SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP


    Dengan nada suara yang keras datuk menyuruh saya membakar sumbu pelita yang padam. Seluruh ruang rumah terang. Uda Lodin masih terpaku dekat dinding rumah. Saya lihat Uda Lodin membongkokkan badannya sambil menekan perut.


“Kau sedar apa yang berlaku?”, tanya datuk pada lelaki yang baru sedar dari tidur.


Lelaki itu gelengkan kepalanya beberapa kali. Datuk pun menceritakan semua yang terjadi pada lelaki (suami perempuan yang jadi hantu) tersebut. Lelaki itu mengeluh panjang.


“Masa isteri kamu mahu mati apakah perkara ganjil yang kau nampak yang terjadi padanya?”, datuk mengajukan pertanyaan. Lelaki itu terdiam memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum sambil merenung tajam ke arah datuk.


”Tak ada yang ganjil cuma..”, lelaki itu berhenti bercakap.


Dia menelan air liur. Saya dan datuk berpandangan dan lelaki itu menyambung kata-katanya:


“Masa mengusung jenazahnya dulu, ramai orang bersungut terlalu berat.”


“Siapa yang cakap?”, tanya datuk.


“Anak-anak saya”


Datuk tidak dapat bertanya lebih lanjut lagi kerana diganggu oleh suara Uda Lodin. Datuk pun segera menghampiri Uda Lodin yang berada dalam keadaan cemas. Perkara pertama yang datuk lakukan pada Uda Lodin ialah memegang buah betis kakinya dan mengurut-urut dengan perlahan-lahan. Usaha datuk tidak mendatangkan sebarang kesan.


“Ambilkan aku sehelai sirih”, datuk mengeluarkan perintah.


Barang yang datuk mahu saya adakan. Datuk melipatkan daun sirih menjadi tujuh bucu dan diletakkan atas tapak tangan kiri. Saya lihat daun sirih itu terus layu bagaikan kena bahang panas. Dari celah-celah jari datuk keluar asap menipis naik bersama bau kemenyan. Datuk melekapkan ke leher Uda Lodin. Uda Lodin melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta merta hilang. Daun sirih yang dilengkapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan terus meramas-ramasnya hingga hancur. Dari tapak tangan kiri daun sirih masih lagi elok dan segar.


“Kau kena badi hantu perempuan”, datuk memberitahu Uda Lodin yang pucat lesi itu.


Datuk mengurut-urut bahagian belakang Uda Lodin hingga mukanya kembali merah. Datuk menyuruh Uda Lodin melakukan senaman kucing mencangkung.


“Bagaimana rasanya?”, tanya saya pada Uda Lodin.


“Baru terasa segar sedikit.”


“Kau baca ayat ini”, datuk menghulurkan secebis kertas yang bertulis huruf jawi pada Uda Lodin. Datuk kembali mendapatkan lelaki tuan rumah. Lelaki itu masih terpaku duduk di sudut dinding. Barangkali dia memikirkan sesuatu.


“Ada berapa anak kau?”, dengan tenang datuk mengajukan pertanyaan.


Saya segera duduk di sebelah datuk. Uda Lodin juga begitu.


“Empat orang, semuanya lelaki.”


“Ada di mana?”, saya gatal mulut bertanya.


“Semua dah bekerja. Dua di Singapura dan dua lagi ke Kuala Lumpur. Duduk menyewa di Kampung Pandan”, terang lelaki itu dengan jujur.


Datuk segera menyiku bahu kanan saya yang membawa maksud supaya saya berhenti dari mengajukan sebarang pertanyaan pada lelaki itu. Uda Lodin terus menggeliat. Suasana terasa cukup dingin sekali. Angin malam yang bertiup di luar melanggar dedahan pokok getah yang melahirkan bermacam-macam bunyi. Saya menguap dan mata terasa cukup mengantuk.


“Masih dinihari lagi. Baiklah kita tidur”, kata datuk.


Dan saya secara tiba-tiba terasa mahu buang air kecil. Saya terus merebahkan badan dengan harapan saya akan terlena dan akan membuang air kecil pada waktu subuh. Ternyata rancangan saya tidak berjaya. Saya sudah tidak boleh tahan lagi. Seluruh pangkal pinggang saya terasa sakit. Saya mencapai pelita dan terus ke bahagian dapur untuk buang air kecil. Selesai buang air kecil saya pun melangkah untuk masuk ke ruang tengah. Kaki kanan saya tersepak sesuatu. Pelita pun saya rendahkan. Dengan pertolongan cahaya lampu saya dapat melihat seketul tanah merah bersama secarik kain putih yang ada kesan darah kering. Bila kain dan tanah itu saya dekatkan ke lubang hidung, baunya amat tidak menyenangkan.


Cukup busuk, macam bau bangkai. Bulu tengkok saya mula meremang. Saya meletakkan pelita ke tempat asalnya dan terus merebahkan diri di sisi datuk. Tetapi, saya tidak dapat tidur. Macam-macam bunyi saya dengar di Iuar. Macam ada bunyi tapak kaki orang melangkah dan memijak sesuatu di bawah rumah.


Saya juga terdengar bunyi suara ayam berkokok dalam reban dengan kuatnya. Saya cuba bangun untuk melihat dari tingkap. Datuk segera memegang dan menekan bahu kanan saya. Dia memaksa saya tidur.


“Orang curi ayam tok.”


“Bukan.”


“Kalau bukan kenapa ayam di reban berbunyi?”


“Kau tidurlah, jangan banyak cakap.”


Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya baring kembali dan akhirnya terlena. Sedang asyik dibuai mimpi, datuk membangunkan saya untuk sembahyang subuh. Uda Lodin terus jadi imam sembahyang subuh. Bila matahari terbit di kaki langit, saya dan datuk pun mandi embun. Kemudian datuk mengajak saya pergi ke reban ayam kepunyaan lelaki tuan rumah itu.


Saya terkejut besar bila terpandangkan beberapa ekor ayam mati dengan tali perutnya berjela-jela keluar. Saya lihat bahagian perut ditebuk dengan kuku. Bila datuk memeriksa seluruh kawasan reban ayam, datuk menemui beberapa cebisan kain putih yang ada kesan darah kering dan tanah merah. Sedang datuk asyik membelek-belek ketul tanah dan kain putih itu, lelaki tuan rumah menghampiri datuk.


“Setiap kali benda tu datang, habis perut ayam dimakannya”, ujar lelaki itu, dan datuk angguk kepala.


Datuk meletakkan tanah merah dan kain ke tempat asalnya. Saya termenung panjang. Datuk mengajak lelaki itu masuk ke ruang dapur rumah. Semua kuali dan periuk nasi berselerak. Lebih kurang pukul sepuluh pagi beberapa orang penduduk setempat datang menemui datuk. Mereka bercerita pada datuk, sejak berlakunya peristiwa aneh di kampung tersebut, banyak ayam peliharaan mereka mati akibat ditebuk perutnya oleh makhluk aneh itu.


Manakala bahagian dapur rumah mereka hampir setiap malam kena geledah. Nasi yang tinggal di periuk habis dimakan oleh makhluk ganjil itu. Biasanya periuk yang sudah disentuh oleh makhluk ganjil itu tidak boleh digunakan lagi. Meninggalkan bau yang cukup busuk. Macam selalu, datuk memberikan janji untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Datuk juga meminta mereka supaya jangan melakukan sesuatu terhadap lelaki yang isterinya menjadi makhluk ganjil.


“Semuanya terjadi bukan atas kemahuannya. Tentu tidak baik orang lain yang membuat salah dan orang lain pula yang menerima hukuman”, kata datuk memberitahu mereka.


Ternyata keterangan yang datuk berikan amat memuaskan hati mereka. Dan mereka pun pulang. Selepas sembahyang zohor, datuk dan saya dengan ditemani oleh Uda Lodin terus menemui Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Mengadakan mesyuarat kecil di dewan orang ramai. Semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung bersetuju menyerahkan pada datuk untuk mengatasi masalah yang menimpa kampung. Mereka berjanji akan memberi sebarang pertolongan sekiranya datuk memerlukan pertolongan.


Bila mesyuarat itu berakhir, datuk mengajak semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan kampung sembahyang asar di surau. Datuk jadi imamnya. Dari surau kecil, kami pun menuju ke tanah perkuburan. Lelaki malang itu terus menunjukkan kepada datuk, kubur isterinya. Seluruh kawasan kubur isteri lelaki itu diperiksa. Tidak terdapat sebarang keganjilan. Nisan yang dibuat dari kayu teras berbentuk bunga rebung tetap utuh di bahagian kepala dan kaki. Pokok puding tetap hidup subur.


Uda Lodin terus menguis-nguiskan dedaun getah kering yang menepuk tanah perkuburan itu dengan ranting getah. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung meminta diri untuk pulang kerana urusan masing-masing. Matahari petang kian menurun. Suasana di tanah perkuburan terasa sunyi. Dua kali saya mengajak datuk pulang tetapi datuk tak mahu pulang. Dia masih mahu mencari sesuatu di situ. Uda Lodin terus membersihkan kubur dan lelaki yang kematian isteri itu duduk termenung di pangkal getah.


“Pukul berapa sekarang?”, tanya Uda Lodin pada datuk.


Cepat-cepat datuk renung ke langit. Datuk kerutkan dahi sambil merenung muka Uda Lodin.


“Lebih kurang pukul empat setengah”, kata datuk pendek.


Lelaki yang duduk di pangkal pokok getah segera bangun. Menuju ke bahagian batu nisan di bahagian kaki. Dia terus menolak segala dedaun kering yang terdapat di situ.


“Lubang”, katanya.


Saya segera meluru ke situ. Memang terdapat satu lubang dalam ukuran satu kaki bulat. Bila saya mahu menjenguk ke dalam lubang, datuk datang dan menolak saya ke tepi. Kerana hari sudah beransur gelap saya tidak dapat mengagak berapa dalam lubang itu. Datuk mahu menimbus lubang, namun hasrat datuk tidak terlaksana kerana kami tidak membawa cangkul. Uda Lodin menutup lobang itu dengan daun-daun kayu kering.


“Dah berapa lama isteri kamu meninggal?”, mendadak saja datuk menyoal lelaki itu.


Uda Lodin merenung ke arah tepi kawasan perkuburan yang penuh dengan pepohon keduduk dan anak-anak getah yang terpegun dalam kesamaran senja yang kian gelap. Suasana cukup sepi. Saya mula terasa takut . Saya takut melihat batu-batu nisan yang terpacak.


“Hari ini genaplah 44 hari”, jawab lelaki itu, serentak dengan itu saya terdengar pokok-pokok kecil di pinggir kawasan perkuburan digoncang orang.


Saya menoleh ke arah bunyi itu. Disebabkan suasana bertambah gelap, saya tidak nampak sama ada pokok-pokok di situ bergoyang atau tidak. Saya juga mula terdengar bunyi orang mencarik-carik kain dan bunyi papan kena ketuk. Semuanya datang dari arah hutan kecil di pinggir kawasan perkuburan. Bila bunyi itu hilang, saya terdengar bunyi suara orang perempuan menangis. Pada mulanya saya mengira semuanya berpunca dari perasaan saya yang takut. Bila Uda Lodin sendiri memberitahu saya bahawa dia juga mendengar seperti apa yang saya dengar, ternyata saya tidak berkhayal. Satu kenyataan yang berlaku di depan mata yang tidak boleh dilihat.


“Ada macam-macam bunyi saya dengar, macam suara isteri saya”, lelaki kematian isteri menyatakan pada datuk dan saya.


Datuk diam. Perasaan saya sudah tidak damai. Saya sentiasa berdiri dekat datuk. Kemudian datuk pun mengajak kami pulang. Sepanjang jalan pulang kami terdengar bunyi tapak kaki manusia mengikuti langkah kami. Bila direnung ke belakang, tidak ada apa-apa yang kelihatan.


Kami berpisah dengan Uda Lodin di kepala simpang. Dia terus menuju ke rumah tempat dia menginap. Kami meneruskan perjalanan. Datuk bagaikan tahu yang langkah kami diekori oleh manusia atau makhluk yang tidak dapat dilihat. Datuk menyuruh kami berjalan secepat yang boleh. Bila sampai dekat pokok besar, datuk suruh kami bersembunyi di balik pokok itu.


“Dah dekat waktu Maghrib ni”, kata datuk yang juga bersembunyi di balik pokok besar. Datuk mengambil tiga helai daun serunai laut yang mati pangkal. Daun itu datuk genggam sambil membaca sesuatu. Datuk pun memberikan daun itu kepada kami.


“Kalau kamu nak tengok syaitan, lekapkan daun ini ke kelopak mata kamu. Kemudian kamu gigit pangkalnya dan renung ke depan.”


Arahan yang datuk keluarkan itu kami patuhi. Dada saya berdebar. Apa yang saya lihat amat menakutkan. Saya nampak satu lembaga berjalan terloncat-loncat. Bahagian bawah lembaga itu tidak sampai ke bumi. Dia bagaikan meloncat di atas awang-awangan. Bahagian atas atau kepala lembaga itu menajam ke atas. Kain putih yang membalut tubuh lembaga itu sudah koyak penuh dengan darah kering dan selut tanah merah. Lembaga itu menoleh ke arah kami. Bahagian mukanya sudah hancur. Lubang matanya terpelohong ke dalam. Bahagian daging yang tinggal kelihatan menggerutu macam kulit katak puru. Tulang pipinya menonjol ke depan. Hidungnya sudah tiada, tetapi giginya masih kukuh dengan rambut hitam terurai atas bahu.


Lembaga itu mengeluarkan suara. Sekejap macam suara orang menangis dan sekejap macam suara orang mengeluh. Serentak dengan itu, terdengar bunyi suara gagak dan suara burung tukang sayup-sayup bertingkah dengan bunyi suara burung puyuh jantan. Suasana terasa amat menyeramkan. Lembaga itu terus meloncat ke depan tanpa menoleh ke arah kami lagi. Datuk pun meminta daun serunai laut dari kami. Daun itu datuk genggam dan terus ditanam ke dalam tanah. Dua kali datuk melangkah kawasan yang sudah ditanam dengan daun serunai laut tersebut.


“Itulah isteri kamu. Selagi kamu tidak mengampunkan perbuatannya, dia tidak akan aman. Tetap berkeliaran di atas dunia hingga hari kiamat”, beritahu datuk pada lelaki itu.


Saya menggigit jari sambil menjeling ke wajah lelaki itu. Air mukanya nampak berubah mengundang rasa kesal yang amat sangat. Belum pun sempat lelaki itu memberikan sebarang jawapan, datuk terus mengajak kami pulang. Datuk mengajak lelaki bersembahyang maghrib di surau. Lelaki itu menolak dengan alasan kepalanya terasa pening. Jadi, saya dengan datuk terus ke surau, sesudah mengambil air sembahyang di kolah, saya terserempak dengan Uda Lodin di kaki tangga surau.


Atas permintaan orang-orang kampung, datuk terus jadi imam untuk sembahyang maghrib, jadi tugas datuk bersambung lagi. Waktu sembahyang isyak, mereka juga minta datuk jadi imam. Permintaan itu tidak datuk hampakan. Selepas menunaikan sembahyang isyak, datuk bercakap sesuatu dengan ketua kampung. Entah apa yang mereka cakapkan saya tidak tahu. Tetapi, selesai bercakap ketua kampung terus bangun dan bercakap dengan lantang.


“Saya minta orang yang ada di sini mengikut saya ke rumah orang yang mati isteri bersama orang tua ini”, ujar ketua kampung sambil menuding jari kelingkingnya ke arah datuk. Ketua kampung memerintah tiga orang kampung mengambil cangkul dan daun pisang abu. Orang yang diperintah itu segera keluar dari perut surau. Beberapa saat kemudian orang yang diperintah mencari cangkul dan daun pisang pun tiba. Datuk melarang mereka masuk ke dalam surau. Datuk suruh mereka duduk di kaki tangga surau. 

Angin malam terus bertiup kencang. Datuk mengambil lampu gasolin di tengah surau lalu dibawa turun. Orang dalam surau mengikut datuk turun.


“Kita ke sana semuanya. Tetapi, sepanjang jalan menuju ke rumah itu, saya minta orang yang ada ini membaca surah Alfatihah dan Qulya di dalam hati, jika ada sesuatu yang ganjil jangan tegur atau direnung.”


Tiba-tiba semua orang yang berada di halaman surau terkejut. Lampu gasolin padam dengan sendirinya, beberapa ketul tanah merah melayang dalam gelap malam mengenai tubuh badan orang yang berkumpul. Suasana menjadi gawat. Datuk pun menekup kedua belah telinganya dengan tapak tangan. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya seperti sedia kala, bau busuk mula menerpa ke dalam lubang hidung orang ramai bersama dengan bunyi suara orang ketawa yang amat memanjang. Bunyi bergegar, bagaikan digoyang oleh satu tenaga yang amat kuat.


Lampu gasolin kembali menyala. Saya melihat beberapa kumpulan kelip-kelip datang menuju ke arah kami. Cahaya yang keluar dari punggung keli-kelip itu menerangkan sebahagian daripada halaman surau. Datuk membuka kain ikat kepalanya lalu mengibas ke arah kelip-kelip itu hingga kumpulan kelip-kelip itu berpecah dan hilang. Beberapa orang yang berkumpul di halaman surau terus menghilangkan diri. Kumpulan yang berjumlah lebih dari dua puluh orang itu menjadi kecil jumlahnya. Tinggal kira-kira lima orang. Datuk tersenyum, dia tahu kumpulan yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Tidak sanggup berhadapan dengan percubaan dari syaitan.


“Kita bergerak sekarang”, kata datuk.


Kumpulan yang tinggal pun bergerak menuju ke rumah lelaki itu. Semuanya berjalan dengan tenang dan jaraknya tidak jauh antara satu sama lain. Lebih kurang setengah rantai mahu sampai ke kawasan rumah lelaki itu. Dua orang dari kumpulan itu melarikan diri setelah mereka melihat satu lembaga besar setinggi pokok kelapa berdiri di halaman rumah lelaki itu.


“Begini, saya tidak mahu rancangan ini gagal. Saya minta sesiapa yang tidak sanggup bersama saya, sila beritahu saya”, kata datuk.


Uda Lodin muncul di depan datuk bersama ketua kampung. Mereka menyatakan tidak sanggup untuk menyertai datuk. Dengan rela hati datuk membenarkan mereka pergi. Tinggallah saya bersama datuk dan seorang penduduk kampung yang bernama Kamal. Kami meneruskan perjalanan dan masuk ke dalam kawasan rumah lelaki itu. Sebaik saja berada di depan tangga rumah lelaki itu, Kamal terus jatuh pengsan sesudah dia melihat wajah seorang perempuan yang amat hodoh memangku kepala lelaki di muka pintu.


Datuk terpaksa mengeluarkan sehelai daun sireh dari saku baju sebelah kiri. Daun sireh itu dikunyah-kunyahnya hingga hancur. Datuk menyemburkan daun sirih itu ke muka Kamal sehingga Kamal sedar dari pengsannya.


“Kau makan daun sirih ini”, datuk menghulurkan secebis daun sirih lain kepada Kamal. Kamal terus mengunyahnya hingga mukanya jadi merah.


“Apa rasa kau, ada rasa takut?”, soal datuk lagi.


“Tak ada”, jawab Kamal serentak dengan itu wajah perempuan hodoh di muka pintu terus ghaib.


Hanya yang tinggal batang tubuh lelaki dengan bekas kena gigit di bahagian pipi dan pangkal leher. Bila saya mahu menyentuh tubuh lelaki itu datuk segera melarangnya.


“Jangan disentuh nanti kau kena badinya”, kata datuk.


Saya terdiam. Datuk pun memulihkan lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Lelaki yang kelihatan lesu itu tidak boleh bangun dan terpaksa diusung ke tanah. Datuk membiarkan lelaki itu terkapar di halaman. Dengan pertolongan sinar gasolin, saya melihat lelaki itu cuba bangun tetapi dia tidak berdaya. Datuk dan saya serta Kamal terus masuk ke bawah rumah. Dalam beberapa saat lembaga perempuan itu muncul dan cuba menghampiri lelaki yang terkapar di halaman. Lelaki itu cuba menjerit. Suaranya tidak keluar. Lelaki itu cuba bangun tapi ternyata dia tidak berdaya. Datuk menepuk bumi dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali. Lembaga dengan wajah yang amat menakutkan itu merenung ke arah kami. Saya dan Kamal tidak sanggup memandangnya, segera merenung ke arah lain.


Datuk bangun dan menghampiri lembaga itu. Datuk dan lembaga itu berhadapan antara satu sama lain. Lagi sekali saya lihat mulut datuk berkumat-kamit membaca sesuatu. Lembaga itu bagaikan ditekan oleh sesuatu kuasa segera sujud di kaki datuk. Datuk tidak ambil kisah lalu mengambil tanah dan dikepal-kepalnya tanah itu dengan tangan.


“Dari tanah asalmu, ke tanahlah kembalimu”, suara datuk cukup lantang.


Tanah yang dikepalnya dikenakan pada bahagian tubuh lembaga itu. Satu jeritan yang amat menakutkan berlaku di malam yang sepi. Lembaga itu hilang dan tempatnya segera digantikan dengan beribu-ribu kelip-kelip sambil mengeluarkan cahaya yang amat terang. Kelip-kelip itu berkumpul dan memanjang naik ke udara. Datuk segera menyuruh Kamal mengambil cangkul dan kami bertiga meredah malam menuju ke tanah perkuburan.


Saya membawa lampu gasolin. Kami segera menuju ke kubur perempuan yang kami temui siang tadi. Datuk tanpa membuang masa terus merebut cangkul dari tangan Kamal. Lubang yang terpelohong segera datuk timbus. Sebaik saja lubang ditimbus, terdengar suara ribut yang amat kuat, dahan-dahan kering berjatuhan. Batu nisan di perkuburan saya lihat bagaikan bergerak-gerak. Bila suara ribut hilang, tanah perkuburan kelihatan terang dari cahaya kelip-kelip yang datang beribu-ribu banyaknya. Saya terdengar suara orang menangis.


“Kita pulang. Dia akan berkeliaran di muka bumi ini sehingga hari kiamat”, kata datuk dan kami pun terus pulang.


Waktu kami sampai di rumah lelaki itu, hari sudah subuh. Lelaki malang itu masih terkapar atas tanah. Datuk terus merawatnya hingga pulih.


“Kau ampunkanlah dosa isterimu”, bisik datuk pada lelaki itu.


“Saya bersedia mengampunkannya. Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya”, terang lelaki itu dengan jujur.


Hari beransur cerah. Fajar mula terbit di kaki langit. Datuk membawa lelaki itu ke perigi lalu memandikannya.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box