SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH

Diluar, bayu subuh terus bertiup lembut menyentuh dedaun di hujung ranting. Geseran antara dedaun melahirkan irama yang tidak menentu nadanya. Kokok ayam masih bersahut-sahutan. Dingin subuh terasa menguasai kulit.


Haji Mat Nor bangun dan terus mengemaskan ikat kainnya. Letak songkok putihnya dibetulkan begitu juga dengan baju yang dipakai. Dia membuka jendela merenung ke arah kaki langit. 


“Subuh dah hampir,” katanya sambil merapatkan daun jendela.


“Jadi, elok kita pergi sekarang?” sahut datuk.


“Iya.”


Haji Mat Nor pun membuka pintu. Kami segera berangkat ke masjid.


Sampai saja di kawasan halaman masjid, kelihatan para jemaah duduk di bangku sambil berborak sesama sendiri. Kalau tidak silap perkiraan saya, jumlah para jemaah yang ada di situ lebih kurang dua puluh orang. Saya dan datuk pun diperkenalkan oleh Haji Mat Nor dengan para jemaah yang ada.


“Boleh saya mulakan azan Pak Imam, waktu dah cukup,” tutur anak muda itu sambil menatap wajah Haji Mat Nor.


“Nanti dulu,” tahan Haji Mat Nor.


Saya lihat wajah anak mudak berkulit sawo matang itu segera berubah. Mungkin dia berasa malu, bila ditaha melakukan sesuatu di depan saya dan datuk yang dikiranya tetamu besar.


“Bagaimana, kalau kita, minta orang muda dari tanah seberang melaungkan azan subuh,” suara Haji Mat Nor meninggi, ekor matanya menjeling ke arah saya. Dan perasaan saya mula gementar. Kenapa saya? Mengapa tidak anak muda itu. Dalam keresahan yang tidak menentu itu, saya lihat datuk senyum panjang. Dia pun mendekati saya.


“Mereka mahu menguji kamu, orang di sini, kalau budak sebaya kamu tidak tahu membaca Quran, berzanji, tak tahu sembahyang, tak tahu azan, tak boleh jadi imam atau membaca doa, dikira bukan anak muda yang sempurna, walau pun dia lulus sekolah tinggi, masih dikira tidak berilmu dan kurang iman,” itu yang datuk bisikkan kepada saya.


Bisikan datuk itu membuat saya didatangi semangat baru. Sesungguhnya saya tidak rela di anggap sebagai anak muda yang kurang iman atau idak cinta pada agama.


“Tentu, memang saya boleh membuatnya,” terpancut ungkapan itu dari kelopak bibir saya. Semua yang berada di situ berpandangan sam sendiri.


“Wah, ini sudah cukup baik,” tutur anak muda yang ditahan oleh Haji Mat Nor daripada melaungkan azan. Dia mendekati saya, menjabat tangan dan memeluk tubuh saya dengan erat.


Dengan sopan dia memimpin saya ke dalam masjid dan menunjukkan di tempat mana yang harus berdiri untuk melaungkan azan. Beberapa detik kemudian suara saya menguasai ruang angkasa Kuala Tungkal.


Selesai melakukan solat, lalu dilanjutkan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh haji Mat nor. Perkara yang dibentang oleh Haji Mat Nor ialah berhubung dengan hal ketakwaan insan kepada Allah. Memang menarik dan mempersonakan cara Haji Mat Nor menyampaikan kuliahnya.


Semasa saya mahu keluar dari masjid untuk menuju ke rumah Haji Mat Nor, saya dapati para jemaah berkumpul di muka pintu. Kerana datuk ada di kanan, Haji Mat Nor di kiri saya tidak merasa cemas atau bimbang dan terus melangkah ke ambang pintu. Di luar dugaan, sebaik sampai di muka pintu, para jemaah ada terus menyerbu ke arah saya, mereka menhulurkan salam persahabatan dan memuji saya.


“Dia sudah membuktikan kemampuannya,” Haji Mat Nor terus memeluk saya,  “ diharap ramai lagi anak-anak muda serumpun bangsa yang boleh diharap seperti dia ni,” tambah Haji Mat Nor. Kalau tadi saya dipeluk, kini bahu saya ditepuk.


“Segala-galanya atas izin Allah,” kata saya.


“Ya atas kehendak-NYA juga kita berjumpa bangsa serumpun seagama di depan masjid,” balas datuk lalu di sambut dengan senyum oleh para jemaah yang ada.


Semua telapak tangan jemaah saya jabat penuh mesra. Ada juga yang sempat bertanya kepada saya tentang beberpa penduduk kampung saya yang menurut mereka ada pertaliankeluarga dan mereka juga menyatakan keinginan ke tanah semenanjung.


SEDIA


Sepanjang jalan pulang dari masjid ke rumah, perbualan datuk dengan Haji Mat Nor cukup rancak. Topik perbualan mereka berkisar tentang sejarah lampau tentang kehebatan pahlawan-pahlawan Melayu sama ada di Sumatera, Pulau Jawa, Tanah Melayu menentang pemerintaan sultan-sultan yang zalim.


Pahlawan-pahlawan itu sanggup menggadaikan nyawa demi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan untuk rakyat jelata. Dari kisah silam perbualan melarat tentang kebangkitan orang Melayu di tanah semenanjung menentang Inggeris untuk merebut kemerdekaan tanah air dan orang-orang Indonesia pula menentang Belanda. Saya tidak campur dalam perbualan yang rancak itu, saya lebih banyak mendengar saja.


Akhirnya, kami sampai ke rumah. Sarapan sudah tersedia. Harum bau kopi asli Jambi menusuk ke lubang hidung saya. Isteri Haji Mat Nor menghidangkan pulut kukus bersama telur goreng dan ikan gelama masin. Ada dua pilihan sama ada mahu makan pulut berlaukkan  telor goreng atau ikan masin goreng. Bau dari hidangan yang tersedia membuka selera saya. Selera datuk saya tidak tau.


“Silakan.”


Haji Mat Nor meletakkan sepiring pulut di depan saya bersama secawan kopi tanpa susu yang masih berasap. Pada saat saya mahu menjamah pulut, isteri Haji Mat Nor meletakkan sepiring pisang nangka goreng.


“Kalau tak suka pulut, makan saja pisang goreng,” tutur isteri Haji Mat Nor. Saya tersenyum.


“Banyak sangat makanan yang disediakan,” kata datuk.


“Manalah banyaknya, sekadar untuk menjamu orang jauh,” haji Mat Nor bersuara sambil tersenyum riang. Datuk juga turut senyum megah menerima penghormatan yang diberikan kepadanya.


Kerana suda menjadi kebiasaan kepada datuk tidak akan mengisi perut dengan bahan makanan yang berat-berat. Dia hanya mengunyah sepotong pisang nangka goreng dan setengah cawan kopi. Haji Mat Nor agak terkejut dengan sikap datuk.


‘Kenapa cepat berhenti?”


“Cukuplah, makan pagi sekadar mengalas perut aje”


“Agaknya makanan tak sedap.”


“Subhanallah, semua makanan yang ada ini sedap-sedap belaka, sudah menjadi kebiasaan saya makan sikit,” datuk berharap penjelasan itu akan membunuh segala keraguan yang mahu berbunga di hati Haji Mat Nor.  Ternyata Haji Mat Nor dapat menerima dapat menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka. Datuk gembira sekali.


Kami meninggalkan ruang dapur (ruang makan) menuju ke bahagian anjung dan terus duduk di situ.  Bunyi kicau burung  gamat sekali bersama sinar matahari yang memancar lembut.


“Duduk sekejap.”


“Awak nak kemana?”


“Saya…” Haji Mat Nor tidak meneruskan kata-katanya. Dia seperti menyedari ada kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja. Dia tidak jadi berdiri dan duduk semula. Telapak tangan datuk segera dipegangnya erat-erat.


“Maaafkan saya, sudah menjadi tabiat bila cuaca pagi cerah dan elok, saya terpaksa membuat gerak silat di halaman rumah, kerana terlalu suka nak bersilat saya terlupakan awak,” lanjut Haji Mat Nor.


Datuk anggukkan kepala. Dia tidak kecil hati atau tersinggung dengan apa yang dilakukan oleh Haji Mat Nor.


“Silakan, ilmu yang ada mesti diamalkan, kalau berilmu tidak diamalkan ibarat perahu tidak berdayung,” tingkah datuk.


“Saya setuju.” Haji Mat Nor tepuk bahu kanan datuk dengan sopan.


“Awak mengamalkan ilmu silat bangau putih.”


“Iya, “ angguk Haji Mat Nor.


“Gerak silat tu lembut, tetapi buah yang dilepaskan cukup padu, pantas dan laju.”


“Betul, awak tahu tentangnya?”


“Saya cuma belajar sekadar nak tahu saja.”


“Tapi kalau sesak boleh dimanafaatkan,” suara Haji Mat Nor lembut tetapi amat mengesankan. “biar saya mulakan,” sambungnya.


“Silakan, “ kata datuk.


Bersama kicau beburung di reranting, seiring dengan pancaran matahari pagi, saya lihat haji Mat Nor membuka dan mengorak langkah silat. Sungguh tangkas dan gagah sekali. Dan pengamatan saya ternyata ilmu silat bangau putih yang dimilikinya amat tinggi sekali.


PELUH


Haji Mat Nor menghabiskan masa empat puluh lima minit untuk berlatih. Bila seluruh badannya bermandikan peluh, barulah ia berhenti. Langkahnya bagaikan pendekar muda dalam usia menuju ke arah saya.


Peluh yang di tampar sinar matahari nampak seakan-akan bercahaya berkilau di samping otot-otot yang menonjol di lengan dan bahagian dada dan leher.


“Dia bukan orang sebarangan, dia pendekar yang berilmu dunia dan akhirat.” Bisik datuk ke telinga saya, di saat Haji Mat Nor sudah hampir benar ke kaki tangga.


“Apa yang di bisikkan tu.”


“Memberitahu cucu, awak bukan sebarangan orang.”


“Jangan sampai begitu sekali, kita ni manusia ada kelemahan dan kekurangan. Awak tak mahu bersilat?”


“Biarlah dulu, nanti sampai tempat yang di tuju baru lah elok berlatih silat.”


“Oh ya…,” Haji Mat Nor menyapu peluh di dahu dengan belakang tangan,” semuanya sudah saya aturkan, ‘ tokoknya lagi lalu memijak anak tangga. Kemudian duduk di depan datuk.


Saya lihat ada keresahan bermain di wajah datuk. Dua tiga kali dia mengedutkan dahi luasnya hingga kelihatan berlapis. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Ternyata Haji Mat Nor bagaikan mengetahui apa yang bergolak dalam batin datuk.


“Kamu kurang faham dan merasa pelik dengan apa yang aku cakapkan.” Kata Haji Mat Nor. Datuk anggukkan kepala.


“Bukankah kamu berdua nak ke Jambi?” Pertanyaan dari Haji Mat Nor membuat saya tersentak dari mengelamun panjang.


“Iya, ” cepat-cepat datuk menjawap.


“Dengan apa kamu berdua nak pergi ke sana?”


“Tentulah dengan bot.”


“Sudah ada botnya?”


“Sekejap lagi saya nak cari bot sewa yang mahu kesana atau naik bot penambang biasa”


Saya lihat Haji Mat Nor termenung panjang. Dua tiga kali menggosok pangkal hidungnya. Sepasang anak matanya merenung jauh ke halaman rumah yang di sinari matahari pagi. Datuk kelihatan aman dan bersedia mendengar sebarang komen yang bakal diluahkan oleh Haji Mat Nor.


“Bukan mudah nak dapatkan bot sewa, kalau tak buat tempahan awal-awal. Bot penambang juga susah, kalau orang luar, dia orang keberatan nak bawa,” kata-kata Haji Mat Nor itu membuat datuk tersentak.


“Benarkah begitu?” Soal datuk


Haji Mat Nor anggukkan kepala.


“Saya orang sini, saya bukan orang luar, saya orang Jambi.”


“Tapi awak sudah lama merantau,” Haji Mat Nor renung muka datuk, perlahan-lahan datuk anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat Haji Mat Nor.


Datuk benar-benar dalam keresahan yang memanjang. Tetapi, terus berfikir untuk menguasai masalah agar perjalanan yang diatur tidak menemui kegagalan.


“Bagaimana cara yang mudah untuk kesana? Maksud daya mudah mendapatkan bot sewa atu mudah naik bot penumpang, itulah cara datuk meminta bantuan atau pertolongan dari Haji Mat Nor. Tidak dinyatakan secara terang-terangan, tetapi maksudnya cukup jelas sekali.


“Perkara ini lah yang nak aku bincangkan dengan kamu, sayangnya kamu tak dapat menangkap maksud aku tu.,” Haji Mat Nor mengakhiri ungkapan dengan senyum.


Di luar sinar matahari terus marak, nyanyian beburung mula berkurangan. Beberapa orang penduduk kampung lalu di halaman rumah Haji Mat Nor. Saya diberitahu, mereka mengunakan halaman ruma tersebut sebagai jalan pintas menuju ke ladang untuk bercucuk tanam.


“Macam mana? Kamu setuju dengan apa yang aku atur?”


“Maksudnya?”


“Aku sidah berjanji dengan Fuad Hassan nak menyewanya botnya untuk membawa kamu ke Muara Jambi, duit cengkeramnya sudah pun aku berikan. Kalau setuju mari kita pergi ke rumahnya, kita selesaikan pembayaran sewanya.”


“Macam mana boleh jadi begini,” kata datuk penuh dengan wajah yang terkejut. Haji Mat Nor terus meraba-raba hujung dagunya, Senyum terus bermain di kelopak bibir.


“Nakhoda Amirul yang menyuruh menyediakan semuanya itu, duit sewa pun disediakan bukan duit aku. Aku Cuma menjalankan amanahnya saja,” lanjut Haji Mat Nor lagi.


Lagi sekali saya lihat datuk temenung panjang. Dia mengelengkan kepalanya dengan lemah lalu merenung wajah Haji Mat Nor dengan tepat.


“Tak saya duga sampai sejauh itu persiapan yang disediakan oleh Nakhoda Amirul, “ keluh datuk.


“Katanya, sebagai penghargaan kerana awak banyak membantu perjuangan rakyat Acheh menentang Belanda.”


“Ah, apa yang saya buat sekadar kewajipan, menolong bangsa serumpun dan seagama. Saya tidak mengharapkan balasan.”


“Sudahlah tu, tunggu di sini. Biar saya bersiap dulu, kemudian kita sama-sama jumpa Fuad Hassan,” haji Mat Nor terus bangun menuju ke ruang dalam.



BERSIAP   


Sementara menanti Haji Mat Nor selesai bersiap, datuk mengambil kesempatan meluruskan sepasang kakinya. Saya pula tumpukan perhatian ke arah beburung yang rancak  melompat di reranting pokok.


Sayup-sayup terdengar suara merbuk, amat nyaring dan memikat. Saya juga terdengar burung terkukur yang bergok tiga dan hati saya terpikat. Tanpa disedari saya bergerak perlahan-lahan ke arah tangga.


“Hai, nantilah dulu Tamar, kita pergi bersama-sama.”


Segera saya menoleh ke arah Haji mat Nor yang berdiri dekat datuk. Dia memakai seluar putih, baju kuning lengan panjang. Kopiah putih masih terlekap di kepala.


“Dia bukan nak kesana tu, dia terpikat dengan suara burung terkukur dan merbuk,” kata datuk lalu disambut dengan ketawa oleh Haji Mat Nor. Saya tersipu-sipu malu.


 

“Di rumah Fuad Hassan banyak burung merbuk dan terkukur, dia suka membela burung,” tingkah Haji Mat Nor. Saya mampu terasenyum.


Dibawah rimbunan dedaun dari pohon besar, sinar matahari masih mampu menjilat permukaan bumi yang kami lalui. Langkah kami cukup rancak sekali. Setelah melalui kawasan berpokok, kami lintasi kawasan tanah lapang yang boleh dianggap sebagai padang kecil.


Di hujung kawasan tanah lapang itulah terletaknya rumah Fuad Hassan. Halamannya cukup bersih dengan rumput yang menhijau, (baru lepas di sabit). Di bahagian halaman sebelah kanan terdapat pepokok buah-buahn seperti delima, mangga, rambutan, manggis dan bermacam-macam lagi.


Kawasan tanahnya cukup luas, pada hemat saya lebih dari dua ekar.  Berdasarkan pada pepohon buah-buahan yang saya lihat ternyata Fuad Hassan orang yang rajin bercucuk tanam.


Semasa kami sampai, Fuad Hassan sedang mengumpulkan dedaun tua yang gugur di sudut halaman. Melihat kedatangan kami, dia terus berhenti dari mengutip dedaun tersebut. Dia segera mendekati Haji Mat Nor.


“Jadi sewa bot saya?”


Itu pertanyaan pertama yang dituturkan oleh Fuad Hassan tanpa memberi peluang kepada haji Mat Nor untuk memperkenalkan diri datuk dan saya kepadanya.


“Kita perlu berunding lagi Fuad.”


“Berunding ?” Fuad Hassan jegilkan biji mata.


“Iya,” angguk Haji Mat Nor. Saya dan datuk hanya memerhatikan saja gelagat mereka. Haji Mat Nor dan Fuad hassan bertepuk bahu antara satu sama lain dengan penuh mesra.


“Kalau begitu kita ke sana, duduk di pelantar bawah poko kelapa gading, kita minum kopi dulu, baru seronok berunding.”


“Baik juga tu, jom kita ke sana,” sahut Haji Mat Nor.


Kami pun segera melangkah ke tempat yang dimaksudkan. Dalam perjalanan ke tempat tersebut barulah Haji Mat Nor memperkenalkan diri saya dan datuk kepada Fuad Hassan (tadi sekadar bersalaman dan bertukas senyum. Sekali-kali datuk turut campur dalam perbualan yang difikirkan perlu dan wajar.)


Kami terus duduk bersila atas pelantar yang dibuat dari papan. Tingginya dar permukaan tanah lebih kurang dua kaki dan mempunyai empat tiang dari kayu teras.


Dari pelantar Fuad Hassan yang berusia lebih kurang enam puluhan mengangkat tangan ke arah dapurnya. Hati saya berdebar, saya ternampak kelibat gadis di jendela dapur untuk beberapa detik. Bagi menghilangkan debaran di dada saya pun menelan air liur dan menggigit bibir hingga terasa sakit. Saya terus merenung  ke arah kawasan di luar halaman rumah yang dipenuhi dengan rimbunan pepokok kecil.


“Ada apa ayah?”


Saya menoleh ke kanan. Lagi sekali dada saya berdebar, rasanya kelopak mata bagaikan tidak berkedip melihat sesusuk tubuh gadis terpacak kaku di depan mata. Aduh! Dia tersenyum dan terpamerlah lesung pipit di pipi. Sungguh mempersonakan dengan sepasang anak mata yang lembut menawan.


“Buat kopi untuk kawan-kawan ayah. Suruh emak kamu buat sikit jemput-jemput.”


“Kalau begitu kamu buat sendiri.”


“Baiklah ayah.”


Supaya tidak ketara yang saya terpegun denagn gadis berkulit hitam manis itu, segera saya alihkan wajah ke arah lain tetapi ekor mata masih menjeling ke arah gadis tersebut.


“Dah besar anak kamu, kalau tak silap ini anak bongsu kamu. Namanya Nurul Hayat,” kata Haji Mat Nor.


“Kuat juga ingatan kamu, dah tiga bulan dia balik dari Padang Panjang.”


“Tak belajar sekolah agama lagi?”


“Dah tamat.”


“Rasa aku dia anak perempuan kamu yang lulus ujian silat Cakar Kera dengan Pendekar Seman. Dia belajar silat dengan aku cuma peringkat menengah saja.


“Iya,” angguk Fuad Hassan. 


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box