SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU

    Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan orang asli. Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang dibuat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima. Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu.


Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk yang baunya cukup wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.


Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.


“Itu cara kebetulan saja tok batin,” kata datuk.


“Kita tak percaya, awak memang handal.”


“Terpulanglah pada tok batin sendiri,” jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.


Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya.


“Ke mana?” balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhirnya, saya juga melompat turun ke halaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan pertanyan.


“Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap,” jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu.


Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri.


Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan. Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudah pun duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali.


“Kita masuk,” kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas.


“Ini kerja mati,” Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga saya, “Kau jangan banyak kerenah,” cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mempunyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.


“Sediakan mancis,” datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya. Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekori dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu. Akhirnya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan kawasan itu di dinding oleh batu pejal. Di sudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.


“Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung,” beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.


Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perhalan-Iahan pada akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.


“Pedulikan,” kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.


Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang dibawanya. Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sama ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki. Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga-tiga makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut. Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak.


“lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini,” kata datuk pada saya yang secara mendadak menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.


“Apa yang harus kita buat,” datang pertanyaan dari Bah Lanjut.


“Kita halau saja dari sini,” jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambil menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itu pun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh-puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.


“Dia akan meninggalkan tempat ini terus,” datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.


“Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membahas dendam,” sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.


Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja, Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat-ayat al Quran.


Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Islam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya menganut agama Islam. Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah didatangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui tapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang.


Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.


“Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang-orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia boleh membawa anak dara lari ke hutan,” begitulah datuk memberitahu beberapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk ganjil itu. Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang mahu kan tempat yang dingin.


Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat kedalam hutan besar di Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong.


Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Came¬ron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thai¬land yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan.


Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui. Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.


Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha selanjutnya.


Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda-tanda hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.


Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk. Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.


Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang paling disukainya ialah di sekitar kawasan sejuk. Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.


Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu-ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan). Walaubagaimanapun, sejak kehilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita mengenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi.


Pengalaman-pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang mendengar keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.


Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini.


“Kau jangan ikut macam datuk kau,” kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah datuk yang duduk di sisinya. Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata datuk merenung ke arah pintu jalan.


“Ada motosikal masuk ke mari tu,” datuk segera bangun. Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata, “Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?”


“Sudah.”


“Sudah bagaimana?” balas datuk lagi.


“Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh agama.”


“Jadi, awak fikir cucu kita tak boleh buat semuanya tu?”


“Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, berjudi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka tunaikan dengan sempurna,” begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal tersebut.


Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah halaman. Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya.


Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G. Dia sudah membunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dijadikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira-kira 8 kilometer dari pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping. Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas.


“Apa hajatnya?” tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya. Orang itu namanya Kulub Maidin dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya.


Datuk pun mempersilakan kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi. Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka.


Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu Gajah.


“Perkara yang benar-benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang-orang kita yang susah,” Din Kerani memberitahu datuk.


Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah dimasuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama.


“Habis apa yang patut saya buat,?” soal datuk.


“Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalau dapat pihak awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup.”


“Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai seminggu berada di rumah.”


“Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba,” sanggah Mat Pie. Saya lihat, muka datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang.


“Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang,” cukup cepat datuk membuat keputusan. Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus.


“Tinggalkan alamat rumah awak pada saya,” datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, “Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia mencarinya.”


“Betul juga,” Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melukiskan rajah masuk ke rumahnya.Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang.


“Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?,” soal datuk.


“Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya,” Din Kerani memberikan penerangan.


Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka jalan raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiri pun tidak tahu.


Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil melukiskan rajah-rajah di atas sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan permintaannya.


“Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya, yang kita akan peroleh laba (keuntungan), kalau pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian,” datuk memberitahu saya, sambil memberi petua bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan. Lepas itu, datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang diminta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ke tepi. Dia sandarkan badan ke dinding.


“Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang,” rungut datuk.


Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.


“Kenapa pula?”


“Saya sudah malas dengan kerja ini.”


“Orang minta tolong, mestilah ditolong.”


“Saya faham, tapi...,” datuk tidak meneruskan kata-kata itu. Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya. Kenapa datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain.


Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke mukakan pada diri datuk. Saya takut menerima akibat darinya. Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ.


“Kenapa tok?” tanya saya. datuk renung muka saya.


“Perkara ini berat,” jawabnya.


“Sebab?”


“Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja pukaunya,” nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.


“Walaubagaimanapun kita mesti menolong orang ini,” tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan penumbuk. Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur.


Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh kawasan kampung itu sudah dijalaninya.


Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun. Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah dilawannya bercakap ketika berjemaah di surau. Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah dipukau.


Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu. Datuk hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah. Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya.


Alasan datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan.


Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani.


“Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin,” kata datuk pada Din Kerani pada suatu senja. Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia.


Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna merah terpampang di dada. Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya menaruh kemenyan dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya. Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai.


“Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati dibunuh. Tengkorak itu sudah disalaikan ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa,” datuk memberi tahu saya. Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ. Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima kaki.


“Sudah jangan lihat,” jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya. Saya lihat tangannya tidak apa-apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus.


“Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.,” ujar datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di lipatkannya. Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang.


“Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua kampung,0148 tambah datuk.


Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibu jarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa menghubungi isterinya orang bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek.


“Kita akan menolong orang di sini,” kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok.


“Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil barang-barang yang di rumah,” tambah datuk lagi.


“Kenapa jadi begitu tok?”


“Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya tu, berita itu sampai ke telinganya dan dia menguji.”


“Siapa yang handal dalam hal ni tok?”


“Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu.” Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya.


Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju kerumah ketua kampung.


Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan gerak-geri manusia bertiga itu dengan penuh minat. Sampai di rumah ketua kampung, ketiga-tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali.


Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil di pangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam-hitaman. Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak.


Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih-buih dan bergerak-gerak. Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.


“Pukaunya sudah menjadi,” bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya. Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box