SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT

    Dalam pergelutan yang hebat itu, ternyata datuk tidak dapat menandingi tubuh lembaga yang berbulu lebat itu. Datuk sering saja tercampak. Dan memang perangai datuk tidak mudah mengaku kalah. Dia terus bergelut. Saya dan ketua kampung didakap rasa kecemasan. Di langit saya lihat tidak ada sebiji bintang bersinar. Pokok-pokok di kiri kanan bagaikan dilanda taufan. Suara burung hantu bagaikan orang berlagu mengiringi petarungan datuk dengan lembaga itu.


Tiba-tiba, saya lihat berpuluh-puluh ekor burung gagak hinggap di ranting pokok. Berbunyi bersahut-sahutan. Kemudain burung-burung gagak itu terus turun ke tanah lapang. Tanah itu jadi gelap dengan burung gagak. Saya benar-benar berada dalam keadaan cemas. Lembaga yang berbulu lebat terus mencampakkan tubuh datuk kepangkal pokok pisang.


“Bacalah ayat al-Qursi,” bisik ketua kampung pada saya. Saya terdiam, dalam saat-saat cemas begitu, saya jadi terlupa untuk mengingati ayat tersebut. Bila saya cuba, pembacaan saya banyak yang silap. Saya menggelabah tidak tentu arah. Datuk tidak juga bangun dari perdu pokok pisang. Saya teringat pesan datuk, bahawa ayat al-Fatihah adalah ibu segala ayat dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi, kalau kita berhadapan dengan musuh dan sudah tidak ada cara lain untuk mempertahankan diri, bacalah ayat tersebut sambil berusaha melepaskan diri dari musuh dengan bertawakal pada Allah yang maha besar.


Jadi, al-Fatihah pun saya baca dengan teliti supaya tidak silap. Bila sudah selesai dibaca saya mula terasa semacam ada semangat baru dalam diri saya. Fahamlah saya, bahawa tidak ada kuasa yng lebih gagah dan kuat dari kuasa Allah. Saya perhatikan ketua kampung masih terus membaca ayat al-Qursi.


Di tanah lapang lembaga hidup yang berbulu, berdiri gagah dikelilingi oleh berjuta-juta burung gagak. Saya renung ke langit. Saya lihat ada benda terbang separas pucuk pokok kekabu, berkilau-kilau. Benda itu seakan-akan bentuk batang buruk, di bahagian bawahnya keluar sejenis benda semacam tali, berwarna merah. Benda itu berlegar-legar atas bumbung rumah Timah dan akhirnya hilang lalu diganti oleh suara perempuan ketawa manja.


Saya raba telinga, hidung dan mata bagi memastikan apakah perkara yang saya alami, satu khayalan saya sendiri. Saya meraba bumi dan rumput. Ternyata saya tidak berkhayal, saya berhadapan dengan satu dunia yang cukup ganjil dan aneh sekali.


Dalam samar-samar malam itu, cara kebetulan di langit bulan mula bersinar. Saya lihat datuk bangun menuju ke arah kami. Di tangannya masih tergenggam batang serai dan bulu burung gagak. “Hebat,” sepatah perkataan keluar dari mulut datuk. Dia terus duduk, kemudian mencangkung, macam orang mahu memulakan perlumbaan lari. Lepas itu bergerak lagi. Kedua belah tangannya diletakkan ke depan, kaki diluruskan ke belakang. Dengan perintah datuk, ketua kampung mencacakkan bulu burung gagak dan batang serai di depannya.


Datuk merenung ke arah lembaga yang berbulu hitam, saya lihat datuk bagaikan harimau yang mahu menerkam mangsanya. Sepuluh jarinya mencakar-cakar tanah. Dia pejamkan matanya lalu mulutnya bergerak-gerak. Saya terdengar datuk membaca sepotong ayat dari al-Quran. Saya amati pembacaannya, memang datuk membaca ayat yang pernah dibaca oleh nabi Allah Yunus ketika ia berada dalam perut ikan.


Datuk menyerahkan hati dan perasaannya pada Allah yang maha besar. Memang semua kepandaian yang ada padanya tidak terdaya melawan hantu raya jelmaan syaitan itu. datuk terus berdiri. Bulu gagak diangkatnya. Serentak dengan itu dia menyuruh saya membakar kertas. Bila api sudah menyala. Ketua kampung lalu menghimpunkan daun-daun kering atas api yang membara itu.


Entah dari mana datuk mendapat kemenyan, dalam tempoh beberapa saat sahaja kawasan kami penuh dengan bau kemenyan. Makin kuat bau kemenyan masuk lubang hidung, kian kuat bunyi pokok-pokok di sekeliling kami dirempuh angin, dahan-dahan bagaikan jatuh mahu menimpa kami, tetapi bila dilihat ke atas pokok pun tidak bergoyang. Suara gagak tetap bersahut-sahutan.


Datuk membongkok dan terus menumbuk tanah. Semua burung gagak di tanah. Semua burung gagak di tanah lapang berterbangan. Hilang dengan sekelip mata. Deru angin tidak sekuat tadi. Semuanya terasa menyepi. Saya lihat lembaga hitam hilang. Lebih kurang antara lima hingga tujuh minit kami dipeluk sepi. Datuk meletakkan bulu gagak atas lengan. Ditiup tiga kali berturut-turut.


“Kau,” tempik ketua kampung, bila di depan kami wujud batang tubuh suami Timah. Bila datuk mahu menerpa ke arahnya. Batang tubuh suami Timah segera hilang. Tempatnya digantikan dengan kain putih. Kain itu bergerak dan mengelumbung. Saya, ketua kampung dan datuk terus melihatnya dengan penuh teliti.


“Mayat,” kata saya


“Ya,” memang dalam kain itu mayat,” jawab datuk.


“Mayat siapa?” tanya ketua kampung.


“Mayat suami Timah ,” pendek datuk menjawab, sambil menyinsing lengan baju.


Mayat yang terbujur itu begerak lalu mengoyakkan kain kapannya. Mayat itu terus duduk. Kain kapan berkumpul di bahagian pinggang. Ketua kampung memberitahu saya, bahawa itulah mayat suami Timah yang telah ditanam oleh orang-orang kampung dulu. Mayat itu memusingkan badannya sambil duduk. Merenung ke arah datuk dengan pandangan yang cukup tajam. Bau busuk mula menguasai kawasan tempat kami bernaung. Saya bagaikan mahu terkeluar isi perut.


Angin malan terus bertiup. Macam-macam bunyi yang kami dengar. Dalam suasana yang begitu, saya terdengar bunyi suara orang lelaki merintih menahan kesakitan. Saya tidak tahu dari mana suara itu datang.


“Kau orang jangan bercakap walau sepatah apa pun,” datuk mengingatkan kami. Dia maju selangkah ke depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama-lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna.


Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang. Mayat yang sudah berbau itu berpusing-pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan menepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak dipijaknya dengan kaki kiri. Datuk melangkah dua tapak ke depan.


“Kau suami Timah.”


Cukup lantang suara datuk. Mayat itu angguk kepala dan menutup kepalanya dengan kain kapan semula.


“Kau kenal ketua kampung,” tambah datuk. Mayat itu buka kain kapan lalu merenung ke muka ketua kampung. Mayat anggukkan kepala. Saya merasa cukup seram. Datuk menggawang-gawangkan tangan di depan matanya.


Mayat itu berpusing ke arah datuk kembali. Datuk menumbuk tanah dan mayat suami Timah di depannya terus menjerit. Bergema ke seluruh kawasan, pokok-pokok kecil bagaikan mahu tercabut. Mayat itu cuba bangun, tetapi tidak boleh. Punggungnya seperti melekat pada bumi.


Datuk pun mengangkat kedua belah tangannya ke atas. Lalu diturunkan perlahan-lahan. Berhenti separas dada. Sepuluh jari tangan datuk kelihatan kembang macam menahan sesuatu. Saya perhatikan kaki kanan datuk terbenam ke dalam bumi separas buku lali. Mayat di depannya terus berhempas pulas.


Mulut datuk berkumat-kamit. Fahamlah saya datuk sedang berdialog dengan mayat. Kerana selalu saja mengikut datuk dan selalu pula melihat dia bercakap dengan makhluk ganjil. Saya dapat membaca dan mentafsir apa yang dicakapkan oleh datuk menerusi gerak bibirnya.


Lebih kurang datuk berbicara:


“Kenapa kau datang ke dunia ini?”


“Menuntut sesuatu.”


“Apa yang kau tuntut?”


“Isteriku.”


“Engkau dengannya tidak boleh bersama.”


“Aku tahu, tapi aku mahu pulang padanya, aku mahu dia membela dan memberi aku makan.”


“Kalau dia tidak mahu bagaimana?”


“Aku akan mencari keluarga aku yang terdekat untuk meminta perlindungan.”


Datuk berhenti bercakap. Timah yang sedar dari pengsan menerkam ke arah kami. Mayat itu masih terkapai-kapai. Timah terus berlindung di belakang ketua kampung.


“Apa pesannya pada kau sebelum dia mati?”


Dengan mendadak saja datuk mengajukan pertanyaan pada Timah. Timah termenung sejenak mengingati sesuatu.


“Tak ada apa-apa,” sahut Timah.


“Mesti ada, kalau tidak hantu suami kau tidak pulang,” sanggah datuk. Timah mengigit bibir. Mayat suami Timah kelihatan berhempas pulas mahu bangun. Bila mayat itu boleh bangun, datuk menekan kaki kirinya yang terdapat bulu burung gagak di bawahnya.


“Kalau kaki ini terangkat, syaitan yang menyerupai suami Timah akan lari, kemudian mengacau semua penduduk kampung,” ujar datuk pada ketua kampung. Serentak saya dan ketua kampung angguk kepala


Dalam keadaan yang serba gawat itu, dengan tiba-tiba Timah bersuara:


“Dia ada pesan, sebelum dia dimandikan dan dikapan, dia suruh saya tikamkan tapak kakinya dengan jarum.”


“Kau buat apa yang disuruhnya,” datuk memotong cakap Timah.


“Tidak.”


“Sebab?”


“Tak sampai hati.”


“Kalau kau membuatnya dulu, semua ini tidak akan terjadi.”


“Saya tak faham.”


“Suami kau yang sebenarnya sudah mati, apa yang kau lihat dan kita lihat ini ialah kapitnya .”


“Maksudnya,” soal Timah macam orang bodoh.


“Suami kau masa hidupnya berkawan dengan syaitan, bila dia mati, kapit atau kawannya itu mencari tuan yang lain.”


Dengan cakap datuk itu, Timah mengerti tentang keadaannya yang sebenar. Dan dia mula faham, kenapa masa suaminya hidup dulu, tanah sawah dan kebun tidak pernah dijenguk, tetapi habis ditebas dan dicuci orang. Bila ditanya pada suaminya. Dia hanya mendapat jawapan begini: Sahabat kita yang mengerjakannya. Dan sekarang fahamlah Timah, siapakah sahabat suaminya yang sebenar. Dia juga mula faham kenapa suaminya selalu bercakap seorang diri waktu dinihari. Ketua kampung terus tercengang melihat keadaan yang tidak pernah dimimpikan untuk melihatnya.


Datuk menyuruh saya memijak bulu burung gagak. Saya akur dengan perintahnya itu. Bila dipijak, tapak kaki saya terasa cukup panas. Datuk terus meluru ke arah mayat. Datuk merentap kain kapan yang membalut bahagian kaki mayat itu. Mayat terus menghulurkan kedua belah tangannya pada datuk, seolah-olah minta tolong.


Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. saya lihat datuk terus menarik kaki mayat. Dia memasukkan sesuatu di situ. Lagi sekali mayat itu menjerit. Bila gema jerit mayat itu berakhir, saya lihat datuk duduk berdirikan lutut. Di atas kepala saya terdengar bunyi sesuatu yang berat dan keras melanggar pokok. Saya terus meniarap. Bila saya bangun dari meniarap. Saya lihat mayat suami Timah sudah tidak ada lagi di situ, tetapi bau busuk tidak juga hilang dari tempat yang kami duduki.


Datuk datang ke arah kami. Di kaki langit cahaya kemerah-merahan mula naik. Tidak lama selpas itu, terdengar suara beduk dipalu orang bertalu-talu dan diikuti dengan suara Azan memecahkan kedamaian subuh hening.


Datuk menyuruh Timah kembali ke rumahnya, kami bertiga terus menuju ke surau. Selepas mandi dan menunaikan fardhu subuh, datuk mengadu pada saya kepalanya terasa pening. Sebaik saja datuk melangkah mahu keluar dari surau, dia terjatuh. Orang-orang kampung mengusung datuk ke rumah ketua kampung.


Seorang dukun dipanggil untuk merawat datuk, setelah minum air panas bercampur limau nipis, sakit kepala datuk beransur kurang, kemudian dukun itu mengurut seluruh badan datuk hingga pulih.


“Angin,” kata dukun itu pada datuk, sebaik saja datuk sendawa dan kentut bertalu-talu. Semua orang yang berada di rumah riuh rendah. Bila ketawa sudah berakhir, ketua kampung menceritakan apa yang kami alami malam semalam. Ada yang mengkerutkan muka dan ada pula yang geleng kepala. Tetapi, mereka tidak menolak untuk diajak pergi tempat kejadian malam semalam.


Semuanya terpaksa mengalah pada ketua kampung yang meminta mereka sarapan pagi di rumahnya. Kira-kira dua belas orang penduduk kampung, termasuklah saya, datuk dan ketua kampung terpaksa duduk bersila di anjung rumah ketua kampung menikmati kopi dan rebus pisang pagi itu. Badan terasa segar, bila perut sudah diisi barulah sedap mengatur perjalanan. Matahari pagi terus bersinar ketika kami meninggalkan anjung rumah ketua kampung. Sepanjang perjalanan tidak banyak orang yang bertanya sesuatu daripada datuk atau saya, semuanya melangkah dengan tenang.


Kira-kira dua rantai mahu sampai ke tempat kejadian tersebut, semua orang menekup hidung. Bau busuk mula tercium. Dua tiga orang kampung tidak mahu meneruskan perjalanan. Mereka muntah dan terus pulang.


“Bau bangkai apa?” saya terdengar suara bertanya pada datuk. Pertanyaan itu tidak segera dijawab oleh datuk. Dia cuma tersenyum.


“Entah, cuba tanya ketua kampung,” sebaik saja datuk habis bercakap dia berdehem dua tiga kali. Itulah bau yang kami cium sepanjang malam.” Sahut ketua kampung sebelum orang yang bertanya mengemukakan pertanyaan padanya.


Bila saja kami masuk ke tempat kejadian malam tadi. Bau busuk itu bertambah kuat. Datuk terus menunjukkan pada orang-orang kampung tempat mayat itu duduk. Tanah di situ kelihatan berlubang. Di sekelilingnya terdapat sejenis serbuk berwarna putih seperti hampas kelapa. Bau busuk yang cukup meloyakan tekak itu berpunca dari situ.


Tiba-tiba datuk mengambil secebis kain putih yang terdapat di situ. Bila diangkat kain itu, ia bertukar menjadi habuk macam tepung. Tangan datuk yang memegang kain itu digosokkan ke tapak kaki kiri. Tujuan datuk berbuat begitu mahu menghilangkan bau busuk yang terdapat di tapak tangannya.


“Ini membuktikan, bahawa syaitan tu memang wujud, dia mempengaruhi anak adam mengikut keadaan,” ujar datuk tenang.


Matahari pagi kian meninggi, sudah melampaui pucuk getah. Dari situ, kami terus ke rumah Timah. Sampai saja di kaki tangga rumahnya, Timah terus mengadu bahawa dia tidak boleh duduk di dalam rumah peninggalan suaminya.


“Kenapa?” Ketua kampung menyoal.


“Seluruh rumah berbau busuk, macam bau bangkai, hingga beras dalam tempayan pun berbau busuk tok,” suara Timah sayu. Dengan perintah datuk, saya disuruh naik ke rumah. Sebaik saja saya berada di muka pintu, saya terus termuntah. Semua yang saya makan pagi itu habis keluar. Cepat-cepat saya turun.


Atas persetujuan orang-oarng kampung sebuh rumah lain didirikan untuk Timah. Rumah lamanya ditinggalkan terbiar. Rumah baru Timah didirikan berhampiran dengan rumah ketua kampung, dengan usaha ketua kampung itu sendiri (tiga bulan selepas itu) Timah dijodohkan dengan seorang nelayan yang tinggal di Telok Gedung - Pulau Pangkor.


Habis dari perkongsian hidup Timah dengan suami barunya itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Dan anak lelaki itu kini sudah bekerja dengan Bank Bumiputra. Dalam tahun 1977, anak lelaki Timah itu telah ditukarkan dari Bank Bumiputra Ipoh ke Bank Bumiputra Batu Pahat - Johor dan sekarang bertugas di Kuala Lumpur. Masa orang-orang kampung mendirikan rumah Timah, saya dan datuk turut membantunya. Malah, sebelum Timah pindah ke rumah barunya, datuklah orang pertama tidur di situ. Tujuan datuk berbuat begitu untuk menjamin rumah itu tidak didatangi oleh sebarang hantu syaitan, di samping datuk mencari sesuatu alamat.


Menurut datuk, setiap orang yang mahu menduduki rumah baru, sekurang-kurang satu malam mesti ditidur oleh orang lelaki terlebih dulu dengan membawa sebungkus gula, susu dan segenggam beras. Orang yang tidur di situ, mestilah dirinya dalam keadaan bersih


Sebaik-baiknya melakukan sembahyang hajat di rumah itu, mohon petunjuk dari Allah atau memohon padaNya supaya orang yang akan mendudukinya kelak tetap selamat serta melakukan sesuatu yang baik dan teguh iman serta kuat beribadat.


Pada hari Timah menaiki rumah barunya, orang-orang kampung telah mengadakan pembacaan doa selamat. Dua hari selepas Timah duduk di rumah baru, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Cangkat Cermin.


Sebaik saja datuk sampai ke rumahnya, dia lagi sekali jatuh pengsan. Bila datuk sedar dari pengsan seluruh badannya lebam. Dia tidak boleh berdiri. Datuk terpaksa merangkak dari muka pintu hingga ke tempat tidur. Seluruh sendinya teras sakit, macam ditikam-tikam dengan jarum. 


Bila  malam datuk menjerit sendiri. Anehnya, bila dibawa ke doktor ternyata dia tidak mengalami sebarang sakit dan bila dia masuk ke dalam rumah, sakitnya datang semula. Dan datuk tidak mengizinkan saya atau nenek mencari dukun untuk mengubatinya.


Sakit datuk itu berlanjutan hingga ke bulan puasa, tetapi yang peliknya datuk dapat meneruskan puasanya dengan sempurna. Pada malam dua puluh tujuh likur, datuk memanggil saya dan nenek. Dia menyuruh kami mencari limau tiga serangkai yang mengarah ke matahari terbit.


Limau itu harus dipetik sendiri tanpa mengunakan galah atau tangga. Akhirnya apa yang dikehendaki oleh datuk itu saya perolehi. Dia suruh saya meletakkan limau itu di atas pinggan putih bersama pinang kering.


Lebih kurang pukul dua belas malam. Rumah datuk didatangi oleh bau yang cukup wangi. Saya lihat pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Tidak berapa lama selepas itu, saya terdengar bunyi suara orang perempuan membaca Quran, suaranya cukup merdu yang datangnya dari tempat tidur datuk.


Perkara itu berlaku tiga malam berturut-turut. Saya tanyakan hal itu pada nenek. Kata nenek isteri muda datuk datang mengubatnya. Kadang-kadang saya terdengar orang bercakap dengan datuk. Pernah saya terdengar orang itu bertengkar dengan datuk. Bila pertengkaran itu berakhir suasana menjadi sepi.


Kemudian dengan jelas saya mendengar suara orang perempuan barkata begini pada datuk : Al-Quran yang diturunkan oleh Allah sudah cukup lengkap untuk manusia. Di dalamnya tersembunyi seribu rahsia perubatan, apa salahnya kita mengambil ayat-ayat darinya untuk penawar. 


Dan saya tidak pernah bertanyakan hal itu pada datuk. Walau bagaimanapun saya merasa gembira, bila pagi Syawal tiba, saya lihat datuk sudah sihat. Dia bangun pagi-pagi dan membaca al-Quran sebelum pergi sembahyang hari raya. Di masjid datuk duduk di barisan hadapan membaca takbir bersama orang ramai.


Setelah selesai sembahyang hari raya, saya dan datuk terus menziarahi rumah seluruh penduduk kampung. Bila saya dan datuk kembali ke rumah, saya terkejut melihat dua orang perempuna duduk di anjung ruamh. Perempuan yang berusia agak lanjut itu tersenyum pada saya bila saya melintas di depannya, manakala perempuan muda yang berselindang lingkup itu wajahnya terlalu manis air mukanya cukup bersih.


Siapa bertanya dalam diri saya, siapakah gerangan perempuan itu?” Dalam keadaan yang kebingungan itu saya lihat perempuan itu mendekati datuk lalu mencium tangan datuk dengan diperhatikan oleh perempuan di sebelahnya. Nenek cuma tersenyum saja.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box