SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH

KALAU diturutkan rasa hati, mahu saja saya menyepak kura-kura yang tertonggok macam besi buruk itu. Akhirnya saya sedar, bahawa saya tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya di malam yang kian dingin.

 

“Macam mana kalau aku campakkan kura-kura ini keluar,” Mat Prai mempamerkan kemarahan. Sepasang matanya segera diarahkan ke arah belakang kura-kura. Mat Prai terus membongkokkan badannya sambil berusaha mahu memegang badan kura-kura.

 

“Jangan.”

 

Saya segera menyergah. Mat Prai terus menegakkan badannya semula.

 

“Kenapa Tamar?”

 

“Biar dia pergi sendiri. Saya bimbang ini bukan kura-kura betul, agaknya ini kura-kura jelmaan,” tutur saya lagi.

 

Dedaun hutan yang dijadikan atap pondok mula bergerak-gerak, malah ada yang jatuh ke tanah akibat disentuh angin.

 

Aneh! Angin yang bertiup lembut secara mendadak bertukar menjadi keras. Saya terdengar reranting tua jatuh bertalu-talu ke tanah. Saya dan Mat Prai terdengar bunyi suara tupai.

 

Semuanya mengundang kecemasan dalam diri. Ganjil sekali, bila tupai berbunyi malam. Dalam rasa serba salah dan takut itu, terdengar suara harimau mengaum. Beberapa ekor kelawar berterbangan dalam pondok.

 

Salah seekor dari kelawar itu jatuh di depan saya dan Mat Prai. Jarak kelawar itu dengan badan kura-kura kira-kira tiga hasta saja. Bentuk kelawar yang jatuh itu agak berbeza dengan kelawar-kelawar yang biasa saya lihat.

 

Bentuk badannya agak besar, sayapnya juga agak lebar. Bulunya berwarna kekuningan dan biji matanya tersembul seperti memancar-mancarkan cahaya api.

 

“Kamu tengok giginya.”

 

Saya segera mengarahkan mata ke arah yang disebutkan oleh Mat Prai. Darah saya tersirap melihat muncung kelawar yang bentuknya macam muncung babi hutan. Giginya yang putih dan besar menyeringai ke arah saya.

 

“Ini kelawar puntianak jenis penghisap darah, “ kata saya pada Mat Prai.

 

“Berbahaya,” jawab Mat Prai cemas, “biar aku bunuh Tamar.”

 

Sebaik Mat Prai selesai bersuara, kelawar di depan kami terus berbunyi dengan nyaring. Kedua belah kepaknya dikembangkan dan terus terbang, berpusing-pusing dalam pondok kecil. Dan kura-kura terus hulurkan kepalanya, seolah turut menyaksikan apa yang dilakukan oleh kelawar itu..

 

KELAM

 

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya lemparkan pandangan ke arah luar pondok. Malam yang gelap pekat itu membuat saya tidak dapat melihat apa-apa pun. Deru angin terus mengasak lubang telinga di samping bunyi telapak kaki manusia memijak reranting dan dedaun kering di setiap sudut pondok.

 

“Panggil datuk kamu, Tamar”

 

Mat Prai keluarkan cadangan. Saranan itu tidak dapat saya terima. Terlalu awal rasanya untuk menyampaikan perkara ini pada datuk. Biarlah datuk dan Pak Imam menyelesaikan urusan mereka. Bila melihat saya tidak memberikan sebarang reaksi, Mat Prai mengulangi pertanyaannya lagi.

 

“Tak payah.” kata saya tegas.

 

Terbayang kehampaan di wajah Mat Prai. Tetapi, kehampaan itu segera digantikan oleh rasa cemas dan terkejut yang amat sangat. Kura-kura ganjil bergerak dan hilang dengan sekelip mata.

 

“Dia datang.”

 

Mat Prai arahkan telunjuk kepada kelawar secara mendadak muncul kembali dalam pondok. Kelawar itu terus berlegar-legar dalam pondok..

 

Kelawar itu terus menerkam ke arah pelita minyak tanah ambil mengembangkan sayapnya lebar-lebar. Bila berada betul-betul di atas muncung api pelita minyak tanah, kelawar itu terus memukulkan kepaknya ke arah sumbu pelita. Api pelita padam dengan serta-merta. Saya bertambah menggelabah, badan terus menggeletar.

 

“Aduh..tolong..”

 

Suara Mat Prai meninggi. Saya terus berusaha mencari mancis api. Raba sana, raba sini, Mancis tak juga ditemui. Mat Prai terus mengerang kesakitan.

 

“Muka aku berdarah, Tamar.”

 

"Kenapa?”

 

“Dicakar kelawar, eh kelawar itu cuba gigit batang leher aku. Tolong aku.. ah..” suara Mat Prai terus berhenti, saya terdengar tubuhnya jatuh ke tanah lalu dituruti dengan bunyi pergelutan yang hebat di malam yang gelap.

 

Saya terus menyeru nama Mat Prai berkali-kali. Sayangnya saya tidak menerima sebarang jawapan. Apa yang saya dengar ialah tarikan nafas Mat Prai tercungap-cungap. Saya tidak boleh berdiam diri, mesti bertindak untuk menyelamatkan Mat Prai. Saya mula meraba-raba ke arah badan Mat Prai. Lain yang saya raba dan saya cari, lain yang saya dapat. Mancis api sudah berada dalam tangan saya.

 

Anak mancis saya lagakan di badannya. Api pun memancar dan sumbu pelita segera saya bakar. Kawasan sekitar terang benderang. Anak mata saya melilau mencari tubuh Mat Prai.

 

“Ya Allah.” jerit saya.

 

Mat Prai terlentang mukanya berdarah bersama dengan calar-calar. Bajunya habis koyak-rabak, saya lihat di batang tengkuknya ada benda hitam sebesar telapak tangan. Saya segera mendekatinya. Tanpa membuang masa saya terus membaca petikan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalau syaitan. Selesai membacanya, saya seperti memperoleh sebuah kekuatan yang agak luar biasa. Saya tidak takut dan cemas. Bunyi-bunyi yang menakutkan sekitar pondok terus hilang. Begitu juga dengan kelawar aneh, tidak kelihatan lagi.

 

PANGKAL

 

Perlahan-lahan saya pangku kepala Mat Prai. Kemudian saya heret tubuh Mat Prai keluar dari pondok. Saya sandarkan ke pangkal pokok yang tidak saya ketahui jenisnya. Dedaun kering dan reranting yang bersepah sekitar pangkal pokok saya kumpulkan.

 

“Kuku kelawar cukup bisa, semua kulit muka terasa pedih.” Ratap Mat Prai, saya segera anggukkan kepada. Darah di mukanya saya kesat dengan kain yang saya koyak dari hujung baju. Dengan diterangi oleh sinar lampu minyak tanah, saya dapat melihat betapa dalamnya cakaran dari kuku kelawar aneh di muka Mat Prai.

 

“Tunggu” Itu yang saya ucapkan padanya.

 

“Kau nak ke mana, Tamar? Kau nak panggil datuk kamu?

 

“Ya” saya anggukkan kepala. Tanpa membuang masa saya terus membakar longgokan dedaun kering dan reranting. Dengan sekelip mata, api terus marak.

 

Seluruh kawasan di bawah pokok terang benderan, macam siang. Cengkerik dan katak puru yang berlompatan jelas kelihatan. Mat Prai agak terkejut dengan apa yang saya buat. Dia terus berdiri sambil memeluk pangkal pokok.

 

“Kenapa kau buat semuanya ini, Tamar? Kau nak bunuh aku atau kamu kerasukan syaitan?”

 

“Bukankah kita memerlukan datuk? Inilah cara memanggilnya”

 

“Hiss, kamu, kenapa tidak kau laungkan saja dari sini?”

 

“Ada pesan datuk untuk saya”

 

“Pesan?” Mat Prai bertambah terkejut. Dia merasakan yang saya mahu mempermainkan dirinya.

 

“Apa pesan datuk kamu, budak syaitan?” jerit Mat Prai. Kemarahannya sudah tidak dapat di kawal lagi. Dari gerak-gerinya meyakinkan hati saya yang Mat Prai mahu melakukan sesuatu terhadap saya. Dia yakin saya sudah kemasukan syaitan.

 

“Eh, budak syaitan apa pesan datuk kamu?” dalam keadaan terhuyung-hayang kerana menahan kesakitan. Mat Prai segera mendekati saya.

 

“Kata datuk, jangan laungkan namanya waktu dinihari, lebih-lebih lagi dalam masa kecemasan, nanti syaitan tumpang menyahut” jelas saya dengan tenang. Mat Prai tidak jadi melangkah untuk mendekati saya.

 

Perlahan-lahan Mat Prai undur lalu bersandar di perdu pokok dengan sepasang matanya tertumpu ke arah dedaun dan reranting kering yang dimamah api.

 

Nampaknya Mat Prai mula yakin yang diri saya tidak dirasuk syaitan. Dengan keadaan terhuyung-hayang Mat Prai terus mengutip dedaun kering dan reranting lalu dicampakkannya ke dalam api yang sedang marak.

 

“Eh! Kenapa Tamar?”

 

Darah saya tersirap. Bahu kanan saya dipaut dari arah belakang. Reranting kayu dalam genggaman saya segera terlepas. Jatuh berserakan di hujung kaki.

 

Angin malam terus bertiup, bersama bunyi cengkerik dan jeritan burung hantu yang memanjang. Lolongan anjing yang sayu dan memanjang menegakkan bulu tengkuk.

 

“Eh, kenapa Tamar?”

 

Ulang datuk untuk kedua kalinya sambil menatap wajah saya yang berada dalam keadaan terkejut. Tidak dapat saya pastikan dari arah mana datuk muncul.

 

Walau bagaimanapun, kedatangannya amat menggembirakan hati saya dan Mat Prai. Segera saya mendekati datuk untuk menerangkan keadaan sebenar. Belum pun sempat saya melakukan sesuatu, Mat Prai terus memeluk datuk.

 

“Kenapa dengan muka kamu?” tanya datuk lalu memimpin Mat Prai ke kawasan yang agak samar-samar. Datuk terus dudukkan Mat Prai di situ. Datuk kesat kesan darah di muka Mat Prai dengan sehelai daun lebar yang dipetik dari sebatang pokok di sebelah kanan tempat datuk duduk bertinggung.

 

“Muka saya dicakar kelawar besar, Ayah Alang” nada suara Mat Prai yang keras dan meninggi itu membayangkan dirinya memiliki semangat baru, akibat kehadiran datuk di sisinya. Datuk terus menatap dengan teliti cakar-cakar di muka Mat Prai.

 

“Kukunya tak berapa dalam terbenam dalam daging muka kamu. Bisanya juga tak seberapa” tutur datuk lagi sambil menekankan hujung jari kelengkeng ke pipi Mat Prai.

 

Setiap kali hujung jari datuk ditekan, kedua belah kelopak mata Mat Prai kelihatan mengecil menahan rasa sakit. Anehnya! Mat Prai tidak memperlihatkan sebarang tindak balas terhadap perbuatan datuk itu, meskipun, perbuatan datuk itu mendatangkan rasa sakit pada dirinya.

 

Agaknya, kelawar yang menyerang saya itu, kelawar jadian yang sudah dipuja” sambil menarah rasa sakit, Mat Prai bersuara tersangkut-sangkut. Datuk tidak memberikan sebarang jawapan. Jari telunjuk datuk terus berlari atas permukaan kulit muka Mat Prai.

 

“Kita hanya berusaha dan berdoa, untuk menyembuhkannya adalah milik Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang” kata datuk tenang. Dia berhenti menyentuh kulit pipi Mat Prai dengan hujung jari telunjuknya.

 

TIUP

 

Angin malam terus bertiup, lolongan anjing liar di kali bukit bersama nyanyian burung hantu, bertalu-talu memukul gegendang telinga. Di celah-celah suara anjing dan burung hantu itu masih saya dapat dengar suara Pak Imam membaca surah Yasin.

 

"Taruhkan lagi daun dan ranting kering dalam api tu” datuk mengeluarkan arahan. Cakapnya segera dipatuhi. Api terus marak, kawasan sekitar terus terang benderang.

 

Dengan pertolongan cahaya api, datuk terus memilih pepucuk daun yang hijau. Jumlahnya lebih kurang dua puluh helai. Pepucuk itu dijadikan empat longgok dan setiap longgok mengandungi lima helai. Longgokan itu diletakkan sederet di depannya sambil duduk bertinggung datuk terus menepuk kedua belah tapak tangannya tiga kali berturut-turut. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak semacam membaca sesuatu. Mat Prai seperti menerima arahan tertentu terus duduk berdepan dengan datuk.

 

“Di depan kamu ada lima longgok pucuk daun yang baru aku petik. Sekarang, kamu pejamkan kedua belah mata. Kemudian kamu pegang salah satu longgok daun tu dan serahkan kepada aku, faham tak apa yang aku cakapkan?” tutur datuk kepada Mat Prai.

 

“Faham” sahut Mat Prai sambil merenung ke arah saya yang telah mencampakkan dedaun dan reranting kering ke dalam api yang kian membesar.

 

Muka saya mula terasa panas akibat terkena bahang dari api yang saya nyalakan. Di malam yang dingin itu badan saya mula diruapi peluh-peluh halus, tetapi, tangan tidak berhenti melontarkan ranting kering ke dalam api. Bara api yang terkena ranting terus mengeluarkan percikan bunga api, naik ke udara.

 

“Mulakan sekarang” kata datuk.

 

“Sekarang?” Mat Prai seperti terkejut. Dia memang tidak menduga secepat itu datuk menyuruh dia melakukan tugas tersebut.

 

Bila melihat Mat Prai agak keberatan dan ragu-ragu untuk mematuhi perintahnya, datuk terus bersuara dengan lantang dan garang.

 

“Pejamkan mata, buat apa yang aku suruh!”

 

“Baiklah Ayah Alang. Tapi saya takut ada sesuatu yang buruk terjadi”

 

“Tak apa, buatlah apa yang aku suruh,” nada suara datuk cukup lembut. Matanya penuh simpati merenung ke arah muka Mat Prai. Mungkin untuk memberikan semangat (pemulih) datuk terus meraba cuping telinga Mat Prai tiga kali berturut-turut. Hasilnya, Mat Prai kelihatan lebih agresif dan berani. Mukanya nampak merah.

 

“Saya mulakan sekarang Ayah Alang”

 

“Silakan Mat Prai”

 

Mat Prai terus duduk bersila. Kedua belah kelopak matanya dicantumkannya. Sepasang bibir bergerak mengucapkan Bismillah.. Tangan kanannya bergerak dan akhirnya menyentuh longgokkan pepucuk daun yang terletak dilonggokkan ketiga di sebelah kiri.

 

Diserahkannya pada datuk. Datuk hanya mengambil sehelai sahaja untuk diletakkan atas kepala lutut kanan. Selebihnya datuk letak di bawah paha kiri.

 

“Saya boleh buka mata sekarang Ayah Alang?”

 

“Tak boleh kecuali bila aku suruh”

 

“Saya tak sanggup Ayah Alang,” kata Mat Prai tersekat-sekat.

 

“Macam-macam yang saya lihat dalam mat ni, semuanya menakutkan,” sambung Mat Prai. Kedua belah tangannya merewang ke kiri dan ke kanan. Dahinya terus berkedut, kedua belah bulu keningnya hampir bertemu, membayangkan rasa takut dan cemas melihat sesuatu yang amat menakutkan.

 

“Sekarang di depan kamu ada empat longgok lagi. Aku mahu kamu ambil satu persatu dan serahkan pada aku, macam kamu buat tadi,” datuk mengingatkan Mat Prai.

 

“Baik Ayah Alang.”

 

Mat Prai terus mencakup longgokan itu satu persatu. Diserahkan kepada datuk. Macam tadi juga, datuk hanya mengambil sehelai saja. Manakala bakinya datuk letakkan di bawah peha.

 

Bila sudah cukup lima helai pucuk daun hutan berada di atas kepala lutut datuk, dia segera membongkokkan badannya untuk mengambil pucuk dedaun hutan itu dengan mulut.

 

SABAR

 

Dengan sabar Mat Prai menanti arahan dari datuk untuk membuka kelopak matanya,dan saya lihat tidak ambil kisah dengan Mat Prai yang tertonggok di depannya.

 

Dia seolah-olah menganggap Mat Prai bagaikan tidak wujud di depannya. Pucuk daun berubah tempat, dari atas kepala lutut ke telapak tangan datuk. Pucuk-pucuk daun itu datuk ramas hingga mengeluarkan air kental yang berwarna kehijau-hijauan dan berlendir. Air disapukan oleh datuk ke muka Mat Prai.

 

Hampas dari pepucuk yang diramas itu ditampalkan ke kulit muka Mat Prai. Tidak memadai dengan itu, datuk terus melekapkan daun yang disimpan di bawah paha kiri ke muka Mat Prai.

 

“Sekarang buka mata kamu.”

 

Mat Prai membuka matanya. Saya ketawa kecil melihat wajah Mat Prai yang melucukan dibalut oleh dedaun hutan. Cuma biji matanya saja yang bergerak. Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang muka Mat Prai tidak ubah macam muka orang pada zaman primitif.

 

“Kamu jangan gerakkan kulit muka, duduk diam di situ selama sepuluh minit. Mata kamu renung ke langit,” kata datuk sambil bangun. Mat Prai resah sendirian dan saya tidak pernah lupa dengan tugas mencampakkan reranting kering ke dalam api. Datuk mundar-mandir, di depan api dengan kedua belah tangannya memeluk tubuh.

 

“Macam mana kalau kelawar tu datang menyerang saya. Ayah Alang tak benarkan saya bergerak,” Mat Prai memprotes.

 

Datuk segera memalingkan muka ke arah Mat Prai. Dia seperti terkejut dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Mat Prai itu. Kata-kata itu seolah-olah membayangkan keraguan Mat Prai terhadap keupayaan datuk mengatasi masalah yang dihadapi.

 

“Tak apa Mat Prai, aku ada di sini,” balas datuk.

 

“Saya yakin kalu kelawar tu datang Ayah Alang tak boleh buat apa-apa, kelawar tu kelawar jadi-jadian,” sanggah Mat Prai. Datuk menarik nafas panjang. Bersama sebuah senyuman dia menjatuhkan sepasang tangannya lurus ke bawah.

 

“Oooppp...”

 

Datuk melompat sambil membuka buah silat dengan kedua belah tulang sikunya menghala ke arah sepasang biji mata sebesar buah pinang dara. Pokok-pokok renek di depannya bergerak seperti dirempuh sesuatu.

 

“Harimau,” kata saya cemas.

 

Seekor harimau sebesar lembu jantan yang cukup dewasa berada di depan datuk. Harimau itu tidak mengaum tetapi, membuka mulutnya perlahan memperlihatkan dua batang siung yang putih dan besar. Bahagian dagu harimau bergerak-gerak.

 

Harimau yang tidak di undang itu merendahkan badannya dengan sepasang kakinya dilunjurkan ke depan sementara kedudukan kaki belakangnya tidak berubah. Saya kira harimau itu mahu melakukan satu lompatan yang kencang untuk menerkam ke arah batang tengkuk datuk. Andainya datuk tidak dapat mengelakkan terkaman pertama sudah pasti leher datuk patah. Di saat itu saya memikirkan hal itu, harimau besar terus melakukan satu lompatan.

 

Datuk mengelak ke kiri, harimau terus menerkam. Elak ke kanan harimau menerpa tanpa tangguh-tangguh. Datuk dan harimau terus bersilat. Tamparan harimau dapat datuk elakkan dengan berguling di tanah. Datuk menggolekkan tubuhnya ke arah api yang marak. Bagaikan kilat datuk menyambar ranting yang dimakan api. Datuk segera bangun, harimau terus melompat melepasi kepala datuk.

 

Ketika harimau berada di udara dan bahagian perutnya betul-betul berada di atas kepala datuk, tanpa membuang masa datuk terus melakukan tindakan mengejut. Dia terus bertinggung sambil meletakkan ranting kayu terbakar atas bumi.

 

“Uhhh...”

 

Pekik datuk lalu mencapai ranting kayu. Secepat kilat ranting terbakar itu dijolokkan ke bahagian perut harimau. Harimau terus mengaum dengan nyaring dan jatuh ke rimbunan pokok-pokok renek dan akhirnya terus hilang. Ghaib entah ke mana.

 

Datuk terus bangun sambil menepis dedaun kering yang melekat pada bajunya. Dia renung saya dengan senyuman kepuasan.

 

“Harimau sesat nak cari durian,” katanya dengan tenang melangkah mendekati Mat Prai yang kelihatan kaku. Pada hemat saya, mungkin Mat Prai terkejut melihat kemampuan datuk bersilat dengan harimau yang tidak di undang. Datuk terus menepuk bahu kanan Mat Prai dua tiga kali. Mat Prai gerakkan tubuhnya lambat-lambat.

 

“Bangun.”

 

Dia segera bangun, patuh dengan perintah datuk. Mat Prai toleh kiri dan kanan. Kebimbangan berkocak dalam dadanya.

 

“Kau bongkokkan badan macam orang rukuk sembahyang,” datang lagi arahan dari datuk. Macam tadi, Mat Prai tetap mematuhi apa saja cakap datuk.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box