SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG

 


Nyak Sulaiman terus bangun, dia terpinga-pinga. Kedua belah kelopak matanya digosok berkali-kali, perangainya tidak ubah seperti orang baru terjaga dari tidur yang panjang. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.


“Kamu berdua mari ke mari.”


Saya dan Nyak Sulaiman terus merenung ke arah datuk. Keadaannya tidak berubah, masih macam tadi dengan hujung jari kaki kanannya masih menyentuh hujung sarung pedang yang masih tegak.


“Ke mari cepatlah.”


Pekik datuk sambil menjegilkan biji mata ke arah saya dan Nyak Sulaiman. Agaknya, datuk marah kerana kami lambat mematuhi perintahnya. Bila melihat perubahan datuk itu, tanpa membuang masa saya dan Nyak Sulaiman segera mendekatinya.


“Kamu pegang hulu pedang.”


Tajam mata datuk tertumpu ke wajah Nyak Sulaiman yang nampak cemas sekali. Dada saya terus berdebar. Nyak Sulaiman masih kaku tidak tahu apa yang harus dibuatnya.


“Pegang,” ulang datuk.


“Saya,” suara Nyak Sulaiman mengeletar.


“Iya,” angguk datuk.


Dengan rasa menggeletar Nyak Sulaiman memegang hulu pedang. Tangannya nampak bergerak-gerak.


“Pegang kuat-kuat,”


“Baiklah,” sahut Nyak Sulaiman.


Datuk pun segera memisahkan ibu jari kakinya dengan hujung sarung pedang. Datuk pun melangkah tiga tapak ke belakang lalu berdiri lurus di situ. Wajah saya dipandang dengan tepat oleh datuk. Kepalanya dijatuhkan ke arah dada dan akhirnya diangkat perlahan-lahan hingga kami bertentang wajah. Saya pun menundukkan muka.


“Tamar.”


Saya segera panggungkan kepala.


“Renung mataku.”


Arahan datuk saya patuhi. Tidak ada sesuatu yang aneh dan ganjil yang saya rasai di saat menentang mata datuk. Agak lama juga saya bertentang mata dengannya. Lebih dari lima saat. Perasaan saya tetap macam biasa dan rela mematuhi segala arahan yang bakal di keluarkan oleh datuk.


“Sekarang, kamu rapat kepada aku, langkah perlahan-lahn dengan tidak mengubah  pandangan mata kamu adri mataku, sekarang kamu mulakan langkah,” tutur datuk dengan perlahan dan teratur, nada suaranya yang lemah hampir di tengelami oleh ombak. Saya berazam apa yang disuruh oleh datuk akan saya patuhi dengan sebaik mungkin.


“Berhenti!”


Langkah segera saya matikan, kami bertentang wajah. Datuk pun menjatuhkan telapak tangan kirinya ke atas bahu kanan saya dengan kuat. Berkali-kali bahu saya digoncangnya.


“Sekarang Tamar, kamu buangkan meja hitam itu ke laut.”


“Meja hitam tu, tuk?” Biji  mata saya jegilkan, hati saya jadi cemas dan berdebar. Rasa takut mula menguasai diri, saya jadi ragu-ragu untuk melaksanakan arahan datuk itu. Apakah tidak menjadi sesuatu yang buruk kepada saya bila meja hitam itu saya humbankan ke laut. Saya jadi serba salah.


“Cepatlah,” jerkah datuk.


Bagaikan ditolak sesuatu saya menghampiri meja bulat. Dengan sepenuh tenaga meja itu saya julang dan terus dibuang ke permukaan laut. Tugas sukar sudah saya laksanakan dengan jayanya, saya kembali mendekati datuk.


“Tugas kamu sudah selesai Tamar, sekarang giliran Nyak Sulaiman pula, kamu ikut aku, tengok apa yang aku buat,” datang lagi arahan dari datuk. Saya hanya anggukkan kepala.



LANGKAH


Datuk pun melangkah menuju ke arah Nyak Sulaiman . Angin laut terasa menyentuh kulit pipi dan deru ombak makin kuat memukul gegendang telinga. Saya lihat Nyak Sulaiman masih lagi memegang hulu pedang, muka nya bagaikan berpeluh. Badannya seperti mengigil.


Datuk terus berdiri di depan Nyak Sulaiman. Mereka bertentang mata, tiba-tiba saja wajah mereka  bertukar menjadi bengis dan garang. Mereka bagaikan berlawan antara satu dengan lain secara batin, rambut Nyak Sulaiman kelihatan jatuh ke dahi.


Sepasang mata datuk dan Nyak Sulaiman kelihatan merah, macam biji saga. Tetapi, saya dapat mengesan kekutatan tetap berada di pihak datuk. Buktinya, setiap kali datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawah, Nyak Sulaiman seperti terhoyong-hayang. Walaupun begitu, dia tetap berusaha menentang datuk. Saya kira, ada tenaga halus sudah meresapi ke dalam diri Nyak Sulaiman.


Bagaimana datuk mahu mengatasi masalah ini? Kawan baik sudah jadi musuh. Saya berdoa semoga tidak ada kejadian buruk terjadi selepas ini.


Dalam saat hati dan perasaan saya masih berkecamuk, tidak tentu arah, saya lihat tangan kiri datuk bergerak pantas, lalu menekan belakang tangan Nyak Sulaiman yang memegang hulu pedang.


Keadaan bertambah tegang, mereka saling tolak menolak, seolah-olah mahu merebut pedang. Urat-urat di lengan Nyak Sulaiman kelihatan timbul, bagaikan akar membalut bumi.


Di saat bertarung secara batin, datuk guna tangan kanan untuk memukul bahu kiri Nyak Sulaiman tiga kali berturut-turut, pada mulanya memang ada tindak balas dari Nyak Sulaiman, dia menghembuskan udara yang dikumpul dalam mulutnya ke arah datuk. Tetapi, datuk sempat melarikan wajahnya ke kiri. Hembusan itu tidak kena sasarannya.


Bila angin yang dihembus tidak menepati tujuan, saya lihat Nyak Sulaiman jadi lemah. Kalau tadi dia bertenaga dan kuat, kini menjadi sebaliknya. Walaupun begitu, dia masih memegang hulu pedang dengan kemas dan kejap sekali.


“Tamar,” jerit datuk.


“Iya tuk.”


Buka baju kamu, kibaskan ke badan Nyak Sulaiman tiga kali berturut-turut dari arah kiri. Elakkan kulit kamu dari terkena hembusan nafasnya.”


Agak terkejut saya mendengar perintah datuk. Rasa terkejut itu hanya terjadi beberapa detik saja dalam diri saya. Bila rasa terkejut itu hilang saya terus membuka baju dan mengibaskan ke arah Nyak Sulaiman.


Baru dua kali kibas Nyak Sulaiman terus bersin, saya terlihat macam ada asap nipis keluar dari tubuh Nyak Sulaiman. Asap itu seperti ditiup angin, berkumpul seperti segulung kain basahan dan bergerak menuju arah  laut lepas, lalu ghaib entak ke mana.



HABIS 


Sebaik saja asap nipis ituhabis keluar dari tubuh Nyak Sulaiman, datuk segera memeluk dan mendukungnya lalu didudukkan di suatu sudut kapal.


Walaupun tidak dipegang hulunya, pedang samurai itu tetap terpacak. Bagaikan ada makhluk yang tidak dapat dilihat memegangnya. Saya jadi terpegun melihat semuanya itu.


“Biarkan pedang itu di situ. Jangan diusik dan jangan disentuh,” datuk pun menggamit saya di sisinya. Saya segera mendekatinya lalu membantunya memulih Nyak Sulaiman.


Usaha datuk tidak sia-sia. Nyak Sulaiman berjaya dipulihkan dengan baik. Boleh bangun dan berjalan. Bila disuruh oleh datuk membaca surah al-Ikhlas, dia dapat membaca dengan lancar serta jelas. Buat seketika kami (saya,Nyak Sulaiman dan datuk) lupa tentang pedang samurai yang tegak sendiri itu.


Tiba-tiba kami dikejutkan oleh bunyi benda jatuh yang amat kuat. Bot yang kami naiki bergegar dengan hebatnya. Serentak kami menoleh ke arah pedang yang sudah terdampar atas lantai  kapal. Memang tidak logik dan tidak masuk akal  hingga sekuat itu  bunyi pedang samurai jatuh ke lantai. Saya dan Nyak Sulaiman berpandangan, penuh kehairanan dan ketakjuban yang amat sangat. Datuk tetap tenang.


“Pedang yang tergolek di lantai tu, itulah pedang sebenar,” bergetar suara datuk sambil merenung ke arah saya. Nyak Sulaiman yang baru pulih turut tercengang mendengar kat-kata datuk itu.


“Saya tak faham.” Tanya Nyak Sulaiman.


‘Mudah je.”


“Mudah? “ Biji mata Nyak Sulaiman terbeliak


“Iya, sekarang sudah tak ada iblis menumpang di pedang tu, kamu tahu yang terbakar tadi,  ibunya, “ sambung datuk. Saya menarik nafas kelegaan.


Datuk pun melangkah menuju ke arah pedang yang tergolek dilantai lalu diambil dan ditatang separas dada.  Dengan tangkas dia mencabut pedang dari sarungnya, lalu mata pedang itu ditayangkan kepada saya dan Nyak Sulaiman. Sarung pedang terus dipijaknya dengan kaki kanan. Pandangan saya dengan Nyak Sulaiman tidak berubah dari mata pedang yang kelihatan agak ganjil.


“Sekarang kamu berdua tengok sendiri macam mana rupa mata pedang ini,” dengan senyum datuk bersuara. Mata pedang ynag beberapa jam tadi saya lihat cukup tajam dan lebar, kini menjdai kecil dan berkarat. Bentuknya, tidak seperyi apa yang saya lihat. Ini sungguh menakjubkan.


“Kamu sudah tengok sendiri, kamu tentu terkejut Tamar,” mata datuk tidak berkerdip merenung ke arah saya. Datuk masukkan semula mata pedang ke sarungnya.


Dengan kedua belah tapak tangan, dia menjulang pedang menuju ke bibir bot. Berdiri si situ, saya dan Nyak Sulaiman segera mendekatinya kerana ingin tahu apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh datuk.


“Lautlah tempat kamu,” desis datuk.


Pedang lama itu terus dihumban ke laut. Nyak Sulaiman tercengang dengan tindakan datuk itu. Datuk segera memusingkan badannya lalu berhadapan dengan kami.


“Maafkan aku, pedang yang aku buang tadi, sebenarnya besi karat yang tidak berguna.”


“Saya menyimpannya sebagai bahan sejarah,” Nyak Sulaiman mempertahankan tujuan dia menyimpan pedang tersebut.


“Kamu sudah menerima akibat dari kegemaran kamu tu, Nyak.”


“Haaa…,” Nyak Sulaiman tergamam mendengar cakap datuk. Dia bagaikan baru menyedari apa yang telah dialami dan dilaluinya. Nyak Sulaiman termenung panjang..



SINAR


Dibawah sinar lampu bot yang agak malap itu. Datuk merenung wajah Nyak Sulaiman dengan renungan yang tajam dan penuh simpati.


“Kamu sayangkan pedang itu Nyak..”


Nyak Sulaiman anggukkan kepala.


“Pada hemat aku, kawan yang menhadiahkan pedang itu, sebenarnya sudah tidak tahan dengan olah dan karenah pedang Jepun ni. Nak dibuang sayang, lalu diberikan kepada kamu. Akibatnya kamu yang tanggung padah.”


 Nyak Sulaiman terus tunduk. Dia tidak memberi sebarang komen. Saya terus membisu, bot terus membelah ombak. Anak buah Nyak Sulaiman tiada seorang pun berkeliaran dekat kami, agaknya mereka menjalankan tugas masing-masing, Mungkin juga sedang tidur, fikir saya dalam hati.


“Pedang yang aku humban ke laut tu, dah banyak menetak batang leher manusia yang tidak berdosa,” kata datuk lagi, “ aku harap kamu merelakan apa yang aku buat, demi kebaikan dirimu, keluargamu dan anak-anak kapal kamu,” datuk menelan air liur.


“Memang itu yang saya harapkan demi kebaikan diri saya,” jawapan Nyak Sulaiman itu, memang di luar jangkaan saya dan datuk. Saya terharu.


Perlahan-lahan datuk menepuk bahu kanan Nyak Sulaiman, lima enam kali berturut-turut . Nyak Sulaiman seperti terharu dan dengan spontan tangan Nyak Sulaiman ditarik oleh datuk ke satu sudut yang agak lapang.


Di situ, laut dan langit dapat dilihat dengan jelas, begitu juga dengan pengemudi bot yang hanya mengikut dan akur dengan perintah yang diberikan oleh Nyak Sulaiman.


“Dah masuk kawasan Selat Bengkalis,  tak lama lagi sampailah kita ke Kuala Tungkal,” jerit pemandu bot sambil menjengukkan kepalanya keluar dari bilik kecil, empat persegi.


“Bagus,” Nyak Sulaiman menegakkan ibu jari ke arah pemandu bot, kami mahu sembahyang subuh di masjid,’ sambungnya lagi.


“Jadi kita terpaksa berhenti di Kuala Tungkal, tidak terus ke Muara Jambi,” tanya si pemandu bot lagi. Nyak Sulaiman segera anggukkan kepala.


Gerak bot tidak selaju tadi, keadaan laut juga agak tenang. Deru ombak juga tidak sehebat tadi. Kini bot sudah pun berada di perairan Selat Bengkalis dan kian rapat ke pantai, mula mencari sasarannya  pengkalan (Jeti) Kuala Tungkal. Langit Selat Bengkalis nampak cerah sekali,


“Hati-hati, jangan laju-laju nanti gelombangnya mengganggu perahu dan sampan kecil,” itu saranan yang diluahkan Oleh Nyak Sulaiman kepada anak buahnya. Saya lihat pemandu bot mendengar dengan patuh sambil anggukkan kepala.


Sayu sayu saya melihat cahaya pelita di daratan. Bintang timur di kaki langit jelas kelihatan. Ah! Sebentar lagi kaki ini akan menjejak bumi nenek moyang datuk. Ingin ku temui keluarga disini, hati saya terus berkocak.


Akirnya, bot pun rapaat kejeti, saya tidak dapat menghitung jumlah bot yang berada di sekitar kawasan jeti disebabkan keadaan agak gelap.



MENDARAT


Bot pun berlabuh di jeti dan kami pun mendarat. Nyak Sulaiman membawa saya dan datuk kerumah kenalannya. Manakala anak buahnya tetap berada di bot. kami sampai di sebuah rumah yang halamannya cukup bersih, tidak berpagar tetapi di penjuru kiri dan kanan halaman terpacak buluh kuning yang sudah berdaun halus.


Nyak Sulaiman memberi salam, setelah  salam di jawap pintu rumah pun terbuka.


“Mana anak buah kamu,” kenalan Nyak Sulaiman mengajukan pertanyaan sambil mempersilakan kami naik ke rumah. Nyak Sulaiman memperkenalkan saya dan datuk kepada kenalannya itu, kami bersalaman.


“Budak budak tu, sengaja saya suruh tinggal di bot. Saya bimbang kalau tidak ditunggu , nanti barang dalam bot kena geledah pula,”


“Bagus tu, waktu akhir-akhir ini ada bot luar yang ditambat di jeti dirompak, hilang semua barang.”


“Kerja siapa tu.”


“Hai kamu bukan tak tahu, lanun kecil-kecil ni dah lama ada. Cuma sekarang baru mula mengganas. Jadi kamu kena beringat selalu,” tutur kawan Nyak Sulaiman yang berbadan tegap, memakai baju Melayu teluk belanga, berkain pelikat bercorak kotak serta ketayap putih.


Di ruang tempat kami duduk, terdapat sejadah dan senaskhah Quran. Saya yakin, semasa Nyak Sulaiman memberi salam tadi, orang itu sedang membaca Quran sementara menanti waktu subuh tiba untuk pergi berjemaah di masjid.


Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, semasa Nyak Sulaiman memperkenalkan saya dan datuk kepada orang itu. Saya dan datuk disebut sebagai orang Semenanjung  saja, nama kami tidak disebut. Dan nampaknya kenalan Nyak Sulaiman itu tidak berminat untuk mengetahui nama saya dan datuk.


Semasa orang itu menyuruh isterinya menyediakan kopi, datuk segera bersuara.


“Tak payah, saya dan cucu guma mahu numpang mandi aje,  kemudian nak berjemaah di masjid.”


“Kalau dah begitu kata, saya menurut saja. Agaknya…,” orang itu tidak meneruskan kata-kata, sebaliknya merenung ke arah Nyak Sulaiman yang kelihatan dalam serba salah.


Barangkali, Nyak Sulaiman menyedari kesilapannya kerana tidak menyebut nama datuk dan saya, serta daerah atau negeri asal kami kepada tuan rumah. Dia juga tidak memberitahu nama tuan rumah kepada kami. Tetapi, kerana ikatan rumpun bangsa dan agama yang dimiliki membuat kesilapan tidak menjejaskan atau menghalang kami berkomunikasi dengan baik dan teratur.


“Ya ini saya perkenalkan….” Nyak Sulaiman tidak meneruskan kata-kata, datuk menghampiri tuan rumah lalu berbisik sesuatu.


“Dia sudah memberitahu namanya pada aku, nama cucunya Muhammad Tamar,” turut tuan rumah dengan tenang, “ aku juga sudah memberitahu nama aku Haji Mat Nor, imam masjid di sini,’ lanjut tuan rumah.


“Maafkan saya,” denganwajah minta simpati Nyak Sulaiman merenung ke arah datuk.


“Tak mengapa, bagi diri saya, terlupa tersilap perkara biasa , sahut Haji Mat Nor dengan cara itu rasa malu Nyak Sulaiman hilang dengan sendirinya.


“Kalau begitu, pergilah mandi dulu. Kemudian kita berjemaah subuh, sebenarnya tentang kawan ni ….” Haji Mat Nor menepuk bahu kanan datuk, Nakhoda Amirul yang menguruskan perjalanan kamu ke mari, dah beritahu,” sambutan Haji Mat Nor tersenyum. Datuk anggukkan kepala tetapi Nyak Sulaiman gelengkan kepala, barangkali dia kagum dengan cara Nakhoda Amirul bertindak  dan mengatur perjalanan datuk dan saya ke tanah jambi.


Saya dan datuk beredar dari ruang rumah menuju ke perigi yang dipagar dengan papan jati. Kerana air telaga terasa amat sejuk saya Cuma mandi dua baldi kecil saja. Sejuknya bukan kepalang, saya terus mengigil. Dalam keadaan mengigil itu saya segera berfikir betapi rapi dan tersusunnya kerja yang diatur leh Nakhoda Amirul sesuai dengan namanya yang bermakna PEMIMPIN ATAU PENTADBIR



TIADA


Sekembalinya kami dari perigi, Nyak Sulaiman sudah tiada di ruang rumah.


“Kemana si Nyak?” tanya datuk


“Balik ke botnya, dia sembahyang di bot. Lepas tu dia nak menyusur tepi pantai menuju ke Pulau Penyengat, dari situ dia nak ke Lampung akhirnya ke Madura.


“Berani berjalan jauh dengan bot kecilnya,” kata datuk ragu-ragu. Haji Mat Nor tersenyum lalau berkata:


“Orang Acheh memang berani dengan laut.”


“Hum…. Datuk angguk kepala


Penjelasan dari Haji Mat Nor itu memang ada logiknya. Sejarah sudah membuktikan, kalau orang Acheh tidak berani mengharungi laut sudah pasti mereka tidak sampai ke Pulauan Melayu. Malah ada beberapa negeri di Tanah Semenanjung pernah di kuasai oleh orang Acheh terutama di zaman kegemilangan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota dalam sekitar tahun 1613.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box