SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET

    Langit di Batu Enam Belas Jalan Tapah, Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjut dan datuk terus berjaga di pangkal pokok Jelutung patah dahan. Saya terus mencampakkan dahan dan ranting kayu ke dalam unggun api di belakang pondok. Bahang dari unggun itu menghilangkan rasa dingin yang menyelimuti tubuh saya. Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga sesama sendiri, dirempuh angin malam, lalu melahirkan satu nada irama yang memanjang. Embun jantan mula menitik atas kepala saya.


“Sudah dinihari,” keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya merenung tajam ke arah hutan tebal di sebelah kanan pondok. Saya terus mencampakkan puntung-puntung kayu ke dalam unggun, bila puntung kayu berada di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan bunga api berterbangan ke udara. Saya kira sudah pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar sayup-sayup di kaki bukit. Saya lihat datuk tertidur di pangkal pokok jelutung. Bah Lanjut terus bergerak ke hulu ke hilir sambil memaut golok di pinggang. Saya tidak mempedulikan mereka. 


Tiba-tiba saya terasa kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku, bila saya membuka mata kembali, saya lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokok Jelutung dan datuk pula bertindak sebagai pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa cukup kecewa. Lembaga hitam yang dinantikan sepanjang malam, tidak juga menjelma. 


“Dia bagaikan tahu kita menantinya,” kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat fajar subuh bangun di kaki langit.


“Dia takut agaknya,” sahut Bah Lanjut.


“Boleh jadi juga,” balas datuk dan Bah Lanjut kecewa. Bah Lanjut meminta diri pulang ke rumahnya. Saya dan datuk beredar menuju ke arah sebuah anak sungai. Kami mengambil air sembahyang. Hari mula beransur cerah.


Waktu datuk mahu mendaki anak bukit ke pondok, di terserempak dengan tapak kaki binatang, sebesar tapak kaki gajah, anehnya tapak kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyai empat jari. Jari sebelah kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datuk membuat kesimpulan, itulah ibu jari kaki lembaga hitam. Datuk menandakan kesan tapak kaki binatang itu dengan sebatang pokok kecil yang dipatahkan dua. Sebelum beredar datuk baca sesuatu di situ.


“Supaya jangan hilang bila dicari,” datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyum sambil angguk kepala dua tiga kali.


Selepas menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk di halaman pondok. Beberapa minit kemudian Bah Lanjut datang. Wajahnya nampak riang.


“Kita kena bertolak pergi ke sana,” katanya. “Jalan kaki,” sahut Bah Lanjut.


“Susah tu,” celah saya.


“Tak susah sebelum matahari condong sampailah kita ke sana.” Bah Lanjut memberikan satu keyakinan dalam diri saya. Datuk termenung panjang. Datuk berjalan dua tiga tapak keliling halaman pondok. Berhenti betul-betul di depan kaki tangga pondok.


“Begini tok batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian.”


“Nanti sesat, susah.”


“Tak apa, syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan itu dengan kain merah,” datuk mengemukakan cadangan.


“Cara?”


“Ikat kain merah pada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang.”


“Baiklah.” Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok-pokok hutan yang tebal itu, Bah Lanjut sempat melambaikan tangan ke arah saya dan datuk. Saya lihat cukup tangkas Bah Lanjut bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau tubuhnya kecuali melihat pokok-pokok yang bergerak saja. Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat mendengar suara Bah Lanjut menjawab laungan dari datuk. Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkam diri. Bibir saya terketar-ketar. Datuk mengambil dua tiga helai daun kayu muda. Digosoknya ke tapak tangan beberapa kali.


“Bila kita bertolak ke Kampung Raja tok?” tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuat sebarang persiapan untuk pergi ke tempat tersebut. Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia terus menakuk-nakuk pangkal pokok jelutung dengan golok peraknya. Datuk menyuruh saya mencari ranting dan dahan kering. Saya patuh dengannya. Saya sudahpun berjaya mengumpul satu bekas dahan dan ranting kering. Saya tempatkan di bawah pokok.


“Bila kita nak pergi,” tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah saya. Dia kerutkan mukanya.


“Itu urusan aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana,” nada suara datuk membayangkan kemarahan. Datuk terus duduk atas tunggul buruk. Saya terdiam memukul tanah dengan tangan kiri sebanyak tiga kali. Matahari terus memancar. Bunyi burung terus bersahut-sahutan. Saya duduk termenung di bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka datuk yang macam muka harimau itu. Datuk berubah tempat duduk bersila di bawah pokok jelutung. Kedua belah lengannya diletakkan atas kepala lutut.


Mata datuk merenung ke arah hutan. Tiba-tiba saya lihat beberapa ekor monyet melompat atas dahan sambil menjerit, monyet-monyet itu terus melompat dari dahan ke dahan dengan cepat seperti dikejar sesuatu. Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua ekor harimau belang berbadan besar. Salah seekor daripada harimau belang badannya besar. Salah seekor dari pada harimau itu ternyata mempunyai kaki yang untut sebelah kiri.


Harimau itu menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung. Lebih kurang lima minit lamanya, salah seekor daripada harimau itu memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datuk dengan ekornya. Datuk membiarkan harimau itu melakukan apa saja terhadap dirinya. Bila sudah penat, harimau itu beredar dan duduk kembali di depan datuk. Harimau yang seekor lagi pula, menerpa ke arah datuk dan menjilat wajah datuk dengan lidahnya yang merah. Saya lihat misai harimau yang keras itu berlaga dengan misai datuk yang lembut. Datuk menepuk-nepuk pangkal leher harimau itu dengan lemah lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk leher harimau itu dengan penuh rasa kasih sayang.


“Kau rindukan aku,” terdengar suara datuk. Harimau menggerak-gerakkan ekornya. Manakala harimau yang lagi seekor berguling-guling di atas tanah sambil keempat-empat kakinya menghala ke langit.


“Aku dan cucuku selamat di sini, pulanglah. Beralih hari kau datang ke sini,” selesai saja datuk bercakap, dia bangun. Harimau segera berdiri di sisinya. Harimau kaki untut sebelah kanan, yang tidak untut di sebelah kiri.


“Pulanglah,” tambah datuk lagi sambil menepuk-nepuk belakang harimau.


Kedua ekor harimau itu mengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal. Datuk merapati saya lalu menyuruh saya memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya, bahawa dia akan turun ke sungai untuk menangkap ikan.


Datuk terus meninggalkan saya di pondok. Dan saya terus menghidupkan api. Membasuh beras dan memasak nasi. Sebaik saja air nasi di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungai membawa ikan. Datuk mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dan diangkatkan pada api. Semuanya berjalan dengan baik. Bila matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala, saya dan datuk terus makan, datuk berdiri di halaman melihat bayangannya di atas bumi.


“Sudah masuk sekarang,” pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, bahawa datuk menyuruh saya pergi ke sungai mengambil air sembahyang. Saya terus pergi ke sungai. Setelah selesai sembahyang, datuk terus duduk di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat oleh datuk di situ saya sendiri pun tidak tahu.


“Bah Lanjut sudah sampai ke tempat yang dituju,” datuk memberitahu saya. Datuk terus naik ke pondok. Ambil pakaian dan barang-barang keperluan. Saya juga berbuat begitu. Datuk menutup kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di kaki tangga. Saya akur dengan perintah itu, datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan saya ke hadapan.


Darah saya tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau menjilat-jilat kedua belah lengan saya. Datuk memimpin saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badan harimau.


“Kau tunggang dia sendirian,” kata Datuk.


“Aku naik belakang si untut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kau ingkar, kau tak akan melihat dunia lagi,” sambung datuk ada nada mengugut perasaan hati saya.


“Saya faham tok.”


“Faham saja tak mahu, tapi mesti taat,” tengking datuk.


“Saya taat datuk.”


“Hum ... bagus.


Saya terasa harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan-lahan, kemudian laju dan terus laju saya terasa kedua belah cuping telinga saya cukup sejuk kerana di sentuh angin. Saya tidak pasti sama ada harimau yang saya naik itu terbang atau berjalan di atas bumi. Dalam saya berfikir-fikir itu, harimau yang saya naik berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang membalut ke dua belah mata saya.


“Bagus, kau dah berani sekarang,” serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakang saya dua tiga kali. Saya raba bibir saya yang terasa kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit.


“Kau dah berani sekarang,” ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya. Bertih itu ditaburkannya atas tanah lapang untuk makanan harimau peliharaannya. Sesudah memakan bertih, harimau itu mengaum kecil sambil menggoyang-goyang ekornya. Datuk tepuk kepala harimau dan iapun terus masuk ke dalam hutan tebal lalu hilang.


“Di mana kita sekarang ni tok?”


“Kita ikut tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik.” Datuk dan saya pun melangkah serentak meredah hutan, melanggar akar dan duri. Sayup-sayup terdengar bunyi kokok ayam hutan, tingkah meningkah dengan salakan anjing.


Saya yakin, bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli. Matahari bertambah condong, kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan hutan. Badan saya bertambah sejuk. Datuk dan saya terus meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul dari puncak sebuah bukit kecil.


“Berhenti,” datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelah kiri, saya lihat pokok-pokok di situ bergerak sendiri. Dada bertambah cemas. Seorang lelaki muncul di situ.


“Bagaimana cepat awak sampai,” kata Bah Lanjut kehairanan.


“Kita belum lagi memacak kain,” tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu. Datuk meminta Bah Lanjut membawanya segera ke perkampungan orang asli di Kampung Raja.


“Mari,” ajak Bah Lanjut, Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan. Akhirnya kami sampai ke sebuah kawasan perkampungan orang asli. Bah Lanjut membawa kami ke sebuah rumah di tepi pokok meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk pada penghuni rumah itu. Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untuk datuk dan saya, tempat itu mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk ke situ. Tuan punya rumah itu sanggup menyediakan apa yang diminta oleh Bah Lanjut. Saya dan datuk ditempatkan di sebuah rumah kosong berhampiran dengan sebuah anak sungai.


Datuk gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi. Sesudah meletakkan barang-barang yang di bawa ke rumah itu, saya dan datuk kembali semula ke rumah yang mula-mula di temui. Bah Lanjut sudah menanti di situ. Bah Lanjut bercakap dalam bahasa ibundanya dengan tuan rumah itu.


Kemudian, Bah Lanjut membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis orang asli terbaring di situ. Cantik juga raut wajahnya. Di hujung kaki itu terletak beberapa naskah majalah filem. Di hujung kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan pucuk ubi kayu. Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut, dulu Kuntum tinggal di Jalan Parang, bersekolah di situ. Gagah untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah di Tapah. Dia terpaksa pulang ke kawasan Kampung Raja membantu orang tuanya bercucuk-tanam. Hinggalah pada suatu hari, Kuntum telah ditangkap oleh satu lembaga hitam, ketika dia menanam padi di lereng bukit.


Tiga hari, tiga malam Kuntum hilang, akhirnya orang bertemu Kuntum duduk menangis di pangkal pokok bertam yang berduri lebat. Bila bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung-raung tidak tentu arah. Kuntum terpaksa diikat, dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum beransur baik, anehnya pula, Kuntum tidak dapat bergerak ke mana-mana waktu siang. Dia terkapar di ruang khas.


Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang tidak terkena apa-apa. Dia boleh memasak, membaca dan menyanyi. Kadang-kadang turun ke tengah halaman menari dengan iringan bunyi suara buluh yang dihentakkan ke bumi. Menjelang dinihari, satu lembaga hitam akan datang lalu memangku Kuntum untuk di bawa ke dalam hutan.


Bila fajar subuh bangkit ke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan Kuntum.


Kerana hari sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan untuk kami. Datuk berjanji akan pulang ke rumah Kuntum sesudah waktu Isyak. Datuk tidak dapat memberikan kata putus samada dia boleh mengubati atau tidak penyakit yang dideritai oleh gadis orang asli itu. Datuk sekedar menyatakannya.


Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanya dililitkan dengan kain merah selebar dua jari. Datuk mengikat uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh saya memakai baju Melayu putih dan seluar putih. Belitkan kain kuning ke kepala saya. Hati saya berdebar, belum pernah datuk menyuruh begitu.


“Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang-orang di sini menyerang lembaga hitam itu, tetapi semua tidak berjaya, lembaga hitam itu lebih kuat dari kami,” beritahu Bah Lanjut pada datuk. Datuk kelihatan resah. Dia gigit hibir.


“Jadi sekarang bagaimana?” tanya datuk.


“Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada lembaga hitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini,” secara jujur Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya.


Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji punca penyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring. Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap. Bila melihat datuk terlelap, saya pun merebahkan badan dengan harapan datuk akan melupakan janjinya dengan Bah Lanjut. Saya tahu dan faham benar, kalau datuk pergi ke situ. Sejam dua jam kerjanya tidak akan selesai.


“Bangun,” sergah datuk pada saya. Kelam-kabut saya dibuatnya. Saya memakai pakaian. Mahu bertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa yang di perintahnya.


“Bawa damar,” ujar datuk.


Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, saya ikut datuk turun. Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya terasa badan saya seram sejuk. Saya melihat cahaya api yang berkelip-kelip dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus melangkah sambil menarik tangan saya.


“Datuk,” jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri saya. Datuk pun menoleh ke arah lembaga itu. Cepat-cepat datuk meraba mancis api di dalam saku seluarnya. Datuk membakar kertas yang baru diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari kertas yang dibakar, menerangi kawasan dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas. Tingginya, lebih kurang tinggi saya, seluruh badannya berbulu.


Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu sambil membuka silat harimau meniti batang. Lembaga hitam itu menepis setiap buah silat yang datuk lepaskan, saya lihat lembaga hitam itu juga boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk. Api yang membakar kertas padam. Datuk terus bersilat.


Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok-pokok kecil di sekelilingnya. Kerana datuk tidak dapat menahan serangan lembaga hitam itu, datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga, saya terus naik ke rumah, lalu membawa pelita minyak tanah ke muka pintu. Cahaya dari pelita minyak tanah itu, dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung dengan datuk.


Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling.


Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembaga hitam lain muncul semuanya mahu menyerbu ke arah datuk. Kali ini saya tidak wajar membiarkan datuk berjuang sendirian. Saya harus bertindak.


Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalu membuka silat halilintar. Saya melompat ke kiri dan ke kanan sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga hitam itu yang terkena tikaman saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan, dengan di ikuti oleh lembaga hitam yang lain. Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak -ombak menahan penat. Dengan mendadak saja saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk.


Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada hubungannya dengan Bah Lanjut. Apakah lembaga hitam itu jelmaan dari Bah Lanjut. Semuanya bersarang dalam kepala saya. Dengan cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itu pada datuk.


Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. Bah Lanjut terkejut melihat aksi datuk itu. Tetapi dia tidak berani bertanya kenapa datuk melakukan hal itu pada saya. Dengan cara penuh diplomasi datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu kedatangannya di rumah orang tua Kuntum. Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu.


Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya memulakan perjalanan ke rumah orang tua Kuntum. Datuk memilih jalan belakang. Ada dua sebab kenapa datuk memilih jalan belakang, pertama dia mahu kedatangannya tidak di ketahui oleh Kuntum dan kedua orang tuanya. Kedua, datuk mahu mengesan dari arah mana lembaga hitam itu masuk ke rumah Kuntum.


“Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka,” suara Bah Lanjut nyaring dalam gelap. Dia muncul tiba-tiba di hadapan saya dan datuk. Lagi sekali hati saya berdebar. Dan macam-macam sangka yang buruk terhadap Bah Lanjut timbul di hati. Datuk tidak menjawab dan saya mengikut langkah Bah Lanjut. Kemudian naik ke rumah.


Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya duduk mencangkung dekat dinding. Datuk terus bercakap dengan kedua orang tua Kuntum. Datuk membuka uncang kain hitam dan mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah. Bila api itu mula mahu marak, datuk memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun lalu menyepak tangan datuk. Dia bercakap sesuatu yang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus memukul tulang kering Kuntum dengan belakang tangan.


Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahu menetak datuk. Perbuatannya itu segera di tahan oleh Bah Lanjut. Segera Bah Lanjut menerangkan padanya kenapa datuk berbuat demikian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada datuk.


Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambah larut. Di luar rumah terdengar orang berjalan dan bunyi ranting kering patah kena pijak.


Beberapa ekor kelawar liar berterbangan. Tiba-tiba hidung saya tercium bau wangi yang amat sangat. Mata saya terasa berat sekali. Kepala terasa sakit dengan mendadak. Saya lihat ayah dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai, begitu juga dengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit mereka berdengkur.


“Berikan aku damar,” datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damar pada datuk. Datuk segera memecahkan damar itu dengan hati-hati. Separuh diberikan pada saya dan separuh lagi diambilnya.


Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar, mata saya kembali segar. Kemudian datuk menyuruh saya pura-pura tidur dan terdengkur. Datuk juga berbuat begitu. Saya terasa rumah bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus pura-pura berdengkur.


Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitam yang macam beruk di muka pintu. Lembaga hitam yang berwajah hodoh itu memeluk Kuntum. Hidungnya yang dempak dan keras itu di tekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara “Heh ... heh heh ... heh ... hum”.


Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikam kulit badannya. Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum ke tempat tidur. Saya dan datuk menggolek-golekkan badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum tidur. Lembaga hitam meletakan Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum bertubi-tubi. Kuntum mengerang kepuasan.


Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya.


“Kau pergi kesana, jangan lihat,” ujur datuk. Saya mengesotkan badan ke arah lain. Tempat saya segera diganti oleh datuk. Walaupun begitu telinga saya masih dapat menangkap suara Kuntum yang sesekali mengerang bersama bunyi suara lembaga hitam itu. Saya terkejut bila lembaga hitam itu menjerit. Saya sudah tidak dapat berpura-pura tidur lagi. Saya buka mata.


Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai. Telanjang bulat, matanya tegak merenung atap rumah. Datuk menyuruh saya melekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum. Bila damar dicium, semuanya bangun. Masing-masing terkejut melihat datuk berhadapan dengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu memasang lampu minyak tanah. Ruang menjadi terang benderang.


Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis monyet besar dan mempunyai sepasang mata yang cukup tajam. Datuk terus mempertahankan diri dari serangan lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga hitam.


Melihat keadaan yang cemas itu, lembaga hitam itu terus melompat dua tiga kali. Kemudian menghempaskan badannya di dinding rumah yang di perbuat dari kulit kayu. Dinding rumah pecah. Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjerit lalu melarikan diri dalam gelap yang pekat.


Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh Kuntum dibalut dengan kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun dedap. Bah Lanjut segera mencarinya.


Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kunntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejut dan dia bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa yang sudah terjadi. Ibunya menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum menangis.


Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat-kuat. Saya lihat dari celah-celah jari datuk keluar asap. Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan daun dedap dalam satu bekas. Datuk melumurkan semuanya ke tubuh Kuntum.


Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikan kekeringan air. Kuntum terus lemah dan tidak berdaya. Tubuh Kuntum dilitupi asap dan asap itu membentuk satu lembaga yang menyerupai monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung. Datuk membaca sesuatu lalu menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu.


Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling, melayang-layang di dalam rumah. Datuk pun menggigit bibir.


Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asap berbentuk lembaga. Datuk menghembus kearah tapak tangannya. Asap berbentuk lembaga itu menuju ke arah pintu lalu keluar.


“Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum,” kata datuk.


Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang. Dan datuk serta saya kembali ke rumah khas. Pagi esoknya, saya dan datuk menemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami temui di Kampung Batu Enam Belas.


Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk mengesan tapak kaki itu ke arah mana lembaga hitam itu lari. Sebelum pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat Kuntum bertambah segar, tetapi mukanya kelihatan pucat.


Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun mula mengesan tapak kaki lembaga hitam itu. Kerana malam tadi tidak hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas.


Kami terus berjalan sambil memotong anak-anak pokok hutan sebagai tanda tempat itu sudah kami lalui. Dua kali saya saya berhenti kerana perjalanan itu terasa cukup jauh. Matahari yang tadi terang sudah beransur condong. Tempat yang kami tuju masih juga belum sampai. Bila hari sudah beransur gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul-betul di hadapan sebuah gua.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box