SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 72 - DITELAN PASIR

DATUK bangun. Duduk mencangkung. Ia memeluk kedua belah lututnya. Datuk melihat bajunya yang berlubang-lubang. Datuk gelengkan kepala beberapa kali. Ia terus bangun. Melakukan senaman dalam panas. Bila seluruh tenaganya sudah pulih. Ia merapati saya.


Datuk meraba tempat yang kena tendang di tubuh saya. Ia mengurut dan menyentuh tiap sendi urat. Sekejap sahaja badan saya sudah berpeluh dan bertenaga kembali. Saya bangun dan boleh bergerak seperti sediakala.Datuk merawat Saadun pula hingga pulih. Saadun segera mendekati saya. Muka saya direnungnya dengan seribu tanda anya. Semuanya terjadi bagaikan mimpi dan, tidak diduga sama sekali.


"Ke mana mereka lari", datuk menujukan pertanyaan pada saya dan Saadun. Serentak kami gelengkan kepala. Datuk termenung panjang. Ia mencari arah angin datang. Bila sudah diketahui arah angin datang. Datuk menghalakan telinganya ke arah itu.


"Mereka menuju ke sungai," bisik datuk.

"Kita buru tuk."

"Tak payah, aku tahu dan yakin mereka tidak meninggalkan tempat ini sebelum matahari terbenam. Mereka menyorokkan diri," datuk menggeliat. Ia terus memusing seluruh pondok. Sampai di sudut pondok sebelah kanan, datuk terhenti. Berdiri di situ membilang jari kaki.


"Selagi belum berkalih hari, kita tak akan jumpa mereka lepas Asar kalau kita mencarinya, dengan izin Allah kita berjumpa," beritahu datuk pada saya dan Saadun.


Datuk melhat gerakan awan di langit, ia juga melihat dedaun pisang yang melintuk-liuk diterkam angin. Ia menggeliat lagi. Dua tiga tahun yang lalu bila datuk berhadapan dengan perkara yang terpaksa mengeluarkan tenaga datuk tidak mudah letih atau penat tetapi, keadaan itu berbeza sejak akhir-akhir akhir ini. Mungkin disebabkan usianya sudah bertambah tua atau boleh jadi juga datuk menghidap penyakit yang memang dirahsiakan dari pengetahuan saya dan keluarganya yang lain. Walau apapun sejak kematian Haji Salim, datuk lebih banyak termenung macam memikirkan sesuatu.


Perkara begini kadang-kadang menimbulkan kebimbangan dalam diri saya. Mahu rasanya saya bertanya tetapi bimbang takut dimarahinya, perkara itu saya pendamkan walaupun hati saya parah menahan perasaan. Kalau boleh saya tidak mahu datuk mati cepat, biarlah ia mati bila saya sudah berusia lebih dari empat puluh tahun. Saya harus menerima banyak pengalaman darinya untuk jadi bahan renungan atau jadi bahan cerita pada anak-anak cucu saya atau pada kawan-kawan yang sebaya dengan saya pada suatu masa kelak. Terlalu banyak yang saya fikirkan tentang diri datuk.


Datuk duduk atas tanah dengan kedua belah lututnya ditegakkan. Ia menarik nafas dengan tenang. Datuk mengambil ranting kayu dan terus menikam-nikam rumput dengan hujung ranting kayu. Rambut hitamnya yang sudah lebih separuh dikuasai warna putih bergerak-geräk ditolak angin. Dua tiga kali datuk terbatuk.

"Saadun mari ke sini."


Saadun terus menghampirinya. Berdiri di depan datuk sambil melipat baju kemeja lengan panjang. Usia Saadun sekitar tiga puluh lima tahun. Sudah mendirikan rumahtangga tapi bercerai setelah mendapat seorang anak lelaki. Anak itu dipelihara oleh isterinya yang tinggal di Teluk Kepayang dekat Bota. Saya menganggap Saadun sebagai manusia yang istimewa, sejak saya mengenalinya, ia tidak pemah memakai kasut. Ia mengunjungi kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh, Pulau Pinang dengan kaki ayam. Aneh juga melihatnya memakai kemeja lengan panjang, seluar panjang yang menarik dengan belahan rambut yang rapi tetapi tidak memakai kasut.


Kerana keistimewaan itulah, di mana Saadun berada, ia tetap jadi perhatian orang ramai. Saadun tidak ambil peduli, ia seolah-olah mensifatkan orang yang melihatnya sebagai orang yang tidak tahu menghargai kebebasan orang lain.


"Apa yang diajar oleh orang itu pada kamu Saadun," soal datuk.


"Ia beritahu saya, agama Islam yang kita amalkan ni semuanya salah, ia mahu membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan."


"Laknat betul orang tu."


"Ayah Uda jangan kata begitu, katanya, kita semua tidak perlu ke Mekah, tak perlu puasa dan sembahyang."


"Lagi apa katanya pada kamu."


"Segala Mufti, Kadi, Tuk Imam dan Pak Haji serta Pak Lebai yang sembahyang dan taat dengan perintah Allah tu sebenarnya berpurapura."


"Sudahlah Saadun, aku kenal siapa dia."


Datuk segera bangun. Ia renung ke arah barat daya sambil menghela nafas dalam-dalam. Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk terus melangkah. Saya dan Saadun terus mengikutinya. Sampai separuh jalan Saadun berpatah balik menuju rumahnya. Datuk tidak melarang Saadun bertindak demikian.


"Biarkan dia Tamar" kata datuk. Saya tidak menjawab dan meneruskan pejalanan. Kami sampai di rumah Mehran. Datuk terus mandi limau di perigi. Bajunya yang berlubang-lubang itu terus dibakar. Datuk juga mengumpul tujuh jenis bunga, tujuh jenis daun serta tujuh ruas buluh lemang. Semua bahan-bahan itu datuk satukan dalam guni. Dijemur dalam sinar matahari yang terik kira-kira satu jam lebih. Setelah itu bahan-bahan tersebut datuk bakar hingga menjadi abu.


Angin yang bertiup kencang menerbangkan abu itu ke arah selatan. Datuk memperhatikan gerakan debu itu pergi hingga hilang dari penglihatannya. Sambil memandang abu yang digerakkan oleh angin, bibir datuk terus bergerak, macam membaca sesuatu. Apa yang dibacanya saya sendiripun tidak tahu.


Datuk mandi lagi. Sudah dua kali datuk mandi. Kali ini ia lebih lama berada di telaga. Tiap inci kulit tubuhnya disamak dengan lumpur. Bila semuanya sudab selesai, ia terus masuk ke bilik meneruskan kebiasaannya membaca Quran hingga sampai waktu Zuhur. Selesai sahaja menunaikan fardhu Zuhur, kami terus duduk di ruang anjung rumah. Mehran datang menemui kami. Mehran mengeluarkan sesuatu dari kotak kecil yang dibawanya.


"Bahagian kamu Mat Diah," Mehran menghulurkan sampul surat tebal yang berisi wang. Saya agak jumlah wang itu cukup besar, tidak kurang daripada lima ratus ringgit.


"Apa dia Mehran."


"Musim durian dan langsat tahun ni baik, lebih dari lima ribu diperolehi, mengikut pesan arwah moyang dulu, pendapatan itu harus dibahagikan sama rata dengan anak cucunya. Inilah bahagian kamu lapan ratus ringgit," tokok Mehran. Datuk merenung sampul surat itu sebentar. Ia renung muka saya. Berdebar hati saya menanti perintah darinya untuk mengambil wang tersebut. Perintah yang dinanti tidak juga keluar dari mulut datuk.


"Aku datang bukan nak menagih bahagian, aku nak jumpa kaum kerabat, sedekahkan bahagian aku ni untuk membaiki masjid kampong ni," kata datuk lalu menolak sampul surat pada Mehran kembali. Saya menarik nafas kecewa yang berpanjangan. Saya tahu moyang pada datuk dulu meninggalkan harta yang banyak. Semua harta itu sudahpun dibahagi-bahagikan pada anak-anak, kecuali sekeping tanah yang seluas tujuh ekar dekat Sungai Sadang.


Tanah itu ditanam dengan pokok durian dari jenis yang baik serta langsat. Tanah itu diwakafkan pada anak cucunya. Orang yang diamanatkan untuk mengendalikan dan membahagikan pendapatan dari tanah itu ialah Mehran. Wasiat itu dibuat atas kertas di depan penghulu, kerana itu anak-anaknya tidak berani menuntut tanah seluas lima ekar.


"Tujuan moyang kamu membuat wasiat dulu, bukan apa-apa Mat Diah, dia mahu kalau anak cucunya ada yang susah bolehlah duduk di situ," kata Mehran lagi.


"Aku tahu, kebanyakan anak cucunya hidup senang, apalah salahnya kalau kita bermuafakat segala pendapatan dan tanah tersebut kita sedekahkan pada fakir miskin, membina surau dan masjid," balas datuk.


"Aku faham maksud kamu Mat Diah."


"Mulai hari ni, bahagian saya serahkan pada masjid, dengan izin Allah saya sekarang pun tak susah, rezeki saya ada."


"Aku tahu, kau memang tak susah tanah kamu banyak untuk makan pakai kain dengan bini dan si Tamar ni, sampai seratus tahun lagi boleh cukup."


"Sudahlah itu, mulai hari ni, bila saya datang jangan fikirkan saya nak menuntut bahagian saya."


"Kami tak pernah memikirkan macam tu, mari kita makan."


Kami terus makan. Saya tahu, setiap kali datuk menginap di rumab Mehran ia selalu membeli beras, gula, kopi dan ikan bergantung selama mana ia tinggal di rumah tersebut. Bila Mehran menolak pemberian datuk itu membuat datuk hanya mampu bertahan sehari dua sahaja di rumab Mehran. Kata datuk datang ke rumah kaum keluarga sampai berminggu-minggu, tidak baik menyusahkan mereka. Paling lama tiga hari. Dan kata-kata datuk itu saya jadikan panduan hidup saya untuk masa akan datang. Lepas sembahyang Asar, datuk mengajak saya ke Sungai Perak. Saya tahu tujuan datuk itu, ia mahu mengesan tempat persembunyian Daud dan Kamal. Kami sampai di tepi tebing Sungai Perak. Berteduh di bawah pokok kekabu yang sedang berbuah. 


Datuk merenung ke pulau kecil di perut Sungai Perak. Pulau itu ditumbuhi dengan pokok-pokok kecil. Di bahagian hujung pulau itu terdapat pasir yang memutih. Beberapa ekor burung kedidi berjalan di pinggir pasir sambil mengembangkan kepak. Saya tidak tertarik dengan pulau kecil itu. Saya lebih senang melihat bangunan tua di pekan Parit yang tertegun tidak jauh dan tebing Sungai Perak di seberang. Air Sungai Perak nampak bermanik-manik diserlah oleh sinar matahari.


Dari bawah tebing kami terdengar suara orang bercakap-cakap. Datuk menggaru kepala dan menarik tangan saya menuruni tebing yang agak curam. Dua tiga kali saya terjatuh kerana terlanggar akar yang berselirat, beberapa bahagian tebing yang berpasir itu berlubanglubang. Datuk beritahu saya lubang itu dibuat oleh beberapa penduduk tertentu di situ. Mereka mencari pasir yang halus dan bersih. Pasir itu

digunakan untuk menggosok gigi, hasilnya gigi mereka kelihatan putih dan bersih. 


Cara itu pernah saya lakukan hasilnya memang baik. Gigi saya putih berkilat dan tidak pernah diserang sakit gigi. Bila saya kenal dengan ubat gigi moden, cara itu saya tinggalkan. Saya rasa itu sudah ketinggalan zaman. Jika digunakan pasti

diketawakan oleh kawan-kawan. Bila kami sampai di gigi air. Saya lihat Saadun sedang mengalah sampan. Di depannya ada dua orang lelaki menutup kepalanya.


"Saadun di mana nak kamu bawa manusia laknat tu," pekik datuk. Saadun tidak menjawab. Ia makin kuat mengalah sampan membelah arus. Kedua orang yang duduk di depannya menggunakan tangan untuk mengalah sampan.


"Saadun, jangan tolong mereka," jerit datuk. Saadun terus galah sampan. Saya lihat sampan itu terus meluncur dengan lajunya. Datuk merenung ke arah sampan yang kosong dekatnya. Rantai sampan itu dipasang kunci.


"Itu sampan laki Hajah Fatimah," kata datuk, Ia turun membongkok lalu memegang rantai sampan. Rantai sampan itu terputus. Datuk cabut galah sampan.


"Naik" kata datuk. Saya pun melompat atas perut sampan. Haluan sampah datuk betulkan. Ia terus galah sampan memburu sampan Saadun yang jaraknya kira-kira 30 kaki. Bila melihat datuk galah sampan. Saadun melipatkan tenaganya. Sesekali ia menoleh ke arab datuk dengan rasa cemas yang amat sangat.


"Saadun jangan tolong orang jahat," suara datuk cukup keras. Saadun tidak merenung ke arah datuk. Ia menganggap larangan datuk itu tidak memberikan sebarang kesan.


"Budak sial tu," rungut datuk, ia terus menikam galah sampai ke air. Kali ini saya rasa sampan itu meluncur cukup laju.


Dalam beberapa minit sahaja, sampan kami sudah menghampiri sampan Saadun. Datuk cuba memintas, usaha datuk itu tidak berjaya. Kali ini datuk cuba menghimpit sampan Saadun supaya menuju ke pulau. Usaha datuk kali ini berjaya. Saadun tidak ada cara lain untuk mengelak, sampannya melanggar tebing pulau. Salah seorang lelaki yang duduk di depan Saadun terus berdiri. Saadun undurkan sampannya, kali ini menuju ke arah pasir yang timbul di hujung pulau.


"Jangan Daud, jangan," Kamal menjerit. Jeritan itu tidak dihiraukan oleb Daud. Ia terus melompat atas pasir. Satu jeritan yang amat kuat menguasai perut sungai. Saya lihat Daud terkapai-kapai, separuh dan badannya sudah pun ditelan oleh pasir hujung pulau.


"Tolong aku mahaguru tolong," rayu Daud tangannya terkapai-kapai, pasir sudah pun menguasai kedua belah bahunya. Kamal tidak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Daud. Pasir sudah sampai ke paras hidung Daud.


"Aku tak boleh menolong kamu,kamu melanggar sumpah," suara Kamal cukup keras. Ia membuka tudung kepalanya. Daud terus ghaib ditelan pasir. Di tempat Daud tenggelam itu, saya lihat pasir membuak-buak bersama kepulan asap yang tebal. Saya lihat datuk terdiam. Masa tu juga Saadun berjaya mengalihkan haluan perahunya. Berjaya meninggalkan pulau kecil, datuk mengalihkan sampannya ke tempat Daud tenggelam. Pasir putih terus bertukar jadi hitam macam arang.


"Mana dia Saadun."


"Itu."


"Tak apa kita buru dia,"


"Tapi, dia dah jauh tuk."


"Tak apa," datuk menjawab pendek. Ia terus menepuk air sungai. Sampannya bergerak sendiri terus melintasi pulau kecil, memburu sampan Saadun. Tiba-tiba saya lihat Kamal menarik sesuatu dari pinggangnya.


Datuk terjun ke dalam sungai. Hilang tidak dapat diduga ke mana datuk pergi. Saya terkejut, bila melihat datuk berdiri di tebing menanti kedatangan Saadun dan Kamal. Saya terpaksa mengalah sampan sendiri. Kamal jadi tak tentu arah, bila melihat datuk menantikan kedatangannya di tebing. Ia menahan Saadun dari mengalah sampan. Muka Saadun direnungnya.


"Kerana kamu ada hubungan keluarga dengan seteru aku, kamu tak boleh diharap," seru Kamal jelas dapat didengar. Ia meletakkan tangan kanannya atas bahu kiri Saadun. Saadun melolong minta tolong. Saadun rebah atas sampan. Darah membuak-buak keluar mulutnya. Kamal menendang Saadun ke dalam sungai. Saadun terus tenggelam. Kamal membuka bajunya dan terus melompat dari atas sampan. Ia bagaikan terbang menuju ke tebing sungai. Kamal memang bijak dan sudah merancangkan dengan teliti apa yang mahu dilakukan.


Sepasang kakinya mencecah tebing sungai di belakang bangunan enjin pembekal air (bangunan itu kini sudah tidak digunakan lagi). Datuk tidak dapat berbuat apa-apa. Dalam jangkaan datuk ia pasti mendapat mendarat di tempat yang ditunggu oleh datuk. Datuk berlari ke arah bangunan tersebut, mencari Kamal. Usaha datuk itu sia-sia belaka. Ia cuma bertemu dengan seekor kucing hitam.


Bila datuk mahu menangkapnya, kucing hitam terus mencakar tangan datuk dan terus lari tidak dapat dikesan. Datuk menanggung kecewa yang amat sangat. Setelab badan berpeluh dan urat-urat di pinggang bagaikan terasa mahu putus mengalah sampan, saya berjaya juga sampai ke tebing. Saya lihat sampan milik Saadun terus dihanyutkan oleh arus ke hilir. Saya terasa hiba dan hampir mahu menitiskan air mata. Saya kehilangan seorang keluarga yang sukar dicari ganti. Saya tambatkan perahu ke akar pokok sena. Datuk terus mengajak saya ke Balai Polis Parit membuat aduan apa yang terjadi pada sarjan polis berbangsa Pakistan yang memakai nombor 1000.


"Mayat cucu saudara awak mesti dicari," kata Sarjan 1000 pada datuk. Saya garu telinga, bukan senang mencari mayat dalam sungai.


Mesti mencari penyelam yang cukup handal. "Kita terpaksa cari pawang selam," sambung Sarjan 1000.


"Saya tahu."


"Awak boleh buat kerja tu"


"Saya cuba kalau diizinkan Allah saya berjaya," suara datuk lemah. Sarjan 1000 memanggil dua anggota polis itu pada datuk. Anggota polis yang berkulit cerah namanya Mohd Hatta orang Kelantan, yang berkulit agak gelap bernama Tajuddin orang Rembau, Negeri Sembilan.


"Ikut saya ada kes bunuh," kata Sarjan 1000 pada kedua anggota polis itu. Kami pun meninggalkan Balai Polis Parit menuju ke tebing tempat saya mengikat sampan tadi. Sebelum tadi ke situ datuk minta jasa baik Sarjan 1000 memberitahu perkara itu pada saudara maranya di Belanja Kiri. Seorang anggota polis telah diarahkan ke kampung tersebut.


Tidak sampai dua jam berita itu tersebar dengan cepat ke Daerah Parit. Tebing sungai mula dikerumuni orang. Hal itu menyusahkan hati datuk.


"Saya tidak boleh buat kerja sekarang bisik datuk pada Sarjan 1000. Dua orang anggota polis yang ada di situ terkejut dengan kata-kata datuk itu.


"Apa fasal"


"Saya tak mahu orang tahu apa yang ada pada saya, bila orang tidak ada, baru saya boleh buat kerja itu."


"Itu senang, kita larang dan adakan sekatan supaya orang jangan datang ke sini."


"Begini saja sarjan, sejam lagi saya buat, sebelum itu kita suruh orang yang ada di sini balik, kecuali saudara mara saya."


"Ya, saya ikut cakap awak."


"Terima kasih."


Kawasan tebing itu terus dikawal oleh anggota polis. Tidak ada seorang pun yang dibenarkan datang. Datuk merasa tenang. Sajan 1000 banyak bertolak ansur dan mahu menerima pendapat dan pandangannya. Datuk menghampiri Sarjan 1000.  Mereka berbisik sesuatu.


"Ikut aku, Tamar," kata datuk pada saya. Kami bertiga (saya, datuk dan Sarjan 1000) meninggalkan tempat tersebut menuju ke Balai Polis. Saya merasa tidak begitu selesa duduk di Balai Polis. Saya minta izin dan datuk untuk pergi ke padang sekolah Cina yang terletak di sebelah Balai Polis. Permintaan saya itu diizinkan oleh datuk. Saya terus pergi ke tempat tersebut. Dari situ saya merayap lain mendaki sebuah bukit kecil yang letaknya tidak jauh dari sekolah Cina.


Di puncak bukit kecil itu terdapat sebuah rumah yang agak besar bercat putih. Saya tidak tahu rumah itu kepunyaan siapa. Setelah puas menikmati pandangan dari puncak bukit, saya segera kembali ke Balai Polis, Datuk terus merungut kerana saya terlalu lama merayap di luar. Saya diam membatu hingga rungutnya berakhir.


                                            TUGAS


Di bawah sinar matahari petang yang kian condong. Datuk terus bertinggung di tepi merenung gelombang kecil di permukaan sungai. Saya masih berdiri tidak jauh dari datuk. Dua orang anggota polis yang bertugas di situ menasihatkan orang ramai, jangan menghampiri kawasan tebing. Kali ini, Sarjan 1000 tidak datang kerana ada urusan di balai. Walaupun sinar matahari tidak terik tetapi, dahi dan badan saya tetap berpeluh.


"Tamar, ke mari."


Saya segera berlari menghampiri datuk. Perlahan-lahan datuk bangun lalu memegang bahu kiri saya. Renungannya begitu tajam menyorot wajah saya.


"Aku nak mulakan sekarang, kau tunggu aku di sini. Mesti bertinggung macam aku dan apa yang kamu nampak di air jangan ditegur," datuk mengeluarkan arahan. Tentu sahaja arahan itu saya patuhi. Datuk terus menuruni tebing sungai yang agak curam itu. Dengan tenang datuk meredah air sungai. Semua gerak-geri datuk saya

perhatikan dengan teliti. Air sungai terus menelan tubuh datuk separuh dada.


Tiba-tiba datuk terus menyelam, ketika itu juga orang ramai tidak lagi mahu mematuhi arahan dari dua orang anggota polis tersebut. Dalam beberapa saat saja tebing sungai dipenuhi dengan orang ramai. Masing-masing tumpukan perhatian pada air Sungai Perak yang mengalir lembut.


"Dah dekat 45 minit menyelam belum juga timbul-timbul hebat betul orang tua itu," seorang anak muda yang berdiri dekat saya bersuara. Saya terus membatu sambil berdoa supaya Allah menyelamatkan datuk dari sebarang bencana. Hati saya mendadak jadi marah dan mengutuki orang ramai yang berdiri di tebing sungai. Mulut mereka terlalu celupar, bercakap ikut sedap mulut. Dua orang anggota polis terus mengawasi gerak-geri orang ramai supaya jangan ada di antara mereka turun ke gigi air.


Orang ramai bersorak sambil bertepuk tangan bila mereka lihat datuk timbul di permukaan sungai. Datuk terus rapat ke gigi air dan memanjat tebing. Datuk berdiri dekat saya dan orang ramai terus mengerumuninya. Beberapa orang dari mereka cuba memeluk datuk dengan tujuan supaya air yang lekat di tubuh datuk meresap ke pakaian mereka.

Perbuatan itu segera ditegah oleb kedua orang anggota polis. Larangan itu tidak diperendahkan. Mereka terus berusaha untuk memeluk tubuh datuk. Saya lihat datuk cuba mengelak sambil meminta orang-orang yang cuba mahu memeluknya supaya jangan mendekatinya.


"Kenapa saya dibuat macam ini?" Tanya datuk sambil merenung muka orang yang terlibat. Aneh, datuk tidak memperlihatkan kemarahannya, tetap ramah dan tenang. Senyum terus bermain di bibirnya.


"Kami mahu mendapat rahmat dari awak," jawab seorang.


"Rahmat? Rahmat apa?" Datuk terkejut.


"Kata orang, kalau kita memeluk tubuh orang yang menyelam lama hingga air di tubuhnya meresap ke kulit tubuh, kita tidak akan mati lemas dan ditangkap buaya."


"Kamu tahu? Ajal dan rezeki manusia ditentukan Allah," suara datuk meninggi. Orang yang ditanya terdiam dan anggukkan kepala.


"Kalau kamu sudah tahu, kenapa kamu nak buat kerja mengarut ni, pergi balik," ujar datuk.


"Tapi."


"Tapi apa? Apa kamu mahu?"


"Awak bomoh besar dan pawang besar,"


"Saya bukan pawang, saya bukan bomoh. Eh, kenapa singkat benar kamu berfikir? Apa kamu fikir pawang dan bomoh tu ada kuasa, boleh menentukan hidup seseorang, sedangkan dirinya pun dijadikan oleh Allah."


"Saya..."


"Sudah," pekik datuk. Orang itu terus meninggalkan datuk. Dan orang ramai berbisik sama sendiri. Ada di antara mereka yang menjuihkan bibir, Mereka mengejek diri datuk. Orang ramai mula beransur-ansur meninggalkan kawasan tebing sungai. Datuk terus mendekati kedua orang anggota polis.


"Saya nak cari lepas waktu Isyak," beritahu datuk pada anggota polis. Mereka berpandangan sama sendiri. Saya terus meraba-raba pangkal dagu. Datuk sudah pun menukarkan pakaiannya yang basah dengan pakaian yang kering.


"Tak apalah, kalau itu yang awak mahu tapi, kami terpaksa melaporkan pada sarjan dengan apa yang awak buat tadi. Kami agak, sarjan 1000 sudah menghubungi ketua polis di Ipoh, minta bantuan dari penyelam Tentera Laut," kata Mohd Hatta (anggota polis) pada datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala.


Tanpa membuang masa kami pun meninggalkan kawasan tebing sungai menuju ke Balai Polis. Sarjan 1000 menyambut datuk dengan wajah yang tenang. Datuk terus menceritakan pada sarjan tentang rancangan yang telah diatur, Sarjan 1000 anggukkan kepala. Datuk diajak oleh Tajuddin (anggota polis) ke rumahnya. Ajakan itu datuk penuhi. Saya dan datuk dijamu dengan goreng pisang dan kopi panas. Banyak juga perkara dan petua yang ditanyakan oleh Tajuddin pada datuk. Saya lihat datuk tidak keberatan memberitahu pada Tajuddin. Saya kira Tajuddin merupakan keluarga yang bahagia. Isterinya peramah dan terlalu hormat pada tetamu. Mereka mempunyai tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki. Kedua-dua orang anak perempuannya tinggal bersama ibunya di Rembau. Cuma anak lelakinya sahaja yang duduk dengan mereka. Anak lelakinya itu belajar di darjah enam Sekolah Melayu Parit(sekarang disebut Sekolah Kebangsaan).


Malam itu, setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak di masjid. Saya dan datuk kembali ke rumah Tajuddin. Sampai sahaja di rumahnya hidangan makan malam sudah tersedia. Tajuddin dan isterinya merasa terkilan kerana datuk makan terlalu sedikit tetapi, mereka memuji diri saya kerana makan penuh nafsu. Malu juga rasanya, bila nama saya disebut-sebut sebagai orang yang suka makan banyak. Walauapa pun rasa malu itu segera hilang bila saya memikirkan makan banyak dapat memberi kegembiraan pada tuan rumah yang secara tidak langsung memberikan penghormatan kepada mereka.


"Budak ni, semuanya dia telan kecuali batu dan kayu," kata datuk berjenaka dan disambut dengan ketawa oleh Tajuddin dan isterinya. Saya terus tersengih tetapi, hati tetap marah dengan datuk.


"Bukan tak sudi, memang jadi kebiasaan pada saya, bila ada kerja, lebih-lebih lagi kerja menyelam mencari mayat saya makan tak banyak," datuk menerangkan pada Tajuddin dan isterinya. Penjelasan itu dapat diterima oleh pasangan suami isteri tersebut.


"Malam ni tidur di sini," pelawa isteri Tajuddin.


"Minta maaf, selesai saja kerja saya terpaksa balik ke rumah saudara saya," jawab datuk lembut.


"Kalau begitu, biar saja cucunya tidur di sini," tingkah Tajuddin.


"Minta maaf, saya kena ikut datuk saya," cepat-cepat saya menjawab.


"Biarlah kami pergi dulu," datuk segera bangun dan meangkah ke muka pintu. Saya segera menuruti datuk dengan perasaan sedikit gementar. Saya berdoa supaya tugas yang akan dilakukan oleh datuk dapat berjalan dengan lancar.


"Saya nak ikut sama," kata Tajuddin sebaik sahaja kami sampai di kaki tangga. Tajuddin meluru ke bawah. Kalau tadi Tajuddin memakai pakaian seragam sekarang, pakaian itu tidak digunakan, kerana ia sudah selesai bertugas.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box