SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU

Buat seketika, tidak terucap sepatah kata dari kelopak bibir kami bertiga. Datuk memicit-micit pangkal pehanya, mungkin dia lenguh kerana terlalu lama duduk. Saya mengarahkan sepasang mata ke arah halaman rumah yang dipancar matahari. Hati bagai digeletek untuk mendengar penerangan selanjutnya tentang iman dari Uda Lamat.


“Tambah kopi lagi, Uda.”


Datuk terus pegang teko lalu menuang kopi ke cawan Uda Lamat.


“Cukup, cukup, “tahan Uda Lamat sambil memperkemaskan silanya Datuk berhenti menuang air kopi.


“Berborak begini sambil minum memang seronok,” ujar datuk lalu menghirup air kopi. Uda Lamat angguk kepala sambil memandang ke aras saya.


“Apa macam Tamar, betul tak mereka tak ada iman?” Tanya Uda Lamat. Saya jadi serba salah, sukar untuk memberikan penjelasan. Saya bukanlah orang yang pandai tentang agama.


“Entah, saya tak tahu,” jawab saya spontan.


“Betul kau tak tahu?” Uda Lamat jegilkan biji mata ke arah saya. Perbuatannya itu membuat saya jadi serba salah. Apa yang buat saya terasa tidak kena belaka.


“Betul saya tak tahu, saya tak main-main,” suara saya merendah. Memang terasa malu mengaku kebodohan sendiri di depan datuk dan Uda Lamat.


“Bagus, bercakap dengan jujur. Orang bodoh saja yang mengaku tahu terhadap perkara yang dia tidak tahu. Orang bijak tidak macam itu,” ungkap Uda Lamat lalu menepuk bahu saya berkali-kali. Saya kembali bersemangat.


“Kamu memang budak yang bijak,” sambung Uda Lamat memuji saya. Rasa megah datang ke dalam hati. Muka terasa kembang dan hati bertambah bangga. Saya mula berani angkat kepala. Berani tatap wajah datuk dan Uda Lamat.


Dua kali datuk batuk. Itu batuk pura-pura untuk menyindir saya, agar jangan mabuk kerana pujian. Sambil menghirup air kopi, Uda Lamat kemaskan sila.


“Kita percayakan Allah dan Rasul, ini adalah sebahagian dari rukun iman. Dan iman itu sendiri ertinya, kepercayaan yang terbit dari hati seseorang iaitu, mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa api yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah benar yang datangnya dari Allah Subhanahu Wataa’la,” Uda Lamat angkat muka. Biji matanya tajam menyorot ke wajah saya. Biasanya bila dia berkeadaan demikian, pasti mahu memulakan sebuah kuliah yang tidak dapat dijangka masanya sama ada panjang atau pendek.


“Maka,” Uda Lamat tegakkan lutut kanan dan kepala lutut dijadikan tempat meletakkan telapak tangan, “ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakan pengenalan iman. Orang lelaki yang beriman dipanggil atau disebut Mukmin dan perempuan yang beriman disebut Mukminat,” Uda Lamat telan air liur. Dia berhenti bercakap. Jejari tangan kanannya bergerak-gerak memukul lantai.i


“Saya nak tambah sikit boleh tak?” Datuk angkat kepala. Renung muka Uda Lamat. Perlahan-lahan Uda Lamat menagangguk memberi jalan pada datuk.


“Iman dan Isam tak boleh diceraikan untuk mendapatkan kelepasan azab di hari akhirat nanti,” kata datuk. Uda Lamat tegakkan ibu jari kanan. Lagi sekali dia anggukkan kepala, setuju dengan pendapat datuk.


                                         RESAH


Saya makin diamuk keresahan. Bila datuk dan Uda Lamat memulakan perdebatan semacam itu, ertinya saya harus duduk lama di sisi mereka. Saya terus berfikir apa yang patut saya lakukan untuk menjauhkan diri dari mereka.


“Kerana mereka tidak ada iman, semakin maju mereka bergerak mengikut arus kemodenan, semakin pincang masyarakat mereka jadi tidak tentu arah. Mereka kehilangan arah,” itu hujah Uda Lamat, “mereka seperti mahu kembali ke zaman kuno,” tambahnya seiring dengan senyum.


“Haa sebab itulah…,” datuk angkat tangan kanan, matanya terbeliak,, “pakaian mereka tak tentu arah, berambut panjang, kalau menyanyi terjerit-jerit macam beruk kena belacan, tak payah nikah, jantan betina duduk sebilik, lahirkan anak haram, alas an mereka ini kebebasan dan ini kemajuan,” sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-kata tergambar kepuasan di wajahnya.


Hampir sahaj saya mahu ketawa melihat telatah datuk yang agak melucukan itu. Tetapi, nampaknya Uda Lamat sejalan dengan fikiran datuk. Buktinya yanga paling nyata, dia sering sahaja anggukkan kepala dan mengharapkan datuk meluahkan buah fikiran selanjutnya. Datuk menggaru pangkal telinganya dua tiga kali. Mungkin otaknya berjalan memikirkan sesuatu.


“Perkara yang tak senonoh tu, jadi ikutan anak-anak muda kita yang beragama Islam, segala morfin ganja semuanya berasal dari sana,” datuk lahirkan pendapat.


“Entahlah, apa nak jadi, aku sendir pun tak tahu nak cakap,: Uda Lamat bagaikan mengeluh.


“Agaknya, pegangan keimanan kita sudah nipis, fasal itu kita meniru orang lain,” tingkah datuk lalu menarik nafas dalam-dalam. Rasa jemu yang menguasai diri membuat saya meluruskan sepasang kaki. Bahang panas di luar membuat badan saya terasa bergetah. Saya jadi tidak selesa.


“Otak mereka bergeliga tetapi rohani mereka kosong. Tidak diisikan dengan iman, kerana itu mereka teraba-raba mencari pegangan dalam hidup,” suara Uda Lamat lembut dan saya tertarik dengan pendapatnya itu.


“Dalam mencari itulah mereka jadi sesat, lalu lahir bermacam agama baru yang bertujuan untuk mencari ketenangan rohani, bila perkara yang dicari tidak dapat ditemui mereka membunuh diri beramai-ramai, semuanya ini kerana mereka tidak ada iman,” lanjutnya Uda Lamat lagi. Datuk angguk kepala. Kagum juga saya, orang kampong macam Uda Lamat dapat memberikan pendapat yang baik. Mungkin dia bercakap berdasarkan perhatiannya yang teliti dan mungkin juga berdasarkan pada pengalaman.


Dalam saat itu juga saya teringatkan berita yang pernah saya baca dalam akhbar berhubung dengan tindakan beberapa orang bijak pandai Negara Barat, tidak kira dari Blok Komunis atau sebagainya bertindak membunuh diri, bila mereka merasakan yang diri mereka tidak dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan. Seorang novelis boleh membunuh diri kerana merasakan dirinya tidak akan dapat melahirkan mahakarya seperti dihasilkan sebelumnya.


Begitu dengan pelakon filem, penyanyi dan sebagainya, bila mereka merasakan apa yang mereka hasilkan kini, tidak sebaik masa lalu, mereka segera mencari pelarian dengan melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan boleh memberi ketenangan, mereka mencipta pakaian yang manjolok mata, bersekedudukan, melakukan hubungan sesame jenis, bunuh diri namun ketenangan rohani yang mereka cari makin jauh dari mereka.


“Iman adalah sinar kehidupan manusia sedunia,” Uda Lamat meninggikan suaranya untuk menarik perhatian saya yang termenung. Apa yang bermain dalam tempurung kepala saya segera berakhir. Datuk menghirup kopi lagi.


“Bila iman sudah berada dalam diri seseorang, dia akan merasai dirinya cukup kecil, mahu melakukan sesuatu dengan penuh kerelaan demi Allah yang maha besar,” datuk menyampuk.


“Ya, itu sudah tentu, sebab dia sudah tahu ke mana akhirnya kehidupan yang dilaluinya,” tingkau Uda Lamat.


“Kembali pada yang menjadikan dirinya sebagai hamba,” sahut datuk. Lagi sekali Uda Lamat tegakkan ibu jari kanannya ke arah datuk.


“Orang yang beriman tidak takut pada manusia. Dia hanya takut pada Allah, kerana itu bila dia sendiri atau makan gaji dia akan bekerja dengan jujuir, tidak mahu ponteng, tidak mahu menerima rasuah, tidak mahu melakukan penyelewengan, tidak mahu menindas. Kalau jadi ketua akan jadi ketua yang bertimbang rasa dan tegas kerana dia sedar apa yang berbuatnya itu adalah amanat Allah,” satu kuliah pendek yang amat berkesan dir Uda Lamat. Membuat saya termenung panjang sambil berfikir.


                                              DALAM


Kenapa orang yang beriman itu jadi begitu? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, jawapan dari pertanyaan itu datang sendiri ke dalam hati saya, orang yang beriman itu mempunyai kekuatan yang tersendiri, ada pegangan dalam kehidupannya. Selalu mahu melakukan kerja yang baik dan diredhai Allah. Jiwanya jadi tenang kerana menyandarkan hidupnya pada Allah. Garis kehidupan tidak lari dari panduan Allah dan Rasul.


“Satu hal yang mesti kita ingat untuk mencari iman yang penuh, kita mesti mempunyai kesungguhan dan ilmu itu perlu dicari,” datuk mengejutkan diri saya dari berjawab dengan perasaan sendir. Uda Lamat tidak memberikan sebarang komen terhadap kata-kata yang datuk luahkan itu. Dan saya sendiri tidak mahu mengemukakan sebarang soalan padanya. Apa yang pasti, saya mesti mencari kebenaran dari kata yang diucapkan oleh Uda Lamat itu dari ulama yang diakui tentang ketinggian ilmunya. Mungkin perkara itu memakan masa sedikit, tidak mengapa kerana ilmu boleh dicari dalam sehari dua.


“Orang Islam terdahulu dari kita kuat imannya kerana itulah pernah wujud Empayar Islam yang menguasai sebahagian dari benua Eropah, mempunyai angkatan perang yang kuat dan dikagumi oleh orang bukan Islam. Mempunyai cerdik pandai yang terbilang, ibu negara Islam jadi pusat sejarah Islam pula. Ternyatata orang tua yang kelihatan tidak ada apa-apa itu sebenarnya seorang yang luas pengetahuannya tentang Islam.


“Agaknya mereka berjaya kerana mereka melakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana mahu pangkat atau nama, mereka curahkan ilmu pada orang lain demi kemajuan Islam,” tanya saya.


“Ya, mereka melakukan sesuatu berlandaskan hukum Islam yang betul, kuat beriman pada Allah. Tetapi, sekarang kebesaran Islam mula runtuh mungkin kerana iman orang Islam sudah menipis. Dahulu orang Islam dihormati kerana ketinggian ilmu dalam segala bidang, sekarang orang Islam mengemis ilmu pada orang bukan Islam sedangkan ilmu itu dulu dipelopori oleh orang Islam,” nada suara Uda Lamat mengandungi rasa kesal. Dia merenung ke kiri dan kanan.


“Apa mahu dikatakan lagui semuanya sudah berlalu, tidak guna dikenang, buat menyakitkan hati saja,” rasa putus asa yang diluahkan oleh datuk memang menusuk perasaan saya.


“Perkara ini timbul kerana memperkatakan tentang iman,” sahut Uda Lamat, dia seolah-olah merasa kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan oleh datuk.


“Saya faham iman dan Islam memang tidak boleh dipisahkan,” datuk bagaikan tersedar tentang kesilapan kecilyang dilakukannya.


“Mengenangi untung malang masa lau untuk dijadikan panduan teladan bagi masa depan, hukumnya harus, tidak salah kerana kita mencari kebaikan, setiap yang baik itu memang digalakkan oleh Islam dari perkara kecil sebegini boleh memberikan baja pada rohani kita untuk menguatkan iman ini salah satu cara yang paling mudah dan kecil kita lakukan.” Ternyata secara tidak langsung, Uda Lamat memberikan ilmu yang baik untuk diamalkan.


“Betul cakap awak tu,” datuk bersuara.


“Jangan cepat kata betul, fikir dan kaji apa yang saya katankan itu,” Uda Lamat mula bangun. Dia mengeliat bagi menghilangkan rasa lenguh di setiap sendir anggota tubuhnya.


                                           BANGUN


Saya bangun lalu mengumpulkan cawan-cawan kosong, kemudian saya serahkan pada nenek di dapur. Waktu saya dating ke ruang anjung semula, saya dapati Uda Lamat sudah pun berdiri di anak tangga.


“Awak tak usahlah bimbang, apa yang terjadi pada cucu awak dengan izin Allah tak akan berulang lagi. Awak sendiri tahu bagaimana mahu mengatasi perkara buruk macam itu,” sambil bercakap Uda Lamat tening muka datuk.


“Saya tahu, tapi iblis dan syaitan tak mudah mengaku kalah,” sahut datuk.


“Sebagai hamba Allah kita harus berikhtiar dan meminta perlindungan dari Allah.” Uda Lamat hulurkan tangan pada datuk. Mereka bersalaman, bebrapa detik kemudian Uda Lamat melangkah turun dan akhirnya sarungkan capal ke kaki.


“Saya jalan dulu,” Uda Lamat dongak muka ke arah datu. “Silakan,” balas datuk dengan senyum. Uda Lamat pun mengatur langkah lalu meredah panas terik.


Datuk yang berdiri di ambang pint uterus menyorot langkah Uda Lamat hingga hilang dari pandangannya. Saya yang masih duduk bersila di rauang anjung terus melunjurkan kedua belah kaki. Walaupun saya berusaha melupakan apa yang telah terjadi pada diri saya tetapi, peristiwa itu sesekali menerpa juga ke dalam tempurung kepala yang membuat saya merasa cemas dan bimbang tidak menentu.


“Dia macam harimau yang menyembunyikan kuku,” datuk segera pusingkan badan. Merenung tepat ke arah batang hidung saya.


“Siapa yang tuk maksudkan?”uk kata macam tu padanya?"


“Uda Lamat.”


“Kenapa tuk kata macam tu padanya?” Saya mendesak.


“Dia orang berilmu tapi, ramai yang tidak tahu tentang kebolehannya, dia selalu merendahkan diri walau dia ada harta kerana sikapnya itu, orang selalu memikirkan dirinya tidak ada apa,” datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Anak matanya menyorot sayu ke halam rumah yang terbentang dipanggang matahari yang terik.


“Siapa sebenranya Uda Lamat tu, tuk?”


“Dia tu pengasas sebuah sekolah Arab di Selangor, kerana semangatnya yang meluap-luap meentang Inggeris dia ditangkap, bertahun duduk dalam tahanan di Singapura, Morib, Melaka, bila dibebaskan dia terus membuka kedai buku-buku agama di Pulau Pinang. Dia juga menulis buku-bku atau kitab-kitab agama.”


“Dah tu macam mana dia datang sini, agaknya dia memang oring kampong kita tuk?”


“Memang datuk neneknya orang sini, bila dia tak berniaga dia terus menetap di sini, dia jadi petani dan tumpukan kerja pada hal-hal kebajikan serta keagamaan,” demikian datuk menjelaskan pada saya.


Sesunggunhnya, penjelasan itu membunuh keraguan dan anggapan nuruk saya terhadap Uda Lamat. Selama ini, saya anggap dirinya sebagai manusia yang menggunakan kekayaan untuk menarik perhatian orang-orang kampong, suka menikah dengan perempuan yang diingini. Saya juga selalu memikirkan yang Uda Lamat itu tidak ada apa-apa, tarafnya sama dengan orang-orang kampong yang rata-ratanya tidaj mendapat pendirdikan hingga tahap sekolah menengah. Jauh di dalam hati, saya menyesali diri sendir kerana terlalu cepat memberi penilaian atau ‘label’ terhadap seseorang mengikut kacamata sendiri.


“Ada lagi yang nak kautanyakan tentang Uda Lamat dari aku, Tamar?” Datuk ajukan pertanyaan pada saya. Nada suaranya keras bersama wajah yang tidak menyenangkan. Tanpa berfikri panjang, saya terus menjawab.


“Tak ada lagi nak Tanya tuk. Dia orang yang berilmu.”


“Kamu harus berguru dengannya, dampingi dirinya untuk mencari sesuatu yang berguna darinya,” sebaik sahaja selesai berkata-kata datuk meninggalkan saya sendirian di ruang anjung rumah.


                                                                  PERANGAI


Saya sudah faham benar dengan perangai datuk, bila sahaja ada orang yang difikirkannya memilik ilmu yang tinggi, sama ada ilmu dunia atau akhirat, dia akan menggesa saya mendekati orang itu untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dari orang tersebut.


Inilah perangai datuk yang tidak saya senangi. Apakah datuk memikirkan tiap inci ruang dalam kepala saya ini, mesti diisi dengan ilmu yang dikutip dari orang tertentu. Apakah datuk fikir setiap orang yang berilmu itu, amat mudah mahu mencurahkan ilmu pada cucunya yang bernama Tamar Jalis.


Suara batin saya terus bergolak dalam dada. Tidak terdaya mahu saya luahkan pada datuk. Saya tidak sanggup menerima tengking herdik dari datuk bila perkara seperti itu dinyatakan secara terbuka padanya. Memang pantang datuk tujuh keturunan mengaku kalah sebelum mencuba. Dalam istilah kehidupan seharian datuk tidak ada perkataan ‘kalah’ sebelum berjuang. Datukselalu memuji dan hormat dengan sesiapa yang sudah mencuba atau berusaha sedaya upaya tetapi akhirnya kalah.


“Orang seperti itu memang patut dipuji dan dihormati, mereka ada kemahuan, ada semangat dan sanggup menghadapi cabaran tetapi tuah tidak ada pada mereka. Dalam budaya orang-orang Melayu mencuba dan berjuang memang diutamakan tetapi budaya itu, kini sudah luput, apa yang ada pada kita ialah mengaku kalah sebelum berjuang,” secara mendadak sahaja saya teringatkan kata-kata yang pernah datuk ucapkan pada saya.


                                              SURAT


Dengan izin Allah, berkat doa dan usaha dari datu dan Uda Lamat, saya dapat mengikis kenangan pada peristiwa ganjil yang telah saya alamai dari kotak ingatan saya. Rasa yakin pada diri sendir semakin menebal di hati malah, batang tubuh dan wajah Amjal Kamal tidak lagi di ruang mata, ketika saya duduk mengelamun sendirian.


Dalam waktu tertentu, terutama menjelang waktu senja, saya akan terserempak dengan Agam melintasi kawasan belakang rumah. Bila terserempak begitu, kami tidak berkata apa-apa. Kadang-kadang baru sahaja terniat mahu memberi salam Agam terus hilang dengan sekelip mata sahaja. Bila hal itu saya sampaikan pada datuk, dia Cuma mengingatkan saya, supaya berhati-hati.


Memang tidak pernah terfikir yang saya boleh menjalin hubungan dengan Uda Lamat penuh akrab. Saya sering bertandang ke rumahnya bila ada waktu terluang. Dia memang handal tentang sejarah Islam, nama pahlawan dan pemimpin Islam zaman nabi hingga kini terkumpul dalam kepalanya. Tanyalah tentang apa sahaja yang berhubung dengan keagungan dan sebab-sebab keruntuhan empayar Islam, dia akan menjelaskannya dengan terperinci sekali.


Setiap kali saya meninggalkan rumahnya, Uda Lamat sering mengingatkan saya supaya memperbanyakkan sembahyang sunat. Menurutnya bila kita banyak melakukan sembahyang sunat, secara tidak langsung kita akan memperdekatkan diri dengan Allah dan Allah akan memberikan kekuatan zahir dan batin, kita akan terlindung dari gangguan mahluk jahat seperti iblis dan syaitan. Saya berazam unutk menunaikan segala nasihat yang baik dari Uad Lamat itu.


Pada suatu hari, tanpa diduga datuk menerima sepucuk surat dari keluarga jauh yang bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu di Prai dalam bahagian bengkel. Dalam surat itu Mat Prai (nama timangan yang digunakan untuk keluarga jauh itu) mengundang datuk sekeluarga ke rumahnya.


Saya bagaikan tidak percaya, bila datuk menyatakan yang dia mahu memenuhi permintaan Mat Prai. Setahu saya hubungan datuk dengan Mat Prai tidak seakrab atau semesra hubungan dengan saudara mara yang lain.


“Kenapa tiba-tiba awak nak pergi?” Soal nenek.


“Kalau fikirkan perangai serta perbuatannya pada adik-adiknya, saya memang tak mahu pergi.”


“Tapi sekarang kenapa beria-ia nak pergi?” Desak nenek lagi.


“Ada tiga sebab, pertama aku tak mahu dia anggap aku memulaukannya. Kedua, aku mahu merapatkan kembali hubungannya yang renggang. Ketiga, dia sudah mengalah dengan menulis surat kepadaku dan aku kira dia dalam kesusahan sekarang, tak usah halang aku nak pergi,” datuk memberikan keputusan muktamad. Nenek hanya angguk kepala sambil tersenyum mengakhiri dialog kecil antara keluarga pada petang di meja makan.


Nenek terus menyatakan, yang dia tak mahu ke Prai kerana urusan binatang ternakan ayam, itik dan kambing serta kerbau. Selain dari itu nenek sudah tidak berdaya untuk duduk di bangku keretapi, bas atu teksi lebih dari setengah jam. Lebih dari masa itu, pasti nenek mengalami sakit pinggang dan dalam tempoh dua puluh empat jam seluruh sendinya akan mengalami bengkak.Nenek juga akan mengalami kesukaran membuang air kecil dan air besar. Dapat dapat menerima alasan itu.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box