SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA

SAYA dan datuk terpaksa mengubah haluan jalan. Kami terus ke kawasan kebun getah. Keadaannya cukup bersih tidak sesemak dusun durian Mat Prai. Di celah-celah nirai getah itu di tanam dengan pokok koko yang tingginya baru separas lutut orang tua. Melihat keadaan kebun getah tersebut, saya yakin pemiliknya adalah seorang yang cukup rajin.

 

"Bila tengok pokok-pokok getah ni, teringat pula aku dengan kebun getah kita," datuk bersuara. Saya segera anggukkan kepala.

 

"Hati-hati Tamar, ular kapak bodoh suka duduk di bawah daun kering," datuk mengingatkan saya yang melangkah tanpa mahu merenung ke arah permukaan bumi.

 

"Macam mana rupanya ular kapak bodoh tu tuk?".

 

"Warnanya macam daun getah kering, dia selalu duduk berlingkar di bawah timbunan daun getah, tersepak atau terpijak dia terus mematuk."

 

"Bisakah patukannya tuk?".

 

"Boleh membawa maut, kalau tak maut boleh jadi tokak," jelas datuk sambil melihat pucuk-pucuk koko yang menghijau dan melintuk-liuk disentuh angin. Kami terus melangkah sambil menikmati nyanyian burung-burung pagi di reranting getah.

 

"Aku sudah memberikan kamu petua berjalan di tempat-tempat semacam ini. Aku juga sudah memberikan doa bila berjumpa dengan binatang berbisa. Kenapa tidak kau amalkan," mendadak sahaja datuk bersuara. Saya tahu, dari nada suaranya itu ternyata ada rasa kesal bermain dalam diri datuk.

 

"Kadang-kadang saya jadi lupa."

 

"Bukan lupa, kamu tak bertanggungjawab, tidak tahu memanfaatkan benda berharga yang diberikan kepada kamu," kali ini suara datuk cukup tinggi. Saya jeling wajahnya. Dari air mukanya ternyata dia sedang marah. Saya terus membisu.

 

"Jangan melangkah Tamar, diam di situ jangan bergerak, kalau bergerak mati," kata datuk separuh menjerit. Saya patuh dengan cakapnya. Badan saya mengeletar, seekor ular melintas di depan saya. Bila ular tedung hilang dari pandangan barulah saya melangkah kembali. Datuk berhenti dekat sebatang pokok getah di bucu nirai. Datuk membelek-belek kulit pohon getah itu dengan teliti.

 

"Nampaknya pokok-pokok getah ini masih muda, kulitnya lembut. Setahun dua lagi baru boleh ditoreh," datuk memberikan komentar.

 

"Saya rasa pun macam tu juga. Umurnya tak jauh beza dengan pokok getah kita."

 

"Ya," datuk menggangguk.

 

Kami meneruskan perjalanan dan saya berharap datuk tidak akan melencong ke mana-mana. Saya mahu segera sampai ke pondok.

 

Sambil melangkah saya membayangkan yang Mat Prai sedang membuat kopi untuk kami. Saya juga membayangkan yang isterinya menghantar nasi lemak atau kuih ke pondok untuk habuan perut saya. Saya tersenyum sendirian, bila saya gambarkan dalam kepala yang kami bertiga sedang menikmati sarapan pagi dengan wajah yang tenang.

 

"Oooppp..."

 

Datuk melompat tinggi melepasi kepala saya. Bila berdiri tegak saya lihat tangan kanannya ada dahan getah. Datuk mencampakkan dahan itu ke pangkal pokok getah.

 

"Nasib baik aku terdengar bunyinya masa dahan itu masih ada di atas. Aku melompat menyambarnya, kalau aku lambat dah tentu dahan patah menimpa tengkuk kamu. Tengkuk kamu boleh patah Tamar," datuk melepaskan nafas tercungap-cungap, mukanya nampak merah padam.

 

"Terima kasih tuk."

 

"Aku tak mahu semuanya tu, Tamar. Apa yang aku mahu, kamu mesti pandai mendengar sesuatu dari setiap arah. Tidak kira sama ada sesuatu itu digerakkan angin, air dan manusia.

 

"Macam mana caranya tuk."

 

"Sekarang ini, kamu mempelajarinya dari aku secara tidak langsung."

 

"Sulit," saya mengeluh.

 

Memang sulit untuk mempelajari sesuatu tanpa diberitahu terlebih dulu. Lebih-lebih lagi, jika tidak ada persediaan yang secukupnya. Bagaimana mahu saya katakan perkara ini pada datuk.

 

"Tidak sulit, kalau kamu mahu berusaha. Manfaatkan mata, hidung, telinga, otak dengan sebaik mungkin," cetus datuk.

 

"Berapa lama saya mesti berbuat macam tu?"

 

"Selagi aku masih ada," datuk tersenyum sambil meraba pangkal dagunya berkali-kali. Entah macam mana, saya mula dapat mengesan langkah datuk yang rancak beransur perlahan. Macam ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Saya amati, gerak mata datuk sentiasa tertumpu ke arah dedaun yang bergerak mengikuti arah angin.

 

"Assalamualaikum."

 

Seorang lelaki muncul dari balik pohon getah. Bentuk tubuhnya tegap dengan rambut panjang hingga jatuh atas sayap bahunya. Dahinya dililit dengan kain merah selebar dua jari. Ketika saya asyik merenung ke arah lelaki itu, lelaki itu enggan menyambutnya. Datuk masih memperlihatkan sikap kemesraan. Dengan langkah yang teratur, lelaki itu menghampiri datuk.

 

"Kamu berdua ni dari mana?"

 

Dalam nada suara yang sombong lelaki itu mengajukan pertanyaan. Hati saya berdebar, ketika lelaki itu memusingkan tubuhnya ke kanan, saya terlihat ada benda menonjol dalam baju labuhnya yang dibuat mengikut fesyen baju orang Pakistan. Mungkin benda menonjol itu golok atau parang? Mungkin pistol dan mungkin, benda tajam yang mengancam keselamatan kami.

 

"Kami sampai malam tadi, kami bermalam di pondok Mat Prai," jelas datuk.

 

"Kamu berdua, adik-beradiknya."

 

"Ya," anguk datuk.

 

"Adik-beradik rapat atau jauh."

 

"Rapat," jawab datuk dalam nada suara yang kurang senang.

 

"Berapa lama berada di sini?" soal lelaki itu lagi.

 

"Selama mana, kami sanggup."

 

"Hisss..."

 

Lelaki itu mula menatap wajah datuk. Dia merasakan jawapan yang datuk berikan adalah sindiran yang tajam. Tindak balas yang dilakukan oleh lelaki itu pada datuk ialah menjuihkan bibirnya sambil meludah ke kanan.

 

"Kurang ajar." bisik saya dalam hati.

 

"Kamu maki aku," lelaki itu segera menjegilkan biji matanya ke arah saya. Serta merta saya gelengkan kepala. "Eh, budak setengah masak, kau jangan nak menipu."

 

"Tipu?" saya pura-pura terkejut, "Saya tak cakap apa-apa dengan awak," saya makin berani.

 

"Dengan aku, kamu jangan nak tipu. Apa yang ada dalam hati kamu dapat aku baca," lelaki itu semakin berani, mulutnya kian lancang mengutuk diri saya. Dia buat tidak kisah dengan datuk yang berdiri dekat saya.

 

HARAPAN

 

Saya terus merenung ke arah datuk dengan harapan datuk dapat melindungi dari saya, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

 

"Kalau nak tunjuk lagak ayam jantan, jangan masuk kampung orang ikut suka hati," lelaki itu menghalakan kata-kata itu ke arah datuk. Dia mula menendang apa sahaja yang ada dekatnya. Lagaknya memang mahu mencari gaduh. Datuk tidak ambil peduli dengan sikap lelaki itu. Datuk tetap memperlihatkan sikap persahabatan.

 

"Kami tak mahu mencari musuh, biarlah kami pergi," datuk menundukkan kepalanya dan terus melangkah. Lelaki itu tidak puas hati dengan sikap datuk.

 

"Ah..." terdengar suara lelaki itu meninggi. Dia lari mengelilingi pokok getah dan berhenti di depan datuk. Belum pun sempat datuk mengucapkan sesuatu, lelaki tu mengeluarkan golok pendek dari dalam bajunya.

 

"Saya tak mahu gaduh," rayu datuk sambil menyuruh saya mencari tempat berlindung. Belum pun sempat saya mencari tempat yang selamat, lelaki itu terus menyerang datuk bertalu-talu dengan goloknya.

 

Datuk lebih banyak mengelak dari melakukan serangan. Dia tidak melepaskan buah silat yang kemas dan tajam. Ini berlainan dengan lelaki itu yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu membunuh datuk.

 

"Sudahlah saudara, saya tak mahu bergaduh, kita tidak pernah bermusuh, kenapa mesti berkelahi," dalam keadaan termengah-mengah datuk bersuara. Semuanya tidak dipedulikan oleh lelaki itu. Dia terus menyerang dan melepaskan tetakan ke arah datuk. Dalam satu tetakan yang kencang, datuk berjaya mengelak, mata golok terkena akar getah dan terus terlekat di situ.

 

Kesempatan itu datuk gunakan untuk melarikan diri. Saya terus mengekori datuk berlari dengan kencang. Masa berlari itu saya gunakan telinga untuk mendengar sesuatu dari arah depan dan belakang. Saya terdengar bunyi dengung yang panjang memburu langkah saya. Dengan cepat saya menoleh ke belakang, saya lihat seketul kayu betul-betul dekat batang leher saya.

 

"Appp."

 

Serentak dengan suara itu saya rebahkan badan dan ketuk kayu itu hingga terkandas di pohon getah lalu patah dua. Rupanya, lelaki itu menggunakan semua kekuatannya membalingkan ketul kayu itu ke arah saya.

 

Bila saya bangun, datuk ketawa kecil. Ternyata datuk lebih cekap dari saya, dia lebih awal dapat mengesan bunyi itu dan tahu apa yang mesti dilakukan. Dia segera berlindung di balik pokok tempat kayu yang dibalingkan oleh lelaki itu terkandas.

 

"Lelaki itu tak memburu kita, kita tak perlu lari lagi," ujar datuk.

 

"Siapa lelaki itu tuk?"

 

"Entah, agaknya orang gila. Usah pedulikan tentang dirinya."

 

"Boleh jadi orang gila, boleh jadi hantu," saya terus merungut panjang. Datuk tidak memberikan sebarang pendapat terhadap komentar yang saya luahkan. Datuk terus berjalan dengan laju.

 

"Kenapa lambat?"

 

Dari kaki tangga pondok Mat Prai mengajukan pertanyaan. Dia menatang talam kecil. Manakala di atas pondok, isterinya duduk berjuntai kaki. Dua orang anaknya membaling biji dan kulit durian ke mana sahaja, sesuka hati mereka.

 

"Seronok mandi embun," jawab datuk. Mat Prai ketawa lalu meletakkan talam kecil atas pelantar. Dia terus duduk bersila di situ.

 

"Mari minum," ajak Mat Prai, dia terus tuangkan air kopi ke dalam cawan, "Sekarang dah dekat pukul lapan, sepatutnya kita minum pagi pukul tujuh lebih," sambung Mat Prai. Datuk hanya tersenyum dan terus duduk di pelantar. Isteri Mat Prai turun dari pondok, membuka bungkusan kuih dan diletakkan dalam piring.

 

"Dah sejuk goreng pisang ni," rungutnya.

 

"Tak mengapa asalkan barang-barang tersebut boleh dimakan. Kita ini terjumlah orang-orang yang bernasib baik kerana dapat makan pagi," ujar datuk dengan tenang.

 

"Ya," angguk Mat Prai. Dia terus meghirup air kopi.

 

"Kamu Tamar, ambillah. Apa main tengok-tengok aje," isteri Mat Prai ajukan pertanyaan. Dia segera menghulurkan cawan kopi segera saya sambut.

 

"Cepatnya berhenti, kenapa tak makan pisang goreng," Mat Prai renung muka datuk.

 

"Memang menjadi kebiasaan saya, sebelah pagi minum kopi saja," datuk menolak piring goreng pisang yang dihulurkan oleh Mat Prai kepadanya.

 

"Ada pantang larang agaknya," soal isteri Mat Prai.

 

"Tak ada pantang larang, agaknya ini sudah menjadi kebiasaan saya," jelas datuk dan segera bangun. Datuk segera pergi menemui kedua-dua anak Mat Prai dibelakang pondok.

 

Entah apa yang dicakapkan oleh datuk kepada kedua kanak-kanak itu hingga mereka berhenti melemparkan biji dan kulit durian ke arah semak-semak dekat pondok. Saya, Mat Prai dan isterinya terus memerhatikan gelagat datuk melayani kedua kanak-kanak itu.

 

"Apa yang dibualnya tu," isteri Mat Prai juihkan bibir ke arah datuk.

 

"Entah," balas saya.

 

"Agaknya datuk kamu ni memang sukakan kanak-kanak," tanya Mat Prai sambil mengeliat. Matanya tetap merauti wajah saya.

 

"Dia memang suka dengan budak-budak kecil, dia suka menasihati budak-budak sambil bercerita kisah binatang," jawab saya penuh jujur. Mat Prai dan isterinya terus anggukkan kepala.

 

Bila isteri Mat Prai melihat datuk memisahkan diri dengan anak-anaknya, dia segera tersenyum. Dengan suara yang lantang dia menyebut nama kedua-dua anaknya. Bagaikan dikejar sesuatu kedua kanak-kanak itu menerpa kearahnya.

 

"Kenapa emak?"

 

"Tak ada apa-apa, emak cuma nak tanya apa yang datuk tu cerita pada kamu berdua."

 

"Macam-macam, datuk tu pesan dalam dunia ni, kita mesti buat baik dengan manusia dan binatang."

 

"Bagus, kamu berdua mesti ingat pesannya, sudah, mari kita balik ke rumah," tambah perempuan dua anak yang tidak pernah membantah sebarang perintah dari suaminya.

 

"Sekarang juga mak?" tanya salah seorang dari anaknya.

 

"Ya, kamu ingat bila?" isteri Mat Prai jegilkan biji mata ke arah anak yang bertanya. Si anak tidak berani bertanya lagi, apa lagi menentang mata si ibu. Mereka hanya menurut perintah sahaja.

 

"Semoga anak-anak kamu akan jadi manusia, Mat," ujar datuk ketika melihat kedua-dua anak Mat Prai melangkah meninggalkan kawasan pondok durian. Mereka berlari kecil di kiri dan kanan denai.

 

"Berilah didikan agama secukupnya dan jangan pula kau didik mereka menbenci dunia," sambung datuk.

 

"Ya, saya ingat pesan Ayah Alang tu."

 

"Sekadar ingat saja, tak memberi kesan tetapi, aku mahu kau melaksanakannya. Anak-anak harus dibentuk ketika rebung."

 

"Saya setuju dengan Ayah Alang dalam hal ini, saya mahu memimpin mereka supaya menjadi manusia berguna pada bangsa, agama dan tanah air," itu azam yang diluahkan oleh Mat Prai yang disambut dengan rasa bangga oleh datuk. Saya segera menegakkan ibu jari kanan bila Mat Prai segera beralih tempat duduk. Dari pelantar ke atas bangku yang dibuat dari kayu bulat di bawah pokok rendang. Datuk juga turut berubah tempat tetapi, saya masih bertahan di pelantar. Membiarkan peluh-peluh yang meruap di dahi mengalir ke pipi. Tidak lama datuk duduk di kayu bulat kerana Mat Prai mengajak datuk melihat buah durian yang dikumpulnya.

 

"Ayah Alang dengan Tamar pergi mandi embun, saya pula kumpulkan wang, cuba tengok," suara Mat Prai lantang.

 

"Banyak juga jumlahnya," kata datuk

 

"Boleh tahan juga," jawab Mat Prai lemah.

 

"Kau nak jual pada peraih."

 

"Ya tapi bukan semua, enam tujuh biji saya nak buat nasi durian. Kita tunggu sampai peraih datang, kemudian kita ke rumah," Mat Prai mengemukakan permintaan dan datuk tidak keberatan memenuhi permintaan itu.

 

"Tapi, bila kita balik, siapa pula nak kutip durian yang jatuh," secara mendadak datuk mengajukan pertanyaan.

 

"Budak yang balik malam tadi ambil alih tugas saya," dalam senyum Mat Prai menjawab. Datuk anggukkan kepala.

 

BANDARAYA

 

Lebih kurang pukul sepuluh setengah pagi, peraih dari bandaraya George Town pun sampai ke pondok Mat Prai dengan sebuah lori kecil tanpa bumbung. Peraih berbangsa Cina itu cukup fasih bercakap bahasa Malaysia loghat Pulu Pinang. Orangnya cukup peramah. Setelah membeli durian Mat Prai dia segera pergi ke dusun durian orang lain pula.

 

Tepat pukul sebelas pagi, kami pun meninggalkan pondok durian Mat Prai. Sebaik sahaja sampai dekat rumpun buluh kuning, kami terserempak dengan dua pemuda yang diupah oleh Mat Prai menjaga dusun duriannya. Badan mereka basah dengan peluh. Masing-masing membawa buluh kuning yang panjangnya kira-kira enam kaki. Bahagian hujung buluh dipecahkan. Kenapa mereka berbuat demikian, saya sendiri tidak tahu, ulu golok yang tersangkut di tali pinggang dari kulit kerbau nampak terbuai-buai.

 

"Apa macam malam tadi bang? tak ada apa-apa yang datang," tanya salah seorang dari mereka. Mat Prai segera merenung ke arah datuk. Kamudian dia bersuara.

 

"Susah nak cakap."

 

"Kenapa bang?" soal pemuda yang lagi satu.

 

"Hum," Mat Prai mengeluh, "Dinding perigi kita dah hangus terbakar," tambah Mat Prai lagi. Kedua-dua pemuda itu berpandangan sama sendiri.

 

"Siapa yang membakarnya bang?" desak kedua-dua pemuda serentak. Mat Prai cuma tersenyum. Dia menyuruh saya dan datuk meneruskan perjalanan. Kedua-dua pemuda tadi meneruskan langkah ke pondok durian.

 

"Heeiii."

 

Kami bertiga berhenti melangkah. Di depan kami terpancul seorang lelaki berbadan tegap memakai lilit kepala dari kain batik. Memakai seluar hitam dan berkasut capal. Kain pelikat berkotak kecil terselipang dari atas bahu ke dada. Dia menghunus keris panjang ke arah kami. Muka Mat Prai kelihatan pucat.

 

Saya alihkan pandangan ke arah datuk, serentak dengan itu saya kenyitkan mata ke arahnya. Datuk segera anggukkan kepala tanda faham dengan maksud hati saya, bahawa lelaki yang berdiri di depan tu adalah lelaki yang menyerang saya dan datuk di kebun getah, beberapa jam tadi. Apakah dia akan membunuh saya dan datuk? timbul pertanyaan dalam hati.

 

"Adik beradik kamu?"

 

Dengan wajah yang garang lelaki itu jegilkan biji mata ke arah Mat Prai. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Mat Prai.

 

"Adik beradik kamu?" jerit lelaki itu.

 

"Ya," sahut Mat Prai.

 

"Beritahu dia jangan nak intip tempat duduk aku. Kalau dibuat lagi sekali, kedua-duanya aku bakar hidup-hidup," sambil bercakap lelaki itu menghalakan hujung keris ke arah saya dan datuk. Rambut panjangnya sengaja dijatuhkan ke atas kedua belah bahunya. Dua tiga kali dia mengacukan penumbuk kiri ke arah saya. Apa yang boleh saya lakukan ialah tunduk berlagak macam orang bodoh.

 

"Eh, orang sekampung, beritahu adik-beradik kamu," untuk sekian kalinya lelaki itu mengherdik Mat Prai.

 

"Saya bagi pihak kaum keluarga saya minta maaf," ujar Mat Prai.

 

"Hum, ingat pesan aku, kalau dilanggar dusun dan tanah kamu jadi padang jarak," dengan nada suara yang meninggi lelaki itu mengeluarkan ancaman. Gerak gerinya bagai pahlawan.

 

"Saya ingat," kata Mat Prai.

 

"Hum."

 

Lelaki itu masukkan keris panjang ke sarung lalu diselitkan ke pinggang. Kemudian dia terus bertepuk tangan dengan sekuat hati. Bunyi tepukannya itu macam bunyi petir. Lubang telinga saya terasa bengang.

 

"Haiii..."

 

Dia menjerit sekuat hati sambil membuka silat macam silat Kungfu


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box