SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR

Saya menanti penuh debar.  Apakah jawapan yang akan diluahkan oleh Khoja Lisut terhadap pertanyaan yang datuk ajukan padanya.

“Kamu mesti minta maaf,” ulang datuk.

Tidak ada jawapan daripada Khoja Lisut, rasa takut dan cemas jelas terbayang di wajahnya.  Saya segera menarik nafas dalam-dalam dengan harapan akan terpancutlah jawapan dari kelopak bibir Khoja Lisut.  Bagi mengurangkan debar di dada, saya renung kawasan sekitar pondok pisng sesikat.  Gegendang teliga terus menangkap bunyi kicau burung Murai Tanah.  Angin terus menggerakkan dedaun pisnag.  Dan matahari kian meninggi.

“Pak Kiai tu sudah mati.”

Saya segera arahkan sepasang mata ke wajah Khoja Lisut.  Datuk agak terkejut dengan mulut separuh terbuka.  Di saat pandangan mata saya berlaga dengan pandangan mata Khoja Lisut, dia segera menundukkan kepala merenung lantai buluh.

“Ini sulit sikit.”

Cepat-cepat Khoja Lisut angkat kepala lalu menatap wajah datuk.  Dia menanti datuk menyambung kata-kata.  Ternyata datuk berhenti di situ saja.

“Apa yang sulitnya? Apa penyakit saya tak boleh sembuh,” Khoja Lisut memberanikan diri bersuara.

“Kau buat aniaya pada orang, kalau orang tu tak memaafkan perbuatan kamu, selama-lamanya kamu tanggung dosa,” jelas datuk.

“Itu tak penting,” potong khoja Lisut.

“Habis apa yang penting buat kamu?’ Nada suara datuk mula meninggi.  Matanya tidak berkedip menentang wajah Khoja Lisut.

“Perkara yang penting bagi saya, sama ada sakit saya ni boleh sembuh atau tidak? Saya datang ke sini nak berubat, bukan nak dengar nasihat,” Khoja Lisut mula meluahkan gelodak batinnya.

Datuk seperti terpanpan, tidak menyangka sama sekali Khoja Lisut bersuara agak keras.  Datuk gigit bibir.  Khoja Lisut melepaskan keluhan penuh kesal.

“Tak guna berusaha mengubati orang sombong, tidak mahu minta maaf pada orang yang  dianiayai,”  perlahan-lahan lalu menatap seluruh wajah Khoja Lisut, “Orang takbur tak boleh dibuat sahabat,” sambung datuk lagi.

“Saya dah insaf,” secara mendadak Khoja Lisut bersuara.

“Kamu insaf, bila kamu sakit.  Kalau kamu tak sakit, tak terima bala begini, kamu tak insaf,” tingkah datuk.  Tidak terdengar suara protes dari Khoja Lisut.

Saya resah, bimbang kalau-kalau Khoja Lisut yang kecewa dan putus asa mendengar kata-kata dari datuk itu akan bertindak mengikut perasaan.

“Pak Kiai tu orang yang berkemah tinggi, sebelum mati dia telah memaafkan saya.  Dia juga mendoakan kesejahteraan untuk saya dan keluarga.  Dia yakin satu hari nanti saya jadi orang baik-baik,” tutur Khoja Lisut dalam keadaan suara yang tersekat-sekat.

“Kau berbohong dengan aku Khoja.”

“Saya bercakap benar.”

“Aku tak percaya, macam mana kamu tahu dia memaafkan kamu.  Pada hal masa Pak Kiai tenat kamu tak ada dekatnya, kamu jauh darinya,” Soal datuk lagi.

Saya lihat khoja Lisut bagaikan tersentak dengan pertanyaan itu.  Barangkali dia sedar tentang keterlanjurannya mahu memperdayakan datuk.

“Saya mengaku saya bersalah,” Khoja Lisut renung ke arah saya.  Hati kecil saya mula kesal kerana datuk bersedia melindungi seorang pembohong.

“Dah terlambat, bukan masanya untuk kamu menyesali perbuatan lalu.” Datuk terus memperotes sikap Khoja Lisut.  Datuk seperti tidak mahu memberi rasa simpati terhadap Khoja Lisut.

Entah mengapa datuk bersikap demikian? Saya sendiri tidak tahu.  Barangkali datuk sudah dapat mengesan atau mencium sesuatu dari tindak-tanduk yang dipamerkan oleh Khoja Lisut.

“Memang…” Khoja Lisut tidak meneruskan kata-kata.

“Apa yang memang pak cik,” saya mencelah.

“Memang pak cik dah terlambat, memang pak cik bersalah.  Sekarang bukan masanya pak cik nak minta maaf.  Tak ada siapa pun yang nak percayakan cakap pak cik,” begitu lantang suara Khoja Lisut.  Biji matanya merenung tepat kearah datuk. Dan tanpa di sangka-sangka Khoja Lisut menghantukkan kepalanya ke lantai berkali-kali.

Saya jadi panic melihat perbuatannya itu.  Datuk segera menerpa ke arahnya.  Dan berjaya menahan Khoja Lisut dari meneruskan perbuatannya menghantuk-hantuk kepala ke lantai.  Khoja Lisut memeluk datuk, perlahan-lahan dia menjatuhkan kepalanya atas riba datuk.  Khoja Lisut menangis tersedu-sedu.

“Kenapa Khoja,” Tanya datuk.

“Saya kesal kerana orang tak mahu dengar cakap saya,” bentak Khoja Lisut.

Saya lihat datuk menarik nafas panjang.  Ada senyum sinis bermain di sudut bibirnya.  Khoja Lisut segera mengangkat kepalanya dari riba dan terus duduk tersandar di dinding.

“Kenapa kamu bersikap macam budak-budak, kerana orang tak percaya cakap kamu, kamu menangis.  Itu bukan caranya.  Kalaulah kamu memang bercakap benar, buktikan kebenarannya.”

“Haaaa….” Khoja Lisut seperti terkejut. “Apa awak mahu mendengarnya?” Sambungnya sambil merenung kea rah datuk.

“Ya,” angguk datuk, “kenapa aku tak mahu mendengar cerita yang benar dari kau?”

Ternyata kata-kata itu memberikan semangat baru pada Khoja Lisut.  Kepuasaan dan keriangan terpancar di wajahnya. Dengan perlahan-lahan Khoja Lisut alihkan mukanya ke arah luar pondok.  Pandangannya yang sayu jatuh ke dedaun pisang yang kelihatan bergerak ke sana ke sini dirempuh angin.

“Cakap Khoja,” desak datuk.

Khoja Lisut alihkan pandangan, dari luar ke dalam rumah.  Saya menanti penuh debar, terlalu ingin mendengar cerita dari Khoja Lisut, agar keinginan saya  tidak dapat dikesan oleh datuk dan Khoja Lisut, saya pura-pura merenung ke langit.  Saya lihat awan putih bersih, bergerak perlahan-lahan arah ke selatan.  Kicau burung kian rancak bersama sinar matahari yang mula terik.

“Masa….,” Khoja Lisut tidak menyambung kata.  Cepat-cepat saya palingkan muka ke arahnya.  Saya lihat datuk tumpukan seluruh perhatian kearah Khoja Lisut.  Rupa-rupanya keinginan datuk seperti saya juga. 

“Masa Pak Kiai nak putus nyawa, dia beritahu pada orang-orang di sekelilingnya yang dia memaafkan saya.  Dia suruh anak buahnya mencari anak murid saya,” Khoja Lisut menyambung kata yang terputus.  Di wajahnya tergambar kepuasan yang amat sangat dan bersedia menerukan cerita.  Khoja Lisut menelan air liur sambil kedukan dahi, seolah-olah mengumpul ingatan pada peristiwa lalu.

“Teruskan cerita, kamu Khoja.”

Suara datuk agak meninggi, hujung kaki seluar sebelah kanan terus di lipatnya.  Kemudian datuk berpusing ke kanan sambil menggosok pangkal siku kiri berkali-kali.

“Teruskan Khoja, aku mahu mendengarnya makin cepat kamu menamatkan cerita, makin mudah aku membuat keputusan, sama ada cerita kamu itu banar atau pembohong,: datuk mendesak.

“Anak murid saya dibawa oleh anak buah Kiai menemuinya.  Dia minta anak murid saya tu memberitahu saya yang dia telah memaafkan perbuatan saya padanya,” begitu Khoja Lisut meneruskan ceritnya.

“Anak murid kamu tu, sampaikan pesan tu sendiri kepada Khoja,” soal datuk lagi.

“Ya, saya terima pesanan tu.”

“Apa yang kamu buat, bila kamu mendapat pesanan tu,” Tanya datuk lagi.

Khoja Lisut terdiam, dia merenung kearah saya.  Dan datuk tetap tidak mengubahkan pandangan ke wajah Khoja Lisut.

“Saya tergamam, saya tak sangka Kiai tu, begitu ikhlas dan baik hati,” nada suara Khoja Lisut mula tersangkut-sangkut.  Dia tundukkan muka merenung lantai kembali.  Bila mukanya diangkat dia merenung kearah saya, rasa hiba bersarang dalam dada.  Saya melihat genangan air jernih di kelopak matanya.

“Itu saja yang kamu rasakan, Khoja.”

“Ya, itu saja.”

“Kamu tak berusaha mahu berjumpa dengannya?”

“Oh ya…..” Khoja Lisut seperti tersentak.  Dengan nada suara yang amat lemah dia terus bersuara.

“Dua hari sesudah saya mendapat pesan tu, saya terus menuju ke rumah Pak Kiai, malangnya nasib saya…, Khoja Lisut berhenti bercakap.  Dia menangis dengan semahu-mahu, macam budak kecil.  Datuk biarkan Khoja Lisut menangis sampai dia berhenti sendiri.

BELAKANG

Bila datuk merasakan perasaan Khoja Lisut sudah tenang dan damai, datuk segera menepuk belakangnya dua tiga kali.  Khoja Lisut terus memegang pergelangan tangan datuk erat-erat.

“Kamu sampai ke rumahnya dan kamu diberitahu oleh anak buahnya yang Kiai tu meninggal dunia, dua hari yang lalu, kamu menyesal kerana lambat bertindak, sepatutnya sebaik saja kamu menerima pesanan, kamu terus berjumpa dengannya,” ungkap datuk, tidak nampak ketegangan di wajah datuk.  Saya kira dia mula simpati dengan apa yang dialami oleh Khoja Lisut.

“Kamu Tamar,” saya tersentak bila Khoja Lisut menyebut nama saya, “jangan ikut apa yuang pak cik buat, tak ada apa faedahnya.” Saya segera anggukkan kepala.

“Cubalah jadikan pengalaman yang pak cik alami sebagai teladan,” tambahnya lagi, saya tetap anggukkan kepala.  Ada senyuman bermain di bibir Khoja Lisut.  Agaknya, di gembira kerana anggukkan kepala, seolah-olah saya menerima saranannya.

“Kau beruntung dan bertuah Khoja.”

“Bertuah? Sepasang biji mata Khoja Lisut terbeliak.  Tepat merenung batang hidung datuk.

“Ya,” datuk anggukkan kepala, “kau bertuah kerana Kiai yang kau aniaya tu, berjiwa besar,” datuk berhenti bercakap.  Dia melipat lengan baju hitam sebelah kiri hingga ke pangkal siku.  Kemudian melunjurkan kaki kanan.  Sebelum kaki kanan dilipat kembali, dia meraba buku lali kaki kiri tujuh kali.

“Saya tak faham,” Khoja Lisut kemukakan pertanyaan. “Kiai tu berjiwa besar, mengikut ajaran Islam yang betul.  Dia tidak pendendam, hatinya memang mulia.  Tidak ramai manusia yang dapat memaafkan perbuatan orang lain terhadap dirinya.  Lebih-lebih lagi, perbuatan kamu yang ku anggap cukup kejam,” tutur datuk dengan tenang, Khoja Lisut tidak berkata apa-apa.  Khusyuk mendengar apa yang datuk tuturkan.

“Kamu terlepas dari dosa sesama manusia, kamu tahu Khoja, dosa sesama manusia cukup berat, selagi tidak dimaafkan oleh kiai, kau tak terlepas.  Bila mati, roh aku akan didakwa di depan Allah, kau bertuah Khoja,” nada suara begitu bersahaja.

“Saya faham, saya faham,” suara Khoja Lisut tersekat-sekat.  Lagi sekali dia tunduk dan tersedu beberapa kali.  Saya masih dapat melihat kesan air mata di pipinya bila dia berpaling kearah saya.

LEMAH

Pada saat itu juga, saya terfikir bahawa sesungguhnya manusia ini, bila di datangkan ujian dan bala ke atas dirinya barulah mereka menyesal.  Dan pada saat itu barulah mereka sedar yang mereka adalah makhluk Allah yang lemah dan daif sekali.  Tidak mempunyai apa-apa pun dunia ini.

“Lupakan semuanya tentang hal tu, Khoja.  Bersyukurlah pada Allah kerana tindak-tanduk kamu yang keterlaluan itu sudah dimaafkan Kiai,” datuk cuba menanamkan ketenangan dalam diri Khoja Lisut.  Perlahan-lahan saya lihat Khoja Lisut mengesat air mata di pipi dengan hujung bajunya.

“Bagaimana dengan diri saya ni?”

“Maksud kamu, aku tak faham Khoja?”

“Mahukah awak mengubati sakit saya ni.”

“Berikhtiar tu memang boleh, tapi untuk jamin baik bukan kuasa aku.  Semuanya terletak pada kuasa Allah,” selesai bersuara datuk terus bangun.

Datuk berjalan kearah pintu pondok.  Berdiri di situ dengan kaki kirinya memijak bendul dan tangan kanannya berpaut pada alang pondok, sementara tangan kirinya terlekap pada bahagian rusuk perut.  Datuk merenung pepucuk pisang, melihat kepulan asap dari batang kayu yang dibakar oleh nenek.

“Tamar, cari nenek kamu.”

“Bila, sekarang ni tuk?”

“Tentulah, sekarang.”

Saya jadi serba-salah kerana datuk berdiri di muka pintu pondok.  Dari cara datuk berdiri membayangkan hatinya tidak begitu tenteram.  Dia mudah marah kalau saya telalu banyak bertanya atau meminta.

Kalau saya tidak mematuhi perintahnya pasti dia naik darah.  Dalam keadaan yang serba salah itu, saya membuat keputusan yang amat mengejutkan.  Saya terjung dari pondok melalui bahagian pondok yang terdedah.

Sebaik saja saya berjaya mengimbangi badan dari jatuh tersungkur, dalam masa yang sama terasa sepasang telapak kaki pedih dan sakit.  Saya tidak mampun untuk mengatur langkah dengan segera.  Terpaksa duduk di tanah sambil melunjurkan kedua belah kaki hingga rasa pedih dan sakit di telapak kaki hilang.

“Tamar.”

Terdengar suara datuk mninggi, saya mula resah tetapi, dalam rasa sakit itu saya masih mampu memandang wajahnya.  Tanpa disedari saya terus melangkah dan berdiri didepan tangga.

“Kenapa buat kerja bodoh, kenapa tak gunakan tangga.  Apa, kaki kamu dah kuat sangat ke? Keras macam besi,” datuk meluahkan rasa kesalnya.

“Saya nak minta lalu kat datuk, takut tuk marah, saya tengok tuk berdiri lain macam je,” kata saya dengan hati-hati.

“Sudahlah, aku tak mahu dengar cakap orang bodoh,”  pekik datuk lalu beredar dari muka pintu pondok.

Saya terus melangkah arah ke selatan kebun pisang.  Sayup-sayup saya terdengar suara ketawa datuk dan Khoja Lisut.  Barangkali, mereka ketawakan saya.  Memang sudah jadi cucu pada datuk yang banyak kerenah, bisik batin saya.

Dari pangkal ke hujung, dari hujung ke bucu, nenek tidak juga saya temui.  Setelah berpeluh dahi dan celah ketiak saya pun kembali ke pondok.

“Jumpa nenek kamu, Tamar?” Itu yang datuk ajukan bila terlihat batang hidung saya.  Cepat-cepat saya gelengkan kepala.  Lagi sekali datuk datang ke pintu pondok lalu dongakkan muka melihat matahari di langit.

“Dah dekat pukul dua belah lebih ni, nenek kamu dah balik,” datuk beri kata putus.

“Macam mana tahu, dah pukul dua belas lebih?” Saya terdengar suara Khoja Lisut bertanya pada datuk.

“Tandanya Helang Siwah mula keluar mencari rezeki, Cuba kamu tengok ke langit,” datuk member penjelasan.

Mungkin kerana puas hati dengan penjelasan yang datuk kemukakan Khoja Lisut tidak mengajukan pertanyaan lagi.  Anehnya, Khoja Lisut tidak pula berusaha untuk melihat Helang Siwah di angkasa.

Saya segera dongakkan kepala ke angkasa, saya lihat sepasang Helang Siwah mengembangkan kepak, terbang rendah mengikut arus angin dengan mata tertumpu ke bumi, bersedia untuk menyambar ulat, katak, tikus dan apa saja yang merayap di bumi, asalkan boleh mengenyangkan perut.

Sekarang saya mula mengerti, kenapa setiap kali mahu menentukan waktu, datuk sering merenung ke langit.

Biasanya Helang Siwah muncul di angkasa mengikut waktu tertentu.  Pukul sebelas dia terbang tinggi, sukar untuk melihat warna bulunya.  Antara jam dua belas hingga pukul satu dia terbang rendah.

Kira-kira pukul satu setengah hingga jam dua, terus menghilangkan diri.  Muncul kemnbali jam tiga hingga pukul enam.  Waktu petang Helang Siwah tiada berada di tempat dia mula muncul (pukul sebelas tadi} sebaliknya dia berlegar agak jauh kira-kira satu rantai dari tempat dia muncul pada sebelah pagi.

Tepat pukul lima dia akan berada di tempat dia muncul tadi (pukul sebelas pagi) kira-kira sejam lagi matahari mahu jatuh di kaki langit, (kira-kira pukul enam}.  HelangSiwah akan pulang ke sarangnya.

Ah! Selain dari tanda-tanda burung belang itu, ada tanda-tanda lain yang datuk gunakan.  Saya harus belajar dengan mengamati gerak-geri unggas dan alam.  Kalau  bertanya, tentu kena berdik.  Daripada kena herdik, lebih baik perhatikan saja apa yang datuk buat.  Demikian saya membuat kesimpulan dalam hati.

BESAR

Saya pun melangkah ke anak tangga pondok.  Bila anak tangga pertama saya pijak, datuk meluru kearah saya.  Badan saya ditolak hingga saya berada di halaman pondok semula.

Saya jadi panic dan terkejut besar dengan sikap datuk itu.  Saya cuba mengingati sesuatu kalau-kalau saya telah melanggar pantang-larang datuk.  Ternyata tidak ada satu pun kesilapan yang saya lakukan.

“Kenapa tuk?”  Dalam rasa takut saya bertanya.

“Kau pergi ambil cangkul dan pencebak kemudian….,”

“Nak buat apa tuk?” cepat-cepat saya memintas cakap datuk.

”Jangan biadap sangat, biarlah aku habis bercakap dulu, baru bertanya,” sergah datuk dan dia segera meluru kearah saya.  Dan saya berssedia menerima tempelak darinya kerana kebiadapan yang saya lakukan secara tidak sengaja.

Saya beruntung kerana kemarahan datuk tidak berlanjutan.  Saya segera menyusup  bawah pondok dan keluar membawa cangkul serta pencebak.  Berdiri tercegat depan datuk untuk menerima perintah selanjutnya dari datuk.

“Sekarang kamu pergi ke tebing sungai, cari kawasan gigi air yang berpasir.  Dari gigi air tu, kamu melangkah songsang tiga belas tapak,” datuk berhenti bercakap, dia mengeluarkan secebis kain merah dari dalam saku bajunya.  Kain merah selebar dua jari itu diikat ke kepala.

“Kamu tahu melangkah songsang tu, Tamar?”  Tanya datuk, saya gelengkan kepala.

“Maksudnya begini, kamu melangkah ke balakang dengan mata dan badan kamu menghala kearah sungai.”

“Saya faham tuk.”

“Di langkah penghabis, langkah ketiga belas mesti berakhir dengan kaki kiri. Kamu tekankan tumit kaki kiri di situ, kemudian kamu koreklah lubang separas dada kamu,” demikian datuk mengelurkan arahan.

Saya segera bergegas menuju ke sungai yang jaraknya tidak berapa jauh dari pondok.  Sebaik saja saya sampai ke perdu durian patah dahan, terdengar suara datuk memanggil nama saya.  Segera saya berhentikan langkah.

“Lepas korek, kamu tunggu aku disitu, kalau lubangnya ada air, jangan kau buang airnya, bahagian bawah lubang kau taruh tanah liat,” pesan datuk lagi.

“Baik tuk.”

“Kalau kamu nampak apa-apa masa kamu mengorek nanti, kamu jangan cakap apa-apa.”

“Baik tuk.” Perjalanan yang terhenti saya teruskan.

TEBING

Lebih dari sepuluh minit saya mundar–mandir di tebing sungai, mencari kawasan yang berpasir.  Dan saya berhasil menemui selekoh sungai yang bahagian tepinya mempunyai kawasan berpasir yang berkeadaan seperti pantai.  Kawasan tersebut berdepan dengan sebuah lubuk yang dalam tetapi, air yang mengalir amat tenang.

Setelah mengikut kata dan petua datuk, saya pun mula menggali lubang di pasir.  Panas terik membuat seluruh tubuh saya berpeluh.  Saya berhenti menggali lubang, bila saya terdengar bunyi air sungai berkocak dengan kuat, saya tumpukan perhatian ke dada sungai yang lebarnya kurang satu rantai setengah.  

Tidak ada apa-apa yang saya lihat, selain dari air sungai dan dedaun yang dibawa arus ke hilir.  Saya kembali menggali lubang.  Baru lima enam kali tunduk bangkit mengaut pasir, saya terdengar lagi bunyi kocakan air sungai, saya segera merenung kearah lubuk yang airnya bergerak tenang.

Saya menggigit bibir bersama rasa cemas dan takut.  Dari hujung dahan jambu mawar yang terjulur di permukaan sungai, (dalam jarak lebih kurang sepuluh kaki dari lubuk yang tenang) saya terlihat seekor ular sawa sedang berpaut di situ, ekornya sesekali memukul permukaan air sungai.  Ular sawa itu berhempas pulas mahu naik ke dahan jambu mawar.  Usaha si ular itu berhasil.

Ah, pendulikan dia, jangan kacau dia.  Biarkan dia hidup di situ.  Barangkali si ular sawa itu dapat menghidu bau rezekinya di atas pokok jambu mawar, fikir saya dalam hati dan terus menyambung kembali kerja yang terkandas.

“Tamar.”

Saya toleh kearah suara itu, memang saya menduga yang datuk menjulang Khoja Lisut di atas bahunya.  Saya juga merasa pelik, kenapa datuk mengusung orang cacat itu ke sini.  Apakah datuk mahu mencampakkan Khoja Lisut ke dalam lubuk?  Macam-macam yang datang fikiran saya.

“Dah siap?” Soal datuk dari jauh.

“Siapkan cepat, buat macam mana aku suruh, selagi lubang tu tak siap, aku tak boleh ke situ,” lanjut datuk yang sedang terkial meredah pokok serunai laut dan keduduk yang menghalang perjalanan.

Saya terus korek lubang hingga selesai, kemudian mencampakkan tanah liat yang saya ajmbil dari dalam sungai, ke dalam lubang.  Sebaik saja semua kerja selesai, datuk terus  berada di samping saya.

“Sudah siap Tamar?”

“Sudah tuk.”

“Masuk kamu,” suara datuk keras dan dia terus mencampakkan Khoja Lisut ke dalam lubang.

“Timbus,” sambung datuk lagi.  Dia merampas cangkul dari tangan saya.  Khoja Lisut yang separuh badannya berada dalam lubang tidak berkata apa-apa.

Dalam sekelip mata saja, badan Khoja Lisut terbenam dalam pasir hingga paras leher.  Datuk mengeluarkan dua keping upih pinang dari dalam bajunya.  Dia membuka lipatan upih pinang lalu dibentangkannya atas pasir.

Saya pasti, upih pinang yang sudah kering memang dibawa olah datuk dari rumah.  Apa yang menakjubkan saya ialah, kepintaran datuk menyembunyikan upih pinang kering  dalam bajunya hingga tidak dapat dikesan oleh sesiapapun

Bila kedua-dua upih pinang itu agak panas kerana terkena sinar matahari,  datuk ubahkan kedudukannya ke gigi sungai. Bahagian pangkal upih terkena arus air sungai.  Datuk ambil sekeping upih lalu dijadikan timba gayung.

“Tolong aku, kamu gunakan timba upih ini untuk ambil dari sungai dan siramkan ke kepala Khoja.” Saya pun segera menyambut gayung upih yang datuk bulurkan. “Kamu kira sampai seratus gayung, kamu berhenti, berdiri didepannya lebih kurang lima, Kemudian ulang kerja kamu semula, buat kerja ni berulangkali, hingga dapat perintah  berhenti dari aku,”  sambung datuk lagi.  Saya angguk dan memulakan tugas yang saya kira cukup rumit dan amat membosankan di bawah sinar matahari yang amat terik.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box