SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL

 Setelah menunaikan sembahyang asar, saya terus berlegar-legar dalam bilik surau. Datuk membaca al-Quran, Haji Basilam terus berwirid panjang. Andi Kamarool baring terlentang di bucu surau, sepasang matanya merenung siling surau. Barangkali dia sedang pasang angan-angan tentang Mia agaknya.


Agaknya dia sedang membayangkan dirinya berjalan berdua-duaan dengan Mia di padang lapang. Mereka berkejar-kejaran, berjatuh-jatuhan di tanah lapang. Saling gelak ketawa. Biarlah Andi Kamarool dengan dunianya, bisik batin saya sambil mengeliat.


“Hummmmm…….”


Saya menoleh ke arah Andi Kamarool yang mengeluh. Kedudukannya sudah berubah, kalau tadi dia menelentang kini dia meniarap pula. Datuk dan Haji Basilam masih seperti tadi.


Saya berubah tempat dari penjuru sebelah kanan, bergerak ke penjuru kiri. Dan pada saat itu sepasang mata saya tertumbuk ke arah beberapa keping sejadah yang tersangkut di dinding. Sesungguhnya, saya tidak berminat dengan sejadah yang dilipat tiga segi serta ditindih dengan anak lesung batu.  Terletak betul betul dibawah jendela yang daunnya tertutup rapat.


Kerana kedudukan nya terasing dari sejadah-sejadah yang lain dan ditindih dengan anak lesung batu pula, membuat saya tidak sabar-sabar untuk melihat rupa dan bentuk sejadah tersebut. Tanpa mahu membuang masa, anak lesung batu saya tolak, sejadah yang berlipat tiga terus ditarik dan dibentangkan atas lantai.


Bila sejadah terhampar di depan mata, saya terlihat potret harimau. Badan harimau berwarna kuning dengan belang-belang hitam berlatar belakangkan pepohon yang menghijau segar. Saya tatap potret muka harimau untuk beberapa saat dan saya rasa sepasang telinga dan matanya bergerak. Dan pada saat itu juga, seluruh urat saraf terasa lemah, darah jadi gemuruh dan perasaan jadi gementar.


Saya renung ke arah datuk, Haji Basilam dan Andi Kamarool, semuanya tidak merenung ke arah saya. Cepat-cepat sejadah aneh itu saya lipat tiga kembali, lalu saya tindih dengan anak lesung batu. Tempat itu segera saya tinggalkan, bergerak perlahan-lahan ke arah Andi Kamarool.


Buat beberapa saat, saya terpaksa duduk bersila di hujung kepala Andi Kamarool untuk menenangkan perasaan dan menghilangkan darah gemuruh yang berlari dalam urat saraf. Bila perasaan kembali normal, saya segera mendekati Haji Basilam yang secara kebetulan sudah selesai wirid.


“Kenapa muka kamu nampak cemas Tamar?”


“Tak adalah, saya macam biasa.”


“Kalau begitu, aku yang salah pandang,” kata Haji Basilam sinis.


Debar hati di kala itu hanya Allah saja yang tahu. Haji Basilam bangkit dari duduknya.


Kerana merasa tidak selesa, Andi Kamarool terus duduk dan kemudian berdiri. Datuk menutup Quran dan meletakkan di atas rak. Haji Basilam melangkah ke tengah surau dengan diikuti oleh datuk. Mereka berhenti di situ.


“Sekarang kita pergi ke rumah lain, kita bermalam di situ,” kata Haji Basilam kepada datuk.


“Ayuh, kita pergi sekarang,” balas datuk sambil melemparkan pandangan ke arah saya dan Andi Kamarool.


Kami (saya, Andi Kamarool dan datuk) dibawa oleh Haji Basilam menuju ke sebuah rumah yang terletak di sebelah kanan rumah batu besar, jaraknya, dengan rumah batu besar, kira-kira sepelaung saja. Dengan tenang, Haji Basilam membuka pintu..


“Naiklah,” katanya dari ambang pintu.


Datuk pijak anak tangga dengan teliti dan akhirnya tubuh datuk hilang ditelan pintu rumah. Saya dengan Andi Kamarool saling berpandangan, siapakah yang harus naik dulu? Saya atau Andi Kamarool.


Lapang rasa dada, bila Andi Kamarool mendahului saya memijak anak tangga rumah. Saya mengekori dari belakang. Kalau ada bencana, pasti Andi Kamarool menerima risikonya terlebih dahulu dan saya masih ada kesempatan untuk mengelak atau cabut lari.


Berada dalam perut rumah tubuh terasa sejuk sekali. Haji Basilam tidak ambil peduli kehadhiran kami, dia asyik memberi penerangan tentang rumah papan kepada datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala saja.



MEJA


Rumah papan tiga bilik itu mempunyai ruang tamu yang luas. Tersedia sebuah meja bundar (bulat) yang diperbuat dari papan jati, di kelilingi empat kerusi rotan. Di tengah bundar ada patung harimau sedang tidur dibuat dari tembikar.


Tidak jauh dari meja bundar, tersedia meja empat persegi yang dibuat dari kayu cengal beralaskan cermin tebal. Di bawah cermin tersedia potret harimau dengan sepasang mata bersinar. Potret harimau itu nampak seperti hidup. Kerana emosi terganggu mendorong saya bertindak, menarik kain tutup meja berwarna kuning di bawah meja bundar, lalu menutup potret harimau Sumatera itu.


“Eh tamar, jangan kamu kacau meja tu. Itu meja tulis bapa Mia, sebaiknya kamu beredar dari situ,” teriak Haji Basilam. Gerak-geri saya dapat dikesannya.


“Saya tak tahu Tuk Aji.”


“Aku lupa nak cakap tadi, dulu meja kaca tu di tempatkan di rumah batu, kemudian di pindahkan ke sini.”


“Kenapa dipindahkan ke rumah kecil Tuk Aji?” Soal Andi Kamarool.


Saya lihat Haji Basilam mengigit bibir. Ia seperti keberatan mahu menjawap pertanyaan Andi Kamarool.


“Pelik juga, dari rumah batu dipindahkan ke rumah papan,” kata saya. Dan kali ini saya lihat Haji Basilam melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dia mundar-mandir di depan kami dan akhirnya berhenti di depan saya.


“Sebabnya,” Haji Basilam tidak meneruskan kata-kata. Dia renung muka datuk buat beberapa saat. Bila datuk anggukkan kepala, Haji Basilam pun meneruskan percakapan yang tersangkut, “ sebabnya, Mia selalu terlihat bentuk manusia yang menyerupai bapanya membaca dan menulis di meja itu waktu tengah malam, terutama pada malam Jumaat dan Isnin, kadang-kadang dia nampak anak harimau bermain atas meja tu.”


“Haaaa…” mulut saya terlopong.


Dengan serta merta bulu roma saya berdiri. Saya segera beredar dari tepi kaca empat segi.


“Bagus jangan dekat meja itu,” puji Haji Basilam, dia melihat saya beredar disisi tanpa memperdulikan Andi Kamarool yang sedang berbual dengan datuk. Dari bibir jendela, saya menatap pepohon yang hijau damai di lereng bukit, hati terhibur melihat awan gemawan berarak lembut bersama kicau burung. Dedaun kelapa melintuk-lintuk disentuh bayu petang yang bertiup lembut.


Haji Basilam bergerak menuju ke arah datuk dan Andi Kamarool.


“Memang saya tak duga, abang Aji nak singgah dan bermalam di sini,” suara datuk menerkam gegendang telinga saya.


‘Bukan apa-apa, aku cuma nak beri pengalaman baru kepada cucu kamu dan kawanya. Aku tak mahu mereka dengar cerita-cerita yang bukan-bukan, kemudian mereka percaya dengan cerita itu lalu dihebahkan kepada orang lain, sedangkan mereka sendiri tak tengok,” terang Haji Basilam.


“Maksud abang Aji?” Tanya datuk.


“Mereka berdua pernah bagitau aku yang mereka pernah dengar cerita-cerita pelik dan aneh di Kerinci ni, jadi aku mahu mereka tengok sendiri apakah cerita yang mereka dengar itu benar atau sekadar cerita saja.”


“Saya faham sekarang, tapi….”


“Tapi apa?” Haji Basilam tentang biji mata datuk.


“Soalnya, beranikah budak berdua tu menghadapinya?”


“Kita tengok dulu, kalau dia orang boleh, kita biarkan. Kalau dia orang tak boleh kita suruh dia orang undur.”


“Saya setuju,” suara datuk riang benar. Ada senyum berlari di kelopak matanya.



BULAT


Bila dialog antara Haji Baslam dengan datuk tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga, saya segera menoleh ke arah mereka. Ingin mengetahui kenapa mereka diam. Dan pada saat itu saya dapati Andi Kamarool sudah berubah tempat. Dia membelek-belek kitab lama di bawah meja bulat. Andi Kamarool mencangkung di situ, macam anjing merenung tulang.


“Berapa lama agaknya kita di sini abang Aji?”


“Ikut keadaan,” sahut Haji Basilam sambil menyuruh datuk masuk ke bilik tengah untuk berehat.


“Abang Aji bilik mana?”


“Aku di bilik dekat pintu masuk.”


“Kalau begitu, budak-budak berdua di bilik sebelah kiri,” datuk menoleh ke arah saya dan Andi Kamarool, sebelum dia merenung ke arah bilik yang terbuka sebelah.


Di sebelah kanan pintu (lebih tetapnya dinding sebelah luar) tersangkut sebilah sundang. Di hujung sundang tergantung pedang lama tanpa sarung. Mata pedang nampak berkarat. Melihat pintu bilik yang terbuka separuh, sundang dan pedang tanpa sarung membuat hati saya berat sekali untuk menginap dibilik tersebut.


“Saya dengan Andi tidur dibilik itu, Tuk Aji,” saya meluruskan jari telunjuk ke arah pintu bilik yang terbuka separuh. Pertanyaan saya tidak dijawap oleh Haji Basilam. Dia hanya tersenyum.


“Belum tentu kamu berdua boleh tidur di situ,” jawapan dari Haji Basilam membuat jantung saya berdebar. Seribu persoalan menari-nari dalam kotak minda saya.


“Habis kami tidur di mana?” Andi Kamarool minta kepastian.


“Aku mahu kamu berdua tidur di anjung rumah batu.”


“Anjung rumah batu mana Tuk Aji,” potong saya.


“Di anjung rumah batu Mia.”


“Minta maaf,” celah Andi Kamarool.


Haji Basilam ketawa, datuk mengelengkan kepala mendengar ungkapan yang diluahkan oleh Andi Kamarool.


“Jangan mudah mengalah sebelum mencuba, kamu berdua boleh tahu siapa Mia yang sebenar.”


Saya dan Andi Kamarool kerutkan kening dan serentak kami merenung muka Haji Basilam dengan seribu persoalan. Ternyata reaksi kami tidak mengejutkan Haji Basilam, malah dia mempamirkan senyum sinis. Tanpa mahu mengikuti perkembangan selanjutnya, datuk terus melangkah ke dalam kamar yang dikhaskan untuknya. Haji Basilam mengikuti datuk sehingga di ambang pintu bilik.


“Aku nak bawa budak-budak ni keluar.”


“Silakan abang Aji,” sahut datuk dari dalam kamar.


Kerana sudah tahu matlamatnya, saya dan Andi Kamarool keberatan memenuhi ajakan Haji Basilam itu. Walaupun dia sudah berada di muka pintu.


“Mari, kenapa diam di situ,” suara Haji Basilam lembut. Dan kami tidak berupaya membantah. Akur dengan kemahuannya.


Saya dan Andi Kamarool mengekori Haji Basilam  menuju ke rumah batu besar. Lagi sekali kami terdampar di ruang tamu rumah batu.


Bila berdepan dengan Mia, keresahan di hati pun berakhir. Jauh di sudut hati, saya amat mengkagumi kecantikannya. Dia kelihatan lemah-lembut dan bersopan santun. Saya kira Andi Kamarool juga sependapat dengan saya.


“Si Andi dan Tamar nak melawat kawasan rumah kamu, Ma”


“Boleh ayah bawalah,”


“Begini Mia, kamu sendiri yang bawa mereka.”


“Ayah nak ke mana ?”


“Aku nak berehat, lagipun mereka nak tidur di anjung rumah kamu,” kata Haji Basilam sambil bangun. Tanpa mahu merenung ke arah saya dan Andi Kamarool, Haji Basilam melangkah keluar dari ruang tamu.


Saya dan Andi Kamarool termangu kerana tidak menduga Haji Basilam membuat keputusan begitu drastik sekali. Sepasang biji mata Mia silih berganti menatap kami. Dia bagaikan tahu apa yang bergolak dalam lubuk hati saya dan Andi Kamarool.


“Cakap dengan jujur, kamu berdua pernah mendengar cerita yang pelik-pelik tentang aku,” soal Mia.


Serentak kami gelengkan kepala.


“Ayah tak cerita apa-apa,”


“Tak ada, “ jawap kami serentak.



GARU


Buat beberapa detik Mia mengaru-garu pangkal dagunya dengan jari kelingking. Kemudian dia menarik nafas kelegaan. Mia puas hati dengan penjelasan yang kami luahkan.


“Mari,” Mia renung muka kami sekali lagi. Ia terus bangun dari kerusi dan melangkah ke pintu. Kami terus mengekorinya, sebaik sampai di halaman, Mia tidak meneruskan langkah, Dia terus duduk dibangku panjang.


“Kenapa Mia? Kamu sangsi dengan kami,” tanya saya.


“Tidak,” dia terus bangun, “ tapi aku…”


“Tapi apa Mia?” potong Andi Kamarool.


Mia senyum dengan sepasang mata yang cantik, bercahaya menampar wajah Andi Kamarool. Hati saya terus berdebar. Mia terlalu banyak berteka teki dalam hal ini, fikir saya dalam hati. Rasa meluat dan benci kepadanya mula bermain dalam diri.


“Terus terang saja dengan kami Mia,” saya merayu.


“Kalau jumpa benda-benda ganjil jangan terkejut. Aku tahu ada pelbagai cerita tentang rumah ni, kerana kamu datang bersama ayah, aku yakin kamu ikhlas, aku harap kamu berdua dapat mencari perkara yang ganjil tu,” tambah Mia.


“Kami faham Mia, cerita di luar kadang-kadang lebih hebat dari cerita sebenar. Memang adat manusia suka menambah cerita,” Andi Kamarool memberikan pendapat.


“Barangkali cakap Andi betul,’ balas Mia bersama senyuman dan jelingan manja ke arah Andi Kamarool yang wajahnya mirip pelakun Mustapha Kamal (semasa muda dulu). Jelingan dan senyuman segera dibalas oleh Andi Kamarool dan Mia nampak tergamam sedikit. Saya kira, antara mereka ada getaran rasa yang terpancar dari senyuman dan kerlingan.


“Mari kita mulakan,”


“Ayuh,” jawap saya dan Andi Kamarool serentak.


Untuk melawat seluruh kawasan rumah batu lama itu, perjalanan di mulakan dari sebelah kiri halaman menuju ke kanan. Berjalan-jalan di kawasan rumah yang luas, di bawah sinar matahari petang yang memancar lembut memang menyeronokkan. Tetapi sebagai manusia saya tetap berhati-hati.


“Mia duduk seorang di sini?” saya bertanya dlam usaha mengatasi rasa jemu berjalan.


“Iya saya tingal seorang. Kenapa Tamar tanya perkara macam tu?”


“Sengaja tanya, saya kira Mia seorang perempuan yang berani.”


Mia terdiam, langkah yang rancak diperlahankannya. Kicau burung terus mengasak lubang telinga kami. Di udara kelihatan helang liar terbang rendah.


“Keluarga saya percaya, saya dikawal oleh nenek sendiri. Dalam bahasa di sini sebut Opung,” penjelasan yang diungkapkan oleh Mia itu membuat kami bingung. Haji Basilam tidak pernah menyebut tentang nenek Mia. Saya renung ke kiri dan ke kanan dan ke arah rumah batu, mudah-mudahan biji mata saya dapat mengesan rupa paras nenek Mia. Harapan saya tidak menjadi kenyataan.


“Tapi, sejak tadi kami tak nampak nenek Mia?” Andi Kamarool pula bertanya dalam nada suara yang membayangkan rasa cemas.


“Dia datang bila dipanggil.”


“Kami ingin bertemu dengannya Mia,” saya hulurkan permintaan.


“Datuk nenek tidak datang secara fizik.”


“Kenapa begitu Mia?” Saya mula cemas.


“Datuk dan nenek saya sudah mati.”


“Huhhhhh….,” keluh saya, seluruh sendi kaki terasa lemah. Bagaikan tidak berdaya mahu melangkah. Mahu saya nyatakan pada Mia supaya membatalkan saja melawat kawasan rumahnya.


“Mia kita berhenti di sini.”


Permintaan saya tidak dihampakan. Mia bersedia berhenti di bawah pokok besar dan duduk atas batang kayu tumbang yang terdapat di situ.


“Mia, kamu harus berterus terang dengan kami.  Cerita kamu menimbulkan macam-macam sangkaan buruk di hati,” begitu spontan Andi Kamarool menyuarakan suara hatinya.Tanpa segan-segan dia terus duduk.


“Pada kamu berterus terang tetapi, kami tidak dapat menangkap maksud dari kata-kata kamu,Mia.”


“Jadi, kamu mahu aku bercerita cara terang-terangan Andi?”


“Iya, sudah mestinya begitu.”


Semua keluarga percaya, datuk nenek kami keturunan manusia harimau. Bapak saya, emak saya, adik beradik dan saya memang manusia keturunan harimau. Apa kamu berdua sudah puas  dengan penjelasan ini, mari aku tunjukkan buktinya.”


Sebelum menyahut pelawannya itu, saya dan Andi Kamarool didakap keresahan. Saya melangkah ke kiri dan ke kanan di hujung batang kayu. Andi Kamarool,  sekejap duduk, sekejap bangun. Mia tetap tenang.


“Macam mana! Setuju ikut aku?”


Mia minta kepastian. Kami masih belum dapat memberikan jawapan pasti.


“Sekarang macam mana, kamu berdua setuju atau tidak ?” Ulang Mia.


“Setuju,” sahut saya.


Andi Kamarool terkejut dengan tindakan saya itu.


“Kalau dah setuju mari ikut saya.”


“Ke mana Mia?” Andi Kamarool mula ragu-ragu.


“Berpatah balik ke rumah batu.”


“Jum…….” Saya memberi keputusan muktamad.


Kami terus mengikuti Mia. Anehnya, dia membawa ke bahagian belakang rumah dan kami di suruh masuk ikut pintu dapur, bukannya ikut pintu hadapan.


Ini membuat perasaan saya semakin cemas. Ruang dapur yang luas, bersih dan teratur saya renung setiap sudut. Pinggan mangkuk, cawan dan piring dari luar negeri tersusun rapi dalam rak. Saya dan Andi Kamarool mengambil sikap membisu.



SUDUT


Mia membawa kami ke sebuah bilik di sudut ruang dapur. Dengan perlahan-lahan dia menolak daun pintu. Memang, Mia tidak berusaha  untuk msuk ke kamar tersebut. Malah dia mengingatkan saya dan Andi Kamarool supaya jangan menyentuh papan atau pintu kamar.


Dalam kamar yang agak luas itu tersedia sebuah katil besi, tilam yang ditutup dengan kain cadar berwarna putih. Ada percikan darah yang sudah kering pada cadar tersebut.


“Nampaknya, bilik ini tidak digunakan.”


“Memang betul cakap kamu Tamar,” Mia renung biji mata saya.


“Dulu, siapa yang tinggal di sini Mia?” Andi Kamarool pula bertanya.


“Ini bilik nenek.  Sejak dia mati, bilik ini terus kosong, tak ada siapa yang mahu dudk di situ, orang tua saya dan abang sendiri tak suka melihatnya, kecuali saya sekali-sekala datang menjenguk dari luar. Saya tak berani masuk.”


Penjelasan dari Mia membuat saya dan Andi Kamarool undur dua tiga tapak ke belakang. Tidak mahu mendekati dinding atau pintu bilik.


“Kesan darah di cadar tu, darah siapa Mia?”


Akibat pertanyaan yang saya ajukan, Mia menarik nafas dalam-dalam. Ada keresahan dalam hati terpamir di wajahnya. Dia seperti kurang senang dengan tindak tanduk saya yang banyak bertanya.


Buat beberapa ketika, Mia menundukkan kepalanya merenung lantai simen dapur. Dia seperti bertafakur seolah-olah mengasingkan dirinya dengan kami dan dunia luar. Saya dan Andi Kamarool segera mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Manalah tahu, dengan tiba-tiba Mia menjelma menjadi harimau betina lalu membaham kami.


Sudah lima minit masa berlalu, keadaan Mia tetap seperti tadi. Situasi begini membuat degup jantung saya dan Andi Kamarool bertambah hebat. Keadaan ruang bertambah suram kerana matahari sudah pun jatuh di kaki langit. Bebunga senja mula menguasai kawasan sekitar rumah.


“Mia, kalau semuanya ini menyusahkan kamu, aku minta maaf,” sebaik saya menamatkan kata-kata itu, Mia segera menegakkan kepalanya. Dia merenung saya dan Andi Kamarool dengan renungan yang tajam tetapi, tidak membayangkan rasa dendam.


“Saya faham Tamar, tak ada apa yang saya mahu rahsiakan dari kamu berdua,” tiba-tiba Mia bersuara membunuh keraguan hati kami.


“Cadar putih atas katil tu, cadar kepunyaan nenek di saat-saat kematiannya, kedudukan cadar itu tidak diusik. Sebelum mati, nenek mengalami luka-luka di tubuh. Darah yang keluar tidak berhenti-henti, sebahagian dari darah tu terkena kain cadar,” sambung Mia.


“Kasihan dia,” keluh Andi Kamarool.


Mia tersenyum dan menerangkan, semasa peristiwa itu berlaku di depan matanya. Ketika itu dia baru berusia tujuh tahun. Nenek juga memberitahu keluarga, agar mayatnya tidak dikebumikan di tanah perkuburan umum.


“Saya masih ingat kata nenek kepada orang tua lelaki saya, begini katanya. Tanam saja mayat aku di kawasan rumah kita,” lanjut Mia dengan wajah yang serius.


Saya segera terfikir, aneh juga dalam dunia yang serba maju ini, masih ada orang yang mahu mayatnya dikebumikan di kawasan perumahan. Tetapi menurut Mia, tak seorang pun antara keturunan manusia harimau itu yang berani membantah hasrat neneknya itu.


“Antara nenek dan datuk , siapa dulu yang meninggal dunia Mia,” tanya Andi Kamarool.


“Menurut cerita orang tua saya, ayahnya mati jatuh ke dalam gaung di sebuah gunung. Mayatnya terus hilang, tidak dapat dikesan. Sejak kematian nenek, kami sekeluarga sering terdengar suara orang bercakap dalam bilik ni. Semua keturunan kami membuat kesimpulan, suara itu adalah suara nenek dan suaminya,’ begitulah Mia mengesahkan tentang sejarah kamar yang terdapat di sudut ruang dapur. Sekali pandang keadaan kamar itu amat menyeramkan.  


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box