SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU

Maziah hanya mendengar saja apa yang diungkapkan oleh mahaguru dengan penuh khusyuk. Kelopak matanya yang pejam celik, setiap kali mahaguru merenung ke arahnya.  Ada keresahan dan kecemasan yang bermain di hatinya. Maziah terus menanam sebuah keyakinan dalam hatinya bahawa apa yang diucapkan oleh mahaguru adalah benar dan mesti dihormati.'


Mahaguru dengan wajah yang tenang meletakkan telapak tangan kirinya ke atas tulang bahu kiri perempuan itu. Mahaguru merapatkan mukanya ke muka Maziah, hampir berlaga batang hidung. Mahaguru tarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskan nafasnya kedalam lubang hidung Maziah dan nafas itu (nafas mahaguru) segera disedut oleh Maziah. Perkara itu diulang sebanyak tiga kali berturut-turut. Maziah hanya mengikut sahaja.


“Bagus.”


Mahaguru menjauhkan mukanya dari muka Maziah dalam jarak antara tiga hingga empat kaki. Maziah hanya senyum sambil mengigit bibir dang menarik nafas. Dari raut wajahnya seolah-olah membayangkan yang dirinya sudah memiliki kekuatan yang tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa pun. 


“Mulai saat ini,” mahaguru menyambung “abadikan dalam mata hati kamu yang aku ini sentiasa di samping kamu. Jangan sekali-kali cuba melupakan muka aku dari ingatan kamu. Dimana-mana kamu berada, fikirkan tentang aku.  Bila mahu tidur cuba berusaha supaya kamu mimpikan aku. Bila kamu dapat buat semuanya ini, kamu selamat dunia akhirat, kamu faham tak? 


“Saya faham.” 


“Bagus, cubalah jadi murid yang baik.” 


Maziah yang sedang menjalani proses menerima tauliah hanya anggukan kepala. Malah dia tidak marah bila mahaguru angkat tangan kiri dan meletakkan ke atas bahu kanannya (Maziah). Dari situ tapak tangan mahaguru menjalar ke pangkal payu dara kanan. Berhenti disitu untuk beberapa detik. 


“Huuhhh keterlaluan.”  .


Orang kanan bersuara. Perbuatan mahaguru yangterkeluar dari batas itu dapat dikesannya. Sebelum menjadi lebih buruk, orang kanan berhak menyedarkannya. Bagaikan ada kuasa ghaib mahaguru terus mengangkat tangannya secepat kilat dari bahu Maziah. 


Tiga tapak mahaguru undur kebelakang lalu memalingkan muka ke arah orang kanannya. Mahaguru tunduk kepala seolah-olah minta maaf atas keterlanjurannya. 


Gelagat mahaguru dan orang kanannya sunguh melucukan. Antara mereka tersembunyi sebuah rahsia. Mereka saling curiga-mencurigai antara satu dengan lain. Dan mahaguru memang manusia yang tidak jujur, suka mencari kesempatan terutama terhadap anak murid perempuan. 


Itulah kesmpulan yang saya buat setelah menliti dengan terperinci watak mahaguru dan orang kanannya. Begitu juga dengan perempuan suruhan, memang tidak boleh diharap. Sentiasa mencari peluang untuk mengenakan orang.


“Sekarang kamu duduk bersla di depan lubang. Kedua belah tapak tangan kamu mesti berada atas dua tempurung kutut. Pejamkan mata dan bayangkan diri aku dalam hati dan diri kamu,” Perempuan yangmahu menjalani ujian segera akur dengan arahan mahaguru. 


Dengan ekor mata mahaguru menjeling ke arah perempuan suruhan. Jelingan itu segera difahami oleh perempuan suruhan. Dia segera mendekati mahaguru. Berdiri di sebelah kanan.


LARUT


Dan malam kian larut, rasa dingin menguasai sekujur tubuh. Di langit, wajah bulan mula dilindungi awan. Suara burung hantu beransur kurang tetapi lolongan anjung lar kian rancak. Suara cengkerik tetap macam tadi, masih hebat berbunyi. Dua tiga kalisaya menguap.


Bulu roma saya tegak berdiri, bila suara burung hantu bertukar menjadi seperti perempuan menjerit danmengilai. Keinginan yang kuat untuk menyaksikan peristiwa selanjutnya membuat saya jadi berani dan keras hati.


Mahaguru pun duduk bersila didepan lubang. Tangan kiranya masih berada di atas bahu Maziah yang sudah pun merapatkan kedua belah kelopak matanya serta mencantumkan telapak angannya atas tempurung lutut kiri dan kanan. Gelas yang berisi rambut, darah dan air limau tetap berada di tangan kanan mahaguru.


Kalau tadi gelas itu sentiasa berada di sebelah kanan, kini mula berubah tempat, berada di tengah-tengah lubang yang digali. Jarak antara punggung gelas yang dibalut dengan kain kuning dengan permukaan lubang lebih kurang setenah kaki.


“Mulakan,”   


Sebaik sahaja mahaguru mengakhiri kata-kata tersebut, perempuan suruhan segera mengelilingi belakang mahaguru dan Maziah sebanyak tiga kali berturut-turut. Langkah pertama dimulakan dengan kaki kiri dan diakhiri juga dengan kaki kiri. Semasa perempuan suruhan mengelilingi Maziah dan mahaguru, bermacam-macam suara ganjil muncul dari kiri kanan dinding buluh


Akhirnya saya terdengar suara harimau mengaum cukup kuat sekali. Serentak dengan itu perempuan suruhan terus duduk bersila menghadapi lubang yang digalinya.


“Sekarang hulurakan tangan kanan kamu, kembangkan jari-jarinya, Bila belakang tangan kamu bertemu dengan kain atau punggung gelas, jangan elakan,” perempuan suruhan terus mencuit bahu Maziah yang terpejam. Maziah segera hulurkan tangan dan mahaguru segera mengenakan punggung gelas dengan belakang tangan Maziah itu.  Keadaan itu berlanjutan hampir dari lima minit.


“Dengar sini Maziah anak Jariah, sepatutnya kamu orang terakhir atau orang ketiga menjalani ujian tetapi kamu dipilih menjadi orang pertama oleh mahaguru kerana beberapa sebab,” perempuan suruhan berhenti bercakap. Dia renung orang kanan dan muka mahaguru. Saya lihat mahaguru anggukkan kepala menyuruh dia meneruskan percakapan.


“Sekarang kau dengar ini baik-baik wahai Maziah anak Jariah. Mulai saat ini kau telah ditauliahkan untuk gelang kuning…,” perempuan suruhan tidak meneruskan kata-kata. Dia memberikan kesempatan kepada orang kanan mahaguru memasukkan gelang yang dibuat dari rotan dan dibalut dengan kain kuning ke lengan Maziah.


Gelang kuning itu ditolak hingga ke pangkal ketiak kanan. Bila lengan baju dijatuhkan gelang itu tidak akan kelihatan. Selesai sahaja orang kanan menjalankan peranannya, perempuan suruhan menyambung kembali tugas yang terhenti. 


“Dengar sini Maziah anak Jariah. Darah kamu akan ditanam bersama gelas berbalut kain kuning. Selagi gelas, rambut dan lain-lain barang yang ditanam tidak reput, selama itulah ilmu kamu tidak akan musnah. Sesungguhnya diri kamu jadi musnah kerana ilmu dunia. Kamu mesti berjaga-jaga dan berhati-hati dari perbuatan manusia. 


“Demi kesejahteraan hidup kamu, turutilah atau patuhi syarat yang ditetapkan pada setiap malam atau Muharram kamu mesti minum darah segar satu gelas. Lepas tu lumurkan muka dan lengan kamu dengan darah. Sebaik-baiknya darah manusia yang kamu bunuh sendiri, tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak. Paling baik darah kanak-kanak yang berusia antara dua hingga lima tahun. Jika kamu tidak menunaikan syarat-syarat ang ditetapkan, kamu akan menderita sakit yang sukar dikesan dan payah sembuh.”


“Pada mula nya kamu tidak selera makan, kamu jadi kurus kering, muka kamu nampak tua dari usia kamu sebenar. Kesudahannya kamu di panah petir atau jatuh dari tempat tinggi. Itu saja yang dapat diterangkan kepada kamu.” Perempuan suruhan pun mengakhiri ungkapan amanat untuk Maziah.


CAKAR


Mahaguru melepaskan gelas dari tangannya, jatuh atas tangan Maziah sebelum jatuh ke mulut lubang yang ternganga. Bila sudah dipasti yang gelas duah berada dalam lubang, perempuan suruhan segera menimbus gelas dengan tanah sehingga rata. Macam tadi, perempuan suruhan menggunakan tangannya untuk mencakar tanah. 


“Buka mata dan bangun,” kata mahaguru. 


Maziah pun membuka mata dan bangun. Perempuan suruhan dan orang kanan hulurkan telapak tangan pada Maziah. Mereka berjabat tangan penuh kemesraan. 


“Kamu sudah tamat,” mahaguru tepuk bahu Maziah dengan penuh mesra.


Mahaguru dan orang kanannya kembali duduk di tempat asal. Perempuan suruhan memerintakan Maziah supaya duduk di sebelah kanan orang kanan mahaguru. Satu penghormatan untuk Maziah yang baru ditauliahkan. 


Setakat ini, belum ada lulus ujian dan menerima tauliah disuruh duduk sebaris dengan orang kanan mahaguru. Saya lihat wajah mahaguru cukup ceria, barangkali dia sudah bertemu dengan murid atau pengikut yang dicarinya selama ini. 


Mahaguru memetik ibu jarinya sambil merenung tajam ke arah perempuan suruhan.


“Teruskan.” 


“Baik,” perempuan suruhan bersuara lembut.


Mahaguru membetulkan duduknya, biar selesa. Dengan jari telunjuk mahaguru meraba hujung misai sebelah kanan. 


“Kamu.” 


Perempuan suruhan menuding jari telunjuknya ke arah lelaki yang ditendangnya tadi supaya mara untuk menjalanu ujian. Lelaki itu disuruh melakukan seperti yang dilakukan oleh Maziah.


“Sekarang kamus mesti melangkah dengan membelakangi mahaguru,” 


Lelaki itu segera menganggukan kepala. 


“Jalan sekarang,” jerkah perempuan suruhan. 


Tanpa membuang masa lelaki itu pun melangkah. Dan saya melihat mahaguru dengan sebilah kapak di tangan terus meluru ke arah lelaki tersebut. Belakang lelaki itu dikapak dengan sekuat hati. 


Ternyata mata kapak tidak dapat melukakan kulit belakang lelaki itu. Cuma bajunya sahaja yang terkoyak. 


“Kamu lulus ujian, sekarang kamu terangkan kepada aku siapa kamu yang sebenar.” Soal mahaguru sambil menyerahkan kapak kepada perempuan suruhan. Mahaguru kembali ketempat duduknya.


“Nama saya Wan Deraman, berasal dari Pengkalan Kubur, Kelantan. Umur baru dua puluh lima tahun. Masih bujang, tak ada kerja tetap. Kadang-kadang ambil upah seludup beras dari Siam ke Kelantan. Kadang-kadang buat kerja tarik kereta, kadang-kadang ambil upah bunuh orang. Kerja bunuh orang saya buat di kawasan Siam terutama di Golok. Dua kali saya ditangkap polis Siam dan Malaysia, saya berjaya melarikan diri.” 


“Siapa ajak kamu kemari?” 


Lelaki itu segera menudingkan hujung telunjuknya ke arah Maziah yang duduk bersimpuh di sisi orang kanan mahaguru. 


“Tujuan kamu kemari untuk apa?” Perempuan suruhan pula menyoal.


Ada rasa keresahan di wajah Wan Deraman. Mungkin dia tidak menduga sama sekali yang perempuan suruhan itu mahu mengemukakan soalan sedemikian. 


“Jawap pertanyaannya, dia bertanya atas perintah aku,” kata-kata dari mahaguru membunuh keraguan yang berputik dalam dada Wan Deraman.


“Menuntut ilmu untuk mencari kekayaan. Saya tak sanggup hidup susah. Orang susah selalu dipandang rendah orang kaya selalu dihormati.” 


Mahaguru tersentak mendengar jawapan dari Wan Deraman. Wajah anak muda itu direnungnya sejenak. Barangkali dia mahu membaca rahsia hati anak muda di wajah yang resah. 


“Untuk kekayaan dan kemewahan, kamu sanggup minum darah dan hempedu perempuan yang mengandung tujuh bulan?” Mahaguru menyoal. 


“Sanggup.” 


“Bagus, aku harap bila balik ke Kelantan, kamu kembangkan ilmu ini. Caranya kamu mesti menjadikan diri kamu ulama berdakwah di samping itu, kamu tanamkan ajaran yang kamu dapat ini pada pengikut kamu,” 


“Baik mahaguru, semuanya akan saya cuba.” 


“Bagus, ambil tempat kamu di sana,” di wajah mahaguru terukir senyuman. Dua tiga kali dia mengurut batang lehernya.


Perempuan suruhan pun menyuruh Wan Deraman duduk berhampiran dinding buluh sebelah kanan. Wan Deraman disuruh duduk bersila, berpeluk tubuh, jangan bercakap sepatah pun. Kalau dilihat apa-apa ganjil jangan ditegur.


“Tarik peti hitam dekat Wan Deraman dan buka didepannya, kalau dia lari kamu tikam dengan lembing inin,” orang kanan keluarkan arahan kepada perempuan suruhan. Kerana perempuan agak lambat bertindak orang kanan naik darah. 


“Cepatlah binatang.” 


“Baik.” 


Perempuan suruhan segera menuju ke peti hitam yang terletak di suatu sudut yang samar. Dengan tali belati peti hitam ditarik ke depan Wan Deraman. Perempuan suruhan terus mahu membuka tetapi dia dihalang oleh orang kanan mahaguru.


“Kenapa?” Perempuan suruhan menoleh ke arah orang kanan. 


“Kamu ambil ini. ”


Orang kanan segera membaling lembing ke arah perempuan suruhan. Bagaikan kilat perempuan suruhna mengelak dan menyambar lembing yang menuju ke dadanya. Kalau dia lambat bertindak, sudah pasti mata lembing terbenam ke dadanya. 


“Teruskan.” 


Dengan tangan kiri perempuan suruhan membuka peti hitam. Di tangan kanannya tersedia lembing yang mata nya menghala ke bahagian perut Wan Deraman. Dia sudah diberitahu dibahagian mana tubuh Wan Deraman boleh ditembusi senjata. Selain dari bahagian tersebut tubuh Wan Deraman tidak mampan oleh sebarang senjata. 


SEKELIP 


Sebaik saja peti hitam dibuka, seekor ular sawa sebesar pokok pinang bergerak keluar secara perlahan-lahan menuju ke arah Wan Deraman yang duduk bersila. Lidah ular yang bercabang dan panjang itu menjilat-jilat seluruh tubuh Wan Deraman. Kepalanya menyondol-nyondol celah kangkang Wan Deraman menyebabkan tubuh Wan Deraman terangkat sedikit.


Dalam sekelip mata sahaja tubuh Wan Deraman terus di lingkaran ular sawa tersebut kecuali bahagian leher dan kepala. Peliknya, sebahagian dari badan ular masih berada dalam peti hitam. Kerana itu saya tidak dapat mengagak berapa panjang badan ular itu. 


Kepala ular dan kepala Wan Deraman berdekatan, sekali pandang kelihatan seperti kepala ular berkembarkan kepala manusia. Lidah ular terus menjilat hidung dan mengucup bibir Wan Deraman yang kelihatan kaku dan pucat. 


“Biarkan dia di situ, teruskan upacara ini. 


Mahaguru bersuara lantang. Perempuan suruhan meninggalkan Wan Deraman yang tubuhnya tenggelam dalam belitan ular sawa. Perempuan suruhan mendekati orang terakhir untuk menjalani ujian. 


“Kamu pula,” 


Orang yang dimaksudkan oleh perempuan suruhan melompat ke depan. Dia berdiri kaku dan tundukkan kepala beri hormat kepada mahaguru ang sedang meniliti susuk tubuh lelaki yang berkulit hitam, rambut kering. 


Di samping bentuk tubuh yang besar dan tinggi lelaki itu memiliki raut muka yang keras. Misai lebat yang tumbuh liar menambahkan wajahnya kelihatan garang semacam. Kedua belah keningnya bebulu lebat. Terdapat parut melintang di pipi kiri yang bermula dari hujung dagu membawa ke pelipis.


Mahaguru terus menatap tubuh lelaki itu dari bawah ke atas. Dan dari atas ke bawah. Perkara itu dilakukannya berulang kali, macam ada sesuatu yang dicarinya disebalik tubuh lelaki yang tegap dan sasa itu. 


Rupa-rupanya orang kanan mahaguru juga turut kagum dengan bentuk tubuh lelaki itu. Dia bagaikan tidak sabar untuk melihat lelaki itu menjalani ujian. 


“Siapa kamu?”


Mahaguru ajukan soalam sambil memperkemaskan silanya. Orang kanannya tersenyum. 


Dari bawah pehanya orang kanan mengeluarkan ekor pari yang hujungnya disalut dengan serbuk kaca yang sudah ditumbuk halus. Dia seperti bersedia mahu menyebat tubuh lelaki itu hingga pecah berdarah. Kemudian dia mahu lelaki itu mengeluh dan mendengus kesakitan. 


Semakin lama tubuh itu direnung, semakin resah dia ditempat duduk. Ada perasaan lain yang bertandang dalam kolam hatinya. Rasa geramnya bertukar menjadi ghairah dan berahi. Dia mengigit bibir dan menahan air liur. Mukanya menjadi merah padam dan sinar matanya membayangkan rasa ghairah yang bergelora dalam sanubarinya. 


Lelaki berbadan besar berkulit hitam secara tidak langsung teransang oleh tindak tanduk orang kanan mahaguru, alam diam-diam lelaki menyorot gerak-geri orang  kanan mahaguru dengan ekor mata kirinya. Lelaki itu terlupa untuk menjawap pertanyaan yang diajukan oleh mahaguru kepdanya. 


“Siapa kamu, kenapa tak jawap pertanyaan aku tadi?” 


Mahaguru segera melenting sambil mengenggamkan penumbuk. Pada saat itu juga orang kanannya melompat lalu meyebat tubuh lelaki itu dengan ekor pari. Lelaki itu mngerang kesakitan, orang kanan mahaguru terkhayal dan merasai kepuasan yang tiada taranya akibat mendengar suara lelaki itu merintih.  Bila dia mahu menyebat tubuh lelaki itu untuk kali kedua, mahaguru segera bangun dan merampas ekor pari dari tangan orang kanannya. 


“Maafkan orang kanan aku.” 


Lelaki itu anggukan kepala. 


Dari bajunya yang rabak, dapat dilihat kesan ekor pari yang membirat biru di tubuhnya.


“Sekarang terangkan siapa kamu yang sebenar,” mahaguru mengemukan pertanyaan. Nada suaranya lembut dan  ada unsur kesal. Orang kanan kembali duduk di tempatnya. Dia tidak mahu merenung muka lelaki itu. Mungkin dia merasa malu kerana idak dapat mengawal perasaannya. 


“Nama saya Osman Garing, anak jati Kampung Sungai Tukang Sidin dekat Teluk Anson (Teluk Intan). Waktu umur enam tahun dibawa oleh orang tua ke Kampung Balun Bidai, dekat Kampung Gajah. Emak saya nama Lijah Langssat. Bapa saya namanya Ali Duku.” Lelaki berkulit hitam berbadan tegap membuka rahsia dirinya. 


“Sudah menikah?” 


“Sudah, saya pernah menikah sebanyak 35 kali.” 


“Ertinya, kamu ada 35 orang bini,” mahaguru tercengang. 


“Iya, semuanya saya ceraikan. Ada yang cerai hidup, ada yang cerai mati.” 


“Ah…..!” mulut mahaguru terlopong.


Rasa kagumnya terhadap Osman garing terbayang di wajahnya. Dua tiga kali mahaguru picit hujung dagunya. 


KOSONG. 


Kamu memang hebat, Osman.” Puji mahaguru, “ceritalah lagi, aku memang senang dengan kehebatan kamu,” sambung mahaguru sambil mengigit bibir. Keningnya di kedutkan dan matanya merenung kosong  ke depan, macam ada sesuatu yang berman dalam kepalanya.


“Saya pernah tidur sebilik dengan empat orang isteri saya. Malah dalam satu masa saya pernah akad denagn dua wanlta sekali gus. Saya boleh melayani empat bini semalam.” ujar Osman Garing. Mahaguru gelengkan kepala. 


“Biasanya saya membuat peraturan, bila saya mempunyai empat isteri dalam satu masa, dua isteri saya terdiri dari janda manakala dua lagi anak dara. Selalunya saya simpan tak lama, lima enam bulan saya ceraikan. 


“Lepas itu kawin lagi.” 


“Iya, saya kawin lagi. 


“Pelik.” 


“Tak pelik mahaguru, caranya mudah saja.” 


“Mudah macam mana, cuba kamu ceritakan.


“Begini, pukul sebelas pagi saya dengan A di kampungnya. Pukul dua petang saya kahwin dengan B di tempatnya. Pukul lima petang nikah dengan C dirumah orang tuanya dan pada sebelah malamnya saya nikah  pula dengan si D. Semua ke empat-empat isteri itu saya bawa pulang ke rumah setelah seminggu bernikah.” 


“Terus bermalam dengan mereka,” maha guru terus ketawa semahu-mahunya, hingga matanya berair. Orang kanan dan perempuan suruhan hanya pasang telinga saja.


“Saya tak bohong mahaguru, setiap malam saya bersama mereka,” beritahu Osman Garing, setelah ketawa mahaguru berakhir.


“Kamu memang hebat tetapi, pada hemat aku, kamu ni bukan kosong. Kalau nak harapkan paras rupa, tak ada betina yang tertarik,” dengan senyum mahaguru membuat andaian.


“Benar mahaguru.” 


“Apa ilmu yang kamu pakai?” 


“Penyeri sendi paku buana.” 


“Hum… suara mahaguru terkulum. 


Dengan tenang mahaguru menarik nafas. Fikirannya berputar dengan kata-kata yang diucapkan oleh Osman Garing. Ilmu Penyeri Sendi Paku Buana, bukanlah perkara asing bagi mahaguru, ilmu itu sering diamalkan oleh pahlawan-pahlawan di kepulauan Melayu yang berhasrat mau menikah dengan puteri-puteri raja atau anak dara orang kenamaan. 


Biasanya, pahlawan yang berjaya menawan puteri raja akan membawa puteri lari ke tempat lain. Dalam waktu tertentu dia akan datang semula ke istana lalu merampas kuasa. Puteri yang dikahwininya dijadikan ketua pemerintah. 


Ilmu ini berasal dari benua kecil India dibawa datang ke Nusantara oleh pengembang-pengembang agam Hindu. Ilmu ini bertapak kuat di Bali dan Taroja dari situ berkembang ke Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu. Bagi menyatukan ilmu ini dengan pengamalnya, setiap hari, terutama waktu matahari naik, pengamalnya harus duduk bertafakur di atas batu besar di tepi muara sambil menghadapkan wajah ke arah matahari naik. 


Bila cahaya matahari memanah muka hingga terpancar peluh, barulah muka dibasuh dengan air tujuh jenis bunga yang sudah diperam semalaman dalam batil. 


Selain dari itu, pengamal ilmu ini terpaksa melakukan pemujaan dalam bilik kecil yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Antara yang dipuja ialah teras kayu yang ditemui  dalam sungai atau lombong. Teras kayu itu mestilah menyerupai tubuh manusia yang kedua belah tangannya lurus ke atas. 


Bila waktu senja teras kayu itu diusap dengan asap kemenyan sambil pengamalnya membaca mentera dalam bahasa sanskrit. Pengamalnya harus mengusap tubuh dengan asap kemenyan. Caranya dupa di letakkan di bawah punggung. Bila sudah yakin yang bau kemenyan sudah sebati dengan bau tubuh barulah si pengamal itu keluar dari bilik rahasianya. 


"Ilmu itu panas,” kata mahaguru.


Osman Garing jolok lubang hidung kiri dengan angan kanan. Kata-kata yang diluahkan oleh mahaguru sekali gus membunuh ingatan yang berkembang dalam tempurung kepalanya. 


“Maksud mahaguru?”


“Kamu yang menuntut ilmu, tentulah kamu tahu pantang larangnya. Kamu mesti tahu tentang kelebihan dan kekurangan ilmu yang kamu pelajari. Mustahil guru kamu tak menceritakan semuanya pada kamu.” 


“Perkara itu, tidak pula diceritakan kepada saya.” 


“Eh, kamu ni. Kenapa berguru kepalang ajar.”


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box