarool turut serta.


Berlabuh di sudut ruang memanglah selesa dan aman, terlepas dari pemerhatian datuk. Meskipun berada tidak jauh dari meja tulis ayah Mia, saya tidak cemas, sebabnya apa yang ada di situ tidak diusik. Saya tahu, kalau diusik risiko besar ada menanti.


Bila bebas dari pandangan datuk, saya dan Andi Kamarool banyak memperkatakan tentang Mia. Dia cantik dan penuh dengan misteri.


"Anak dara Jambi ni memang cantik," cetus Andi Kamarool.


"'Betul Andi, bentuk tubuhnya, kulitnya, senyumnya. Masakannya juga sedap. Tapi..."


"Apa dia Tamar."


"Rahsia dirinya yang boleh menimbulkan masalah pada sesiapa yang berkasih atau menjadi suaminya."


Andi Kamarool anggukkan kepala. Dia termenung panjang. Barangkali dia sedang menganalisa kebenaran dari ungkapan yang saya luahkan. Sama ada betul atau sebaliknya.


Malam yang terus bergerak membekalkan kedinginan buat kami. Perut yang berat mula terasa ringan. Dua tiga kali saya dan Andi Kamarool menguap. Suara cengkerik semakin garang, suara jampuk semakin ghairah memuja bulan.


"Aku mengantuk Tamar."


"Kalau begitu, jum kita masuk bilik."


"Kamu agak pukul berapa sekarang Tamar."


"Pukul sebelas malam, agaknya Mia sudah tidur."

 

"His " kata  Andi Kamarool yang saya sambut dengan senyum panjang. Kami pun bergerak dari hujung ruang tamu menuju kebilik untuk merebahkan tubuh.


"Hai orang berdua, pandai-pandai pula mencari bilik. Sepatutnya kamu berdua tidur dianjung rumah Mia," usik Haji Basilam.


Langkah saya dan Andi Kamarool terbantut di depan pintu bilik. Tidak tahu, sama ada mahu melangkah bendul bilik atau berdiri di depan pintu. Haji Basilam ketawa kecil melihat keadaan kami yang serba tidak kena. Datuk tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Dia terus membaca Quran.


"Masuk sajalah orang muda," lantang sungguh suara Haji Basilam. Saya dan Andi Kamarool pun meneruskan langkah yang terhenti. Sebaik sahaja berada di dalam kamar, kami terus menghempaskan tubuh atas ranjang.


Terlentang merenung lelangit, lebih dari lima minit kami berkeadaan demikian. Walaupun terasa mengantuk tetapi, kami tidak dapat tidur. masih berpusing-pusing kiri dan kanan. Kami rasa resah semacam. Anehnya, kami tidak pula berkata-kata, masing-masing dengan hal sendiri.


KEPALA


SAYA tidak tahu apa yang berlegar-legar dalam kepala Andi Kamarool. Tetapi, apa yang pasti saya tetap memikirkan tentang keanehan yang mengelilingi diri Mia.


"Eh, Tamar. Pintu bilik terbuka."


Saya segera panggungkan kepala, renung ke arah pintu bilik. Saya pasti daun pintu itu saya yang menutupnya tadi. Malah, selaknya saya kenakan sekali, Pelik sungguh! Bagaimana pintu itu boleh terbuka?


"Aku yang tutup tadi, Andi."


"Aku tahu, aku nampak kamu buat."


Biji mata kami tidak berkelip merenung pintu yang terdedah. Saya mula terasa seram sejuk. Bulu roma tegak berdiri. Salakan anjing liar mendayu-dayu panjang bersama suara burung hantu.


"Ehhh... Tamar," kata Andi Kamarool.


"Ada benda ganjil," balas saya.


Mata kami terbeliak dan mulut terlopong. Tidak dapat meneruskan seperti ada sesuatu yang menghalang suara kami keluar. Tekak terasa perit dan pedih, kelopak mata serta-merta berair membuat pandangan menjadi kabur. Tetapi, semuanya tidak dapat menutup pandangan kami ke arah pintu bilik yang mulai dikuasai asap nipis. Di tengah-tengah kepulan asap nipis itu muncul sesusuk tubuh.


Dari pengamatan saya ketika itu, orangnya tinggi, memakai serban kuning dan warna jubahnya tidak dapat dilihat dengan jelas. Berdiri gagah dimuka pintu dan kedua belah tangannya menopang jenang pintu.


Ada bayang-bayang harimau sumatera setinggi pinggang berdiri di sisi kanannya. Mata harimau dan lembaga manusia itu merenung tajam ke arah saya dan Andi Kamarool. Saya jadi cemas, bila melihat lembaga itu mengangkat jubahnya separas dada dan dia seperti mahu menerkam kearah kami.


Saya menarik nafas panjang dan rasa cemas di dada beransur kurang. Mata lembaga dan harimau tidak lagi memandang ke arah saya dan Andi Kamarool. Beberapa minit kemudian harimau dan manusia itu hilang dari penglihatan saya, begitu juga dengan kepulan asap nipis. Perlahan-lahan daun pinlu tertutup rapat. Saya dan Andi Kamarool seperti baru tersedar dari lamunan yang panjang.


"Kamu nampak apa yang terjadi dekat pintu tadi Tamar?"


"Aku nampak Andi."


"Apa yang kau nampak?"


"Kepulan asap, manusia dan harimau."


"Sama macam apa yang aku nampak."


"Merbahaya kita tinggal dibilik ini."


"Aku fikir tidak merbahaya, mereka datang sekadar ingin melihat kita, kata Andi Kamarool.


Dia cuba mendamaikan perasaan dirinya dan diri saya yang agak kacau dan bimbang.


"Aku harap apa yang kamu katakan memang betul," kata saya lalu menekan muka ke permukaan bantal. Tidak mahu melihat ke arah pinlu bilik. Saya tidak tahu, apa yang Andi Kamarool lakukan. Mungkin mengikuti apa yang saya buat. Boleh jadi dia sedang merenung lelangit atau merenung pintu bilik. Dan akhirnya saya terus terlelap.


Tidur yang menyenangkan itu tergugat juga. Andi Kamarool mengoncang tubuh saya beberapa kali. Pada mulanya keberatan membuka kelopak mata. Tetapi, memikirkan ada sesuatu yang penting, saya terpaksa membuka kelopak mala.


'Kenapa Andi, buat kacau saja," lahir rungutan dari kelopak bibir. Saya tidak dapat menyembunyikan rasa marah yang bergelora di dada. Akhirnya, degree kemarahan saya terus menurun, bila Andi Kamarool membuat wajah kasihan.


"Subuh dah dekat."


'Tapi aku rasa baru saja tidur Andi."


"Aku tidak bohong, kalau tak percaya pergi tengok, diruang tengah rumah, Tamar."


"Hummm..."


Saya melompat dari katil dan melangkah perlahan ke arah pintu bilik. Dari celah pintu, saya mengintai ke ruang tengah. Datuk sedang melakukan sembahyang sunat fajar. Haji Basilam baru saja keluar dari bilik air.


Saya kembali ke katil dan terus baring. Andi Kamarool yang tadi duduk ditepi katil turut baring sambil menarik gebar. Saya dan Andi Kamarool berpandangan, bila pintu bilik diketuk dengan kuat. Kami mendiamkan diri.


"Andi, Tamar, bangun sembahyang subuh bersama kami," suara Haji Basilam lembut dan ketukan di pintu turut perlahan, tidak sekuat tadi. Kami terus diam.


'Tamar, Andi bangun sembahyang subuh dengan kami," suara yang bertukar menjadi keras, ketukan pintu bilik bertukar kuat.


"Pak Aji, kami sembahyang sekejap lagi, Tamar belum jaga lagi," kata Andi Kamarool. Tidak lama kemudian terdengar tapak kaki menuju ke arah datuk. Mereka meneruskan sembahyang subuh.


CEPAT


"KAMU bijak Andi, cepat bertindak. Kalau tidak berdalih, sudah tentu kita terpaksa berjemaah dengan dia orang, boringlah," kata saya sambil bangun duduk memeluk lutut. Andi Kamarool tersengih panjang menerima pujian.


"Aku tahu apa yang kamu fikirkan Tamar. Tapi sebenamya ada cerita lain yang nak aku cakapkan pada kamu."


"Apa ceritanya Andi?"


"Cerita yang menakutkan," Andi Kamarool terus bangun dan duduk. 

Dia membeliakkan sepasang biji matanya ke arah saya. Tingkah laku yang diperlihatkannya membuat saya menjadi gementar. Dan rasa ingin tahu terus bergelora dalam hati. Andi Kamarool seperti keberatan untuk meneruskan ceritanya dengan segera. Dia renung lelangit, renung lantai dan renung apa saja yang ada dalam bilik.


"Apa dia, ceritalah. Kalau kamu tidak mahu cerita, aku keluar dari bilik ini," saya terpaksa melakukan ugutan untuk memaksa Andi Kamarool membuka rahsia. Ternyata, cara yang saya lakukan ini mendatangkan hasil.


"Aku mimpi, berjalan dengan Mia di pantai. Kami berpimpin tangan. Entah macam mana muncul lelaki tua, dia rampas Mia dari aku. Mia rela dirinya ditangkap oleh orang tua. Sebelum mengusung Mia lelaki tua itu menampar aku. Dalam masa yang sama lelaki tua itu bertukar menjadi harimau untuk ditunggang oleh Mia. Pelik sungguh, harimau dan Mia bergerak dalam ombak. Aku tersedar dari tidur bila ombak besar datang ke arah aku."


"Masa kamu terjaga itu pukul berapa?"


"Aku tak dapat agak pukul berapa tapi, masa datuk dah berhenti baca Quran."


Saya termenung panjang mendengar cerita itu. Mimpi yang dialami memang menyeramkan dan menakutkan. Tetapi, saya kira Andi Kamarool tidak menceritakan semua peristiwa yang dialaminya. Masih ada yang dirahsiakan dari saya.


"Lepas lu kamu sambung tidur?" lanya saya.


Andi Kamarool garu pangkal dagu dua tiga kali.


"Aku tidak dapal tidur hingga subuh," katanya.


"Kamu nampak sesuatu yang ganjil dalam bilik ini, kemudian kamu kejutkan aku," saya mula menduga. Andi Kamarool terkejut.


"Hai, kamu macam tahu-tahu aje, agaknya kamu tak tidur Tamar."


"Aku cuma main agak-agak aje."


"Tapi tepat, memang aku nampak bayang-bayang orang berjalan dari bucu ke bucu bilik, sambil berjalan orang itu membilang tasbih, sesekali dia merenung kearah kita berdua."


"Sudahlah Andi, lupakan saja perkara lu." Aku terus mengajak Andi Kamarool ke bilik air untuk mandi dan mengambil air sembahyang. Andi Kamarool akur dengan permintaan saya.


Solat subuh pun kami sempurnakan dalam bilik. Kerana menyedari tidak menyambung tidur. Kami keluar dari bilik menuju ke ruang tengah menemui datuk dan Haji Basilam yang baru sahaja selesai melakukan senaman.


"Bila Pak Aji berangkat?" Tanya Andi Kamarool.


"Sebelum matahari terbit," jawab datuk. Kami anggukkan kepala dan bersedia mahu duduk. Tiba-tiba terdengar ketukan pinlu. Saya terus menerpa ke situ dan membuka pintu.


"Untuk makan dan minum pagi, air kopi dan sedikit kuih."


Mia menghulurkan talam, segera saya sambut.


"Masuk dulu Mia," pelawa Haji Basilam dan permintaan itu tidak dihampakan Mia. Hidangannya yang saya tatang segera saya letakkan ke atas lantai. Mia pun mengaturkan cawan dan menuangkan kopi.


Dari pintu terdedah saya sempat menjeling keadaan alam di luar yang samar-samar. Kokok ayam jantan masih kedengaran.


"Semua barang-barang dah siap, ayah."


"Dah siap, kau tengoklah tu," sambil ketawa Haji Basilam meluruskan jari telunjuknya ke arah dua buah beg rotan yang terasa di tepi dinding.


KOPI


MELIHAT Haji Basilam dan Andi Kamarool menghirup kopi panas, keinginan saya terus memuncak, tanpa segan silu, kopi terus saya hirup. Badan terasa segar. Kemudian kami terus menjamah goreng pisang.


"Kenapa minum sikit?"


Mia renung wajah datuk. Dia terasa aneh, bila datuk menuangkan kembali air kopi dalam teko tembikar sehingga air kopi dalam cawan linggal separuh.


"Saya jarang minum pagi," jawab datuk.


"Dia memang begitu Mia, tak suka minum kopi, kecuali air dingin.


Makan kuih pun sikit," Haji Basilam ikut campur dalam perbualan.


Datuk tersenyum panjang. Saya dan Andi Kamarool terus memamah goreng pisang.


"Begini Mia, lepas minum ni, kami berdua nak pergi terus ke Sungai Penuh, terima kasih kerana kamu menghantar minum pagi, kalau tidak kami makan pagi di Sungai Penuh," Haji Basilam memberi penerangan.


"Cepat sangat nak pergi, tak boleh nak tunggu semalam dua lagi."


'Tak boleh Mia, biar cucu saya si Tamar dan Andi Kamarool tinggal di sini dua tiga malam," datuk renung muka saya dan Andi Kamarool.


"Dengar cerita mereka ada urusan dengan kamu," tambah daluk.


"Katanya begitulah," tutur Mia dalam nada suara lembut. Saya lihat Haji Basilam tersenyum panjang.


Sesungguhnya, kehadiran Mia di subuh yang dingin memberikan kehangatan dalam diri saya dan Andi Kamarool. Kalau boleh, bila datuk dan Haji Basilam keluar dari rumah, biar Mia berada di ruang rumah hingga matahari terbit. Kami mahu bercakap dengannya, kami mahu menatap senyum, kami mahu bercanda dengannya.


'Kalau begitu saya ucapkan selamat jalan. Biar saya balik dulu," kala Mia sambil menatang talam untuk membawa cawan, piring dan teko yang belum dibersihkan ke rumah batu. Tindakan Mia itu mengejutkan kami, kenapa dia tergesa-gesa mahu pulang, fikir saya.


"Ayah cuma mahu minta satu perkara saja pada kamu, Mia." "Apa dia ayah?"


Mia segera menentang sepasang biji mata Haji Basilam. Datuk tunduk merenung lantai. Dan kami resah menanti kata-kata yang bakal dihamburkan oleh Haji Basilam.


"Apa dia yang ayah harapkan pada saya," ulang Mia.


"Ayah harap kamu dapat tunaikan permintaan budak berdua ni."


"Usah bimbang, selagi terdaya, saya tetap bantu mereka," balas Mia dan dia pun mengatur langkah menuju ke muka pintu. Datuk dan Haji Basilam segera mengiringinya. Kerana tidak mahu disebut 'orang muda' tidak ada budi bahasa, saya dan Andi Kamarool turut mengiringi Mia ke ambang pinlu.


"Selamat jalan, jangan bimbang mereka selamat di sini," Mia mengulangi janjinya pada datuk dan Haji Basilam. Dia pun memijak anak tangga pertama dan beberapa saat kemudian, Mia hilang dalam kabus subuh yang sedang bangkit di permukaan bumi.


MATAHARI


Seperti yang janjikan, sebelum matahari muncul di kaki langit, Haji Basilam dan datuk turun dari rumah.


"Kami nak hantar, boleh tak?" Saya mengajukan pertanyaan. "Boleh tapi sampai pintu pagar rumah batu, tak boleh lebih dari itu"


Haji Basilam mengenakan syarat. Kami mengangguk. Sambil melangkah menuju ke pintu pagar, otak saya berpular ligat, kenapa saya dan Andi Kamarool tidak diizinkan menemani hingga ke gigi jalanraya. Apakah perkara yang mahu disembunyikan oleh Haji Basilam dan Datuk dari pengetahuan kami berdua.


"Kenapa sampai dekat pintu pagar? Bukankah lebih baik, kalau kami hantar sampai tepi jalan setidak-tidaknya, kami dapat tahu juga Pak Aji dan datuk naik apa? Tumpang lori, naik teksi atau bas," Andi Kamarool memecahkan persoalan yang bermain dalam tempurung kepala. Datuk dan Haji Basilam tersentak dengan pertanyaan itu. Langkah segera berhenti.


"Untuk keselamatan kamu berdua, juga kepentingan kami, lain tak ada apa-apa," tutur Haji Basilam dengan tenang, setenang suasana subuh dingin.


"Kerana itu, eloklah kamu berdua balik ke rumah," datuk mengeluarkan cadangan.


Buat sekian kalinya saya dan Andi Kamarool berpandangan. Jarak dari tempat kami berdiri dengan pintu pagar, kira-kira dalam dua puluh kaki.


Ertinya, saya dan Andi Kamarool masih boleh bergerak unluk menemani datuk dan Haji Basilam hingga ke pintu pagar. Tetapi. kesimpulan dari kata-kata yang diluahkan oleh datuk,  seolah olah menyatakan memadai sajalah kami menemani mereka sehingga di sini.


"Kalau itu yang diinginkan, kami terima. Kami berdoa perjalanan Pak Aji dan datuk selamat, diberkati Allah dan tidak menghadapi sebarang masalah," Andi Kamarool melempiaskan doa dan harapan.


"Aku harap, doa kamu berdoa diberkati Allah," balas datuk. Kami pun bersalaman. Tidak ada kata-kata selanjutnya, samaada dari pihak kami, mahupun pihak datuk dan Haji Basilam.


Kami berpatah balik ke rumah papan. Datuk bersama Haji Basilam meneruskan perjalanan menuju ke gigi jalanraya. Kira-kira, lebih enam belas langkah dari tempat berhenti tadi. Kami segera menoleh ke belakang untuk mengetahui sama ada datuk dan Haji Basilam sudah sampai ke tepi jalan atau tidak. Malangnya, mereka tidak kelihatan, ghaib entah kemana. Kalau mahu sudah menaiki kenderaan, kami tidak mendengar bunyi kenderaan lalu atau berhenti.


"Agaknya, mereka ada jalan rahsia, itulah sebabnya mereka tidak mahu kita hantar sampai ke tepi jalanraya," terhambur kata-kata itu dari kelopak bibir secara tidak sengaja. Andi Kamarool terus berhenti dan memintas dan berdiri di hadapan saya. Kedua belah tangannya memegang kedua belah sayap bahu. Langkah saya terhenti, kami berpandangan.


"Kenapa Andi?"


"Kamu masih memikirkan tentang mereka Tamar?"


"Iya," saya angguk kepala.


'Tak perlu difikirkan, mereka orang tua, banyak pengalaman, banyak ilmu."


'Tapi, perkara ilu memang menimbulkan tanda tanya dalam hati aku, Andi."


Saya lihat Andi Kamarool menarik nafas dalam-dalam. Kedua-dua belah telapak tangannya yang jatuh ke dua belah sayap bahu saya segera diangkat dan diluruskan. Andi Kamarool tahu, penjelasannya tidak memuaskan hati saya.


"Begini Tamar, mereka tidak ada jalan rahsia tapi..."


'Tapi mereka ada jalan pintas," potong saya.


"Iya Tamar, bukan setakat jalan pintas tetapi, mereka bergerak atau berjalan mengikut arah angin. Itu sebabnya mereka mesti bergerak awal, sebelum matahari terbit, sebelum angin bertiup," bersama wajah ceria Andi Kamarool membuka rahsia.


"Itu rahsia mereka yang mahu disembunyikan dari kita berdua," itu komentar saya.


"Barangkali boleh jadi cakap kamu tu betul, boleh jadi tidak betul. Apa yang aku tahu, lalu di jalan pintas ada petua tertentu..." Andi berhenti bercakap, dia segera mengajak saya menyambung langkah yang terhenti. Kicau burung mula terdengar, angin pagi mula mengusik dedaun di hujung ranting.


"Apa petuanya Andi?"


"Aku pemah mengamalkannya, pertama mesti berjalan separuh berlari dan menentukan angin datang dari arah belakang yang boleh mempercepatkan langkah kita, tidak boleh bercakap, disamping membaca beberapa ayat tertentu dari Quran. Aku pernah membuat kerja semacam ni, sehingga ada orang mengatakan aku mangamalkan ilmu ghaib, sebenamya tidak," jelas Andi Kamarool.


Kerana aku tidak memberikan sebarang komentar tentang perkara tersebut, Andi kamarool tidak melanjutkan cerita. Kami terus berjalan. Kali ini langkah kami panjang kerana mahu cepat sampai ke rumah papan. Walaupun begitu, saya terasa seperti ada sepasang mata mengintai gerak langkah kami dari rimbunan pokok kecil. Saya berusaha menyingkirkan perkara yang bukan-bukan dari bermain dalam kepala saya.


CAHAYA


DI kaki langit mula kelihatan kemerah-merahan mengembang, awan nipis seperti menjauhkan diri dari cahaya tersebut. Kicau burung mula beransur rancak, suasana yang subuh mula menipis. Sewaktu berbelok ke kanan untuk memasuki ke kawasan rumah papan, Andi Kamarool tepuk saya.


"Ada apa Andi?"


"Aku macam ternampak kelibat manusia, berjalan di balik pokok-pokok kecil, tak apa. Kita jalan terus," itu yang dicadangkan oleh Andi Kamarool. Tidak ada bantahan dari saya. Apa yang dapat saya kesan, Andi Kamarool memperlahankan langkah, saya fikir dia sedang membuat helah untuk menjarakkan dirinya dengan saya. Dan saya tidak mahu memikirkan tentang perkara itu. Saya terus melangkah. 


Dia tertinggal di belakang dalam jarak agak jauh juga.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box