SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS

Tetapi, jauh di sudut hati tetap mengatakan beberapa ciri yang diungkapkan oleh Kak Sun memang ada pada diri Andi Kamarool.


Dan peristiwa di kubur lama yang terletak di bahagian belakang rumah batu lama itu, menyakinkan saya, bahawa Andi Kamarool memang ada kaitan dengan keturunan manusia harimau.


Memang, dialah lelaki yang paling layak untuk menjadi suami kepada Mia. Bukannya saya walaupun hati kecil ini memang jatuh hati dengan gadis yang bermata galak itu.


"Walau apapun, saya ingin benar nak jumpa dengan Haji Simpul Kak," nada suara Andi Kamarool agak keras, penuh dengan keyakinan. Dan apa yang berlegar dalam tempurung kepala saya terus hilang. Saya gigit bibir dan terus merenung muka Andi Kamarool.


"Sabar dulu Andi, biar kak jumpa Haji Simpul dulu, kalau dia setuju bolehlah kak bawa kamu jumpa dia."


"Kenapa mesti jumpa dia dulu, kita pergi terus ke rumahnya tak bolehkah?" Saya menyampuk,


"Kak fikir, cara apa yang nak kak buat ni, lebih bersopan dan beradab."


Saya anggukkan kepala.


"Eh, biar kak ke rumah Mia dulu, kalau lambat nanti dia merunggut pula. Dia mahu meja makan dihias cantik untuk kamu berdua," Kak Sun terus bangun mengambil rangkaian bunga orkid pilihan yang terletak di sudut bangsal.


 Setelah bebunga orkid itu dimasukkan ke dalam raga yang dibuat dari buluh, kak Sun merenung ke arah kami dengan segaris senyum ikhlas.


"Jangan lupa datang," katanya.


Serentak kami anggukkan kepala.


"Mia memang mengharapkan kedatangan kamu berdua," tambah Kak Sun lagi.


Senyumannya masih berbunga di kelopak bibir.


"Kami tak lupa Kak mana boleh lupa dengan makan," saya membalas.


Dengan langkah dan lenggang yang bersahaja Kak Sun menuju ke rumah Mia. Hanya dalam beberapa detik saja, kak Sun hilang dari pandangan mata kami.


Kak Sun sudah pergi tetapi kami masih lagi berada di sudut bangsal. Masih belum dapat membuat keputusan tepat sama ada mahu balik atau terus pergi ke rumah Mia.


"Bagaimana Andi? Balik atau terus ke rumahnya."


Andi Kamarool bagaikan terkejut dengan pertanyaan yang saya ajukan itu. Gigi atas dengan gigi bawah dilagakannya beberapa kali.


"Terlalu awal sangat nak pergi ke rumahnya. Malu kalau kita dianggap kemaruk sangat nak makan, lagipun belum tahu masakannya sedap atau tidak" sambil ketawa kecil Andi Kamarool memberikan komentar.


"Kalau dah begitu, kita balik saja ke rumah papan."


“Iya, aku pun fikir macam tu, kita balik ke rumah rehat sekejap, kemudian mandi dan tukar pakaian, baru kita pergi ke rumahnya."


"Kalau itu keputusan kamu Andi, aku ikut saja."


Kami melangkah seiring menuju ke rumah papan.


Sepanjang perjalanan kami tidak banyak bercakap. Tetapi saya tetap terhibur melihat dedaun yang hijau merimbun, terasa seronok mendengar kicau beburung yang beranika irama dan ragam. Dalam saat-saat begitu alam dengan saya terasa amat akrab. Tidak boleh dipisahkan.


MENEPATI JANJI


Seperti yang dijanjikan, tepat jam 12.30 tengah hari kami berdua sudah pun berada di ruang makan rumah batu lama. Saya memakai baju kemeja lengan pendek, warna merah, berseluar putih dengan sepatu getah hitam. Andi Kamarool memakai baju lengan panjang, warna putih, seluar hitam dan bersepatu getah putih.


 Pada saat itu, kami kira kamilah pemuda yang cukup bergaya dan tampan. Tetapi, antara saya dengan Andi Kamarool ternyata dia lebih kacak lagi. Dengan tingginya lebih dari lima kaki tujuh inci, dia nampak bergaya dengan rambut yang disisir lurus ke belakang, manakala bahagian depan terjuntai atas dahi.


"Bergaya nampak," tegur Mia sambil merenung kami atas bawah.


"Jadi tetamu mestilah pakai cantik," balas saya.


"Merah putih, macam bendera negara ini," Mia merenung ke arah saya. Usikkannya itu membuat saya dan Andi Kamarool ketawa. Dengan usik mengusik, kemesraan terus terjalin. Dengan cara yang bersahaja, Mia pun menyuruh kami duduk di kerusi, menghadapi hidangan yang tersedia atas meja.


"Entahkan sedap, entah tidak. cubalah rasa," tutur Mia dalam nada suara yang lembut. Sepasang mata galaknya tertumpu ke arah kak Sun yang sedang menaruh nasi ke dalam pinggan kami,


"Boleh saya tanya sikit Mia?" Tanya Andi Kamarool.


"Banyak pun boleh.


"Silakan."


"Apa nama masakan ni Mia?" Masak Padang, masak Jambi atau Masak kerinci."


"Aku tahu, agaknya masak Mendailling," saya terus mencelah. Kak Sun tersenyum tetapi Mia dan Andi kamarool ketawa kecil.


"Masakan ini sesuai dengan selera orang semenanjung dan orang Sumatera. Namakan saja masak dua serumpun. Jangan sebut masak Jambi, Mendailling dan Kerinci, kita istiharkan masakan yang terhidang ni dengan nama "selera Melayu." Bukankah alam Melayu itu luas," Mia berjenaka.


Dalam jenakanya itu, dia seolah-olah mahu memberitahu bahawa rumpun Melayu tidak boleh bercerai atau pecah kerana puak atau suku. Rumpun bangsa yang besar selalu telagah pendapat tetapi itulah kesimpulan yang saya buat dari jenaka pendek Mia.


"Cakap Mia tu ada betulnya," Andi Kamarool segera menegakkan ibu jari kanannya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala tanda setuju. Kak Sun tetap mendermakan senyumnya.


"Silakan, asyik bercakap makanan yang tersedia tidak dimakan," Mia bersuara.


"Iya tak iya juga, makanlah," sampuk Kak Sun.


Dan bau makanan yang menyelerakan itu membuat saya terasa amat lapar. Rasa malu dan segan mula tersisih jauh dari hati. Dan makan tengah hari pun bermula.


"Memang sedap dan menyelerakan," Andi Kamarool memberikan komentar di saat dia mengakhiri makan tengah hari. Saya mengiakan dengan menganggukkan kepala, Tiada komen dari Mia, kecuali senyum bersama jelingan manja. Bukan untuk saya tetapi untuk Andi Kamarool. Sebagai pemanis mulut, disediakan buah salak Jambi dan semangka yang enak.


Bila semuanya sudah usai, ruang makan kami tinggalkan. Kami labuh di ruang tamu seketika, sebelum pulang ke rumah papan.


"Malam ni, kamu berdua nak tidur di ruang anjung rumah batu" cara mendadak Mia muncul di depan kami.


"Iya," jawab kami serentak.


"Kamu tahu, malam ni, malam apa?"


"Mahu menguji kami, malam ni malam Jumaat," sahut Andi Kamarool


"lngatan kamu cukup bagus Andi," puji Mia.


SINDIRAN


Tetapi, saya tidak menganggap itu satu pujian yang ikhlas. Pada hemat saya, itu satu sindiran yang tajam, seolah-olah meragui kemampuan dan kesunggguhan kami berdua dalam usaha bersemuka dengan penjaga rumah batu lama.


"Aku harap jangan tak jadi," tambah Mia lagi.


"Dengan izin Allah, semuanya akan berjalan dengan baik," nada suara yang penuh dengan keyakinan, bersalut semangat kental terucap dari kelopak bibir Andi Kamarool. Macam tadi juga, Mia hanya tersenyum dengan seribu persoalan yang sukar dicari jawapannya.


Memang tidak dinafikan, berada di ruang tamu rumah batu lama, macam-macam yang saya fikirkan. Lebih-lebih lagi bila melihat beberapa barang dan perkakas antik yang tersedia ada di situ. Semua yang terlintas dalam kepala adalah perkara yang menyeramkan. Contohnya bila terlihat beberapa batang tongkat antik yang terletak di meja khas di sudut ruang tamu.


Semua kepala tongkat di ukir dengan kepala binatang seperti singa, harimau beruang, burung helang dan ular berkepala dua. Bahagian mata ditaruh sejenis batu kilat, bila terkena sinar matahari kelihatan berkilau- kilauan seperti bergerak ke kiri ke kanan.


"Kamu macam takut aje, bila tengok tongkat lama, Tamar."


Memang tidak saya duga sama sekali yang Mia memperhatikan gerak- geri saya.


"Bukan takut, cuma kagum dengan kehalusan seni ukirannya," saya berdalih.


"Semua tongkat-tongkat antik tu, buatan luar negeri. Ada dari Turki, Iran, Iraq dan China," tanpa di minta Mia terus menerangkan. Saya anggukkan kepala.


"Anehnya, orang-orang cuma kagum pada ukirannya tapi, mereka tak minat untuk menyimpannya " Mia menyambungkan percakapannya yang terputus. Buat seketika saya termenung. Dan Andi Kamarool seperti tidak mahu ambil tahu dengan apa yang berlaku. Dia mengelamun sendiri.


"Buktinya?" Tanya saya.


"Tak ada yang minta atau mahu membelinya. Bila mahu diberi, mereka menolak kalau kau minat dengan tongkat, pilihlah dan ambil mana yang kau suka."


Saya tergamam mata Mia yang bulat bersinar merauti seluruh wajah saya. Memang di luar jangkaan yang Mia boleh bermurah hati.


"Saya tak minat dengan tongkat" jawab saya sambil mengelengkan kepala.


Memang tidak didugakan, kata-kata saya hamburkan disambut dengan ketawa oleh Andi Kamarool dan Mia. Bagi menghilangkan rasa rendah diri saya turut ketawa.


"Aneh, percinta seni tidak minat pada ukiran seni."


"Ada masanya mesti bersikap begitu, tidak semua hasil seni tu aku minat Andi," saya kira jawapan itu akan membunuh minat Andi Kamarool untuk melanjutkan topik perbicaraan yang tidak saya senangi, Usaha saya berhasil, Andi Kamarool tidak menyebut-nyebut perkara itu lagi.


"Kami balik dulu, waktu zuhur dah nak masuk," Andi Kamarool bangun. Dia melangkah ke pintu.


"Malam ni, lepas sembahyang maghrib. Kau berdua datang ke sini. Kita makan bersama. Lepas tu, kau orang jalankan apa yang kau orang hajatkan," tutur Mia penuh kemesraan. Kami segera mengangguk setuju.


Dari ambang pintu, sepasang mata Mia menghantar kami hingga ke kaki tangga rumah papan, Sungguh mendebarkan, di saat kami berada di muka pintu rumah papan, Mia masih belum mengarahkan pandangannya ke arah lain. Adakah renungan itu untuk Andi Kamarool yang sudah berjaya menyingkap rahsia hatinya atau renungan yang mempunyai maksud lain.


"Andi."


"Kenapa Tamar?"


"Mia merenung kamu."


Andi Kamarool segera menoleh ke arah Mia. Seulas senyum berlari di ketopak bibir Andi Kamarool lalu diiringi dengan lambaian tangan.


Antara mereka berdua sudah tersimpul tali kasih, begitulah saya membuat kesimpulan. Semoga, apa yang mereka hajati akan menjadi kenyataan. Kebahagiaan dan keriangan-yang bakal diraih oleh Andi Kamarool akan memberi kepuasan dalam hidup saya. Itu doa dan harapan yang muncul dalam hati nurani saya.


"Dia senang dengan kamu Andi."


"lya, aku juga senang dengannya, Tamar."


"Teruskan."


'Tapi..." Andi tidak meneruskan kata-kata dan saya tidak pula mahu mencungkilnya, Persoalan tersebut mati begitu saja.

 

PERASAAN


Begitulah didorong oleh perasaan untuk melihat rupa dan bentuk pengawal (penjaga) rumah batu lama secara zahir, memaksa saya dan Andi Kamarool melangkah ke anjung rumah batu tepat pukul dua belas malam. Sebelum duduk bersimpuh, saya pun menaburkan bunga tanjung dan cempaka di ruang anjung.


Berbekalkan sebanyak sedikit cara dan petua orang menyepi serta memanggil makhluk halus, saya pun menyuruh Andi Kamarool membakar kemenyan.


Dupa pun diusung ke setiap sudut ruang anjung. Di mulai dari kiri membawa ke kanan, bergerak sebanyak tujuh kali berturut. Tujuh batang lilin yang dipasang menyala agak malap. Cahayanya tidak dapat menguasai seluruh kawasan ruang yang dikatakan cukup keras itu.


Udara malam Jumaat terasa agak dingin. Suasana sekitar terasa amat sepi tetapi desiran angin yang menyentuh dedaun masih dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya.


Saya mengarahkan Andi Kamarool supaya duduk saling membelakangi. Ketika tangan memeluk tubuh, secara mendadak saja lilin yang dipasang padam sendiri. Ruang anjung kegelapan. Salakan anjing yang memanjang dan mendayu-dayu mula kedengaran suara burung hantu, saling bersahut-sahutan.


Angin malam Jumaat mula terasa menyentuh kulit muka, Bau kemenyan bertambah semerbak berpadu dengan bau bunga tanjung dan cempaka menusuk lubang hidung. Saya mula terasa mahu bersin tapi tak jadi.


Dalam suasana yang gelap gelita itu, macam-macam bunyi yang sebelum ini tidak pernah kami dengar menusuk lubang telinga, Lolongan anjing dan bunyi burung hantu bersama desiran angin bagaikan tidak berkesudahan.


Saya bertambah resah tubuh mula merayapi benda halus yang licin dan berkaki banyak. Benda-benda halus itu merayap atas dagu, pipi dan lengan serta atas paha. Gelinya Allah saja yang tahu.Bila benda-benda halus itu keluar masuk lubang hidung dan telinga membuat saya sesak nafas. Entahkan lipan, entahkan ular atau lipas yang merayap, sukar untuk saya menentukannya.


Semuanya terpaksa dibiarkan. Semuanya terpaksa direlakan demi untuk bersemuka dengan penjaga rumah batu lama. Sudah menjadi peraturan semasa bertafakur (bersemadi) apa yang merayap di badan, tidak boleh disentuh. Mesti bergerak sebebas-bebasnya.


Bercakap juga tidak boleh, seluruh pancaindera dan mata hati mesti dipusatkan kepada perkara yang dihayati. Jika semuanya itu tidak mampu atau terdaya dilakukan, sudah semestinya apa yang diingini tidak akan menjadi.


Agak lama juga kami berada dalam gelap gelita, menunggu kalau ada kejadian ganjil atau petunjuk ghaib yang akan mempertemukan kami dengan penunggu rumah batu lama seperti yang didakwa oleh Kak Sun dan para para pekerja Mia. Dalam keadaan sedang berlikir itu, saya terdengar dengkur Andi Kamarool. Dia sudah tidur. Ini membuat saya resah. Saya tidak boleh mengejutkannnya, walau dengan apa cara sekalipun


Dalam gelap pekat itu, saya terus memusatkan seluruh pancaindera dan mata batin ke arah yang dihajati. Tetapi, hasilnya, tiada apa-apa. Rasa putus asa tidak bertandang di sanubari, Saya terus berusaha dengan harapan penjaga rumah akan muncul. Dengan sedaya upaya saya arahkan pancaindera dan mata hati hingga saya lupakan diri sendiri, lupakan kewujudan Andi Kamarool di sisi. Tidak ada apa yang saya dengar, fikiran dan perasaan saya lerasa kosong, Dunia bagaikan tiada wujud dalam hati dan fikiran saya.

 

SEMADI


Dalam keasyikkan bersemadi itu, tiba-tiba saja terasa tubuh terangkat dari lantai (simen) anjung rumah batu lama secara perlahan-lahan. Punggung seperti berada di atas telapak tangan manusia. Saya cuba mengawal agar jangan jatuh. Dalam keadaan separuh binggung dengan apa yang saya alami.


Tubuh saya terus terangkat semakin tinggi. Dihayun ke kanan, ke kiri. Di gerakkan ke belakang. Kemudian tubuh terus dipusing macam gasing tetapi, kaki saya tetap dalam keadaan bersimpuh atau bersila.


Tubuh saya terus dipermainkan. Dicampakkan ke setiap penjuru ruang tamu. Tidak ubah macam bola, digolek di tendang sesuka hati, Semasa tubuh saya diperlakukan demikian, antara sedar dengan tidak saya bersuara.


"Agaknya penunggu rumah ni, mahu mengajar aku ilmu mempertahankan diri yang baru. Ilmu silat yang luar biasa. Kalaulah itu tujuannya saya bersedia menerimanya. Ajarlah, saya sanggup."


Memang saya mengharapkan kata-kata yang diluahkan itu akan dapat tindak balas. Susah dan sakit saya rela menanggungnya. Ternyata apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan.


Tiada jawapan dari makhluk halus (penjaga rumah) yang saya perolehi, Malah tubuh saya terus dihayun, dipusing dan dicampakkan ke mana-mana saja, sesuka hati. Akibatnya saya mula pening dan bercelaru, kosong melopong dan melayang-layang. Seperti berada di alam fantasi yang tiada bertepi.


Di antara sedar dengan mimpi, saya melihat cahaya berlegar-legar di luar ruang anjung. Dengan tidak semena-mena cahaya itu mengarah kepada saya. Bagaikan masuk ke tubuh badan. Buat beberapa saat, hati dan kepala jadi panas, seperti terbakar rasanya. Bila rasa panas itu hilang, bagaikan ada kuasa yang membawa saya keluar dari anjung rumah. Tubuh saya (masih dalam keadaan bersila) diletakkan atas bumbung rumah batu lama.


Terdengar bisikan telinga, menyuruh saya terjun. Arahan itu saya bantah dengan alasan takut. Bisikan itu datang lagi. Kalau tadi suara lelaki, kali ini suara perempuan merayu lembut dan manja. Bisikan suara perempuan menimbulkan rasa serba salah dan ragu. Apakah-saya harus mematuhi atau menolaknya, di saat mencari keputusan itulah, seperti ada seseorang berdiri di belakang saya. Dengan kaki orang itu menolak saya. Peliknya, tubuh saya tidak jatuh terus ke tanah, sebaliknya macam daun kering dibawa angin.


Semasa melayang-layang itulah saya melihat gunung ganang, lurah dan gaung, sungai dan paya di samping hutan belantara yang menghijau. Dan akhimya tubuh saya tidak mengalami rasa sakit. Tubuh saya bagaikan berada di atas sekeping permaidani.


Saya cuba bangun dan berusaha untuk naik ke ruang anjung rumah batu lama. Ternyata usaha itu tidak berjaya, setiap kali saya cuba masuk ke ruang tamu untuk naik ke ruang anjung rumah. tubuh saya ditarik ke belakang. Sesudah lima enam kali berusaha dan gagal saya kembali duduk dan mula memikirkan bagaimanakah cara yang sepatutnya saya lakukan, Bagaimana kalau saya naik ikut tangga kayu yang secara kebetulan tersandar di dinding rumah batu lama.


Semasa saya bangun dan bersedia untuk menuju ke arah tangga kayu. Tubuh saya dipeluk dari belakang. Saya gagal melepaskan diri. Tubuh yang kecil ini terus dipikul dan dicampakkan ke atas rakit buluh di muara sebatang sungai.


Saya lihat air di mana-mana. Empat batang anak sungai bertemu muara. Ramai gadis jelita mandi berkemban dan sebahagian yang lain membasuh. Ada juga di antara mereka yang berbogel, berenang dan menyelam dengan bebas.


Semuanya berkulit putih dan sebahagian kecil saja yang berkulit sawo matang. Buat beberapa saat saya terpesona dengan kejelitaan para gadis. Rakit yang saya naiki terus dirempuh gelombang besar dan saya tercampak ke dalam sungai. Dengan sedaya upaya saya berenang ke tebing dan berusaha naik ke darat.


Entah mengapa, semua yang saya lakukan tetap mengalami kegagalan. Saya bertambah binggung dan mula pasrah pada keadaan, Saya merelakan apa yang akan berlaku pada diri saya. Sesungguhnya saya rela mati.


Dalam keadaan putus asa itu, ada lelaki tua melintas di depan membawa bungkusan. Dari bibir tebing dia merenung ke arah saya yang terkapai-kapai dalam air. Dia terus berlalu dan hilang. Saya kembali berusaha memanjat tebing sungai dan kali ini saya berhasil.

 

"Kamu berjaya."


Saya mula tersedar. Saya tidak tahu suara siapakah yang saya dengar sebentar tadi, Sebenarnya saya tidak ke mana-mana. Masih berada di tempat asal. Masih bersila dan memeluk tubuh.


"Subhana Allah...." terungkap dari bibir.


"Alhamdulillah...." balas Andi kamarool.


Kami saling berpandangan.


Bila sudah bercakap ertinya melanggar pantang larang dan usaha selanjutnya adalah kerja yang sia-sia. Pencarian untuk malam itu sudah menemui jalan buntu. Menyedari kegagalan itu, saya terus menyalakan api lilin.


"Kita gagal," bisik saya ke telinga Andi Kamarool.


Dia mengangguk lemah.


RAHSIA


Akhirnya, terbongkar rahsia. Andi Kamarool yang sangkakan tidur, sebenarnya dia tidak tidur. Timbul pertanyaan dalam hati, suara dengkur siapakah yang saya dengar tadi?"


"Aku sangka kamu tidur Tamar. Aku dengar kamu berdengkur."


"Soalnya, kita sama-sama tidak tidur, Andi,"


"Jadi, suara dengkur siapakah yang kita dengar tadi?"


"Susah untuk kita mencari jawapannya Tamar" kata Andi Kamarool. "Walau apapun, kita sama-sama gagal, penunggu rumah batu lama tak mahu jumpa kita atau penunggu tu memang tidak ada?"


"Kita cuba lagi, Andi," saya memberikan harapan dan semangat.


Sungguh mengejutkan, bila Andi Kamarool memberitahu antara sedar dengan tidak (seperti yang saya alami) dia telah didatangi oleh seorang gadis cina berambut panjang. Parasnya sangat cantik. Dari cara dia berpakaian menunjukkan dia dari golongan mewah.


Dengan wajah manis, Andi Kamarool menyapa dan memohon berkenalan. Gadis cantik itu dengan penuh sopan menyatakan keberatannya untuk berkenalan dengan Andi Kamarool. 


"Awak bukan mahu berkenalan, ada tujuan lain."


"Maksud awak?1'


"Tujuan sebenar awak, mahu bertanya tentang keluarga saya- Tentang orang yang menjaga kawasan rumah ini. Minta maaf. saya sibuk" 


"Saya tidak bermaksud begitu, "balas Andi Kamarool


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box