SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU

Semua biji mata tertumpu ke arah kotak yang berada di kedua belah telapak tangan Koyan. Dari gerak mata dan air muka datuk, ternyata dia cukup berminat dengan kotak-kotak tersebut.


“Semuanya untuk Haji Bagus,” soal datuk.


“Tidak,” balas Koyan.


Dia renung ke kiri dan ke kanan, macam ada sesuatu yang diawasinya. Bila dia yakin semuanya dalam keadaan baik dan aman,  barulah dia merenung muka Tuk Aji dengan renungan yang tajam.


“Bungkusan yang dibuat dengan kain hijau untuk Haji Bagus sendiri. Dan yang dibalut dengan kain merah untuk kawannya dari Tanah Melayu.”


“Yang dibalut dengan kain putih untuk siapa?” Tanya Andi Kamarool.


“Ha,  yang itu untuk cucu orang dari Tanah Melayu. Kepada siapa barang-barang ini nak saya serahkan.”


“Berikan kepada saya,” datuk segera menghulurkan tangan untuk mengambil barang yang dimaksudkan. Dan Koyan dengan wajah yang tenang bersedia mahu menyerahkan barang-barang tersebut.


“Jangan.”


Tuk Aji menjerit dan terus melompat dan menolak tubuh datuk ke kiri. Dan dia segera mengambil tempat datuk berdiri tadi. Sudah pasti, perbuatan Tuk Aji itu menimbulkan persoalan dalam kepala datuk. Rasa kurang senang terpamer diwajahnya tetapi, Tuk Aji tetap bersikap seperti biasa. Dua tiga kali datuk gosok hujung dagu dengan ibu jari kiri. Dia cuba mengawal perasaan dan datuk menyedari perbuatan Tuk Aji itu mempunyai muslihat tertentu, datuk tidak ambil hati.


“Kenapa awak tolak dia, biarlah dia ambil barang-barang itu dari saya,” Koyan jegilkan sepasang biji mata ke arah muka Tuk Aji. Saya lihat Tuk Aji tersenyum.


“Saya tua darinya, eloklah saya ambil.”


“Hummm …,” keluh Koyan dan wajahnya tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut. Gerak anak matanya seolah-olah menyimpan keraguan terhadap Tuk Aji.


“Bukan kerana sesuatu muslihat?”


“Tidak,” jawap Tuk Aji.


“Kalau begitu, nah ambil,” Koyan segera menghulurkan bungkusan tersebut kepada Tuk Aji.  Tuk Aji seperti keberatan mahu menerimanya. Lagi sekali datuk merasa terkejut oleh perbuatan Tuk Aji itu. Saya dan Andi Kamarool berpandangan. Hati kecil saya turut merasa hairan dengan sikap Tuk Aji itu.


“Begini, awak letak saja bungkusan itu di tepi masjid. Lagi pun awak dah terangkan nama pemiliknya mengikut warna,” dalih Tuk Aji.


“Awak lidah bercabang,” rungut Koyan.


“Maafkan saya, kalau awak tersinggung.”


“Hiss…, terkeluar dari mulut Koyan.


HILANG


Mungkin Koyan tidak mahu perkara itu berlarutan, meskipun hatinya sakit, dia segera menuju ke tepi  sebelah ruang makan. Di situ bersedia sebuah rak untuk meletakkan sepatu para jemaah.


“Boleh saya letakkan di sini saja.” Koyan renung Tuk Aji.


“Boleh.” Datuk pula menjawap.


“Jangan lupa, beritahu pada Haji Bagus perkara yang saya sebutkan kepada awak tadi.”


“Iya, kami faham,” angguk Tuk Aji.


“Baguslah, kalau dah faham. Tapi, saya harapkan awak jangan amallkan cakap berdolak dalik. Perbuatan macam itu tak bagus. Boleh hilang sahabat,” Koyan senyum sambil anak matanya tertumbuk ke wajah Tuk Aji.


Satu sindiran yang cukup tajam. Peliknya, Tuk Aji masih boleh mempamerkan senyum.


“Selamat jalan Koyan,” kata datuk.


Koyan pun anggukkan kepala tetapi, ekor matanya masih menjeling ke arah Tuk Aji. Koyan pun melangkah meninggalkan kami.


Bila sekujur tubuh Koyan hilang dari penglihatan kami, datuk segera mendekati Tuk Aji.


“Kenapa saya tak boleh ambil barang-barang dari Koyan.” Dengan sopan datuk ajukan pertanyaan kepada Tuk Aji. Orang tua yang sentiasa nampak tenang itu mengukir senyum. Tanpa mahu menjawap pertanyaan yang datuk kemukakan, Tuk Aji terus bergerak menuju ke rak kasut lalu mengambil barang (bungkusan) yang diletakkan oleh Koyan tadi.


Semua bungkusan yang diambil segera diletakkan oleh Tuk Aji di atas tanah di halaman masjid. Bungkusan itu disusun sederet. Tuk Aji terus mencangkung menghadapi ketiga-tiga bungkusan itu.


“Ketiga-tiga bungkusan ini bertujuan untuk membunuh orang yang menerimanya,” Tuk Aji memalingkan mukanya ke arah datuk, Andi Kamarool dan saya. “biar aku tunjukkan buktinya,” sambungnya sambil membuka ketiga-tiga ikatan kain pembungkusan kotak tersebut. Dengan mengunakan ranting kayu Tuk Aji menolak dengan hati-hati penutup ketiga-tiga kotak tersebut.


“Semua mari dekat aku,” panggil Tuk Aji.


Kami segera mendekatinya. Datuk berdiri sebelah kanan, saya sebelah kiri manakala di sebelah saya pula Andi Kamarool. Semua penutup kotak sudah terbuka.


“Kamu nampak isi dalam kotak?”


“Nampak,” sahut saya.


Dua tiga kali datuk pejam celikkan kelopak mata sambil mengkedutkan kening. Akhirnya, datuk senyum, bila didapati semua kotak tersebut diisi dengan pasir hitam yang halus disamping beberapa kuntum bunga tanjung dan cempaka.


“Kamu senyum kerana kamu tahu muslihat sebenarnya,” Tuk Aji renung biji mata datuk. “Tapi kamu tak tahu, barang-barang yang kamu tengok ini, kalau disentuh dengan jari, seluruh badan kamu jadi hitam,” tambah Tuk Aji.


Datuk tersentak mendengar penjelasan itu. Biji matanya terbeliak. Dua tiga kali dia tarik nafas sambil mengeleng-gelengkan kepala.


“Orang yang mengirimkan bungkusan ini nak membunuh kamu, cucu kamu dan Haji Bagus. Biar aku tunjukkan buktinya. Sekarang kamu pergi ambil ranting yang ada daun dan serahkan pada aku,” Tuk Aji keluarkan arahan untuk saya. Perintahnya segera saya patuhi.


“Nah, Tuk Aji.”


“Terima kasih Tamar.”


Tuk Aji segera menyambut tiga ranting mempelam yang saya hulurkan kepadanya. Dua tiga kali dia melurut dia melurut ketiga-tiga ranting mempelam dengan pasir hitam dalam kotak.


“Tunggu  dan lihat,” Tuk Aji segera duduk bersila di halaman masjid. Kami juga turut bersila, semua biji mata tertumbuk ke arah kotak dan tanting mempelam. Walaupun panas mula terik tetapi, kami tidak merasai bahang kepanasan itu mengigit kulit. Mata, hati dan fikiran tertumpu ke arah tiga kotak di hadapan.


“Ahhhhh….”


Mulut saya separuh terbuka.


Tidak sampai beberapa minit, ranting mempelam mengeluarkan asap nipis. Bila asap nipis itu lesap, ranting mempelam menjadi arang. Tiga letupan kecil kedengaran dan ketiga-tiga kotak di depan kami pecah berkecai dan kain pembungkusnya terbakar jadi abu. Dan akhirnya bersatu dengan tanah halaman masjid.


MATA


“Kamu sudah tengok dengan mata kepala kamu sendiri. Aku sudah buktikan apa yang aku katakan. Itulah sebabnya aku tak bagi kamu sentuh barang-barang itu. Orang itu mengirim racun untuk membunuh,” Tuk Aji segera bangun. Kami juga turut bangun dan bergerak menuju ke bahagian belakang masjid. Kami duduk di bangku panjang yang ada di situ.


“Saya faham sekarang, terlalu tinggi permainan ilmu hitam mereka,” datuk memulakan percakapan, memecahkan suasana yang kami hadapi.


“Memang hebat,” celah saya.


“Kamu jangan campur, kamu dengar saja,” datuk mengherdik saya bersama dengan jelingan yang amat tajam sekali. Tindalan datuk itu membuat saya rasa malu.


“Kenapa kamu marahkan dia? Aku fikir dia berada dipihak yang betul, dia kagum dengan kebolehan orang itu,” kata-kata yang diungkapkan oleh Tuk Aji membuat saya rasa megah. Dia membela saya, secara tak langsung memberikan sokongan moral yang tiada nilainya.


“Sekuat mana dan sehebat mana ilmu hitam yang dipelajari dari iblis akhirnya pasti kalah juga dengan kebesaran Allah,” Tuk Aji bersuara setelah menyedari yang datuk menerima pandangannya.


“Maksud Tuk Aji, “ Andi Kamarool minta kepastian.


Mudah saja, aku percaya dengan apa yang dikatakan oleh Koyan tadi. Gelanggang Munah Supandi dan anak buahnya dipanah petir, cuba kamu ingat apa yang terjadi waktu subuh tadi.”


Apa yang dituturkan oleh Tuk Aji membuat saya termenung sejenak. Tidak dinafikan, sekitar jam lima pagi tadi berlaku hujan lebat, bersama petir sabung menyabung.


“Agaknya bomoh handal tu dah mampus kena petir,” Andi Kamarool bersuara dalam nada keriangan.


“Belum tentu, barangkali yang mati itu pengikutnya, “ celah datuk.


“Boleh jadi pengikutnya, boleh jadi dirinya sendiri tapi, ilmu jahat susah disekat,” saya lihat wajah Tuk Aji gusar sekali. Dia merenung ke langit sambil menelan air liur berkali-kali. Datuk mengigit bibir.


“Orang yang balik ke Tanah Melayu tu mungkin membawa bencana orang di sana. Percayalah cakap aku, ramai orang akan jadi korban terutama orang-orang politik yang mahu cepat berkuasa, peniaga yang tamak dan mahu cepat kaya,” sambung Tuk Aji.


“Orang tamak haloba, gila kuasa, kurang iman dan jahil agama tentu masik perangkap mereka,” celah Andi Kamarool.


“Pendapat kamu tu mungkin betul Andi,” sahut datuk sambil mengosok-gosok mata kirinya. Mungkin mata datuk dimasuki habuk.


“Aku tak mahu kata apa-apa, kita semua ada otak untuk berfikir dan kemudian boleh buat kesimpulan sendiri. Tapi…, “ Tuk Aji berhenti bercakap. Dia agak terkejut bila melihat datuk melekapkan telapak tangan kiri ke mata kanan, Manakala telapak tangan kanan menutup mata kiri.


Kira-kira sepuluh minit datuk berbuat demikian. Kemudian barulah sepasang tangannya dijatuhkan lalu dihayun ke depan dan ke belakang beberapa kali. Bila datuk berhenti menghayunkan sepasang tangan, dia berdehem dua kali berturut-turut sambil sepasang kelopak matanya dipejam celikkan beberapa kali hingga matanya berair.


Dengan hujung lengan baju, datuk sapu air mata yang melelah di pipi. Kelopak matanya dibuka luas-luas dan dengan senyum terukir di kelopak bibir,  datuk menatap wajah Tuk Aji.


“Ada petua tersendiri mengeluarkan habuk dalam mata?”


“Sekadar untuk diri sendiri, tak usah tanya tentang petua itu. Lupakan saja, sambung balik cakap yang terputus,” datuk bersuara.


“Itu yang kamu nak tahu? Bukan apa-apa. Aku tak suka bincang tentang bomoh tu, sebenarnya aku lebih suka bincang tentang rancangan kita.”


“Rancangan? Rancangan apa ? Datuk membeliakkan biji matanya. Rasa hairan dan terkejut terpamer di wajahnya.


Saya dan Kamarool saling berpandangan. Hati kami terus berdebar. Mungkin ada sesuatu yang mahu dirahsiakan dari saya dan Andi Kamarool. Tetapi, kini perkara yang dirahsiakan itu tidak dapat dipertahankan lagi.


“Saya tak dapat menangkap maksudnya. Masih samar-samar.


“Hum kamu, cepat sangat lupa,’ Tuk Aji terus tepuk bahu kanan datuk dua tiga kali.


Mereka sama-sama ketawa. Semuanya itu membuat hati saya dan Andi Kamarool berdebar.


“Kau lupa?” Ulang Tuk Aji.


“Iya, saya benar-benar lupa.”


“Kamu pernah cakap yang kamu nak ikut aku ke Tanah Kerinci. Kata kamu di Kerinci masih terdapat kaum keluarga kamu. Lagi pun dari Kerinci ada yang berhijrah ke Tanah Melayu.”


“Allah hu Akbar baru saya ingat sekarang. Tadi saya tak ingat langsung,” dua tiga kali datuk gelengkan kepalanya. Tuk Aji tersenyum melihat telatah datuk yang agak melucukan itu.


“Bagaimana? Sekarang kamu dah ingat?” Usik Tuk Aji.


Datuk anggukkan  kepala.


“Kamu bersedia nak ke sana?”


“Sudah tentu! Bila kita nak pergi.”


Jawapan dari datuk membuat Tuk Aji mengaru-garu hujung hidungnya dengan jari kelingking beberapa kali . Dia renung kiri kanan, macam ada sesuau yang difkirkannya.


“Hari ini hari Senin, esok Selasa. Macam mana kalau kita bertolak dari sini pagi Rabu.”


“Saya mengikut saja,” balas atuk dengan senyum.


“Kalau dah begitu, kamu semua kena buat persiapan.”


“Ikut jalan laut atau darat?”


TAJAM


Pertanyaan itu membuat Tuk Aji membeliakkan sepasang biji matanya. Muka datuk ditatap tajam. Kemudian wajah saya dan Andi Kamarool menjadi sasaran. Kenapa Tuk Aji berbuat demikian? Saya sendiri pun tak tahu.


“Kenapa kamu tanya macam tu?”


“Bukan apa-apa, kalau ikut perjalanan darat kena buat persiapan cara jalan darat. Begitu juga dengan jalan laut.


“Hum… aku fikirkan pertanyaan yang kamu buat tadi sebagai usaha kamu berdalih tak mahu pergi,”


“Insya-Allah . kalau sudah berjanji tetap saya tepati.


“Maafkan aku, Tuk Aji hulurkan tangan. Datuk segera menyambutnya. Mereka berpelukan.


Beberapa minit kemudian kami pun berpisah. Tuk Aji pulang ke rumah Tuk Siak sementara saya, datuk dan Andi Kamarol menuju ke rumah Haji Bagus.


Di rumah Haji Bagus, datuk melahirkan rasa bangganya  kerana rancangan untuk ke Tanah Kerinci sudah berada di ambang jaya. Haji Bagus dan isteri merestui perjalanan kami bertiga (saya, datuk dan Andi Kamarool). Dia yakin perjalanan kami tidak akan menghadapi sebarang masalah.


“Dia selalu berulang alik Kerinci-Jambi  dan Jambi ke Kerinci. Dia bagi tahu kamu nak pergi ke sana nak ikut jalan sungai atau jalan darat?” Tanya Haji Bagus.


 ‘Dia tak bagi tahu Abang Haji,” jawab datuk sambil mengkerutkan dahinya seperti ada keresahan bermain dalam kepala datuk.


“Biasanya, dia ikut jalan sungai separuh dan separuh lagi ikut jalan darat. Tak kira ikut jalan mana, pokoknya kamu semua beruntung dapat pergi ke Kerinci bersama Haji Ahmad Basilam, dia orang lama, umurnya dah dekat seratus tahun tapi masih tegap dan gagah. Dia banyak menyimpan cerita Tanah Kerinci,” kata Haji Bagus.


Pagi Rabu yang cerah, saya dan Andi Kamarool bersilat di halaman masjid untuk mengeluarkan peluh. Haji Basilam dan datuk masih berada di dalam masjid.


Saya kira mereka sedang berbincang tentang perjalanan yang ditetapkan. Walau apa pun, saya tidak bimbang semua keperluan untuk perjalanan sudah siap sedia. Beg yang memuatkan beberapa helai pakaian saya dan datuk terletak di kepala tangga masjid. Begitu juga dengan pakaian Andi Kamarool.


“Sudah.”


Serentak saya dan Kamarool menoleh ke arah suara tersebut. Haji Basilam (Tuk Aji) dan datuk berdiri di kaki tangga. Mereka tersenyum ke arah kami.


“Mengapa mesti membuang tenaga nanti letih,” usik Haji Basilam.


“Sekadar nak melembutkan urat,” sahut Andi Kamarool. Mereka berdiri didepan kami, melihat peluh yang mercik di kening dan dahi.


“Kamu berdua dah sedia, kalau dah sedia kita mulakan,” tutur Haji Basilam. “Kamu berdua tunggu kami di kepala simpang, aku nak ambil barang di rumah Tuk Siak, datuk kamu ikut aku.”


“Baiklah,” kata saya.


“Pergi ambil barang-barang kamu,” sambung Haji basilam. Saya dan Andi Kamarool bergegas menuju ke kepala tangga msjid mengambil beg pakaian dan meneruskan perjalanan menuju muara jalan.


Sementara menanti kedatangan Haji Basilam dan datuk , saya dan Andi kamarool berdiri di bawah pohon ketapang.


Matahari pagi terus memancar sinar bersama-sama dengan kicau beburung. Orang-orang kampung yang ramah terus melemparkan senyum ke arah kami tidak kira samada mereka berjalan kaki atau naik basikal.


“Andi, kamu pernah pergi ke Kerinci?”


“Belum pernah, kata orang alamnya cantik, banyak sejarahnya dan banyak pula misterinya.”


“Bila sampai Kerinci apa yang kamu mahu tengok Andi,”


“Aku nak tengok, kolam air panas di Sumurup dan Sungai Medang. Kata orang airnya sentiasa berasap, aku nak rebus telur di kolam air panas tu. Kamu pula nak cari apa pula disana Tamar?”


“Aku nak jumpa orang pendek yang ganjil dalam hutan Kerinci, tubuhnya tegap, berjalan tegak, mukanya bulat berjanggut panjang. Tingginya antara 80-100 cm. Badannya penuh dengan bulu warna coklat dan hitam, bila berjalan tapak kakinya terbalik. Aku teringin benar nak melihat makhluk ganjil ini.”


“Lagi apa yang ingin kamu cari di sana?” tanya Andi Kamarool lagi.


“Aku teringin nak jumpa dengan keturunan manusia harimau, kalau jumpa yang perempuan dan cantik serta muda pula aku nak jadikan dia isteri,’ kata saya.


“Bila kamu tidur dengannya dia terus baham kamu,” balas Andi Kamarool. Kami terus ketawa terkekeh tanpa memperdulikan orang yang lalu lalang di jalanan.


“Apa yang kamu berdua ketawakan hingga nak pecah perut.”


Tanpa disedari datuk muncul dari belakang dan Haji Basilam menyongsong dari sebelah kanan. Saya tergamam, tetapi Andi Kamarool dapat mengawal keadaan. Dia tenang sekali.


“Tamar ni, bila sampai di Kerinci dia nak jumpa keturunan manusia harimau,” Andi Kamarool buka rahsia. Datuk gelengkan kepala sambil berkata. “kamu bercakap ikut sedap mulut sahaja,Tamar.”


“Tak mengapa, kalau kamu berhajat Tuk Aji boleh bawa kamu jumpa mereka,” sahut haji Basilam.


“Bergurau dengan cucu saya.”


“Tidak, saya cakap perkara yang benar. Kalau awak nak jumpa pun boleh saya bawakan. Soal perkara itu benar atau tidak terpulang pada diri masing-masing.”


“Di mana mereka tinggal Tuk Aji, ‘ saya pula menyoal.


“Usah tanya di mana, sampai masanya aku temukan keturunan tu dengan kamu,” penuh semangat Haji Basilam bersuara. Dua tiga kali belakang saya di tepuknya. Andi Kamarool hanya tersenyum sahaja.


  Di bawah hembusan angin dan sinaran matahari pagi yang telah melepasi pokok ketapang, kami pun bergerak meninggalkan muara jalan menuju ke pengkalan (jeti). Sesekali, Haji Basilam menceritakan pengalaman silamnya yang menarik dia mendaki Gunung Kerinci.


“Nama Kerinci  selalu dikaitkan dengan kapal iaitu Kapal Kerinci, pada hal nama Kerinci diambil dari nama Gunung Kerinci, “ sambil melangkah Haji Basilam membuka tentang sejarah bumi kelahirannya. Dan saya terus pasang telinga.


Bagi saya nama Kerinci bukanlah sesuatu yang asing dan secara kebetulan pula di kampung saya terdapat ramai orang yang berasal dari Kerinci.


“Pada hemat aku, Kerinci itu, boleh jadi berasal dari perkataan KERING CAIR yang bermaksud danau yang kering,” Haji Basilam bercerita kembali,” kerana proses alam dasar danau terangkat atau naik ke atas menjadi dataran tanah yang tinggi. Tanah kering sebelah utara menjadi Gunung Kerinci manakala yang berair sebelah selatan menjadi danau Kerinci.”


Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi, samaada benci atau suka bila mendengar cerita Haji Basilam. Datuk nampak bersahaja dan tenang. Mungkin dia pernah kesana dan merasakan apa yang dituturkan oleh Haji Basilam itu sebagai perkara biasa saja.


Berlainan kami berdua, apa yang keluar dari mulut lelaki tua iu, adalah perkara baru membuat kami mendengar penuh minat dan sekali-sekala anggukkan kepala.


Haji Basilam terus bercerita dan perjalanan ke jeti yang agak jauh terasa dekat. Panas yang beransur terik juga turut juga tidak terasa. Haji Basilam tetap macam tadi, bercerita dan terus bercerita. Dan akhirnya kami sampai ke pengkalan. Tanpa membuang masa kami segera menaiki salah satu bot penambang menyeberang Sungai Batang Hari menuju ke kota Jambi.


MENJERIT


“Kamu tunggu di sini, jangan kemana-mana. Kami berdua ada urusan, tunggu di sini.” Haji Basilam mengingatkan saya dan  Andi Kamarool sebaik saja kami duduk di sebuah bangku panjang depan sebuah kedai. Haji Basilam dan datuk terus menghilangkan diri. Keadaan kota Jambi hari itu cukup sibuk, kenderaan dan manusia bertali arus. Di saat saya dan Kamarool melihat gelagat manusia yang lalu di hadapan kedai, sebuah kereta berhenti.


“Masuk.”


Haji Basilam jengukkan muka dari dalam kereta.


“Kenapa tersengih-sengih masuk saja. Orang suruh masuklah,” kata datuk yang berada di bahagian belakang  (di kusyen belakang) kereta. Saya buka pintu, tanpa membuang masa terus meluluskan diri ke dalam kereta. Pemandu kereta yang berkulit hitam berwajah garang menjeling tajam ke arah kami. Kereta yang ditumpangi terus meluncur ke depan, Setiap kali ada orang melintas jalan pemandunya membunyikan hon kereta.


“Tamar, Andi, ini anak saudara aku. Dia selalu berulang-alik dari Jambi ke Sungai Penuh. Cara kebetulan dia mahu ke sana, kita naik kereta dia, cepat sikit sampai,” Haji Basilam memperkenalkan pemandu kereta kepada kami.


Si pemandu hanya tersenyum misai tebalnya turut bergerak tetapi sinar matanya tajam menyorot wajah kami. Saya agak cemas melihat perangainya yang memandu laju dengan sebelah tangan. Hon keretanya terus menjerit. Sesekali dia memarahi kenderaan lain yang memotong keretanya. Datuk, hanya diam saja.


“Dari Jambi ke Sungai Penuh, berapa kilometer Tuk Aji?” Andi bertanya. Haji Basilam terdiam.


“Lebih kurang 434 kilometer, kamu tahu tak Sungai Penuh ibu Negeri Kerinci,” si pemandu menjawab dalam nada suara yang keras. Dia masih memandu dengan sebelah tangan. Bila ada lembu atau kambing melintas jalan, hon keretanya terus memekik. Sesekali dia menekan berek kecemasan, membuat kami yang ada dalam kereta tersengguk-sengguk.


Perjalanan yang cemas dan membosankan itu sampai ke sebuah bandar yang disebut Muarabungo. Kerana kami sudah hampir dengan waktu zuhur, Haji Basilam menyuruh anak saudaranya berhenti di sebuah masjid.


Setelah menunai sembahyang zuhur, kami menjamu selera di sebuah gerai kepunyaan orang PADANG, datuk hanya makan tiga suap nasi dan minum air putih. Setelah itu perjalanan menuju ke negeri Kerinci–Sungai Penuh diteruskan.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box