SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT

DATUK berdiri di sebelah kanan Mat Prai memastikan kedudukan rukuk Mat Prai betul seperti yang dihajati, datuk terus menggenggam penumbuk kanan.

 

"Bersedia Mat Prai."

 

"Ya, saya bersedia Ayah Alang."

 

"Kalau sakit jangan mengeluh, jangan mengaduh. Kau mesti tahan semuanya."

 

"Baik Ayah Alang."

 

"Sediaaaaaa..." datuk melepaskan penumbuk sulung ke pangkal belikat Mat Prai. Saya lihat Mat Prai rebah perlahan-lahan serentak dengan itu juga saya lihat hampas dan serbuk dari pucuk hutan yang ditampalkan ke muka Mat Prai terus jatuh berderai. Bertaburan di tanah.

 

"Kamu ni lembik sangat, kena sikit pengsan," datuk seperti merungut di depan tubuh Mat Prai yang terbaring di bumi. Datuk segera memulihkannya hingga sedar. Mat Prai terus duduk bersila di depan datuk dan saya. Cahaya api yang marak mengizinkan saya menatap Mat Prai. Kesan darah dan cakaran yang dalam sudah tidak kelihatan lagi, kecuali garis-garis halus yang tidak berapa dalam.

 

"Aku tengok pangkal tengkuk kamu lebam, rapat dengan aku, biar aku periksa," tanpa banyak cakap Mat Prai hulurkan tengkuknya pada datuk. Dengan teliti datuk membelek-belek kesan lebam itu. Dua tiga kali datuk tekan ibu jari kanannya ke tempat yang lebam itu. Akhirnya kesan lebam itu hilang.

 

"Kelawar tu cuba nak hisap darah kamu, Mat Prai," datuk terus memberi komen sambil menolak tengkuk Mat Prai, suruh beredar dari sisinya.

 

"Agaknya kelawar jadi-jadian," Mat Prai membuat ramalan. Datuk gelengkan kepala.

 

"Mana ada kelawar makan darah manusia," sanggah Mat Prai membantah gelengan kepala datuk. Saya hanya diam saja tetapi, tidak melupakan tugas untuk membalingkan reranting kering ke dalam api yang marak.

 

"Siapa kata tak ada kelawar makan darah," kata-kata datuk itu membuat saya cemas dan takut. Bulu roma terasa tegak berdiri. Saya mula dongakkan kepala ke langit mengawasi kalau ada kelawar berterbangan di udara. Saya dan Mat Prai berpandangan.

 

"Dalam satu kumpulan kelawar yang terbang malam, salah seekor darinya terdapat yang menghisap darah manusia dan binatang, bentuknya besar, kukunya berbentuk macam kuku harimau, taringnya tajam yang di bahagian hujung nampak kehitam-hitaman, kelawar jenis ini memang merbahaya dan jahat. Dia terbang malam antara pukul dua belas malam hingga tiga pagi, masa dia terbang tu, kalau jumpa binatang ternakan atau manusia dia terus menyerang," datuk memberi penerangan.

 

PENERANGAN

 

Selesai saja memberikan penerangan, dua ekor kelawar terus menerkam ke arah batang leher datuk. Kedua belah tangan datuk bergerak pantas menghalang hajat kelawar itu.

 

"Uhhh...," jerit datuk. Dia terus melompat sambil menyambar ranting di bumi. Dengan ranting itu datuk memukul ke arah kedua ekor kelawar serentak. Pukulan datuk tepat pada sasarannya. Dan kedua kelawar terus jatuh ke dalam api yang marak.

 

"Kamu berdua ikut aku," datuk renung muka saya dan Mat Prai. Kemudian kami mengaturkan telapak kaki mengikut langkah datuk. Memang itu yang kami harapkan. Makin hampir ke pondok, makin jelas dan lantang kedengaran suara Pak Imam membaca ayat-ayat suci di malam yang hening, memburu ke fajar menyingsing.Saya sudah membuat keputusan untuk membentang pada datuk tentang peristiwa aneh yang dialami. Sebaik-baiknya perkara itu, diceritakan bila sudah berada ddi pondok di depan Pak Imam. Bercerita sambil berjalan tidak sesuai.

 

"Kamu berdua jumpa ular dan kura-kura?"

 

Saya terkejut dan segera memalingkan muka ke arah Mat Prai, ternyata dia tergamam. Masih di jalanan datuk sudah menyoal, apakah dia yang mengadakan semuanya itu untuk menguji keberanian kami. Timbul pertanyaan dalam diri saya. Datuk berhenti melangkah.

 

"Cakap, apa yang kamu alami tadi? Kamu jumpa ular dan kura-kura?" Datuk tatap wajah saya dan Mat Prai, sambil menarik nafas saya renung ke arah pondok yang dicerahi oleh lampu minyak tanah. Saya nampak Pak Imam terbongkok-bongkok memnaca al-Quran.

 

"Ya, kami jumpa benda-benda yang datuk sebutkan itu dalam pondok, kami tak tahu dari mana datangnya," saya memberikan pengakuan pada datuk. Saya lihat orang tua itu meraba-raba pangkal dagunya yang dirajai janggut. Dia kelihatan cukup tenang.

 

"Dari mana benda-benda ganjil itu datang tuk?" tanya saya lagi.

 

"Aku sendiri tak tahu."

 

"Tapi, macam mana Ayah Alang tahu benda-benda tu datang ke tempat kami," Mat Prai pula mengajukan pertanyaan. Datuk termenung sebentar, barangkali dia merasa sukar untuk memberikan jawapan. Datuk atur langkah kembali. Perjalanan yang terhenti disambung kembali.

 

"Pada mulanya aku tak tahu, aku datang ke situ kerana aku nampak api," tanpa diduga datuk bersuara. "Masa aku sampai tadi, aku nampak ada sisik ular dan bekas kaki kura-kura," sambung datuk. Cukup teliti datuk mengawasi sesuatu tempat.

 

"Kerja siapa semuanya tu tuk?" tanya saya lagi.

 

"Kerja orang yang bertuankan iblis syaitan."

 

"Jadi kura-kura dan ular tu benda jelmaan," cukup pantas Mat Prai menyoal, dia mempercepatkan langkah hingga berada di depan datuk. Perbuatannya itu memang tidak wajar dan datuk memerintahkan Mat Prai supaya berjalan di belakang. Perintah segera dipatuhi.

 

"Bukan jelmaan Mat Prai."

 

"Kalau bukan jelmaan, apa dia Ayah Alang?"

 

"Perbuatan sihir."

 

"Ayah Alang tahu orang yang jadi tukang sihir tu."

 

"Agak-agaknya, aku tahu, orang jahat tu tak lain tak bukan ialah..." datuk tidak dapat menamatkan percakapannya. Sepotong kayu yang panjangnya kira-kira dua kaki meluru ke arah depan. Datuk tidak dapat mengelak dan kayu itu tepat mengenai telinga kirinya.

 

Datuk berpusing-pusing dan bahagian yang terkena kayu itu kelihatan bengkak dengan segera. Datuk hampir mahu jatuh, mujurlah Mat Prai bertindak segera. Badan datuk terus dipangkunya dan dibaringkan di pangkal pokok. Setelah diberi bantuan tenaga datuk pulih dengan serta merta. Datuk terus bangun sambil meraba di tempat yang bengkak.

 

"Syukur pada Allah kerana aku tak luka, kena sikit aje, sampai di pondok boleh diubat," ujar datuk tenang dan memulakan langkah yang terhenti.

 

"Memang kamu handal orangnya."

 

Serentak datuk, Mat Prai dan saya menoleh ke kanan. Seorang lelaki dengan seluar dan baju hitam berdiri di situ. Kepalanya diikat dengan kain merah. Di tangan kanannya terlekap sebatang lembing yang matanya dibuat dari buluh kuning yang sudah dikeringkan. Orang itu, tidak lain tidak bukan ialah Suhaimi Keraba.

 

"Saya tidak handal, saya minta perlindungan dari Allah yang menjadikan kita semua. Saya tak suka orang membesar-besarkan saya macam tu," tutur datuk penuh hormat.

 

"Ya, tak mengapa, lain waktu, lain masa kita bertemu lagi. Cuma saya nak ingatkan awak jangan seretkan orang lain dalam hal kita ini, jangan babitkan Pak Imam."

 

"Saya tak babitkan sesiapa, saya cuma minta bantuan dari orang yang berilmu."

 

"Sudahlah, jangan berdalih, jangan banyak cakap, haaaaa," Suhaimi Keraba menerkam ke arah datuk, secepat kilat dia menghayunkan batang lembing ke kepala datuk. Nasib baik datuk tunduk, batang lembing terkena pokok duku. Batang lembing patah dua, tetapi matanya melayang ke arah saya. Walaupun saya sempat mengelak, tetapi hujung siku saya terkena juga.

 

Kami bertiga terdengar suara orang ketawa. Suhaimi Keraba tidak kelihatan lagi beberapa batang pokok di sekeliling kami bergegar seperti digoyang orang. Datuk tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku di kawasan sekitar. Dia menggesa kami mempercepatkan langkah agar segera sampai ke pondok.

 

Bila melihat kami terpacak di halaman pondok, Pak Imam berhenti mambaca al-Quran. Dia segera membuka kaca mata putih yang terlekap di muka. Dengan tenang Pak Imam menutup al-Quran. Kaca mata putihnya yang tebal diletakkan di sebelah kanan. Pak Imam merenung tepat ke arah datuk.

 

"Dari rupa awan dan kedudukan bintang di langit, memang dah pukul dua lebih," datuk bersuara tenang.

 

"Masa kamu tak ada tadi, macam-macam yang datang kacau aku, ada ular berkepala dua, ada lipan bara yang besar dan macam-macam lagi bermain di depan aku," Pak Imam menyampaikan berita.

 

"Itu hanya ujian," balas datuk dengan senyum.

 

"Berdebar juga hati kita dibuatnya," Pak Imam mengakhiri kata-katanya denga ketawa keil yang memanjang. Saya dan Mat Prai berpandangan. Datuk terus menuju ke perigi. Datang kembali dengan wajah yang basah.

 

Datuk terus basuh kaki. Dia naik ke pondok. Giliran saya pula basuh kaki dan naik ke pondok lalu duduk bersila di sisi datuk.

 

"Dah ambil air sembahyang, Tamar?"

 

"Buat apa? Bukan nak sembahyang," saya menjawab.

 

"Baca Quran, faham," nada suara datuk cukup keras. Saya mula mengelabah. Saya renung ke arah Mat Prai yang sudah duduk tertenggek di mata tangga. Sesekali terdengar deru angin.

 

"Pergi ambil air sembahyang," datuk mendesak.

 

Saya jadi serba salah, saya memang takut untuk pergi ke perigi. Dalam keadaan yang takut, saya cuba berlagak berani di depan datuk. Saya bercadang, bila sudah sampai di halaman pondok, saya akan mengajak Mat Prai menemani saya. Saya terus melangkah ke bibir tangga.

 

"Tamar."

 

Saya berhenti melangkah. Perlahan-lahan saya toleh ke arah datuk dan Pak Imam. Mereka sudah pun membuka al-Quran. Dada saya terus berdebar tanpa sebab.

 

"Kenapa tuk?"

 

"Kamu pergi ke perigi seorang diri, jangan ajak sesiapa jadi kawan kamu, faham."

 

"Haaaa..." cuma itu saja yang terkeluar dari kelopak bibir saya. Sepasang kaki terasa lemah untuk melangkah. Ini satu penyeksaan yang amat kejam. Kenapa datuk bertindak demikian pada saya? Dia mahu menguji saya? Mahu mengajar atau mahu menyeksa? Itu pertanyaan yang berbunga dalam hati, tetapi, tidak berani saya keluarkan untuk didengar oleh datuk.

 

"Kau nak kutip buah durian Tamar?"

 

"Tak." Serentak saya gelengkan kepala.

 

"Kau nak ke mana?" "Nak ke perigi nak ambil air sembahyang," saya tepis tangan Mat Prai. Ketika itu juga saya terdengar suara datuk berdehem. Tanpa mempedulikan samada Mat Prai tersinggung atau tidak saya terus menuju ke perigi.

 

Dalam rasa takut dan cemas, saya dapat menyempurnakan mengambil air sembahyang. Sekurang-kurangnya dapat yakinkan datuk bahawa saya bukanlah seorang yang penakut. Waktu saya mahu melangkah menuju ke pondok semula, tanpa diduga saya terpandang sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih separas bahu. Saya terus membaca surah Al-Ikhlas dalam keadaan yang tidak teratur.

 

Lembaga yang dibalut dengan kain putih semacam mayat itu, bergerak dalam keadaan terlompat-lompat. Saya renung ke arah kepalanya. Ternyata, wajahnya tidak berapa jelas kerana ditutupi rambut hitam yang lebat.

 

Tiba-tiba rambut hitam lebat itu terselak bagaikan ditolak sesuatu. Separuh berada di telinga kanan dan separuh lagi di telinga kiri.

 

Oh! Tuhan mukanya amat menakutkan. Dari bibir atas sebelah kanan dan kiri terjulur gigi (siong) yang besar dan panjang melebihi dagu. Kedua belah telinganya macam telinga monyet terlalu kecil dan hampir tidak kelihatan. Tidak mempunyai hidung dan dahi. Matanya tersembul macam mata udang, merah seperti bara.

 

"Engkau tentu tak kenal dengan aku."

 

Saya pasti, suara itu datang dari lembaga aneh yang berbalut kain putih. Tetapi, kelopak bibirnya tidak bergerak. Dari mana suara itu keluar? Timbul pertanyaan dalam diri saya.

 

"Cakap, kau kenal atau tidak denga aku?"

 

Lembaga ganjil mengajukan pertanyaan. Dan kali ini, saya kira suara itu keluar dari telinga sebelah kirinya.

 

Cara yang paling berkesan untuk memastikan suara itu keluar dari telinga, saya harus mengadakan dialog kecil dengan lembaga ganjil yang tidak diundang.

 

"Saya kenal," kata saya.

 

"Kalau kamu kenal, sila ceritakan tentang diriku," sanggah lembaga putih, dalam kesempatan itu saya arahkan sepasang biji mata ke arah telinganya. Apa yang saya ramalkan memang tepat.

 

Sudah jelas, lembaga itu berkata-kata melalui telinga. Setiap kali kata diucap, daun telinganya bergerak dan dari lubang telinganya terpancar warna kuning yang memanjang. Bila suaranya terhenti, pancaran dari lubang telinga turut mati.

 

"Kamu syaitan yang dilaknat Allah, suka mendampingi manusia dengan tujuan membawa manusia ke jalan kamu," kata saya memberanikan diri.

 

"Kamu salah, aku datang kepada kamu untuk memberikan kebaikan."

 

"Kebaikan?" kata saya terkejut.

 

"Ya," katanya tegas, "Kau cuma tengok rupa aku yang buruk tapi, kau tidak tahu hati aku baik, sesuatu yang aku berikan pada manusia adalah dengan rela hati," tambahnya.

 

Saya termenung sejenak, ketika itu saya merasai diri berada di alam lain, bukan di kawasan perigi. Sekitar saya, terdapat pepokok bunga yang beraneka bau yang amat harum.

 

Ada aliran sungai yang datang dari gunung. Airnya cukup jernih. Tersergam sebuah rumah berbentuk Minangkabau. Ada suara seruling mendayu-dayu dan rerama terbang rendah. Cuaca sekitar terang benderang.

 

"Engkau tentu suka dengan apa yang kau lihat," lembaga aneh bersuara. Keadaannya kini sudah berubah, wajahnya tidak menakutkan. Dia kelihatan seperti manusia biasa. Badannya dibalut dengan pakaian cara orang Arab. Kepalanya dibalut dengan serban yang bersambung dengan jubah yang dipakai.

 

Semua kain yang dipakainya berwarna hijau. Di tangan kanannya ada tongkat dari rotan semambu. Buah tasbih sebesar buah pinang disangkutkan di bahu kanan.

 

"Kamu mahu memperdayakan aku," saya membantah.

 

"Kamu silap," sahutnya dengan senyum memperlihatkan wajahnya yang tampan. Berkulit putih dan berhidung mancung. Ada mirip orang Arab.

 

"Aku mahu memberikan kamu sesuatu yang baik dan bermakna, kekayaan dan perempuan, kau lihat di sana," dia meluruskan telunjuknya ke arah rumah berbentuk Minangkabau.

 

Di halaman rumah itu, terdapat tujuh gadis yang berwajah cantik. Mereka memakai pakaian yang amat jarang sekali.

 

RANGSANG

 

Gerak-geri mereka memberikan rangsangan berahi kepada saya. Sebagai seorang teruna, sudah pasti perasaan saya tergugat dengan kecantikan tubuh dan rupa lawan jenis saya. Dua tiga kali saya mengeluh dan menelan air liur. Ketujuh-tujuh gadis itu sengaja mengangkat kain yang dipakai hingga ke paras pangkal paha. Saya terus urut dada.

 

Di kaki tangga rumah tersusun berpuluh-puluh tempayan serta peti-peti kayu yang berwarna kemerah-merahan. Tempayan dipenuhi dengan syiling manakala peti-peti kayu penuh dengan wang kertas.

 

"Bagaimana? Kau tak mahu semuanya ini?"

 

"Tak mahu, kau cuba menjerat aku."

 

Orang berpakaian hijau terus ketawa. Tasbih sebesar buah pinang terus digerak-gerakkannya. Saya sudah lupa dengan Pak Imam, datuk dan Mat Prai. Saya berada dalam satu dunia yang sungguh menakjubkan.

 

"Kalau mahu kaya, kau jadilah muridku, kalau kau mahu muda seumur hidup, kau hanya perlu tidur dengan gadis-gadis di depan kamu selama tujuh malam berturut-turut, setiap malam kau bawa seorang ke rumah dan begitulah seterusnya. Selain dari itu kau harus mencari tujuh gadis lain dan perdayakan mereka," lanjut lelaki berjubah hijau. Penuh semangat dia memberikan penjelasan.

 

"Terima kasih, saya tak mahu semuanya itu," ungkap saya tegas.

 

"Kau tak rasa menyesal?"

 

"Tidak."

 

"Apa kau tak mahu jadi macam Suhaimi Keraba yang tidak dimakan tua, tidak dimakan sebarang senjata api atau besi."

 

"Tidak."

 

Orang berjubah itu menutup mukanya dengan kain hijau. Dia ketawa gamat. Kamudian perlahan-lahan membuka kain hijau. Keadaannya segera berubah, wajahnya kembali hodoh dan sekujur tubuhnya dibalut dengan kain putih.

 

"Engkau menolak pemberian Khalifah kami, engkau mesti menerima celakanya, kamu tahu? Suhaimi Keraba adalah anak murid Khalifah kami. Apa yang ditawarkan kepada kamu adalah jalan damai antara kami dengan datuk kamu," lembaga ganjil terus bersuara.

 

Saya termenung sejenak. Dua tiga kali buka tutup kelopak mata. Entah berapa kali pula saya gosok mata dengan telapak tangan. Sekarang sudah jelas, saya tidak lagi berada di alam fantasi. Saya dapat melihat sinar pelita di pondok. Suara Pak Imam dan datuk terus mengalun mengisi ruang malam dengan ayat-ayat suci.

 

Mat Prai kelihatan masih mundar-mandir di depan pondok. Bunyi buah durian gugur bertalu-talu.

 

"Apa boleh buat, kamu menolak damai dari kami," cetus lembaga itu. Pada saat itu saya lihat rambutnya yang hitam bertukar menjadi warna kuning tembaga. Dimukanya, di bahagian hidungnya terdapat beribu-ribu ulat, sebesar ulat daun pisang. Ulat-ulat itu bergerak menuju ke lubang mata dan lubang telinga. Beberapa ekor ulat bergerak atau bergantungan pada gigi besarnya yang terjulur.

 

"Huh...," lembaga itu mendengus dan sekaligus terus menghilangkan diri. Tempatnya segera digantikan oleh batang tubuh Suhaimi Keraba. Mata Suhaimi Keraba merenung tajam ke arah saya.

 

"Kamu menolak seruan Khalifah aku di muka bumi," ucap Suhaimi Keraba.

 

"Khalifah gila," kata saya.

 

"Ertinya, kamu mahu bermusuh dengan kami. Aku susah bertindak kerana kamu membabitkan Pak Imam dari kampung ini. Datuk kamu sial," Suhaimi Keraba terus mengutuk datuk dengan sewenang-wenangnya. Saya jadi marah.

 

"Kamu sesat, kamu jadi hamba syaitan, kamu pengisi neraka jahanam," saya terus meledakkan kemarahan.

 

Tindakan saya itu membuat Suhaimi Keraba marah. Dia terus menarik buluh kuning yang terselit di pinggangnya. Buluh kuning berukuran kira-kira satu hasta itu dilontarkan kepada saya. Kerana sudah tahu langkah dan atur silat yang dipelajari dari datuk, saya segera memanfaatkannya, saya dapat mengelak.

 

Buluh kuning yang dilontarkan pada saya terkena pangkal pohon langsat. Api terus marak setinggi berdiri di pangkal pokok langsat. Saya terus menjerit dengan sekuat hati.

 

LANGKAH

 

Saya buka langkah lalu lari menuju ke pondok. Suhaimi Keraba terus ghaib serta merta. Saya tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri. Tercungap-cungap saya berhenti di kaki tangga, buat beberapa ketika.

 

Saya terus duduk di anak tangga tanpa mempedulikan Mat Prai yang dua tiga kali mengelilingi saya. Dia berusaha menarik perhatian saya dengan harapan saya akan menegurnya.

 

Bila saya buat tak isah, Mat Prai seperti berputus asa dan terus duduk di bumi. Angin malam yang bertiup terus menggugurkan buah durian. Bila rasa penat sudah hilang, saya terus basuh kaki dan naik ke pondok. Datuk berhenti baca Quran.

 

"Kenapa macam orang kena kejar aje Tamar?"

 

Pertanyaan yang datuk kemukakan itu membuat saya berada di dalam serba salah. Apakah perlu saya menjawabnya? Kalau dijawab apakah datuk percaya dengan apa yang saya ceritakan padanya?

 

"Kenapa Tamar?" ulang datuk lagi. Kali ini sepasang matanya tertumpu ke wajah saya. Belum pun sempat saya menjawab datuk terus bersuara:

 

"Kamu jumpa benda-benda pelik."


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box