SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI

Hati saya menjadi kecut gadis yang nampak lemah lembut dan penuh sopan santun rupa-rupanya menguasai Cakar Kera dan Bangau Putih, Ini sungguh hebat, saya tak boleh main kasar dengannya, kalau main kasar alamat gigi saya tercabut atau tulang terkehel.


Dia bukan gadis sebarangan. Celakanya, hati saya sudah terpaut dengan wajahnya yang bujur sirih. Dan gadis-gadis yang terlekat dihati terus padam dari ingatan saya.


“Nurul Hayat, kau cantik,” jerit batin saya sambil mengigit lidah dan menelan air liur. Mana nakal saya sering saja merenung ke arah tingkap dapur dan mengharapkan Nurul hayat segera keluar membawa minuman untuk kami.


Saya jadi resah, tidak tentu arah.


“Kenapa kamu nampak gelisah,” tidak saya duga itu yang diungkap oleh Haji Mat Nor di saat sepasang anak matanya menerpa ke wajah saya. Dia tersenyum sinis.


“Agaknya dia nak minum, sabarlah,” tingkah Fuad Hassan, satu sindiran yang amat tajam untuk saya. Datuk tidak memberi sebarang komen, dia hanya tunduk saja.


“Aku jadi sewa bot kamu, ini baki dari duit pendahuluan dulu,” Haji Mat Nor hulur wang kepada Fuad Hassan. Saya lihat Fuad Hassan seperti keberatan mahu menerima wang tersebut. Dia nampak resah semacam sambil merenung ke arah saya.


“Bila nak bertolak?” Tanya Fuad hassan.


“Lepas sembahyang zuhur,” jawap datuk.


Perbualan terhenti sebentar kerana memberi kesempatan pada Nurul Hayat mengaturkan kopi dan hidangan di depan kami. Kesempatan itu saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk menatap wajah bujur sirih yang dilindungi selendang sutera warna kemerah-merahan. Mata nakal saya terus mengenyit  ke arahnya sebaik saja dia meletakkan cawan.


Saya kira genyitan itu pasti mendapat balasan dengan senyuman, perkiraan saya tidak tepat. Saya menerima kerlingan tanda marah yang dituruti dengan jegilan sepasang mata yang bersinar garang dan secara tidak langsung memperlihatkan ciri-ciri pendekar. Lagi sekali jantung saya berdegup dan terus merenung lantai.   


Nurul Hayat meninggalkan kami di pelantar. Sebagai anak muda, ekor mata saya yang nakal terus menyorot langkah dan lenggang-lengguk Nurul Hayat. Hati kecil saya sudah terpikat dengannya.


“Minumlah cepat, apa menung-menung,” sergah datuk.


Saya tersipu-sipu malu, kerana di saat datuk menyebut perkataan tersebut biji mata Haji Mat Nor dan Fuad Hassan tertumpu ke arah saya. Bagi menghilangkan rasa malu, kopi segera saya hirup. Biji mata Haji Mat Nor dan Fuad Hassan tidak lagi tertumpu ke wajah saya. Mereka terus mengunyah kuih dan menghirup kopi, perasaan saya jadi aman dan tenteram.


“Aku memilih menyewa bot kamu kerana itu kemahuan Nakhoda Amirul. Katanya, kamu boleh berlebih kurang dan arif dengan selok-belok Sungai Batanghari.” Haji Mat Nor terus menjentik badan cawan dengan kuku jari telunjuk untuk beberapa kali. Kemudian menghirup sisa kopi yang masih  ada untuk kali terakhir.


“Puas hati dengan bayaran sewa?” Kalau tak puas hati cakap terus-terang biar aku sampaikan dengan Nakhoda Amirul, kalau kamu memerlukannya sangat-sangat, boleh aku dulukan duit aku,” cukup tenang Haji Mat Nor bersuara.


“Ah, ini pun dah lebih dari cukup, lagi pun Nakhoda Amirul banyak membantu aku,” sahut Fuad hassan.


“Kalau begitu biar kami balik dulu,” Haji Mat Nor tepuk bahu Fuad Hassan. Saya dan datuk berpandangan.


“Macam mana kalau kita makan tengah hari di sini,” permintaan dari Fuad Hassan yang tidak berapa saya senangi. Saya kira datuk juga keberatan untuk memenuhi permintaan tersebut.


“Minta maaf saja,” jawap Haji Mat Nor.


“Bagaimana dengan awak pula.”


“Saya juga minta maaf, lagi pun dah janji nak makan tengah hari di rumah sahabat saya ni,” datuk meluruskan jari telunjuk ke arah Haji Mat Nor. Cepat-cepat Haji Mat Nor anggukkan kepala.


“Lagi pun saya belum berkemas,” tambah datuk lagi dan saya lihat Fuad Hassan anggukkan kepala aku dengan alasan yan diberikan oleh datuk.


Dan kami pun berangkat meninggalkan kawasan rumah Fuad Hassan. Bila sampai dekat pokok bunga tanjung yang besar dan rimbun, saya menoleh ke arah rumah yang berbumbung limas itu dengan harapan Nurul Hayat akan muncul di jendela untuk memberikan senyuman terakhir. Harapan saya tidak menjadi kesampaian.


Dalam putus asa itu, saya terus melangkah sebarangan. Entah macam mana kaki kanan tersepak seketul kayu. Akibatnya saya tersungkur ke bumi.


“Kemana mata kamu? Orang berjalan merenung ke bumi, bukan renung ke kesana ke sini macam rusa masuk kampung,” rungut datuk dengan wajah yang kurang menyenangkan. Dan terasa diri serba salah, hayun tangan dan langkah kaki semuanya tidak menjadi.


Lebih menghampakan lagi bila terlihat Haji Mat Nor tersenyum sinis ke arah saya. Terasa tebal kulit muka, apa mahu dikata, itulah nasib diri yang sudah diamuk mabuk kepayang terhadap Nurul Hayat. Langkah saya teruskan.



BERANGKAT    


Setelah selesai makan dan sembahyang zuhur, Haji Mat Nor pun mengajak saya dan datuk ke pengkalan bot Kuala Tungkal. Sebaik saja kami sampai ke jeti (pengkalan) dari jauh sudah kelihatan Fuad Hassan berada di atas bot. Dia melambaikan tangan ke arah kami sambil menjeritkan nama Haji Mat Nor dengan lantang.


Langkah kami panjangkan untuk mendekatinya. Bila hampir dengannya saya dapati botnya cukup besar. Bahagian badan bot dicat dengan warna biru macam air laut. Bahagian atas pula dicat dengan warna putih.


“Saya harap awak selesa dengan bot ini,” katanya sebaik saja saya dan datuk berdiri di atas botnya. Haji Mat Nor masih lagi berdiri di atas jeti.


“Selain dari kami tak ada orang lain,” mulut nakal saya mengajukan pertanyaan. Datuk gigit bibir sambil mengelengkan kepala dengan pertanyaan yang saya kemukakan kepada Fuad Hassan.


Memang tidak saya sangka sama sekali Haji Mat Nor yang berada diatas jeti dapat mendengar pertanyaan tersebut. Dia tersenyum lucu.


“Kenapa kau tanya macam tu, Tamar?” Soal Haji Mat Nor.


“Sengaja nak tanya.”


“Tak salah dia bertanya, biar saya berterus terang, Bila saya hantar mereka ke Jambi, masa balik bot saya kosong. Saya perlukan kawan maklumlah keadaan sekarang bukannya bagus sangat,” kata-kata yang keluar dari mulut Fuad Hassan membuat saya tersentak begitu juga dengan Haji Mat Nor dan datuk.


“Siapa dia kawan yang kamu bawa?”


Fuad Hassan tersenyum dengan sepasang matanya merenung tajam ke arah Haji Mat Nor yang berdiri atas jeti dalam panas terik. Badan saya sudah berpeluh, rasa panas cukup perit mengigit kulit muka. Angin dari Selat Bengkalis tidak dapat menyejukkan seluruh tubuh. Datuk tetap tenang merenung ke arah ombak laut yang beralun.


“Siapa dia kawan kamu tu, Fuad?” Ulang Haji Mat Nor.  Perhatian saya dan datuk mula tertumpu kepada Fuad Hassan. Berdebar menanti jawapan darinya.


“Saya yang nak temankan ayah.”


Bila mata saya dan datuk tertumpu ke arah hujung bot, Nurul Hayat berdiri di situ dengan kain selubung yang menutupi sebahagian dari wajahnya. Saya tergamam untuk beberapa saat sebelum saya menghadiahkan senyum untuknya.


Nurul Hayat segera masuk ke perut bot kembali. Saya menarik nafas hampa, saya kira alangkah baik nya kalau Nurul Hayat mahu berdiri di situ selama lima minit sambil menjatuhkan kain selubungnya untuk saya tatap wajahnya.


“Haji sekarang kamu dah tahu siapa kawan aku.”


“Apa kamu yakin dia dapat menolong kamu kalau di serang orang jahat,”


“Aku yakin dia boleh menolong, kalau masa pergi ada perompak nak rampas bot aku tak bimbang, sebabnya kami ada berempat, apa yang aku bimbangkan bila masa nak balik nanti.”


“Kalau kamu dah yakin dengan kemampuannya, dengan izin Allah kamu boleh mengalahkan musuh,” kata haji Mat Nor sambil mengesat peluh di dahi dengan belakang tangannya.


“Aku harap kawan kita dari semenanjung tidak kecil hati dengan cara ni, kalau dia kecil hati aku minta maaf. Aku terpaksa buat demi keselamatan aku, “ saya tahu kata-kata itu ditujukan oleh Fuad Hassan untuk datuk.


“Saya tak kecil hati, tak marah. Saya megah kerana awak beringat sebelum kena.  Memang menjadi budaya kita orang Melayu, sediakan payung sebelum hujan, beringat sebelum kena,” sahut atuk dengan sepontan.


Datuk dan Fuad Hassan berbalas ketawa penuh mesra dalam sinaran matahari yang kian mengigit, Haji Mat Nor tumpang senyum dari jauh.


“Rasanya waktu yang baik untuk bertolak, matahari dah condong angin pun tak berapa kuat,” kata datuk sambil merenung ke dada langit melihat awan gemawan yang bergerak perlahan-lahan ke arah utara.


“Saya mengikut saja,” jawap Fuad Hassan.


“Biarlah kami pergi dulu,’ jerit datuk ke arah Haji Maat Nor.


“Silakan, semoga Allah menyelamatkan perjalanan kamu semua, diharapkan tak ada halangan yang menghalang, elakkan diri dari musuh kecuali sudah terpaksa,” nasihat Haji Mat Nor.


Fuad Hassan menyelinap ke dalam perut bot. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi enjin bot. Air di pinggir bot nampak berbuih dan bergelombang.  Fuad Hassan keluar dari perut bot dia bersalaman dengan Haji Mat Nor. Bot mula bergerak memisahkan badannya dengan jeti. 



MEMUSINGKAN 


Setelah memusingkan badannya, bot pun menghalakan haluannya ke arah yang ingin ditujui. Bunyi jentera bot makin kuat, ombak dan alun buritan bot kian hebat. Saya dan datuk masih lagi merenung ke arah pelantar, begitu juga dengan Fuad Hassan. Kami berbalas-balas lambaian tangan dengan Haji Mat Nor.


Tiba-tiba saya terfikir siapa yang mengemudikan bot yang kami naiki, sedangkan Fuad Hassan yang sepatutnya memandu bot masih berdiri di kanan datuk. Dada saya berdebar.


“Siapa yang bawa bot?”


Serentak dengan pertanyaan itu wajah Fuad Hassan saya tenung lama-lama. Dia tersenyum lalu membongkok mengambil sesuatu di atas lantai bot dan terus dibalingkan ke laut.


“Iya, siapa yang bawa bot, tak mungkin bot berjalan sendiri,” datuk yang mula perasan dengan apa yang saya katakan terus mengeluarkan pertanyaan.


“Siapa lagi kalau bukan Nurul Hayat,” kata Fuad Hassan.


“Nurul Hayat,” kata saya.


“Iya, anak saya tu serba boleh, kalau calang-calang orang lelaki tak dapat mengatasi kebolehannya,” saya kira kata-kata itu adalah sindiran yang tajam untuk saya.


Makin lama makin jauh jeti Kuala Tungkal kami tinggalkan, bot-bot yang berlabuh di situ nampak berbalam-balam dan akhirnya terus ghaib dari kuassa mata saya. Kami berselisih dengan beberapa bot yang sedang menuju ke Selat Bengkalis atau pergi ke Kuala Tungkal. Datuk dan Fuad Hassan sudah masuk ke perut bot, mereka tidak kuasa menentang matahari yang terus memancar keras.


Walaupun badan sudah berpeluh tetapi saya masih rasa selesa berdiri atas bot. Terhibur rasa hati mennatap kehijaun pepokok yang tumbuh di kiri kanan tebing sungai. Kicau burung adalah nyanyian yang terindah buat saya.


Sesungguhnya menyusuri Sungai Batanghari yang panjang itu sungguh mengasyikkan. Saya rasa terhibur dan damai sekali. Rasanya saya tidak akan turun ke bahagian perut bot untuk baring atau duduk di situ. Angin dari Sungai Batanghari menghalau rasa panas dari tubuh saya.


Di tengah-tengah keghairahan menatap panorama alam sekitar, saya terlihat kemunculan sebuah bot kecil dari sebelah kanan tebing. Bot kecil yang laju itu memburu dan memintas bot yang kami naiki. Tiga orang lelaki yang berada di dalamnya menjerit menyuruh kami berhenti. Fuad Hassan dan datuk segera keluar dari perut bot dan berdiri di sisi saya. Enjin bot dimatikan.


Sebaik saja bot kecl itu rapat ke bot yang kami naiki dua orang lelaki melompat ke atas bot. lelaki yang melilit kain merah di kepala menyandang senjata api, manakala yang memakai topi cowboy membawa parang panjang memperlihatkan keramahan dan persahabatan,



“Bawa senjata api,” tanyanya       


Fuad Hassan gelengkan


“Makanan?”


“Tak ada,” jawap tuk   

 

“Awak orang luar.”


Datuk anggukkan kepala.


“Biasanya oang luar banyak wang dan bawa emas, bila mahu ke Jambi. Awak orang Tanah Melayu?”


“Benar saya dari Tanah Melayu, saya tak bawa wang dan emas, saya mahu ke Jambi nak jumpa sanak saudara,” kata datuk dengan sopan dengan lemah lembut. Si topi cowboy ketawa berdekah-dekah sambil gelengkan kepala. Tidak percaya dengan apa yang datuk katakan.



RENUNG


Bila ketawanya berakhir si topi cowboy renung muka Fuad Hassan. Macam tadi juga dia memperlihatkan rasa persahabatan dan kemesraan, macam orang baik-baik.


“Orang ni sewa bot kamu?”


“Iya?”


“Duit sewanya mana, aku mahu duitnya.”


“Tinggal di rumah, di Kuala Tungkal.”


“Aku nak ambil bot ni.”


“Itu tak patut, kerja saya dengan pelanggan belum selesai. Tak elok saya biarkan orang yang menyewa bot saya susah.”


“Begini, kita buat perjanjian.”


“Perjanjian apa?” Fuad Hassan terkejut.


Begini, kamu boleh hantar pelanggan kamu ke Jambi, masa balik nanti kamu di sini, masa tu kau serahkan saja bot ni kepada kami. Sekarang kami nak periksa dulu, mana yang patut kami ambil. “


Belum pun sempat Fuad Hassan memberi jawapan, kedua-dua lelaki itu terus masuk ke bahagian perut bot dengan wajah yang bengis.


“Siapa mereka?” tanya datuk kepada Fuad Hassan.


“Orang jahat, lanun sungai,” kata Fuad Hassan


“Hai, jangan buat kurang ajar, “ terdengar suara Nurul Hayat meninggi. 


Datuk dan Fuad Hassan berpandangan dengan wajah yang cemas.


“Anak kamu Fuad,” nada suara datuk lemah. Tidak ada jawapan dari Fuad Hassan. Wajahnya gusar sekali. Saya melangkah dengan niat untuk menolong tetapi ditegah oleh datuk.


Dalam saat perasaan yang serba salah itu, saya lihat Nurul Hayat berlari ke arah kami. Dua orang perompak terus memburunya, sebaik sampai di tempat lapang Nurul berhenti, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dari kedua-dua lelaki itu.


“Dia ni siapa?” lelaki bertopi cowboy mengajukan pertanyaan epada Fuad Hassan.


“Anak saya.”


“Dia kurang ajar.”


“Kenapa kata macam tu”


“Dia tak mahu menyerahkan gelang, cincin dan rantai yang dipakainya, bila rampas dia melawan. Sekarang kamu suruh dia serahkan barang-barang emas kepada kami, kalau dia mau hidup.”


“Saya tak mahu masuk campur, itu urusannya. Sudah semestinya dia mempertahankan haknya.


“Kamu mahu anak kamu mati.”


“Kalau janji Allah dia mati ditangan kamu, saya relakan,” jawapan dari Fuad Hassan membuat si topi cowboy naik angin.


“Tanpa membuang masa dia menerpa ke arah Nurul Hayat dengan parang panjang tergenggam di tangan. Saya jadi cemas, bila melihat mata parang berkilau diterpa sinar matahari,  satu pandangan yang cukup mendebarkan hati dan saya berharap Fuad Hassan   tidak akan membiarkan anaknya bersendirian.


“Bantu dia,” kata saya kepada Fuad Hassan


“Biar dia selesaikan sendiri.”


“Dia perempuan tentu tak boleh lawan orang lelaki, bantu dia datuk,” saya merayu kepada datuk.


“Ah, kamu selalu sibuk, duduk diam di situ,” herdik datuk kepada saya.  Tidak dapat saya gambarkan betapa kecewanya hati dengan sikap datuk itu. Tetapi, mata saya tetap tertumpu ke arah si topi cowboy yang menyerang Nurul Hayat bertalu-talu.


Dengan ilmu pertahanan diri yang dimilikinya Nurul Hayat berjaya menepis serangan. Dalam satu gerakan yang pantas Nurul Hayat berjaya melepskan tendangan di pangkal bahu sebelah kanan si topi cowboy, tubuh yang tegap itu terhoyong-hayang lalu terkandas pada bendul bot. Parang panjang yang tergenggam di tangan terlucut lalu jatuh ke dalam sungai. Si topi cowboy tidak mudah mengaku kalah. Dia melompat tinggi dengan sebelah kaki kanannya diluruskan untuk memberi pukulan maut dipangkal leher Nurul Hayat.


Sebaik saja dia melepaskan tendangan Nurul Hayat menyambar pergelangan kaki si topi cowboy lalu dipulas dan dipusing dengan sekuat hati di udara. Sekujur tubuh Nurul Hayat turut berpusing macam gasing . Kemudian saya lihat Nurul hayat melepaskan tumbukan kencang dari tangan kiri ke bahagian kemaluan si topi cowboy. Terdengar jeritan dan serta merta Nurul hayat melepaskan kaki yang dipegang . Tubuh si topi cowboy bagaikan terbang dan melayang lalu terjunam ke dalam sungai.


Melihat keadaan kawannya itu, lelaki yang melilitkan kain merah di kepala segera bertindak dengan menghalakan senapang kampung berlaras dua kearah Nurul Hayat, belum sempat dia menarik picu senapang, Fuad Hassan menerpa ke arahnya unuk merampas senjata api. Satu pergelutan berlaku, semasa pergelutan terdengar bunyi ledakan. Dan saya lihat yang kepalanya dililit kain merah terkapar atas lantai bot. Darah keluar dari dadanya.  


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box