SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN

“Tak mengapa,” Datuk tercegat di depan saya dengan wajah yang damai.  Kemudian telapak tangan kirinya bercantum dengan telapak tangan kanan saya.

“Pegang kuat-kuat,” katanya.

Saya patuhi arahan yang diluahkan oleh datuk.  Waktu saya kerahkan seluruh kekuatan untuk berpaut pada tangan kanannya, saya terasa sekujur tubuh seperti terangkat, memisahkan sepasang kaki dengan pasir dalam jarak setinggi kira-kira empat kaki.  Seluruh tubuh terawang-awangan di udara.

“Aduuuuuhh…!” itu yang keluar dari kelopak bibir saya.  Daging punggung terasa sakit dan pedih bila datuk mendudukkan saya dengan keras dan kasar.  Seluruh isi perut terasa bergegar.

Dari pangkal belikat hingga ke pangkal paha terasa kebas seketika.  Seluruh sendi terasa lemah.  Lebih dari lima minit saya duduk termanggu di dada pasir.

Bila saya rasa kekuatan tenaga sudah pulih kembali.  Cepat-cepat saya bangun.  Berdiri merenung kearah Khoja Lilsut yang sudah berjaya mengeluarkan tangan kanannya. 

“Tamar, ikut aku.”

“Ke mana tuk?” Soal saya lemah.

“Keluarkan Khoja dari pasir.”

Saya segera mengekori langkah datuk.  Saya berdiri di sebelah kiri Khoja Lisut.  Dan datuk berdiri di sebelah kiri Khoja Lisut.  Dan datuk berdiri di sebelah kanan.  Khoja Lisut segera menatap wajah saya dan datuk silih berganti.  Rasa cemas terpamer di wajahnya.

“Serentak kita tarik tangannya, Tamar.”

Arahan datuk itu saya balas dengan menganggukkan kepala.  Setelah datuk genyitkan mata saya terus menyambar tangan kanan Khoja Lisut.  Datuk juga berbuat seperti apa yang saya lakukan.

“Heret ke sungai,” arahan datuk saya terima.

Khoja Lisut kami tarik atas pasir, suara jeritannya menguasai seluruh kawasan.  Datuk tidak ambil kisah dengan jeritan itu.  Khoja Lisut diheret hingga ke gigi sungai.

“Kita humbankan ke dalam lubuk.”

Saya jegilkan biji mata kearah datuk dengan seribu persoalan.  Sukar untuk saya mematuhi cakapnya.  Kalau dicampakkan ke lubuk, bererti Khoja Lisut akan jadi makanan buaya.  Apa datuk sudah gila? Kulit dahi segera saya kerutkan.

“Ke lubuk tuk?”

“Iya.”

“Buaya tuk.”

“Itu urusan aku,” sahut datuk dengan wajah yang masam.

Dia segera menyuruh saya berubah tampat.  Saya disuruh memegang sepasang kaki Khoja Lisut dan datuk memegang sepasang tangan lelaki yang masih mengerang kesakitan.

“Kita hayun tiga kali, masuk hayun keemapat kita lepaskan ke lubuk, kamu faham cakap aku Tamar!”

“Bagus, jangan banyak Tanya lagi tau.”

“Iya tuk.”

“Hayun satu, hayun dua, hayun tiga, hayun empat lepaskan Tamar”

“Bedebummmmmmmmmmmmm.”

Sekujur tubuh jatuh dipermukaan lubuk.  Gelombang dan alun air sungai berlarian ke tepian.  Khoja Lisut menjerit minta tolong, terkapai-kapai mengimbangi tubuh supaya tidak tenggelam.

Di saat Khoja Lisut terkapai-kapai itu penghuni lubuk (buaya) menimbulkan diri di sisinya.  Jeritan Khoja Lisut bertambah kuat.  Dengan sedaya upaya saya lihat Khoja Lisut berusaha menjauhkan dirinya deari buaya tersebut.  Dia cuba berenang ke tepian.

“Kamu lihat dia sudah boleh menggerakkan kedua kaki dan tangannya, bisik datuk pada saya.  Tidak dapat saya nafikan kebenaran dari kata-kata datuk itu.

“Saya takut dia jadi habuan buaya tuk?”

“Tidak, nanti aku ikgtiar untuk menyelamatkannya,” balas datuk sambil matanya merenung kearah buaya yang mula mempamerkan keganasannya untuk mengorbankan Khoja Lisut.

Si buaya mula membuka mulut, ekornya terus memukul permukaan sungai.  Khoja Lisut kelihatan tenggelam timbul dalam riak dan alun air tersebut.  Dia kelihatan tercunggap-cunggap seperti berada dalam keadaan kelemasan.  Buaya yang berada di permukaan air terus menyelam ke dasar lubuk.

“Buaya tu menyelam untuk menjulang Khoja,” datuk renong kearah saya.  Dia nampak gusar sekali.  Khoja Lisut tetap terkapai-kapai, saya melagakan gigi atas dengan bawah beberapa kali, saya harap datuk dapat melakukan sesuatu supaya Khoja Lisut tidak jadi korban buaya.

“Hum…..,” datuk mendengus.

“Tuk mahu menolongnya?” Datuk membisu, tidak mahu menjawah pertanyaan saya.

Dia terus duduk bersila atas pasir dengan kedua belah lengannya berada atas tempurung lutut.  Datuk menahan nafas, kedua belah kelopak bibinya bergerak-gerak.  Ternyata datuk sedang membaca sesuatu untuk menyelamatkan Khoja Lisut.  Saya gembira dengan tindakan itu.

“Huuuupppp,”

Kedua belah telapak tangan datuk memukul pasir.  Dia terus bangun, bergerak bagaikan robot menuju ke sungai.  Berdiri di tengah arus sungai dengan kedua belah tangannya mencekak pinggang.  Datuk bongkokkan badan (kedua belah tangan masih di pinggang) hingga seluruh mukanya terkena air sungai yang mengalir.

                                             GIGI

Dari gigi sungai saya perhatikan gerak geri datuk itu.  Tiga kali dia membongkok dan tiga kali juga air sungai membasahi wajahnya.  Selesai saja perkara itu dilakukan, datuk tetap berdiri di situ sambil mendepangkan kedua belah tangannya.

“Terkunci mulumu dari membinasakan anak Adam, patuhlah engkau dengan hukuman aku,” selesai saja datuk bersuara dia segera menjentik permukaan air dengan jari telunjuk tiga kali berturut-turut.

Perlahan-lahan datuk memusingkan badannya kearah saya.  Dia menggamit saya agar mendekatinya.  permintaannya saya penuhi.

“Kamu pergi dekat Khoja, tarik dia ke tepi.”

“Tapi tuk?”

“Tak ada tapinya, buat sekarang.”

Dengan rasa gementar saya segera mengharungi sungai mendekati Khoja Lisut yang terkapai-kapai, saya hulurkan tangan kearahnya.  Tanpa diduga, buaya menimbulkan badannya disebelah kanan saya.  Sepasang kaki saya jadi lemah, tidak mampu berdiri dan mengharungi air sungai, saya batalkan niat untuk menolong Khoja Lisut.  Saya berpatah balik ke tepi sungai.

“Tuk tolong saya, buaya tuk.”

“Kalau kamu patah balik, aku cekik kamu sampai mampuis, pergi tolong Khoja, pergi.”

Saya tidak ada pilihan, kalau rapat ke tepi bencana buruk menanti.  Kalau tolong Khoja, saya pasti jadi umpan buaya.  Dari mati kena cekik, lebih baik mati di mulut buaya.  Sebelum saya jadi habuannya, saya pasti menentangnya.  Kalau nasib saya baik, saya mampu menewaskannya.  Saya mara ke tengah sungai semula.

“Kemari kamu, kamu sudah aku takluki.  Mulut kamu terkatup rapat, kekuatan kamu jadi lemah.  Kamu hanya mendengar cakap aku saja, sekarang kamu ke mari duduk dan jemurkan badan kamu di pasir,” pada mulanya saya rasa cemas dan takut mendengar kata-kata itu, tetapi setelah mengetahui yang kata-kata itu ditujukan kepada buaya.  Rasa takut dan cemas segera hilang dari bersarang di sanubari saya.

Buaya yang terapung di sebelah kanan saya segera bergerak menuju ke tepaian.  Merangkak atas pasir lalu berhenti di depan datuk.

“Kamu duduk diam di sini,” tutur datuk.

Buaya itu menggerakkan hujung ekornya perlahan-lahan, seolah-olah mengerti dengan apa yang datuk ucapkan.  Datuk pun meletakkan kaki kirinya ke kepala buaya sebentar.  Kemudian datuk terjun ke sungai lalu menolong saya mengheret Khoja Lisut ke tepian.

Khoja Lisut terus dibaringkan atas pasir.  Datuk melurutkan sepasang kakinya dengan daun keladi sebanyak tiga kali.  Bila kerja itu selesai, Khoja Lisut dicampakkan ke lubuk buaya sebanyak tiga kali berturut.

Bila Khoja Lisut tidak bermaya, barulah datuk memikulnya ke pondok pisang sesikat.  Dibaringkan atas pucuk pisang, Khoja Lisut terkapar pengsan di situ.

“Sekarang kau ikut aku, bawa gayung upih,” datuk bersuara tenang.  Saya segera mencapai gayung upih dan terus mengekori langkah datuk menuju ke tempat buaya tersadai.  Sebaik saja sampai ke tempat itu, tanpa sepatah kata pun datuk segera mengambil kayu di tangan saya.

“Nak buat apa tuk.”

“Aku Nampak air liur buaya,” segera saya beliakkan biji mata.

Datuk segera membuka mulut buaya luas-luas, kemudian dikatupnya kembali.  Perbuatan itu dilakukan datuk lebih dari tiga kali.  Waktu mulut buaya itu rapat, air liurnya meleleh di kiri kanan, datuk terus mengambilnya dengan menggunakan gayung dari upih.

“Tunggu, sekejap lagi kamu aku bebaskan,” datuk tatap mata buaya yang kelopaknya bergerak lemah.  Datuk ambil sejemput pasir yang berada di bawah perut buaya lalu digaulkan dengan air liur buaya.

“Mari balik ke dangau.”

“Jum,” balas saya pendek.  Kami pun melangkah menuju ke pondok pisang sesikat.  Tanpa membuang masa datuk terus menggosok seluruh badan (termasuk bibir dan teling) Khoja Lisut dengan air liur buaya.

“Ehhhh….”

Suara Khoja Lisut mendatar.  Dia membuka mata merenung muka saya dan datuk.

“Berapa lama lagi saya begini?”

Datuk enggan menjawab pertanyaan itu.  Dengan berbisik datuk mengarahkan saya supaya mengambil bungkusan berbalut kain hitam.  Cakapnya segera saya patuhi.  Bungkusan itu saya serahkan pada datuk lalu dibuknya.  Tujuh biji putik manggis tergolek di depan mata saya.

“Kamu tumbuk sampai hancur.”

Sebiji putik manggis datuk serahkan pada saya.  Tanpa membuang masa lagi, putik manggis itu saya tumbuk dengan batu sungai hingga hancur.

“Nah tuk.”

Sebelum menerimanya, datuk melihat terlebih dahulu putik manggis hancur yang saya taruhkan dalam piring kecil.  Datuk senyum, dia puas hati dengan kerja saya itu.

“Sumbatkan ke dalam mulutnya.”

Datuk keluarkan arahan.  Saya segera mematuhinya.  Rasa kelat dan pahit dari putik manggis itu membuat Khoja Lisut mengerutkan dahi.  Dia hampir mahu muntah.

“Telan Khoja, jangan luahkan, kalau kamu muntah.  Kamu terpaksa duduk lama di sini,” nada suara datuk lembut.

“Berapa lama lagi saya di sini,” Tanya Khoja Lisut.

“Kalau semunya berjalan dengan baik, tiga hari saja.  Apa yang kami buat pada kamu petang ini akan diulangi pada petang besok dan lusa.”

“Huh azabnya saya,´keluh Khoja Lisut.

Datuk tersenyum dan menyuruh saya hancurkan sebiji putik rambutan yang kemudiannya dicampurkan dengan air pinang.  Semua bahan tersebut disapukan ke seluruh badan Khoja Lisut, Cuma sedikit saja yang disuapkan ke mulunya.

                                           SELESAI

Bila tugas itu sudah selesai, saya diarah oleh datuk mengorek lubang (di tempat mula-mula Khoja Lisut ditanam) di dada pasir untuk menanam badan Khoja Lisut.  Kerja itu dapat saya selesaikan dalam masa yang singkat sekali.

“Sudah siap Tamar?” Tanya datuk.

“Sudah tuk.”

“Kalau begitu, datanglah ke sini tolong usung Khoja untuk dibawa ke lubang?”

“Iya, saya datang tok.”

Saya bergegas menuju ke pondok pisang sesikat.  Khoja Lisut segera kami usung dan campakkannya ke dalam lubang yang sudah digali.  Tugas menimbusnya terletak atas bahu saya.  Khoja Lisut merelakan apa yang saya dan datuk lakukan terhadapnya.

“Tinggalkandiadi situ, ikut aku ke sungai.” Ekor matanya menjeling kearah saya.

“Jangan tinggalkan saya  di sini.” Khoja Lisut merayu.

“Kau tunggu aje di sini,” sergah datuk dan Khoja Lisut terus terdiam.

“Mari, Tamar.”

Datuk segera menarik tangan saya mengajak ke sungai.  Saya hanya mengikut saja.  Tidak mampu saya mengemukakan apa-apa pertanyaan terhadap datuk.

Kami sampai ke tepi sungai.  Datuk segera berdiri di hujung muncung buaya.  Tiga kali datuk urut muncung buaya dan tiga kali datuk tepuk pasir dengan telapak tangan kirinya.

Kedua belah tangan datuk memeluk tubuh lalu menarik nafas dalam-dalam.  Matanya diarahkan ke lubuk tanpa berkedip dan mulutnya bergerak membaca sesuatu.

“Sekarang kau sudah aku bebaskan, kita tidak bersahabat lagi buat masa ini.  Dalam tempoh kita tidak bersahabat tu, kau boleh memusnahkan kaum keluarga dan kawan-kawanku,” sebaik saja datuk selesai bercakap, dia terus melompat ke kanan.

Jarak kami (saya dan datuk) dengan buaya kira-kira sepuluh kaki sahaja. Buaya itu mengangakan mulutnya luas-luas.  Bergerak ganas atas pasir dengan ekornya memukul ke kiri dan ke kanan. Pasir-pasir yang kering berterbangan.

Buaya itu benar-benar menunjukkan kemarahannya yang amat sangat.  Mungkin kerana menyedari yang dirinya tidak dapat melakukan apa-apa terhadap saya dan datuk, buaya itu terus merangkak ke sungai dan terus menyelam ke sarangnya (lubuk).

“Untuk petang ini dah selesai,” datuk terus menepuk bahu saya berkali-kali. “Kita kena buat perkara yang sama dua petang lagi,” sambung datuk sambil menggosok-gosok pangkal hidungnya.

“Kena buat lagi tuk?”

“Iya, tiga petang berturut-turut,” datuk mula mengatur langkah menuju ke pondok pisang sesikat.  Saya mengekorinya.

Sambil berjalan itu, saya melihat ke dada langit.  Awan petang berarak lembut, beburung mula terbang ke sarang dan di kaki langit mula timbul cahaya kemerah-merahan.  Sebentar lagi suasana petang akan berakhir.  Senjakala akan datang menjelma.  Saya kira ketika itu suasana sekitar tentu akan berubah.  Boleh bertukar menjadi seram dan menakutkan.

“Malam ni, ada kerja yang lebih hebat dari apa yang kita buat pada petang ini,” tutur datuk samnbil duduk di depan pondok.  Matanya merenung kearah Khoja Lisut yang cuma  nampak kepala saja.  Seekor ular tedung bergerak kearah Khoja Lisut. 

“Kamu jangan bergerak Khoja, kalau ular tu mendekati kamu, matikan diri kamu dan tahan nafas,” datuk memberikan arahan dan Khoja Lisut tidak memnberikan apa-apa reaksi, matanya tertumpu kearah ular yang menghala ke batang hidungnya.  Dua tiga kali ular itu berpusing di situ, adakalanya memanggungkan kepalanya.

Saya menarik nafas kelegaan, bila ular tedung itu beredar dari sisi kepala Khoja Lisut.

“Itu ujian untuknya,” datuk meluruskan kaki kirinya.

“Hebat ujiannya tuk.”

“Begitulah, mengikut petuanya Khoja Lisut mesti ditanam dalam pasir tiga hari tiga malam berturut, dibuang ke Lubuk buaya tiga petang berturut, tiga malam berturut mesti didekatkan dengan unggun api kemudian dimandikan di lubuk waktu tengah malam,” penerangan yang tidak saya tagih dari datuk itu sudah cukup menegakkan bulu roma saya.

“Kalau begitu biar saya balik tuk.”

“Kamu mesti bersama aku malam ni, malam esok atau lusa kalau nak tidur di rumah tak mengapa.  Tetapi malam ni kamu mesti ada di sini,” nada suara datuk bersahaja.

                                           DUDUK

Menjelang Maghrib, saya dan datuk sudah pun menyiapkan tiga longgokan kayu mengelilingi kepala Khoja Lisut yang tubuhnya terbenam dalam pasir.  Sebelum itu, seluruh muka Khoja Lisut telah dilumurkan oleh datuk dengan sejenis minyak yang datuk buat dari ramuan buah jambu batu, daun kunyit, santan kelapa, buah gelugur dan ubi keledek.

Semua bahan-bahan itu diproses hingga menjadi seperti margerin dan itulah yang disapukakan ke muka Khoja Lisut bagi mengelak kulit muka dan lebernya dari terbakar.  Minyak itu juga menghalau nyamuk dan serangga lain dari mendekati Khoja Lisut.  

Sebaik saja masuk waktu Maghrib, datuk menyuapkan tiga biji bertih ke mulut Khoja Lisut.  Setelah itu barulah saya dan datuk melakukan solat Maghrinb.  Sementara menanti masuk waktu Isyak saya dan datuk terus berzikir dan melakukan sembahyang sunat Awabin.

“Sekarang kamu bakar kayu yang kita longgokkan tadi,” kata datuk sebaik saja selesai sembahyang Isyak.

“Saya seorang saja tuk?”

“Habis, beberapa orang pula, pergi buat.  Aku nak berwirid dan nak tidur.  Kamu tunggu di situ, bawa botol air, kalau Khoja nak minum kau berikan air padanya,” pesan datuk.

Dengan perasaan yang agak cemas, saya terus perti kelonggokan kayu pertama lalu membakarnya.  Kemudian beralih ke longgokan kedua dan ketiga.  Kawasan sekitar jadi terang-benderang.

Saya berdiri tidak jauh dari Khoja Lisut, lebih kurang sejam api itu menyala, saya terdengar suara jeritan Khoja Lisut.  Bahang api dari kiri kanannya membuat Khoja Lisut kepanasan.  Kulit muka dan lehernya serta merta menjadi merah. 

Saya sudah tidak mampu lagi berdiri di situ.  Kepanasan membuat kulit muka saya terasa pedih.  Badan berpeluh.  Baju segera saya buka,  Kerana tidak tahan, saya lari ke pondok pisang sesikat.  Jeritan Khoja Lisut yang nyaring bertukar menjadi serak dan akhirnya terus hilang.

“Kamu jangan datang ke sini, tunggu dekat Khoja, sekejap lagi aku datang ke tempat kamu,”  tutur datuk sambil menutup Quran kecil yang dibacanya.

“Sekejap lagi tu, bila tuk?”

“Pukul empat pagi atau selepas aku sembahyang sunat Tahajud.”

“Saya takut tuk.”

“Kamu pergi sekarang,” pekik datuk sekuat hati.

Suaranya yang kuat dan nyaring membuat saya segera menuju ke tempat Khoja Lisut.

Saya duduk atas sebatang kayu.  Kepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir.  Suara datuk membaca Quran sayup-sayup kedengaran.  Saya lihat ke langit, binatang bertaburan di mana-mana.

Angin yang bertiup menggerakkan dedaun dan dedahan dari pepokok yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.  Suara angin yang menyentuh dedaun amat menyeramkan bunyi dedahan kering yang jatuh ke bumi macam bunyi telapak kaki menusia memijak dedaun kering.

Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk kerana mengantuk.  Saya kira ketika itu sudah lebih dari pukul satu pagi.  Suara datuk membaca Quran tidak kedengaran lagi.  Saya berdiri lalu merenung ke pondok, saya lihat datuk sudah baring.

Mungkin dia sudah tidur.  Antara sedar dengan tidak saya terasa ada sesuatu yang bergerak di belakang saya.  Kerana semua kayu sudah menjadi bara, saya kehilangan cahaya untuk memastikan apa yang berada di belakang.

Perlahan-lahan saya memusingkan badan untuk melihat dengan tepat apa yang berada di belakang saya.  Sebagai senjata, saya ambil sepotong dahan yang bahagian hujungnya sudah menjadi bara.

“Ya Allah, selamatkan aku dari bahaya ini,” bisik batin saya bila terlihat seekor harimau duduk mencangkung merenung kearah saya.  Dengan lagak separuh berani dan takut saya halakan punting kayu yang berbara kearah harimau itu.

Si harimau terus mengaum dan beredar dari belakang saya.  Bila saya membetulkan kedudukan saya pada keadaan asal, saya lihat seekor ular besar yang hitam panggungkan kepala kearah saya.  Dan saya gunakan punting kayu yang berbara untuk menghalau ular hitam itu.  Saya berjaya, ular itu segera beredar.

Dalam keadaan yang serba tidak kena dan penuh keresahan dan ketakutan itu, saya renung ke pondok.  Datuk  baru saja selesai menyempurnakan sembahyang Tahajud.

Sekarang dia sedang menadah tangan ke langit, berdoa mohon restu dari Allah agar segala kerjanya dapat dilaksanakan dengan baik.

                                             

                                         HODOH

Tiba-Tiba gegendang teliga saya menangkap bunyi sesuatu dari sebelah kanan lalu dituruti dengan bunyi suara orang batuk.  Saya alihkan muka ke kanan, seorang lelaki dengan wajah yang amat hodoh terpacak disitu.  Tingginya hampir sama dengan tinggi saya.

“Siapa kamu?”

Lelaki yang separuh wajahnya menggerutu macam kulit katak puru itu tersengih, mempamerkan giginya yang besar dan bentuknya macam gigi buaya.  Kedua belah keningnya menutup mata, sukar untuk melihat anak matanya.  Hujung dagunya terkandas pada dada.  Daging pipinya mengelebah hingga ke bahu, sekali pandang macam telinga gajah.

“Siapa kamu?” Untuk kedua kali saya bertanya.

Lelaki berwajah hodoh itu tidak menjawab dan dengan sekelip mata, tubuhnya menjadi tinggi melepasi pepohon besar yang ada di situ.  Pandangan saya dilindungi oleh tubuhnya yang berwarna putih macam awan.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box