SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT

Bila air yang dijerang sudah masak, datuk suruh saya buat secawan air kopi tanpa gula.  Dua tiga helai daun seribu kapit anak dipetik dan di masukkan ke dalam cawan kopi bersama beberapa buku garam.

Sebahagian daripada air panas itu dituangkan ke dalam baldi kecil yang dibuat dari tanah liat, (bentuknya macam periuk tanah, tingginya sekitar satu kaki dan tebalnya tidak sampai setengah inci) kemudian batang dan daun seribu kapit anak dimasukkan ke dalam baldi tanah.

“Sekarang…….,”

Datuk tidak menghabiskan kata-kata itu.  Dia melihat awan di langit, dia melihat beburung yang terbang dan gerak dedaun yang disentuh angin petang.  Datuk kedutkan dahi lalu menelan air liur.  Bibirnya kelihatan bergerak perlahan-lahan.

“Kamu bawa air kopi ni pada Khoja, paksa dia minum.”

“Nanti dia muntah darah tuk?”

“Kali ini, dia tak muntah darah, lepas tu kau keluarkan dia dari dalam pasir,”

“Baik tuk.”

Dengan hati-hati saya membawa secawan kopi kepada Khoja Lisut.  Bila saya dekatkan air kopi ke bibirnya, Khoja Lisut segera menolak.  Bila saya paksa, dia bertindak balas dengan meludah muka saya.  Darah saya tersirap.  Bila saya ingatkan yang dia masih sakit dan masih berubat dengan datuk, kemarahan saya segera menurun.

Kali ini, saya bertindak agak kasar.  Saya segera mengepit kepala Khoja Lisut ke celah paha.  Sebelah tangan menekan rahangnya hingga mulunya terbuka dan sebelah lagi saya gunakan untuk menuangkan air kopi ke mulunya.

Khoja Lisut tidak dapat mengelak lagi.  Dia teguk air kopi hingga habis, malah sebahagian dari air itu masuk ke lubang hidungnya.  Khoja Lisut bersin air kopi yang bersembur di lubang hidung mengenai muka saya.  Khoja Lisut meraung macam gajah patah kaki.

Datuk segera berlari kearah saya dengan wajah yang amat cemas.  Dia melihat kepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir.

“Apa yang kamu buat padanya, Tamar?”

“Tak ada apa, saya suruh dia minum air kopi.”

“Kamu suruh atau kamu paksa dia?” datuk jegilkan biji mata kearah saya.  Tidak ada jawapan yang saya berikan terhadap pertanyaan itu.

“Sudahlah, kamu gali pasir dan keluarkan dia dari sini, kamu mesti selesaikan semua kerja-kerja ni sebelum waktu Maghrib tiba, bila matahari ada di pucuk pokok tu, kerja mesti selesai,” sambung datuk sambil menudingkan jari telunjuk kearah pucuk pokok di pinggir belukar.

“Ini pencebak dan cangkul, gunakan dengan hati-hati, jangan sampai kepala Khoja terputus dengan badan,” datuk melemparkan pencebak dan cangkul ke hujung kaki saya.  Wajah datuk cukup serius.

“Semuanya nak aku selesaikan malam ni juga.  Dengan izin Allah usaha yang aku buat akan diperkenankanNya,” suara datuk bergementar.  Dia mula memeluk tubuh dan merapatkan sepasang kakinya.  Saya, ambil cangkul dan mula menggali pasir di sekeliling Khoja Lisut.

Dengan berpeluk tubuh, datuk terus melangkah menuju ke pondok pisang sesikat, tanpa menghiraukan apa yang saya lakukan.

“Semuanya aku selesaikan malam ni juga…,” terngiang-ngiang suara datuk di cuping telinga, membuat saya berhenti mencangkul pasir.

“Jagan berhenti teruskan,” pekik datuk dari pondok.  Saya kembali menggali pasir.  Sikap datuk cukup berbeza, suaranya sentiasa keras dan suka marah-marah bila saya berhenti menggali pasir.

Tugas saya menggali pasir sudah selesai.  Khoja Lisut saya tarik dengan kasar sekali.

“Menyusahkan saya.”

“Tak baik merungut dan marah-marah Tamar, hari ini, hari pak cik, hari kamu bnelum tahu lagi.  Entah lebih buruk dari ini,” suara Khoja Lisut terketar-ketar.

“Sudahlah, cakap banyak pula dia,” saya menengking.

“Barangkali semuanya kerana perbuatan pak cik yang lalu,” Khoja Lisut seperti mengeluh.

Saya terus menjuihkan bibir kearahnya.  Hati saya cukup panas, kerana dia saya terpaksa melakukan kerja-kerja begini.  Kalau diturutkan kata hati, mahu saja  saya menyepak Khoja Lisut yang terjelepuk atas pasir.

Dalam pergelutan perasaan marah dan benci itu, saya angkat kepala lalu renung ke pondok pisang sesikat.  Saya lihat datuk tegak di situ merenung tajam kearah saya.  Hati saya terus berdebar menanti perintah dan arahan darinya.

                                       SEPARUH

Cuaca mula  samar-samar, matahari cuma kelihatan separuh di kaki langit, di kelilingi awan berwarna jingga.  Beburung sudah pun berhenti terbang.  Angin tidak lagi bertiup, pepokok kelihatan kaku, seolah-olah menghormati kepulangan matahari ke peraduannya, setelah menaburkan bakti kepada makhluk Allah di permukaan bumi ini.

Dalam cuaca yang samar-samar itu datuk berlari-lari anak kearah saya.  Sebaik saja sampai dekat saya, datuk tanpa berkata apa-apa terus mencampakkan baldi yang berisikan pokok  dan daun seribu kapit anak kepada saya.

Nasib baik saya tangkas menyambut.  Kalau tidak, sudah pasti baldi tanah jatuh terhempas ke pasir dan besar kemungkinan akan pecah.

Saya amat terkejut dengan tindakan datuk itu.  Dalam keadaan tergamam itu, saya kira datuk akan mengeluarkan arahan tertentu kepada saya.  Ternyata apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan.  Datuk terus berlalu dari sisi saya menuju ke sungai.

Kerana tidak mendapat apa-apa arahan baldi tanah itu terus saya peluk dengan erat.  Saya terdengar bunyi gemercik air sungai.  Rupanya, datuk mandi dan saya bertambah resah, terlalu banyak perkara ganjil yang datuk lakukan.  Semuanya membuat saya jadi pening dan menimbulkan seribu persoalan dalam kepala.

“Sekarang kamu terjun ke dalam sungai,” datuk tiba-tiba berdiri dekat saya sambil mengeluarkan arahan.  Saya tidak sedar waktu bila dia mendekati saya.

“Dengan pakaian begini tuk?”

“Tidak, gunakan kain basahan ini.”

Datuk pun memberikan pada saya kain basahan berwarna hitam yang setiap bucunya ditampal dengan secebis kain warna merah.  Jarang-jarang datuk menggunakan kain basahan itu.

Belum pernah dia membenarkan kain basahan milik peribadinya itu digunakan oleh orang lain.  Lagi sekali saya menjadi terkejut dan takjub dengan sikapnya itu.  Kenapa datuk membernarkan saya memakai kain basahannya?

“Pergi cepat,” berdik datuk.

Saya yang masih terpaku di sisinya segera mengorak langkah bersama rasa cemas dan takut.  Maklumlah, terpaksa mandi seorang diri di sungai yang ada buaya dalam suasana senja yang kian memberat.

Sampai saja di tebing sungai, kain basahan segera saya ikat ke pinggang.  Kemudian saya terjun dalam sungai.  Dua kali selam, saya terus berhenti mandi.  Kerana memikirkan tidak lama lagi waktu Maghrib akan tiba, saya segera mengambil air sembahyang.  Bila saya datang semula ke tempat datuk dan Khoja Lisut, saya dapati mereka sudah tiada di situ.

Dalam suasana samar senja itu, saya masih dapat melihat kesan orang merangkak di pasir.  Saya yakin, datuk sudah mengeret Khoja Kisut dan saya bayangkan bagaimana Khoja Lisut merintih ketika diheret.

Setelah menoleh dua tiga kali kawasan sekitar, saya teruskan perjalanan ke pondok.  Sampai di pondok saya lihat pelita minyak tanah sudah terpasang.  Khoja Lisut terbaring di sudut pondok memeluk baldi tanah dengan erat sekali.  Datuk duduk bersila di tengah pondok menghadapi sejadah.

“Masuk, tunggu apa lagi.”  Saya melangkah dua tapak dan berhenti kerana saya terdengar sesuatu dari sebelah kanan saya.

“Masuklah, Maghrib dah tiba.”

“Qamat, Tamar.

Perintah datuk segera saya patuhi.  Dan sembahyang saya tidak begitu khusyuk, sering terganggu oleh keluhan dan tangisan Khoja Lisut.

Selesai saja sembahyang dan wirid, datuk menyuruh saya menghidupkan api di halaman pondok.  Saya tidak pula bertanya, kenapa datuk menyuruh saya berbuat demikian.  Saya menduga, api itu dihidupkan untuk menghalau nyamuk.

“Tentukan api itu sentiasa menyala, biar senang kita berjalan,” tutur datuk sambil bangun mendekati Khoja Lisut di sudut pondok.  Dengan berbekalkan semangat, saya terpaksa mencari kayu.

Nasib saya agak beruntung, saya tidak perlu bergerak jauh dari pondok.  Datuk sudah menyediakan setimbun kayu api di belakang pondok.  Kewajipan saya ialah membawa kayu sebesar paha yang sudah kering ke halaman pondok.  Kerja ini tidaklah sukar sangat.

“Sudah, pergi ke sungai mandi dan ambil air sembahyang, waktu Isyak dah sampai,” entah mengapa saya jadi gementar mendengar perintah datuk.

“Pergi sekarang,” sambungnya lagi.

Saya tidak ada pilihan selain dari mematuhi perintahnya itu.

“Kita sudah sembahyang Isyak, kamu boleh menolong aku,” itu yang datuk ucapkan kepada saya, sebaik saja dia menamatkan wirid Isyak yang panjang.  Saya hanya tersenyum, tanda bersedia menerima perintah.

“Kamu dah baca ayatuklursi empat puluh kali, macam yang aku suruh, Tamar?”

“Sudah tuk.”

“Sekarang…” datuk berhenti bercakap, dia bangunlalu mendekati Khoja Lisut, kulit tubuh Khoja Lisut ters dijamahnya dangan tenang.

“Sekarang kamu pergi rebus batang dan daun seribu kapit anak, rebus dampai airnya mendidih,” datuk menyambung kata-kata yang terputus.

“Baik tuk.”

Saya segera ke halaman rumah, mencari kayu yang keras untuk saya jadikan tungku dan api pun saya hidupkan.  Dengan hati-hati saya letakkan baldi tanah atas tungku.  Sementara menanti air rebusan mendidih, saya segera masuk ke pondok lalu duduk di sisi datuk yang sedang mengurut tubuh Khoja Lisut.

                                               KATAK

Dingin malam mula terasa cara kebetulan pula angin mula bertiup agak lemah.  Kayu di halaman pondok terus dimamah api, suara katak dan cengkerik terus berbunyi di samping suara ungas malam yang sering bertingkah antara satu sama lain.  Saya perhatikan jari jemari datuk berlari lembut di permukaan kulit Khoja Lisut.

Bila jari jemari itu bherhenti di sendi-sendi tubuh untuk menyentuh urat, saya lihat Khoja Lisut menggeliat menahan kesakitan sambil merintih.  Datuk tidak ambil kisah dengan semunya itu.  Mangkin kuat Khoja Lisut mengeran sakit, mangkin kerap jari jemari datuk mencari urat-urat tersimpul dalam tubuhnya.  Pertama kali, saya lihat sekujur tubuh Khoja Lisut bermandikan peluh.

“Bangun.”

Datuk renung biji mata Khoja Lisut dan bagaikan orang kena pukau,  Khoja Lisut menurut kata datuk.  Dia bangun dalam kepayahan yang amat sanga.  Tiga kali Khoja Lisut mencuba dan tiga kali pula dia berdepan dengan kegagalan.  Datuk terus memakan kerana sering bangun dan sering pula jatuh dan bangun.

“Tamar, kamu pergi angkat air tadi dari atas api,” mata datuk cukup tajam menikam sajah saya.  Tanpa berlengah-lengah saya terus keluar dari pondok.  Baldi tanah saya angkat  , lalu diletakkan atas pasir.  Tidak sampai lima minit kemudain datuk keluar dari pondok dengan Khoja Lisut atas bahunya.

Dengan perlahan-lahan datuk meletakkan Khoja Lisut atas pasir.  Datuk terus ke belakang pondok mengambil kayu dan dicampakkan ke dalam api yang sedang marak.

Bebunga api terus naik ke udara.  Datuk mahu seluruh halaman pokok terang dan cerah dengan cahaya api dari longgokan kayu yang terbakar itu. Bila datuk sudah puas hati dengan cahaya api yang didapati di situ, dia pun berhenti membawa kayu dari belakang pondok ke tempat api yang sedang menjulang tinggi tiu.

Datuk pun mengenakan baju hitam dan seluar hitam, kain bengkung dari kain berwarna kuning.  Seperti biasa, kepalanya diikat dengan secebis kain merah.  Perlahan-lahan dia mendirikan Khoja Lisut sambil menyuruh saya menjirus air rebusan daun seribu kapit anak  kearah kedua belah tempurung lutut Khoja Lisut.

Saya melakukannya lebih kurang hamper sepuluh minit, saya menggunakan tempurung dan jumlah air yang dijirus untuk kedua tempurung lutut itu ialah berjumloah sepuluh tempurung semunya.

Selesai saja saya melakukannya, saya merasa takjub.  Khoja Lisut boleh berdiri tegak.  Kecacatan lain di bahagian tubuh badannya, saya lihat beransur hilang.

“Kamu melangkah perlahan, setiap kali melangkah kamu baca bismillah dan selawatkan nabi,” kata datuk kepada Khoja Lisut, cepat-cepat Khoja Lisut angkat kaki kanan untuk melangkah, tiba-tiba datuk menjerit.

“Nanti dulu, aku belum suruh buat.”

“Maafkan saya,” suara Khoja Lisut lemah.

Datuk keliling Khoja Lisut tiga kali, iaitu dari kanan ke kiri.  Kemudian datuk duduk bersila atas pasir di sebelah kanan Khoja Lisut.

Badan saya mula terasa seram sejuk.  Angin malam kian keras bertiup.  Suara cengkerik cukup hebat berbunyi.  Lolongan anjing liar jelas kedengaran dibawa angin malam.  Semuanya itu membuat saya resah gelisah.

“Tamar.” Saya tumpukan sepasang mata kearah datuk.  Bersedia mendengar apa juga perkara yang akan diutarakan kepada saya.

“Bila saja Khoja melangkah, kau pukul kakinya dengan batang seribu kapit anak, kau pukul sekuat hati kamu,” datuk keluarkan arahan.  Kemudian datuk memandang kearah Khoja Lisut.

“Mula kamu berjalan, kemudian lari dan elakkan kaki kamu dari kena pukul oleh si Tamar, kamu faham tak,” cukup keras suara datuk.

“Faham,” jawab Khoja Lisut.

“Kamu pula macam mana Tamar?”

“Saya juga faham tuk.”

“Bagus.”

Dia atas pasir datuk terus memeluk tubuh.  Sepasang matanya dirapatkan, nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan.

Deru angin terasa amat menggerunkan.  Begitujuga dengan suara burung hantu, lolongan anjing dan cengkerik. 

“Bersedia.”

Datuk tepuk tangan dan terus melompat.  Akhirnya dia berdiri tegak macam patung sambil memeluk tubuhnya.

“Mulakan Khoja.”  Khoja Lisut pun mula melangkah.

“Tugas kamu, Tamar.”

Saya pun terus memukul sepasang kaki Khoja Lisut dengan batang seribu kapit anak. Saya pukul dengan sekuat hati, mungkin kerana pukulan yang tepat itu membuat Khoja Lisut mengalami rasa sakit.  Dia berusaha mengelakkan dirinya dari jadi sasaran pukulan saya.

Dan saya pula berusaha untuk memukul dengan tepat seperti apa yang datuk arahkan.  Antara kami sudah menjadi seperti musuh pada saat itu, saya mengejar untuk menyakitkan Khoja Lisut dan Khoja Lisut pula lari kerana tidak mahu jadi sasaran pukulan dari saya. Dalam usaha mengelakkan dirinya dari jadi korban.  Khoja lisut lupa tentang dirinya yang lumpuh.  Dia seperti mengalami kekuatan luar biasa, berlari dengan kencang.

Bila saya cuba berhenti, datuk segera menjerit sambil membawa kayu panjang untuk memukul saya.  Begitu juga dengan Khoja Lisut, kalau berhenti, datuk akan melemparkan punting yang terbakar kearahnya.  Jadi, kami terpaksa berlari.

Saya mengalami kepenatan yang amat sangat, tidak terdaya mahu melangkah.  Seluruh sendi saya terasa lemah dan saya jatuh atas pasir.  Sayup-sayup terdengar suara datuk memaki hamun saya, setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku.

                                          CERAH

Bila saya membuka mata, saya lihat hari sudah cerah.  Datuk duduk bersimpuh di depan, Khoja Lisut berjalan dengan senang hati di halaman pondok.

“Kamu pengsan.”  Itu yang datuk tuturkan kepad saya.

“Khoja macam mana?”

“Sakit lumpuhnya sudah baik, dia sudah boleh berjalan seperti sediakala, begitu juga dengan sakit-sakitnya yang lain,” terang datuk dengan nada suara yang lembut.

Bagi memulihkan kekuatan yang hilang, datuk suruh saya minum air dari dedaun yang dibuatnya.  Rasanya cukup pahit dan bagaikan tidak tertelan dan mahu muntah dibuatnya.  Kerana terpaksa dan dipaksa, saya terpaksa juga minum.  Setengah jam, sesudah minum air dari dedaun itu, badan saya terasa segar dan berpeluh.

“Kamu tak usah bimbang, Tamar, kamu tetap siaht,” datuk memberi jaminan.  Dan saya amat senang sekali mendengar kata-kata itu.

“Khoja ke mari,” laung datuk.  Tergesa-gesa Khoja Lisut berjalan kearah datuk.

“Jangan berjalan, kamu mesti berlari,” jerit datuk.

Khoja terpaksa berlari.  Bila sampai di pondok, saya lihat Khoja Lisut tercungap-cungap.  Kepenatan terbayang di wajah.  Tetapi, kecacatan yang terdapat di tubuh badannya dulu, semuanya sudah hilang.


Kini, saya dapat melihat wajah Khoja Lisut yang sebenar.  Ternyata dia seorang lelaki yang tampan dan gagah.  Melihat dari bentuk tubuh dan wajahnya, memanglah layak dia memegang gelaran sebagai seorang guru silat.  Ciri-ciri seorang pendekar memang ada pada dirinya.  Tetapi, kerana kurang sabar ilmunya tercabar, fikir saya sendirian.

“Khoja, janji aku dengan kamu sudah selesai,” tutur datuk sambil menatap wajah Khoja Lisut yang terpaku di depannya.  Saya lihat Khoja Lisut tunduk penuh terharu.

“Saya tahu…” Khoja Lisut tidak meneruskan kata-katanya, saya lihat dia menangis tersdu.

“Jangan menangis,” datuk menjatuhkan telapak tangan kanannya atas bahu kiri Khoja Lisut, “cakaplajh apa yang mahu kamu cakapkan Khoja,” sambung datuk lagi, tetapi Khoja Lisut tidak dapat menahan kesedihan.  Bagi menenangkan keadaan, datuk mengajak saya beredar ke luar pondok.

Melihatnya dari tingginya matahari masa itu, saya dapat menduga waktu itu lebih kurang pukul lapan pagi.  Andaian saya itu dikuatkan lagi dengan kehadiran burung murai dan merbah batu yang kerap menyanyi bila jam lapan pagi.

“Biarkan dia menangis,” bisik datuk kepad saya.

“Kesian dia tuk.”

“Aku harap apa yang berlaku akan menginsafkan dirinya,” tingkah datuk lagi.  Saya anggukkan kepala.

Lebih dari setengah jam saya dan datuk bnerada di luar pondok, barulah Khoja Lisut dating.  Kali ini saya lihat wajahnya cukup riang, tidak ternampak kesan kesedihan, kehampaan dan kekecewaan di wajahnya.

Dia berdiri di depan datuk, tanpa diduga dia terus memeluk tubuh datuk dengan erat sekali.

“Dengan apa mahu saya balas budi, tuan.”

Saya terpempan, mendengar perkataan ‘tuan’ yang ditujukan oleh Khoja kepada datuk.  Dan saya kira tentu datuk kurang senang bila dirinya dipanggil begitu.

“Mengapa bertuan dengan saya, bukankah elok panggil saya abang saja, sesuai dengan umur aku yang lebih tua dari kamu,” dengan senyum datuk bersuara.

“Dengan apa mahu saya balas budi baik, abang.”

“Tak payah balas, apa yang aku lakukan selama ini adalajh usaha atau ikhtiar aku.  Dan ikhtiar itu diperkenankan oleh Allah, pada Allah kau harus bersyukur dan berterima kasih, bukannya pada aku.”

“Haaa….,” mulut Khoja ternyanga mendengar kata-kata datuk itu.

“Tak usah banyak cerita lagi, ikut aku ke rumah.  Di sana kita boleh cerita panjang,” datuk menarik tangan Khoja Lisut mengajak pulang.  Bila saya memulakan langkah mahu mengikut merek, saya segera dihalang.

“Kerja kamu belum selesai, Tamar.”

“Apa dia kerja saya tuk?”

“Timbus lubang dan padamkan api dengan air.”

“Saya buat seorang saja tuk.”

“Ya.”

Dengan tarikan nafas panjang, saya melihat datuk dan Khoja menlangkah dengan tenang meninggalkan saya.  Rasanya, mahu saja saya menjerit memprotes sikap datuk itu.  Ah! Siapa yang mahu menolong dan siapa pula yang dapat mendengar jeritan saya, timbul persoalan dalam diri sendiri.

Saya segera ambil cangkul dan memulakan tugas menimbus lubang.  Berpeluh saya seorang diri.  Saya mengambil masa hamper satu jam untuk menimbus lubang.  Kemudian saya beralih untuk memadamkan bara api yang masih merah.  Termenung saya memikirkan bagaimana untuk membawa air dari sungai ke tempat bara.

“Tamar.” Khoja Lisut tercegat di depan saya.

“Datuk izinkan aku membantu kamu, Tamar.”

“Ini dah cukup baik, nampaknya kita kena bawa air dari sungai,” kata saya.

“Tak payah, kita padamkan dengan pasir,” Khoja Lisut pun mula mencangkul pasir dan ditimbus ke bara api.  Saya segera membantunya.  Dan kerja itu selesai tidak sampai dua jam.

“Aku terpaksa tinggalkan rumah datuk selepas waktu Asar,” Khoja Lisut buka rahsia ketika kami sama-sama berjalan pulang ke rumah datuk.

“Sebelum aku pergi, aku terpaksa sembahyang Asar di surau, datuk kamu nak adakan kenduri kesyukuran kerana sakit aku sembuh,” tambah lagi.

“Ikut saja apa katanya,” sanggah saya.  Dan kami terus melangkah.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box