SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI

    Dan Wansi segera bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja lelaki itu hilang dari penglihatan datuk dan Wansi. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan Latifah yang cukup keras dan nyaring. Datuk dan Wansi segera masuk ke dalam bilik Latifah. Latifah Berguling-guling atas lantai, kedua belah tangannya memegang batang leher. Matanya kelihatan merah. Haji Azhar dan isterinya tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menangis. Wansi segera memegang pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai. Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling-guling atau meronta-ronta. Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam. Datuk rapat kepada Wansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi padanya. Datuk keluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitam terselipang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas ke badan Latifah tiga kali berturut-turut.


Datuk duduk di hujung kepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi Latifah ditamparnya dengan belakang tangan. Latifah bangun dan terus duduk.


“Apa yang kau nampak nak?” tanya Wansi.


“Orang hitam mengajak saya keluar,” suara Latifah merendah.


“Lagi apa yang dibuatnya pada kau,” sanggah datuk.


“Dia lari dengan tiba-tiba,” jawab Latifah tenang.


Wansi terdiam seketika. Dia meminta pencil dan kertas. Bila kertas dan pencil sudah ada di tangannya. Dia menulis sepotong ayat al-Quran. Kertas yang sudah ditulinya itu diserahkan pada Haji Azhar.


“Bacalah ayat ini, ke telinga Latifah bila dia agak resah. Dan kau harus mengamalkannya,” ujar Wansi.


“Caranya?” tanya Haji Azhar.


“Baca seratus kali selepas kau sembahyang yang lima waktu, bila dia sebati dengan dirimu, banyak faedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan.” Cukup lebut nada suara Wansi. Serentak dengan itu dia menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang. Menurut Wansi besi itu adalah besi tulang lengan mawas.


“Besi ni saya tinggalkan pada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil balik,” tambah Wansi. Besi tulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke tangan Haji Azhar.


“Untuk apa?”


“Untuk mengubat penyakit anak kau,” sahut datuk.


“Kalau dalam tempoh tiga minggu, anak saya tak baik macam mana?”


“Dengan pertolongan Allah anak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat selama tiga minggu, jangan beri sesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan emaknya,” Wansi memberikan sebuah keyakinan dan harapan pada Haji Azhar.


Haji Azhar tersenyum. Sebelum meninggalkan bilik Latifah, Wansi berpesan pada Haji Azhar supaya mengunci bilik dari dalam. Dan jangan memperhiraukan dengan apa yang berlaku di luar. Haji Azhar angguk kepala.


Rumah Haji Azhar cukup besar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah dengan anjung rumah memang agak jauh juga jaraknya. Pada mulanya Haji Azhar menawarkan dua bilik penginapan untuk kami, tetapi datuk dan Wansi menolak dengan alasan tidur di anjung lebih baik. Tidak panas serta mudah menjalankan kerja-kerja untuk mengubati Latifah.


Saya resah tidak menentu. Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak juga mahu tidur. Lampu gaslin sudah lama dipadamkan. Digantikan dengan lampu minyak tanah sengaja dipendekkan oleh datuk. Cahayanya sekadar cukup menerangi wajah datuk dan Wansi, tetapi lingkaran cahaya lampu itu sampai juga ke muka saya, agaknya kerana itulah saya tidak dapat tidur.


Saya merenung ke arah datuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok daun sambil bercakap sesuatu. Saya mula terdengar kokok ayam bertalu-talu, saya kira sudah hampir pukul dua malam. Dugaan saya tepat sekali. Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam loceng Haji Azhar berbunyi dua kali berturut-turut.


Angin malam yang bertiup menambahkan rasa dingin di badan. Saya terpaksa membengkokkan badan, seperti angka lima. Sayup-sayup saya terdengar suara burung hantu dan suara anjing menyalak panjang. Datuk dan Wansi masih juga belum tidur.


Tiba-tiba, datuk dan Wansi melompat dan lampu padam. Bila datuk menyalakan lampu minyak tanah kembali terdapat batang pisang berkembar dua terletak atas lantai di anjung rumah. Batang pisang itu seolah-olah baru lepas digunakan untuk memandikan mayat. Bila datuk mahu menjamah batang pisang tersebut, cepat-cepat Wansi menyepak tangan datuk.


“Jangan dipegang,” kata Wansi.


Saya menggeletar sendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh dengan sendiri hingga kain yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya berbogel dalam sinar samar-samar cahaya lampu minyak tanah. Wansi yang terpandangkan saya turut tersenyum.


“Kau pergi ke sana,” katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk membawa saya. Tanpa banyak bicara saya akur dengan perintahnya. Saya bersandar pada tiang rumah. Saya lihat dari batang pisang itu keluar asap berkepul-kepul. Dua tiga ekor kelawar hitam berterbangan dengan bebasnya di anjung rumah, kelawar hitam itu kencing, airnya merah macam darah.


Di luar anjung, kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada bayang putih memanjang melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap. Benda putih itu masuk ke dalam kawasan anjung dan hilang betul-betul di tengah-tengan batang pisang. Suasana di luar rumah agak gamat juga dengan bunyi suara kokok ayam, salakan anjing dan suara jampuk bersahut-sahutan. Kelawar yang hinggap di bahagian anjung rumah terus bersuara, cukup seram, giginya yang putih berkilat itu nampak tajam di samping memperlihatkan taringnya.


Saya jadi tidak tentu arah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan-syaitan ini akan meragut nyawa saya. Timbul pertanyaan dalam diri. Dalam keadaan yang serba gawat itu, saya masih dapat membaca beberapa potong ayat al-Quran yang saya kira dapat menghalau syaitan-syaitan itu. Datuk dan Wansi kelihatan tenang memandang batang pisang yang berasap itu.


Wansi berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan kanan yang diangkatnya itu dirapatkan pada lubang telinga kanannya. Sementara tangan kirinya diletakkan atas dada, kaki kanannya, menapak dua tapak ke depan. Manakala kaki kirinya dibengkokkan sedikit.


Wansi menjerit sekuat hati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam loghat bahasa Bawean, selesai dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu berterbangan masuk ke dalam anjung ruamh. Wansi sedikitpun tidak bergerak. Bunyi suara kucing hutan melalak di bawah rumah. Beberapa ekor tupai hitam, entah dari mana datangnya berlompatan di lantai. Semuanya melompat ke tanah. Sebaik saja tupai-tupai itu ghaib, seekor beruk besar muncuk di depan datuk dan Wansi.


Kali ini datuk mara ke depan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak, tentulah datuk tahu, bahawa kawannya itu tidak berdaya menentang cubaan syaitan-syaitan itu. Datuk berpeluk tubuh. Dia membaca mentera hingga tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang di tengah anjung bagaikan diangkat orang, bergerak sendiri menuju ke muka pintu dan hilang dalam gelap.


Tempat batang pisang itu digantikan dengan api yang menyala ganas. Bahang panas itu terasa ke muka saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu memukul ke arah api. Api itu mula runduk. Wansi memukul lagi hingga api itu bertukar mejadi bara sebesar bola pingpong. Bara itu terbang. Berlegar-legar dalam rumah akhirnya keluar menuju ke pondok tempat saya dan datuk serta Wansi bernaung dulu. Pondok itu terbakar.


“Orang ni benar-benar mahu memalukan keluarga Haji Azhar dan mahu membinasakan kita,” kata Wansi sambil melurut langan kirinya dengan tapak tangan kanan. Dalam beberapa saat saja pondok itu hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arah kepala Wansi. Cepat-cepat Wansi mengelakkan diri. Sementara itu, datuk masih berusaha untuk menghalau syaitan-syaitan ganas itu mengikut kemampuan yang terdaya olehnya.


Bara api sebesar bola pingpong terus berlegar-legar dalam ruang anjung. Wansi mula bertindak, saya lihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap dalam bahasa Bawean. Wansi membalut tangan kanannya dengan uncang hitam, kemudian bola bara api itu dipegangnya sekuat hati. Saya lihat tapak tangannya berasap. Saya kira dalam hal ini Wansi lebih gagah dan banyak ilmu dunianya jika dibandingkan dengan kehandalan yang terdapat dalam diri datuk.


Datuk tersandar di dinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk dan mengeluarkan darah yang cukup kental. Saya urut belakang datuk. Wansi meletakkan bola api yang sudah menjadi seketul arang itu di tengah anjung rumah. Dia rapat pada datuk. Dua kali dia menumbuk belakang datuk.


Datuk terbatuk,dari mulut datuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu. Cacing dan ulat bulu itu bergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya ke muka datuk. Datuk segera pulih. Wansi kembali ke tempat arang yang diletaknya. Arang itu masih berasap. Bila asapnya hilang saya lihat ada kepala manusia terletak di situ, Berlilit dengan kain. Matanya terkedip-kedip merenung ke muka datuk, bagaikan minta pertolongan.


“Saya kenal dia Wansi,” kata datuk.


“Siapa manusia ni?”


“Bomoh orang asli, dari batu enam belas, saya pernah bertemu dengannya dua kali,” terang datuk dengan jujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila di depan kepala manusia yang seoah-olah melekap pada papan lantai itu.


“Kenapa kau buat jahat dengan orang?” tanya Wansi.


“Saya dapat upah encik,” jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli bercakap Melayu. Matanya terkelip-kelip macam katak puru kena sembur air. Wansi atau datuk. Biarkan mereka dengan tugas mereka. Saya cuma mahu melihat peristiwa ini sebagai bahan kenangan atau sejarah yang tersimpan dalam diri saya. Itu saja tekad saya.


“Siapa yang mengupah kau?” datuk menyoal.


“Orang kampung ini juga.”


“Siapa namanya.”


“Tak boleh cakap encik, itu sumpah saya,”


“Awak tahu, kerja awak ni menyusahkan saya dan orang lain,” kian keras nada suara Wansi. Datuk mula resah. Dia berpusing-pusing dua tiga kali di depan kepala yang terlekap di lantai.


“Tak tahu encik, dia datang minta tolong, katanya orang itu meludah mukanya waktu dia usik-usik untuk ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya ingat perbuatan orang itu tak baik menghina sesama manusia kerana itu saya tolong dia.” Bagaikan mahu berbuih mulut orang itu bercakap, cukup siksa.


Datuk dan Wansi berbisik. Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak-gerak. Mukanya berpeluh-peluh. Dua tiga helai rambunya gugur. Suasanan malam yang tadi agak gawat sekarang sudah cukup tenang.


“Awak mesti bercakap betul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala awak di sini,” Wansi mula mengugut. Datuk mengigit bibir.


“Jangan buat jahat dengan orang encik.”


“Saya tak buat jahat, awak yang mulakan dulu.”


“Saya mengaku, saya dah kalah, encik kuat. Apa yang encik mahu sekarang?”


“Jangan kacau orang di baruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di baruh yang upah awak?”


“Baiklah encik, kalau saya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak balas dendam.”


“Kami tak mahu balas dendam, kami cuma mahu tahu saja.”


“Orang itu akan datang sendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh dia jumpa encik,”


“Bila?” potong datuk dengan cepat.


“Dua hari lagi.”


Selesai saja orang itu bercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan uncang yang dibuat dari kain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik Haji Azhar berbunyi empat kali berturut-turut. Dingin subuh mula meresap ke batang tubuh saya. Dalam kedingannan yang menggigit tulang itu saya terlelap . Bila saya membuka kelopak mata, matahari pagi sudah pun memancarkan sinarnya di halaman rumah. Murai dan merbah sudah pun berhenti berkicau.


Datuk dan Wansi duduk bersila panggung sambil menghisap daun rokok nipah. Mereka merenung ke arah pondok yang tertegun gagah di bawah kelopak matahari pagi. Kepala saya terasa pening kerana malam tadi saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri pondok itu musnah dijilat api. Apakah saya bermimpi atau ditipu oleh perasaan takut yang menguasai diri saya. Timbul berbagai pertanyaan dalam hati kecil saya.


“Kenapa pondok ini tidak hancur tok, malam tadi saya lihat terbakar,” itulah pertanyaan pertama pagi itu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka saya sambil tersenyum.


“Memang terbakar, tetapi dibakar oleh syaitan,” balas datuk.


Saya terdiam. Memanglah perkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan pada sesiapapun tidak ada orang yang percaya sedangkan pada kenyataannya saya melihat kejadian-kejadian itu sendiri.


Bila datuk melihat daya termenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan menyatakan apa yang saya lihat itu, bukanlah satu perkara yang aneh. Semuanya terjadi atas kemahuan Allah yang maha besar.


“Allah itu maha pemurah dan penyayang.”


“Jadi,” tingkah saya.


“Dia akan memperkenankan apa juga yang diminta oleh mahkluknya sama ada jahat atau baik.”


“Kalau minta jahat bagaimana?”


“Dipenuhinya dan tanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia kita diberikan fikiran untuk meminta sesuatu yang baik atau jahat.”


Saya pun angguk kepala mendengar cakap datuk itu. dalam masa yang sama Haji Azhar minta datuk dan Wansi duduk sebulan di tempatnya.


“Minta maaf, saya banyak urusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat kerana ada orang yang akan datang ke sini?” Saya lihat wajah Wansi cukup tenang.


“Siapa?” soal Haji Azhar.


“Nantilah saya beritahu kemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana saya belum lagi membuat persiapan untuk…’” suara Wansi terhenti. Dia merenung keluar pada pepohon rambutan dan langsat yang disentuh angin pagi. Matahari terus bersinar garang.


“Nak ke mana selepas mengubat anak saya ni?”


“Saya nak berangkat ke Tanah Suci,” jawapan Wansi itu amat mengejutkan hati datuk. Memang sebelum ini, Wansi tidak pernah menceritakan hal itu padanya. Saya merasa amat kagum dengan datuk dan Wansi yang tidak mahu menceritakan apa yang di alaminya malam tadi pada Haji Azhar. Meskipun Haji Azhar bertanya beberapa kali. Seolah-olah mereka sepakat merahsiakan perkara itu.


Bagi menanti hari Jumaat yang ditunggu, saya dan datuk serta Wansi ke Cangkat Banjar dan Cangkat Melintang mencari akar-akar kayu dan pucuk-pucuk hutan. Akar-akar kayu yang dipilih itu dijadikan minuman menggantikan kopi, sementara pucuk-pucuk kayu dijadikan air pembasuh muka selepas menunaikan sembahyang subuh.


Menurut Wansi akar-akar kayu itu berguna bagi mencegah sakit buah pinggang, darah tinggi. Pucuk-pucuk hutan pula berkesan bagi perjalanan darah di samping mengkalkan wajah supaya kelihatan muda dan merah.


Memang sudah menjadi amalan dalam hidup datuk selepas menunaikan sembahyang subuh, dia akan membaca Quran. Begitu juga dengan Wansi. Saya disuruh oleh datuk membaca surah Yassin. Kelam-kabut juga saya dibuatnya oleh datuk. Bagamana tidak menggelabah bila datuk menyuruh saya membaca surah Yassin tanpa naskah Yassin Bila melihat saya dalam keadaan cemas begitu. Wansi memberikan naskah Yassin pada saya.


“Kau mesti ikut macam datuk kau, boleh baca Yassin tanpa buku,” ujar Wansi.


“Dah diajar, tapi cucu saya ni keras kepala sikit,” tingkah datuk. Disambut dengan ketawa yang memanjang dari Wansi.


Ketika matahari mula bersinar. Dari muka jalan masuk ke rumah Haji Azhar, kelihatan seorang pemuda berbadan tegap mendatangi ke arah datuk dan Wansi. Sebaik saja sampai di kaki tangga pemuda itu memberi salam. Wansi mempersilakannya naik.


“Jangan mengapakan saya, malam tadi saya tak boleh tidur, badan saya macam tebakar hangat sampai ke pagi,” terus terang pemuda berkulit hitam manis, berhidung mancung, rambut ikal itu meluah kan rahsia dirinya. Wansi dan datuk berpandangan.


“Badan saya masih terasa dingin, walaupun matahari bersinar terang, kabus nipis kelihatan keluar dari bumi di antara pepohon manggis dan langsat. Suasana di Kampung Belanja kiri pagi itu terasa cukup tenteram dengan kicau burung. Melompat dari dahan ke dahan.


“Apa sebabnya awak datang ke sini?” datuk bersuara parau.


“Sayalah yang mengupah bomoh orang asli memasukkan kain batik ke dalam perut anak Haji Azhar,” sambung pemuda itu sambil merenung lantai. Wansi memperkemaskan silanya.


“Kau harus tahu membuat atau menganiaya sesama manusia satu dosa besar. Allah tidak dapat mengampunkannya sekiranya orang yang kena aniaya itu tidak memaafkannya,” terang Wansi.


“Saya tahu, saya bertaubat tuan, saya melakukannya kerana mengikut nafsu.” Sebaik saja pemuda itu selesai bercakap. Haji Azhar dipanggil oleh Wansi. Haji Azhar pun segera datang. Duduk bersila di antara datuk dan Wansi.


“Inilah orang yang saya tunggu,” kata Wansi pada Haji Azhar. Bila mata haji Azhar terbeliak. Dia kenal benar dengan pemuda itu, pernah berkerja dengannya sebagai pemandu bot penambang dari Belanja Kiri ke Pekan Parit, di seberang tebing Sungai Perak, Haji Azhar tahu pemuda itu boleh bergerak bebas dalam kawasan rumahnya. Orangnya pendiam dan bersopan-santun.


“Apa, dia keluarga awak?” Satu pertanyaan keluar dari mulut Haji Azhar.


“Tidak tuan Haji,” pendek jawab Wansi.


“Habis kenapa dia jumpa awak.”


“Usah tanya tentang hal itu, kalau awak sayangkan anak awak, jangan rosakkan budak ni, jangan dipukul atau membalas dendam.”


“Saya tak faham.”


“Saya boleh beri awak faham, tapi awak jangan membalas dendam kerana perbuatan itu ditegah oleh agama kita yang suci, kalau awak boleh memenuhi syarat ni, awak akan bahagia hidupnya dan pemuda ini akan tenteram jiwanya.”


“Saya berjanji,” satu keputusan tegas dari Haji Azhar.


Datuk serta Wansi berdiri. Pemuda dan Haji Azhar duduk berhadapan sambil bersalaman, waktu salam keduanya belum terbuka. Datuk membaca ikrar yang bermaksud, bahawa Haji Azhar tidak akan membalas dendam dan pemuda itu akan bertaubat. Selasai saja ikrar itu dibuat, barulah Wansi menceritakan apa yang dilakukan oleh pemuda itu terhadap anaknya. Badan Haji Azhar saya lihat menggigil menahan marah.


Bila semua urusan selesai. Pada sebelah malamnya diadakan kenduri doa selamat. Dan pada keesokan harinya kami bertiga pun berangkat meninggalkan Kampung Belanja Kiri. Dua bulan lepas itu, saya dijemput oleh Haji Azhar datang ke rumahnya lagi sekali, untuk menyaksikan Latifah bersanding dengan pemuda yang dipilih oleh Haji Azhar.


Dengan pemuda pilihan bapanya itu, Latifah memperolehi dua orang anak. Sekarang Latifah menetap di Kulai, Johor. Menurut cerita yang terbaru saya dengar, anak sulung Latifah sudah melahirkan dua orang anak. Haji Azhar meninggal dunia dalam tahun 1980 di Belanja Kiri kerana sakit tua, isterinya masih lagi hidup dan tinggal bersama Latifah.


Pemuda yang mengupah bomoh siam itu meninggalkan kampung Belanja Kiri, sesudah meminta ampun dan maaf pada Haji Azhar. Walaupun perkahwinan Latifah pada hari itu cukup meriah tetapi datuk tetap berwajah suram, kerana Wansi yang banyak berjasa pada keluarga Haji Azhar tidak dapat datang. Dia meninggal dunia di Tanah Suci.


Dua hari selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Azhar itu, saya dengan datuk pergi ke Cangkat Pinggang dekat Kampar kerana urusan membeli tanah dusun. Dua malam tidur di rumah ketua Kampung Cangkat Pinggan. Lepas itu kami bertolak ke Tapah. Di Tapah datuk menginap dua hari di rumah kawannya di Lubuk Katak kira-kira suku batu dari Pekan Tapah.


Pada keesokan harinya saya dengan datuk bertolak dari Pekan Tapah menuju ke Cameron Highlands. Sampai di Batu enam belas datuk memetik loceng bas. Kami turun di situ. Dari gigi jalan kami memasuki satu lorong yang kiri kanannya di tumbuhi pokok-pokok hutan. Di hujung lorong itu terdapat sebuah perkampungan orang asli.


Tidak jauh dari kampung orang asli pada masa itu, terdapat berberapa buah bangunan pekerja-pekerja yang terlibat dengan pembinaan projek haidro elektrik. Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada pemuda-pemuda Melayu terutama di bahagian buruh kasar seperti menebuk terowong dan meratakan batu. Pergerakan pekerja-pekerja itu dapat dilihat dengan mudah dari perkampungan orang asli yang terletak di kawasan tanah yang tinggi. Sekarang projek itu sudah siap.


Kedatangan saya disambut dengan baik oleh bomoh orang asli yang berwajah agak garang itu. Namanya Bah Lanjut. Dia mempersilakan saya dan datuk duduk di anjung rumahnya. Apa yang mendatangkan rasa kurang senang dalam diri saya, bila melihat anjing kepunyaannya berkeliaran dalam rumah. Hati saya agak terhibur kerana dari radionya terdengar suara Saloma mendendangkan lagu Mengapa Dirindu yang menjadi lagu top ketika itu.


Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam pertemuan itu Bah Lanjut berkali-kali minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada dirinya untuk datuk.


Hasratnya itu tidak ditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan ilmu yang dituntut itu tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah. Bagi tujuan itu, datuk dan saya terpaksa tinggal di perkampungan orang asli itu selama dua minggu. Di sini tugas saya bertambah lagi, terpaksa menjadi tukang masak pada datuk di samping berburu ayam hutan dan pelanduk untuk lauk makan tengahari dan malam, beras disediakan oleh Bah Lanjut hasil dari tanaman padi humanya di lereng bukit.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box