SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING

Nenek ketawa terkekeh melihat telatah saya yang melucukan itu.  Saya turun ke halaman mengutip dedaun kering yang bertaburan.  Pergerakan yang dilakukan membuat badan terasa ringan, saya tidak mengalami sesak nafas atau rasa penat akibat kekenyangan.  Perut yang membuncit kembali dalam keadaan normal.

“Apa rasamya, Tamar?”

“Rasanya nek, ya begini rsanya…”

“Kamu tak rasa mengantuk dan malas, badan terasa ringan, bukan begitu, Tamar,” belum sempat saya menyambung kata-kata, nenek segera memotong.  Tentu saja saya akur dengan apa yang dituturkannya itu.

“Betul cakap nek tu.”

“Petua orng tua-tua ada khasiat, datuk nenek kita tidak keluarkan petua ikut suka hati.  Dicuba dulu, baru dipesan pada anak cucu,” nada suara nenek agak meninggi.  Di wajahnya terpamer rasa bangga kerana Berjaya mempengaruhi diri saya supaya yakin dengan petua.

Akhirnya saya naik ke rumah.  Cari bantal lalu baring di ruang tengah dengan naskhah akbar UTUSAN MELAYU terbentang di depan mata.  Akhbar itu saya letakkan di sisi kiri badan.  Dari ruang tengah saya lihat nenek duduk di bendul pintu dapur.  Dia menjahit kain pelikat.  Saya segera duduk, apa yang saya buat semuanya serta tidak kena.

Sekejapsekejap saya terfikir tentang Khoja Lisut dan datuk.  Apakah yang dilakukan waktu ini.  Dalam saat yang lain saya terkenangkan sahabat datuk di Balik Pulau.  Fikiran nakal saya terus merewang, saya cuba menggambarkan suasana kampong di tanah Palembang.  Mana mungkin saya dapat menggambarkannya kerana saya sendiri tidak sampai ke sana. Menanti waktu Asar tiba, adalah sebuah penyeksaan bagi saya.

Saya terus memeluk sepasang kepala lutut.  Saya memang tidak betah duduk di rumah.  Biasanya waktu begini, saya pergi ke pekan kecil atau ke dewan bacaan, membaca majalah dan buku novel percintaan terutama buku-buku novel dari negara tetangga Indonesia terutama karya HAMKA

Memang sukar membaca karya dari penulis tanah seberang, kerana ejaannya tidak seragam.  Masih mengikut cara ejaan lama umpamanya ejaan YANG dieja JANG tetapi , kesulitan itu dapat saya atasi.

Kalau saya tidak merayap ke tempat tersebut, saya akan merayau ke hutan kecil melihat jerat pelanduk atau kijang.

“Hummmmmmm….”

Saya melepaskan sebuah keluhan.  Arahan datuk yang telah menetapkan waktunya membuat diri saya seperti dibelenggu.  Takut mahu bergerak ke mana-mana.

“Tidurlah Tamar, Asar nanti nenek gerakkan.”

“Mata tak mahu pejam.”

“Nenek tahu, kamu tak suka duduk di rumah.  Pergilah ke mana-mana, dekat Asar balik.”

“Saya tak berani nek.”

“Kenapa pula?” nenek seakan-akan terkejut,

“Takut asyik merayau-rayau, nanti lupa pula nak pergi ke tempat datuk,”

“Terpulanglah pada kamu,” nenek meneruskan kerjanya.  Dan saya berpindah ke anjung.  Duduk berehat di situ,


KAIN

Selesai saja menunaikan solat asar.  Saya tukar pakaian dan bersedia untuk memulakan tugas seperti yang diamanatkan oleh datuk pada saya.

Waktu saya menuju ke pintu tengah, saya lihat ada beberapa bungkusan tersedia dekat bendul.  Bungkusan pertama dibalut dengan kain hitam, bungkusan kedua kain hitam.  Bungkusan ketiga dibalut dengan kain kuning.  Bentuk bungkusan yang ketiga agak berbeza dengan bentuk dua bungkusan yang lain.

Bungkusan ketiga (berbalut kain kuning) bentuknya memanjang dan tingginya kira-kira enam inci.  Saya yakin yang dibalut dengan kain kuning itu adalah botol.  Saya lihat semua bungkusan itu dengan hati-hati.

Barangkali semua bungkusan yang ada ini, barang-barang yang dipesan oleh datuk pada saya tadi, fikir saya dalam hati.

“Apa yang dimenungkan, bawa saja.”

Saya menoleh ke kanan, nenek tercegat di situ dengan raga buluh di tangan.  Nenek maju dua tiga tapak lantas duduk bersila di depan bungkusan.

“Dengan ini memudahkan kamu membawanya, Tamar.”

Nenek pun memasukkan bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam raga.  Disusun dengan begitu cantik sekali.

Nenek bangun dan terus ke dapur.  Dia datang semula ke muka pintu bersama dengan kulit-kulit durian kering dan seludang kelapa kering.

“Buat apa kulit durian kering dengan seludang kelapa kering tu nek?”  Tanya saya setelah melihat nenek memasukkan barang-barang tersebut ke dalam raga.

“Nak menghalau nyamuk, datuk kamu nak tidur di situ sepanjang malam ni.”

“Hai, datuk tak cakap pun pada saya ne,” kata saya terkejut.

“Takkan semua perkara nak beritahu kepada kamu. Ini kerja orang tua-tua, kamu tak boleh tahu.  Kamu tolong-tolong sudahlah, buat apa nak tahu.”

“Barang dalam bungkus ini pun saya tak boleh tahu nek?”

“Boleh tapi, nenek tak boleh bagi tahu.  Orang yang boleh bagi tahu pada kau, cuma datuk kamu sendiri.  Kalau dia tak bagi tahu kamu boleh tengok masa dia buka bungkusan itu.”

“Agaknya, perkara begini jadi pantang larang.”

“Entahlah nenek sendiri tak tahu.  Apa yang datuk kamu bagi tahu, itulah yang aku bagi tahu pada kamu,”  nenek segera menolak bakul rotan ke dapan saya.

Dari tindakananya itu, saya dapat menduga yang nenek menyuruh saya berangkat segera.  Dia tidak mahu saya mengemukakan berbagai-bagai soalan berhubung dengan barang-barang yang ada di dalam raga.

“Tak apalah nek, biar saya pergi dulu.”

Saya pun memegang rangka raga.  Bangun dan mula memijak anak tangga.  Baru tiga mata anak tangga saya pijak, nenek bersuara:

“Bawa terus jangan singgah di mana-mana, jangan menyusup di  bawah ranting mati dan laluan binatang.”

“Kenapa nek?”

“Jangan banyak tanya, itu pesan datuk kamu pada aku untuk disampaikan pada kamu.”

Saya menarik nafas dalam-dalam.  Masih keberatan mengangkat kaki untuk memijak anak tangga seterusnya.  Hati masih ingin tahu, kenapa mesti ada pantang larang begitu.

“Datuk tak beritahu sebab-sebab perkara tu tak boleh dibuat,” saya cuba memancing nenek.

“Dah aku katakana tadi, jangan banyak soal.  Apa kamu tak faham lagi, Tamar?”  Nenek jegilkan biji mata.

“Baiklah nek, sata pergi sekarang.”

Langkah yang terhenti segera saya sambung kembali.  Saya sarungkan sepatu getah ke kaki.  Sebelum memulakan perjalanan, lagi sekali saya tatap wajah nenek di ambang pintu.  Dia memberikan senyuman selamat jalan.

                                          REDUP

Perjalanan dibawah sinar matahari yang kian redup amat menyenangkan.  Peluh tidak begitu cepat membasahi tubuh  Beberapa rantai lagi mahu sampai ke pohon jati, saya berhenti sebentar.  Tangan kanan saya terasa lenguh kerana terlalu lama membibit raga.  Saya tukar ke tangan kiri pula.  Saya panjangkan leher merenung kea rah jati.

Saya cemas.  Datuk tidak kelihatan di situ.  Tetapi, perjalanan saya teruskan.  Saya letakkan raga atas akar pokok jati dan waktu mata saya arahkan ke kawasan lapang (berpasir) saya lihat ada dangau (pondok) pisang sesikat yang jaraknya tidak sampai lima belas kaki dari tempat Khoja Lisut tertanam.

Atapnya dari daun bertam muda.  Dindingnya Cuma di bahagian belakang, kiri dan kanan.  Tingginya kira-kira sekaki.  Dibuat dari daun salak tua yang sudah dianyam rapi.  Manmakala bahagian depan terus terdedah.

Dibawah sinaran matahari petang yang kian runduk itu, saya lihat Khoja Lisut terkapar tidur di pasir.  Kepalanya terlentuk atas permukaan pasir dengan kedua belah tangannya terkedang.  Datuk duduk bersila di sebelah kanannya, dalam jarak dua kaki.  Melihat saya berada di bawah pohon jati, datuk segera bangun.  Dia melangkah kearah saya.

“Ada kamu bawa barang-barang yang aku pesan,”  itu yang datuk utarakan, sebaik saya dia berdiri di depan saya.

“Ada dalam raga tu, tuk,”  saya segera meluruskan jari telunjuk kearah raga.

“Hum…..,” datuk anggukkan kepala.  Sepasang matanya tertumpu kearah raga.  Ada kepuasan terbayang di wajahnya.

“Kamu ikut pantang larang yang nenek kamu cakap, Tamar.”

Datuk terus mengamnbil raga yang berisi barang-barang itu, dibawa ke pondok pisang sesikat.  Disangkutnya pada bahagian atas pondok.  Datuk datang semula kepada saya.

“Kamu dah sembahyang Asar?”

“Dah tuk.”

“Aku belum lagi, aku tak mahu meninggalkan Khoja seorang diri di pasir.  Kamu dah datang, hati aku senang.  Sekarang giliran kamu menunggunya.”

“Tuk nak ke mana?”  Tanya saya cemas.

“Aku nak ke tebing sungai, aku nak ambil air wuduk.”

“Ke sungai?”  Mulut saya terlopong.

“Kenapa Tamar?”  Datuk menyoal.  Tiada jawapan dari saya.  Datuk hayun kaki ke sungai dan debaran di dada saya kian kencang.

Saya masih lagi berdiri di bawah pokok jati.  Saya renung kearah Khoja Lisut.  Kepalanya terkulai atas pasir dengan mukanya menghala kearah pondok pisang sesikat.

Perlahan-lahan saya atur langkah mendekatinya.  Saya berdiri di depannya.  Tidak ada sebarang reaksi dari Khoja Lisut.  Saya lihat kedua belah matanya terpejam.  Saya sekatkan telapak tangan kanan saya ke hidungnya, ternyata dia masih bernafas dan pada saat itu juga dia mendengkur.  Sudah pasti, Khoja Lisut tidur nyenyak, fikir saya.

Orang tidur jangan diganggu.  Kesihan, Khoja Lisut menempuh satu penyeksaan yang panjang kerana mahu mengubati penyakit yang dideritainya.  Saya menarik nafas panjuang-panjang sambil menatap wajahnya.

Kerana Khoja Lisut tidur nyenyak, saya segera terfikir, tidak ada gunanya menjaga orang tidur.  Saya membuat keputusan untuk meninjau datuk yang berada di tebing sungai mengambil air sembahyang.

Khoja Lisut saya tingalkan.  Dengan tenang saya melangkah kearah tebing.  Datuk membongkok di gigi sungai mengambil wuduk.  Saya terus melangkah dan berhenti dekat pokok bunga tanjung.  Jarak saya dengan datuk lebih kurang lima kaki saja.  Saya segera berlindung di balik pokok  bunga tanjung.

Cukup di sini saja.  Kalau diteruskan pasti menimbulkan kesulitan diri sendiri.  Paling kurang kena hamun dari datuk.  Begitulah saya memujuk diri sendiri dan terus melihat gerak geri datuk dari pokok bunga tanjung.  Sesungguhnya, niat saya baik demi keselamatan diri datuk.

Saya sedar, datuk berdiri di gigi sungai menghadapi lubuk yang ada buaya.  Nyawa datuk dalam bahaya, saya perlu membantunya bila buaya itu melakukan serangan mengejut padanya.

Kerana itulah saya mengekornya dan mengawasi datuk dari balik pokok bunga tanjung.  Kini, seluruh perhatian saya tertumpu pada lubuk buaya dan datuk.

“Haaa….”

Mulut saya ternganga.  Jantung saya berdebar.  Buaya timbul di permukaan lubuk, macam batang buruk yang terapung di permukaan air.

“Tamar, aku tahu kamu ada di balik pokok bunga tanjung, kamu duduk diam-diam disitu,  jangan menjerit dan jangan datang ke sini,” datuk menujukan kata-kata untuk saya.  Dengan perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas.  Saya terpaksa patuh dengan arahan datuk itu.  Terpaksa bertahan di bawah pokok bunga tanjung.

                                        MUNCUL

Datuk bagaikan tidak ambil kisah dengan kemunculan buaya di permukaaan lubuk.  Dia terus ambil wuduk hingga selesai, kemudian sarung selipar jepun ke kaki.  Berdiri di tebing sungai dengan membelakangi buaya yang kelihatan bergerak kearah tebing sungai.

Tiba-tiba buaya itu membedalkan ekornya kearah datuk, waktu ekor buaya itu menghempap tebing sungai, datuk sudah pun berada di perdu pisang hutan.  Cukup pantas datuk bergerak hinggakan saya tidak dapat melihat gerakan itu berlaku meskipun mata saya tidak berkedip merenung kearahnya.

Datuk memusingkan badannya, berdiri tegak menghadapkan wajahnya ke sungai.  Buaya masih menimbulkan badannya di permukaan lubuk, terapung macam batang buruk, bergerak lemah mengikut gelombang air.

“Hai buaya, aku bukan habuan kamu kali ini.” Pekik datuk seraya mematahkan ranting dari pokok kecil di kirinya.  Ranting itu dilemparkan ke sungai.

Sebaik saja ranting yang dilemparkan mengenai permukaan air sungai.  Buaya terus menyelam ke dasar lubuk.  Beberapa saat kemudian muncul kembali bersama riak gelombang air yang besar dan kuat menguasai permukaan lubuk.  Serentak dengan itu buaya terus menghempaskan ekornya berkali-kali ke permukaan air.

“Kamu marah,” suara datuk keras. Dan buaya terus memukulkan ekornya ke air seolah-olah memberikan jawapan terhadap kata-kata datuk.

“Jangan ganggu aku, aku ke mari bukan niat nak kacau kawasan kamu, aku ke mari nak menolong orang yang sakit,” datuk terus bercakap, biji matanya tertumpu kearah buaya di air yang kelihatan tidak tenang.  Sekejap menyelam, sekejap timbul.  Ekornya terus memukul air.

“Selamat tinggal kawan,” datuk lambaikan tangan kearah buaya.  Dan saya lihat buaya itu mengangakan mulunya lalu dihalakan kearah datuk.  Dua tiga detik kemudian buaya terus menyelam dan tidak timbul-timbul lagi.

Datuk meneruskan perjalanan ke pondok pisang sesikat tanpa memperhiraukan saya yang berada dibawah pokok bunga tanjung.  Saya jadi serba salah, apakah saya masih terikat dengan pesan datuk? Mungkin datuk menghukum saya kerana mengekorinya dari belakang, jadi dia sengaja membiarkan saya di sini sendirian.

Kalaulah itu rencana dalam dada datuk, dia memang seorang yang kejam.  Timbul bermacam-macam pertanyaan dalam diri saya.

Saya renung kearah pondok pisang sesikat.  Datuk sedang menunaikan solat Asar.  Saya sudah tidak mampu bertahan di bawah pokok bunga tanjung.  Saya jadi cemas dan tidak tentu arah.  Sesekali saya terasa seram.  Bulu tengkuk saya terasa tegak.  Dan saya mengambil keputusan yang amat nekad, saya langgar pesanan datuk.  Pokok bunga tanjung saya tinggalkan, berlari kearah pondok pisang sesikat.

Saya berdiri di luar pondok pisang sesikat, menunggu datuk menyelesaikan solat dan berdoa.  Saya tetap berharap  tindakan yang saya lakukan tidak mendatangkan apa-apa kemarahan terhadap datuk.

“Masuk, Tamar.” Nada suara datuk cukup mesra.  Ada senyum di wajahnya.  Saya masuk ke perut pondok.  Datuk bersila di depan datuk.

“Nenek kamu dah jual pisang dan keledek?”

Saya menggigit bibir, sukar untuk saya memberikan jawapan.  Nenek tidak beritahu apa-apa dan saya tidak pula bertanya apa-apa pada nenek.  Secara spontan saya teringatkan kesan tayar lori di halaman rumah.  Saya yakin itu adalah kesan tayar lori peraih yang mengambil pisang dan keledek.

“Semuanya nenek dah jual tuk,” tutur saya yakin.  Datuk anggukkan kepala.

Mungkin terasa lenguh duduk bersila, datukpun meluruskan sepasang kakinya sambil menyandarkan badannya ke tiang pondok.  Datuk menggerakkan jejari kakinya dan pada saat itu terdengar suara jeritan Khoja Lisut.  Cepat-cepat datuk bangun lalu merenung kearah Khoja Lisut yang terbenam dipasir.  Khoja Lisut gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

“Kamu pergi jiruskan air ke kepalanya, kemudian kamu korek pasir kelilingnya, keluarkan kedua belah tanganya.” Saya kerutkan dahi, kerana tugas yang diserahkan oleh datuk pada saya bukannya tugas yang mudah.

“Saya buat seorang aje tuk?”

“Yalah, takkan kerja semudah tu aku nak tolong.  Pergi buat sekarang.”  Saya segera bangun dengan rasa yang amat malas.  Sebaik saja berada di luar pondok pisang sesikat, lagi sekali saya tatap wajah datuk.  dia tidak memperlihatkan sebarang reaksi dan saya terus melangkah menuju kearah Khoja Lisut ditanam.

“Korek gunakan pelepah kelapa.”

Saya berhenti melangkah dan menoleh kearah datuk.  Belum pun sempat saya bertanya, datuk pun melemparkan pelepah kelapa kearah saya.  Dengan tangkas saya menyambutnya.

Saya terus memnbelek-belek pangkal pelepah yang ditarah rata dan nipis. Bentuknya macam sudip yang sering digunakan untuk mengacau nasi dalam kawah besar.  Panjang pelepah kelapa itu lebih kurang empat kaki lebih.  Bahagian hujungnya diikat dengan kain tiga warna, merah, kuning dan hitam.  Pelepah kelapa itu segera saya lurutkan dengan telapak tangan kanan.

“Jangan buat macam tu, Tamar.”

Saya segera berhenti melurut pelepah kelapa.  Biji mata saya arahkan kepada datuk.  Dia berdiri di pintu pondok pisang sesikat.  Tangan kirinya digerakkan kekiri dan ke kanan.

“Maafkan saya, saya tak tahu tuk.”

“Hum, kenapa tercegat lagi di situ? Pergi sekarang buat apa yang aku suruh,” suara datuk cukup keras, mengganggu penumpuan saya terhadap pelepah kelapa di tangan.  Melihat saya masih terpaku di situ, datuk terus bersuara.

“Pergilah cepat jangan terpacak di situ.”

“Ya tuk, saya pergi sekarang,”  jawab saya tersekat-sekat.  Tanpa toleh kiri kanan saya aturkan

langkah mendekati Khoja Lisut

                                          MATA

Saya berdiri di depan Khoja Lisut.  Kemudian terus duduk bersila.  Sepasang mata Khoja Lisut yang tidak bermaya itu menatap wajah saya.

“Dahaga, aku dahaga Tamar.”

Saya segera menyumbatkan muncung botol ke mulunya.  Tergesa-gesa Khoja Lisut menyedutnya hingga menyebabkan dia tersedak.  Air yang berada dalam mulunya berhamburan keluar.  Hampir-hampir mengenai tubuh saya.  Saya lihat Khoja Lisut tercungap-cungap.

Muncung botol segera saya pisahkan dari bibirnya.  Lidah Khoja Lisut menjilat kesan air di bibir dan dagu.  Perbuatannya itu amat mengharukan perasaan saya.

“Pak cik minum pelan-pelan sikit,” kata saya penuh hormat.

“Ya, ya aku tahu Tamar,” sahutnya penuh ghairah.  Matanya tetap merenung muncung botol yang berada dalam tangan saya.

“Minum pak cik.”

Muncung botol saya sumbatkan ke mulunya.  Khoja Lisut menyedut air dengan hati-hati, cakap saya dipatuhi dengan baik sekali.  Dia berhenti meneguk air dalam botol.

“Hilang dahaga, pak cik?”

Dia terus anggukkan kepala.  Cepat-cepat saya menjiruskan air dari dalam botol ke atas kepalanya.  Khoja Lisut terus bersin, mungkin lubang hidungnya dimasuki air yang saya tuangkan di kepalanya.

“Kalau dia dah bersin, jangan buat lagi.”  Saya lihat kearah datuk.  Dia angkat tangan kanannya tinggi-tinggi dan dijatuhkannya perlahan-lahan,

“Sekarang, koreklah pasir tu.”

“Baiklah tuk.”

“Mulakan dari sebelah kanan, baca Bismillah dan selawatkan Nabi tiga kali berturut-turut,” lanjut datuk lagi.  Suaranya cukup nyaring.  Arahan datuk segera saya patuhi.

Mengorek pasir dengan menggunakan pelepah kelapa memang memenatkan, sekejap saja seluruh badan saya berpeluh, sedangkan pasir yang dikorek seperti tidak menampakkan sebarang kesan.

“Kau nak keluarkan aku dari pasir ni Tamar?”  Tidak saya jawab pertanyaan dari Khoja Lisut.

“Datuk kamu suruh keluarkan aku.”

Seperti tadi, saya tetap membisu.  Terus mengorek pasir.

“Agaknya, datuk kamu melarang aku bercakap dengan kamu Tamar, agaknya ini jadi pantang-larang.”

Saya berhenti mengorek pasir dengan pelepah kelapa.  Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang.

“Eh, jangan berhenti,” pekik datuk dari pondok.

Saya kembali meneruskan kerja yang terhenti.  Saya tidak peduli dengan apa yang dikatakan oleh Khoja Lisut.  Mungkin kerana kecewa dengan sikap saya, Khoja Lisut terus membisu.

“Tamar, tangan kiri aku dah keluar.”

Saya terkejut, memang tidak saya duga tangan kiri yang keluar.  Saya korek sebelah kanan, sepatutnya tangan kanan yang keluar.

Saya termenung sejenak memikirkan keanehan yang terjadi di depan mata.  Khoja Lisut merewang-rewangkan tangan kirinya sesuka hati.  Setiap kali tangan kirinya dipusingkan, pasir yang berada di sekeliling tengkuknya turut sama bergerak hingga kedua belah sayap bahunya tertonjol di permukaan pasir.

“Tok, tolonnnnnnnggg!”

Pelepah kelapa saya tikamkan ke dada pasir.  Sepasang kaki saya bagaikan ditarik sesuatu.  Terbenam dalam perut pasir separas lutut.  Pasir sekitar tempat saya berdiri menjunam ke bawah, seolah-olah jatuh ke dalam lubang gaung yang dalam.  Saya jadi panik dan terus berpaut pada pelepah kelapa.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box