SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT

Pak Mardan dan saya terus ke bahagian belakang rumah. Lama juga Pak Mardan berlegar-legar di situ. Hujan terus turun mencurah-curah. Petir dan kilat sabung-menyabung di malam yang pekat. Saya dan Pak Mardan naik ke bilik pengantin. Halimah masih memegang besi kuning erat-erat. Pak Mardan meletakkan baldi di sudut bilik dan terus duduk di situ.


"Kau Tamar, duduk dekat lutut aku ni”, Pak Mardan memerintah dan saya patuh pada perintahnya.


Pak Mardan merenung ke muka Halimah yang sudah kelihatan cemas. Saya lihat mulut Pak Mardan bergerak-gerak. Saya tidak tahu apa yang di bacanya.


"Kau jangan tegur apa yang kami buat Halimah. Aku tahu sebahagian dari anak rambut kamu sudah terkena tempias air hujan”, suara Pak Mardan parau.


Matanya mula bersinar garang. Pak Mardan terus bersemadi di depan baldi di plastik berwarna merah. Dalam masa itu Pak Mardan menumpukan seluruh per¬hatian pada ilmu yang di tuntut dari gurunya, saya lihat baldi dalam air plastik merah bergerak macam air sedang mendidih. Diluar hujan terus mencurah¬-curah, cahaya petir jelas kelihatan menyelinap ke dalam bilik pengantin. Kerana saya ada mendapat petua sedikit dari datuk bagaimana mahu me¬numpukan seluruh pancaindera pada alam lain, saya segera melakukannya. Me¬mang saya terasa yang diri saya terpisah dari keadaan keliling.


Saya berhadapan dengan satu alam yang sunyi dan tenang. Lebih kurang setengah jam kemudian, saya terdengar sayup-sayup bunyi berdesing. Makin lama, makin jelas bunyi itu seperti benda yang sedang terbang me¬nuju ke arah bilik pengantin. Tidak lama kemudian terdengar bunyi ledakan yang cukup kuat di atas bumbung rumah, bunyinya macam letupan meriam buluh. Serentak dengan ledakan itu, saya terdengar bunyi besi-besi kecil berlaga sesama sendiri. Saya juga terdengar bunyi logam berjatuhan dari tulang bumbung berhampiran dengan hujung kaki Halimah. Bila saya membuka mata, saya dapati Halimah tidak sedarkan diri. Di hujung kakinya terdapat berpuluh-puluh batang paku, kaca dan jarum karat berserakan. Pak Mardan segera menghampiri saya.


"Kalaulah kita terlewat Tamar, aku tidak dapat membayangkan apa yang terjadi”, ujar Pak Mardan pada saya sambiI meraba pangkal kening sebelah kiri. Bunyi suara hujan diluar mula berkurangan. Tiba-tiba terdengar bunyi letupan kecil betul-betul di hujung kepala lutut Pak Mardan. Saya lihat Pak Mardan rebah atas lantai, mukanya segera bertukar menjadi kehitam-hitaman. Saya mengelabah, paku dan besi buruk serta jarum karat bagaikan bergerak-gerak ke arah saya dan Pak Mardan.


"Datukkkk tolongggg”, pekik saya dengan sekuat hati. Ketika itu saya rasa batang leher saya cukup panas, bila menelan air liur terasa pedih. Punggung saya bagaikan berada di atas bara api. Dalam keadaan yang gawat itu, saya dapati datuk sudah pun berdiri diambang pintu.


"Bertenang”, kata datuk lalu melemparkan kain hitam yang terselepang di dada atas lantai.


Pak Mardan boleh bergerak dan duduk semula seperti asli. Leher saya tidak terasa panas lagi, punggung saya kembali berada di atas papan lantai.


"Kau saja selesaikan perkara ini Mardan”, kata datuk.


Pak Mardan anggukkan kepala. Datuk terus duduk bersila di tengah pintu. Halimah masih lagi terkapar di kaki katil macam mayat. Tetapi besi kuning masih berada dalam dalam genggamannya.


"Bantu saya kalau saya tewas”, beritahu Pak Mardan pada datuk.


"Saya akan bantu mana yang patut, Allah bersama kita”, balas datuk.


Pak Mardan pejamkan mata, saya juga begitu. Tidak ada sesuatu yang aneh berlaku. Pak Mardan menampar paha kanan saya sekuat hati.


"Begini saja. Kau dan aku sama-sama melihat air dalam baldi”, bisik Pak Mardan sambil merenung ke wajah datuk.


Dan datuk bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Pak Mardan pada saya. Datuk anggukkan kepala kepada saya dengan maksud supaya mematuhi apa yang diperintahkan Pak Mardan. Saya pun merenung ke arah air di dalam baldi, saya lihat air di dalam baldi bergerak macam air sedang mendidih, mengeluarkan asap tebal macam asap rokok, berlegar-Iegar di permukanan baldi, asap itu naik meninggi dan akhirnya terus hilang. Saya mula terhidu bau hamis, seperti bau darah seekor ayam yang baru disembelih.


Kepala saya terasa pening tetapi saya masih lagi dapat mendengar bunyi hujan yang kian berkurangan diluar. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Dalam samar-samar itu, saya lihat bayangan wajah seorang lelaki yang tidak saya kenali. Dalam keadaan saya terkhayal itu, saya lihat Pak Mardan menepuk air di dalam bilik. Kemudian Pak Mardan menutup permukaan baldi dengan kain putih. Datuk melihat saja dengan apa yang dilakukan oleh Pak Mardan. Halimah mula bergerak dan melepaskan besi kuning yang di genggamnya.


"Kau terlepas dari bahaya Halimah”, kata Pak Mardan dan menyuruh Halimah beredar dari situ.


Hujan berhenti terus. Orang ramai mula membetulkan kain-kain khemah yang jatuh dirempuh angin. Pancaragam dari Taiping diminta meneruskan permainannya kembali. Pak Mardan terus menemui ayah Halimah dan minta meneruskan acara yang telah ditetapkan. Walaupun acara bersanding agak lewat diadakan dari masa yang ditetapkan, orang ramai tidak merasa kecewa malah memuji pihak tuan rumah yang sanggup mengadakan majlis tersebut. Upacara bersanding berjalan dengan penuh kemeriahan.


"Semuanya sudah selamat”, kata datuk pada Pak Mardan yang ketawa kecil melihat pengantin perempuan dan lelaki di atas pelamin.


Bila upacara bersanding selesai, Pak Mardan terus menerpa ke bilik Halimah untuk mengutip paku dan besi yang berserakan.


Malam itu saya dan datuk serta Pak Mardan tidur di masjid. Pada mulanya pihak tuan rumah melarang kami tidur di masjid. Setelah diberitahu oleh Pak Mardan bahawa tindakan itu bukanlah berniat mahu memalukan tuan rumah, tetapi bertujuan menghindarkan sesuatu yang buruk terjadi kalau Pak Mardan masih ada di situ, orang yang berniat jahat terhadap Halimah akan mengulangi perbuatan terkutuknya. Alasan itu, dapat diterima oleh pihak tuan rumah dengan baik.


Banyak perkara yang ditanya oleh datuk pada Pak Mardan berhubung dengan ilmu menahan hujan. Saya lihat datuk cukup berminat belajar sesuatu dari Pak Mardan. Rasa meluat mula datang dalam hati saya terhadap sikap datuk itu. Apa perlunya datuk mencari ilmu lagi? Apakah dia tidak terfikir usianya sudah lanjut? Apakah ilmunya yang ada tidak mencukupi? tanya saya dalam hati sambil menyandarkan badan pada pada tiang seri masjid.


"Saya bukan apa-apa, sekadar mahu tahu saja. Bukankah belajar dan me¬nambahkan ilmu pengetahuan itu memang dituntut oleh agama Islam”, saya terdengar suara datuk agak meninggi.


"Memang”, sahut Pak Mardan.


"Saya teringat tentang Surah Ar-Rahman ayat 33 yang bermaksud lebih kurang begini: Wahai para jin dan manusia! Kalau kamu sanggup me¬nembus sempadan langit dan bumi, maka tembuslah. Kau tak akan sanggup melintasi melainkan dengan kekuatan”, ujar datuk dengan tenang.


Pak Mardan tersenyum seraya berkata, "Maksud kekuatan dari ayat itu ialah ilmu pengetahuan"


"Betul. Tepat sekali cakap awak tu”, sahut datuk.


Kedua-duanya saling tepuk ¬menepuk antara satu sama lain. Melihat dari cara mereka bercakap itu, saya segera membuat kesimpulan antara datuk dan Pak Mardan memang terdapat rasa persefahaman. Tetapi secara tidak langsung antara mereka masih mahu menunjukkan yang diri masing-masing sama-sama tahu. Dan saya kira kalau datuk masih meneruskan sikapnya itu, Pak Mardan tidak begitu mudah mahu melahirkan sesuatu yang dia tahu pada datuk.


Suasana di luar masjid cukup gelap. Suara cengkerik dan katak bersahut-sahutan. Saya merasa kedinginan dan kelopak mata mula rasa agak berat. Dua kali saya men-guap panjang. Barangkali datuk mula sedar bahawa Pak Mardan tergolong dalam golo¬ngan orang yang agak sombong dan membanggakan diri, yang mengakui dirinya tidak begitu pandai tentang hal-hal ilmu dunia.


"Saya ni baru sangat dalam hal ini. Ilmu dunia tidak sebanyak mana, ilmu akhirat lagi kurang, saya masih belajar”, begitu lemah nada suara datuk.


Ekor matanya menjeling ke arah saya dalam sinaran lampu gasolin yang sekejap terang dan sekejap gelap. Mendengar kata-kata datuk itu, Pak Mardan termenung panjang. Dia kerutkan kedua belah keningnya, macam memikirkan sesuatu.


“Saya tidak ada kuasa untuk menahan hujan”, katanya lemah.


"Jadi apa yang awak buat?", sanggah datuk.


"Awak ini macam tak tahu pula, bukankah AIlah berkuasa atas segala-galanya. Saya mohon doa pada Allah minta hujan jangan turun di suatu kawasan"


"Lagi apa yang awak buat?"


"Mengamalkan beberapa petua dari nenek moyang itu saja. Setakat ini permohonan saya diberkati, itu saja yang buat"


Datuk anggukkan kepala mendengar keterangan dari Pak Mardan. Tetapi datuk merasakan Pak Mardan menyembunyikan sesuatu darinya. Kerana itu datuk agak keberatan bila Pak Mardan menyuruh dia baring di atas lantai masjid. Datuk terus melawan dia bercakap hingga Pak Mardan memberitahu datuk yang dia memang menuntut ilmu menahan hujan dari seorang bomoh hujan yang berasal dari Selatan Siam, iaitu di negeri Patani.


"Tiga tahun aku tinggal di sana”, Pak Mardan memberi keterangannya pada datuk.


Menurut Pak Mardan, ayahnya dulu salah seorang pendekar yang terke¬nal di Perak. Berjaya memotong leher pihak lawan dalam perang Larut. Ayahnya telah diberikan 50 ekar tanah sawah oleh Sultan Perak masa itu, sebagai me¬ngenangkan jasanya. Tanah itu dikecualikan dari sebarang cukai. Bila tanah itu bertukar pada dirinya, Pak Mardan menjualkan tanah itu pada seorang jutawan Melayu dari Kuala Kangsar. Hasil wang dari jualan tanah itu, Pak Mardan membeli tanah lain di Kampung Kota. Saya tidak tahu, bagaimana datuk memujuk Pak Mardan hingga dia sanggup memberikan pada datuk beberapa petua dan amalan yang mesti dila¬kukan untuk menahan hujan. Pak Mardan juga memberitahu datuk yang dirinya ada menyimpan ilmu melompat yang dituntutnya dari arwah ayahnya dulu.


"Ilmu tu dinamakan lompat sekayu kain. Masa perang Larut dulu, ilmu itu telah digunakan oleh ayah saya bagi menewaskan pihak lawan”, Pak Mardan tersenyum bangga menceritakan tentang keperwiraan ayahnya.


Datuk mengurut-urut dada. Kemudian dia tersenyum sinis. Pak Mardan kurang senang dengan sikap datuk itu, lalu dia menentang biji mata datuk lama-lama. Datuk juga berbuat demikian. Dari gerakan dan kelipan mata Pak Mardan, datuk dapat membaca pembawa atau peribadi Pak Mardan. Datuk tahu Pak Mardan orangnya pantang dicabar. Kesempatan itu datuk gunakan untuk menguji sejauh mana kebenaran kata-kata Pak Mardan.


"Aku tak yakin kau ada ilmu melompat sekayu kain”, amat lantang suara datuk.


Tiba-tiba saja Pak Mardan bangun. Dia beliakkan mata kearah datuk.


"Awak mahu saya buktikan?"


"Itulah yang sebaiknya?"


"Mari keluar"


Pak Mardan keluar dari masjid. Datuk pun begitu. Saya jadi serba salah. Dalam samar-samar lampu gasolin saya lihat jam tua yang tersangkut di tiang seri. Jarum pendek dan panjang menunjukan ke angka dua belas. Rasa dingin cukup hebat menggigit kulit badan saya. Bibir saya mengeletar. Suara katak dan cengkerik kian bertambah hebat. Datuk menghampiri Pak Mardan dengan tenang.


"Begini saja, sekarang pukul dua belas tepat. Pesan guru saya, tidak baik melakukan sesuatu tepat jam dua belas malam atau siang, banyak buruk dari baiknya”, beritahu datuk pada Pak Mardan.


Nampaknya Pak Mardan tidak membuat sebarang bantahan pada datuk. Sementara menanti jarum jam berganjak dari pukul 12.00 ke pukul 12.02 minit, datuk duduk di kaki tangga masjid. Pak Mardan berdiri di halaman masjid. Dia sudah pun memakai baju hitam dan seluar serta berselepang kain kuning. Dia membelakangi datuk.


"Datuk mahu bergaduh?", tanya saya pada datuk.


"Tidak. Sekedar mahu menguji. Setahu aku seorang pendekar atau pahlawan tidak akan menunjukkan kebolehannya di khalayak ramai. Pahlawan selalu bersikap macam harimau menyimpan kuku”, kata datuk.


Cakap datuk itu memang benar. Sudah setengah jam masa berlalu Pak Mardan tidak juga menunjukkan kebolehan dan kemampuannya. Datuk pun mula bertindak. Dia mencabar Pak Mardan dengan membalingkan sebilah sundang ke arah belakang Pak Mardan. Dalam gelap itu Pak Mardan berjaya menyambar sundang dengan tangan kanannya lalu membalingkan ke arah datuk kembali dan datuk bagaikan kilat menangkap hulu sundang lalu ditikamkan ke batang pisang. Sundang terus melekat di situ.


Saya segera masuk ke masjid dan membawa lampu gasolin keluar. Saya letakkan di atas simen kolah tempat orang mengambil air sembahyang. Cahaya dari gasolin itu menerangi sebahagian daripada halaman masjid. Datuk terus menyerang Pak Mardan. Tujuan datuk berbuat demikian supaya Pak Mardan naik semangat. Tujuan datuk memang berjaya. Pak Mardan lalu membuat serangan balas yang cukup hebat, buah silat yang dilepaskan pada datuk cukup tajam dan cepat.


Datuk terus mengelak dan menepis hingga buah-buah silat yang ditujukan padanya tidak menjamah badan. Datuk lalu mencabut sundang dari batang pisang, menerkam ke arah Pak Mardan. Cepat-cepat Pak Mardan melompat separas kepala datuk lalu menyepak pergelangan tangan datuk dari udara. Pak Mardan tidak berjaya, saya lihat dia bagaikan terapung-apung di udara membuka silat baru, kemudian kakinya menjamah kaki bumi. Saya lihat datuk melepaskan sesuatu macam bola api ke arah kaki kiri Pak Mardan. Dia menjerit lalu melompat melepasi bumbung masjid. Pak Mardan bagaikan terbang di udara.


Tubuhnya nampak bulat macam seketul kayu itu menuju kearah pokok pisang tempat sundang terletak tadi. Lebih kurang dalam jarak empat kaki mahu sampai ke perdu pokok pisang, Pak Mardan hulurkan kaki kanannya. Dari kaki kanannya itu saya lihat keluar cahaya bulat dan memanjang, macam api andang. Saya dengar pekikan dari Pak Mardan cukup lantang, serentak dengan itu terdengar satu letupan kecil.


Saya lihat pokok pisang rebah ke bumi dan terbakar. Dalam beberapa saat saja saya lihat Pak Mardan dan datuk berdakap-dakapan di halaman masjid.


"Jangan menguji saya sampai macam itu. Nasib baik saya dapat arahkan pada perdu pokok pisang, kalau pada awak sudah lain jadinya”, ucap Pak Mardan sambiI menukar baju hitam kepada baju kemeja putih.


"Saya tahu. Saya cuma menguji bukan bergaduh”, balas datuk, "awak bukan calang-calang orang"


"Ah, tiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Macam kau dengan aku ni ada kelebihan dan ada kekurangannya. Yang sempurna dan gagah hanya Allah yang Maha Besar”, sebaik saja mengakhiri cakap itu, lagi sekali Pak Mardan memeluk tubuh datuk.


Kami masuk ke masjid. Ketika saya mahu merebahkan badan di sisi datuk. Pak Mardan menghampiri saya, muka saya direnungnya lama-lama.


"Belajarlah sesuatu dari datuk kamu"


"Datuk kedekut dengan ilmu"


"Betulkah cakap cucu awak ini? Tak patut buat begini”, Pak Mardan mengajukan pertanyaan pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum.


"Tak betul tu. Ada saya curahkan ilmu penjaga diri dan beberapa petua untuknya. Saya rasa itu sudah cukup yang lain tak mustahak. Saya dah pesan gunakan ilmu itu bila ada musuh atau masa terdesak, tidak boleh di gunakan sebarangan”, ternyata penjelasan datuk itu memuaskan hati Pak Mardan.


"Zaman kami muda-muda dulu, kalau tak cukup syarat dengan ilmu di dada kami tidak merantau. Tetapi, anak -anak muda sekarang ini lain pula. Adat budaya dan cakap orang tua-tua di lupakan, sudah mahu merantau. Baru ada ilmu tak sampai sebuku sudah tunjuk pandai”, Pak Mardan macam merungut.


Datuk anggukkan kepala mengiakan cakapnya. Saya menguap lagi, kelopak mata terasa cukup berat. Suara datuk dan Pak Mardan yang sedang bercakap saya dengar kian lama, kian jauh dan akhirnya saya tidak terdengar apa-apa lagi.


"Bangun, bangun”, saya dengar suara datuk meninggi dan badan saya digoncang oleh Pak Mardan.


Saya membuka mata dalam gelap. Lampu gasolin tu sudah lama padam. Rasa marah mula datang dalam hati, bagaimana saya tidak marah, kalau tengah sedap tidur terpaksa bangun.


"Kenapa tok?"


"Bangun, jangan banyak cakap"


Hasrat saya untuk mengajukan pertanyaan mati bila terdengar nada suara datuk begitu keras. Datuk menyuruh saya dan Pak Mardan berpisah. Saya disuruh merangkak ke arah utara masjid, Pak Mardan ke selatan dan datuk sendiri merangkak ke arah pintu masjid.


Suara katak dan cengkerik di luar masjid berambah hebat. Saya mula terdengar deru angin melanggar ranting dan dahan kayu. Dengan tiba-tiba bulu roma saya tegak. Dari tingkap masjid yang terbuka di tolak oleh angin, saya lihat ada api bergerak dalam gelap mengelilingi masjid. Tiba-tiba pintu masjid terbuka dengan lebarnya kemudian terkatup dengan sendirinya, macam ada tenaga manusia menolaknya dari luar.


"Apa hajat?", teriak datuk sekuat hati.


Dan api yang bergerak mengelilingi masjid terus padam.


"Apa hajat?", ulang datuk lagi.


Saya lihat cahaya api itu datang kembali berada betul-betul di luar pintu masjid. Teriakan datuk tidak mendapat jawapan. Pak Mardan tanpa disuruh terus menghidupkan lampu gasolin. Lampu itu dibawa ke pintu masjid. Bila melihat cahaya lampu gasolin itu hati saya mula rasa tenteram. Kerana Pak Mardan sudah berdiri di samping datuk, saya segera menghampiri mereka.


"Kau nampak apa tu?", Pak Mardan menepuk bahu saya.


Dengan pertolongan cahaya lampu gasolin, saya dapat melihat dengan jelas sebatang kayu terpacak di halaman masjid, di hujung kayu bahagian atas terletak tengkorak manusia. Saya pandang wajah datuk. Dia nampak serius, saya pandang wajah Pak Mardan, ada tanda-tanda keresahan dimukanya.


"Datanglah, apa hajat kamu?", pekik datuk lagi dan lampu gasolin terus malap.


Kayu di tengah halaman masjid mengeluarkan cahaya api. Bunyi tapak kaki manusia memijak dahan dan ranting-ranting kering mula kedengaran dari tiap penjuru masjid, saya terasa bagaikan ada beribu manusia yang bergerak di sekeliling masjid. Datuk terus bertafakur lebih kurang lima minit. Bila dia membuka mata, lampu gasolin yang malap bersinar terang. Di halaman masjid terdapat seorang manusia berdiri di sisi kayu yang ada tengkorak.


"lnilah orang yang saya lihat dalam baldi di rumah pengantin tadi”, bisik Pak Mardan pada datuk.


Dengan tenang datuk anggukkan kepala lalu keluar dari masjid. Datuk berdiri berhadapan dengan orang itu. Suara katak dan cengkerik kian hebat. Angin juga mula bertiup agak ganas. Bila angin berhenti bertiup, hujan pun turun menambahkan rasa sejuk pada diri saya. Titik hujan yang halus itu terus menjadi kasar. Pak Mardan segera menarik tangan datuk. Orang yang berdiri dengan kayu itu terus memeluk tubuhnya. Titik-titik hujan tidak mengenai tubuhnya.


"Masuk, orang ini mahu membalas dendam”, beritahu Pak Mardan pada datuk.


Saya lihat datuk termenung sejenak. Dengan tenang datuk memegang kain hitam di kepala. Kain hitam itu dibukanya. Datuk simpulkan kain hitam itu hingga menjadi seketul, macam buku benang.


"Kalau niat kau baik, engkau tidak apa-apa. Tetapi kalau niat kau buruk kau akan binasa”, ujar datuk pada lelaki ditengah halaman dari muka pintu masjid.


Datuk lemparkan kain itu ke arah lelaki tersebut. Bila kain itu jatuh di hujung kaki lelaki itu, kelihatan asap berkepul-kepul naik ke udara. Batang tubuh lelaki itu hilang dalam kepulan asap. Pak Mardan terus duduk lalu membaca beberapa mentera hingga hujan yang mula teduh berhenti sama sekali. Bila kepulan asap itu hilang, tengkorak yang yang berada di hujung kayu jatuh ke atas tanah. Batang tubuh lelaki itu segera bertukar menjadi hitam. Lidah lelaki itu terjujur keluar macam lidah anjing yang kehausan, biji matanya mula merah. Datuk menepuk tangan kanannya tiga kali ke bendul masjid. Orang lelaki di tengah halaman mula batuk dan muntah darah dua kali. Pak Mardan segera mengambil air dari dalam kolah satu gayung dan menyerahkan pada datuk.


"Tawarkan dia”, Pak Mardan menyarankan dan datuk terus menunaikannya.


Setelah datuk membaca sesuatu pada air didalam gayung, saya pula ditugaskan menyimbah air kebadan lelaki itu. Bila air dalam gayung terkena badan lelaki itu, kulitnya yang hitam segera bertukar macam biasa, dia sudah tidak muntah lagi. Pak Mardan menghampiri lelaki itu. Sebelum berdiri di hadapan lelaki tersebut, Pak Mardan terlebih dahulu membaca beberapa mentera. Dia menguncikan semua pancaindera lelaki tersebut. Saya merasa terkejut, bila secara tiba-tiba Pak Mardan mendapatkan datuk semula.


"Awak tengok apa kerja maksiatnya selama ini”, suara Pak Mardan lemah.


Datuk terdiam, dia terus bertafakur lagi. Bila semuanya selesai datuk terus memberitahu Pak Mardan bahawa lelaki itu pernah meminang Halimah untuk dijadikan isteri mudanya. Pinangan itu di tolak oleh ayah Halimah kerana lelaki itu sudah beristeri sepuluh kali. Enam isterinya sudah diceraikan, empat masih dipakainya lagi. Dia hanya mengharapkan hasil dari titik peluh isterinya untuk menyarai dirinya. Dia tidak pernah mahu melakukan sebarang pekerjaan. Dia lebih senang duduk di rumah atau berjalan ke sana ke mari dengan pakaian yang kemas. Walau pun usia sudah hampir lima puluh tahun, tetapi dia kelihatan muda, macam anak teruna yang berusia dua puluhan. Gagah dan tampan. Datuk juga memberitahu Pak Mardan lelaki itu tidak pernah mandi, kecuali kalau dia bertemu danau di tengah hutan yang ada teras kayu terendam di dalamnya. Kalau dia mandi, hanya memadai dengan sekali selam tanpa memakai kain basahan.


Bila air di badannya kering dengan sendiri barulah dia memakai baju dan seluar. Lepas itu, dia akan mengurungkan diri dalam bilik selama satu minggu. Masa dia mengurungkan diri dalam bilik itu dia akan melumurkan seluruh kulitnya dengan najisnya sendiri. Bila Pak Mardan mendapatkan penjelasan itu dari datuk, dia segera berdiri di hadapan lelaki itu.


"Kenapa kau berbuat begitu pada Halimah?", pertanyaan dari Pak Mardan itu, dijawab oleh lelaki itu dalam bahasa yang tidak dapat saya dan datuk faham.


Pak Mardan segera memberitahu datuk yang lelaki itu bercakap dalam bahasa Siam. Kerana Pak Mardan boleh bercakap Siam, lelaki itu terus dilawan bercakap dalam bahasa itu. Perbuatan itu tidak menyenangkan hati datuk. Datuk membuka tapak tangan kirinya dan terus membaca sesuatu.


"Orang ini menuntut ilmu bomoh Siam. Biar saya kembalikan hati dan perasaannya kepada bangsanya sendiri”, rungut datuk lalu melangkah ke arah lelaki itu.


Sebaik saja datuk sampai di hadapan lelaki itu, dia terus menampar perut lelaki itu dengan tapak kanannya. Lelaki itu menjerit lalu membongkok sambil memegang perutnya. Ketika itu juga lelaki tersebut muntah, dari mulutnya terkeluar segumpal kain kuning yang penuh dengan ulat, sebesar ulat nangka, bau kain kuning itu macam bau bangkai. Datuk menekan kain kain kuning itu dengan jari telunjuk kirinya hingga kain itu pecah. Bila kain itu pecah bertaburan, kaca, batu dan ketul-ketul daging jatuh keatas tanah. Ular hidup berserakan atas kawasan muntah orang lelaki itu. Pak Mardan mencari daun kayu lalu memukul tubuh lelaki itu dengan sekuat hatinya. Wajah lelaki yang tampan berubah menjadi kendur dan bergaris-garis macam orang lelaki yang berumur lima puluh tahun. Lelaki itu rebah ke tanah. Datuk segera menghentakkan pangkal siku kirinya ke belakang lelaki itu dengan sekuat hatinya. Lelaki itu dengan tiba-tiba bangun.


"Kau orang Islam?" tanya datuk.


"Ya saya orang Islam"


"Rukun Islam berapa perkara?"


"Lima perkara"


"Pertama apa dia?"


"Mengucap dua kalimah syahadah"


"Cuba kau mengucap dua kalimah syahadah"


Ternyata orang itu tidak dapat menunaikan permintaan datuk. Mata orang itu terkebil. Toleh kiri, toleh kanan macam orang ketakutan. Pak Mardan mengheret lelaki itu ditepi kolah.


"Kita mandikan dia sekarang”, kata Pak Mardan.


"Aku setuju”, balas datuk.


Saya pun menjiruskan air ke tubuh lelaki dengan gayung. Lelaki itu menggeletar. Dalam kedinginan dinihari bibirnya kelihatan biru. Lututnya berlaga sama sendiri. Datuk membuka seluar yang dipakai oleh lelaki itu, digantikan dengan kain dan baju Melayu kepunyaan Pak Mardan. Bila lelaki disuruh masuk ke masjid dia enggan. Perbuatan itu membuat datuk naik darah.


"Kenapa?", tanya datuk.


"Saya sudah bersumpah dengan guru saya. Tidak akan masuk masjid atau membaca Al-Quran"


"Awak mengarut”, datuk mendorong lelaki ke pintu masjid.


Bila lelaki itu melangkah bendul dia jatuh dan dari tubuhnya keluar kepulan asap nipis. Serentak dengan itu terdengar deru angin yang amat kuat diluar masjid. Deru angin itu makin kurang dan akhirnya terus hilang. Datuk terus mengajarkan lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah dan meminta dia bertaubat. Cukup sukar untuk menyuruh lelaki itu bertaubat, dia begitu fanatik dangan ajaran gurunya. Sesudah berbagai pandangan diberikan padanya oleh Pak Mardan barulah dia mahu bertaubat.


"Awak tidak akan membalas dendam pada saya?", tanyanya pada Pak Mardan.


"Tidak. Aku mahu kau bertaubat dan jangan sekali-kali mengulangi perbuatan yang lalu"


Mendengar cakap Pak Mardan lelaki itu terdiam. Walau bagaimanapun, datuk memberikan kesempatan pada lelaki itu membuat keputusan sendiri. Datuk tidak mahu memaksa dia. Datuk mahu dia kembali ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan dan kesedaran. 


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box