SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 121 - TETAMU CACAT

Datuk buka baju teluk belanga lalu disangkutkan pada paku dinding.  Seperti selalu, datuk terus duduk bersandar sambil mendirikan lutut sebelah kanan.  Beberapa saat kemudian nenek pun meletakkan secawan kopi pahit di depannya.  Datuk tidak segera meminumnya.  Dia hanya melihat asap nipis di permukaan cawan.

“Ramai orang di masjid.”

“Tak seberapa,” datuk terus menghirup kopi pahit,” begitulah selalunya, tak ramai orang yang mahu belajar di masjid, orang lebih suka tengok Fun Fair,” sambung datuk dengan nada suara kesal.

Cara kebetulan pula di pecan kecil, sudah seminggu diadakan Fun Fair.  Macam-macam pertunjukan diadakan yang dapat memikat hati orang-orang di tempat saya.

“Memang begitu adat hidup.  Dunia dilebihkan, akhirat buat endah tak endah.  Maklumlah, dunia nampak, alam akhirat tak nampak,” ujar nenek lalu memicit-micit buat betisnya,

Datuk tidak memberikan sebarang komenter terhadap kata-kata yang nenek tuturkan.  Dengan tenang datuk mengangkat cawan lalu menghirup kopi pahit.  Saya sudah pun merebahkan badan di lantai, sejak datuk meneguk kipi pahit pertama.  Sengaja saya rapatkan kedua belah kelopak mata.  Biar nenek dan datuk menyangkakan yang saya sedang tidur.

“Rasa-rasanya, aku nak ke Jambi.  Rindu nak tengok kaum keluarga, saudara mara di sana.  Aku rindukan tanah Jambi,” hasrat yang datuk luahkan itu membuatkan saya membuka kedua belah kelopak mata dengan luas.

“Kita faham niat awak, kita tak menghalangnya, hubungan kaum keluarga kata orang macam air sungai, dicincang tak putus.  Tapi, ada……,” nenek tidak meneruskan kata.

“Ada apa?” Datuk pun menegakkan badannya.  Biji matanya tepat merenung wajah nenek.  Seolah-olah memaksa nenek supaya menyambung segera kata-kata yang terputus itu.

“Awak tu, tak sekuat dulu lagi.  Awak bukannya muda, Cuma itu saja yang saya nak ingatkan,” nenek pun angkat muka lalu bola matanya terpaku ke wajah datuk.

“Awak takut saya mati?”

“Tak pula, kerana saya tahu, mati tu adalah hak Allah.”

“Habis apa yang awak bimbang dan takutkan.”

“Awak nak ke Jambi tu nak naik apa? Kapal terbang atau kapal laut?” soal nenek lagi.  Tidak ada jawapan dari datuk.  Dia hanya tunduk merenung lantai sambil menghela nafas perlahan-lahan.

Ternyata seperti ada sesuatu yang bermain dalam kepala datuk, ekoran dari pertanyaan yang nenek kemukakan.

“Nak ikut apa? Ulang nenek lagi.

Tidak ada jawapan dari datuk dan baki air kopi pahit dalam cawan segera dihirupnya.  Kemudian datuk lunjurkan kaki kanannya. Datuk seperti keberatan untuk menjawab pertanyaan dari nenek, macam ada sesuatu yang ingin datuk sembunyikan dari perempuan yang tertonggok di depannya.

Saya yang sedang baring terus pasang telinga.  Saya juga ingin mendengar jawapan dari datuk.  Bunyi cengkerik berdendang di luar cukup rancak.  Angin yang bertiup terus menjatuhkan reranting yang kering ke bumi.  Suara kucing jantan cukup nyaring memanggil kucing betina.

“Aku nak ke Jambi dengan kapal laut,” secara mengejut datuk bersuara.  Kaki yang dilunjur dirapatkannya kembali.  Silanya diperkemaskan.

“Sungguh-sungguh awak nak ke Jambi.”

“Tentu,” datuk anggukkan kepala.

“Bila agaknya awak nak pergi?”

“Bila semua urusan selesai baru sedap berjalan.”

“Pergi seorang saja?”

“Berdua.” Nenek terus membeliakkan biji matanya.

“Awak nak bawa saya?” Tanya nenek, cepat-cepat datuk gelengkan kepala. Nenek ambil sirih, pinang, kapur dan gambir.  Semuanya disatukan lalu disumbat dalam gobek.  Dengan tenang nenek mengobek sirih.  Saya kira sambil mengobek sirih, nenek memerah otak memikirkan siapkah kawan karib datuk yang bakal menemaninya ke tanah Jambi.

“Siapa kawan awak tu,” nenek berhenti mengobek sirih.

“Siapa lagi…….,” datuk terus diam.  Dia menggeliat untuk menghilangkan rasa lenguh di pangkal belikatnya.

“Agaknya awak nak bawa cucu kita, si Tamar,” nenek terus menyerkap jarang.

“Memang begitulah hajat di hati.  Mahu aku perkenalkan si Tamar dengan kaum keluarga di seberang.  Aku tak mahu dia kehilangan akar umbi keturunannya.  Biar dia kenal siapa dirinya dan dari mana asal-usulnya,” datuk bersuara penuh semangat.

Bila datuk mengakui yang dia memang berhasrat mahu membawa saya ke tanah seberang.  Saya semacam tidak sedar terus bangun dan duduk bersila merenung muka datuk dan nenek.  Saya masih mengharapkan kata-kata selanjutnya yang bakal keluar dari kedua belah kelopak bibir datuk dan nenek.

“Wah! tengok si Tamar ni, sebut fasal nak berjalan dari tidur terus bangun,” nenek menghalakan matanya ke arah saya.

“Maknanya dia pura-pura tidur, bukan apa tu, dia nak mengelakkan dari disuruh membaca Quran.  Perbuatan macam tu tak ada untungnya Tamar, apa faedahnya menipu diri sendiri,” sampuk datuk, tanpa merenung ke arah saya.

Tebal rasa kulit muka bila kena sindir macam itu.  Apa mahu dikata, salah sendiri terpaksa ditanggung malu.

“Pergi tidur dalam bilik,” herdik datuk.

“Baik tuk,” saya segera akur dengan cakap datuk.

REBAH

Nenek hanya melihat telatah saya yang tergesa-gesa masuk ke bilik tidur.  Saya tidak merebahkan diri di atas katil.  Saya lekapkan telinga kanan ke dinding untuk mengikuti perbualan selanjutnya antara datuk dengan nenek.

“Budak tu cukup nakal, makin besar makin menjadi nakal,” itulah komen nenek terhadap saya.

“Budak lelaki memang begitu, suka membantah cakap.  Kalau kena cara cakap dan minta mahu mendengar kata.  Suruh apa saja, sanggup dibuatnya.  Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk jadi manusia,” datuk membela saya.

Saya senyum sendirian, megah kerana ada orang yang bersedia mempertahankan diri saya.  Buka kepalang gembiranya rasa di hati, bila datuk memuji saya di depan nenek.

Dan saya mula faham, begitu tinggi sekali harapan datuk pada saya.  Keseronokan yang melonjak-lonjak terus terbantut, bila teringatkan ungkapan dari datuk yang berbunyi: Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk jadi manusia.

Wah! Ini sudah keterlaluan.  Apakah batang tubuh saya yang wujud ini bukannya manusia? Apakah saya ini binatang yang bertubuhkan manusia? Datuk sudah melampau, secara mendadak saya jadi marah.  Kalau ikutkan hati, mahu rasanya papan dinding saya tumbuk.  Biar tercabut.

Dalam mengawal perasaan itu, saya cuba membaca surah al-Fatihah, tiga kali.  Ketenangan datang ke dalam diri saya.  Dan saya mula memikirkan ada maksud tertentu dari ungkapan yang datuk luahkan itu.

Telinga terus saya lekapkan ke dinding.  Saya mengalami kekecewaan yang amat sangat.  Datuk dan nenek tidak lagi  memperkatakan tentang hal yang ada hubungannya dengan niat datuk mahu pulang ke Jambi.  Mereka membawa persoalan lain, mereka memperkatakan tentang tanah sawah, kebun getah, amal ibadah dan hak-hal yang bersangkut paut dengan kematian.  Saya cukup hampa dengan tindakan datuk dan nenek itu.

Saya pun rebahkan sekujur tubuh atas katil, saya mula memikirkan tentang perjalanan ke Jambi dengan kapal laut membelah Selat Melaka. Kalaulah benar, datuk bersedia membawa saya ke tanah Jambi, saya akan memujuk datuk agar membawa saya ke Palembang untuk melihat puncak Bukit Seguntang tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma padi.  Saya juga teringin sekali mahu melihat Sungai Musi yang membelah Palembang.  Semoga cita-cita dan impian terlaksana.

“Bolehkah dipercayai cakap datuk tu?”

Timbul pertanyaan dalam hati saya di malam yang dingin.  Saya terdengar bunyi jam gantung berdenting sepuluh kali.  Perbualan datuk dengan nenek tidak serancak tadi.  Saya menguap, sekejap saya menelentang, sekejap saya meniarap dan sebentar mengiring.  Entah mengapa saya resah tidak menentu.

“Agaknya, saya terpengaruh dengan cerita datuk yang mahu membawa saya ke Jambi, inilah sebabnya saya resah tak menentu dan tak mahu tidur,” begitulah saya membuat ramalan dalam hati.  Saya terus bangun duduk atas katil sambil memeluk sepasang lutut,  Macam-macam yang saya fikirkan tentang kampong halaman datuk di Jambi.

Suburkah bumi Jambi dengan tumbuhan.  Sombongkah anak buah datuk.  Kasarkah gerak-geri mereka dan celuparkah mulut anak buah datuk di sana.  Dapatkah saya menerima mereka sebagai kaum keluarga yang masih mempunyai pertalian darah dengan datuk, sedangkan saya tidak pernah mengenali mereka secara dekat, tidak mesra.

Mungkin cara mereka berfikir dengan saya tidak sealiran.  Jangan-jangan bahasa yang diucapkan tidak saya fahami.  Dapatkah saya menerima mereka yang telah dipisahkan oleh laut Selat Melaka.  Semuanya bergolak dalam dada saya.

“Di sana ada sungai, ada jambatan, nanti kau dah nesar tuk bawa ke sana,” teringatkan dialog yang terjadi antara saya dengan datuk ketika saya mula bersekolah dulu.

“Sungai itu apa namanya tuk.”

“Sungai Batanghari.”

“Jambatannya nama apa tuk?”

“Aur Duri dibuat dari besi, nantilah kamu besar, datuk bawa kamu ke sana.”

“Lembu di sana, serupa dengan lembu di sini tuk.”

“Tentulah sama,” datuk terus ketawa panjang.  Barangkali dia merasa amat lucu dengan pertanyaan saya itu.  Saya tersenyum mengingati ketololan diri sendiri.  Saya menguap panjang.  Dan mata saya terasa amat berat sekali.  Saya hilang keinginan untuk mengikuti perbualan antara datuk dengan nenek, saya terus menarik gebar untuk menghilangkan rasa dingin yang menguasai sekujur tubuh.  Dan sesungguhnya, setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku.

RUANG

Bila saya bangun untuk menunaikan solat subuh, saya dapati ada seorang lelaki duduk di ruang tengah.  Lelaki itu memakai songkok hitam, berbaju cekak musang dengan kain selendang membalut sebahagian dari dadanya.  Memakai pelekat berpetak empat, macam petak papan catur.

Waktu saya lalu di sisinya, lelaki itu tidak angkat muka.  Tunduk merenung lantai macam orang bertafakur.  Datuk berdiri di kirinya dengan pakaian yang lengkap untuk berjemaah subuh di masjid.

Kerana dia tidak menghiraukan saya, saya pun tidak menegurnya.  Saya teruskan perjalanan ke bilik air.  Setelah mandi dan ambil air sembahyang, lagi sekali saya lalu diruang tengah.  Saya dapati lelaki dan datuk sudah tiada lagi di situ.  Pada hemat saya, pasti kedua-duanya menuju ke masjid.

Setelah menunaikan solat subuh, saya terus mendapatkan nenek yang sedang menjerang air di dapur.

“Ada orang baru datang ke rumah kita nek? Siapa orang tu,” saya kemukakan soalan pada nenek.  Sakit juga hati saya bila nenek buat tidak kisah dengan pertanyaan yang saya ajukan padanya.  Saya ulangi pertanyaan itu beberapa kali, barulah nenek bersuara.

“Entah, aku tak kenal siapa dia, Tamar.”

“Masa bila dia datang nek?”

“Kalau tak silap dekat pukul sebelas malam tadi.  Pada mulanya datuk kamu terdengar bunyi orang berjalan di luar, tidak lama kemudian, pintu rumah kita diketuk berkali-kali,” nenek memperjelaskan cerita sebenar dengan harapan keraguan yang berada dalam hati saya akan segera berakhir.

“Kemudian tuk suruh dia masuk. Bukan begitu, nek?” tingkat saya, nenek pun segera anggukkan kepala.

“Itu silap besar, membenarkan orang yang tak kita kenal bermalam di rumah kita,” saya luahkan protes.

“Tuk kamu bukannya bodoh, dia fikir buruk baiknya dulu sebelum menerima orang tu bermalam di sini.  Kau tahu Tamar, orang tu cacat.”

“Cacat,” saya terkejut besar lalu membeliakkan biji mata.

“Ya,” angguk nenek.

“Tadi saya Nampak elok sempurna.”

“Kamu tengok sekali lalu, macam mana kamu boleh kata begitu,” dari nada suaranya itu, ternyata nenek kesal dengan sikap saya.

Buat beberapa saat saya tidak bersuara.  Biarkan perasaan nenek kembali tenang.  Kalau banyak soal nanti dia naik darah.  Kalau nenek sudah naik darah nanti puntung kayu api naik ke muka saya.  Nenek buka tingkap bahagian dapur.  Cuaca di luar Nampak samar-samar.  Kokok ayam masih kedengaran sekali-kali.  Di kaki langit ada kilau cahaya yang mula bangkit.

“Apa cacatnya nek?”

Nenek menarik nafas lambat-lambat.  Di wajahnya terpancar rasa simpati yang amat dalam terhadap tetamu yang kurang saya restui itu.

“Dia berjalan merangkak, ampun maaf cakap, berjalan macam biawak.”

“Pelik, kenapa macam tu.  Apa kata tuk tentang cara dia berjalan tu nek,” saya berminat sekali untuk mengetahui keganjukan yang terjadi pada diri lelaki tersebut.

“Tak ada apa-apa katanya, Cuma dia kesian saja.”

“Hairan juga saya, macam mana dia terus datang ke rumah kita nek?”

“Itu kau kena tanya tuk kamu, di melayan orang tu bercakap berjam-jam malam tadi.  Lepas aku menghidangkan kopi dan kuih, aku terus masuk bilik, aku mengantuk,” tutur nenek dengan tenang.

Nenek terus taruh kopi dan gula ke dalam teko lalu disusuli dengan air panas.  Nenek kacau air panas dengan sudu hingga kopi dan gula bersatu.  Bau air kopi yang menyegarkan itu terus menusuk lubang hidung, saya kian teransang untuk minum kopi.

“Kamu minum dulu.”

Nenek tuang kopi panas ke dalam cawan.  Tanpa membuang masa lagi saya terus menghirupnya.

“Kalau nak makan goring pisang tunggu sekejap lagi,” ujar nenek lagi sambil mengangkat goreng pisang dari kuali dan diletakkan atas para dengan tujuan untuk menyejukkannya.

“Taka pa nek, dapat air kopi ni pun dah cukup baik,” kata saya.

“Baiknya kamu pagi ni Tamar,” nenek menyindir.

“Saya cakap ikhlas nek, nenek buiat goring pisang ni untuk orang cacat tu

“Ya,´angguk nenek,

Tanpa diminta, sambil bercerita bagaimana tetamu cacat itu datang.  Pada mulanya, datuk keberatan mahu mengizinkan tetamu cacat itu bermalam di rumah.  Tetapi, setelah dirayu dan diterangkan tujuan sebenarnya, barulah datuk membenar tetamu cacat itu masuk ke rumah.

“Apa alasannya nenek?” Saya memotong cakap nenek.

“Katanya, sudah berbulan-bulan dia mencari rumah datuk kamu, dia mendapat tahu dari orang tertentu yang datuk kamu berkebolehan, kerana itu dia mencarinya.”

“Waktu malam datang ke rumah,” cemuh saya.

“Begitulah, kalau dah berhajat.”

“Orang mana nek?”

“Entah, nenek tak tahu.”

“Hem…” keluh saya.

Saya terus minum baki kopi panas yang masih ada dalam cawan.  Saya kira, selesai saya minum nanti nenek akan menyambung kembali cerita tentang tetamu cacat tersebut.

SALAH

Perkiraan saya tidak salah lagi.  Sebaik saja saya meletakkan cawan atas meja. Nenek duduk bersila di depan saya.

“Khabarnya orang jauh,” nenek memulakan cerita.

Ternyata cerita yang mahu berjela itu, mati setakat itu saja.  Disekat oleh kepulangan datuk dan tetamu cacat.

“Bukakan pintu Tamar, mereka dah balik dari masjid,” suruh nenek.

Tanpa tangguh-tangguh lagi saya menerpa ke pintu dengan barapan mahu melihat tentang kecacatan yang dialami oleh tetamu baru itu.  Pintu saya buka, saya lihat datuk tercegat di halaman, sedangkan tetamunya merayap memanjat tangga.

Tetamu itu menggunakan kekuatan sepasang tangannya untuk mengheret tubuhnya naik tangga pondok.  Apa yang saya lihat membuat saya tergamam dan terkejut.

“Kenapa tercegat di situ!” pekik datuk.

Saya terkejut dan terus menuju ke ruang dapur mendapatkan nenek yang sudah mengaturkan piring untuk goring pisang dan cawan atas talam.

“Apa yang bising tu, Tamar?” nenek renung muka saya.

“Tuk marah saya berdiri di depan pintu.”

“Tak manis melihat orang cacat macam tu, sepatutnya lepas kamu buka pintu, kamu berubah tempat lain.”

“Kesian dia, nek.”

“Sekarang kamu dah tahu kenapa tuk kamu membenarkan dia bermalam di rumah kita,” tutur nenek dengan renungan yang sayu ke arah dinding dapur.  Munmgkin ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepala nenek.

Bila nenek sudah yakin yang datuk dan tetamu cacat sudah sampai dan duduk di ruang tengah.  Nenek pun mengarahkan saya supaya membawa makanan pagi ke ruang tengah.  Cakapnya segera saya patuhi.  Setelah hidangan itu diletakkan, saya segera angkat kaki untuk ke dapur kembali.

“Tamar.” Langkah saya terhenti.  Wajah datuk saya renung.

“Kamu duduk di sini, minum sama kami,” sambung datuk lagi.

“Tapi cawannya, ada dua saja tuk,” saya mencari helah.

“Nanti aku suruh nenek kamu bawa lagi dua cawan,” datuk segera bangun menuju ke ruang dapur.  Dan datang kembali ke ruang tengah bersama dengan nenek membawa dua cawan kosong.

Saya gagal menjauhkan diri dari datuk.  Saya tidak ada pilihan lain lagi.  Sama ada suka atau tidak saya terpaksa akur dengan cakapnya.  Saya duduk dekatnya, tetamu cacat tunduk merenung lantai, dia kelihatan seperti takut mahu melihat batang hidung saya.  Bila saja nenek selesai menuangkan air kopi ke dalam cawan, dia segera beredar ke dapur.

Saya sandarkan badan ke dinding sambil mengarahkan sepasang anak mata ke tingkap yang terdedeah.  Saya lihat suasana diluar cukup cerah.  Matahari yang kian meninggi terus memancarkan cahaya, kicau burung bersahut-sahutan.

“Silakan minum, Khoja Lisut.”

“Ya, terima kasih.”

Tetamu cacat segera angkat cawan lalu menghirup kopi.  Saya mengalami kejutan yang kedua.  Bibir tetamu cacat kelihatan macam terbelah dua dan lidahnya berwarna putih.  Dia tidak menghirup kopi tetapi menjilat.  Mungkin kerana menyedari yang perbuatannya jadi tumpuan saya, tetamu cacat segera berhenti minum kopi.  Dia angkat muka lalu renung ke arah saya.

“Jangan terkejut nak, memang begini cara pak cik minum” katanya tersekat-sekat. “Kerana ini juglah pak cik dibuang keluarga, ditinggalkan oleh anak bini pak cik,” sambungnya dalam nada suara yang penuh kehampaan.

“Khoja Lisut, tak usahlah bercerita apa-apa pada cucu saya tu, minum dan makan dulu,” datuk bertindak kerana dia menyedari kalau dibarkan Khoja Lisut meneruskan percakapan, mungkin Khoja Lisut akan menangis.

Bagi datuk memang pantang tujuh keturunan, kalau orang bertandang menangis pagi di rumahnya.  Perbuatan itu seolah-olah menyuruh rezeki lari jauh dari tuan rumah di samping menggambarkan yang tuan rumah tidak bersyukur pada Tuhan yang menjadikan waktu pagi yang indah.

Selain dari itu, perbuatan tetamu menangis pagi di rumah orang yang didatangi seolah-olah mendoakan tuan rumah dan keluarganya supaya hidup dalam bahaya dan pendek umur.

Entah dari mana pantang larang dan petua itu dikutip oleh datuk.  Kata nenek, petua dan pantang larang itu telah diwarisi oleh datuk dari nenek moyangnya.  Entah berapa keturunan.  Apakah pantang larang, petua dan petunjuk sedemikian mesti dilanjutkan di abad-abad yang akan datang? Ingin saya bertanya demikian pada datuk.  Tetapi, tidak pernah saya ajukan, saya takut dimarahinya.

Sarapan pun berakhir, cawan dan piring kosong saya bawa ke dapur.  Saya segera memberitahu datuk yang saya mahu menemani nenek ke kebun pisang.

“Tak payah nenek kamu boleh uruskan,” sanggah datuk.

“Saya nak tolong dia petik mentimun, cabai dan sayur.”

“Tak payah nenek kamu boleh buat.”

“Saya nak tengok jerat di tepi hutan.”

“Biar aku beri tahu nenek kamu untuk menengoknya.”

“Eh, saya nak tengok bubu di sungai.”

“Semuanya sudah aku cakapkan pada nenek kamu, dia boleh selesaikan kerja tu, kita Cuma tunggu waktu makan saja,” datuk begitu serius.  Apalagi mahu saya katakana.  Semua helah dan dalih ditolak mentah-mentah oleh datuk.

“Tamar, hari ini kamu kena tolong datuk dari pagi hingga ke petang, boleh jadi sampai ke malam,” cukup tenang datuk bertutur.  Matanya terpaku ke wajah saya.”

“Pertolongan apa tu tuk.”

“Bukan masanya, sekarang bukan masanya kamu nak bertanyakan hal itu, tunggu saja perintah aku,” saya dapat merasakan ada riak kemarahan dalam hati datuk berdasarkan pada tekanan suaranya.

RANCAK

Bila melihat datuk dalam keadaan demikian, saya segera mengambil sikap membisu, tunggu serta lihat.  Apa juga perintahnya pasti saya turuti.

Saya perhatikan, sejak tadi datuk tidak begitu rancak berbual dengan tetamu cacat.  Datuk lebih banyak termenung sambil melihat ke dada langit, macam ada sesuatu yang difikirkannya.  Sesekali wajah datuk berkerut dan cemas.

“Kita ke kebun pisang, duduk berborak di pondok,” datuk luiahkan arahan.

“Pak cik Khoja macam mana, tuk?”

“Ha, ikut sama.”

Saya menarik nafas panjang.  Terbayang di kepala bagaimana susahnya si tetamu cacat merangkak ke sana. Apa datuk mahu menyeksanya? Tidakkah datuk tahu jarak antara kebun pisang dengan rumah hampir satu batu.  Ini kerja gila.

“Kita pimpin dia,” datuk memecahkan kebuntuan dalam kepala saya.  Tapi cara itu juga tidak praktikal.  Memimpin orang cacat sejauh itu memang menyulitkan.

“Siap,” datuk renung muka saya.

“Baik,” kepala segera saya angguk.

Datuk masuk ke kamarnya dan keluar dengan memakai seluar hitam.  Kain pelekat berpetak besar dijadikannya samping.  Bila sudah berpakaian demikian, ertinya ada tugas tertentu yang bakal dilaksanakan oleh datuk.  Saya lihat datuk memasukkan kain lilit kepalanya ke dalam saku baju.  Dan dia mengenakan kopiah putih di kepala.

“Ayuh tunggu apa lagi, Tamar.”

Saya segera turun begitu juga dengan tetamu cacat terpaksa menyusur tangga dengan hati-hati.  Bila kami sampai ke bawah baru datuk turun.  Saya bersedia mahu memimpin tetamu cacat.

“Tak payah,” datuk menolak saya ke tepi sebelah kanan.

Datuk terus membongkok lalu mengangkat tetamu cacat, diletakkan antara kedua belah bahunya.

“Aku bawa dia,” katanya pada saya.

Saya anggukkan kepala.  Mungkin kerana tidak mahu perbuatannya diketahui oleh orang-orang kampong, datuk mengambil keputusan ikut jalan pintas yang agak sukar menuju ke kebun pisang.  Terpaksa melalui denai di pinggir belukar.  Saya sering saja tersepakkan akar-akar pokok dan adakalanya saya terjatuh.

Datuk tidak kisah dengan apa yang terjadi pada saya.  Dia jalan terus seakan-akan berlari, saya tercungap-cungap memburunya dari belakang.  Sampai saja di pondok ‘pisang sesikat’ datuk terus letak Khoja Lisut atas lantai pondok yang dibuat dari buluh.  Khoja Lisut segera mengisut ke tengah pondok.  Datuk terus menuju ke perigi mambasuh muka.  Saya naik ke pondok.

“Kenapa tuk bawa pak cik Khoja ke sini.”

“Memenuhi syarat.”

“Syarat apa?” Saya bertambah hairan.

“Syaratnya, pak cik boleh menceritakan dari mana pak cik datang dan sebab-sebab pak cik jadi begini di pondok yang berlantaikan bulu, atap rumbia dan berdinding separuh.”

“Begitu,” saya menarik nafas dalam-dalam.  Syarat-syarat yang dikenhendaki itu ada di pondok pisang sesikat yang didirikan oleh datuk.

“Di rumah tak boleh ke? Pak cik,” saya mula mencungkil rahsia darinya sebelum datuk naik ke pondok.

“Tak boleh. Kalau buka rahsia di rumah yang elok, alamat pak cik bertambah susah,” jelas Khoja Lisut.

Selesai saja Khoja Lisut bercakap, datuk pun sampai dari perigi lalu naik ke pondok.  Beberapa minit kemudian nenek muncul membawa beberapa belai pucuk pisang yang masih hijau serta kendi berisi air.  Semua barang-barang itu diserahkan pada datuk.  Saya kira perkara ini bukannya kebetulan tetapi, telah dirancang lebih awal antara datuk dengan nenek.  Mereka merahsiakan perkara ini dari saya.

Semasa penyerahan barang-barang itu dilakukan, datuk dan nenek tidak bertentang wajah.  Masing-masing renung ke arah yang berlainan.  Tidak bercakap walaupun sepatah.

Nenek meninggalkan kami, dia meneruskan tugas memetik putik jagung, mentimun, daun salang, cekur manis.  Bila tugas itu selesai nenek turun ke sungai melihat lukah.  Semuanya itu diadunkan menjadi bahan makanan tengah hari yang amat menyelerakan.

“Kamu macam mana sekarang Khoja? Sudah bersedia untuk menceritakan segala-galanya seperti yang kamu janjikan, semua syarat yang kamu minta sudah aku sediakan,” datuk pun mengemaskan silanya.

“Saya sudah bersedia.”

“Tamar kamu duduk di sini, barangkali ada perkara yang dapat kamu bantu aku,” begitu tajam biji mata datuk menyorot wajah saya.  Cepat-cepat saya mengangguk.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box