SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU

Bila datuk merasakan tidak ada hal-hal yang perlu dilakukannya, dia pun mengajak kami pulang.


"Kalau sesiapa di antara kamu masuk ke dalam hutan dan bertemu dengan pokok yang tumbuh dalam kolam, hati-hatilah menggunakan air dari kolam tersebut”, sambil mengeliat datuk berkata begitu kepada saya.


"Kenapa tuk?"


"Orang tua-tua dulu yang kaya dengan ilmu dunianya, membuang saka ilmu dunia dengan tiga cara, terutama kalau ilmu yang dituntutnya bercanggah dengan ajaran Islam atau ilmu yang dituntutnya akan menjadi ilmu keturunan”, datuk memicit-micit bahu kirinya dengan tapak tangan.


"Ke mana ilmu salah tu dibuang tuk?", soal saya lagi.


Datuk terdiam seketika macam mengingati sesuatu. Dia terus melangkah mencari arah jalan pulang yang harus dilalui. Datuk memilih jalan pulang ikut sebelah kanan bukit, datuk tidak mahu mengikut jalan awal yang telah digunakan tadi. Apa tujuan datuk berbuat demikian, saya tidak dapat meramalkan. Mungkin ada muslihat tertentu fikir saya.


Saya dongak ke langit, matahari sudah berubah kedudukannya. Tiupan angin juga tidak serancak tadi. Mengikut kedudukan matahari, saya kira waktu zohor sudah hampir dan saya dapat menduga bahawa datuk mahu mencari jalan dekat supaya cepat sampai ke rumah. Dia mahu berada di rumah sebelum waktu zohor berakhir.


"Tempat yang dipilih ialah Kuala Sungai yang bertemu dengan laut, dan ketiga seperti yang aku lakukan tadi”, secara mendadak datuk menjawab pertanyaan saya yang terputus tadi.


Jawapan yang saya nantikan tu datuk berikan ketika saya bergayut pada sebatang pokok untuk turun dari puncak bukit. Saya tersenyum sendirian, dengan sikap datuk. Kenapa untuk menjawab pertanyaan yang mudah itu mesti memakan masa yang agak lama. Saya rasa menuruni bukit lebih sukar dari mendakinya. Sebabnya, ketika menuruni bukit kita harus pandai mengimbangi badan, kalau kurang pandai boleh membuat kita terlajak ke depan yang boleh menyebabkan kita terlanggar batu atau pokok. Anehnya kesukaran yang saya hadapi itu, tidak menjadi masalah buat datuk. Dia boleh berjalan dengan cepatnya. 


Akhirnya, kami sampai ke kaki bukit. Perjalanan seterusnya tidaklah berapa sukar. Tetapi, sendi kedua belah kaki saya mula berasa sengal dan sakit-sakit.


"Hati-hati minum air kolam yang ada pokok tumbuh di dalamnya, mana tahu kalau pokok itu dijadikan penekan ibu ilmu salah, kalau orang yang membuang ilmu bisa itu tidak menawarnya akan membawa padah pada orang yang meminumnya”, datuk mengingatkan saya dan Dumba, ketika itu kami sudah agak jauh meninggalkan bukit yang telah kami daki tadi.


Suara kenderaan mula terdengar sayup-sayup menendang gegendang telinga. Langkah saya terus rancak, kalau diturutkan hati mahu saja saya berlari supaya segera sampai ke tepi jalanraya. Rupanya langkah saya yang rancak dan bersemangat itu tidak boleh dilanjutkan lagi. Ada sesuatu yang menghalangnya. Datuk menyuruh saya dan Dumba berlindung di balik pokok besar. Tindakan datuk itu amat mengejutkan. Wajahnya kelihatan cemas sedikit. Dari balik pokok besar saya dan Dumba melihat dengan teliti tingkah laku datuk yang berdiri di kawasan yang agak lapang itu. Datuk meletakkan tangan kanannya ke cuping telinga kiri, macam mendengar sesuatu. Datuk melangkah dua tapak arah ke kanan. Berhenti di situ sambil merenung dedaun pokok yang bergoyang di kiri kanannya kerana dirempuh angin.


"Silakan, kalau masih sangsi”, suara datuk cukup lantang.


Saya tidak tahu kepada siapa kata-kata itu ditujukan oleh datuk. Dumba renung muka saya dengan penuh rasa ragu dan bimbang. Saya cuma tersenyum saja. Tetapi, mata saya tetap tertumpu ke arah datuk. Saya Iihat, datuk menapak dua langkah ke kiri pula, berhenti di situ dengan tenang. Macam menanti sesuatu. Siapakah yang datuk tunggu dan nanti dalam hutan begini, kata hati saya.


"Silakan”, ulang datuk lagi.


"Ya, aku datang dan bertemu lagi dengan kau”, terdengar suara dari arah kanan datuk.


Saya terkejut, apa yang saya lihat ialah batang tubuh Mahyuddin, berdiri sambil memeluk tubuh. Mahyuddin memintas di depan datuk. Berdiri berdepan dengan datuk sambiI memeluk tubuh. Gerak-gerinya cukup pantas, macam orang muda yang berusia tiga puluhan. Sinar matanya cukup garang. Tidak terpamer segaris senyum pun di wajahnya. Keadaan yang saya lihat itu amat membimbangkan.


Pertemuan datuk dengan Mahyuddin kali ini bukanlah pertemuan seorang sahabat dengan sahabat, tetapi pertemuan dua orang musuh yang sudah lama menaruh dendam. Saya berdoa pada Allah, semoga Allah yang Maha Besar akan membiarkan kesabaran pada datuk, mudah-mudahan datuk tidak akan bertindak liar. Saya tidak mahu datuk menjadi mangsa Mahyuddin. Rupanya, doa saya diperkenankan oleh Allah.


Datuk kelihatan cukup tenang, meskipun Mahyuddin bersikap agak kasar dengan tujuan menaikkan rasa marah dan geram di hati datuk. Semuanya tidak mendatangkan kesan, datuk tetap berlembut dan sabar. Tindakan datuk itu memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan penakut. Satu hal yang pasti, meskipun datuk mengalah dia tetap berjaga-jaga. Setiap langkah Mahyuddin bagaikan sudah dibacanya terlebih dahulu.


"Kau bersubahat, kau melindungi Dumba manusia pembunuh”, kata Mahyuddin dengan nada suara yang keras. Badannya kelihatan mengeletar, matanya bertambah merah.


"Nanti dulu, biar aku terangkan keadaan sebenarnya."


"Sudah, kau menyimpan ibu santau itu di sini."


"Tidak Mahyuddin, kau silap."


"Sudah, jangan berdusta. Manusia pura-pura, kau munafik."


"Mahyuddin dengar dulu."


"Sudah”


Mata Mahyuddin mula menentang biji mala datuk untuk beberapa saat dengan harapan untuk menewaskan datuk. Usaha itu gagal, datuk masih macam keadaan biasa, masih mampu melahirkan senyum untuk Mahyuddin.


"Biarkan aku selesaikan Dumba di sini, jangan kau lindungi dia, kalau kau berkeras buruk padahnya", Mahyuddin melahirkan cita-citanya yang sebenar tanpa selindung¬-selindung lagi.


Datuk meraba dahi luasnya berkali-kali. Memang datuk berada dalam saat-saat yang paling genting sekali. Andainya datuk tersalah langkah atau tersilap cakap, dirinya akan terjerat. Datuk terus duduk bersila atas tanah. Saya kira, tindakan datuk tidak kena pada tempatnya. Dia seolah-olah menyerah nyawanya pada Mahyuddin, betapa tidak dengan sekali terkam bersama parang di lengan, Ieher datuk akan pulus.


Anehnya, Mahyuddin tidak menyerang datuk. Dia membiarkan datuk duduk dengan aman di atas tanah. Mungkin Mahyuddin berpendapat bukanlah langkah atau prinsip seorang pcndekar menyerang orang yang tidak melawan. Kemenangan yang diperolehi secara itu bukanlah satu kemenangan yang terpuji tetapi, satu kemenangan yang keji. .


Datuk masih lagi duduk bersila, perasaannya berperang sama sendiri, apakah wajar dia menyerahkan Dumba pada Mahyuddin begitu saja? Memang, kalau dia mahu mencari jalan senang, serahkan Dumba pada Mahyuddin habis perkara, mereka tidak bermusuh. Tetapi, cara itu bukanlah satu cara yang baik. Apalah untungnya menyerahkan orang yang sudah insaf atas perbuatannya yang lalu pada musuh ketatnya.


Membunuh manusia yang seagama kerana dendam bukanlah ajaran agama Islam. Orang yang sudah insaf itu harus diberikan kesempatan membetulkan dirinya. Siapa tahu, orang yang sudah insaf atas perbuatannya akan menjadi manusia yang baik dan berguna pada bangsa dan agama. Semua persoalan itu menghantui diri datuk. Dia harus memberi satu keputusan yang tegas. Dia juga harus menanggung sebarang akibat dari keputusan yang dibuatnya.


Tiba-tiba datuk melompat dan berdiri kembali. Kali ini tidak ada senyum yang terpancar di wajahnya. Datuk kelihatan begitu serius merenung wajah Mahyuddin.


"Tidak, Dumba dalam perlindungan aku, dia harus diberi kesempatan membetulkan dirinya”, kata datuk sambil melipat lengan bajunya hingga ke paras siku. Mahyuddin kelihatan tergamam dengan tindakan datuk itu.


"Tak apa”, balas Mahyuddin, dia mula mengangkat kedua belah tangannya ke depan. Sepasang kakinya mula bergerak memijak pokok-pokok kecil.


Mahyuddin kelihatan menggigil dan wajahnya nampak merah. Mahyuddin sudah naik angin, kemarahannya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dia membuka silat sambil mematah-matahkan pokok-pokok yang tumbuh liar di kiri kanannya. Melihat rentak dan bunga silat yang dihasilkan oleh Mahyuddin itu, datuk menduga Mahyuddin bukan orang sebarangan, ilmu silat alau pendekar yang ada pada dirinya melambangkan yang dirinya memiliki ilmu kelas tinggi di dalam salah satu aliran silat.


Datuk membiarkan Mahyuddin membuka rentak dan langkah silat dengan tujuan membaca kepandaian yang dimiliki oleh Mahyuddin.


"Aku tahu sekarang, dia membawa aliran silat harimau yang disebut Cilek Babiat oleh orang-orang Mendailing (Mandailing)”, bisik hati kecil datuk, datuk bersedia unluk mengelakkan diri dari serangan Mahyuddin.


Datuk tahu benar, silat jenis itu hanya terdapat di kalangan masyarakat Mendailing saja. Bukan satu perkara yang mudah untuk sampai ke taraf pendekar dalam jurusan ilmu silat Cilek Babiat, banyak rintangan dan dugaan yang harus dilalui. Datuk melangkah ke kanan dengan kedua belah tangannya berkembang di bahagian paras dada. Kaki kanannya bergerak ke depan dalam keadaan yang tidak lurus, begitu juga dengan kaki kirinya yang bertugas sebagai tupang (penyokong) pada kaki kanannya.


Gerakan datuk begitu hati-hati sekali. Dalam saat yang sama juga datuk cuba mengunci dan mematikan langkah Mahyuddin secara batin. Usaha datuk itu gagal sama sekali. Datuk mula merasakan semua usaha yang dilakukannya tidak menjadi. Datuk berada di dalam keadaan yang agak sukar. Sebagai manusia yang tidak mengenal erti putus asa datuk terus berusaha sambil berdoa, supaya segala usahanya, itu direstui Allah. Datuk tidak mahu menyerahkan begitu saja pada Mahyuddin.


Datuk juga sedar, orang-orang yang tinggi pengetahuannya, dalam ilmu silat Cilek Babiat (silat harimau) dalam waktu tertentu akan bertukar menjadi seekor harimau yang ganas. Datuk tahu, Mahyuddin boleh melakukan perkara demikian sekiranya dia terdesak.


"Sebelum terjadi, aku mesti hati-hati, cara yang paling baik menimbulkan kemarahannya supaya dia jadi harimau”, datuk membuat keputusan dengan langkah silatnya yang teratur itu.


Sambil mempertahankan diri, datuk terus mencari akal bagaimana mahu menimbulkan kemarahan yang meluap-¬luap dalam diri Mahyuddin. Datuk terus mendongakkan kepalanya ke langit melihat matahari yang kedudukannya sudah agak condong ke barat. Angin juga bertiup dalam keadaan yang lemah. Kerana kedudukan matahari sudah condong membuat pokok-pokok atau manusia yang kena panahan matahari mencipta bayang-bayang di bumi.


Sumpahan atau pantang pada orang-orang yang menuntut ilmu silat Cilek Babiat atau silat harimau bila pihak musuh menindih bayangnya. Datuk tahu benar tentang pantang larang itu, dia mahu mengambil kesempatan dari pantang-larang itu. Di bawah hembusan angin hutan yang lemah itu, datuk melompat dan menerkam ke arah Mahyuddin hingga bayang-¬bayang datuk dapat menindih bayang-bayang Mahyuddin. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, datuk menyeru nama Dumba dan menyuruhnya keluar dari tempat persembunyiannya. Dumba meluru keluar.


"Awak mencabar saya”, kata Mahyuddin dengan nada suara yang cukup keras.


Dia melompat, semua tumbuh¬-tumbuhan yang terdapat di sekeliling ditendang hingga tercabut. Kali ini Mahyuddin tidak menyerang datuk. Dia hanya berdiri sambiI membuka sepuluh jari tangannya. Badan Mahyuddin mengeletar, sepuluh jari tangannya bergoyang.


"Dumba, kembali ke tempat kamu”, kata datuk. Dumba segera bersembunyi. Mahyuddin membongkokkan badannya, sambil bergerak dalam langkah silat yang teratur, sepasang matanya yang tajam dan merah tetap merenung muka datuk.


"Eeee hemmmm ... “, jerit Mahyuddin dan datuk saya lihat tersandar di perdu pokok besar, seolah-olah bahagian dadanya ditendang oleh sesuatu. Datuk terus bertahan di situ. Gerak kaki datuk terasa amat lemah. Mahyuddin dengan perlahan-lahan rapat ke arah datuk sambil mengembangkan sepuluh jari tangannya.


Jejari itu bergerak-gerak bagaikan mahu mengoyak kulit dada datuk yang tersandar di perdu pokok besar itu. Datuk masih lagi bertenang. Mata datuk tetap mengawasi langkah kaki Mahyuddin yang bergerak setapak dalam langkah silat harimau.


Tiba-tiba Mahyuddin memberhentikan gerakan langkahnya. Dia merenung muka datuk dengan tepat sekali. Datuk terus menentang mata Mahyuddin yang kelihatan berkaca-kaca bersama-sama dengan urat mata yang merah. Datuk kelihatan seperti orang lemas. Mahyuddin terus merendahkan badannya, kemudian bangun secara perlahan-lahan, ketika itu saya mula nampak perubahan yang aneh terjadi pada diri Mahyuddin, terutama bentuk wajah dan kepalanya bertukar seakan-akan wajah harimau.


Bulu yang halus berwarna merah kekuning-kuningan tumbuh di wajahnya. Ramhutnya juga berwarna demikian. Bulu yang berwarna merah kekuning-kuningan itu terus merayap ke leher, ke lengan hingga ke seluruh badannya. Bentuk asal Mahyuddin sudah hilang sama sekali. Dari hujung sepuluh jari tangannya muncul kuku tajam yang meruncing, macam kuku harimau, kekuatan Mahyuddin juga kelihatan bertambah seperti kekuatan seekor harimau jantan. Saya mengurut dada beberapa kali, kasihan melihat datuk yang tidak boleh bergerak itu, sebenarnya datuk masih boleh meninggalkan perdu pokok besar itu jika dia mahu berbuat demikian.


Anehnya, kenapa datuk tidak mahu menyelamatkan dirinya yang berada dalam bahaya itu? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Dalam kepayahan itu, saya lihat datuk tidak mengalihkan wajah dan matanya dari merenung wajah Mahyuddin yang bertubuh harimau itu. Mulut datuk kelihatan bergerak-gerak, tentunya datuk membaca sesuatu. Mahyuddin yang sudah menjadi harimau itu terus marah sambil cuba mencakar wajah datuk.


Saya terkejut, Mahyuddin berhenti merapati datuk. Dia terpaku di situ, sinar matanya yang garang tiba-tiba menjadi layu. Walaupun Mahyuddin tidak melangkah, mata datuk tetap merenung wajah Mahyuddin yang kelihatan mula bertukar kepada wajah asalnya. Mahyuddin terpacak di situ dengan nafas yang tercungap-cungap.


Bila datuk merasakan yang dirinya berada dalam keadaan selamat, barulah datuk bergerak dari pangkal pokok besar itu. Datuk terus menghampiri Mahyuddin. Datuk hulurkan tangan sambil berselawat sebanyak tiga kali. Huluran tangan datuk itu disambut oleh Mahyuddin. Masa berjabat tangan itu datuk dan Mahyuddin mengucapkan dua kalimat syahadah dengan jelas.


"Kita orang Islam, tidak ada permusuhan dan dendam sesama orang Islam. Setiap orang Islam adalah bersaudara, bila dua orang Islam bergaduh, tempatnya ialah neraka sama ada yang membunuh atau terbunuh”, dengan mendadak Mahyuddin bersuara, tekanan suaranya agak Iemah kepenatan.


Saya lihat Mahyuddin seperti mengalami sesuatu, dia kelihatan susah bernafas macam orang keIemasan. Mahyuddin terus duduk atas tanah.


"Bertenang Mahyuddin, hilangkan perasaan marah kamu yang masih ada sisanya dalam hati”, kata datuk.


"Ya, aku sedang berusaha kearah itu. Aku sedang berikhtiar untuk mengembalikan seluruh semangat aku seperti sediakala."


"Baguslah, aku tahu orang-orang yang menuntut ilmu silat harimau ke peringkat tinggi akan menjadi manusia harimau bila dilanda marah yang amat sangat atau dirinya terancam.


"Aku kira kesalahan aku boleh kau maafkan”, nada suara datuk cukup lembut, macam jejaka kacak memujuk dara pujaan hati yang tersinggung.


"Aku maafkan”, jawab Mahyuddin pendek. Datuk memanggil saya dan Dumba. Kami pun keluar dari tempat persembunyian. Datuk suruh Dumba duduk sebelah Mahyuddin. Pada mulanya Dumba agak keberatan mematuhi cakap datuk itu. Dumba masih ragu-ragu dengan kejujuran dan keikhlasan hati Mahyuddin. Setelah datuk paksa, barulah Dumba duduk dekat Mahyuddin. Rasa bimbang segera lari dari hati Dumba bila Mahyuddin menghulurkan tangan padanya sambil membaca selawat. Saya terus merenung Mahyuddin dengan rasa kagum atas kebolehan yang ada pada dirinya. Tidak hairanlah, dia baleh menewaskan tentera Jepun dengan mudah.


"Maafkan saya Mahyuddin, saya nak bertanya sedikit”, datuk renung muka Mahyuddin.


"Sila sahabat."


"Awak bukan orang Bangkahulu sejati?"


"Mana sahabat tau?"


"Biasanya ilmu silat Cilek Babiat diamalkan orang-orang dari daerah Mahyuddin, Sumatera.


"Tepat sekali, saya dilahir dan dibesarkan di Kampung Hutabargot, kemudian merantau ke Bangkahulu. Di tempat asal saya memelihara dan menunggang harimau bukanlah satu hal yang aneh, sudah jadi perkara biasa”, Mahyuddin menerangkan pada datuk dengan wajah yang berseri-seri.


Saya dan Dumba berpandangan. Datuk mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Beberapa helai rambut tua lekat di jari datuk. Rambut itu berterbangan menuju ke arah selatan. Sinar matahari kian meredup, dan rasa panas di tubuh mula berkurangan.


"Orang-orang Mendailing di tempat asal saya menyebut harimau sebagai Na Betengi yang bermaksud yang kuat perkasa”, tokok Mahyuddin lagi. Datuk anggukkan kepala.


Saya bangun dan mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh. Saya duduk kembali.


"Walaupun harimau dimuliakan, tetapi martabat harimau jauh Iebih rendah, dibandingkan dengan martabat mannsia. Harimau tidak kuat menentang muka manusia, kerana itu harimau menyerang manusia dari belakang”


Saya lihat air muka Mahyuddin berubah, dia terkejut mendengar cakap datuk tadi. Kemudian dia tersenyum tenang.


"Sahabat tahu kunci dan kelemahan ilmu silat saya, sebab itu sahabat menentang muka saya ketika berlawan, saya yakin sahabat mempunyai pengetahuan yang luas tentang asal-usul harimau. Sahabat orang Mendailing?", begitu ghairah Mahyuddin bersuara, dia terus berubah tempat, duduk bertentang muka dengan datuk.


"Saya berasal dari Jambi. Barangkali datuk nenek saya berasal dari tempat yang sama dengan awak”, pendek datuk menjawab.


"Tahu asal-usul harimau?"


"Tahu."


"Apa dia?"


"Harimau makhluk Allah sama seperti manusia. Tetapi manusia itu dijadikan oleh Allah sebaik-baik kejadian, ini kelebihan manusia”, datuk menyapu peluh yang tumbuh di dahi dengan telapak tangan kanannya. Mahyuddin terdiam. Kemudian tanpa diminta oleh sesiapa, datuk terus memperkatakan tentang martabat manusia, dari segi martabatnya manusia terletak di tengah-tengah antara martabat binatang dan martabat malaikat. Dari segi keperluan makanan dan keturunan, manusia adalah dianggap sebagai tumbuhan.


Dari segi bergerak dan merasa mengikut pilihan, manusia dianggap sebagai binatang. Dari segi rupa dan bentuk, manusia seperti gambar yang terukir. Tetapi, keistimewaan manusia ialah mengetahui tentang hakikat benda-benda. Manusia yang menggunakan seluruh anggota dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan beramal, adalah serupa dengan malaikat.


Semua pendapat yang datuk bentang itu berdasarkan pembacaan dari kitab-kitab agama terutama karya Imam¬ AI-Ghazali. Tidak ada di antara kami yang ingin bertanya berhubung dengan perkara yang dihuraikan oleh datuk itu. Masing¬-masing terpegun, macam kena pukau.


“Tahukah kamu, Saiyidatuna Aisyah telah meriwayatkan Sabda Rasullullah yang bermaksud lebih kurang begini: Manusia itu kedua matanya sebagai petunjuk, kedua telinganya sebagai corong, lidahnya sebagai jurubahasa, kedua tangannya sebagai sayap, kedua kakinya sebagai pembawa utusan dan hatinya sebagai raja. Jika raja itu baik, maka baiklah tentera-tenteranya”, sambung datuk lagi sambil bangun.


Datuk merenung ke arah Mahyuddin dan Dumba yang sedang meraba-raba dagu masing-masing. Datuk mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh.


"Aku harap, jangan ada di antara kamu yang bertanya perbezaan martabat binatang dengan manusia”, tambah datuk.


Kemudian datuk mencadangkan supaya kami pulang ke rumah. Cadangan datuk itu tidak mendapat sebarang bangkangan. Kami pun mula menapak meninggalkan kawasan tersebut. Satu perkara yang amat menyenangkan hati saya dalam perjalanan pulang atas sikap ramah yang diperlihatkan oleh Mahyuddin. Dia terus bercerita tentang manusia dan harimau.


"Di tempat saya, orang-orang yang memelihara harimau ataupun manusia harimau ataupun dikira sebagai manusia yang berilmu tinggi, biasanya tidak banyak cakap, selalu merendah diri”, kata Mahyuddin memulakan kisahnya dibawah sinar matahari yang tidak berapa garang.


Saya berusaha dengan seboleh-bolehnya supaya berada dekatnya untuk mendengar cerita. Akibat terlalu ghairah mahu mendengar cerita dari Mahyuddin saya terlanggarkan batang buruk hingga terjatuh dua tiga kali. Datuk tersenyurn saja melihat telatah saya yang agak lucu itu. Semua pokok-pokok kecil saya langgar tanpa menghitung atau mengira yang diri saya akan sakit dibidas oleh pokok-¬pokok yang saya rempuh itu.


Menurut Mahyuddin untuk memelihara harimau atau menjadi manusia harimau seseorang itu mesti bertapa selama berbulan-bulan di dalam hutan.


"Setelah bertapa berbulan-bulan, berjaya mengatasi segala cubaan dan dugaan, seekor harimau akan mendekati si pertapa dan menyerahkan diri. Harimau itu terus ditunggangnya hingga sampai kekampung”, kata Mahyuddin sambil melompat parit kecil di depan.


Datuk tidak pula menyoal mahu bertanya sesuatu ketika Mahyuddin bercerita. Datuk hanya mendengar sambiI melangkah dengan tenang. Dumba pula begitu berminat mendengar cerita Mahyuddin. Kalau boleh dia mahu Mahyuddin terus bercerita tanpa berhenti-henti.


"Susah tak pelihara harimau?", saya menyoal cara mendadak.


"Memelihara harimau berbeza dengan memelihara kambing atau kerbau, memelihara harimau secara sembunyi-sembunyi. Harimau yang dipelihara hidup bebas dalam hutan. Bila kita perlukan panggil saja, pasti dia tiba."


"Faedahnya yang kita perolehi darinya?"


"Boleh dijadikan kawan, boleh disuruh menangkap ikan, menjaga rumah dan naik atas belakang”, Mahyuddin ketawa sambil menepuk-nepuk bahu saya.


"Perkara yang jelas, setiap pemelihara harimau tidak mempunyai tujuan jahat. Lagi apa yang mahu kau tanya pada aku, hai cucu seorang sahabat”, Mahyuddin berhenti berjalan, dia merenung wajah saya sambil berkata: "Kau mahu jadi manusia harimau?"


"Tak mahu."


Serentak dengan itu saya terdengar suara datuk dan Dumba ketawa panjang. Bagi menghilangkan rasa malu, saya buat-¬buat ketawa. Akhirnya kami sampai ke tepi jalanraya. Kami berhenti di situ buat beberapa minit. Sebenarnya, saya masih belum puas hati dengan apa yang saya tanyakan pada Mahyuddin. Masih ada lagi soalan-soalan yang mahu saya hadapkan padanya.


"Cukuplah kita berehat, mari kita melangkah”, datuk mengeluarkan perintah. Dan perintah itu kami patuhi. SambiI berjalan saya terus bertanya dengan Mahyuddin secara perlahan-Iahan. Apakah ilmu memelihara harimau atau silat harimau dapat diwariskan pada orang lain?


"Ada yang boleh, ada yang tidak”, bisik Mahyuddin.


"Macam mana begitu?"


"Mengikut cara ilmu itu diperolehi ketika menuntut. Kalau sudah berjanji mahu mewariskan pada orang lain bolehlah diwariskan, kalau tidak maka tak boleh."


"Begitu."


"Jadi manusia harimau pula macam mana?"


"Lagi susah, kena menuntut."


Tiba-tiba datuk menepuk bahu saya dari belakang. Dengan kasar dia memisahkan saya dengan Mahyuddin. Rupa-rupanya datuk kurang senang dengan sikap saya itu.


"Tamar, apa yang kau tanyakan itu tak berfaedah untuk diri kamu, kamu tidak mustahak mengetahui semuanya itu”, suara datuk keras. Saya terdiam. Mahyuddin tersenyum merenung arah datuk.


"Biar saya terangkan sahabat. Cucu sahabat bertanya tentang manusia harimau. Untuk jadi manusia harimau harus belajar silat harimau sampai ke peringkat paling tinggi. Itu saja yang mahu saya jelaskan padanya”, kata Mahyuddin pada datuk.


"Jangan layan sangat cucu saya tu. Dia tu kadang-kadang melalut tak tentu pasal."


"Tak apa, dia sekadar bertanya”, Mahyuddin segera menarik saya ke depan. Saya dan Mahyuddin berjalan bersaingan.


Datuk berjalan di belakang kami. Saya merasa bertuah kerana datuk tidak menolak permintaan Mahyuddin.


"Di kampung asal saya memang ada orang yang mewariskan harimau perliharaan umpamanya dari ayah ke anak hingga ke cucu-cicitnya. Kerana itu di kawasan kebun penduduk di sana selalu ditemui harimau yang sudah tua berkeliaran dengan keadaan kakinya yang pincang. Itulah harimau yang di wariskan dari ayah ke anak atau cucu”, saya amat puas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mahyuddin itu.


Lepas itu, saya tidak lagi mengajukan apa-apa pertanyaan pada Mahyuddin, malah memisahkan diri darinya. Saya lebih senang berjalan bersaingan dengan Dumba di belakang. Biarlah datuk dengan Mahyuddin di hadapan.


Akhirnya, kami sampai ke tempat asal. Dumba berpisah dengan kami. Dia menuju ke kedainya. Saya, datuk dan Mahyuddin terus menuju ke masjid. Kami menunaikan sembahyang Asar, kemudian baru mengqada sembahyang Zohor yang tertinggal.


"Mari kerumah saya”, bisik Mahyuddin pada datuk setelah menunaikan kerja yang wajib. Datuk terdiam, matanya merenung ke arah saya yang duduk bersandar di dinding masjid.


"Apa halnya? Dah petang begini saya malas nak bergerak ke mana-mana, niat hati tu nak balik saja ke kampung”, balas datuk.


"Ada hal yang mahu saya bincangkan dengan awak?"


"Bincang apa? Awak dengan Dumba sudah elok."


"Ada hal lain, marilah."


Datuk termenung panjang, macam memikirkan sesuatu. Perasaannya berbalah sama sendiri, sama ada dia mahu menunaikan permintaan Mahyuddin atau tidak. Datuk terus melangkah menuju ke pintu masjid dengan diikuti oleh Mahyuddin. Mereka berhenti di situ, merenung ke halaman masjid yang lapang. Mereka tidak bercakap walau sepatah apa pun.


Akhirnya, datuk dan saya serta Mahyuddin berdiri di halaman masjid. Saya terasa lapang kerana angin petang yang bertiup waktu itu memberikan rasa segar pada diri saya.


"Macam mana? Boleh pergi ke rumah saya?"


"Boleh”, balas datuk.


Saya lihat wajah Mahyuddin cukup riang. Dia terus menepuk-nepuk bahu datuk beberapa kali. Kemudian dia jadi kepala jalan membawa kami ke rumahnya.


Bila saya dan datuk masuk ke rumahnya, saya dapati sudah ada hidangan ringan untuk makan petang tersedia di ruang tengah. Siapakah yang menyediakan semuanya itu? Apakah hidangan itu dihantar oleh harimau peliharaan Mahyuddin? Timbul pertanyaan dalam hati saya. Saya terus duduk bersila menghadapi hidangan yang tersedia.


"Minumlah”, pelawa Mahyuddin. Datuk anggukkan kepala tanpa menyentuh cawan yang diisi dengan air teh panas. Bila datuk enggan meminum teh yang tersedia, Mahyuddin terus bertindak dengan meminumnya terlebih dahulu dan Mahyuddin yakin dengan perbuatannya itu akan menyakinkan hati datuk bahawa air teh yang tersedia tidak mengandungi racun.


"Kita tahu air teh ini bersih. Jangan ragu dengan kejujuran saya, tapi saya tidak berapa gemar minum teh sebelah petang”, kata datuk.


Mahyuddin tersenyum sambil menghulurkan cawan teh kepada saya, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, air teh itu terus saya hirup.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box