SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB

Saya kira bila nenek sudah mula duduk bersila begitu, pasti dia mahu mengajukan beberapa pertanyaan untuk datuk. Dan pertanyaan yang dikemukakan itu bergantung pada rasa hatinya, kalau hati sedang marah, pasti pertanyaan yang keluar menyakitkan hati. Kalau hati sudah sejuk, pertanyaan yang terhambur pasti menggembirakan hati datuk.


Masa terus berlalu, nenek masih membisu. Perbuatan itu menimbulkan keresahan dalam diri saya. Walaupun demikian, saya masih dapat mendengar deru angi di luar yang beransur perlahan. 


Tetapi suara salakan anjing terus mendayu-dayu. Burung tukang, tidak sekerap tadi berbunyi. Cuma yang rancak berbunyi ialah suara cengkerik.  


“Dari mana awak nak bertolak?” Nada pertanyaan nenek lembut . Wajah datuk nampak aman dan saya tersenyum.


“Dari Pulau Pinang?” Sambung nenek lagi. 


Datuk gelengkan kepala. 


“Dari Lumut?”


Datuk gelengkan kepala. 


“Dari Melaka?” 


Macam tadi juga datuk tetap gelengkan kepala. 


“Habis dari mana awak nak bertolak?” Suara nenek meninggi, dia mula naik darah.


“Dari Teluk Senangin,” jawap datuk.

“Haa..,” nenek terkejut, mulutnya terlopong, “awak buat kerja gila, awak naik perahu menyeberang ke Sumatera. Awak nak tempah maut di Selat Melaka,” sambung nenek lagi matanya tidak berganjak menatap batang hidung datuk.


“Begini,” ujar datuk dalam usahanya meredakan rasa bimbang di hati nenek, “ aku hanya naik perahu ke tengah laut saja, dari situ aku naik tongkang yang bawa barang-barang dari Lumut ke belawan, dari situ menyusur pantai menuju ke Jambi, kemudian masuk Kuala Sungai Batang Hari,” jelas datuk kepada nenek yang nampak resah semacam saja.


Dari gerak-geri dan air mukanya, saya dapat menduga bahawa nenek kurang puas hati dengan penjelasan datuk. Macam ada sesuatu yang ingin diketahuinya, tetapi nenek takut mengajukan pertanyaan kepada datuk.


“Hum, awak kurang puas hati?” Datuk merenung hidung nenek. Tidak ada jawapan yang datuk terima dari nenek. Sebagai suami yang sudah berpuluh tahun mendampingi isteri, datuk dapat membaca perasaan hati nenek melalui gerak-gerinya.


“Tak usah bimbang, aku dah aturkan perjalanan dengan sebaik mungkin,” saya lihat datuk bersuara penuh ketenangan. Memang datuk bersuara mahu menyingkirkan rasa sangsi yang bermain di hati nenek. Tidak ada sepatah kata yang nenek luahkan, dia terus membisu. Nampaknya nenek lebih senang mendengar dari meluahkan pendapat atau pertanyaan.


“Tongkang yang aku naik tu, tongkang pedagang Acheh. Aku kenal dengan nakhodanya. Sudah lama perkara ini aku aturkan lebih dari setahun,” tambah datuk. Nenek anggukkan kepala tanpa memberi sebarang komen.


“Sampan nak membawa ke tengah laut tu, milik anak saudara nakhoda itu, dia tahu di mana tongkang ayah saudaranya boleh berlabuh, semuanya sudah aku susun. Kamu tak usahlah bimbang,” datuk bersuara lagi.  Nenek menarik nafas lemah. Mata datuk ditatapnya.


“Kalau sudah begitu, eloklah. Saya bukan apa-apa, saya Cuma bimbangkan keselamatan diri awak,” nenek meluahkan perasaannya.


“Sayang juga awak kepada saya,” datuk bergurau. Nenek menghadiahkan senyum sinis kepada datuk. Saya lihat datuk terus tersengih panjang.


“Selain dari menengok kampung halaman, bertemu dengan sahabat handai, kemana lagi awak nak pergi ?” Barulah nenek memperlihatkan keriangan di wajahnya. Datuk membetulkan duduk dan silanya supaya kemas dan selesa.


“Aku nak ke Kampar, Indragiri, Langkat, Serdang, Acheh dan ………. Datuk berhenti bercakap dan terus kerutkan kening, macam ada sesuatuyang diingatinya. Apakah yang dingat dan difikirkan oleh datuk untuk diluahkan kepada saya dan nenek?


“Aku ada beberapa tempat lain lagi,” datuk menyambung kata yang terhenti, “ semua tempat dan daerah yang budaya adatnya serta percakapannya serupa dengan kita disini, ke situlah aku nak pergi.”


“Itulah sebabnya awak kata, awak nak pergi lama,” tingkah nenek bersahaja. Datuk tidak berkata apa-apa, dia hanya sekadar menggoyangkan kepala saja.



BUKA 


Nenek bangun dan melangkah ke jendela. Daun jendela dibuka, dia merenung malam yang hitam. Deru angin masih terdengar agak lemah. Nenek rapatkan daun jendela kembali. Dia memusing badannya lalu merenung kearah datuk.


“Pintu dapur yang terkopak bila nak betulkan?”


“Siang esok saja”


“Jadi sepanjang malam ni,  pintu tu terdedah. Nanti masuk pencuri susah kita, ada k ain sehelai dua habis kena kebas.” 


“Usah bimbanglah, tahu lah aku membuatnya,” jawapan datuk itu membuat nenek angkat kaki lalu menuju ke bilik tidor. Barangkali nenek yang sudah lanjut usia  sudah mengantuk dan kepenatan.


“Ikut aku Tamar.”


Datuk bangun lalumelangkah ke ruang dapur. Tanpa banyak soal saya ikut saja langkahnya hingga sampai ke depan pintu dapur yang terkopak. Datuk ambil daun pintu yang terpisah dengan jenang.


“Tuk nak penukul dan paku, nanti saya cari tuk” 


“Tak payah, kamu angkat papan pintu, seginya kamu rapatkan ke jenang.”


Saya patuh dengan perintahnya, sambil mengangkat papan pintu, saya mula berfikir, besar kemungkinan datuk menyuruh saya memegang papan pintu hingga terbit matahari itulah sebabnya, dia tidak mahu mencari paku dan penukul. Tidak habis-habis datuk mahu mendera saya. 


Bucu papan pintu saya lekatkan ke jenang. Hampir sepuluh minit saya memegangnya, datuk tidak pula menyuruh bergerak dari situ, dia sekadar merenung ke arah saya dengan renungan yang tajam sekali. 


“Tuk suruh saya buat macam ini sampai pagi.”


“Eh, aku ak cakap apa-apa, kenapa kamu pandai-pandai buat andaian yang bukan-bukan. Apa kamu tak boleh dengar cakap aku, herdik datuk.


“Maafkan saya,” kata saya terketar-ketar.


Memang tidak saya duga sama sekali bahawa pertanyaan itu boleh menimbulkan kemarahan pada diri datuk. Saya jadi serba salah, perbuatan yang saya lakukan sebentar tadi membuat datuk jadi perengus dan suka marah-marah.


Datk melangkah kearah saya dengan teratur. Kedua belah tangannya memeluk tubuh. Bila dia sudah hampir dengan saya, kedua belah tangannya diluruskan kebawah.


“Tentukan kedudukan pintu dengan betul .”


Saya segera melihat bucu pintu, samada selari dengan jenang pintu yang dibuat dari kayu cengal merah. 


“Dah betul kedudukannya, Tamar?” 


“Sudah tuk.” 


“Pegang kuat-kuat, Hitungsampai sepuluh, kemudian tahan nafas. Apa yang aku buat jangan kamu tegur. Kalau kamu ternampak apa yang ganjil jangan bersuara. Faham Tamar?”


“Faham tuk.” 


Selesai saja saya memberi kata putus, saya lihat datuk menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian dia mengepal penumbuk lalu bergerak perlahan dua tapak ke depan dan berhenti. Dia melepas nafas dengan lemah. Kemudian datuk tarik nafas lagi, bergerak setapak kedepan hingga jaraknya dengan papan pintu yang saya pegang, tidak sampai se kaki. 


Datuk merenung tajam ke arah papan pintu. Pada saat itu saya terdengar bunyi deru angin yang amat kuat macam ribut, papanpintu yang saya pegang bergerak-gerak dengan kuatnya macam ditolak sesuatu dari luar. Tubuh saya terasa seperti diangkat.


Dalam saat-saat seperti itu, saya berhasrat mahu memberitahu datuk tentang masalah yang saya hadapi. Tetapi, saya seperti kehilangan suara dan tenaga. Papan pintu yang saya pegang terasa amat berat macam batu besar yang mahu menghempap tubuh saya. 


“Pegang dan tahan pintu kuat-kuat,” pekik datuk dengan sekelip mata dia sudah terpacak di sisi saya. Tubuh saya ditolaknya dengan sekuat tenaga hingga saya tersungkur dilantai. Papan pintu yang saya pegang pun terlepas. 


Datuk pun mengganti tempat saya. Apa yang menakjubkan dan meghairankan saya, bila melihat datuk menahan papan pintu yang selebar lebih dari tiga kaki dengan jari kelingking kiri. 


Dengan jari kelingking tersebut dia menggerakkan  dan merapatkanpapan pintu ke jenang. Datu angkat tangan kanan yang sudah di genggam kejamnya lalu menumbuk bahagian tengah papan pintu. 


“Sudah selesai, aku buat semuanya ni  untuk  menyenangkan hati nenek kamu,” kata datuk dan saya lihat pintu dapur kembali dalam keadaan sediakala. Boleh dibuka dan dikunci. Saya merasa takjub bagaimana ensel di bucu pintu boleh melekat kejenang pintu tanpa paku dan skru. 


“Sudah selesai tuk,” saya minta kepastian. 


“Dah selesai pun.”


“Tak pakai paku dan penukul?” 


“Iya,  kamu tengok sendiri.” 


Saya segera memeriksa ensel pintu, ternyata ensel tersebut sudah dipasang dengan skru. Lagi sekali saya merasa takjub. 


“jangan tanya apa-apa,” tutur datuk bila melihat saya mahu mengajukan pertanyaan. Saya segera angguk kepala. Datuk memimpin tangan saya menuju ke ruang tengah.


“Pergi tidur, inagt lusa kita nak berjalan, itu pun kalau diizinkan Allah, kita ada masa dua hari untuk membuat persiapan. Kamu jangan kemana-mana, tolong nenek buat kerja untuk kita yang mahu ke tanah seberang,” tutur datuk sebelum dia masuk ke bilik tidurnya. Baru dua langkah datuk melangkah, dia berpatah balik ke arah saya. Perbuatannya itu memeranjatkan saya. Rasanya tak ada kesalahan yang saya lakukan.


“Ingat Tamar. ” 


“Ingat apa tuk ?” 


“Jangan beritahu sesiapa dengan apa yang kamu tengok tadi. Pada nenek kamu pun jangan kamu ceritakan.”


“Saya faham tuk.” 


“Begitu juga dengan hajat kita nak ke Jambi. Jangan kau hebahkan dengan orang lain.


“Saya faham tu.” 

Setelah melihat biji mata dan wajah saya dan yakin saya akan mematuhi pesanannya, barulah datuk masuk ke bilik. Sepuluh minit kemudian datuk keluar. Dia mengambil wuduk, tidak lama berselang terdengar suara datuk membaca al- Quran.


Dengan rasa letih dan mengantuk, saya rebahkan tubuh atas ranjang, sementara menanti mata terpejam, saya segera pasang angan-angan, saya gambarkan betapa sukarnya dan payahnya naik tongkang membelah ombak Selat Melaka. Dan akhirnya saya pun terlena.   



TINGGAL

 

Segala barang-barang yangmahu dibawa sudah disediakan oleh nenek di muka pintu. Saya duduk di kaki tangga melihat kelip-kelip yang terbang subuh. 


Dab datuk pun mengakhiri doa sembahyang subuhnya. Sebentar lagi, sebelum matahari terbit saya dan datuk harus meninggalkan rumah, tidak boleh berpatah balik walaupun ada barang yang tinggal. 


Bagi menjamin semuabarang-barang dibawa tidak tinggal, saya ditugaskan memeriksa dan melihatnya, 


Kata datuk, berpatah balik setelah memulakan peralanan akan membawa padah buruk, mungkin orang yang berjalan itu akan berhadapan dengan masalah besar dalam perjalanan. Petua yang diwarisi dari nenek moyang itu tetap mahu dipelihara dan dikekalkan oleh datuk. 


“Sudah cukup semuanya, Tamar?” Tanya datuk dari arah belakang. Saya segera menoleh arahnya, datuk memakai kemeja hitam lengan panjang. Seluar kuning panjang, bersongkok hitam serta betali pinggang lebar hitam, macam tali pinggang anggota polis sebelum merdeka.

“Semuanya sudah siap tuk.”


“Sudah kamu periksa, apa yang aku suruh sediakan?”


“Sudah tuk.” 


“Tak ada yang tinggal, Tamar?” 


“Tak ada tuk,” tutur saya dengan penuh yakin.


“kau bawa beg kecil, beg besar biar aku yang bawa,” kata datuk sambil menyelitkan lawi ayam ke celah tali pinggang besarnya.


Di bahagian dalam tali pinggang sengaja dibuat tempat kas untuk senjata kecil seperti lawi ayam, gerambit, keris kecil dan sebagainya. Hari itu, disamping lawi ayam, datuk juga menyelitkan keris kecil.


Dilihat sepintas lalu dari luar, keadaan tali pinggang itu kelihatan macam biasa saja. Dihujung tali pinggang terdapat tembaga kuning yang disatukan dengan kulit tali pinggang yang lebarnya sama dengan ukuran tali pinggang dan panjangnya kira-kira dua inci.


Datuk pernah menggunakan tembaga di hujung tali pinggang sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya diserang orang jahat. Datuk sendiri yang menceritakan perkara itu kepada saya. Kesimpulannya, tali pinggang itu, bukan sekadar tali pinggang tetapi ada tujuan yang lain biladi pakai.


“Eloklak kita mulakan perjalanan.” 


Datuk segera mengambil capal kulit lalu disarungkan ke kaki. Tanpa mengeluarkan arahan selanjutnya datuk melangkah ke pintu. Berdiri si situ dengan tangan kiri memegang jenang pintu dan tangan kanan terletak di pinggang.


Perbuatan datuk berdiri di muka pintu menghalang perjalanan saya. Kalau saya bersuara mungkin datuk marah atau menengking saya.


Saya mengambil keputusan tunggu dan lihat. Sekiranya datuk berubah tempat, barulah saya keluar dari rumah. Seluruh pancaindera, saya tumpukan ke tubuh datuk yang tercegat di ambang pintu.


Tiba-tiba saya lihat, sepasang tangan datuk memeluk tubuh dan sepasang matanya tidak berkedip melihat ke arah halaman rumah. Macam ada sesuatu dilihatnya di situ. Lebih kurang lima minit lamanya, datuk terpaku begitu.


Datuk menarik nafas dalam-dalam seraya menjatuhkan sepasang taangannya, lurus kebawah tetapi, jari telunjuk, jari manis dan jari hantu tangan kanan dibengkokkannya, sementara jari telunjuk dan ibu jari diluruskan. 


Datuk mengerakkan tubuhnya membelakangi ambang pintu untuk menatap wajah saya. Matanya nampak bercahaya.


“Sudah selesai Tamar.” 


“Sudah tuk.”


“Kalau begitu sekarang kita mulakan perjalanan.” 


Datuk mendekati saya lalumembongkok mengambil beg besar dekat tiang besar. Datuk galas beg besar ke bahu. 


Dengan serta merta saya bangun dan mencapai beg kecil yang isinya entah apa, terus saya sangkutkan ke bahu. Neneklah yang mengisikan barang-barang ke dalam beg kecil itu. 

Waktu saya mahu memulakan langkah, nenek segera mendekati saya. Nenek paut bahu kiri saya dari belakang. Datuk hanya melihat saja apa yang nenek lakukan terhadap saya.


“Jaga beg itu baik-baik, Tamar,” 


“Kenapa nek?”


“Dalam beg tu ada bekalan makanan untuk kamu dengan datuk, ada rendang ayam dan daging, Cuma elakkan diri kamu berdua dari makan di sebarang tempat, kuih-kuih kering juga ada aku bekalkan.” 


“Oh, begitu,” kata saya.


“Jangan makan merata-rata Tamar,” nenek mengingatkan saya untuk kedua kalinya. Saya segeran anggukkan kepala.


“Saya kira, apa yang nenek turutkan itu sampai juga ke telinga datuk. Tetapi, dia buat tak kisah saja dan berdiri tenang di ambang tangga. Kemudian datuk merenung wajah  nenek, penuh sayu, penuh penghargaan.


“Kami pergi, doakan kesejahteraan untuk kami,” kata datuk. Dengan lembut nenek anggukkan kepala sambil sepasang anak matanya menyorot langkah datuk memijak tangga menuju ke halaman rumah. Dan langkah kami untuk merantau pun bermula.



BERDIRI


Sebaik saja dekat pohon rambutan, saya menoleh ke arah rumah untuk melihat nenek. Apakah dia masih berdiri di pintu atau sudah beredar di situ. 


“Kalau sudah melangkah, pantang menoleh ke rumah,” datuk segera menegur perbuatan saya.


“Maafkan saya tuk.”


“Lain kali ingat, kalau sudah bulat tekad untuk berjalan, jangan niat apa-apa, jangan toleh kiri kanan, jangan renung depan belakang. Tumpukan hati pada perjalanan. Biar selamat, terhindar dari malapetaka dan perbuatan jahat dari makhluk lain.”


“Begitu ke tuk?”


“Iyalah, sekarang kamu dah faham, apa sebabnya aku larang kamu menoleh ke rumah tu.” 


“Iya, saya faham tuk.” 


“Bagus, lekatkan di hati dan di kepala pesanan aku ini.”


“Iya tuk.”


“Bagus.” 

 

Terlalu cepat datuk melangkah melanggar rerumput danpepohon renek hingga hujung seluarnya jadi lembab dan basah diresapi air embun. Agar tidak ketinggalan jauh oleh datuk, saya terpaksa berlari dalam dingin pagi yang menyengat itu.


Datuk tidak peduli, samada saya tersepak tunggul atau terjerlus dalam lubang. Dia terus melangkah tanpa mahu mengambil tahu apa yang berlaku sekitarnya. 


Pada hemat saya, dalamperjalanan kali ini datuk memperlihatkan tanda-tanda ganjil dan luar biasa. Sebelumnya, datuk tidak pernah bersikap demikian. Ciri-ciri yang diperlihatkan oleh datuk secara tidak langsung menimbulkan tanda-tanya dalam diri saya.


Kicau burung mula kedengaran di reranting pohon. Cukup rancak dan bersahut- sahutan.  Sesekali terdengar kokok ayam jantan yang terlewat berkokok. Kabus nipis mula bangun di celah-celah pepohon kecil. Beruk dan monyet mula bergerak di dahan pokok dengan rasa malas untuk mencari rezeki. 


Dan sepanjang perjalanan itu, saya dan datuk tidak berkata apa-apa pun. Mungkin kerana mau sampai ke Teluk Senangin, datuk terpaksa menggunakan jalan pintas membelah paya kecil yang penuh dengan pokok-pokok rumbia dan bemban. Betapa seksanya terpaksa meranduk air paya yang dalamnya separas buku lali. Serangan nyamuk dan pacat bagaikan tidak mahu bertimbang rasa.   


Waktu matahari mula memancarkan senyumannya di bibir langit, saya dan datuk sudahpun ada di gigi pantai Teluk Senangin. Alun ombak yang lembut nampak sekata memburu pantai, pancaran matahari yang mula mengembang terus menampar ke permukaan ombak lalu memancarkan cahaya yang sungguh cantik dan indah, sementara warna langit di hujung nampak merah keemasan. Saya jadi terpesona dengan keindahan itu. 


“Mana dia orang yang tuk katakan tu, tak nampak pun dia datang. Hari dah beransur cerah,” itu pertanyaan pembuka mulut dari saya untuk datuk. Saya lihat datuk menarik nafas dalam-dalam sambil mengigit bibir. Matanya tajam merenung ke arah laut lepas. 


“Mana dia tuk?” 


“Kita tunggu dia.” 


“Sampai dia datang tu. ”

“Iyalah,” suara datuk meninggi. Saya tersentak dan tidak jadi untuk mengemukakan pertanyaan selanjutnya.


Datuk menguis-nguis pasir pantai dengan hujung capalnya. Dan saya terus memeluk tubuh sambil menghadapkan wajah ke tengah laut. Kerana tidak sanggup menahan rasa dingin akibat hembusan angin laut, saya segera bergerak ke arah selatan dan berhenti dekat selonggok kulit nipah yang sudah kering. 


Tidak jauh dari longgokan sabut nipah itu terdampar batang buruk yang dihantar oleh ombak ke pantai. 


Bahagian pangkal dan hujung batang buruk sudah reput tetapi, bahagian tengahnya masih utuh. Dibahagian yang masih utuh itulah menjadi sasaran meletakkan punggong.


Bagi menghilangkan rasa lenguh di sendi, sepasang kaki saya luruskan sambil mata merenung ke beberapa ekor burung yang sedang berada di dahan yang menjulur kearah saya. Beburung itu terus berkicau.



NIKMAT 


Sedang saya asyik menikmati kicau burung serta bunyi deru ombak. Tiba-tiba saya terasa ada benda lembut jatuh betul-betul di bahagian ubun-ubun kepala. 


Benda lembut itu mengelongsor perlahan-lahan ke bahagian bahu. Buat beberapa saat tidak ada pergerakan dari benda lembut tersebut, bila saya memusingkan leher ke kanan dan ke kiri, benda lembut tersebut turut bergerak keras lalu membelit batangleher saya.


Apakah benda yang membelit leher saya ini. Barangkali ular sawa? Mana mungkin ada ular sawa waktu pagi begini, timbul pertanyaan dalam hati saya. Puas saya menoleh ke kiri dan ke kanan, tidak ada sesuatu yang saya nampak di bahu atau di badan saya. Anehnya! Leher saya tetap dirasakan ada sesuatu yang menjerut. 


Saya semakin terasa sukar bernafas. Manakala kulit pipi saya terasa seperti dijilat dengan lidah yang bercabang. Kulit pipi yang dijilat itu terasa amat gatal dan pedih. Saya juga tercium bau hanyir. 


Paling mencemaskan, bila benda lembut dan lembik itu terus membelit seluruh badan. 

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box