SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU

APA yang menarik tentang Kak Sun ialah, cara dia menyampaikan cerita penuh dengan perasaan. Ada ketikanya terasa amat melucukan tetapi makin lama mengikut ceritanya makin terasa seram. Mengundang rasa takut yang tidak menentu seolah-olah bagaikan ada makhluk halus yang sedang mengikuti pergerakkan kami.


Bagi menghilangkan rasa takut itu saya segera mendekati Andi Kamarool, Bahu kami segera berlaga dan ternyata perbuatan itu kurang disenangi oleh Andi Kamarool, Dia segera menjauhkan tubuhnya dari tubuh saya. Memang, kau tak faham dengan apa yang aku rasakan Andi rungut batin saya. Sebelum menyambung cerita yang terputus, Kak Sun renung ke arah dahan pokok besar atas kepala.


 "Bila ayahnya mati, abang Mia ambil keputusan menjual barang-barang antik dalam rumah ni."


"Apa dia barang-barang antik tu Kak Sun?" soal saya.


"Lampu dari timur tengah, macam lampu Aladin tu, ukiran patung kayu, peti kain, mesin jahit, peti nyanyi dan macam-macam lagi."


"Kenapa dijual? Bukannya senang nak dapat barang-barang antik macam tu," Andi Kamarool renung muka Kak Sun penuh dengan tanda tanya. Lagi sekali Kak Sun dongakkan muka ke dahan pokok besar, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Sudah tentu perbuatannya itu menimbulkan keraguan dalam diri saya.


"Sebabnya tak ada tempat nak simpan. Lagi pun simpan barang-barang lama ni susah Andi banyak pantang larangnya silap-silap cara boleh bawa padah."


"Huh." Andi Kamarool membeliakkan biji matanya. Dia terkejut.


"Ada orang yang membeli nya kak Sun?" Saya tidak jemu mengajukan pertanyaan.


Saya lihat kak Sun tersenyum lebar.


"Ramai orang yang membelinya tetapi mereka mengalami hal-hal yang ganjil. Kaum keluarga mereka hidup tak aman. Kerana si ayah minat barang-barang antik, anak isteri terima padah,"


"Apa dia padah yang dia orang terima kak?" Minat ingin tahu makin besar tumbuh dalam hati saya. 


"Dikacau pengawal rumah, hidup tidak aman."


Untuk sekian kalinya saya dan Andi Kamarool menarik nafas dalam- dalam. Kak Sun nampak tenang tetapi, bila ada kesempatan dia tetap mendonggakkan mukanya ke arah dahan pokok besar. Tentu ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Kak Sun terus bercerita:

Seorang peniaga yang membekalkan keperluan harian untuk keluarga Mia, jatuh hati dengan almari antik dari China. Tanpa berfikir panjang dia terus membeli almari itu dan ditempatkan di kedainya.


Semua pelanggan yang datang ke kedainya merasa kagum dan keindahan ukiran pada almari itu. Pemilik kedai hanya senyum bangga.


Kemegahan dan kebanggaan pemilik kedai, segera bertukar menjadi cemas. Tanpa disangka-sangka pada suatu subuh dia dikunjungi oleh manusia hitam berbadan besar yang mendesaknya supaya almari antik dipulangkan segera ke rumah keluarga Mia.


Pada mulanya pemilik kedai enggan mematuhi permintaan manusia hitam. Tetapi dalam kunjungan berikutnya, manusia hitam berbadan besar mula memperlihatkan kemarahannya pemilik kedai terpaksa mengalah dan almari antik dipulangkan kembali ke tempat asalnya.


Sekiranya, ada pekerja yang bertindak kurang ajar atau tidak disenangi oleh Kak Sun pasti diganggu oleh orang hitam berbadan besar yang disebut oleh Kak Sun sebagai pengawal rumah. Akibatnya pekerja yang terbabit tidak senang hati dan terus minta berhenti kerja.


Dari cerita Kak Sun itu saya segera membuat kesimpulan yang Kak Sun dapat menterjemah apa yang dimaksudkan oleh si penjaga. Ini berlainan dengan Mia, walaupun sering berdepan dengan kelibat dan bayang-bayang orang hitam, ternyata Mia tidak mampu meneka atau menterjemah kehadiran si pengawal. Kalau Kak Sun sering melihat sesusuk tubuh lelaki tetapi si Samion lain pula yang dilihatnya.


Pernah Samion agak lewat meninggalkan kawasan rumah batu kerana dia membantu Kak Sun mengubah pasu bunga orkid daripada bangsal ke tempat lain. Kerana asyik menolong Kak Sun tanpa disedari hari sudah berada di remang-remang senja dan pada saat itu, secara tidak sengaja Samion terserempak dengan sesusuk tubuh seorang wanita cina tua. Akibat terkejut, Samion terus menjerit dan lari lintang pukang. Beberapa pasu orkid turut pecah. Dari jeritan Samion itu, Kak Sun sudah dapat menduga apa yang ditemui oleh Samion.


"Sejak kejadian tu, Samion tidak berapa senang kalau Kak ajak dia membantu kerja-kerja kak di bangsal hingga pukul enam petang. Dia hanya tolong kak setakat pukul enam saja," tutur Kak Sun yang diakhiri dengan ketawa kecil, Mungkin dia masih dapat membayangkan kelucuan peristiwa tersebut.


Menurut Kak Sun yang peramah dan tidak pandai menyimpan rahsia itu, kemunculan bebayang atau kelisan manusia yang aneh itu mengikut keadaan tertentu.


"Biasanya, dia datang bila kak menghadapi masalah atau datang memberi petanda dan alamat, Contohnya sebelum kamu datang, kak sudah dapat alamat atau gambaran yang kamu akan tiba di sini, kak tahu memang sulit untuk menyakinkan siapa saja tentang hal ini, tetapi bagi kak, penjaga atau pengawal rumah batu lama tu, memang ada."


"Alamat atau tanda-tanda yang kak dapat tu, kak bagi tahu pada Mia?" soal saya.


"Iya," angguknya, "tapi tidak semua. Kalau alamat itu membawa tanda- tanda bahaya baru kak bagi tahu. Kedatangan kamu berdua bersama Haji Basilam kak tak bagi tahu."


"Kenapa tak bagi tahu?" Tanya Andi Kamarool.


"Penjaga rumah ni, dah kenal dengan Haji Basilam. Dia tu kawan baik arwah ayah Mia, dia tahu asal usul sejarah rumah ni," sebuah penjelasan yang cukup menyakinkan dari Kak Sun,


Meskipun perasaan cemas sudah tiada dihati, saya tetap waspada. Renung kiri, renung kanan. Ada ketikanya donggakkan kepala merenung dedaun dari pokok besar yang mempayungi kami. Beberapa ekor tupai berkejaran di dahan pokok sambil berbunyi. Angin terus bertiup lembut.


"Pernah sepupu kak meninggalkan basikalnya di sini untuk diambil oleh kawan karibnya yang kebetulan bekerja dengan Mia," masih ada cerita yang mahu diungkapkan oleh Kak Sun kepada kami.


"Kerja sebagai apa kak?" terkeluar pertanyaan dari saya.


"Menjaga kebun pala."


"Habis apa dah jadi?" Andi Kamarool pula menyoal.


"Perkara tu, saya sampaikan kepada pekerja tersebut. Dua tiga kali pekerja itu datang, Peliknya dia tidak pula mengambil basikal tersebut, dia sekadar melihatnya saja," Kak Sun berhenti bercakap dia menarik nafas dalam-dalam. Matanya merenung kosong ke depan.


Kak Sun saya lihat seperti tidak mahu meneruskan cerita selanjutnya. Ini menimbulkan tanda tanya dalam diri. Dan cara yang paling baik ialah memaksa Kak Sun secara terhormat untuk meneruskan cerita tersebut.


"Habis apa dah jadi dengan basikal tu Kak?"


Saya lihat Kak Sun seperti tersintak dari lamunan. Dia segera menelan air liur, Sepasang anak mata hitamnya diarahkan kepada saya. Sebuah senyuman saya hadiahkan untuknya.


"Mia merungut kepada kak, dia kurang senang basikal itu tersadai di kawasan rumahnya. Kak tak terangkan bagaimana keadaan sebenar kepada Mia. Pada hal Kak sendiri pun merasa hairan kenapa kawan pada sepupu kak tak mahu mengambil basikalnya. Dia cuma tengok saja."


"Pelik juga kawan sepupu kak tu, agaknya basikal curi. Itulah sebabnya dia tak mahu ambil," Andi Kamarool buat penilaian sendiri. Kak Sun tersenyum mendengarnya.


"Basikal barang curi, memang dia yang punya,"


Hampir sebulan basikal tu terbiar, hinggalah pada suatu petang secara tidak sengaja kak terus berkata. "Basikal ni ada tuannya. Kamu berikan pada tuannya, bila dia datang. Tidak sampai dua jam kemudian pemilik basikal itu pun datang dan terus mengambil nya dengan senang hati."


"Kali ini mudah benar selalu tu bila saya nak pegang handle basikal macam ada orang yang menahannya," ujar pemilik basikai itu pada Kak Sun. Dan Kak Sun mula faham siapa sebenarnya penghalang pemilik basikai itu mengambil haknya.


Bila basikai sudah tiada di situ Kak Sun rasa senang hati. Dirinya terlepas dari runggutan Mia. Dan pada sebelah malamnya Kak Sun di datangi oleh pengawal rumah batu lama.


"Salah kamu sendiri suruh orang luar taruh sesuka hati, kau bukan tak tahu, aku mengawal seluruh kawasan rumah ni, jadi barang tu aku jagalah. Cuba kamu cakap barang itu milik orang ni, untuk sementara waktu saja lagi pun bersopan sikit, kalau nak tumpang barang minta izin dulu," Kak Sun mengajuk cara orang hitam itu bercakap.


Saya dan Andi Kamarool ketawa terkikih, bila melihat gerak-geri dan cara Kak Sun bercakap mengikut gaya pengawal rumah itu.


"Jangan ketawakan kak, nanti ada orang yang marah "


"Maafkan kami," serentak saya dan Andi Kamarool bersuara.


Meskipun demikian, kawan kepada sepupu Kak Sun itu tidak tahu langsung kenapa dia merasa takut dan cemas setiap kali dia mahu mengambil basikalnya. Perkara itu tidak pernah dicakapkannya kepada sesiapa pun dan terus menjadi rahsia dirinya.


Kak Sun tetap yakin, jika orang yang datang ke kawasan rumah batu lama, tidak buat hal kurang ajar, usik itu usik ini. Tidak cakap sebarangan sudah pasti penungggu (pengawal) rumah tidak melakukan apa-apa pada orang yang datang itu.


Kak Sun pun membuka kisah tentang dua orang kawan kepada abang Mia, seorang Melayu dari keturunan Bawean, manakala seorang lagi dari Acheh. Tujuan mereka datang ialah untuk mencari barang-barang antik.


Sebaik saja masuk ke ruang rumah batu lama itu, mereka berlagak seolah-olah rumah itu sebagai sebuah tempat pameran. Masuk sana, masuk sini. Usik itu, usik ini dan bercakap ikut sedap mulut saja. Diri Kak Sun mereka tidak kisah dan pandang semacam saja,


"Nasib baik mereka tak masuk bilik larangan," kata Kak Sun kepada kami.


"Mereka tak kena apa-apa kak?' Tanya saya.


"Manakah tidak, orang daripada Singapura tu, tiba-tiba menjerit tidak tentu fasal, macam kena rasuk. Orang dari Acheh dibaling dengan batu dan dipukul dengan kayu, tubuhnya jadi bengkak-bengkak. Tidak tahu, siapa yang memukulnya, Kedua-dua orang itu terpaksa dibawa keluar dari rumah lama. Sebaik berada di luar rumah, orang yang menjerit tadi terus berhenti menjerit, orang yang dipukul tidak kena pukul"


 "Jadi mereka tak beli apa-apa pun kak?" Andi Kamarool bertanya.


"Usahkan beli, bertanyapun tidak. Mereka terus cabut," kata Kak Sun.


Seterusnya Kak Sun beritahu, memang ramai yang datang ke rumah lama untuk membeli barang antik.Tetapi kebanyakkannya pulang dengan tangan kosong, mereka terasa semacam ada yang menghalangnya. Kalaupun berjaya memilikinya tetapi tidak lama, sebulan dia mereka terpaksa memulangkannya semula.


"Selain dari Haji Basilam, siapa lagi yang tahu tentang hal keluarga Mia dan rumah batu lama ni," Andi Kamarool mula memasang jerat untuk cungkil rahsia keluarga Mia sebanyak mungkin.


"Ada Andi."


"Siapa orangnya kak?"


"Haji Simpul."


Saya dan Andi segera berbalas pandangan.


"Duduk di mana kak?"


Saya menguluskan pertanyaan.


"Rumahnya, di hujung kampung. Umurnya dah dekat sembilan puluh tahun. Giginya masih kuat, rambut dah memutih seluruh kepala tetapi penglihatan dan pendengarannya masih elok. Dia ada menyebut tentang diri Mia pada kak,"


"Apa katanya tentang Mia kak?" Tanpa sabar saya terus menyoal.


Andi Kamarool segera melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali kali.


Soalan dari saya membuat Kak Sun tersintak dan terdiam. Dari air mukanya dapat saya baca rasa kesal kerana secara tidak sengaja dia menyebut nama Haji Simpul. Menyedari situasi Kak Sun yang serba tidak kena itu, Andi Kamarool segera mengemukakan pertanyaan.


"Boleh kak bawa kami jumpa dengannya."


"Nak buat apa?" sepasang biji mata Kak Sun terbeliak besar macam biji mata getah, merauti wajah saya dan Andi Kamarool. Saya terus tersenyum. Tidak disangka Kak Sun yang agak pendiam itu memiliki karakter yang melucukan.


"Bukan apa-apa saya cuma nak tanya rahsia diri dan keluarga Mia, Bila saya dah tahu rahsia keturunan saya, kalau bagus saya nak jadikan Mia yang cantik itu isteri saya, Kak Sun," usik Andi Kamarool. Saya ketawa terkikih, satu pertanyaan yang kira sungguh lucu dari Andi Kamarool.


Perkara yang saya anggap lucu itu, adalah sesuatu yang serius untuk kak Sun, dia tidak mengira itu adalah sebuah gurauan. Apa yang lahir dari mulut Andi Kamarool adalah perkara benar yang tidak boleh kira sebagai perkara remeh-temeh demikian tanggapan Kak Sun.


Kak Sun segera bangun. Berjalan mundar mandir di depan kami. Dua tiga kali dia menggosok hujung dagu dengan jari telunjuk. Dia betul- betul resah. Sesekali dia donggak ke arah dahan dan dedaun pokok besar untuk beberapa detik.


Dari situ pandangan dialihkan ke arah awan gemawan yang bergerak lembut menuju ke arah barat daya. Tiba-tiba dengan cara mengejut dia duduk kembali di bangku, lalu mata besarnya menatap tubuh Andi Kamarool, dari bawah ke atas perkara itu diulanginya berkali-kali. Saya pula jadi resah.


“Aku ingat kau tak payah jumpa dia, Andi."


"Kenapa pula kak?"


"Kalau setakat nak tahu rahsia, macam mana nak kahwin dengan Mia, aku boleh terangkan. Haji Simpul dah cakap pada aku Andi."


"Bila dia cakap dengan kak?" Minggu sudah atau sebulan yang sudah,"


"Lama dulu, semasa si Badrul dari kampung Bangko mahu masuk meminang Mia, Masa itulah, kak dengar Haji Simpul menasihati Badrul mencari anak dara lain di tanah Kerinci ni."


"Sebabnya kak?" soal Andi kamarool lagi.


"Bukan apa-apa, Mia dan Badrul tak selari, tak serasi hidup sebumbung.


KATA-kata yang pancut dari kelopak bibir Kak Sun membuat saya dan Andi Kamarool termenung sejenak. Kak Sun menyedari perubahan yang terjadi kepada kami berdua. Dia seperti tidak berminat untuk meneruskan cerita, jika kami tidak berusaha memperlihatkan kesungguhan, sudah pasti Kak Sun menyambung kembali percakapan yang terputus,


"Apa maksud Haji Simpul bercakap macam tu, tak baik mengagalkan orang yang nak mendirikan masjid," saya cuba menghidupkan kembali suasana yang sudah menjadi dingin. Andi Kamarool anggukkan kepala, setuju dengan apa yang saya luahkan. Sementara itu Kak Sun tersenyum panjang. Dua tiga kali dia menepis lalat hijau yang berpusing-pusing di depan mukanya telapak tangan kiri sambil merunggut. Apa yang dirungutnya tidak dapat saya dengar dengan jelas.


"Haji Simpul tidak sejahat tu, cakap dan tegurannya bersebab. Maklumlah cakap orang tua yang banyak pengalaman, sudah mengenali luar dalam tentang keluarga Mia," nampaknya bersungguh-sungguh benar Kak Sun mempertahankan manusia yang bernama Haji Simpul itu. Biji matanya tetap ke arah wajah saya dan Andi Kamarool. Seolah-olah mahu membaca apa yang yang tersirat di sanubari kami berdua melalui wajah.


Kerana ada kesungguhan dan minat yang mendalam membuat kami serius dengan apa yang dicakapkannya. Kelopak mata kami tidak berkedip, taktik yang kami lakukan itu berhasil sehingga tidak menimbulkan sebarang kecurigaan di hati Kak Sun.


"Anak cucu orang yang keturunan dengan datuk nenek Mia saja yang boleh menikah dengan Mia. Orang yang tak seketurunan kalau kahwin dengan Mia boleh mendatangkan kesusahan. Paling tidak rumahtangga mereka tidak aman, saling bercakaran, tak boleh dapat keturunan. Paling dahsyat si suami jadi kurus kering dan akhirnya mati tanpa dapat dikesan jenis penyakitnya," lanjut Kak Sun membuat bulu roma saya berdiri.


"Tapi....." saya tidak dapat meneruskan percakapan.


"Tapi apa Tamar, cakaplah," sergah Kak Sun.


"Perkara yang mustahil, keturunan datuk nenek Mia bukan Tuhan yang boleh menentukan kebahagiaan dan kecelakaan orang lain," sanggah Andi Kamarool,


"Huuuuuuu...tentang itu aku tak tahu, tapi itulah yang dicakapkan orang-orang tua yang sebaya dengan Haji Simpul. Itulah sebabnya orang tak berani masuk meminang Mia," kali ini nada suara Kak Sun agak keras.


Saya kira dia mula marah. Bila pendapatnya dipertikaikan. Jelingan cukup tajam menyelinap ke arah saya dan Andi Kamarool.  Kami menyedari yang Kak Sun tersinggung, saya dan Andi Kamarool membisu seketika. Masing-masing merenung rerumput di bumi. Kak Sun menajamkan sepasang bibirnya ke depan sambil matanya merenung ke arah bebunga orkid di bangsal.


Suasana terasa agak sepi, kicau burung tidak kedengaran begitu juga desiran dedaun, angin bagaikan enggan bertiup. Bila saya merasakan kemarahan Kak Sun mula menurun, saya segera bersuara.


"lya, saya setuju. Kalau dah orang-orang tua kata macam tu. Ertinya perkara itu betullah."


Saya lihat air muka Kak Sun berubah menjadi riang. Tidak muncung macam tadi, malah dia cuba tersenyum.


"Kita ni orang terkemudian, kena percaya dengan cakap orang yang terdahulu," tambahnya.


"Betul tu Kak Sun," sahut Andi Kamarool. Senyum Kak Sun bertambah lebar. Jari-jemari tangan kanannya memukul bilah-bilah buluh di depannya. Dia benar-benar berada di puncak kegirangan.


"Orang macam mana yang boleh jadi suami Mia, Kak Sun?" soal saya. Kak Sun menggigit lidah. Dahinya berkerut. Dia renung kiri, renung kanan. Kemudian menarik dan melepaskan nafas dengan teratur. Matanya tetap merenung ke arah bunga orkid yang berjuntaian. Macam ada sesuatu yang bermain daiam tempurung kepalanya.


"Orang macam mana yang boleh jadi suami Mia kak?" Ulang saya lagi. Agak keberatan Kak Sun menjawab pertanyaan yang saya ajukan itu.


"Kata Haji Simpul," Kak Sun mula bersedia menghilangkan keraguan dalam hati," orang dari keturunan manusia harimau saja yang layak jadi suaminya, orang-orang tua disini masa dulu, suka sangat mendampingi binatang secara ghaib, binatang-binatang itu dijadikan sebagai suruhan untuk menjaga kepentingan keturunannya. Inilah satu-satunya keistimewaan orang-orang tua di Kerinci masa dulu, Tamar," sambung Kak Sun.


"Pelik, mana ada manusia berasal dari harimau," bantah saya.


"Hei! Harimau jadi-jadianlah, sejak turun temurun."


"Ertinya kalau begitu, bersahabat dengan makhluk jin yang tidak diketahui sama ada jin itu Islam atau kafir," saya terus berhujah dengan Kak Sun. Andi Kamarool hanya diam saja. Saya tidak tahu, apakah cara yang saya lakukan itu disenangi oleh Andi Kamarool.


"Kamu terlalu banyak cerita Tamar. Soal jin, soal syaitan aku tak tahu.”


Tapi, perkara macam tu selalu dicakapkan di sini kepercayaan tu terus kekal sampai sekarang, betul atau tidak bukan soalnya. Pokoknya orang- orang di sini percaya dengan semuanya tu. Itu fasal Mia tak kahwin sampai sekarang," Kak Sun renung biji mata saya.


"Macam mana dengan abang Mia? Dia beristerikan orang seketurunan dengan datuk neneknya" Tanya saya lagi.


'Tidak."


"Kalau begitu, sudah tentu rumahtangga mereka tak bahagia. Porak peranda,"


"Perkara tu aku tak tau. Menurut Haji Simpul, orang lelaki keturunan manusia harimau, boleh berkahwin dengan perempuan bukan keturunan manusia harimau."


"Kenapa begitu, semuanya ni merepek," saya tidak dapat mengawal perasaan. Nada suara saya cukup keras. Saya tidak mahu memikirkan apakah sikap saya itu menyinggung perasaan Kak Sun. Saya sudah banyak mengalah. Sebelum keadaan menjadi lebih gawat lagi, Andi Kamarool terus menepuk bahu kanan saya dua tiga kali. Muka Andi Kamarool saya tentang.


"Tamar, kamu mesti mendengar apa yang Kak Sun cakap. Dia lebih tahu tentang hal ni. Dia orang di sini," kata-kata oleh Andi Kamarool dapat menurunkan tahap kemarahan dan saya dapat mengawal perasaan dengan sebaik mungkin. Saya segera minta maaf kepada Kak Sun, Sungguh mengejutkan Kak Sun tidak terasa hati dengan sikap yang saya tunjukkan itu.


"Tak merepek Tamar, ada alasannya. Anak dara manusia keturunan harimau ganas cepat panas darah. Bila suaminya dari keturunan yang sama, dia tidak boleh buat sebarangan, kuasa ghaib suaminya, kalau panas sama panas, ertinya sama-sama kuat mereka kadang-kadang tak dapat keturunan," begitu bersahaja Kak Sun bersuara,


"Pelik sungguh," sunggut saya,


"Makin lama kau hidup, makin banyak perkara pelik yang kau lihat dan kau dengar. Manusia itu sendiri sebenarnya memang pelik," saya tersenyum, Kak Sun seperti berfalsafah. Andi Kamarool terus mengelamun. Entah apa yang difikirnya, sukar untuk saya teka.


Tiba-tiba Andi Kamarool bangun. Berdiri lurus, kemudian menggeliat ke kiri dan ke kanan. Barangkali, dia mahu menghilangkan rasa lenguh di seluruh sendi tubuh.


"Bagaimana mahu tahu, seseorang tu dari keturunan manusia harimau?" Cara mendadak saja Andi Kamarool mengajukan pertanyaan untuk Kak Sun.


"Bila jumpa Haji Simpul, apakah dia boleh menentukan seseorang itu dari keturunan manusia harimau?" Datang pula pertanyaan dari saya. Pertanyaan yang bertalu-talu itu tidak pula membuat Kak Sun kelam kabut Dia nampak tenang.


"Ada tanda-tanda tertentu, kalau susah mencari tanda-tanda tu, jumpa Haji Simpul. Dengan sekali pandang saja dia boleh kenal sama ada seseorang itu dari keturunan manusia harimau," dua pertanyaan yang dikemukakan dijawab oleh Kak Sun sekaligus.


"Antara tanda-tanda lelaki dari keturunan manusia harimau tentu ada yang kak tahu?" Saya renung muka Kak Sun.


Dia termenung sejenak.


"Tak banyak sikit, mesti ada yang Haji Simpul cakapkan pada Kak Sun," susul Andi Kamarool.


"Antara tanda-tandanya, alur bibirnya terlalu dalam. Jika bermisai, sebelah kiri dan kanan, keras dan luar biasa panjangnya, walaupun dipotong setiap hari, tetap panjang. Sekelompok rambut di tengah ubun- ubun berwama kemerahan berbelang putih hitam. Bila marah selalu mahu mengaru dinding-dinding atau mencakar tanah sambil mengeluarkan suara menderam dan pada masa itu bauk di kiri kanan pipi bertukar menjadi lebat dan bulu roma di muka terus bermunculan. Bila tidur malam berdengkurnya macam kucing mahu bergaduh."


'Terima kasih Kak Sun " kata saya sebaik saja Kak Sun berhenti bercakap, Dia terus tersenyum tetapi, matanya terpaku ke wajah Andi Kamarool, macam ada sesuatu yang dicarinya.


"Apa kamu berdua ada tanda-tanda yang aku sebutkan tadi."


"Saya tak ada."


"Macam mana dengan kamu Andi?"


"Saya tak tahu apa nak kata, terpulanglah pada Kak Sun," jawab Andi Kamarool dan disambut oleh Kak Sun dengan ketawa panjang.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box