SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA

Tetapi aneh sekali, bila saya menoleh ke belakang, dalam sekelip mata Andi Kamarool hilang. Tentu saja hal sebegini membuat saya cemas. Dalam keadaan cuaca yang beransur cerah itu, saya awasi keadaan sekeliling.


Agak mengejutkan, bila Andi Kamarool muncul secara mendadak di depan dalam jarak kira-kira sepuluh kaki. Dia muncul bersama seorang wanita yang separuh baya. Saya segera mendekati mereka.


“Siapa dia ni Andi?”.


“Dia yang mengawasi gerak geri kita, Tamar”


“Tidak” kata perempuan setengah umur itu. “Masa kakak lalu tadi. kakak terdengar suara orang jantan bercakap, kakak terus sembunyi di balik pokok. Kakak nak tahu, siapa kamu yang sebenarnya. kakak takut kalau ada orang lain yang masuk ke sini”.


“Jadi kakak tahu kami ada di sini," soal saya.


"Tahu, Mia beritahu dan dia suruh kakak intip kamu berdua. Katanya, mesti hati-hati dengan kamu berdua".


Satu jawapan yang menimbulkan seribu persoalan dalam dada. Andi Kamarool segera saya renung. Dia tidak memperlihatkan sebarang reaksi.


"Kakak ni sebenarnya, siapa. Ada kena mengena dengan Mia?" Saya mengajukan soalan.


"Kakak bekerja dengan Mia, mengemas rumah, membasuh dan macam-macam kerja rumah. Ramai orang tak tahu yang kakak bekerja dengannya. Mia mahu kakak merahsiakan dari orang ramai, kecuali anak kakak. Kakak datang subuh, balik lepas asar".


Penjelasan wanita itu, benar-benar meyakinkan saya dan Andi Kamarool.


“Suami kak kerja apa?" Desak Andi Kamarool.


"Mati ditembak Belanda, semasa di Tanjung Balai".


"Nama kak siapa?" Tanya saya.


"Panggil saja Sun, nama sebenar Harisun".


Dan perempuan setengah baya itu, kami benarkan berlalu. Perjalanan ke rumah papan diteruskan.

"Mia, terlalu banyak berahsia," rungut Andi Kamarool


"Rahsia tu, mesti kita cari," kata saya sambil berdiri di tepi jendela, melihat sinar matahari yang kian garang menyimbahkan cahaya ke permukaan bumi. Keadaannya sungguh cantik, Kicau burung arnat rancak sekali. Berterbangan dan berlompatan dari ranting ke ranting. Suatu suasana yang amat menyenangkan.


Dari jendela yang terdedah, saya merenung ke arah rumah batu lama tersergam gagah. Sinar matahari pagi yang mula marak menjilat sebahagian daripada bangunan rumah batu lama tu.


"Mencari rahsia dari Mia, bukan perkara mudah," tercetus kata-kata dari Andi Kamarool. Terlalu lama dia mengambil masa untuk menjawab pertanyaan yang saya kemukakan tadi.


"Kita berusaha, Andi," saya memberikan sebuah harapan.


Tiada jawapan darinya, kecuali sekilas senyum yang hambar.


"Bagaimana kalau kita jumpa kakak tu, barangkali dia dapat membantu kita," satu cadangan yang datang secara sepontan dalam kepala saya.


"Iya, aku setuju," sahut Andi Kamarool.


Langkah pertama yang kami lakukan pagi itu ialah meninjau dan mengelilingi seluruh kawasan rumah batu tersebut. Kami mahu mengenalinya lebih terperinci lagi. Petang semalam, kami kesuntukan masa. Kami bergerak dari sebelah kanan rumah papan menuju ke halaman rumah batu lama.


Halaman rumah tersebut amatlah luas. Tiang-tiang batu sepemeluk menyanggah bahagian depan rumah itu. Di kiri kanan rumah batu itu terdapat bangunan kecil yang sama besarnya, bercantum dengan rumah batu lama. Orang boleh keluar masuk dari rumah batu ke rumah kecil (kiri dan kanan) menerusi pintu khas.


Di saat kami asyik melihat bangunan lama dari sudut halaman, seorang lelaki dalam usia lima putuhan memakai seluar pendek, berbaju lusuh lengan pendek memakai topi dari mengkuang mendekati kami.


"Awak kerja di sini?" Itu yang saya ajukan, bila melihat wajahnya.


"Iya, saya yang membersihkan kawasan rumah ni, Mia nanti awak berdua di rumah kecil sebelah kanan," setelah menyampaikan pesanan, lelaki itu terus berlalu.


Serentak saya dan Andi Kamarool merenung ke arah rumah kecil sebelah kanan. Mia berdiri di situ sambil melambai-lambaikan tangan ke arah kami.


"Bagaimana Andi?" Tanya saya.


Andi Kamarool mengigit bibir tanpa mahu mengalihkan pandangannya ke arah Mia yang setia berdiri di depan rumah kecil.


"Dia mengintip gerak geri kita, Tamar," terlontar kata dari bibir Andi Kamarool. Kali ini pandangannya segera dialihkan ke wajah saya.


"Aku sependapat dengan kamu Andi. Aku harap dia tidak mengajak masuk ke bilik datuk neneknya".


"Aku juga tak mahu pergi ke kubur neneknya," Andi Kamarool meluahkan gelodak hatinya.


Saya tersenyum dalam sinar matahari pagi yang ramah. Kicau beburung yang melompat di reranting memberikan kedamaian. Tetapi, kami masih belum membuat keputusan sama ada mahu mendekati Mia atau meneruskan perjalanan mengelilingi kawasan rumah.


"Macam mana Andi? Teruskan rancangan atau singgah di rumah kecil"


"Singgah Tamar, kita berada di kawasan rumahnya dan kita tetamunya, kita mesti menghormatinya, kalau tak mahu dituduh manusia tak berbudi bahasa".


Saya lihat Andi Kamarool tersenggih. Gembira kerana saya tidak membantah. Dan kami pun melangkah menuju ke arah Mia yang berdiri di depan rumah kecil.


Mia menyambut kami dengan senyum lebar. Dia mengenakan kain batik jawa dan berbaju kebaya sulam. Sehelai selendang tersangkut di bahu. Dia nampak anggun dan menawan sekali. Kulit pipinya yang putih licin nampak kemerah-merahan diterpa cahaya matahari. Bayu pagi yang bertiup lembut menggerakkan anak rambut di pelipis kiri dan kanan. Aduh! Saya terpesona dengannya.


"Mahu ke mana?".


Itu pertanyaan pertama yang terkeluar dari Mia,


"Sekadar nak tinjau kawasan rumah,” jelas Andi Kamarool.


"Kalau nak meninjau kawasan rumah, kenapa tak beritahu aku, Aku bimbang" Mia mengakhiri kata dengan seulas senyum di kelopak bibir.


"Bimbang? Agaknya sangsi dan tak percayakan kami," balas saya. Mia tidak memperlihatkan sebarang reaksi dengan apa yang saya ajukan. Dia nampak tenang dan bersahaja, sesekali membetulkan selendang di bahu yang mula menurun (mengelunsur) akibat banyak bergerak.


"Bukan apa-apa, bimbang kalau-kalau kamu berdua melihat atau terserempak dengan perkara-perkara yang menakutkan. Selain itu, bimbang kalau kamu dipukul oleh para pekerja saya yang menyangkakan kamu berdua orang jahat. Itu saja." Mia membetulkan hujung rambutnya yang jatuh ke dahi, akibat ditiup angin.


Rambut lebatnya yang separas bahu itu, nampak berombak bola bila menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan.


"Maafkan kami, kerana tak beritahu awak," kata saya. Mia anggukkan kepala, menerima kenyataan maaf kami.


"Ada kamu ambil, apa-apa benda dalam kawasan rumah ni?".


"Maksud Mia?" Tanya Andi Kamarool.


"Petik bunga atau ambil buah buahan".


“Tak ada," jelas saya.


"Bagus, kalau ada pun, saya izinkan. Ambil barang tidak minta izin saya buruk padahnya".


Kata-kata itu membuat saya resah. Terlalu banyak pantang larang di sini. Itu tak boleh, ini tak boleh. Semuanya mesti minta izin. Muka Mia saya tatap, dia tetap mempamerkan senyum.



"Sekarang kamu boleh pergi ke mana saja dalam kawasan rumah ni. Kamu boleh ambil apa saja, aku izinkan. Sebelum tu, masuk dulu kita minum"


“Tadi dah minum," saya menolak.


"Tadi minum di ramah papan, sekarang minum di rumah saya. Lagipun dah berjalan ke sana ke sini, tentu kamu berdua lapar. Masuk aje, jangan fikir apa-apa," desak Mia.


Saya dan Andi Kamarool tidak dapat mengelak. Permintaannya terpaksa kami tunaikan. Sebaik sahaja duduk di bangku dan menghadapi meja panjang, Kak Sun segera datang. Dia pun mengatur cawan dan menyusun piring makanan. Ada pulut udang, ada kuih seri muka dan bengkang.


"Nasi lemak tak ada?" Saya bergurau.


"Tak buat," jawab Kak Sun selamba dan kami menyambutnya dengan ketawa kecil. Melihat saya dan Andi Kamarool tidak kekok berbual dengan Kak Sun, Mia segera mendekati Kak Sun. Dia mengambil alih tugas Kak Sun menuangkan air kopi ke cawan.


"Dah kenal dengan pembantu rumah saya?"


Mia terus menuangkan air kopi ke cawan.


"Dah lama kenal?" Ulang Mia.


Dia tidak puas hati, pertanyaan pertamanya tidak kami jawab dengan segera.


"Sudah kenal," kami menjawab serentak.


"Bagus, sebenamya kak Sun sendiri dah ceritakan. Cuma saya nak minta pengesahan dari awak berdua".


"Kamu memang nakal Mia," usik saya lalu disambut dengan ketawa oleh Andi Kamarool, Mia dan Kak Sun.


"Silakan Tamar, silakan Andi, jangan segan," untuk kesekian kalinya Mia mempelawa dan acara sarapan pagi (untuk kali kedua bagi saya dan Andi Kamarool) pun bermula, Dan Mia tetap mengharapkan kami bermalam di anjung rumahnya.


"Kali ini, jangan tak jadi, jangan banyak helah dan dalih lagi," tutur Mia sambil menghirup air kopi. Sepasang anak matanya yang tajam merenung lembut ke wajah Andi Kamarool.


"Kali ini, usaha itu tidak berhasil."


Dia masih merenung Andi Kamarool dan sekali-sekala saya lihat pandangan mereka bersambung yang dibuah dengan senyum. Suara yang: tidak diperhiraukan, kehadiran saya bagaikan tidak wujud di ruang makan. Mia dan Andi Kamarool nampaknya kian intim.


Sebagai lelaki, hati kecil saya mula dibungai rasa cemburu. Mula meluat melihat tindak-tanduk mereka. Hei! Aku bukannya tunggul, batin saya terus menjerit. Mereka mencabar kelakian saya. Dan sebagai protes, saya terus bangun tanpa mahu menyentuh cawan, apatah lagi menghirup air kopi. Saya bersedia untuk melangkah keluar dari rumah.


"Kenapa?"


Saya menoleh ke arah Kak Sun yang berdiri di sudut meja panjang. Andi Kamarool dan Mia mula mengarahkan sepasang anak mata masing- masing ke arah saya.


"Kenapa Tamar?" Tanya Kak Sun Saya terus membisu.


"Minum dulu Tamar, Lepas tu kita teruskan rancangan, kau terburu- buru," Andi Kamarool terus berdiri.


"Ada apa yang tak kau senangi Tamar?” Mia mencelah.


Saya terus membatu, berdiri kaku sambil menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Kak Sun terus berdiri di depan, merenung batang hidung saya.


"Kenapa Tamar".


"Ini urusan saya Kak".


Kak Sun segera kembali ke sudut meja, berdiri di situ. Pertanyaan dari Andi Kamarool dan Mia saya biarkan berlalu begitu saja tanpa jawapan. Ternyata tindak-tanduk saya itu tidak menyenangkan hati Andi Kamarool. Dia segera mendekati saya.


"Kamu marahkan aku Tamar?".


Itu yang dibisikkan Andi Kamarool ke cuping telinga. Dan hati kecil saya segera membuat rumusan yang Andi Kamarool sudah dapat meneka apa yang bergolak dalam dada saya. Sebelum perkara ini melarat saya harus bertindak dengan bijak menyembunyikan apa yang bergolak dalam batin.



"Aku lemas, tak habis-habis bercakap. Kamu terlalu banyak melayani Mia sedangkan kita ada tugas," saja berdalih.


"Aku kadang-kadang jadi bodoh dengan sikap kamu. Kamu tak boleh buat macam tu Tamar, kita tetamunya, Hormatilah dia," dalam berbisik Andi Kamarool meluahkan nasihat tetapi, nada suaranya membayangkan kemarahan.


"Maafkan aku Andi. Aku mahu keluar.”


"Hisss, kamu memang pelik,"Andi Kamarool mendengus. Dia berpatah balik ke meja makan.


"Kenapa dengan Tamar?"


Gegendang telinga saya menangkap suara Mia yang diajukan kepada Andi Kamarool. Tiada jawapan yang terkeluar dari mulut Andi Kamarool. Kak Sun melintas di depan saya, macam tadi dia tetap merenung muka saya. Kali ini dia senyum dan senyuman itu segera saya balas. Kak Sun terus berlalu.


"Dia nak cepat melawat kawasan rumah ni," itu jawapan Andi Kamarool untuk Mia. Terdengar bunyi telapak kaki Mia melangkah mendekati saya.


"Kamu tak gembira Tamar?" Mia berdiri di kanan.


"Bukan apa-apa Mia, kalau lambat-lambat nanti hari panas, kawasan rumah kamu ni, bukannya kecil. Luasnya dekat lima padang bola. Aku ni, tak tahan panas," saya kira dalih itu lojik dan dapat diterima oleh akal.


"Hummmmm....," suara Mia lemah. Dan sepasang anak matanya berlaga dengan sepasang anak mata saya. Dia pun mengukir senyum.


"Aku percaya dengan cakap kamu," balas Mia meyakinkan," sebelum itu habiskan minuman," tambahnya dan aku terpaksa mengalah.


Saya pun rapat ke meja makan, sambil berdiri saya terus menghirup kopi yang tinggal separuh di cawan. Kemudian, saya pun melangkah ke pintu. Andi Kamarool turut sama berbuat demikian. Mia turut menemani kami hingga ke muka pintu.


Saya lihat rerumput di halaman segar menghijau. Titik embun yang bertenggik di hujung rumput nampak kilau kemilau akibat di sentuh sinar matahari pagi.


"Kalau ada apa-apa masalah, jumpa saja dengan dia," Mia menudingkan jari telunjuknya ke arah Kak Sun yang sedang berdiri di sudut rumah.


"Usah bimbang, ada saja masalah kami cari dia," balas Andi Kamarool.


"Tengah hari ni kita makan bersama".


"Di mana?” Saya renung muka Mia.


"Di mana lagi, di rumah sayalah," jawabnya.


Mia menabur budi, saya dan Andi Kamarool saling berpandangan. Kami anggukkan kepala serentak, Tanda setuju.


Sebaik sahaja Mia masuk ke rumah, kami menyambung kembali perjalanan yang terhenti. Sambil berjalan, saya ambil kesempatan untuk menjelaskan kepada Andi Kamarool, kenapa saya bersikap luar biasa semasa berada di ruang makan tadi.


"Kamu terlalu ikutkan perasaan. Aku tak mahu kerana Mia kita bermusuh dalam diam. Aku tahu kamu ada hati dengannya Tamar.”


"Kamu juga begitu Andi".


"Iya aku mengaku. Kamu harus ingat jatuh hati tidak bererti dia milik aku. Kenapa kamu tak boleh bersikap terbuka Tamar. Bagi aku kalau kamu berjaya menawan hati Mia, aku tetap gembira dan merasa bahagia. Tidak ada sebabnya aku mesti memusuhi kamu".


Saya terdiam, satu pukulan maut untuk saya. Tidak ada cara dan helah untuk saya menepis atau berdalih. Jalan paling selamat, saya harus membisu dan terus berjalan tanpa mengungkit-ungkitkan perkara itu lagi. Ternyata taktik saya berhasil, perkara itu tidak dibangkitkan oleh Andi Kamarool lagi. Dia kembali bersikap seperti biasa.


Kerana terlalu asyik melangkah dan melayani fikiran mastng- masing. Tanpa disedari kami sudah berada jauh dari rumah batu. Kami kini berada di sudut halaman sebelah timur yang bersempadankan ladang getah.


Kerana musim panas, pepokok getah kelihatan gondol. Dedaun yang berguguran berserakkan dipermukaan bumi. Memang kawasan halaman rumah batu cukup luar biasa luasnya. Begitulah, di saat kami merasa kagum dengan bentuk rumah batu lama dan keluasan halamannya, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki. Kami tidak tahu dari mana lelaki itu datang.


"Selamat pagi," kata lelaki itu.


"Selamat pagi," balas kami serentak.


"Dari mana?" Tanya saya.


"Hum, dari ladang getah, musim daun gugur ni kena kerja lebih sikit. Daun-daun kering ni tak boleh dibiarkan berlonggok di pangkal pokok, bila terbakar habis pokok rosak. Terpaksa dikuak jauh dari pangkal pokok, kalau terbakar pokok getah tak rosak," tanpa diminta orang itu terus memberikan penjelasan sambil menikam permukaan bumi dengan kayu yang dipegangnya.


Hujung kayu itu bercabang tiga yang bentuknya macam jari manusia dibuat dari buluh. Gunanya supaya mudah menarik dan mengumpul, melonggok daun getah kering.


"Pak cik bekerja di sini?" soal Andi Kamarool.


Lelaki yang mendekati usia lima puluhan itu anggukkan kepala. Topi mengkuang yang lebar menutupi sebahagian dari dahinya. Memakai seluar panjang warna kelabu yang sudah lusuh. Bajunya dari kain tebal yang sudah koyak di bahagian dada sebelah kiri. Kerana sikap ramah yang ditunjuknya, kami segera mendekati dan menjalin persahabatan.


"Mia dah bagi tahu, suruh awasi awak berdua".


Saya terkejut, kali ini loghat jawanya agak ketara sekali. Kerana kami tidak memberikan tidak balas segera, membuat dia jadi serba salah.


"Mia sendiri bagi tahu pak cik? Cepat sungguh dia beritahu" saya pura-pura terkejut. Andi Kamarool membeliakkan biji mata dalam sinar panas yang mula beransur keras.


"Bukan dia, Mia bagi lahu pada mandur beritahu saya dan pekerja lain".


"Mana mandurnya?" Tanya Andi Kamarool.


"Itu..." lelaki tua im menajamkan mulutnya ke arah lelaki berkulit hitam, berbadan besar.


Lelaki berkulit hitam yang dipanggil mandur itu, seolah-olah mengetahui yang saya dan Andi Kamarool merenung ke arahnya. Dengan tenang dia angkat muka merenung ke arah kami sambil membuka kain merah yang melilit kepalanya. Dia menghadiahkan senyum persahabatan.


Senyumnya kami balas. Dan lelaki berkulit hitam meneruskan kerjanya, melawat orang-orang di bawah jagaannya. Dia berjalan arah ke selatan


"Dia orang Batak, banyak ilmunya tapi........." orang itu tidak meneruskan kata-katanya. Dia keluarkan rokok daun dari saku bajunya. Dengan wajah penuh kepuasan dia menghisap dan menghembuskan asap rokok.


"Nama pak cik siapa?"


"Samion, orang Jawa," matanya merenung muka saya.


"Dah lama kerja di sini?".


"Mula-mula datang dari Jawa, kerja di perkebunan Belanda, kemudian baru ke sini, lebih dari sepuluh tahun kerja dengan Mia," Samion terus sedut rokok daun dalam-dalam. Saya tidak mahu menyoalnya lagi, dia kurang senang kalau dihujani dengan pertanyaan yang agak terlalu peribadi.


"Pak cik Samion tentu banyak tahu tentang cerita-cerita ganjil dalam rumah batu lama ni," Andi Kamarool mengambil alih tugas saya. Pertanyaan itu membuat Samion nampak seperti tersintak, dahinya berkerut. Buat beberapa ketika Samion termenung sambil merenung ke arah rumah batu lama yang tertegun kaku.


Memang ada kelibat manusia berjalan di kaki lima rumah tetapi, tidak dapal dilihat dengan jelas. Sukar untuk dipastikan siapakah yang berjalan di kaki lima itu, Mia atau Kak Sun dan mungkin orang lain.


Panas pagi makin beransur terik. Bahangnya membuat saya gelisah. Samion tidak memperlihatkan yang dia mahu menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Andi Kamarool. Saya jadi putus asa dan merancang untuk mengajak Andi Kamarool meninggalkan orang tua itu.


"Memang ada macam-macam cerita tentang rumah tu. Dulu, masa saya mula-mula bekerja, saya disuruh oleh abang Mia menjaga rumah tu waktu malam. Saya disuruh duduk dekat pintu ruang tamu, di situ ada piano besar warna hitam. Piano itu berbunyi sendiri waktu tengah malam buta, macam ada jari-jari yang menyentuh mata piano. Bila saya amati dan dekati bunyi piano itu terus hilang," Samion membuka pengalaman dirinya. Sesuatu yang menyeronokkan untuk kami dengar.


"Tapi, saya tak nampak piano tu," Andi bersuara.


"Kira-kira dua tahun, abang Mia membawa piano itu ke Medan, sejak itu saya tak dengar ceritanya lagi. Saya jadi jaga selama dua bulan saja. Saya tak tahan".


"Maksud pak cik".


Samion renung muka Andi Kamarool. Puntung rokok daun yung terkapit di bibir dibuangnya ke atas rumput, Matanya masih lagi teriumpu ke rumah batu lama.


Pak cik tak tahan diganggu dengan macam-macam benda pelik. Pak cik pernah dihumban ke tengah padang waktu malam kerana pak cik terlena di depan pintu. Esoknya pak cik minta tukar kerja menjaga pokok- pokok getah".


"Dahsyat," keluh saya.


Samion hanya tersenyum dan bersedia untuk melangkah pergi. Telapi. tindakkannya itu segera dihalang oleh Andi Kamarool.


"Nanti Mia marah," katanya.


"Sekejap saja pak cik, kami cuma mahu dengar saja bukan nak buat apa-apa, Mia sendiri cakap pada saya, kalau ada apa-apa yang mahu tahu tentang rumahnya, tanya saja dengan pak cik," saya terus membohonginya. Mendengar kata-kata itu, Samion nampak ceria sekali. Dia tidak jadi melangkah malah terus duduk bersila atas rumput.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box