SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA

Dalam kesukaran bernafas itu, saya terus meraba batang leher dan telapak tangan saya tersentuh sesuatu yang bulat, bila saya lurut ke kanan dan ke kiri terasa kesat dan bersisik kasar. Jari-jemari saya terus mengcengkam benda bulat itu yang hampir sama besar dengan bulatan batang pinang dara. 


Jari-jemari saya tidak mampu mengcengkam benda bulat itu agak lama kerana licin. Sendi-sendi jari pula terasa lenguh, saya semakinlemah dan kesempatan itu dimanfaatkan oleh benda lembik itu untuk membelit seluruh tubuh. 


Sendi tubuh dan tulang terasa bagaikan patah-patah. Saya kehabisan tenaga untuk berdiri, perlahan-lahan saya rebahkan badan ke bumi sambil memikirkan tindakan selanjutnya untuk membinasakan benda bulat yang lembik itu  menjahanamkan diri saya.


Rupa-rupanya, saya tewas juga, benda bulat lembik itu terus membelit dan menjerut tubuh dengan kemas dan kejap. Saya terus bergolek di pasir dalam usaha memaksa benda bulat itu membuka lilitan yang membelit tubuh. 


Aduh! Bukannya bertambah longgar tetapi bertambah kejap, pandangan saya jadi berpinar-pinar. Lidah nagaikan mahu terkeluar, kulit leher yang kena belit terasa amat gatal.


Satu satu  ikhtiar yang dapat saya lakukan ialah terus bergolek di pasir. Dalam keadaan yang berhempas pulas itu, saya berjaya memegang bahagian pangkal benda lembik itu. Hasil dari gerak tangan, saya dapat menduga bahawa benda yang saya pegang itu ialah, kepala ular. Saya berazam walau apa yang terjadi kepala ular itu tidak saya lepaskan. 


Kepala ular itu saya tekan ke pasir. Biar matanya dimasuki pasir hingga buta. Perbuatan saya menimbulkan kemarahan ular, jerutannya makin kuat membelit tubuh, rasanya semua tulang-temulang dalam tubuh saya sdah remuk dan hancur. 


Suara saya langsung tidak terkeluar dari kerongkong dan buah halkum terasa terbenam dalam tulang dan daging leher. Saya kira semua organ di bahagian leher sudah punah, tidak boleh digunakan lagi


Biar tubuh saya menjadi debu, kepala ular tidak akan saya lepaskan. Itu tekad hati saya yang tidak ada tolak ansurnya. Kepala ular yang entah macam mana rupanya terus saya tekan ke dada pasir. Saya bagaikan terkejut, bila mendapati jerutan ular itu di tubuh berangsur longgar, saya boleh menarik dan melepaskan nafas dengan agak lancar. Boleh menelan air liur tanpa rasa tersekat-sekat. 


Kesempatan itu, segera saya manfaatkan dengansebaik mungkin. Kepala ular yang tidak dapat dilihat itu terus  ditekan ke dada pasir. Perlahan-lahan saya gerakan kaki, ternyata kaki saya tidak dibelit oleh ular  ghaib. 


Setelah bersusah payah, akhirnya saya berjaya bangun tetapi, gagal melepaskan belitan ular daripada bahagian pinggang ke dada. Rasanya tulang-temulang dada berlaga antara satu dengan lain. Sakitnya bukan kepalang dan bahagian ekor ular terus menekan bahagian kemaluan. Saya kembalu mengalami kesukaran untuk menarik dan melepaskan nafas. Rasanya riwayat hidup saya akan berakhir di pasir pantai. 



SEDAR  


Saya menjerit sekuat hati dan bumi saya rasa bergerak sendiri. Tubuh saya seperti berada di awang-awangan. Pandangan saya berpinar dan gelap. Saya jatuh atas pasir kembali. Kepala ular dalam genggaman terlepas. Dan ular ghaib bertindak garang. Seluruh tubuh, dari hujung kaki hingga kepala dililit oleh badan ular. Keadaan saya tidak ubah seperti seberkas ranting kayu yang diikat dengan rapi. Dalam keadaan yang serba payah dan kelemasan itu, saya mengolek-golekan badan di pasir. Setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku.  

     

Beberapa lama saya tidak sedarkan diri, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Apa yang pasti, disaat saya sedar tubuh dan muka masih dililit oleh badan ular. Dari celah lilitan badan ular itu, samar-samar saya melihat datuk melangkah ke arah saya. Dia terkejut melihat perbuatansaya menggulingkan tubuh d pasir, macam bergelut dengan sesuatu. 


“Kenapa kamu ini Tamar? Agaknya kamu ni dah gila, berbaring bergolek atas pasir,” cukup jelas suara datuk menikam gegendang telinga saya.


“Ular belit saya tuk!”


“Ular? Aku tak nampak apa-apa,” datuk terus merenung kiri kanan. Sepasang matanya di arah ketubuh saya  yang masih bergolek atas pasir. 


“Kau ni mimpi Tamar.” 


“Betul tuk, saya tak nampak ular tu tapi apa yang saya rasa memanglah ular besar membelit saya.” 


Sebaik saja atuk mendengar kata-kata saya itu, dia terus termenung, wajahnya membayangkankeresahan yamg amat sangat. Datuk duduk mencangkung membelakangi saya tetapi, tangan kanannya menyentuh bahagian bahu kiri saya, bagaikan terkena kejutan elektrik datuk menarik tangan kanannya. Dia memusingkan tubuh lalumenghadapi saya, mukanya nampak pucat sedikit dan dahinya nampak berkedut.


“Aku macam terpegang ular di badan kamu tamar.” 


“Sekarang datuk percaya tak dengan cakap saya.” 


“Hum, “ datuk anggukkan kepala, “ ada sesuatu yang tak kena disini,” nada suara datuk membayangkan keresahan, kecemasan dan kebimbangan.


Beberapa sangat kemudian saya lihat reaksi datuk berubah, dia mula memperlihatkan tanda-tanda untuk  bertindak. Datuk terus mengelilingi saya yang bergolek, gerak geri daytuk tidak ubah macam singa lapar yang mahu menerkam mangsanya. 


Keadaan diri saya tetap tidak berubah, sakit terasa di mana-mana. Tanpa putus asa saya terus berjuang untuk membuka lilitan ular di tubuh disamping megharapkan datuk memberi pertolongan segera. Disaat saya berjuang itu, saya lihat datuk secara mengejut melompat danmenerkam ke arah saya. 


Tangan kirinya menyentap kepala ular yang saya pegang. Di saat itu juga saya merasakan tubuh saya tidak lagi dibelit dan dijerut oleh ular. Dengan cepat saya bangun, menghayunkan sepasang tangan ke kanan dan ke kiri. Begitu dengan sepasang kaki. Saya lakukan gerakan itu untuk mempastikan anggota tubuh benar-benar bebas dari belengu dibelit ghaib.  


Saya mendongakkan kepala ke langit melihat awan. Saya renung pepohon di sebelah kanan dan telinga saya mula diasak dengan deru ombak dan kicau burung. Masa saya dibelit ular, deru ombak dan kicau burung tidak kedengaran. Apa yang ssaya rasai disaat itu ialah suasana ang amat sepi sekali. 

“Sudah hilang tuk,” 


datuk jegilkan mata ke arah saya. Dia tidak kisah dengan yang saya ucapkan kepadanya. Datuk seperti berada didunia lain.


Datuk membongkok seperti mengambil sesuatu di atas pasir. Entah apa yang diambilnya saya sendiri tidak pasti, sambil meluruskan tubuh datuk renung ke kiri lima kali berturut-turut. Dia menatang benda yang diambil dari atas pasir dengan kedua belah tangannya. 


Lucu, bila melihat datuk keadaan begitu, dia menatang angin. Dengan tenang datuk menuju ke arah rumpun buluh. Datuk tunduk di situ seperti melepaskan sesuatu di perdu buluh kuning. Gerak-geri datuk saya perhatikan dengan teliti. 



DEKAT   


Datuk mendekati saya semula. Saya kira kehadiran datuk di sisi saya untuk meluahkan rasa hampa kerana orang yang ditunggu tidak kunjung tiba. Memang saya mengharapkan datuk membatak saja rancangan untuk ke Tanah Jambi.


“Kamu tahu kenapa kamu kena belit ular, ” itu yang datuk ajukan kepada saya. Lain yang diharap, lain pula yang dapat.


“Saya tak tahu tuk, lagi pun ular yang membelit saya tu, tak nampak dilihat,saya Cuma terasa dan main agak-agak saja.” 


“Aku dapat melihatnya, Tamar.”


“Datuk dapat melihatnya?”


“Iya,” datuk anggukkan kepala.

“Macam mana rupanya tuk?” 


Datuk mengigit bibir sambil mengosok batang hidungnya berkali-kali. Dia kelihatan seperti berfikir tentang sesuatu. Mungkin juga dia memikirkan sama ada mau menjawap atau tidak pertanyaan yang sedang saya kemukakan kepadanya. 


“Macam mana rupanya,” saya terus mendesak. 


“Kepalanya macam kepala buaya, sisik di badannya macam sisik tenggeleng, berbelang merah hitam,” jelas datuk. Saya terdiam dan terus menarik nafas dalam-dalam. Segera saya bayangkan, andainya saya dapat melihat rupa dan bentuk ular yang datuk katakan, pasti saya terkencing dan terberak  mungkin terus pengsan. Datuk terus meraba-raba pangkal hidungnya dengan aman.


“Kamu tahu Tamar, kamu sudah menceroboh.” 


“Ceroboh, ceroboh apa tuk, saya tak faham,” turut saya kehairanan sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Fikiran saya serabut dengan tandatanya. Apakah maksud sebenar kata-kata datuk itu?


Agaknya datuk mahu bergurau atau sekadar mahu menguji hati saya. Kalaulah itu tujuannya memang tidak menyusahkan hati. Tetapi, bagaimana kalau apa yang dikatakan itu memang benar saya lakukan?.


“Maksud datuk yang sebenar apa dia?”


“Aku tak mahu cakap, cuba kamu ingat dan fikir, apa yang sudah kamu lihat disini, kira-kira tiga bulan yang lalu,” terang datuk dengan tenang. Saya perah otak untuk mengingati apa yang terjadi.


Saya tersenyum panjang kerana sudah dapat menangkap apa yang datuk maksudkan.

“Ada hubungannya dengan Haji Yatimi,” kata saya


“Iya,” datuk anggukkan kepala.


“Kenapa dengan dia tuk? “


“Kau cari sendiri, Tamar.” 


Datuk segera meninggalkan saya, dia berdiri, dia berdiri dibibir pantai. Datuk merenung laut dan ombak. Datk melihat sinar matahari pagi yang kian cerah. Datuk berdiri di situ semata-mata mahu mengubati rasa resah dalam menanti kedatangan anak saudara nakhoda pemilik tongkangdari Aceh.


Di saat saya bersendirian, barulah saya teringat di waktu mahu menghantar Haji Yatimi ke Solok dulu, saya melihat ada orang berjanggut panjang memakai pakaian serba putih muncul di pantai. Kemudian orang itu menghilangkan diri  betul-betul di batang buruk itu. Bagi mempastikan apakah ingatan saya ini betul atau tidak, saya segera mendapatkan datuk.



SETUJU  


Selesai saja datuk mendengar cerita saya itu, dia terus anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang saya turutkan. 


“Silap kamu, nak menumpang duduk tak minta izin. Kamu main langgar saja. Inilah akibatnya,” datuk bersuara lantang. 


“Saya tak tahu tuk.”


“Ah kamu ni, sudah aku ajar segala  petua dan doa. Kenapa tidak kamu manfaatkan,” tempelak datuk kepada saya. Memang tidak ada peluang untuk saya mempertahankan diri.  Kesilapan tetap berada di pihak saya dan saya hanya mampu telan air liur. 


“Kamu mesti ingat, selain dari manusia, ada makhluk lain di dunia ini. Nasib baik makhluk lain tu tak marahkan kamu, kalau marah entahlah…” datuk berhenti bercakap. 


“Kenapa dia nak marahkan saya. Apa yang saya dah buat,” Tanya saya dengan rasa hairan. Buat beberapa saat datul termangu, mungkin dia tidak terfikir yang saya akan mengajukan pertanyaan sedemikian kepadanya. 


“Kamu ni memang tak faham cakap orang. Dia marahkan kamu kerana kamu duduk ditempatnya dengan tidak minta kebenaran, sekarang kamu dah faham atau tidak,” atukjegilkan matanya ke arah batang hidung saya. Tentulah saya jadi resah dan cemas bila dibuat demikian.


“Saya faham, sekarang saya faham tuk.” 


“Apa yang kamu rasa tadi, itu cuma dia bergurau saja,” sambung datuk lagi.


“Bergurau tuk?”


“Iya.” 


Memang tidak logik apa yang datuk katakan itu. Pelik sungguh, saya diseksa setengah mati, masih dikira bergurau senda. Ini perbuatan dan kerja orang gila, kerja orang tak ada otak. Demikian saya membuat rumusan dalam kepala. 


“Teruknya makhluk lain mengusik dan bergurau tuk?”


Saya lihat datuk tersenyum dengan kata-kata yang saya lakukan. Dua tiga kali datuk anggukkan kepala. Saya jadi resah, susah benar rasanya mahu menerima pendapat yang datuk ajukan.

“Kerana makhluk lain tu bergurau, kamu masih dapat bercakap dengan aku. Kalau dia marah, aku tak tahu apa jadi pada kamu. Kamu boleh jadi gila, lari ke gunung atau membunuh orang.” Lanjut datuk lagi. Dia berusaha mahu menyelesaikan soalan yang berlegar-legar dalam tempurung kepala saya.


“ Saya nak tanya tuk satu perkara, boleh tak?” 


“Boleh, asalkan perkara yang munasabah.”


“Tadi tuk buang ular orang halus dekat perdu pokok buluh, apa yang  orang halus tu kata pada tuk.” 


“Hmmmmmmmmmmm” datuk kelihatan seperti tergamam, “itu cuma syarat saja, memanglah sekalipandang macam aku membawa sesuatu dan melepaskan sesuatu di situ, aku ke situ cuma mematahkan tiga batang pokok kecil,” datuk berhenti bercakap. Matanya tetap tertumpu ke arah laut.


“Buat apa tuk patahkan pokok-pokok kecil tu.”


“Tanda syarat, minta maaf atas perbuatan kamu yang main langgar, tak berbudi bahasa langsung,” lagi sekali saya di persalahkan.    


“Minta maaf tuk diterima atau tidak?”


“Nampaknya diterima, Tamar.” 


“Buktinya tuk?” 


“Sampai sekarang tak ada tanda-tanda yang orang halus tu nak kacau kita,” lanjut datuk lagi dengan tenang. 


Kerana yakin, perasaan datuk sudah tenang dan berada dalam gembira, saya terus mendekatinya. Berdiri disebelah kanannya. Kami sama-sama merenung laut dan ombak. Matahari pagi terus bangun di kaki langit. 


Pada hemat saya, bila matahari sudah melepasi paras laut, pasti datuk tidak akan membatalkan perjalananannya. Sebelum perkara itu berlaku, saya terus megusulkan kepada datuk. 


“Kita batalkan rancangan kita ni tuk, orang yang tuk nanti tak nampak batang hidungnya. Jangan-jangan dia mainkan kita tuk,” 


“Kamu ni banyak cakap pula, sepatutnya kamu ni jangan dibawa tadi, buat menyusahkan aku. Kalau kamu tak senang pergilah kamu balik,” datuk meluahkan rasa tidak senangnya terhadap kerenah saya. 


Saya mula merasa kesal apa yang berlaku. Sepatutnya saya jangan banyak mulut dan banyak tanya. Bagi meredakan keadaan, secara perlahan-lahan saya menjauhkan diri dengan datuk lalu pergi ke gigi pantai, menendang buih-buih ombak hingga kaki seluar saya basah. 


Sambil bermain buih saya tetap menjeling ke arah datuk. Saya ingin tahu, apakah yang dilakukannya bila dia kesaorangan. Ternyata datuk memerhatikan saja apa yang saya lakukan di tepi pantai.



MENGGIGIL


Angin laut membuat saya menggigil. Bibir dan tubuh saya menggeletar sendirian. Saya terdengar suara datu berdehem dua kali berturut-turut. Saya segera merenung ke arahnya. Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi atas renungan saya. Pandangannya tidak berubah, tetap kearah laut lepas. 

  

Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata dalam samar-samar kabus itu saya bagaikan terpandang ada seseorang yang mengayuh perahu menuju ke arah saya.


Bagi memastikan apa yang saya lihat itu benarnya bukanya khayalan, kedua belak kelopak mata segera saya gosok denagn telapak tangan.  Memang tidak salah lagi, seorang lelaki sedang bergelut mengayuh perahu di pagi yang dingin. 


“Kenapa Tamar.” 


“Ada orang berperahu datang ke sini tuk.” 


Tanpa berkata apa-apa datuk segera memegang tangan saya lalu dipimpin ke gigi pantai. 


“Mana dia orangnya Tamar?” 


“Di situ. ” 


saya segera menuding jari ke arah perahu di tengah laut. Datuk segera merenung ke arah yang saya tunjukkan. Datuk tumpukan segala perhatian ke arah perahu dan orang yang nampak berbalam dan terumbang-ambing dimain ombak. Mungkin kerana datuk dapat mempastikan yang datang itu benar manusia, dia tersenyum panjang.


“Barangkali orang itu yang kita tunggu Tamar! Tapi kenapa dia menggunakan jalan laut, tidak jalan darat,” datuk seperti merungut, dari raut wajahnya saya dapat menduga bahawa datuk sedang memikirkan sesuatu. 


“Begini saja Tamar,” kata-kata datuk berhenti di situ saja. 


“Kenapa tuk.” 


“Untuk kebaikan kita, ada baiknya bersembunyi di balik pokok besar, kita tengok dulu, apakah orang yang datang memang orang yang kita nantikan atau sebaliknya.” 


“Itu pendapat yang baik, beringat sebelum kena tuk.” 


“Ah, sudahlah, kamu nak tunjuk pandai pula di sini.” Nada datuk agak keras bersama dengan jelingan yang tajam ke arah saya. 


Dari balik pokok besar, kami melihat seorang anak muda melompat dari perahu ke pasir pantai. Dengan sepenuh tenaga dia menolak badan perahu hingga tersadai atas pasir. Anak muda itu merenung ke kiri dan ke kanan, melihat gerak gerinya. 


Bila sudah yakin tidak ada sesiapa yang melihatnya dia pun maju ke dara. Berdiri betul-betul di depan pokok besar tempat saya dan datuk sembunyikan diri. 


Anak muda berkulit sawo matang, rambut hitam dengan patut melintang di pipi kanan melihat jam di tangan, tingginya hampir lima kaki sebelas inci. Jarang-jarang orang Melayu yang boleh mencapai tahap ketinggian seperti itu. 


“Agaknya mereka belum datang lagi,” anak muda itu bercakap seorang diri. Datuk segera menyiku rusuk kanan saya. Kami berbalas senyum dan datuk memberi isyarat kepada saya supaya jangan bertindak apa-apa. Datuk seolah-olah menyuruh saya melihat telatah anak muda itu, apakah dia orang yang humour. 


Lebih kurang sepuluh minit dia berlegar-legar di depan pokok, ternyata anak muda itu mula gelisah dan putus asa. Bersedia mahu melangkah ke perahunya kembali. Tanpa memberi isyarat datuk keluar adri tempat persembunyian lalu memberi salam. 


“Maafkan saya kerana lambat,” kata anak muda itu gugup. 


“Tak mengapa,” balas datuk.


Saya segera keluar dari tempat persembunyian, melihat kehadiran saya itu, anak muda itu jadi resah. 


“Saya harap tak salah orang,” dia renung muka datuk. 


“Maksud kamu apa dia?” 


“Saya disuruh oleh bapa saudara saya mengambil kawannya di sini. Katanya, orang itu seorang tetapi, kenapa dua orang. Agaknya saya salah orang.” 


“kamu betul, akulah yang berjanji dengan bapa saudara kamu tu danini cucu aku. Kenapa kamu ikut jalan laut tidak ikut jalan darat macam dikatakan oleh bapa saudara kamu pada aku,” soal datuk.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box