SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH

Baru dua langkah datuk mengatur tapak, saya terpandangkan cahaya api yang kuat. Cahaya itu kelihatan bergerak menuju ke masjid. Perasaan saya jadi cemas.


"Ada orang bawa suluh datang ke sini tuk”, kata saya memberitahu datuk. Dan datuk segera membatalkan niatnya menuju ke arah benda jatuh. Dia patah balik dan berdiri dekat saya di ambang pintu masjid. Tiada rasa cemas dan bimbang terpamer di wajahnya.


"Tamar"


"Ya tuk"


"Yang kau tengok tu bukannya suluh."


"Kalau bukan suluh, apa dia tuk?"


"Itu disebut andang yang dibuat dari daun kelapa."


"Hum, saya tak tahu tuk."


"Kalau tak tahu belajar, orang Melayu kaya dengan bahasa, setiap benda ada nama dan gelarannya."


"Huh..”, satu keluhan terpancut dari mulut saya.


Dalam saat-saat cemas begitu, datuk masih mahu memperkenalkan saya dengan benda-benda yang baru. Saya mula terasa yang diri saya ini, terlalu miskin dengan perbendaharaan kata-kata bahasa sendiri. Mata saya masih lagi terpaku pada andang daun kelapa. Bunga-bunga api yang dicipta oleh andang tersebut kelihatan berterbangan di udara, sebelum jatuh ke bumi. Satu pemandangan yang amat menarik dan cantik bagi saya. Cahaya api itu, kian lama kian hampir ke masjid.


"Sahabat, saya datang”, dada saya terasa lapang. Saya kenal dengan suara itu. Datuk renung muka saya. Api andang daun kelapa pun padam. Dengan tenang Mahyuddin melangkah menghampiri saya dan datuk. Wajahnya nampak tenang.


"Kenapa lambat'!"


"Mencari benda yang mahu saya serahkan pada awak. Benda itu hilang dari tempat simpanannya”, suara Mahyuddin penuh kesal.


Datuk terus menepuk-nepuk bahu Mahyuddin beberapa kali. Mahyuddin seluk baju cekak musang yang dipakainya. Dia mengeluarkan sekotak mancis cap kuda terbang. Mahyuddin terus membakar sumbu pelita minyak tanah yang dibawanya. Sebahagian daripada ruang masjid terang benderang dilingkari oleh cahaya lampu minyak tanah. Saya merenung ke luar, tidak ada satu benda pun yang dapat saya lihat, suasananya gelap. Datuk dan Mahyuddin sandarkan badan ke dinding masjid. Masing-masing merenung api di sumbu pelita minyak tanah yang terlentuk-lentuk ke kiri dan ke kanan mengikut hembusan angin malam. Suara cengkerik jelas kedengaran.


“Tadi ada benda jatuh dalam masjid, baru mula nak cari, awak dah datang”, ujar datuk seraya menggosok-gosok pangkal hidungnya.


"Apa bendanya sahabat?"


"Entah, saya pun tak tahu, pinjam pelita sekejap biar saya cari apa bendanya."


"Itu memang elok, kalau yang jatuh tu benda tak bernyawa tak apalah, tetapi kalau benda bernyawa seperti ular atau lain-¬lain, bahaya kita dibuatnya."


"Betul cakap awak”, balas datuk.


Saya renung kiri kanan, memang seram bila Mahyuddin menyebut perkataan 'ular' bulu tengkuk saya berdiri dengan sendiri. Saya dapat membayangkan kalau benar ular jatuh tengah masjid, pasti bukan ular sembarangan, mungkin ular jadi-jadian. Saya terus melompat dan duduk di sisi Mahyuddin.


"Kau takut?" Tanyanya pada saya.


"Tidak”, balas saya sambil menegakkan dada.


Tunjuk berani tetapi, hati tetap berdebar. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Kepala lutut saya yang bertemu dengan kepala lutut Mahyuddin menggeletar, membuat Mahyuddin tersenyum sinis pada saya. Dengan cahaya pelita minyak tanah di tangan, datuk terus berarak menuju ke arah sebelah kanan masjid. Datuk yakin di situlah benda ganjil ilu jatuh. Saya dan Mahyuddin hanya melihat segala gerak-geri datuk.


"Keris”, jerit datuk.


Saya dan Mahyuddin segera menghampirinya. Sebilah keris terdampar atas lantai masjid. Hulunya diperbuat dari tanduk dalam bentuk muncung dan paruh burung helang. Sarungnya diperbuat dari kayu jenis keras. Bila terkena cahaya pelita, sarung dan hulu keris kelihatan bersinar·sinar. Datuk tidak berani menjamah keris tersebut, kerana hulu keris mengeluarkan asap nipis yang memanjang ke atas, bentuk asap itu kelihatan berliku-liku. Bila asap itu hilang, keris tersebut kelihatan bergerak sendiri dalam sarungnya, macam mahu keluar. Dengan tenang Mahyuddin menjamah keris tersebut. Kemudian membalutkan badan keris itu dengan kain kuning yang dikeluarkan dari saku seluarnya. Keris itu diletakkan kembali atas lantai dan Mahyuddin terus duduk bersila di depan keris. Dia kelihatan macam orang bertafakur.


"Inilah yang mahu saya berikan pada sahabat, belum pun sempat saya bertindak dia dah terbang mencari sahabat”, ujar Mahyuddin sambil merenung wajah datuk.


Beberapa saat kemudian, saya lihat Mahyuddin menatang keris itu untuk diserahkan pada datuk. Tetapi, datuk enggan menerimanya. Mahyuddin terpaksa meletakkan kembali atas Rupanya tindak tanduk datuk itu difahami oleh Mahyuddin. Datuk mahu dia bercerita serba sedikit tentang keris ganjil itu. Menurut Mahyuddin, keris itu dibuat dengan tangan oleh guru silatnya. Mata keris itu dipadukan dengan lima jenis besi yang diambil dari lima buah gua di gugusan kepulauan Melayu iaitu dari tanah Bugis, Melaka, Bukit Seguntang, Pulau Mindanao (Filipina) dan Patani (Selatan Siam). Ketika dia bertapa dalam hutan, mata keris itu telah dijilat oleh harimau tiga malam berturut-turut.


Kata Mahyuddin lagi, keris itu telah membunuh tiga orang Belanda, tiga orang Inggeris dan lima korbannya terdiri dari orang-orang asing yang mahu menjajah alam Melayu. Saya menarik nafas panjang mendengar ceritanya. Saya kira, ceritanya itu tidak dapat diterima oleh akal. Datuk tidak melahirkan sebarang pendapat berhubung dengan cerita Mahyuddin itu. Datuk hanya menggigit kuku di ibu jari.


"Sekarang sahabat sudah tahu, sayalah harimau dan sayalah orang yang menyimpan keris air liur harimau yang bisa. Ingat, keris ini ada pantangnya. Jangan dibuat sembarangan, pantangnya tidak boleh ditikam ke badan manusia yang sebangsa dan seagama, kalau dilanggar pantang orang yang menyimpannya akan mati muntah darah”, kata Mahyuddin lagi. Saya garu dahi dan datuk terus membisu seribu bahasa.


"Sahabat, umur saya dah lebih lapan puluh tahun, dengan kemahuan Allah saya sudah menemui seorang sahabat, sekarang sudah sampailah masanya saya menghebahkan rahsia diri saya pada orang-orang kampung. Sahabat dan cucu sahabat menjadi saksi dalam hal ini”, tekanan suara Mahyuddin cukup lantang.


Mukanya kelihatan berseri-seri. Dia terus meletakkan keris yang berbalut kain kuning atas riba datuk. Cepat-cepat datuk meletakkan keris itu ke tempat asalnya. Datuk tidak mahu menerima pemberian tersebut. Datuk segera bangun. Tangan kanannya ditekankan ke dinding masjid. Pelita minyak tanah terus mengerdip. Suara katak dan cengkerik tidak putus-putus berbunyi.


"Apa erti semuanya ini Mahyuddin?", soal datuk.


"Orang yang merantau akan kembali, setiap kehebatan dan kekuatan ilmu dunia yang dituntut akan terpisah juga dengan manusia, hanya ilmu akhirat saja yang dibawa, begitu juga dengan saya”, cukup jelas dan teratur Mahyuddin berkata-kata.


Tetapi, saya jadi kelam-kabut, sukar sekali memahami atau mencari pati dari kata-katanya itu, berbelit-belit macam ada unsur falsafah.


"Sahabat ku.. "


"Saya faham, tunggu sampai sembahyang subuh”, ujar datuk bila Mahyuddin mahu menyambung kata-katanya.


Mahyuddin patuh dengan permintaan datuk. Mahyuddin bangun, berjalan ke muka pintu surau. Datuk mengekor di belakangnya. Mereka berdiri di situ merenung ke kaki langit, sebutir bintang timur kelihatan mengerdip dengan indah. Awan cukup bersih.


"Mahyuddin."


"Ya sahabat."


"Awak berkawan dengan jin?"


"Ahhh...”


Mahyuddin tidak menghabiskan kata-katanya. Datuk terus memicit bahu kanan Mahyuddin yang kelihatan resah tidak menentu. Saya mula rapat ke arah datuk dan Mahyuddin, berdiri di belakang mereka. Pelita minyak tanah terus menyala. Badan saya mula terasa sejuk. Dua tiga kali saya mengeliat dan menguap panjang.


"Mahyuddin maafkan aku, kalau kau tersinggung. Aku bukan apa-apa Mahyuddin, kita sebagai manusia harus hati-¬hati, jangan sampai berkawan dengan jin kafir. Kata orang ketika kita mahu mati nanti kita disesatkannya”, ujar datuk.


Mahyuddin terus membisu. Mata Mahyuddin masih tertumpu ke kaki langit.


"Sebaik-baiknya biar kita kenai dengan jin yang seagama dengan kita, sekadar berkenal saja, kerana mereka makhluk Allah, jangan sekali-kali kita memperhambakan diri kita pada mereka atau kita hambakan mereka”, sambung datuk lagi.


"Sudahlah sahabat, usahlah mengajar”, dari nada suara yang dikeluarkan Mahyuddin itu ternyata dia kurang senang dengan sikap datuk. Datuk terus diam. Rupanya sikap datuk itu menguntungkan. Mahyuddin kelihatan tenang. Dia berjalan ke arah kerantung (beduk) yang tergantung di luar masjid. Kerantung itu dipalunya bekali¬-kali menandakan Subuh sudah hampir. Mahyuddin dan datuk terus mengambil air sembahyang.


"Pukul lagi kerantung tu, waktu Subuh sudah masuk”, Mahyuddin mengeluarkan perintah pada saya, ketika dia melintas di depan saya.


Tanpa membuang masa, saya terus memukul kerantung bertalu-talu. Memukul kerantung memang menjadi kegemaran saya, tidak saya nafikan, serba sedikit saya telah belajar dari datuk meningkah kerantung dengan baiknya, tingkah (pukulan) yang saya buat itu semacam ada satu irama yang boleh membuat orang tersentak dari tidur. Kata datuk, memukul kerantung Subuh mesti pandai, tidak sembarangan, mesti menarik minat orang dan boleh membuat orang bangun dari tidur, walaupun bukan bangun untuk bersembahyang. Peluang itu saya gunakan sekarang.


"Sudah”, jerkah datuk sekuat hati, kayu pemukul terlepas dari tangan saya. "Bila orang suruh pukul, buatlah setakat yang patut, ini sampai berjam-jam”, sambung datuk lagi.


Saya tersengih, macam kerang busuk. Apa mahu dikatakan lagi, memang salah diri sendiri, tanggunglah akibatnya. Azan Subuh dilaungkan oleh Mahyuddin, suaranya memang merdu. Kalau dengar pada suaranya, memang orang tidak duga yang Mahyuddin sudah berusia hampir lapan puluhan, suaranya lantang macam orang muda berusia dua puluhan. Setelah selesai menunaikan sembahyang Subuh, Mahyuddin berlari ke pintu. Dia minta orang yang bersama dalam masjid supaya jangan meninggalkan masjid.


Dari muka pintu, Mahyuddin membuka rahsia dirinya. Dia menceritakan namanya yang sebenar serta asal usulnya. Orang ramai agak terkejut dengan peristiwa itu.


"Saya rasa tugas saya sudah hampir selesai. Halalkan makan minum saya, terima kasih atas budi baik orang di sini. Pada sesiapa yang terlalu hormat dan kagum dengan diri saya, buangkan semuanya itu. Saya adalah manusia biasa”, cukup bersemangat Mahyuddin bercakap, kemudian dia berjabat tangan dan berpeluk-pelukan dengan setiap orang yang lalu dekat pintu. Dia menangis dan memeluk badan Dumba.


Bila semuanya selesai, Mahyuddin tergesa-gesa meninggalkan masjid tanpa mengucapkan sesuatu pada saya dan datuk. Ketika itu hari sudah hampir cerah. Matahari mula bangun di kaki langit, menebarkan sinarnya ke seluruh pelosok kampung.


"Ganjil perangainya, dengan orang berpeluk bersalam dengan kita dia buat tak tahu”, datuk melahirkan rasa kurang senang. Saya tersenyum sambil merenung ke arahnya.


"Agaknya dia lupakan kita tuk."


"Boleh jadi juga, maklumlah manusia ini tidak lepas dari sifat lalai dan lemah”, datuk tersenyum.


Rambut genjur saya dijamahnya berkali-kali. Penuh manja. Setelah selesai mandi embun dan membuat serba sedikit senaman. Datuk dan saya menuju ke kedai kopi. Saya makan sebungkus nasi lemak dan minum secawan kopi. Datuk pula minum air panas yang di campur dengan sedikit garam. Sebagai mengalas perut, datuk cuma makan dua biji kuih koci.


"Minum air panas dengan garam untuk cuci perut dan melancarkan perjalanan darah, boleh menghilangkan sakit tekak. Garam mesti dikacau hingga hancur dan airnya bila sudah dingin baru diminum”, begitu datuk memberitahu saya.


"Biasanya datuk tidak minum dengan air panas”, kata saya.


"Itu masa di rumah, kau sendiri tahu di rumah tuk minum air yang sudah di dingin sepanjang malam dan diisi dengan labu, di kedai mana kita nak dapat air macam tu."


"Saya, faham sekarang."


"Apa yang tuk buat ni boleh diamalkan tetapi khasiatnya kurang sedikit dari air yang kita dinginkan sepanjang malam."


Datuk membayar semua harga minuman dan makanan.


Kami pulang ke masjid untuk mengambil barang datuk yang tertinggal iaitu, sehelai kain hitam tiga segi. Pada mulanya, datuk memutuskan selepas sarapan pagi, mahu terus pulang ke kampung.


"Kau tunggu di sini, biar aku saja yang masuk”, saya tidak membantah arahan itu. Badan datuk hilang ditelan pintu masjid. Beberapa minit kemudian dia muncul. Kali ini saya lihat wajahnya lain macam, dahinya berkerut. Di tangan kanannya terdapat bungkusan yang dibalut dengan kain kuning. Saya tahu apa yang ada dalam tangan datuk, kerana itu saya tidak menegurnya.


Matahari kian bersinar. Saya kira sudah pukul lapan. Kulit muka saya terasa pedih kena panahan matahari. Dua tiga kali saya meraba kulit muka, tanpa saya sedari datuk sudah berdiri di sisi saya. Dua tiga kali datuk dongakkan kepala melihat matahari, kelopak matanya pejam celik menahan panahan matahari.


"Mari kita pulangkan hak Mahyuddin ni."


"Tapi, dia dah beri pada datuk."


"Aku tidak kata apa-apa, sama ada mahu menerima atau menolaknya."


"Betul juga cakap tuk tu."


Secara tidak sengaja saya terpandangkan lengan kanan datuk yang memegang benda berbalut kain kuning. Urat-urat lengan datuk kelihatan timbul. Benda yang dipegangnya seakan-akan bergerak sendiri dalam genggaman datuk. Kulit muka datuk kelihatan tegang macam menahan sesuatu. Saya terpegun dengan kejadian itu.


"Tamar, jangan tengok benda dalam tangan aku”, pekik datuk. Serentak dengan itu telapak tangan kirinya jatuh atas kepala saya. Kepala saya dipulasnya, hingga pandangan saya beralih ke arah lain. Batang tengkuk saya terasa sakit sekali.


"Jangan”, tambah datuk lagi. Badan saya ditolaknya ke depan.


"Nak ke mana lagi tuk?"


"Ikut aku ke rumah Mahyuddin”, biji mata datuk kelihatan bersinar garang. Gerak-gerinya jadi serba tangkas.


Begitulah, di bawah sinar matahari saya dan datuk melangkah di jalan kecil yang muat untuk dua basikal berselisih. Sebelah kanan jalan ditumbuhi lalang dan sebelah kirinya dikuasai oleh pokok serunai laut. Langkah datuk terlalu cepat dan saya terpaksa berlari anak supaya tidak jauh ketinggalan di belakangnya. Ketika bintik-bintik peluh menguasai dahi, saya dan datuk sudah pun berada di halaman rumah Mahyuddin. Pintu rumah tertutup rapat Tiga kali datuk memberi salam, semuanya tidak berjawab. Datuk renung tanah di halaman rumah.


"Tapak harimau”, kata datuk.


"Tapak harimau?”, tanya saya cemas, badan mula terasa lain macam.


"Ya”, datuk terus membongkok meneliti kesan tapak kaki harimau.


Datuk luruskan badannya kembali, dan merenung ke arah belukar kecil di belakang rumah Mahyuddin. Datuk mengikut kesan tapak kaki harimau yang menuju ke belukar tersebut Ternyata kesan tapak kaki harimau itu tidak sampai ke tepi belukar. Hilang di antara tiang depan dengan tiang bahagian lapur rumah. Datuk termenung panjang, kemudian mendekati saya yang berdiri tidak jauh dari tangga. Datuk renung muka saya tepat-tepat dan bergerak dari kiri ke kanan di depan saya. Datuk berhenti melangkah. Bibir bawahnya ditekan dengan ibu jari seketika.


"Ganjil”, kata datuk. "Apa yang ganjil tuk?"


"Tapak harimau hilang dalam kawasan rumah”, suara datuk rendah.


Keris yang berbalut kain kuning masih dalam genggamannya. Kerana saya ditegah melihatnya, saya tidak melihat malah hampir lupa dengan keris tersebut yang berada pada datuk.


"Ikut aku Tamar."


"Baik tuk."


"Jangan tegur, jangan tanya apa yang aku buat"


"Baik tuk."


Sinar matahari bertambah terik, sesekali kedengaran suara ungka bersahut-sahutan di kaki bukit. Burung murai terus berkicau di hujung dahan menyambut sinar matahari yang memancar terang. Datuk pijak anak tangga pertama hingga ke anak tangga bongsu. Saya juga berbuat begitu. Datuk tolak daun pintu yang tidak berkunci. Pandangan pertama yang saya lihat sesudah pintu terbuka amat mengejutkan. Mahyuddin terbaring kaku di ruang tengah rumah. Mukanya nampak lebam. Baju cekak musang di bahagian dadanya terbelah dua. Kulit badannya terkoyak macam dicakar sesuatu, kedua belah kakinya terlipat. Terdapat garisan yang memanjang di kedua belah betisnya. Datuk jamah pergelangan tangan Mahyuddin, memeriksa pergerakan nadinya. Datuk menarik nafas panjang sambil meluruskan kedua belah kaki Mahyuddin. Bahagian dada Mahyuddin datuk tutup dengan kain pelekat berkotak besar, berwarna merah dan hijau. Kain pelekat itu datuk ambil dari longgokkan kain Mahyuddin yang terletak dekat dinding rumah.


"Dia sudah mati."


"Keadaannya ganjil sekali tuk."


"Setiap orang yang dapat meresapkan perasaannya menjadi harimau akan mati dalam keadaan begini. Selalunya, bila orang menuntut ilmu ini membuka rahsia diri sendiri, dia tidak akan lama hidup."


"Dia boleh menentukan tarikh matinya tuk?"


"Tidak, dia cuma dapat alamat saja. Kematian dirinya terletak pada kuasa Allah yang Maha Besar. Ada orang yang  menuntut ilmu ini membuka rahsia dirinya di depan orang ramai tetapi, masih hidup beberapa tahun lagi."


"Apa yang terjadi pada dirinya, cara kebetulan saja ya tuk."


"Ya memang cara kebetulan, selepas dia buat pengumuman dia pun mati, ini tidak bererti dia sudah menentukan tarikh matinya. Ingat, jangan sesatkan diri dengan kejadian begini”, ujar datuk sambil meraba-raba hujung dagunya.


Saya dan datuk berehat sebentar dalam rumah Mahyuddin. Keris yang berbalut kain kuning datuk letakkan dalam peti hitam di bucu rumah. Peti hitam itu datuk tindih dengan seketul batu yang datuk ambil di ruang dapur. Tiba-tiba saya terdengar menggelodak dalam peti hitam macam ada orang mengetuk-ngetuk dari dalam. Bunyinya cukup kuat tetapi, beberapa minit kemudian bunyi itu beransur kurang dan terus hilang. Wajah datuk kelihatan tenang.


"Aneh sungguh mayat Mahyuddin tuk"


"Ya Tamar, sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia melompat macam harimau untuk beberapa minit, kemudian menjadi lemah dan terus mati”


"Dahsyatnya tuk."


"Begitulah ilmu dunia, tidak ada yang kekal, ada kelebihan dan kekurangan”, nada suara datuk amat perlahan sekali. Datuk menyuruh saya menemui Dumba untuk menceritakan hal yang berlaku pada diri Mahyuddin. Perintah datuk saya patuhi. Dengan ditemani oleh Dumba saya pergi ke rumah anak angkat Mahyuddin. Tidak sampai setengah jam, berita kematian Mahyuddin heboh seluruh kampung. Salah seorang penduduk kampung terus menuju ke masjid, memukul beduk (kerantung) menandakan ada kematian berlaku di kampung. Menjelang waktu Zohor, mayat Mahyuddin pun dike¬bumikan. Orang yang bekerja keras menyelenggarakan pengebumian Mahyuddin, tidak lain dan tidak bukan ialah Dumba sendiri dengan dibantu oleh anak angkat Mahyuddin.


"Semuanya sudah selesai, biarlah kami balik”, beritahu datuk pada anak angkat Mahyuddin dan Dumba di kaki tangga.


Muka Dumba segera berubah mendengar cakap datuk, begitu juga dengan anak angkat Mahyuddin. Mereka tahu, bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendapatkan kenderaan, bila sudah pukul lima petang. Belum sampai ke Slim River hari sudah malam, lagi pun perkhidmatan bas penumpang tamat pada jam enam petang.


"Begini saja, arwah bapa angkat saya ada meninggalkan pesan, sekiranya dia mati, dia minta rumahnya ditunggu selama satu malam. Orang yang dipilihnya ialah tuan sendiri”, anak angkat Mahyuddin membuka rahsia. Orangnya bertubuh kecil, berambut kerinting dan berdahi sempit.


"Bila dia cakap dengan awak?"


"Sejak dia mengenali diri tuan, katanya tuan tahu serba sedikit tentang kebolehannya."


Datuk termenung panjang. Saya tahu fikiran datuk ketika itu berbalah sama ada mahu tidur di rumah Mahyuddin atau meneruskan perjalanan. Kalau datuk bertanya pada saya, sama ada mahu bermalam di situ atau pulang, saya akan menyuruh datuk pulang saja. Apakan daya datuk tidak bertanya pada saya.


"Tunaikan pesanan arwah. Kalau dulu awak minta saya berbaik dengannya dan saya penuhi permintaan awak, sekarang saya minta awak tunaikan wasiatnya”, Dumba pula mengeluarkan pendapatnya.


Datuk masih lagi termenung, keningnya kelihatan berkedut. Ruang rumah Mahyuddin direnung pada setiap sudut. Akhirnya, biji mata datuk tertumpu pada peti hitam yang berisikan keris.


"Baiklah, cuma semalam saja”, kata datuk sambil bangun.


Anak angkat Mahyuddin dan Dumba yang sedang duduk bersila di lantai rumah turut bangun sama. Mereka kelihatan riang. Datuk tidak menghampakan permintaan mereka. Malam itu setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak di masjid, saya dan datuk terus menuju ke rumah arwah Mahyuddin, bila sampai di rumah, anak angkatnya sudah sedia menanti kami. Makan malam sudah tersedia di ruang rumah. Tiga pelita minyak tanah sudah terpasang.


Ada satu keganjilan yang dilakukan datuk ketika makan malam. Dia mengepalkan nasi sebanyak tujuh kepal. Diletakkan berderet di pinggir pinggan. Datuk memulakan makan nasi yang sudah dikepalkannya itu dari kiri ke kanan. Dia tidak menjamah lauk pauk yang tersedia di situ.


"Ini petua, kalau si mati bersahabat dengan makhluk jahat kita boleh tahu”, datuk membuka rahsia. Mulut anak angkat Mahyuddin terlopong.


Sayang, datuk cuma membuka rahsia setakat itu saja. Dia tidak menerangkan perkara ini dengan lebih mendalam lagi.


"Macam mana kita nak tahu hal tu tuan?" Tanya anak angkat Mahyuddin.


"Bila kepal nasi yang ganjil bilangannya kita telan, kita akan tersedak, tapi ada pula caranya yang boleh membuat hal itu jadi. Bukan boleh pakai suap saja, nanti lain kali aku beritahu pada kamu”, datuk terus meneguk air.


Lebih kurang pukul sepuluh malam. Anak angkat Mahyuddin membawa pulang pinggan mangkuk yang telah digunakan itu. Saya terus baring dan datuk terus membaca surah Yasin. Dalam suasana yang tenang itu, peti hitam yang berisikan keris berbunyi. Batu penindih yang diletakkan di atas penutupnya terus bergerak. Makin lama, bunyi itu makin kuat. Saya mula resah. Datuk berhenti membaca surah Yasin. Dia terus renung ke arah peti hitam yang masih berbunyi itu. Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Mulutnya mula bergerak¬-gerak macam membaca sesuatu. Tiba-tiba datuk menampar lantai rumah dengan sekuat hati. Bunyi dalam peti hitam terus berhenti. Serentak dengan itu, pintu rumah terbuka. Anak angkat Mahyuddin terpacak di situ. Mukanya pucat lesi, ditoreh tidak berdarah.


"Kenapa?" Tanya datuk.


"Saya diikuti harimau besar."


"Tak apa, kau baliklah, ambil kain pelekat ayah kamu dan belitkan ke badan, nanti harimau itu tak akan mengikut kau lagi”, datuk menyerahkan kain pelekat pada anak angkat Mahyuddin.


Dengan tenang lelaki berambut kerinting yang mempunyai anak satu itu meninggalkan rumah. Usaha datuk tidak sia-sia. Setelah dibekalkan dengan kain pelekat, anak angkat Mahyuddin dapat meneruskan perjalanannya dengan aman. Kalau dia diganggu atau diekori harimau tentu dia datang menemui datuk. Kami tunggu hingga jam dua belas malam. Anak angkat Mahyuddin tidak juga muncul-muncul.


Lebih kurang jam dua pagi, saya terpandangkan seorang lelaki berserban kuning duduk atas peti hitam menatang sebilah keris. Wajahnya kelihatan bersih. Hal itu segera saya beritahu pada datuk yang masih membaca surah Yasin. Lelaki berserban kuning masih lagi duduk di atas peti hitam. Kedua belah tangannya terletak atas kepala lutut. Saya lihat keris yang ditatangnya sudah tidak ada lagi di tangannya. Bila datuk selesai membaca surah Yasin, dia segera merapati peti hitam. Orang yang berserban kuning sudah tidak ada lagi di situ. Datuk membuka peti hitam dan mengeluarkan keris yang berbalut kain kuning. Keris itu ditatangnya seketika.


"Bukan keturunan aku mengambil barang yang bukan hak aku, sekarang aku pulangkan kembali pada yang berhak kerana orang yang menjaganya selama ini sudah tak ada lagi”, perkataan yang keluar dari mulut datuk cukup jelas dan teratur, bagaikan ada manusia di hadapannya mendengar apa yang dikatakannya.


Datuk membuka sila lalu bangun. Dia melangkah dua tapak ke belakang. Berhenti dan meluruskan kedua belah kakinya, macam tentera yang sedang berkawad di padang. Kedua belah tangannya masih lagi menatang keris yang berbalut kain kuning. Datuk maju setapak, dua tapak dan berdiri betul-betul di depan peti hitam. Keris yang berbalut kain kuning diletakkannya di situ.


"Ini hak kamu, aku diberikan kuasa oleh Mahyuddin untuk menjaga sekejap saja”, kata datuk sambil duduk bersila, macam seorang panglima menghadap sultan di zaman silam.


Ketika itu juga, terdengar suara harimau mengaum di bawah rumah. Suaranya cukup kuat dan nyaring sekali, boleh membangunkan seluruh penduduk kampung yang sedang tidur. Rumah terasa bergegar seketika, tiupan angin mula terasa, cukup lembut dan nyaman sekali. Setelah itu, suasana tenang dan sepi sekali. Saya terlihat orang berserban kuning berdiri dekat peti hitam membongkok lalu mencapai keris yang berbalut dengan kain kuning. Datuk masih terpegun di situ. Beberapa saat kemudian, orang yang berserban kuning hilang dari pandangan saya.


"Semuanya sudah selesai Tamar”, bisik datuk pada saya. Dia menyuruh saya tidur kembali, tetapi mata saya tidak mahu tidur. Saya terus bertanya pada datuk:


"Apakah yang kita lihat tadi jin, kawan Mahyuddin tuk?"


"Susah aku nak cakap, tetapi itulah kenyataan yang kita lihat, sudahlah”, kata datuk.


Akhirnya saya terlelap. 


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box