SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH

Melihat keadaaan yang ngeri danmenakutkan itu, saya segera membaca surah AL-IKHLAS sebanyak tiga kali berturut-turut. Saya segera melompat dari atas katil untuk keluar. Saya terlanggar dinding dan terus jatuh. Saya kembali berada di alam nyata, seluruh badan saya berpeluh. Perlahan-lahan saya bangun dan terus melangkah ke arah meja bulat yang ada pedang samuarai di atasnya. 


Dengan tidak diduga, darah saya tersirap dan badan terus menggeletar. Pedang samurai terkeluar dari sarungnya. Ada kesan darah segar di mata pedang. Barang-barang lain yang berada di atas meja, tidak berubah kedudukannya. Tetap seperti tadi. 


Bagaimana mata pedang boleh terkeluar dari sarungnya? Timbul pertanyaan dalam hati. Saya terus mengamati ulu pedang, tidak ada kesan telapak tangan manusia. Dalam keadaan yang serba tidak menyenangkan itu, saya terasa seperti ada bayang-bayang manusia bergerak dalam bilik tidur.


Seperti biasa, saya cuba mengawal perasaan supaya jangan mengelabah. Menepis rasa takut dari hati. Kerana yakin, apa yang sedang saya alami ini, ada hubungkaitnya daengan syaitan, saya segera membaca ayat-ayat suci untuk menghalang niat jahat makhluk halus itu dari menganggu saya. Semakin di-baca, semakin kuat rasa debaran dan kecemasan bergolak dalam dada. Saya rasakan bilik tidur seperti berada di awang-awangan, badan saya seperti bergerak di udara. 


Pada saat itu juga, saya bagaikan terlihat mayat tanpa kepala berada di hujungkaki saya. Dari bahagianleher yang kudung keluar membuak darah merah bersama tompok-tompok ulat. Manakal perutnya terbelah sendiri, segala urat dan usus terlambak atas lantai. 


Paling mengejutkan mayat tanpa kepal itu bangun sendiri. Kerana tidak sanggup melihat semuanya itu, saya alihkan mata ke kaki katil, pandangan yang mengerikan tetap wujud di depan mata. Ketika ini, saya tidak dapat mengawal perasaan, pembacaan ayat-ayat suci mula bercelaru dan menjadi kacau. Keimanan, kesabaran dan ketabahan saya benar-benar tergugat. 


Bagaimana tidak tergugat? Di kaki katil tergolek kepala tanpa rambut, kesan luka di tempurung kepala penuh dengan ulat-ulat kecil, beberapa ekor ulat jatuh atas lantai dan melompat kembali ke tempurung kepala lalu bergayutan pada kulit kepala yang terkoyak.


“Subhanallah….,” terungkap kata itu dari kelopak bibir, bila saya lihat kepala tanpa badan berpusing sendiri. Menghalakan bahagian muka ke arah saya, pada saat itu timbul dalam fikiran untuk mengambil lampu minyak tanah yang tidak digunakan dibawah meja bulat (lampu minyak tanah memang disediakan untuk kegunaan di masa kecemasan, umpamanya bekalan elektrik terputus, akibat kerosakan enjin dan sebagainya), Saya merancang mahu simbah minyak tanah yang ada dalamperlita ke kepala tanpa badan, kemudian nyalakan api. 


Apa yanag ada dalam kotak fikiran, tidak dapat dilaksanakan. Sepasang kaki saya terasa lemah, kepala lutut bagaikan tiada, Saya tidak terdaya mengerakkan kaki apatah lagi untuk melangkah.


Memang tidak ada pilihan lain untuk saya. Sama ada mahu atau tidak saya terpaksa melihat apa yang ada di kaki katil. Aduh! Seramnya melihat daging pipi yang ada di kaki katil. Aduh! Seramnya melihat daging pipi yang sudah hancur bercampur dengan darah dan nanah, bergerak perlahan-lahan dan kelihatan macam susu pekat yang dituangkan ke atas roti. 


Dari daging yang sudah sebati dengan darah dan nanah muncul lagi beratus-ratus ekor ulat kecil yang bentuknya sama macam ulat nangka berwana kekuning-kuningan. Baunya amat busuk sekali, membuat tekak terasa loya.


Lidahnya yang terjelir dari mulut mengeluarkan cecair berwarna putih. Lidah itu sekejap terbuka dan sekejap tergulung. Dari lubang mata yang terlopong, kelihatan seperti ada sebutir batu yang mengeluarkan cahaya kebiru-biruan. Dari lubang telinga keluar air jernih seperti air mata air lalu melimpah ke ats lantai, kemudian hilang entah kemana. Bagaikan ada kuasa ghaib yang menghisapnya.  



BELAKANG


Saya terasa seperti ada orang berdiri di belakang saya. Cepat-cepat saya menoleh. Seorang tentera Jepun denganwajah yan bengis mengangkat pedang samurai untuk memancung leger saya. 


Dan saya menjeling ke arah meja bulat untuk memastikan apakah pedangyang berada di atas meja sudah berada di tangan tentera Jepun. Lagi sekali saya terkejut, pedang samurai itu memang tiada lagi atas meja bulat. 


Saya bertambah cemas. Apa yang patut saya lakukan, mustahil saya mampu menentang Jepun yang berdiri di belakang saya. Suara marah-marah dar tentera Jepun itu terus menyumbang lubang telinga saya. 


Pada saat itu saya rasakan mata pedang samurai hanya dalam jarak beberapa inci dari batang leher. Demi untuk meneruskan hidup saya harus bertindak, walau dengan apa cara sekalipun.


“Yaaaa…,” saya menjerit dan melompat. 


Dan dalam masa yang sama saya terdenganr bunyi pedang samurai jatuh di lantai diikuti dengan sepatu tentera Jepun lari menuju ke pintu bilik. 


“Kenapa menjerit?” 


Lelaki berambut panjang tercegat di depan mata. Saya jadi ragu-ragu atas kehadirannya. Bagaimana dia begitu cepat boleh berada di dalam bilik, sedangkan dia berada  jauh (di bahagian atas bot) dengan saya? Mungkit apa yang saya lihat dan alami ada hubungkait dengannya. 


“Macam mana kamu masuk?” Tanya saya.


“Ikut pintu yangkamu buka.” 


“Saya yang buka ?” 


“Iya.” 


“Pelik sungguh ,” kata saya,


Si rambut panjang terus tersenyum. Rasa sangsi terhadapnya kian menebal di hati. Saya renung matanya yang kemerah-merahan itu. 


Dia masih tersenyum dan kelihatan tenang sekali. Saya gigit bibir sambil menarik nafas panjang. Pedang samurai sudah pun berada di atas meja bulat. Dahi segera saya kerutkan, sesungguhnya saya amat bingung dengan suasana yang saya hadapi ini. 


“mari kita keluar, kita tinggalkan bilik ni,” ujar si rambut panjang.  Memastikan keadaan dalam bilik tetap macam biasa. Lampu bilik pun dipadamkan. 

“Semuanya mesti sebelum kamu datang kesini, itu pesan juragan kepada aku,” kata si rambut panjang sambil merapatkan pintu bilik.


Dengan perlahan-lahan dan hati-hati si rambut panjang mencantumkan dinding bot yang terpisah dengan serapat-rapatnya, sehingga tidak seorang pun menyangka di balik dinding yang dijadikan rak tempat alat-alat keperluan bot itu , terdapat sebuah bilik misteri. 


‘Kenapa menjerit, macam ada yang ganggu kamu?” Si rambut panjang renung muka saya. Cepat-cepat saya anggukan kepala. Si rambut panjang terus mengajak saa ke arah tangga untuk naik keatas bahagian bot.



DUDUK


Sampai di tangga, saya terus duduk di situ. Hati masih belum puas, selagi tidak diceritakan apa yang dialami kepada si rambut panjang. Barangkali, dia dapat membantu saya dalam usha mencari punca kejadiam yang dialami, fikir saya dalam hati.


“Kenapa berhenti di sini?” 


“Fikiran saya runsing.” 


“Runsing?” Si rambut panjang menjegilkan matanya lalu duduk di sisi. 


Deru angin laut dan bunyi desir ombak masihdapat ditangkap oleh gegendang teling. Sesekali terdengar datuk batuk pendek. Suara Nyak Sulaiman tetap lantang mengingatkan pemandu bot supaya berhati-hati.


“Apa yang kamu runsingkan, cakapkan kepada aku.”


“Mungkin kamu tak percaya, bila aku ceritakan pada kamu. Mungkin kamu gelakkan aku.” 


“Apa dia, cakaplah?” Desaki rambut panjang. 


 “Pedang samurai bergerak sendiri, ada mayat yang kepalanya terpisah dengan badan, ada askar Jepun nak pancung aku,” dengansuara tersangkut- sangkut saya bercerita, badan terasa seram dan bulu roma mula meremang.


Si rambut panjang tidak menunjukkan reaksi cemas atau takut. Malah dia kelihatan tenang dan tersenyum panjang. Sudah tentu sikapnya ini menimbulkan bermacam-macam prasangka dalam diri saya.


“Kalau tak salah dalam ingatan aku, kamu orang ketiga terkena maapetak tu,” secara sepontan si rambut panjang bersuara. Lagi sekali saya beliakkan biji mata.


“Siapa lagi dua orang tu?”


“Adik juragan dan bapa saudaranya.”


“Sama seperti yang aku alami?”


“Iya,” angguk si rambut panjang. 


“Macam mana dengan Nyak Sulaiman, pernah dia mengalaminya?” 


“Entah,” si rambut panjang mengangkat kedia belah sayap bahunya.


Dia segera bangun dan memanjat anak tangga menuju ke bahagian atas bot. melihat si rambut panjang angkat kaki, saya pun segera angkat punggung. Saya tidak mahu sendirian di situ. 

Sebaik saja sampai di atas si rambut panjang terus menuju ke tempat pemandu bot. Saya terus mengekorinya. Tanpa disedari,  ada sepasang mata sedang mengawasi gerak langkah saya dengan teliti. 


“Mahu kemana kamu. Tamar?”  


Langkah saya terus terhenti. Saya terus menoleh ke arah suara itu datang. Datuk berdiri tenang di balik rimbunan  kotak dibuat dari papan jati.


“Saya nak ikut dia tuk.” Jari telunjuk saya luruskan ke arah si rambut panjang yangseparuhnya sudah ditelan oleh pintu bilik pemandu.


“Jangan ikut dia,” 


“Kenapa tuk?” 


“Aku kata jangan, janganlah. Kenapa kamu banyak soal?” Suara datuk mula meninggi. Sepasang matanya terpanah ke wajah saya.


Nasib saya sungguh baik, di saat keresahan secara tidak sangka-sangka Nyak Sulaiman muncul dari arah belakang datuk. Nyak Slaiman mneyeluk saku baju butang lima, mengeluarkan jam bulat berantai. Lama benar dia menatap permukaan jam tersebut.


“Dah dekat pukul empat pagi.” Tuturnya dengan tenang. 


“Nampaknya kita subuh dalam bot,” tingkah datuk. 


“Tidak, dengan izin Allah kita subuh di masjid Kuala Tungkal, kita berjemaah.” Ucap Nyak Sulaiman penuh yakin. 


Saya tetap berdiri dalamkeadaan serba salah. Apakah saya harus berdiri macam patung atau memulakan langkah untuk pergi  ke mana saja dalam bot. Saya tarik nafas dalam-dalam. 


“Tamar.” 


“Iya tuk.”


“Kamu pergi tidur di tempat tadi, bila dah sampai ketempat kita tuju, aku bangunkan kamu,” datuk keluarkan perintah baru yang amat berat untuk saya laksanakan. Makin teballah rasa serba-salah menguasai diri saya.


Mestikah saya berterus terang dengan datuk. Menceritakan apa yang telah saya alami. Percayakah datukdengan cerita yang bakal saya ungkapkan. 


“Kenapa tercegat di situ ?” Herdik datuk bila melihat saya tidak bergerak  dengan perlahan-lahan. Saya masih belum dapat membuat keputusan jitu, samada mau berterus terang atau sebaliknya. 


“Balik ke tempat tidur kamu,” ulang datuk.


“Saya tak mahu tuk.” 


“Kenapa Tamar?” tanya datuk dengan wajah serius.


Saya segera mendekatinya dan meluahkan pengalaman yang dialami ketika berada di bilik tidut Nyak Sulaiman. Datuk amat terkejut tetapi, Nyak Sulaiman tidak cemas dan terkejut. Dia kelihatan tenang dan bersahaja.


“Itu perkara biasa,” kata Nyak Sulaiman. 


“Biasa ? bagi saya perkara ini amat luar biasa,” sanggah saya dengan dada yang berdebar. Datuk meraba hujung dagu berkali-kali dan kemudian menggaru pangkal lehernya. 


MENATAP        


Sepasang mata datuk silih berganti menatap wajah saya dan Nyak Sulaiman. Agaknya dia mencari kepastian , siapakah  di antara kami yang bercakap benar. 


“Kau saja yang bercerita pada aku tentang perkara yang kamu kata tidak ganjil tu,” sepasang mata datuk tepat tertumpu ke wajah Nyak Sulaiman. Macam tadi juga dia tidak memperlihatkan sebarang berubahan. 


Nyak Sulaiman tetap tenang, senyum terus bermain di kelopak bibirnya. Datu mengigit bibir dari gerak bola matanya, saya dapat menduga yang datuk mula ragu-ragu terhadap Nyak Sulaiman. 


“Kau ceritakan,” desak datuk.


Nyak Sulaiman mula mundar-mandir di depan datuk dalamkeadaan tidak tentu arah. Jelingan di hujung matanya menyelinap ke arah muka ssay. Macam ada sesuatu yang difikirkan ole Nyak Sulaiman. Semua gerak gerinya tetap dalam sorotan mata datuk. 


Tanpa di sangka-sangka Nyak Sulaiman terus meletakkan punggung atas papan jati. Sepasang kakinya diluruskan. Deru ombak terus memukul gegendang telinga saya.


“Begini…,” Nyak Sulaiman tidak meneruskan kata-kata. Saya dan datuk jadi resah. Dalam keresahan hati yang tidak bertepi itu, saya lihat datuk bangun dari tempat duduknya. Dia terus bentang tikar mengkuang (yang sememangnya dibawa dari rumah) di depan Nyak Sulaiman. 


“Kamu duduk di sini,” kata datuk pada saya. Tanpa banyak soal jawap, saya pun segera duduk di sisinya.


“Kita dengar cerita dari orang ini, “ sambung datuk sambil jari telunjuknya menunding ke arah Nyak Sulaiman yang tersenyum lebar.


Bot besar terus bergerak, angin laut teus menyapa wajah kami bertiga.


“Sekarang ceritakan, tempat duduk kami cukup selesa,” datuk terus bersuara. Nyak Sulaiman tersenyum simpul. Sila dikemaskannya, dada dan wajah dihalakan ke arah angin datang.  


“Dulu bilik kecil tak semacam tu,” dengan wajah yang amat tenang Nyak Sulaiman memulakan cerita, “ sesiapa pun boleh tidur di situ, tidak ada apa-apa yang menganggu” sambungnya denga nada suara yang agak perlahan.


Ekor mata Nyak Sulaiman renung ke kiri dan ke kanan. Macam ada sesuatu yang diawasinya. Datuk dan saya terus renung kiri kanan, semuanya macam niasa. Tidak sesuatu yang ganjil dan aneh. 


“Habis, sekarang macam mana? Lainpula jadinya,’ celah datuk.


“Sekarang, usahkan Taamr, saya sendiri kena ganggu kalau tidur di situ, saya pernah menjerit dan lari keluar dari bilik tu,” lanjut Nyak Sulaiman lalu disambut oleh datuk dan sayan dengan ketawa. Kisah Nyak Sulaiman sungguh melucukan. Dia juga turut ketawa (mengetawakan diri sendiri). Matanya nampak berair. 


Setelah ketawa reda, datuk segera bertanya: 


“Macam mana punca petaka tu datang?” 


“Puncanya, bila saya membeli pedang samurai dan meja bulat.” 

“Haa..,” kata datuk sambil menghela nafas panjang, “ di mana kamu beli barang-barang itu,” datuk terus merisik rahsia. Nyak Sulaiaman terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Dia dongakkan kepala merenung dada langit yang ditaburi bintang.


“Pedang samurai tu, hadiah dari seorang kawan yang selalu belayar dari Tanjung Periuk–Belawan dari Belawan-Tanjung Periuk. Kawan saya tu, jumpa pedang samurai di banglo yang pernah di jadikan markas tentera Jepun, masa  perang kedua dulu.”  


“Banglo tu di mana Nyak?” Tanya datuk. 


“Di Surabaya.”


“Di Surabaya,” datuk menyebut nama tempat itu  sekali. Nyak Sulaiman anggukkan kepala.


“Saya merasa megah menerima hadiah tu, saya tak pernah terfikir sesuatu yang buruk,” lanjut Nyak Sulaiman sambil mengerut dahi.


“Meja bulat tu, kamu dapat dari mana ?” Soal datuk lagi. “ Ha yang tu, saya beli di Kampung Batu Uban, Pulau Pinang. Saya beli dari lelaki India Muslim,” jelas Nyak Sulaiman. Menurutnya pedang dan meja bulat itu terus diletakkan dalam bilik tidurnya. 


Terbiar di situ selama berminggu, hinggalah pada suatu malam Jumaat. Semasa belayar merentas Selat Melaka, secara mendadak dia teringat untuk membasuh keris pusaka tujuk luk yang tersimpan di bilik tidurnya.



KERIS 

   

Setelah selesai memandikan keris dengan air limau, dia membakar kemenyan untuk mengusap mata keris tujuh luk. Disaat mata keris berada dalam kepulan asap kemenyan, secara mendadak saja Nyak Sulaiman terdengar derap sepatu Jepun dalam jumlah yang cukup ramai. Bunyi itu bagaikan keluar dari papan dinding bilik tidurnya. 


Semasa Nyak Sulaiman memastikan dengan tepat arah suara itu datang, tiba-tiba dia terdengabunyi suara perempan menjerit minta tolong. Keris yang sedang diusap dengan kemenyan denga sarung segera dimasukkan ke dalam sarung.


Suara tentera Jepun berpadu dengan jeritan perempuan. Nyak Sulaiman tidak tentu arah, anak telinganya menjadi seakan-akan tuli.  Dia hilang ingatan sejenak dan merasai dirinya berada di dunia lain. 


Pada saat itu, terdampar sekujur tubuh gadis yang jelita, tanpa pakaian di depannya dalam keadaan yang samar-samar. Dia juga melihat empat tentera Jepun dengan rakus memperkosa gadis itu secara bergilir. 


Tentera Jepun yang keletihan terbaring di tempat kejadian. Dan dalam masa yang sama gadis korban nafsu serakah tentera itu bangun. 


Dia bagaikan mendapat kekuatan ghaib membuka langkah silat dengan rambut panjang mengerbang matanya terbeliak merah. Tiba-tiba saja di tangannya ada buluh runcing. Tindakannya bagaikan orang gila menikam peurt tentera Jepun satu persatu. Darah memancut lalu menyembur ke muka gadis itu. 


Nyak Sulaiman menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan, bila melihat  dia melihat gadis itu menjilat darah yang melekat di tubuh dengan lidah yang luar biasa panjangnya. 

Ukuran lebarnya mengatasi ukuran lebar lidah manusia. Kerana tidak tahan berhadapan dengan keadaan tersebut, Nyak Sulaiman terus meluru keluar dari bilik tidurnya.


“Saya betul-betul hilang akal masa itu, saya rasa diri saya bukan berada diatas bot, saya rasa macam berada dirumah besar.” Kata Nyak Sulaiman kepada datuk. 


“Lagi ada perkara yang menarik?” Soal datuk. 


“Sejak kejadian malam itu, saya tak boleh tidur di situ, kalau saya tidur juga buruk padahnya,” akui Nyak Sulaiman.


“Kenapa kamu suruh cucu aku tidur di situ.”


“Ahhh…,” Myak Sulaiman seperti tergamam. Dia tidak menduga pertanyaan sedemikian boleh terkeluar dari mulut datuk.    


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box