SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT

Bunyi kicauan burung murai tanah cukup rencak, angin yang bertiup  tenang memberikan kesegaran pada saya.  Sesekali terdengar sayup-sayup bunyi kokok ayam butan di hujung kebun.

“Kamu sebenarnya, bukan anak jati Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan. Kamu dah berbohong pada aku Khoja.” Sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya, datuk renung batang hidung Khoja Lisut.

Saya melihat muka Khoja Lisut pucat, dia resah tidak menentu.  Sekejap renung lantai buluh, sekejap renung kearah saya dan pepohon di luar.  Apa yang dilakukan semuanya tidak kena.

“Aku maafkan, tapi hari ini kamu mesti berterus-terang, jangan jadikan diri kamu manusia munafik,”  sambung datuk, hati Khoja Lisut lega, saya lihat mukanya merah kembali.  Sikap tidak tentu arahnya terus terhenti.  Saya kira, sekarang dia berasa bahagia dan seronok sekali.  Datuk sudah memaafkan perbuatannya yang terlanjur.

“Sekarang berceritalahkamu dengan jujur tentang diri kamu dari A sampai Z,” datuk luahkan permintaan.

“Baik,” sahut Khoja Lisut.

“Bagus,” balas datuk.

“Tapi saya terpaksa duduk atas pucuk pisang, kendi berisi air mesti diletakkan di hujung lutut sebelah kanan,” Khoja Lisut mengajukan syarat.  Tentu saja syarat itu dipenuhi oleh datuk.  Saya pun diarahkan oleh datuk untuk membuat segala-galanya.

Sebaik saja Khoja Lisut duduk atas pucuk pisang, dia membuka bajunya. Lagi sekali saya terkejut melihat kulitnya yang bersisik macam sisik tenggiling, terutama dibahagian rusuk dan belakang.  Khoja Lisut segera menarik kulitnya yang bersisik itu lalu diletakkan atas pucuk pisang.

Kemudian dia minta saya menjiruskan air dari kendi ke tubuhnya hingga ke kepala.  Permintaannya itu saya penuhi, selesai saya menjiruskan air ke tubuhnya, saya lihat Khoja Lisut terus baring atas pucuk pisang.

Semua gerak-gerinya itu diperhatikan oleh datuk dengan penuh teliti.  Saya lihat Khoja Lisut bergerak atas pucuk pisang macam tenggiling (merangkak). Pucuk pisang habis hancur.  Kelakuan aneh itu berlangsung kira-kira lima minit. 

Sambil bergerak itu, Khoja Lisut melepskan nafasnya macam bunyi  nafas binatang yang merayap.  Lidahnya terjelir menjilat-jilat air atas pucuk pisang.  Kelopak matanya bergerak-gerak macam kelopak mata ular.

“Inilah yang saya tanggung selama ini, benda pelik ini datang dalam waktu begini, waktu matahari tertambah tinggi,” tutur Khoja Lisut.  Bila dia pulih dari keadaan ganjilnya.  Dia duduk bersila atas pucuk pisang yang sudah koyak rabak itu.  Saya kira waktu itu lebih kurang pukul sepuluh pagi.  Khoja Lisut menyarungkan kembali baju ke tubuhnya.

NORMAL

Keadaan diri Khoja Lisut kembali normal.  Tidak terdapat tanda-tanda yang sebentar tadi dirinya berada dalam keadaan tidak normal. Dia menarik dan melepaskan nafas dengan tenang.  Dua tiga kali dia menelan air liur sambil memandang kearah datuk.  Khoja Lisut pun memperkemaskan duduk dan silanya.  Dia pun berkisah tentang riwayat dirinya.

Dia adalah pendekar terkenal di Pulau Rupat yang terletak di perairan kepulauan Riau.  Dari Pulau Rupat hingga ke Tajung Pinang dia buka gelanggang silat, jumlah anak muridnya bukan kepalang.

Kehandalannya diakui, ramai pendekar silat dari Bukit Tinggi, Teluk Batung, Bangka, Kerinci dan Jambi ditewaskannya dalam gelanggang.  Ilmu persilatannya cukup tinggi, ilmu akhirat juga tidak kurang dalam dadanya.

Tubuhnya tidak mampan peluru, tidak mampan senjata tajam.  Tahan dibakar dan direndam.  Sebulan sekali dia datang ke Johor,Negeri Sembilan dan Melaka mengembangkan ilmu silatnya.  Dia datang ke negeri-negeri di pantai barat Tanah Melayu melalui pantai.  Dia menggunakan bot nelayan untuk datang ke tempat tersebut.

Dia pernah diuji dengan tembakan senapang kampong berlaras dua.  Bertalu-talu tembakan dilepaskan ke tubuhnya.  Semuanya tidak mendatangkan apa-apa kesan.  Peristiwa itu berlaku ketika dia berada di Serkam, Melaka.

Ujian kedua berlaku di Air Mawang Johol, Negeri Sembilan.  Dia diserang dengan sepuluh lembing dari sepuluh anak muda, kemudian diikuti dengan tikaman keris dan tetakan parang panjang bertalu-talu.  Walaupun dia dapat mengesan dan kenal dengan orang-orang yang menyerang, dia tetap bersikap mengalah.  Masih memaafkan musuhnya, tetap bersikap merendahkan diri.

Kerana sikapnya, bukan sikap ayam jaguh orang yang memusuhinya bertukar menjadi rakannya yang paling karib.  Bersedia susah dan senang bersamanya.  Dan Khoja Lisut secara perlahan-lahan mengembangkan pengaruh dalam bidang persilatan.

Walaupun dia ditawarkan tanah, rumah dan isteri oleh para pengikut-pengikutnya, dia tetap menolak.  Dia tidak bersedia untuk menetap di bumi Tanah Melayu.  Dia merasa lebih seronok dan bahagia berulang-alik dari Pulau Rupat ke Melaka atau Negeri Sembilan.

“Kamu memang hebat, datuk segera memotong cakapnya.  Khoka Lisut terperanjat, mungkin dia merasa kurang seronok bila cakapnya dipintas oleh datuk dengan cara yang mengejutkan.  Tetapi, Khoja Lisut tidak memperlihatkan kemarahannya.  Dia menghadiahkan senyuman pada datuk dan saya.

“Semua orang kata macam apa yang awak katakan,” nada suara Khoja Lisut tidak berapa keras dan tidak pula terlalu lembut.  Dia berhenti bercakap sebentar, mengedutkan kening lalu meraba bahagian rusuk keringnya.  Dia menarik kulit tubuhnya yang bersisik lalu diletakkan atas pucuk pisang.

“Semua orang kata saya gagah dan kuat, tak ada seorang pun yang dapat melawan saya.  Akhirnya saya lupa diri dan menanggung sakit yang tak diketahui puncanya, tak ada ubat dan penawarnya,” sambung Khoja Lisut, dia seakan-akan menyesali dengan apa yang terjadi atas dirinya.

Datuk menggigit bibir sambil merenung ke arah pepokok pisang yang subur di kawasan sekitar pondok.  Khoja Lisut terus mencabut kulit tubuhnya yang bersisik.  Diaturkannya atas daun pisang.

“Pak cik kena sumpah?” Saya bertanya. Pertanyaan saya tidak dijawab.

“Barangkali kamu ada membuat sesuatu pada orang yang tidak melakukan kesalahan atas diri kamu,” susul datuk.

Khoja Lisut menegakkan badannya.  Dia mengeliat, gerak tubuhnya tidak ubah macam tenggiling yang bergerak atas permukaan bumi.  Sesekali dia mengeluarkan lidahnya untuk membasahkan kelopak bibirnya.

“Kira-kiranya begitulah, semuanya terjadi kerana saya tidak dapat mengawal rasa marah saya.” Dengan wajah yang tenang dan selamba Khoja Lisut meluahkan kata-kata.

“Kamu mencari aku kerana nak berikhtiar, nak menghilangkan penyakit yang kamu tanggung,” Tanya datuk lagi.

Khoja Lisut menarik nafas dalam-dalam.  Lagi sekali dia menelan air liur sambil meraba-raba hunjung dagunya dengan telapak tangan kirinya.

“Memang begitu hajat saya,”

“Dari siapa kamu tahu tentang aku Khoja.”

“Beberapa tahun dulu, awak pernah datang ke daerah Batu Pahat, awak pernah menolong menyelesaikan beberapa masalah di sana.  Dari orang-orang yang tebabit itulah saya tahu diri awak,: jelas Khoja Lisut.

“Itu sebabnya awak cari aku, tapi kenapa datang waktu malam,” soal datuk lagi.

PONDOK

Kali ini, dua tiga kali Khoja Lisut meraba-raba lebernya dengan tangan kanan  Dia mengisut perlahan-lahan ke pintu pondok.

Duduk termanggu di situ buat beberapa saat.  Dia merenung dedaun pisang , merenung tanah dan rerumput di kaki tangga pondok.  Kemudian kembali ke tempat asal dia duduk tadi.

“Kerana keadaan saya begini, saya terpaksa berjalan malam mencari rumah awak.  Kalau saya datang waktu siang mungkin timbul macam-macan cerita,” jelas Khoja Lisut.

Macam mana dari Pasir Besar ke mari? Awak berjalan waktu malam juga, macam tak yakin saya dengan cerita awak ni,” sanggah datuk sambil merenung muka Khoja Lisut.

“Saya guru silat, anak murid saya ramai, merekalah yang menguruskan saya kemari.  Awak tahu, malam saya sampai ke rumah awak tu, saya dihantar oleh ayah kepada anak murid saya yang bekerja di Melaka.”

“Siapa nama ayah anak murid awak tu, Khoja.”

“Tak payahlah saya beritahu.  Apa yang peliknya walaupun anak murid saya yang di Melaka tu berasal dari kampong ini tetapi, dia tak tahu langsung tentang kebolehan awak,”cukup bersemangat Khoja Lisut bercerita.

“Sudahlah tu, sekarang saya nak tahu apa yang telah kamu lakukan pada orang yang tidak bersalah,” datuk seperti mendesak.  Dan ternyata kali ini, Khoja Lisut tidak dapat berdalih itu ini lagi.

“Kalau saya ceritakan keburukan saya, apakah kisah tu tak diceritakan pada orang lain,” cukup pintar Khoja Lisut menjerat.

“Tidak,” balas datuk.

“Bila sudah cerita keburukan saya, apakah awak bersedia menolong saya.”

“Menolong orang lain dalam kesusuahan, memang kerja saya.  Membahagiakan orang adalah satu amal jariah yang baik dan memang digalakkan umat islam melakukannya,”begitu bersemangat datuk bersuara.

Dan Khoja Lisut pun meriwayatkan sebab-sebab dia jalan merangkak macam tenggiling.  Menurut Khoja Lisut, orang-orang kampungnya menyebutnya sabagai terkena kenan tenggiling.  Begini ceritanya.

Dia telah diajak oleh anak muridnya ke Asahan di daerah Batu Bara, di Sumatera.  Anak muridnya itu telah memperkenalkan dirinya pada orang-orang kampong tentang kehebatan gurunya.  Beberapa pendekar setempat telah menguji Khoja Lisut, ternyata tiada seorang pun dapat menewaskannya.

Cerita Khoja Lisut tersebar ke seluruh pelosok kampong.  Ramai yang datang menemuinya.  Mereka mempelawa Khoja Lisut mambuka gelanggang untuk anak-anak muda setempat belajar ilmu mempertahankan diri.  Kerana sudah ramai yang  mendesak, akhirnya Khoja Lisut berjanji pada penduduk akan datang pada minggu depan iaitu pada hari Jumaat untuk membuka gelanggang.

Pada hari yang dijanjikan itu, Khoja Lisut bersama dua orang kanannya yang tidak kurang handalnya pun sampai di Asahan.  Bila semua anak muda berkumpul, Khoja Lisut pun memulakan upacara membuka gelanggang dengan jamuan makan pulut kuning yang disediakan oleh pihak yang mengundangnya.  Setelah itu, Khoja Lisut meriwayatkan tentang ilmu persilatan yang diwarisinya itu.

Khoja Lisut menyatakan pada penduduk setempat bahawa ilmu silat yang ada pada dirinya itu adalah silat yang diamalkan oleh Hang Jebat yang berdarah panas.  Khoja Lisut menekankan juga Hang Jebat adalah anak jati Pulau Rupat dan berhijrah ke Melaka dalam usia sepuluh tahun lebih.

Hang Jebat ke Melaka kerana mengikut ayahnya yang menjadi pedagang cengkih dan lada.  Di Melaka Hang Jebat berkenalan dengan Hang Tuah serta beberapa orang lagi rakannya.

Masa menjadi hulubalang Melaka, Hang Jebat sering pulang ke Pulau Rupat dan menyebarkan ilmu silat kepada penduduk setempat.  Salah seorang dari orang yang menuntut ilmu persilatan itu ialah moyang Khoja Lisut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga dengan Hang Jebat.

Cerita yang dikatakan oleh Khoja Lisut membuat orang-orang setempat kian kagum pada dirinya.  Lewat tengah hari barulah Khoja Lisut mengajar langkah pada anak-anak muda di situ.  Lebih kurang baru belajar mengatur gerak dan petua terdengar bunyi tabuh di masjid dipalu orang.  Khoja Lisut tidak ambil kisah tentang itu dia terus mengajar silat.

Beberapa orang anak muda mula bergerak meninggalkan tempat belajar untuk menuju ke masjid.

“Pantang saya, kalau baru belajar mahu meninggalkan tempat,” sergah Khoja Lisut terhadap anak-anak muda yang mula mahu meninggalkan gelanggang.  Anak-anak muda itu membatalkan niat mereka mahu pergi ke masjid.  Kembali ke tempat asal.

“Kiai lalu,” terdengar suara dari beberapa orang anak muda yang duduk di bawah pohon ketapang, tidak jauh dari tempat Khoja Lisut memberi penerangan tentang ilmu persilatannya.

Biji mata anak-anak muda yang bersuara itu tertumpu ke arah seorang tua yang kurus tinggi,  membawa tongkat, memakai songkok tinggi, berbaju melayu potongan Johor. Berkain samping warna putih sama dengan warna seluar dan baju yang dipakainya.

DUDUK

Orang tua yang berbadan kurus dan tinggi tiu datang kea rah anak muda yang duduk di bawah pokok ketapang.  Anak-anak muda tersebut cuba melarikan diri, tetapi hasrat itu tidak terlaksana kerana orang tua yang mereka sebut Kiai itu menunjukkan wajah persahabatan.

“Apa kamu semua buat di sini? Tanya Kiai.

“Tengok orang belajar silat.”

“Apa kamu semua tak tahu, waktu Jumaat dah masuk.”

“Tahu pak Kiai.”

“Kalau sudah tahu kenapa duduk di sini, lagi pun kamu semua tak belajar silat, sekarang pergi balik dan siap, kemudian datang ke masjid,” perintah orang tua yang berbadan kurus tinggi itu.

“Macam mana yang belajar tu Pak Kiai,” salah seorang dari anak muda di situ melahirkan protes.  Pak Kiai segera menoleh ke arah sekumpulan anak muda yang sedang asyik melihat Khoja Lisut bercakap sambil mengatur langkat silat.

“Itu biar Pak Kiai uruskan.”

Orang tua yang kurus tinggi itu pun segera melangkah ke arah kumpulan anak muda yang sedang mengelilingi Khoja Lisut.  Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut melihat dangan hati-hati langkah Pak Kiai.

“Kenapa  berkumpul di sini, seruan untuk sembahyang Jumaat dah dihebahkan, apa kamu semua tak dengar, jangan jadikan diri kamu isi neraka,” cukup lantang suara Pak Kiai.  Matanya terus menatap wajah anak-anak muda yang agak terkejut dan tersipu-sipu melihat kedatangan Pak Kiai yang tidak diduga itu.

“Kami belajar untuk menyelamatkan diri,” sahut salah seorang dari anak muda yang duduk tidak jauh dari Khoja Lisut.

“Kalau iapun, kamu semua mahu belajar ilmu mempertahankan diri, janganlah sampai mengabaikan perintah Allah,” lanjut Pak Kiai sambil menekankan tongkatnya ke dada bumi.  Ternyata lelaki tua yang sudah menjangkau usia lebih dari lapan puluh tahun itu sudah kepenatan.

Dia menarik nafas sambil mengumpulkan tenaga untuk meneruskan kata-kata selanjutnya terhadap anak-anak yang masih duduk berlonggok di depannya.

“Kamu semua balik dan kemudian datang ke masjid,” Pak Kiai mengeluarkan arahan.  Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut mula mendekati Pak Kiai. Bersedia untuk melakukan apa saja kalau orang tua itu banyak cakap dan banyak perintah.

“Sembahyanglah, Jumaat hanya datang seminggu sekali dalam diri kita, kalau kita persia-siakan Jumaat yang datang, kita rugi besar, Jumaat hari ini,  tidak akan ada dalam hari Jumaat yang akan datang,” itu yang dituturkan oleh Pak Kiai pada kedua orang pegawal peribadi Khoja Lisut.

Dari jauh, Khoja Lisut memberikan isyarat agar dua orang pengawal peribadinya menjauhkan diri dari Pak Kiai.  Perintah Khoja Lisut segera dipatuhi.

“Kami baru belajar Pak Kiai, pantang tengah belajar berhenti, Pak Kiai,” terdengar suara dari kumpulan anak muda yang mengelilingi Khoja Lisut.  Pak Kiai yang kepenatan terus mengesat peluh di dahi dengan sapu tangan.  Panas tengah hari yang terik itu membuat Pak Kiai cepat terasa penat dan letih.

“Siapa guru kamu,” Tanya Pak Kiai.

“Saya.”

Dengan serta merta Khoja Lisut menerpa kearah Pak Kiai, bagaikan belang menyambar anak ayam.  Dia berdiri di depan Pak Kiai.  Direnungnya muka Pak Kiai yang sudah berkedut seribu itu.

Sengaja disiku-sikunya bahagian kiri tubuh Pak Kiai.  Orang tua itu tetap bersikap tenang.  Tidak memperlihatkan sikap marah.  Masih menghulurkan tangan untuk bersalam.  Khoja Lisut sambut huluran tangan itu.  Bila telapak tangan Pak Kiai berada dalam genggamannya, cepat-cepat dia memulas tangan Pak Kiai.  Ternyata kesakitan itu tidak datang pada diri Pak Kiai.  Dia masih tersenyum.  Khoja Lisut melepaskan telapak tangan Pak Kiai.

“Suruh anak-anak murid kamu bersurai, tunaikan perintah Allah dulu, lepas itu teruskan apa yang mahu kamu ajarkan pada mereka, sesungguhnya niat kamu baik, tapi cara menyampaikannya agak terpesong, tuan guru,” begitulah kata-kata yang diluahkan Pak Kiai.  Khoja Lisut tersenyum dan terus menyinggung perut Pak Kiai dengan siku kirinya.  Pak Kiai membongkok menahan kesakitan.

“Ajaklah anak-anak murid kamu ke jalan yang baik, ajaklah mereka ke rumah Allah.  Ajaklah mereka sembahyang Jumaat, masa masih ada lagi,” tutur Pak Kiai bila rasa sakit di perutnya hilang.

“Itu urusan aku, bukan urusan kamu orang tua.”

“Tapi, apa yang aku cakapkan tadi, adalah urusan agama Islam yang menyuruh saling mengingati antara sama lain untuk kebaikan.”

“Diam,” pekik Khoja Lisut.  Dia terus menolak Pak Kiai hingga jatuh terduduk di bumi.

Melihat kejadian itu, kumpulan pemuda yang pada mulanya mahu berguru dengan Khoja Lisut mula resah dan cemas.  Mereka kurang senang bila melihat Khoja Lisut bersikap keterlaluan terhadap orang tua yang mereka hormati, orang tua yang telah dinobatkan sebagai ulama kampong yang berkaliber.

Kumpulan pemuda kampong mula berpecah, satu puak yang selama ini memang kurang senang dengan sikap Pak Kiai yang selalu menegur perbuatan mereka yang dikira bertentangan dengan ajaran Islam, segera menyebelahi Khoja Lisut.  Manakala satu pihak lagi berada di pihak Pak Kiai.

“Awak sudah keterlaluan buat orang tua,” seorang anak muda menangkap tangan kanan Khoja Lisut yang mahu melepaskan penumbuk ke arah Pak Kiai yang baru bangun.  Belum pun pemuda itu berbuat apa-apa, kedua orang pengawal peribadi Khoja Lisut segera menangkap pemuda tersebut lalu diangkat dan dicampakkan ke dalam kubang kerbau yang berdekatan. 

Beberapa orang pemuda lain yang menyebelahi Pak Kiai segera menyerang dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut.  Semua pemuda yang menyerang itu tewas di tangan pengawal peribadi Khoja Lisut yang berbadan tegap.  Kedua-dua pengawal peribadi itu adalah dari keturunan Batak yang berasal dari Tanah Karo, tetapi sudah lama menetap di Pulau Rupat.

“Kamu jangan masuk campur, biar aku selesaikan urusan ini dengan situa nak mampus, ulama kata bawah tempurung,” cukup nyaring suara Khoja Lisut.  Pengawal peribadinya segera ke tepi, begitu juga dengan pemuda yang menyebelahinya.

Khoja Lisut melepaskan pukulan silat yang bertubi-tubi kearah Pak Kiai.  Sebagai usaha mempertahankan dirinya, Pak Kiai menggunakan tongkatnya.  Masa Khoja Lisut melancarkan serangan bertalu-talu kearahnya, Pak Kiai segera mengangkat tongkatnya separas dada.  Entah macam mana hujung tongkat Pak Kiai terkena bahagian kemaluan Khoja Lisut.

JATUH

Buat beberapa saat Khoja Lisut jatuh ke bumi, berguling-guling sambil melolong menahan kesakitan.  Semua orang yang berada di situ terpegun melihat pendekar silat tergolek-golek di bumi.

“Maafkan saya, saya tak niat nak buat apa-apa,” Pak Kiai menerpa ke arah Khoja Lisut dan cuba mahu menolongnya.  Belum pun Pak Kiai memberikan bantuan, Khoja Lisut terus melepaskan tendangan yang kencang ke arah Pak Kiai.

Khoja Lisut terus bangun dan melancarkan serangan silat yang bertubi-tubi kearah Pak Kiai.  Orang tua yang sememangnya tidak bertenaga itu hanya mengucapkan kata-kata : Allah Hu Akbar setiap kali menerima buah silat dari Khoja Lisut.  Akhirnya, Pak Kiai tergolek lembik macam batang pisang.

Tubuh Pak Kiai pun diangkat oleh para pemuda kampung yang bersimpati dengannya.  Ternyata tangan dan kaki Pak Kiai patah.  Mulutnya keluar darah.  Pakaiannya habis koyak rabak.  Ketika tubuh Pak Kiai diusung ke rumahnya suara azan Jumaat berkumandang di udara.

Itulah sejarah hitam yang sengaja diciptakan oleh Khoja Lisut dalam hidupnya.  Dia berbuat demikian kerana merasakan dirinya tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun.  Dia berbangga kerana merasakan dalam dirinya mengalir darah Hang Jebat yang memang terkenal dengan perangai panas barannya.

“Setelah kejadian itu, saya batalkan ilmu silat, hingga ke Tanah Melayu.  Pada suatu hari saya terasa pening.  Kalau tak silap saya hari Jumaat, sebulan sesudah saya membelasah Pak Kiai,” Khoja Lisut menarik nafas.  

“Apa dah jadi selepas pak cik pening? Soal saya.

“Pak cik jatuh pitam, dua hari kemudian pak cik demam.  Seluruh badan terasa sakit, kulit terasa panas macam terbakar, sepanjang malam pak cik mimpi buruk.  Dua bulan pak cik duduk terbaring di rumah.  Puas berubat tidak juga sembuh,”  Khoja Lisut berhenti bercerita.  Dia termenung panjang.  Saya dan datuk berpandangan.

“Kemudian kamu dapat sakit ini?” Desak datuk. Khoja Lisut gelengkan kepala.

“Habis macam mana kamu kena sakit ini?” Datang lagi pertanyaan dari datuk.  Khoja Lisut angkat tangan memberi isyarat, agar datuk jangan mengemukakan sebarang pertanyaan.

Berilah kesempatan padanya untuk bercerita, jangan diganggu atau dipotong percakapannya.  Datuk anggukkan kepala, seolah-olah menyetujui dengan apa yang diminta oleh Khoja Lisut.

“Setiap malam saya mimpi yang menakutkan, akhirnya saya rasa kaki saya macam patah, begitu juga tangan, pinggang saya terasa lembik, tidak boleh bergerak.  Terpaksa merayap bila mahu pergi ke sesuatu tempat, beberapa orang dukun dan bomoh yang cuba merawat saya jatuh pengsan, malah ada yang mati mengejut, sudah bertahun-tahun saya menanggung sakit ini, orang kampong kata saya kena kenan buaya, kenan tenggiling dan biawak.”

“Dah berubat dengan doctor,”

“Sudah, macam-macam pil saya telan, rasanya sudah hancur tubuh saya kena cucuk, saya minta awak menolong saya,” sambil merayu itu, air mata Khoja Lisut meleleh.  Dia meletakkan harapan pada datuk agar sakit yang ditanggung dapat diusahakan agar cepat sembuh.

“Kamu membuat aniaya pada orang alim, inilah akibatnya,” bisik datuk ke telinga Khoja Lisut.  Wajah Khoja Lisut tetap tenang mendengar khabar itu.

“Kamu mesti minta maaf padanya secara terbuka,” sambung datuk lagi.  Kali ini wajah Khoja Lisut segera berubah.  Dia terkejut.  Cemas dan resah sendiri, renung kiri, renung kanan macam ada sesuatu yang amat ditakutinya.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box