SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT

Saya lihat datuk berada dalamkeadaan serba salah. Berkali-kali dia merenung ke arah laut. Nyak Sulaiman meraba cuping telinga kirinya berkali-kali. Sesekali dia mengigit bibir, Nyak Sulaiman resah semacam.


“Saya ingatkan makhluk ganjil tidak kacau orang muda macam Tamar ni,” tersipu-sipu Nyak Sulaiman bersuara. Saya kira,  itu adalah jawapan yang kurang tepat.  


Alasan yang tidak munasabah, sekadar mahu melepaskan batuk di tangga. Inilah kesimpulan yang dapat saya rumuskan dari jawapan Nyak Sulaiman itu.


“Katakan saja, bukan itu jawapannya. Kamu ada niat lain,” sanggah datuk, “ kamu mahu menarik perhatian aku dengan harapan dapat menolong kamu. Aku tahu kamu malu berterus terang,” tambah datuk lagi. Saya lihat air muka Nyak Sulaiman berubah. Dia malu. 

 

“Iya memang itu tujuan saya,” Nyak Sulaiman mengaku. Datuk terus tersenyum. Dua tiga kali saya menggaru pipi yang secara tidak semena-mena terasa gatal. 


“Kamu mahu aku berusaha dan bertindak?” Tanya datuk.


“Iya,” angguk Nyak Sulaiman.


“Kalau begitu ikut aku, jangan tegur dan jangan tanya apa yang aku buat,’ ujar datuk. 


Serentak saya dan Nyak Sulaiman mengangguk.


Datuk pun bangun lalau melangkah menuju ke bilik tidur. Tanpa banyak cakap dan karenah, saya dan Nyak  Sulaiman terus mengekori datuk menuju ke bilik tidur khas Nyak Sulaiman. Sebaik saja pintu bilik dibuka, saya terkejut dan merasa hairan yang amat sangat, keadaan dalam bilik berselerakan. 


Meja bulat diterbalikkan dengan kaki ke atas. Mata pedang terpisah dari sarung. Matanya berada atas katil manakala sarungnya berada dibawah katil. Paling mencemaskan hati mata pedang berlumuran dengan darah. Masa saya tinggalkan kamar tidur, keadaan tidak sedemikan, saya kira ada manusia melakukan semuanya ini. Siapakah manusia itu?


Datuk angkat tangan kiri, memberi isyarat supaya (saya dan Nyak Sulaiman) jangan melangkah. Badan kami juga jangan melebehi bahu atau berdiri selari dengan badannya (datuk). Sepasang mata dau menyorot tiap liku bilik. Tiba-tiba cadar atas kalti bergerak sendiri lalu membungkus mata pedang.


Dalam suasana yang serba aneh itu, saya terdengar dengan jelas  datuk menyebut perkataan ‘BISMILLAH…’ dengan tenang, kemudian dituruti dengan beberapa rangkap ayat dari al-Quran yang tidak berapa jelas kedengaran. 


Bila pembacaannya selesai, datuk tersu menyentap kain cadar yang membalut mata pedang dan segera dihumban le sudut bilik. Kemudian terburu-bur dia mendekati kain sebut. Tiga kali dia memijak kain cadar dengan tumitnya. 



KAIN 


Setelah selesai melakukannya semuanya itu, kaincadar terus digulung bulat macam bola lalu ditendang dengan tumit kaki kanan lima kali berturut-turut ke arah dinding.


Kain cadar itu dibiarkan terkapas atas lantai. Datuk renung ke arah katil dengan dahi yang berkerut sambil menarik nafas panjang. Dia menggenggam penumbuk (tangan kiri) dua tiga kali dia menumbuk angin. 


“Huppp…, “ suaranya lantang. 


Dia membuka langkah silat, bergerak ke kiri dan ke kanan. Kemudian berdiri kaku macam patung kebih kurang tiga empat minit.


Setelah itu dengan tenang datuk melangkah ke katil mengambil mata pedang dan terrus dimasukkan ke sarungnya. Perlahan-lahan datuk alihkan pandangan ke wajah saya. Renungannya cukup tajam, sinar matanya bagaikan berapi. 


“Kamu langkah meja bulat tu dari kiri ke kanan, tiga kali berturut-turut. Pejamkan mata kiri dan mulakan langkah kiri dengan hanya ibu jari kanan menyentuh lantai, lepas langkah pertama barulah boleh memijak lantai dengan biasa,” arahan yang dikeluarkan oleh datuk, saya dengar dengan teliti. Apa yang disuruhnya segera saya lakkan dengan cermat.


Bila tugas itu selesai saya laksanakan seluruh badan terasa lemah. Sendi-sendi terasa sakit macam ditusuk benda tajam dan pandangan saya jadi berpinar-pinar. Badan terasa melayang-layang dan dalam mengimbangi badan itu saya terjatuh. Naasib baik datuk segera memeluk dan terus memangku tubuh saya.


Denagn tenang datuk menekan ibu jari kirinya ke pangkal kening kanan saya. Dengan sekali urut di kelopak mata, saya kembali pulih dan bertenaga macam biasa.


Bila saya memegang meja hitam untuk mengalihkan kedudukannya ke tempat lain, datuk segera menghalang. Dia keluarkan arahan menyuruh Nyak Sulaiman memikul meja hitam untuk dibawa di bahagian atas bot. Tugas membawa pedang samurai adalah tanggong jawap datuk. Apa yang saya lihat datk tidak menyandang pedang samurai, sebaliknya dia memikul pedang tersebut. 


Datuk pun memulakan langkah dalam keadaan badan yang agak membengkok. Mukanya berkedut selah-olah pedang  yang dipikulnya itu amat berat sekali. 


Dengan sekelip mata saya lihat dahi dan pipinya bermandikan peluh. Dalam keadaan yang serba payah itu, datuk terus melangkah dengan hati-hati agar tubuhnya jangansasmpai jatuh. 


Sebaik saja sampai di bahagian atas bot, tanpa berlengah-lengah lagi, datuk terus menghempaskan pedang samurai atas lantai. Bot yang ditumpangi terasa bergegar. Datuk yang kepenatan terus mengesat peluh di dahi dengan telapak kanannya berkali-kali. Dia berehat sejenak untuk menghilangkan rasa penat.


Bila datuk merasakan badannya sudah bertenaga, dia terus berdiri dekat pedang. Buat beberpa minit pedag samurai direnung dari pangkal ke hujung, dari hujung ke pangkal, perbuatan ini dilakukannya berkali-kali. 


Datuk termenung sejenak. Macam ada sesuatu yang difikirkannya, datuk merenung ke arah Nyak Sulaiman. 


“Beratnya macam memikul beras seguni.” Rungut datuk dambil menggaru pangkal dagunya berkali-kali. 


“Begini…,” belum punsempat Nyak Sulaiman meluahkan kata-kata selanjutnya, datuk segera memberi isyarat ke arahnya supaya jangan berkat-kata.


Menyedari kesilapannya, Nyak Sulaiman terus tunduk merenung  lantai bot. Saya menarik nafas lega kerana dari air mukanya saya dapat menduga bahawa Nyak Sulaiman tidak tersinggung dengan apa yang datuk lakukan. 


Bot besar terus bergerak membelah ombak, menyongsong angin. Bintang di langit masih bertaburan.


Angin laut membuat saya mengigil dan mahu mencari tempat untuk memanaskan badan. Disebabkan ada pantang larang yang mesti dipatuhi hasrat hati saya (mungkin juga hasrat hati Nyak Sulaiman) tidak dapat dilaksanakan. 



HUJUNG .


Tiba-tiba saya lihat datuk mencangkung dihujung pedang. Dengan ibu jari kaki kiri, datuk menekan hujung pedang. Saya mengedutkan kening, badan pedang terangkat macam ada sesuatu yang menolaknya. Pedang terus terpacak tetapi, hujung ibu jari kaki  datuk tetap menyentuh hujung sarung pedang. 


Perhatian saya dan Nyak Sulaiman tertumpu ke arah datuk. Tiba-tiba terpancar cahaya dari permukaan laut, macam cahaya kilat yang bentuknya memanjang macam tali kerbau. Dan tali itu menghala ke arah datuk. Saya lihat datuk mengeliat menahan kesakitan. Baju yang di pakainya terkoyak di tengah iaitu di bahagian  tulang belakang. Koyak itu bermula dari bahagian tengkuk hingga ke bahagian tulang punggung. 


“Ambilkanlah aku baju baru, baju cekak musang warna hitam,” jerit datuk sambil merenung ke arah saya. Harapan datuk itu segera saya penuhi, tergesa-gesa saya berlari ke arah beg rotan yang terletak di sudut bot.  Baju segera saya keluarkan dan lari ke arah datuk kembali. 


“Jangan dekati aku, campakkan saja baju tu kepada aku,” datuk mengeluarkan arahan, bila dia menyedari yang saya cuba mendekatinya. Tanpa membuang masa, baju hitam segera caya campakkan. Dengan tenang datuk menyambutnya dan secepat kilat baju itu disarungkan ke badan. Ibu jari kaki masih tidak berganjak, tetapi menyentuh hujung sarung pedang.


“Allah hu akhbar..” 


Suara datuk meninggi sambil tangan kanannya mengenggam penumbuk yang dijulang ke langit. Jeritan Allah hu akbar itu diulanginya tiga kali berturut-turut. Dengan serta merta cahaya dari permukaan laut yang berbentuk macam tali belati segera hilang. Suasana terasa amat tenang sekali. 


Tetapi, kedudukan datuk tidak berubah begitu juga denganpedang samurai. Rupanya suasana tenang dan hening itu hanya untuk beberapa minit saja. Saya dan Nyak Sulaiman dikejutkan dengan bunyi deru angin yang amat kuat. 


Muka Nyak Sulaiman kelihatan pucat, saya tidak dapat berdiri dengan baik, macam ada sesuatu yang menolak batang tubuh saya membuat badan saya bergoyang ke kiri dan ke kanan. 


Bunyi deru angin yang amat kuat itu membuat telinga saya terasa bengang, kelopak mata saya tidak boleh dibuka dengan luas, saya seperti berada di dunia lain. Bukannya berada di atas perut bot.    

 

Di dalam keadaan yang tidak menentu itu, saya terlihat dua lembaga hitam yang bentuknya tidak dapat saya pastikan, lembaga itu muncul dari laluan bot, saya kira lembaga itu datang dari laut lalu memanjat badan bot.



HILANG.

Mulut saya bagaikan terkunci dan suara saya seperti hilang. Saya tidak berbuat apa-apa untuk memberitahu datuk tentang lembaga tersebut. 


Samar-samar saya lihat Nyak Sulaiman jatuh terlentang atas bot. Lembaga hitam terus melangkah ke arah saya. Pada masa itu, saya lihat Nyak Sulaiman sudah boleh bangun dan terus merenung ke arah lembaga yang bergerak. Bila sudah hampir dengan saya lembaga hitam bertukar menjadi bentuk tentera Jepun. 


Nyak Sulaiman yang berada agak jauh dari saya nampak resah tidak menentu. Dia segera bergerak mendekati saya dan berdiri di sebelah kanan.


Lembaga tentera Jepun yang melangkah, kian lama, kian dekat dengan kami ( saya dan Nyak Sulaiman). Bila sudah dekat, barulahsaya dapat melihat rupa dan bentuk lembaga tersebut dengan jelas. Keadaannya amat menakutkan, saya jadi sesak nafas. 


Saya tidak sanggup menentang sepasang biji matanya yang merah menyala. Kulit perutnya terbelah dua, tali perytnya berjuntaian macam janggut sulung. Darah membuak-buak keluar dan lidahnya terjelir hingga ke paras lutut. 


Lembaga itu terus rapat ke arah saya. Dengan tujuan untuk menyelamatkan diri saya, Nyak Sulaiman terus menerpa ke arah lembag tentera Jepun.


Perbuatan Nyak Sulaiman menimbulkan kemarahan kepada lembaga tersebut. Saya lihat lembaga segera mengangkat tangan kanannya lalu mengembangkan jari-jarinya yang tidak berdaging.


Tulang jejari yang putih nampak bercahaya. Ruas ibu (tulang) jarinya agak panjang, berbeza dengan ruas jari manusia biasa. Lembaga itu menghayunkan tangannya menampar muka Nyak Sulaiman. 


Dengan sekali hayun saja, Nyak Sulaiman tersungkur di lantai, mengeletek macam ikan tercampak atas daratan. Dari geri Nyak Sulaiman itu ternyata dia mengalami rasa sakit yang amat sangat. 


Apa yang berlaku di ikuti oleh datuk dengan penuh debar. Tetapi, dia tidak dapat bertindak dengan berkesan, ibu jari kakinya yang bertemu dengan hujung pedang tidak boleh dipisahkan sebarangan.   

 

“Kalau aku ubah ibu jari kaki, ada bencana lain datang,” tutur datuk sambil merenung ke arah saya. Lembaga tentera Jepun kini mendekati saya, kedua belah tangannya dengan sepuluh tulang jemarinya menuju ke batang leher saya. 


Apa yang harus saya lakukan? Demi Allah saya tidak sanggup menentangnya. Saya hanya pasrah pada keadaan. 


“Bertenang, cucuku,” jerit datuk lagi. Sepuluh tulang jari jemari lembaga sudah hampir mahu menyentuh batang leher saya. Bau busuk terus menusuk lubang hidung saya. Sesungguhnya saya jadi lemas dengan bau tersebut.


“Aaaahhhhh….” 


Mata saya tertumpu ke arah Nyak Sulaiman, kaki dan tangannya mula bergerak perlahan-lahan. Beberapa saat kemudian seluruh tubuhnya dapat bergerak dengansempurna. Nyal Sulaiman mengumpulkan tenaga untuk bangun. 


Percubaan pertama dia gagal. Percubaan kedua juga mengalami kegagalan, sepasang lututnya bagaikan tidak berfungsi. Nyak Sulaiman yang tidak kenal putus asa itu terus berusaha dan dia mencuba buat kali yang ketiga. Dengan izin Allah dia berjaya berdiri. 


Nyak Sulaiman meraa kekuatan dirinya seperti sediakala. Sanggup menghadapi sebarang rintangan dari lembaga yang sedang mengancam diri saya.   



GHAIRAH


Kerana terlalu ghairah mahu menyelamatkan diri saya, secara tidak sengaja Nyak Sulaiman melanggar pesan dan pantang larang datuk yang melarang dia menegur apa yang datuk lakukan. 


“Eh, sahabat, usahlah kamu fikirkan tentang pedang Jepun tu, mari tolong aku selamatkan cucu kamu,” jerit Nyak Sulaiman kepada datuk. Ternyata apa yang dilakukan oleh Nyak Sulaiman tidak disenangi oleh datuk, tetapi dia memberi isyarat tangan supaya Nyak Sulaiman sendiri berusaha menghalang lembaga itu dari menganggu saya. 


Seperti yang dijangkakan, Nyak Sulaiman bertindak dengan berani, dia melompat dan berdiri di depan saya,. Dua kali dia melepaskan penumbuk kencang yang cukup kuat terhadap lembaga tersebut. Tindakan Nyak Sulaiman itu tidak memberi kesan apa-apa kepada lembaga sebaliknya lembaga itu terus bertindak balas. Sepasang matanya merenung tajam ke muka Nyak Sulaiman, renungan itu membuat seluruh sendi Nyak Sulaiman mengigil. 


Mungkin kerana tidak faham dengan sinaran mata lembaga itu membuat Nyak Sulaiman terhoyong-hayang. Tidak mampu berdiri dengan sempurna, keadaan Nyak Sulaiman tidak ubah seperti orang mabuk. Dalam keadaan Nyak Sulaiman tidak menentu itu, lembaga aneh terus angkat tangan kanan lalu melepaskan penampar ke arah pipi Nyak Sulaiman. 

Tamparan yang kuat  itu membuat Nyak Sulaiman tidak bersuara. Dia terus jatuh terlentang di lantai. Lembaga  yang sudah marah itu terus angkat kaki untuk memijak Nyak Sulaiman. 


“Bergerak dari situ,” kata datuk.


Saya tidak tahu ke arah mana saya harus melangkah.


“Ke kanan,” tutur datuk lagi. 


Arahan itu segera saya patuhi. 


Saya memejamkan mata bila melihat telapak sepatu lembaga tentera Jepun yang hanya berada dalam jarak tidak sampai satu inci dari dada Nyak Sulaiman. Anainya telapak sepatu itu ditekan sudah pasti tulang dada Nyak Sulaiman patah dan hancur. Di saat kecemasan, saya terdengar suara datuk membaca Lau An Zal Nal dari Surah 59:21. Amat lantang dan jelas sekali suara datuk menusuk ke lubang telinga saya.


Dengan mendadak saja, bot besar yang saya tumpangi terumbang ambing dimain gelombang besar. Saya jadi cemas kerana saya mengir ribut besar sedang menguasai lautan. 


Saya bayangkan bot yang saya tumpangi terus dihempas gelombang ke batu karang lalu hancur berkecai. Nyak Sulaiman dan anak buahnya, begitu juga saya dengan datuk terus terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri, bayangan yang menakutkan itu membuat saya hampir mahu menitiskan aiar mata. Apakah datuk menghadapi masalah seperti apa yang saya alami? Timbul pertanyaan dalam hati kecil. 


Setelah saya amati ternyata masalah itu hanya berlaku pada diri saya sendiri. Buktinya keadaan datuk tetap macam tadi, masih boleh membaca ayat-ayat Quran dengan baik dan teratur.


Tiba-tiba saya terdengar bunyi ledakan yang amat kuat, bot terumbang–ambing dan terasa seperti dilambung ombak.


Perkara itu berlaku dalam beberapa detik sahaja. Dan suasana kembali normal. Damai dan tenang. Mata saya masih terpaku ke arah lembaga yang berbentuk tentera Jepun.


Lagi sekali saya mengalami kejutan aneh (askar Jepun) tidak lagi memijak dada Nyak Sulaiman, sebaliknya lembaga itu terus berdiri kaku, sepassang kakinya bagaikan terlekat di lantai bot. Seluruh pancaindera saya tertumpu ke arah lembaga aneh itu. 


Pada saat itu juga, saya melihat ada api yang merayap di lantai menuju kearah sepatu yang dipakai oleh lembaga aneh. Api yang kecil itu terus membakar bahagian depan sepatu, kemudian merayap ke kaki seluar. 


Dalam beberapa detik saja api terus marak, membakar seluruh lembaga sehingga hangus, menjadi debu. Sebaik saja datuk menamatkan pembacaan Surah 59, api terus padam tanpa meninggalkan apa-apa kesan. Saya kedutkan dahi, semuanya bagaikan mimpi danbot terus membelah laut menuju ke Muara Jambi.  

 



Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box