SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM

Rupa-rupanya dengan anggukkan kepala yang saya lakukan itu ternyata tidak memuaskan hati datuk, lalu dia bertanya bertanya:

 

 "Kamu faham dengan apa yang tuan haji katakan tu, Tamar?"

 

 "Saya faham tuk," suara saya meninggi sambil menjeling ke arah Haji Yatimi. 

 

Dia tersenyum panjang. Mungkin dia berasa lucu dengan telatah saya itu.

 

 "Kalau begitu, biar aku beredar sekarang," kata Haji Yatimi dengan wajah yang tenang. Datuk agak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Haji Yatimi itu.

 

 "Sekarang?" Datuk minta kepastian.

 

 "Iya, sebelum matahari terbit aku mesti meninggalkan tempat ini, kalau lambat macam-macam boleh terjadi," jelas Haji Yatimi. Datuk tunduk membisu, tidak ada sebarang pertanyaan yang keluar dari mulutnya.

 

 Saya renung ke dada langit, saya lihat ada kerdipan bintang yang kurang jelas di sebalik awan. Langit tetap biru. Deru ombak terus menyanyi bebuih terapung dan terkandas di gigi pantai. Dalam kedinginan itu saya menarik nafas lalu mengubah pandangan , merenung dada laut yang berkabus.

 

 

 "Masa datang ke sini tadi, ada kamu nampak apa-apa?" Haji Yatimi tatap seluruh wajah datuk dengan sinar mata yang lembut. Datuk telan air liur, dia merenung ke gigi pantai macam ada sesuatu yang difikirkannya.

  

"Ada apa-apa yang kamu nampak?" Ulang Haji Yatimi lagi.

  

"Macam biasalah, Haji."

 

 "Apa yang kamu buat dengan semuanya tu?"



 " Saya buat macam biasa, saya buat tak kisah," jawab datuk dengan senyum.

 

Dialog antara Haji Yatimi dengan datuk membuat hati saya menjadi resah. Macam ada sesuatu yang tidak kena saya rasakan , macam ada rahsia yang mahu mereka sembunyikan dari pengetahuan saya. Dan saya kira perbuatan mereka yang tidak mahu bercakap dengan jujur dan ikhlas itu, adalah perbuatan yang tidak baik. Saya harus memprotes sikap itu, saya harus memaksa mereka dengan cara yang sopan untuk menerangkan keadaan yang sebenar pada saya. Kalau saya tidak berterus-terang, perasaan saya akan tertekan dan saya akan sentiasa curiga dengan Haji Yatimi dan datuk. Saya harus bertindak demikian dalam masa yang pendek saya membuat keputusan yang amat berani dan mengejutkan.

 

 "Oh, kalau begitu, tuk sudah tahu. Patutlah tuk tak cemas bila saya cakap tentang lembaga putih tadi," saya keluarkan apa yang ada di dalam hati saya. Datuk dan Haji Yatimi berpandangan.

 

"Kamu tak usah tahu tentang hal tu," nada datuk seperti memujuk. Haji Yatimi menggigit bibir, matanya tetap merenung ke arah laut lepas.

  

"Datuk mahu sembunyi rahsia dengan saya?"

  

 Tidak ada jawapan yang saya terima dari datuk.

 

 "Ada pantang-larangnya yang membuat tuk mesti berahsia dengan saya. Tuk mesti terangkan, kalau tidak saya tak puas hati," saya mengugut secara terhormat.

  

Saya lihat datuk berada dalam keadaan serba salah. Dua tiga kali Haji Yatimi meraba-raba pangkal lehernya. Dia tepuk bahu datuk, seolah-olah suruh bertenang.

  

"Biar aku jawab boleh tak ,Tamar?" tanya Haji Yatimi.

 

 "Saya tak kira siapa yang nak jawab,"

   

"Baiklah Tamar, sebenarnya kami sendiri tak tahu dari mana lembaga tu datang. Setiap kali aku dengan datuk kamu ke sini, lembaga tu tetap datang, naik pening kami memikirkannya. Akhirnya kami buat tak kisah," Haji Yatimi cuba membunuh keraguan yang bergayut di jantung hati saya.

 

 "Walau macam mana pun, lembaga putih tu tak pernah mengganggu kami," sahut datuk.

  

"Kami pun tak pernah mengusiknya, dia dan kita sama-sama menumpang di bumi Allah. Dia dengan jalannya dan kita dengan cara kita, pokoknya dia juga hamba Allah macam kita, masih ada batas, ada sempadan  untuk dipelihara," Haji Yatimi memberi ceramah pendek yang tidak membosankan.

  

Datuk hanya melihat tanpa berkata apa-apa, bila melihat Haji Yatimi menukarkan serban hijau dengan serban putih. Haji Yatimi berdiri tegak sambil memeluk tubuh, mukanya dihadapkan ke dada laut. Sepasang anak matanya merenung tajam ke arah ombak yang bergulung menuju pantai. Renungan Haji Yatimi bagaikan sampai ke dasar laut.


"Dengan izin Allah tidak ada bahaya menanti," perlahan-lahan Haji Yatimi alihkan pandangan ke wajah datuk. 

 

Saya lihat datuk mengangguk. Haji Yatimi menadah kedua belah telapak tangannya ke langit. Dia berdoa memohon restu dari Allah. Saya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pergerakan Haji Yatimi, saya lebih senang melihat cahaya merah di kaki langit.


 

OMBAK


Cahaya merah bagaikan memukul permukaan ombak yang bergerak selari menuju pantai sambil membiaskan warna keemasan berkilau-kilauan di dada laut, keindahannya tidak dapat digambarkan.

  

Kalau saya seorang penyair mungkin keindahan itu dapat saya terapkan dalam bait-bait sajak. Tetapi, apakan daya, saya saya bukan seorang seniman. Daya kreatif dan khayalan saya tidak sekuat mana.

 

"Bismillah..."

  

Bagaikan kilat saya melihat ke arah Haji Yatimi . Dia membuka langkah sulung menuju ke perahu. Dengan tenang dia meranduk air laut hingga hujung jubahnya diresapi air.

  

"Doakan perjalanan saya selamat."

 

 Haji Yatimi terus duduk di tengah perahu. Datuk hulurkan batang nipah kepadanya.

 

 "Terima kasih."



Dengan tenang Haji Yatimi menyambutnya. Dua tiga kali dia menguji dayung ke air.

  

"Rasanya kali ini dayung tak berguna untuk sepanjang perjalanan, saya nak gunakan sekejap saja," tutur Haji Yatimi sambil meletakkan kembali dayung atas perahu.

 

 Mendengar cakap Haji Yatimi itu, datuk terus anggukkan kepala. Tetapi, saya menarik nafas panjang kerana kata-kata yang dihamburkan oleh Haji Yatimi tidak logik.



Menurut Haji Yatimi dia akan menggunakan dayung tersebut untuk tempoh yang sekejap saja, selepas itu dia menggunakan apa untuk menggerakkan perahunya? Ingin saya tanyakan hal itu kepadanya tetapi, hati terasa berat, mulut bagaikan terasa bisu.

  

 

"Saya nak gunakan dayung ni, bila dah dekat dengan pantai Sumatera. Masa di tengah laut dayung ni memang tidak ada manfaatnya," Haji Yatimi merenung dayung batang nipah, kemudian merenung ke arah datuk.

 

 "Jadi, tuan haji gunakan apa?" Tanya datuk.

 

 "Saya gunakan ini," Haji Yatimi mengembangkan telapak tangannya ke arah datuk. Dada saya berdebar dan cemas, barangkali rakan karib datuk ini mahu bergurau, fikir saya.

  

Kalau menggunakan telapak tangan sebagai dayung, alamat kawan karib datuk mati kering di tengah Selat Melaka. Dalam diam-diam hati kecil saya membuat andaian, lalu saya bayangkan sebuah perahu membawa mayat manusia terumbang-ambing di tengah laut. Lama-kelamaan mayat itu terus kering dan reput dalam perahu.

 

 "Kalau janji aku aku dengan Allah belum tiba waktunya, aku tak akan mati di tengah laut."

 

Saya terkejut dengan kata-kata yang Haji Yatimi ungkapkan itu. Dia bagaikan mengetahui apa yang bergolak di dalam dada saya. Lebih mendebarkan hati saya bila sepasang matanya di arahkan ke wajah saya.

 

"Minta tolong tolakkan perahu aku ke tengah sikit, hai orang muda," dengan senyum Haji Yatimi meminta bantuan saya. Dan saya tidak keberatan melakukannya. Dengan segala daya saya dorong perahu. Tetapi, perahu tidak juga berganjak walaupun seinci. Tiga kali saya dorong, tiga kali saya mengalami kegagalan.

 

Hati saya jadi sakit, bila saya lihat Haji Yatimi mengetawakan saya dan datuk tersenyum panjang. Haji Yatimi terus berdiri.

 

 "Kamu tidak mulakan pekerjaan dengan bismillah, kamu tidak meminta pertolongan dari-NYA," tutur Haji Yatimi sambil membetulkan hujung serbannya yang terdampar atas sayap bahunya. Datuk terus anggukkan kepala.

 

 "Mari kita sama-sama menolaknya," kata datuk.



Kepalang gembira hati saya mendengar pengakuan datuk itu. Serentak saya dan datuk membaca Bismillah....dan terus menolak perahu. 

 

Hasilnya perahu bergerak ke kawasan air yang dalam. Haji Yatimi tetap berdiri di tengah perahu sambil mengimbangi badannya agar tidak jatuh. Dia angkat tangan kanan separas bahu dihalakan ke haluan perahu.

 

 Bila tangan kanannya itu digerakkan ke kanan, haluan perahu pun bergerak perlahan-lahan ke kanan lalu menghala ke tengah laut(ke Sumatera) angin yang bertiup menggerakkan serban dan jubahnya, sekali pandangan macam kain kapal layar.

 

"Doakan perjalananku selamat."

  

"Allah bersama Haji Yatimi, perjalanan haji semoga selamat. Sampaikan salam saya kepada sahabat dan keluarga haji di Solok," kata datuk.

 

 "Insya-Allah, selamat tinggal," suara Haji Yatimi lantang. Saya lihat Haji Yatimi duduk di tengah perahu. Kedua belah telapak tangannya dijadikan dayung menguak ombak.


BUNYI


Pada saat itu juga saya terdengar bunyi desiran angin dari arah daratan menghala ke laut. Haji Yatimi menguak air laut dengan kedua belah telapak tangannya ,tiba-tiba saya lihat perahu meluncur dengan lajunya ke tengah laut lepas dan Haji Yatimi tidak lagi menguak air laut.

 

 Dalam sekelip mata saja, Haji Yatimi dan perahu lesap dari penglihatan. Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya hadapi, dua tiga kali, kelopak mata saya gosok.

  

"Jangan terkejut dengan semuanya ni, semuanya terjadi dengan izin Allah, permintaannya diperkenankan Allah," datuk terus menepuk bahu saya.

 

"Menakjubkan tuk."

  

"Itu perkara biasa, aku selalu melihatnya, itulah sebabnya aku ajak kamu ke sini, biar kamu lihat dengan mata kepala kamu, betapa hebatnya amalan yang dibuat oleh Haji Yatimi. Semuanya berpunca dari keikhlasan. Dia beramal dengna ikhlas dia mohon sesuatu pada Allah dengan ikhlas untuk kebaikan bukannya untuk kejahatan," lanjut datuk lagi. Dan saya tidak kuasa untuk memberi sebarang komen dengan apa yang datuk ucapkan.

 

 Datuk dan saya meninggalkan kawasan Teluk Senangin. Matahari mula menyebarkan sinarnya yang lembut kepada air lembut di hujung dedaun, sentuhan sinar matahari membangkitkan cahaya kemilau di hujung dedaun.

  

Beburung mula berterbangan sambil berkicau riang, bunyi suara ungka dan monyet kian perlahan. Langkah datuk kian rancak. Saya dongak ke langit melihat awan langit yang putih bersih.

  

"Tuk tak mandi embun?"

  

" Nanti sampai rumah, aku tukar pakaian lain,"

  

" Pakaian  yang tuk pakai ni tak boleh mandi embun,"

 

 "Ah, kamu ni banyak cakaplah Tamar."

  

Saya menelan air liur. Dan saya berazam tidak mahu bertanya apa-apa dengan datuk sehingga sampai ke rumah. Bagi menghilangkan rasa bosan, saya memperlahankan langkah hingga jarak saya dengan datuk berada jauh. Saya bersiul-siul kecil membawakan lagu yang cukup 'top' pada saat itu, lagu HITAM MANIS dendangan biduan R. Azmi.

  

Sayup-sayup saya terdengar bunyi suara orang bercakap dalam jumlah antara tiga hingga lima orang. Datuk angkat tangan kanan memberi isyarat kepada saya supaya berhati-hati. Dari arah yang bertentangan muncul beberapa orang kampung yang dikepalai oleh Mat Upeh.

 

"Mahu ke mana kamu semua?" Tanya datuk.

 

 "Kami nak ke Teluk Senangin," jawab Mat Upeh.

 

 "Nak buat apa?"

 

 "Nak menghantar Haji Yatimi ke Sumatera, kami bawa pisang, keladi dan beras huma untuk dibawa ke sana," jawab Shamsuddin Silong, keturunan dari Kampar, Sumatera yang sudah lama bermastautin di kampung saya. Datuk senyum dan ketawa panjang.

 

 Perbuatan datuk itu, tentu saja mengejutkan kawan-kawan Mat Upeh.

 

 "Kenapa ketawakan kami," tanya mereka serentak.

 

 "Haji Yatimi bukan datang dengan tongkang, kalau dia datang dengan tongkang barangkali semua barang-barang yang hendak kamu berikan kepadanya boleh dibawa."

 

 "Habis datang dengan siapa?" Tanya mereka lagi.

 

 "Dia datang dengan perahu kolek,"

 

 Mendengar kata-kata datuk itu, kawan-kawan Mat Upeh berpandangan sama sendiri. Rasa kecewa terbayang di wajah mereka.

 

 "Dia tahu kamu semua ni, nak bagi barang-barang kepadanya," risik datuk lagi.

 

 "Tidak, kalau kami berterus-terang nak bgi kepadanya, tentu dia menolak, bila kami dapat tahu dia nak bertolak ke Sumatera dari Teluk Senangin, kami pun buat rancangan mengejut ni," terang Shamsuddin. 

 

 "Sudahlah, lupakan semuanya. Bawalah barang-barang ni balik," tutur datuk lalu meneruskan perjalanan.

 

 Mat Upeh dan kawan-kawannya berpisah dengan saya dan datuk. Masing-masing dengan haluan sendiri. Dan matahari kian meninggi, badan mula terasa panas dan berpeluh.

 

 Sebaik saja kami sampai di rumah nenek sudah menanti dengan sarapan pagi. Tetapi datuk tidak menjamah makanan dan minum iar kopi. Dia melakukan senaman dan mandi air embun . Bila semuanya itu selesai barulah dia bersarapan pagi.



AMANAH


Sudah sebulan lebih Haji Yatimi pulang ke Solok. Tidak ada khabar berita yang datuk peroleh darinya. Hubungan kami dengannya bagaikan terputus.

 Tetapi, apa yang saya lihat dan alami tetap menjadi rahsia diri. Tidak saya ceritakan kepada sesiapa pun. Demi menjaga amanah datuk.

 

 Masa terus berlalu, ingatan saya terhadap Haji Yatimi kian tumpul. Begitu juga apa yang diperlihatkan oleh Haji Yatimi di Pantai Teluk Senangin, makin kurang bermain di kotak fikiran saya. Adakalanya lupa terus. Mungkin semuanya ini, berpunca dari datuk yang selalu mengingatkan saya supaya jangan taksub(fanatik) terhadap Haji Yatimi.

 

 Kata datuk, bila kita terlalu taksub pada seseorang, mungkin membawa kecelakaan pada diri sendiri. Boleh menumpulkan mata hati dan fikiran, kerana kita terlalu memuja tokoh yang dikagumi. Apa yang dibuatnya semua baik belaka.Sesungguhnya, Islam melarang perbuatan memuja seseorang.

 

 "Perbuatan begitu termasuk dalam syirik kecil. Aku harap kamu tidak terjumlah dalam golongan tersebut," kata-kata yang diungkapkan oleh datuk itu selalu bermain dalam tempurung kepala saya.

 

 Jika ada kawan-kawan yang mula memperlihatkan unsur-unsur fanatik terhadap seseorang pemimpin atau tokoh masyarakat, kata-kata datuk itu segera saya sampaikan kepada mereka.

 

 Tidak semua kawan-kawan menelan begitu saja dengan apa yang saya tuturkan itu.Mereka berdebat dan berbahas. Bagi mempertahankan kata-kata datuk itu, saya terpaksa berhujah dengan mereka.



Saya terpaksa membuat rujukan dengan membaca kitab, bertanya pada orang yang lebih pandai dalam selok-belok agama. Kalau perlu, saya terpaksa mencari hadis sahih serta mencari tafsiran al-Quran.

 

 Tanpa disedari, perbuatan saya bersama kawan-kawan yang suka berdebat dan berbahas untuk mencari kebenaran itu, menimbulkan minat yang sungguh tinggi dalam diri kami untuk mencari ilmu. Biasanya, perdebatan kami lakukan di dalam masjid atau surau.

 

 Kami mula jadi ulat buku terutama buku-buku agama dan falsafah Islam yang menyangkut bidang ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Kedai buku yang sering kami kunjungi ialah AL-ZAINIAH di bandar Taiping.

 

 Pada masa itu, buku pengetahuan tentang Islam yang ditulis dalam bahasa Malaysia agak berkurangan. Malah boleh dikatakan tidak ada langsung.

 

 Saya dan kawan-kawan terpaksa mencari buku terjemahan dalam bahasa Indonesia dan Inggeris. Selalunya, bahasa Indonesia yang lebih kami utamakan, secara kebetulan di kalangan kami hanya beberapa orang saja yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

 

 Mereka itu terdiri dari para pelajar yang bakal menjadi mahasiswa Universiti Malaya (yang pada masa itu bertempat di Singapura) sebahagian dari kawan-kawan saya itu kini, ada yang menjadi orang politik, tokoh agama malah ada yang masih belajar di luar negara.

 

 Hasil dari suka berdebat untuk mencari kebenaran dan rajin membaca buku pengetahuan, saya rasa minda saya makin luas dan matang.

 

 Tidak suka bercakap sebarangan dan mendengar sembang atau borak kosong. Saya semakin menjauhkan diri dari dari majalah yang bercorak hiburan. Saya lebih suka menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik membaca buku agama dan pengetahuan.

 

 Saya beruntung kali ini, nenek tidak begitu kisah sangat tentang diri saya. Nenek tidak peduli sama ada saya turun ke sungai melihat atau menahan lokah. Nenek tidak ambil tahu sama ada saya pergi ke kaki gunung atau bukit melihat jerat pelanduk. Nenek tidak menegur saya, kalau saya pergi ke kebun pisang pada sebelah petang saja.


"Kamu sekarang jadi raja, bebas dan merdeka. Bila datuk kamu balik, barulah kamu tahu untung nasib kamu," usik nenek di suatu petang, semasa dia melihat saya terbaring di katil sambil membaca buku.


SAMBUT


Usikan nenek itu saya sambut dengan senyum sinis yang panjang. Saya segera bangun dan terus letak buku atas tilam. Tanpa dipelawa nenek terus duduk di sisi. Dengan cara bersahaja dia menatap wajah saya.

 

 "Buku apa kau baca Tamar?"

 

 "Buku tentang kejayaan dan kejatuhan para khalifah Islam."

 

 "Tulisan orang putih?" Biji mata nenek terbeliak merenung tulisan rumi di bahagian kulit belakang buku. 

 

Saya menggigit bibir, sebuah penjelasan yang jitu harus dikhabarkan  kepada nenek yang buta huruf.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box