SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 141 - PULAU BERJALAN

Lanun berwajah Arab terus melibaskan ekor pari ke arah datauk untuk kali kedua. Kalau yang pertama datuk tidak bersedia dan terpaksa menanggung akibatnya. Tetapi bagi kali kedua datuk sudah bersedia. 


Sebaik saja ekor pari dilibaskan ke tubuhnya datuk segera menyambar ekor pari itu lalu merentapnya dengan sekuat hati hingga lanun berwajah Arab terdorong ke arah datuk dap pada saat itu datuk pun menghentak pangkal sikunya ke bahu lanun berwajah Arab. 


Hentakkan yang kuat itu membuat darah keluar dari mulut dan hidung lanun. Belum pun sempat tubuh lanun tersembam atas lantai, datuk segera memangku dan menjulangnya tinggi-tinggi kemudian terus menghumban nya ke laut.


Tanpa membuang masa datuk terus menerkam ke arah dua lanun yang mahu melarikan diri. Satu persatu lanun-lanun itu ditangkap dan terus dibuang ke laut. 


“Kita mesti cepat meninggalkan tempat ini,” kata Nyak Sulaiman kepada datuk yang masih kelihatan tercungap-cungap kepenatan. Datuk segera angkat tangan.


“Jangan begitu,” balas datuk. 


“Kenapa jangan!” Nyak Sulaiman membiakkan biji matanya ke arah datuk. Dia terkejut dengan sikap datuk yang dikiranya tidak lojik sama sekali, “ kalau kita tak tinggalkan tempat ni, nanti dia orang panggil kawan-kawannya jahanamkan kita nanti,” sambung Nyak Sulaiman sambil menyuruh anak buahnya membawa lampu picit dan gasolin ke arahnya.


“Bertenang, kalau mereka datang kita sambut ikut cara mereka datang,” tingkah datuk lalu mengambil lampu suluh dari salah seorang anak  buah Nyak Sulaiman. Datuk suluh ke arah ketua lanun dan anak buahnya yang terkapai berenang menuju ke bot. 


Nyak Sulaiman mengambil lampu gasoline diletakkannya di bibir bot. Cahaya dari gasolin menerangi kawasan laut sekitar bot. Dia melihat lanun-lanun itu berenang melawan ombak laut. 


“Aku mahu selamatkan mereka,” kata datuk.


“Ah ni kerja gila,” bantah Nyak Sulaiman.


“Kita mesti selamatkan.” 


“Kita menempah maut.” 


“Aku yakin mereka tak akan membuat perkara tak baik pada kita, biar aku tanggung buruk baiknya,” datuk memberi jaminan.


Ternyata jaminan itu dapat diterima oleh Nyak Sulaiman. Dia pun memerintahkan anak buahnya menghulurkan tali kepada ketua lanun dan anak buahnya yang sedang berenang mengelilingi bot dalam usaha untuk naik ke bot.



SAMBUT


Tali yang dihulur terus disambut. Datuk turut sama menarik tali sehingga ketua lanun dan anak buahnya dapat menaiki bot. mereka segera duduk berhimpit-himpit sambil memeluk kedua belah lutut menahan kesejukan. Wajah mereka membayangkan keresahan dan ketakutan. Setiap gerak-geri dan langkah datuk mereka sorot denga hati-hati sekali.


“Aampun , jangan mengapa-apakan kami,” tiba-tiba ketua lanun bersuara. Dia bangun lalu membuka baju dan seluar (kecuali seluar dalam) di lengan dan pehanya terdapat belitan tali hitam sebesar anak mancis api. 


“Azimat,” kata datuk kepadanya


“Ya,” jawapnya.


“Buat apa?” 


“Supaya badan tidak ditembusi senjata tajam.” 


“Hummmmmmmmmmm….,” datuk menelan air liur. Anak buah ketua turut membuka baju dan seluar. Mereka juga seperti ketuanya terdapat azimat di peha dan lengan. Di sebelah lengan kanan mereka terdapat tanda taoo dalam bentuk bunga cengkih.


“Duduk.” Turut datuk lembut dan serentak dengan itu mereka terus duduk atas lantai bot. 


“kita bawa saja ke Belawan kemudian serah pada polis,” Nyak Sulaiman mengemukakan cadangan. Datuk tidak memberi kata putus, sebaliknya datuk menyuruh salah seorang anak buah Nyak Sulaiman mencari kain yang kering untuk di berikan kepada ketua lanun dan anak buahnya. 


“mengapa baik sangat dengan musuh,” tanya Nyak Sulaiman.


“Tak mengapa” jawap datuk lalu membahagi-bahagikan kain kepada para lanun yang terkejut menerima layanan yang begitu baik dari datuk. Malah mereka diberi minuman kopi panas.


“Sekarang, kamu boleh balik ke bot kamu. Aku harap selepas ini kamu tinggalkan kerja menjadi lanun ni,” datuk tatap wajah para lanun dengan tenang. “Aku tahu, kamu bukan dari satu tempat,” sambung datuk lagi.


“Pengkalan kamu di mana ?”


Tidak ada jawapan yang diberikan oleh ketua lanun terhadap pertanyaan yang diajukan oeleh datuk. Mungkin untuk mengawal suasana agar jangan terlalu tegang, datuk renung muka Nyak Sulaiman seketika. Angin laut yang bertiup agak kencang membuat saya terasa mengigil. 


“Cakap dengan baik di mana pengkalan kamu?” Ulang datuk.


“Di pulau-pulau yang tak ada orang,” jawap ketua lanun dengan tenang. Datuk pun menarik nafas dalam-dalam dengan mengalihkan pandangan ke arah hujung bot.


“Di Pulau Sembilan di perak dan beberapa pulau kecil di kawasan kepulaun Riau,” celah Nyak Sulaiman. Dan saya lihat ketua lanun segera anggukkan kepala. Nyak Sulaiman tersenyum sumbing.


“Kamu dari kumpulan ular laut?” Nyak Sulaiman mula mainserkap jarang. Serkap Nyak Sulaiman mengena, bila saya lihat ketua lanun angguk kepala. Kali ini tanpa membuang masa Nyak Sulaiman terus mencuit bahu datuk dengan ibu jari. Dengan langkah yang tenang Nyak Sulaiman melangkah beberapa tapak di depan kumpulan lanun, kemudian kembali mendekati datuk.    


“Kita dalam bahaya, kalau kita biarkan dia hidup,” secara mendadak saja Nyak Sulaiman melahirkan rasa kebimbangan. Mata datuk ditatapnya dan datuk terpaksa mengerutan dahi. 


“Jadi apa yang patut kita buat?” tanya datu. 


“Kita bunuh saja,” salah seorang anak buah Nyak Sulaiman mengemukan cadangan.


“Humban ke laut biar semuanya mampus,” muncul lagi cadangan. Datuk gelengkan kepala. Tidak setuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.


“Habis, apa yang mesti kita buat?” Sanggah Nyak Sulaiman. Matanya tidak berkedip merenung ke arah ketua lanun seketika, kemudian alihkan renungan ke arah dada laut yang dipeluk kegelapan malam. 


“Percikan ombak yang memukul badan bot, sesekali jatuh atas lantai bot. Deru angin terus mengaum. Datuk masih belum memberikan keputusan. Dada anak buah Nyak Sulaiman terus berdebar begitu juga dengan debar dada anak buah ketua lanun. Kata datuk adalah kata penentu sam ada nafas anak buah ketua lanun boleh berlanjutan atau terhenti. 


“Hummmmmmmmmm…,” dengus datuk.


Ekor matanya menjeling tajam ke arah muka ketua lanun dan anak buahnya. Ternyata mereka didakap kecemasan. Berdebar menanti kata dari datuk.


“Sekarang kamu semua balik ke bot kamu,”


Nyak Sulaiman tersentak dengan keputusan yang dibuat oelh datuk itu. Air muka ketua lanun dan anak buahnya segera berubah, Mereka bagaikan terkena kejutan letrik, mereka berpandangan sesama sendiri, seolah-olah tidak percaya yangkata-kata itu terluncur dari kelopak bibir datuk, kerana itu tiada seorang pun daripada mereka bergerak. 


“Balik ke bot  kamu,” jerit datuk lagi. Kali ini suaranya cukup tinggi dan keras sekali. Ketua lanun dan anak buahnya masih terpaku di situ, masih berpandangan sama sendiri. Nyak Sulaiman dan anak buahnya taerus gelengkan kepala.


“Sekarang balik ke bot kamu, kalau kamu semua tak bergerak juga dari sini, aku humban kamu satu-satu kedalam laut,” datuk terus berang. Dua tiga kali dihentakkan kakinya ke lantai bot. 



TERIKAT


Melihat tindak-tanduk datuk yang agak luar biasa itu, menyebabkan ketua lanun dank buahnya segera berlari dan melompat ke dalam bot mereka. Datuk pun mnyuruh anakj buah Nyak Sulaiman membuka ikatan tali bot lanun yang terikat dengan bot milik Nyak Sulaiman.


“Sekarang kamu semua boleh pergi, kalaulagi sekali aku jumpa kamu di laut, buruk padahnya. Aku bunuh kamu semua satu-satu,” itu amaran dari datuk. Tidak ada kata-kata balas dari ketua lanun dan anak buahnya. 


Apa yang terjadi selanjutnya ialah bunyi enjin bot lanun yang mempunyai kekuatan kuasa enjin laju yang amat tinggi sekali. Bot lanun itu bergerak perlahan-lahan membetulkan haluan yang arahnya tidak dapat saya tentukan samada ke utara atau ke selatan. 


Andainya saya memiliki kompass sudah pasti saya dapat mengesan ke arah mana bot lanun itu pergi. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, bot lanun itu hilang dalam kegelapan malam membelah ombak Selat Melaka. Cuma yang terdengar deru enjin nya saja.


‘Sekarang terpulang kepada kamu, mahu bermalam di sini sampai kepagi atau meneruskan perjalanan,” datuk mengemukan cadangan. 


“Saya berpendapat, kita teruskan  perjalanan ini. Sebelum subuh kita mesti berada di kawasan Muara Jambi,” sahut Nyak Sulaiman dengan tenang sambil merenung ke laut lepas.


Angn terus bertiup dan deru ombak terus menggasak lubang telinga penghuni bot besar.


“kalau itu yang kamu fikirkan bagus, aku mengikut sja,” sebuahjawapan pasti datuk luahkan. Nyak Sulaiman gembira dengan jawapan tersebut.


Nyak Sulaiman pun menyuruh anak buahnya menghidupkan enjin bot. Dia pun mengarahkan haluan bot menuju Pulau Sumatera, kemudian menyusuri pesisir pantai pulau tersebut hingga sampai ke Muara Jambi. Tugas berat yang mencabar itu dipertanggung jawapkan kepada seorang anak muda yang raut mukanya mirip orang Arab, namanya Saladin al-Taif. 


“Mengapa ikut pesisir pantai, Pak Juragan? Kenapa kita tidakterus ke Muara jambi?” Tanya Saladin al-Taif.


“Untuk mengelakkan perkara-perkara buruk.” 


“Maksud Juragan?” 


menjauhkan diri dari lanun, dari pokis laut. Aku takmahu dia orang memeriksa bot aku. Sekarang kamu dah faham, Saladin?”


“Faham Juragan.”


“Ingat Saladin, aku mahu sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.” 


“Dengan izin Allah, kita selamat, sahut Saladin al-Taif dengan penuh keyakinan. Dan bot besar milik Nyak Sulaiman  pun mula bergerak mengikut arahan pemandunya. 


Walaupun datuk yakin yang bot besar milik Nyak Sulaiman tidak akan diganggu-gugat oleh lanun, tetapi datuk tetap mengingatkan anak buah Nyak Sulaiman supaya berjaga-jaga dan berhati-hati.


“Kita mesti memikirkan perkara yang buruk dulu, sebelum memikirkan perkara yang elok dan baik,” tutur datuk sambil mendongakkan mukanya ke langit, datuk melihat bintang yang bertaburan sambil telinganya menangkap bunyi deru ombak yang tidak putus-putus itu. 


“Saya setuju dengan pendapat awak tu,” Nyak Sulaiman menyokong pendapat datuk. Saya lihat datuk segera mengalihkan pandangan ke arah Nyak Sulaiman, mereka berbalas senyum. 


“Kalau kita sudah beringat dan berjaga-jaga, tetapi ditimpa bencana juga, itu namanya sudah takdir,” tambah datuk lagi lalu mendekati Nyak Sulaiman yang duduk di tepi bot.


“Betul cakap awak tu,” sambut Nyak Sulaiman, kenudian Nyak Sulaimanmerenung ke arah laut lepas. Barangkali dia mengawasi bot lanun atau bot nelayan. Mungkin juga melihat kapal dagang yang lalu di Selat Melaka.



JARAK


Saya yang duduk tidak jauh dari mereka menarik nafas panjang. Pada hemat saya, kapal dagang tidak mendatangkan  masalah atau merbahaya kepada bot yang saya naik ini. Sebabnya, lampu kapal dagang yang terpasang di geladaknya dapat dilihat dengan jelas dari jarak yang agak jauh.


“Macam bandar bergerak,” keluh saya dan ternyata nada suara saya yang agak meninggi itu dapat deidengar oleh salah seorang anak buah Nyak Sulaiman yang sejak tadi bersendirian menghisap rokok dekat saya.


“Huh, bukannya bandar bergerak, kami menyebutnya pulau berjalan, cuba awak tengok lampu-lampu di deknya macam lampu di pantai Pulau Pinang,” katanya dengan tenang.


“Betul juga cakap awak tu,” sahut saya.


“itulah sebabnya bot tak boleh berlanggar denga kapal barang, kecuali pemandunya tidur. Kamu tahu, bila bot langgar kapal barang, bot hancur berkecai, “ tambah orang itu sambil  menyedut rokok dalam-dalam. Saya terus ketawa. 


Datuk dan Nyak Sulaiman rancak berborak. Sesekali mereka ketawa kecil, saya tak tahu apa yang merka borakkan. Bot besar milik Nyak Sulaiman terus membelah ombak Selat Melaka, angin yang memukul wajah membuat saya rasa mengantuk. Dua tiga kali saya menguap panjang. Kelopak mata terasa amat berat sekali. 


“Kamu ini dah mengantuk, pergi cari tempat tidur,” sergah datuk setelah melihat saya dua tiga kali tersengguk-sengguk. Saya jadai serba salah. Dimana harus saya meletakkan kepala? Mestikah saya tidur atas lantai atau di bilik tamu. Wajarkah saya meletakkan badan di bilik masak atau baring di bangku panjang. Persoalan yang timbul secara mendadak membuat saya resah.


“Kamu tidur saja di tempat aku,” Nyak Sulaiman menabur budi, matanya tertumpu ke arah saya yang sedang menguap untuk sekian kalinya. 


“Bawkan dia ke tempat tidur aku,” arah Nyak Sulaiman kepada anak buahnya, orang yang menerima arahan segera menghampiri saya, mengajak saya ke tempat yang dikatakan oelh Nyak Sulaiman. 


“Selesai saja kamu tunjukkan tempatnya, cepat-cepat kamu datang ke sini semula,” Nynak Sulaiman mengingatkan anak buahnya, sebaik sja saya bangun dan mahu mula melangkah . 


“Baik Juragan,” sahut anak buahnya.


Dan saya mengekori lelaki berambut panjang melepasi bahu menuju kebahagian bawah bot. 



TELUNJUK.


“Di situ,” si rambut panjang menudingkan jari telunjuk ke arah dinding yang bergantungan dengan perkakas atau alat yang ada hubungkaitnya dengan jentera bot seperti kipas, tali kipas, alat pembuka dan pengetat skru dan macam-macam lagi.


Saya merasa ganjil dan aneh sekali, dahi segera saya kerutkan dan wajah lelaki berambut panjang saya tenung. Barangkali kamu mahu memeperdayakan aku, mungkin juga kamu mahu bergurau, timbul pertanyaan dalam diri saya.


“Kenapa termenung?” 


Pertanyaan si rambut panjang tidak saya jawap.


“Awak ragu-ragu,” tambahnya.


“Iya,” jawap saya. 


“Tunggu sekejap.” 


Lelaki berambut panjang merapatkan dinding dan dinding ditolak ke kanan. Apa yang wujud di depan saya ialah sebuah pintu. Saya bertambah bingung. 


Dalam keadaan termanggu-manggu itu si rambut panjang menolak saya hinnga muka dan badan saya berlaga dengan papan pintu, tanpa diduga pintu terkuak dan saya melihat sebuah bilik tidur yang boleh dikatakan serba lengkap.


“Ini bilik persembunyian Nyak Sulaiman, pintunya sengaja dilindung dengan rak barang. Tujuannya untuk menipu musuh. Cuma saya seorang sahaja yang tahu tempat rahsia ini.” 


“Oh, begitu.” 


“Awak tidurlah.” 


“ Tidur di sini,” tutur saya dengan keraguan.


“Iya,” angguk si rambut panjang.


“Tak mahu,” kata saya.


“Awak tidurlah, jangan banyak kerenah,” si rambut panjang terus menolak saya ke bilik dengan kasar sekali. Kemudian dia denganpantas merapatkan daun pintu bilik. Bunyi tapak kakinya jelas kedengaran. Dia meninggalkan saya sendirian dalam bilik rahsia Nyak Sulaiman.


Bila bersendirian dalam bilik, saya rasa lebih bebas. Terus saya jatuhkan atas katil. Di hujung katil terdapat meja bulat berwarna hitam dan diatas meja itu terdampar sebilah pedang samurai dan labu sayung (yang dibuat dari tanah liat) yang berisi air. Terdapat juga gelas dan piring di sisi labu sayung. 


Di bawah katil terletak selaras raifel dan selaras pistol. Kerana mata amat mengantuk, saya tidak mahu memeriksa dengan lebih teliti lagi apa yang ,masih tersembunyi dalam bilik rahsia tersebut. Saya terus terlelap. 


Tiba-tiba saya dikejutkan oleh suara seorang tentera Jepun, antara sedar dengan tidak saya cuba membuka mata. Samar-samar saya melihat tentera Jepun berdiri di depan seorang lelaki Cina yang berusia sekitar tiga puluhan. Kedua belah tangan lelaki itu diikat ke belakang dengan tali guni, sementara sepasang matanya diikat dengan kain hitam.


Lelaki Cina berdiri lutut dengan kepalanya diletakkan atas meje bulat warna hitam. Bahagian tengkuk lelaki Cina itu betul-betul berada di tepi bibir meja bulat. 


Tentera Jepun mengangkat pedang samurainya melepasi kepalanya. Mata pedang yang berkilat itu dihalakan ke batang leher lelaki Cina. Tentera Jepun itu menjerit dengan sekuat dan serentak dengan itu mata pedang samurainya terbenam di batang leher pemuda Cina. Badan dan kepala pu berpisah. 

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box