SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM

    Di luar hujan turun mencurah-curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah. Cahaya kilat yang masuk ke dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut dan saya. Bila bunyi hujan beransur reda, diganti pula dengan bunyi angin yang cukup keras melanggar dahan dan reranting pokok hutan. Api pelita melintuk-liuk mengikut arah tiupan angin. Bagi menyelamatkan api pelita dari padam, Bah Lanjut segera menaruh daun bertam muda di sekelilingi badan pelita.


Beberapa bahagian daripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi mendapatkan cahaya dari pelita tersebut. Di luar hujan sudah berhenti terus. Angin sudah tidak sekeras tadi merempuh reranting dan dedahan pokok hutan. Bunyi cengkerik cukup gamat. Sekali-sekala terdengar lolongan anjing hutan sayup-sayup. Bunyi suara burung tukang cukup nyaring. Saya melihat jam saku datuk yang bertali tembaga di hujung lututnya.


Waktu Bah Lanjut memperkemaskan silanya, saya dengar raungan harimau cukup nyaring bersama tempikan gajah. Tanpa diminta oleh datuk, Bah Lanjut perkenalkannya dengan pemuda yang membalas dendam pada anak Haji Azhar. Menurut Bah Lanjut, seorang asli membawa pemuda itu menemuinya dan menceritakan apa yang di alami oleh pemuda itu hingga timbul rasa balas di hatinya.


“Saya menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina,” nada suara Bah Lanjut penuh kesal. Datuk tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan peristiwa tersebut.


“Lupakan tentang tu, mari kita cerita tentang hal lain,” ujur datuk sambil melagakan gigi bawah.


Bah Lanjut melunjurkan ke dua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut bertemu dengan dinding pondok yang diperbuat dari kulit kayu Merbau dan Jelutung.


“Ilmu kita bukan untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolong orang,” keluh Bah Lanjut.


“Ilmu kita pun begitu juga,” tingkah datuk.


Beberapa ekor nyamuk hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya resah dengan kedatangan nyamuk itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya lihat nyamuk yang berterbangan itu menuju ke arahnya Bah Lanjut menadahkan kedua belah tapak tangannya. Nyamuk-nyamuk jatuh atas tapak tanganya.


“Pulanglah,jangan kacau kami,” kata Bah Lanjut Nyamuk di tapak tangan segera terbang menuju ke arah tepi dinding dan terus keluar.


Bunyi suara cengkerik di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah dingin. Dua kali saya menguap panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus bercakap.


“Mahu awak menuntut ilmu pengasih?” kelopak mata saya terasa ringan, mata saya bersinar merenung ke arah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke arahnya, kepala lutut saya dengan kepala lutut Bah Lanjut berlaga.


“Caranya?” soal datuk. Hati saya cukup gembira, saya memang mengharapkan Bah Lanjut menurunkan ilmu itu pada datuk dan sekali gus saya akan dapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup baik untuk saya, bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih bakal isteri dari anak dara yang wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya di panggil untuk temuduga sebarang pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya.


Orang menemuduga saya akan kasih pada saya, lalu memberikan pekerjaan, walaupun tidak ada kelulusan, fikir saya dalam hati.


Bah Lanjut mengunyah sesuatu didalam mulut. Saya tidak tahu apa yang dikunyahnya.


“Ilmu tu saya tak mahu, bagilah saya ilmu-ilmu lain,” ujur datuk secara tidak langsung membunuh harapan yang bertunas dalam hati saya. Saya mengeluh dan datuk tersenyum merenung ke arah saya, bagaikan dia tahu, apa yang bergolak dalam dada saya.


“Kalau awak tak mahu, berikan pada cucu awak,” Bah Lanjut mengemukakan cadangan. Lagi sekali, saya Iihat senyum datuk bermain di bibir.


“Jodoh pertemuan dan rezeki di tentukan oleh Allah yang maha besar,” datuk menepis cakap Bah Lanjut.


“Kita disuruh berusaha.”


“Bukan dengan cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak buruk baiknya, terutama kalau terlepas ke tangan orang muda.”


“Tujuannya baik.”


“Memang tujuannya baik, tujuan baiknya sikit sangat. Tujuan yang jahat yang banyak di lakukan, ilmu tu banyak penggodanya.”


“Jadi, awak tak mahulah. Kalau awak mahu, boleh saya bawa naik bukit dan guna mencari ibu minyaknya.”


“Terima kasih sajalah tok batin,” suara datuk merendah.


Bah Lanjut terdiam. Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu dan jampuk bersahut-sahutan di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi orang berjalan di bawah pondok. Malam bertambah larut. Datuk bangun, lalu membuka pondok. Datuk terkejut. Dua tapak dia undur ke belakang. Muka datuk pucat. Bah Lanjut menerkam ke arahnya.


Saya juga menerkam ke muka pintu. Kaki kami bagaikan terpaku di lantai. Di muka pintu, terjegat satu lembaga berbulu hitam tebal. Dahi lembaga itu berbulu, lubang hidungnya cukup luas. Gigi putih lembaga itu menyeringai, bagaikan mahu menelan kami. Saya amati lembaga itu lama-lama. Bentuknya macam seekor monyet besar. Tiba-tiba, Bah Lanjut bergolek diatas lantai menuju ke arah pelita. Dia cabut daun bertam, lalu membakar kain pelikat datuk yang tersangkut dekat dinding. Dengan mendadak saja api marak dalam pondok kami. Dan lembaga yang berdiri dikaki tangga bersuara, bagaikan suara beruang jantan tercium buah kelubi.


Lembaga itu menggawang-gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Kemudian lengannya yang berbulu itu menutup kedua belah matanya. Lembaga hitam itu menjerit dengan sekuat hatinya, lalu menendang dinding dekat pintu. Dinding yang dibuat dari kulit kayu itu runtuh dan pecah berkaca. Lembaga itu melompat ke tanah dan diikuti dengan bunyi kayu tangga patah. Lembaga itu pun hilang dalam kegelapan malam yang pekat itu.


Datuk, saya dan Bah Lanjut kembali duduk di ruang tengah pondok, sesudah api yang membakar kain pelikat datuk dipadamkan.


“Apa bendanya tu tok batin?” soal datuk dengan tenang. Bah Lanjut terdiam. Dia merenung liar ke kiri dan ke kanan.


“lnilah masalah yang kami hadapi sekarang,” bisik Bah Lanjut pada datuk. Datuk angguk kepala. macam itik angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri. Bimbang benar hati saya, kalau lembaga hitam itu datang lagi.


“Saya harap awak boleh menolong kami dalam hal ini?” Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya. Datuk merenung lantai yang terbuat dari buluh itu. Bah Lanjut nampak resah. Sesekali dia membetulkan parang yang tersangkut di pinggangnya.


“Benda tu, cuma takut pada api saja,” sambung Bah Lanjut dengan rasa kesal. Dan barulah saya faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki lantai, orang asli membakar kayu besar yang dilonggokkan di sekeliling rumah mereka.


Api dibiarkan menyala hingga ke subuh. Bah Lanjut berjalan ke hulu ke hilir dalam ruang pondok. Berhenti dekat bendul pemisah, antara ruang tengah dengan dapur. Dia duduk dekat bendul sambil menakik -nakik kayu bendul dengan parang kontotnya. Datuk hanya memperhatikan saja tingkah laku Bah Lanjut. Dari gerak-geri itu, datuk dapat meramalkan, bahawa penghulu orang asli itu diamuk rasa resah yang tidak menentu. Bah Lanjut merenung ke arah Datuk. Datuk angkat kepala lalu pandangan mereka bertembung.


“Yang kita bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutama anak-anak dara,” Bah Lanjut mengeluh.


“Sebab?”


“Binatang sial tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya di kampung bukit sebelah mati kerananya.”


“Dahsyat tu.”


“Kerana itulah, kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupun saya handal tetapi dalam hal ni, saya mengaku kalah,” Bah Lanjut mengakui kelemahan yang terdapat pada dirinya. Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan badan di atas lantai buhuh. Bah Lanjut bangun ambil kain dari dalam beg datuk. Kain itu dicampakkannya pada saya.


“Selimut badan kau, sejuk ni,” ujarya sambil ketawa kecil. Bah Lanjut terus mendekati datuk. Mereka bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itu dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya, walaupun kelopak mata saya pejam rapat.


Fikiran saya berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar itu menari-nari dalam kepala saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itu datang, lalu membawa saya ke tempatnya? Barangkali lembaga itu memakan daging manusia. Apakah daging peha saya akan dibahamnya?


Semuanya berlegar-Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap dengan Bah Lanjut. Saya pusing kanan. Setiap kali badan saya bergerak, lantai buluh tetap berbunyi kiuk-kiuk. Bila bunyi itu terdengar berturut-turut kali,saya terasa seronok, macam satu nada irama lagu yang terjadi tanpa penciptanya.


Bah Lanjut memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali masuk ke dalam perkampungannya, malah satu ketika anak buahnya hampir berjaya memberkas lembaga hitam itu dengan mengepungnya, tetapi lembaga itu berjaya menghilangkan diri dengan berpaut pada dahan meranti condong. Menurut Bah Lanjut, setiap kali lembaga hitam datang, mesti diiringi dengan bunyi burung hantu atau salakan anjing hutan.


“Begini saja, esok kita cari kesan tapak kakinya,” datuk memberi satu keputusan yang muktamad. Dan Bah Lanjut bersetuju dengan cadangan datuk itu.


“Sampai ke mana?” soal Bah Lanjut 


“Sehingga mana yang boleh kita cari,” batas datuk. Bah Lanjut anggukkan kepala. Mereka terus bercakap. Gegendang telinga saya sudah tidak mampu mahu mendengar perbualan datuk dengan Bah Lanjut. Saya terlelap. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat Bah Lanjut sudah tiada dalam pondok.


Datuk saya Iihat masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh datuk tidur. Saya kira dia sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali. Pagi itu, sembahyang subuh, datuk terus mengajak saya mandi air embun. Pagi di perkampungan orang asli cukup mengesankan. Saya melihat matahari terbit di puncak banjaran gunung titiwangsa, kabus nipis berarak menuju ke dada langit, kicau burung hutan dan ayam hutan bersahut-sahutan.


Lepas mandi air embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas. Bila matahari sudah meninggi, sayup-sayup terdengar bunyi suara jentera dan pekerja hidro-elektrik dan di turuti dengan bunyi ledakkan yang cukup kuat.


“Apa benda tu tok?” tanya saya.


“Dia orang tebuk bukit buat terowong air,” begitulah datuk memberi penjelasan. Saya melihat ke arah bunyi ledakkan itu, saya lihat ada asap berkepul naik ke udara.


Selesai makan ubi bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui datuk. Dia mengajak datuk mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang ke pondok malam tadi.


“Boleh, nanti saya tukar pakaian,” jawab datuk.


Saya dan datuk pun naik ke atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia memakai seluar pendek kuning, berbaju hitam dengan parang kontot tersangkut di pinggang. Sumpit panjangnya tersandang di belakang.


Saya dan datuk turun ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar pondok. Saya terjumpa kesan tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki gajah, mempunyai empat jari. Saya segera memberitahu datuk dan Bah Lanjut.


“Memang inilah tapak kakinya,” kata Bah Lanjut sambil menguis dedaun di kelilingi tapak kaki itu. Bah Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatu dari muka tanah.


“Inilah bulunya,” pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk.


Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari tapak tangan Bah Lanjut ke tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam keras itu. Bila bulu itu terkena sinar matahari, warnanya menjadi perang. Datuk menyerahkan bulu itu pada Bah Lanjut. Dan Bah Lanjut memasukkan ke dalam buluh yang tersangkut di pinggang sebelah kirinya. Berpandukan kepada kesan tapak kaki itu, kami bergerak menuju ke arah barat daya. Datuk dan Bah Lanjut menemui beberapa ranting kayu patah kena pijak. Dua tiga pokok hutan kelihatan terkulai, bagaikan dirempuh sesuatu. Kesan itu hilang disebuah lurah menghala ke sebuah anak bukit yang dipisahkan oleh sebatang anak sungai dengan perkampungan orang asli.


Matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kaki lembaga itu tidak dapat di kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat keputusan pulang saja ke pondok. Datuk memberi janji akan menolong Bah Lanjut mengatasi masalah tersebut, demi keselamatan anak buahnya. Dan Bah Lanjut juga memberi ikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk menangkap atau mengusir lembaga hitam itu.


Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi putih berbucu depan belakang, seakan-akan bentuk topi keledar menanti kami. Mereka bercakap sesama sendiri.


“Apa halnya ni,” tanya Bah Lanjut. Kelima-lima pemuda itu diam. Mata mereka merenung tepat ke arah saya dan datuk . Salah seorang daripada pemuda itu berbadan tegap, berkulit hitam manis menghampiri saya.


“Awak orang asli atau orang Melayu?” tanyanya dengan berbisik pada saya. Saya tersenyum. Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak dapat membezakan saya dan datuk dengan orang asli.


“Saya orang Melayu,” jawab saya.


“Itu datuk saya,” muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah.


Dia hulurkan tangan, bersalam dengan saya dan datuk .


“Saya Zamri,” katanya pada datuk .


“Awak orang mana?”


“Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini.” Mendengar cakap pemuda itu, datuk angguk kepala dan tersenyum. Datuk lalu mempersilakan mereka duduk di atas tunggul kayu di halaman pondok. Bah Lanjut berdiri di depan kumpulan pemuda tersebut. Saya terus duduk di sisi salah seorang anak muda yang berkulit hitam, berhidung mancung.


Tanpa diminta anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal dari Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh hidro elektrik di situ.


“Apa halnya?” tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba-raba batang hidungnya.


“Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas,” katanya.


Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja-pekerja di situ memang selalu menemuinya jika ada menghadapi kesulitan seperti itu.


“Kenapa tak bawa jumpa doktor?” datuk menghadapkan pertanyaan itu pada Zamri. Bah Lanjut menggosok-gosok ulu parang kontotnya.


“Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa ke Hospital Tapah, tetapi kami terpaksa tunggu kereta.”


“Dia mana kawan awak tu?” saya pula bertanya.


“Ada dekat setor, menanti kereta.”


Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut mengajak kelima-lima pemuda itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena patuk ular itu. Setelah meredah hutan dan menuruni dua buah anak bukit, akhirnya saya, dan datuk dan Bah Lanjut sampai ke belakang setor. Di situ, saya lihat seorang pemuda terbaring atas pangkin. Seorang lelaki berbangsa Jerman berdiri di sisinya. Pangkal peha pemuda yang baru berusia lebih kurang dua puluh lima tahun itu diikat dengan kain kuat-kuat. Lelaki berbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu di bahagian bawah peha yang sudah diikat itu.


Pemuda yang malang itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak. Kedua kelopak matanya rapat. Zamri menghampiri lelaki Jerman yang berbadan tegap. Mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Dua tiga kali orang Jerman itu geleng kepala. Zamri terus juga bercakap akhirnya orang Jerman menghampiri datuk.


“Migiteis,” ujur lelaki itu. Datuk angguk kepala. Lelaki itu bercakap sesuatu pada datuk. Saya lihat kelopak mata datuk pejam celik. Dia tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh orang Jerman itu. Bahasa yang diucapkan oleh orang Jerman itu terlalu asing buatnya.


“Ini ketua kami, dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan yang malang itu, mengikut cara kampung, sementara menanti kereta yang akan membawanya ke rumah sakit Tapah,” Zamri menjadi juru bahasa pada datuk dan Bah Lanjut.


Orang Jerman yang berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut. Bila orang Jerman itu meninggalkan bahagian belakang setor menuju ke pejabat kecilnya bengkel membaiki lokomotif, Bah Lanjut memerintahkan Zamri dan kawan-kawannya mencari batang tepus dan pokok pisang karok (pisang hutan) serta daun langkah dengan secepat mungkin.


Tidak sampai dua puluh minit, barang-barang yang dikehendaki oleh Bah Lanjut itu diperolehi, pemuda malang di atas pangkin di bawa kesatu tempat lapang berdekatan dengan pokok jelutung mati dahan. Bah Lanjut meletakkan barang-barang yang dikehendaki di sekeliling pangkin.


“Pukul berapa?” tanya saya pada Zamri.


“Dekat pukul dua petang,” jawabnya, tiba-tiba datuk menepuk bahu saya menyuruh saya diam. Bah Lanjut mengambil batang tepus lalu dipukul ke pangkal pokok pinang hutan, dipalu ke tanah tujuh kali. Manakala pucuk daun langkap dikoyak-koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya.


Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya dan datuk serta kawan-kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar. Muka Zamri dan kawan-kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau-kalau yang kena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.


Dia bercakap dalam bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya. Lepas itu dia mengambil sehelai daun berhampiran tempat tersebut lalu meniupnya. Bunyi tiupan dari daun itu cukup nyaring dan sakit gegendang telinga saya dibuatnya. Bah Lanjut terus meniupnya tanpa berhenti-henti. Peluh di dahi dan di belakang mula keluar. Tiba-tiba saya melihat beberapa ekor ular keluar dari hutan kecil di belakang kami, semuanya meluru ke arah pangkin pemuda malang itu. Anehnya, ular itu berpatah balik kedalam hutan.


Bah Lanjut terus meniup daun tanpa berhenti-henti. Tanah lapang dekat pangkin pemuda malang itu, sudah pun di penuhi dengan berbagai bentuk ular, beberapa ekor ular menjalar dan memanjat belakang Bah Lanjut yang meniup daun. Saya berasa takut, belum pernah saya melihat ular sebanyak itu dengan beranika rupa dan bentuk. Saya kira semua ular di dalam hutan sekitar itu berkumpul di situ.


Dada saya berdebar, tanpa memperdulikan kami, ular-ular terus berkeliaran keluar dan masuk ke dalam hutan belakang. Kami tidak bergerak. Kami benar-benar jadi tunggul buruk. Saya jeling kemuka datuk. Saya lihat wajahnya tetap tenang. Ular berkeliaran di kaki pangkin. Bah Lanjut terus meniup daun, ular yang begitu banyak di tanah lapang beransur kurang.


Kawan Zamri yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang matahari yang keras. Dalam beberapa saat saja, semua ular yang ada di situ ghaib semuanya. Bah Lanjut duduk kembali, dia terus meniup daun dengan sekuat hatinya. Seekor ular hitam, sebesar lengan kanan saya merayap keluar dari hutan di belakang kami. Ular itu bergerak malas menuju ke arah Bah Lanjut. Ia berhenti betul-betul di depan Bah Lanjut. Ular itu panggungkan kepala di depan muka Bah Lanjut.


Kepala Bah Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sama parasnya. Ular itu mematuk leher atau kepala Bah Lanjut. Ular hitam yang nampak berkilat di sinar matahari itu merebahkan badannya atas tanah seketika, kemudian panggung kepala lagi. Perbuatan itu dilakukannya sebanyak tiga kali berturut-turut. Nada tiupan dari Bah Lanjut beransur perlahan, iramanya yang tadinya keras berubah pada nada irama yang agak sayu sedikit.


Ular hitam di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak dengan bebasnya di atas tubuh kawan Zamri yang terkapar di situ. Ular itu berhenti betul-betul di bahagian dada kawan Zamri yang malang.


Ular panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambah Iemah, ular hitam rebahkan kepala Ialu merayap ke celah peha kawan Zamri dan berhenti di situ.


Saya Iihat ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri, lama juga ular itu mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi tiupan dari daun di celah mulut Bah Lanjut bertambah perlahan.


Ular hitam berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yang amat perlahan sekali. Sebaik sahaja ular hitam itu sampai di hadapan Bah Lanjut, ular hitam itu sudah tidak bergerak Iagi. Bah Lanjut menerkam ke arah kawan Zamri di atas pangkin, daun hutan yang di buat serunai dikelapkan bahagian betis kawan Zamri yang di patuk ular itu. Bah Lanjut menepuk dada kawan Zamri. Kawan Zamri di atas pangkin menggerakkan kaki dan tangan. Bah Lanjut menggamit kami datang ke arahnya.


“Dia dah sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang mematuknya,” kata Bah Lanjut, kawan Zamri yang malang pun bangun. Dia turun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari Batu Tiga PuIuh Dua pun sampai dan orang Jerman yang mengetuai pekerja di situ datang ke arah kami, mukanya bengis, dia memaki Zamri dan kawan-kawannya kerana membawa pemuda yang kena patuk ular ke tempat lain tanpa memberitahunya.


Orang Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu sudah boleh berdiri serta berjalan ke arahnya dan terus bersalam dengannya. Orang Jerman memeluk datuk dan Bah Lanjut sebagai tanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan pekerjanya.


“Beri dia berehat duIu, petang esok saya datang lagi,” kata Bah Lanjut pada Zamri. Bah Lanjut mengambil bangkai ular hitam itu dan dibelitkannya ke leher.


“Buat apa?” tanya duduk penuh ragu.


“Mesti ditanam,” jawabnya. Datuk dan saya berpandangan.


“Ilmu inilah yang mahu saya tuntut dari awak,” datuk menyatakan hasratnya.


“Boleh, tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam dulu.”


“Saya cuba tok batin.”


Kami pun meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik menuju ke arah perkampungan orang asli. Sebaik sahaja sampai di pondok, datuk terus duduk di atas tunggul buruk di hadapan pondok. Bah Lanjut terus pulang ke rumahnya.


Saya terus masuk ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih saya tertidur. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk membincangkan sesuatu dengan Bah Lanjut. Saya segera mendapatkan mereka.


“Malam ini, kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke kampung lain dekat Kampung Raja di Tanah Rata,” datuk memberitahu saya. Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka saya.


“Di kampung orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembaga hitam.” Bah Lanjut menerangkan kepada saya.


“Walaupun begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu datang,” terang Bah Lanjut. Saya angguk kepala.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box