SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN

      Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk menemui perempuan cantik. Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebik kurang setengah jam berada di dalam hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam. Datuk lalu dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan. Bila dihadapkan ke mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan dari tarikh ia mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan.


Datuk mengambil keputusan yang tepat. Ia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi, perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari ia tidak pergi memburu, ia terasa hidupnya terlalu sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk teringat tentang hutan kecil di pinggir Bukit Kota. Menurut orang-orang yang berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka. Kerana bukit kota tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk berburu ke tempat tersebut.


Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu ayam hutan. Semua kawan-kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa dengan anggota tentera.


“Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih,” kata datuk pada kawan-kawannya dengan nada suara yang keras sambil meraba-raba misai tebalnya.


“Kami tak mahu pergi,” jawab kawan-kawan datuk.


Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang-orang yang berladang di pinggir Bukit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkara baru. Sudah jadi buah mulut orang ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada pihak polis. Orang-orang komunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang-orang yang berladang di kaki bukit merasa beruntung dan bertuah kerana orang-orang komunis itu tidak menggangu mereka.


Walaupun kawan-kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Ia berazam mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu ia berharap juga akan dapat menembak seekor dua napuh atau landak. Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, ia membakar kemenyan di hujung bendul sambil membasuh mukanya dengan air kelapa muda tiga kali.


Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Ia menaiki basikal sejauh dua batu untuk sampai ke  Bukit Kota. Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada sebelah pagi. Ia berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah hutan hingga matahari jatuh.


Waktu datuk sampai di kaki Bukit Kota matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun nampak bersinar-sinar di panah matahari. Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Ia singgah dulu di sebuah pondok kepunyaan kawannya. Ia bertanya pada kawannya, arah mana terdapat bunyi kokok ayam hutan. Kawannya itu pun menunjukkan arahnya.


“Batalkan saja rancangan kau tu,” ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok-pokok hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan.


“Kenapa?” Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang datuk yang digayuti peluru.


“Merbahaya.”


“Kau takut aku ditangkap komunis,” “Kalau tidak kenapa kau tahan aku.”


Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Ia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk terdengar bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu bertalu-talu dan bersahutan-sahutan pula. Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Ia segera meletakkan senapang atas bahu dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan.


“Jangan terburu-buru nanti buruk padahnya,” kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan datuk.


“Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang-terang, aku boleh beri. Berapa ekor kau mahu.” Balas datuk dan ia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan. Kawannya segera mengejarnya. Tiba-tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu. “Usah pergi,” tahan kawannya. “Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau ada.”


“Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan, banyak orang yang sesat di dalamnya.”


“Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau.” Datuk mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala. Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengarnya suara kokok ayam jantan. Datuk pun sampai ke satu kawasan agak lapang. Datuk berhenti di situ, tiba-tiba ia terpandang sekumpulan ayam hutan keluar dari celah-celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar-cakar tanah di situ, kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah tempatnya kata datuk dalam hati.


Ia merangkak perlahan-lahan menuju ke balik batang besar. Ia duduk di situ, matahari beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana ia diteduhi oleh rimbunan pokok hutan. Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok ayam hutan di atas kepalanya. Datuk dongakkan kepala. Ia nampak seekor ayam jantan dengan bulu yang berkilat bertenggik atas dahan. Ayam itu mengepak-ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang berkilat bergerak-gerak dimain angin. Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun-daun kering merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk melompat lipan itu terpelanting atas tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas kepala terbang dan hilang. Datuk kecewa. Ia terus memaki lipan yang sudah hancur itu. Datuk membuat rancangan lain. Ia mahu berubah tempat kerana datuk yakin ayam-ayam itu tidak akan datang ke situ lagi.


Baru lima langkah datuk melangkah ia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke tempat asal. Duduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak juga datang ke tanah lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Ia yakin ayam-ayam itu akan datang juga ke situ. Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak-gerak. Seekor ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan-kawannya yang lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah-celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.


Satu peluang yang baik bagi datuk. Ia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas tanah. Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya. Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke pinggangnya, seekor ayam betina meluru padanya berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera menangkapnya. Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di tengkok ayam. Bila datuk memeriksa badan ayam itu ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru. Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadang salah seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit. Panas kian terik dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya ia akan datang lagi berburu ke situ.


Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, ia dapat menduga pukul berapa sekarang. “Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga,” kata datuk dalam hati. Dengan cara mendadak sahaja ia membatalkan rancangannya untuk pulang. Ia mahu memburu lagi, sebelum matahari jatuh di kaki langit, ia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam lagi. Alang-alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok , entah tulat kawasan ini akan dijadikan ‘Black Area’. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini. Itulah yang difikirkan oleh datuk. Ia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, Akhirnya datuk berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu ia akan bertemu dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.


“Kali ini kawan-kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi,” kata datuk dalam hati sambil mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara orang bercakap. Ia segera menyembunyikan diri di celah rimbun pokok hutan. Suara orang bercakap itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suar itek. Sesekali datuk terdengar bunyi orang mengukur kelapa. Puas datuk melihat kiri kanan, ia tidak nampak pun bayang manusia. Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Ia segera keluar dari tempat persembunyiaan dan meneruskan perjalanannya. Datuk terasa kepalanya pening dan ia tercium bau wangi di kelilingnya. Ia menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat-cepat datuk membaca sesuatu, tapi bau wangi itu makin kuat datangnya, kepalanya terasa berdenyut-denyut.


“Ganjil,” kata datuk sambil menggaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca sesuatu dengan tenang. Kemudian ia menghembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketiga-tiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa ia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi ia berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh. Datuk meneruskan perjalannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun-daun hutan yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di kepalanya hilang. Datuk berhadapan dengan pokok-pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak peduli pada semuanya itu. Ia menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua dengan pokok-pokok bunga.


Di hujung pokok-pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu , kerana kokok ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan, bila ia terpandang seorang perempuan tua berdiri di hujung jalan. Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.


“Kau sesat,” kata perempuan itu.


“Tidak.” “Habis macam mana kau ke mari.”“Saya memburu ayam.” “Patutlah ayam aku banyak yang hilang.”“Saya….” “Sudah mari singgah di rumah aku dulu.”


Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa, bahawa ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus menyerahkan padanya. Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda yang tinggal serumah dengan perempuan tersebut.


Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk cuma angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki Buki Kota. Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Ia minta datuk bermalam di rumahnya.


“Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik,” kata datuk.


“Boleh, kami tidak pernah mungkir janji.”


“Hantarkan saya sampai ke kaki bukit.”


“Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami.”


“Janji apa ? “


“Jangan menembak binatang ternakan kami.”


Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah orang tua itu lama-lama. Orang tua itu tersenyum.


“Kau susah dengan syarat itu ?”


“Tak susah, tapi….”


“Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini.” “Baiklah.”


“Kalau kau mungkir janji buruk padahnya.” Orang tua itu mengigatkan datuk dengan nada yang keras. Bulu tengkuk datuk meremang.


Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh. Cara diam-diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik orangnya dengan sepasang mata yang besinar. Berkulit putih dan rambut terhurai di atas bahu. Subuh itu datuk terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ menerima datuk dengan mesra.


Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki bukit Kota. Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.


“Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, ” kata orang tua, bila bertemu dengan jalan ia mula masuk ke hutan dulu.


“Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya,” sambung perempuan tua itu. Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di usap dengan kemeyan setiap malam Jumaat. Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap kali keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi oleh datuk.


Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Ia pun pergi ke bukit Kota, satu hari satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat yang ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok-pokok besar dan akar kayu berjuntaian. Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki bukit Kota, datuk mendapat tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan-bulan.


Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan baik. Malah ia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu semuanya ini menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tiap-tiap malam Jumaat.


“Ingat, buat sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad dan dengki,” kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.


“Saya tahu,” jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah-tengah bau kemeyan yang semerbak. Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box