SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR


    Datuk pun mengeluarkan perintah pendek buat saya. “Jangan memancing di kolam waktu bunga senja. Kalau kau bantah, aku patah-patahkan leher kamu”, begitulah datuk, dalam perintah yang lembut terselit satu ugutan yang amat menakutkan.


“Faham?” sergahnya.


“Faham tok..”


Ternyata pengakuan saya itu tidak dapat menenangkan perasaannya. Datuk tidak putus-putus menyatakan kesalnya pada nenek terhadap perbuatan saya itu. Tetapi, nenek tetap memberitahu datuk apa yang saya lakukan itu terjadi secara tidak sengaja.


“Barangkali mereka mahu menguji sejauh mana kekuatan ilmu yang aku tuntut”, datuk mengeluh sambil memperkemaskan silanya, menghadapi hidangan makan malam.


“Usah ingatkan kisah tu”, ujar nenek sambil menghulurkan mangkuk nasi pada saya. Nasi pun saya masukkan ke dalam pinggan. Nenek hulur pula mangkuk nasi pada datuk. Bila makan malam selesai, saya tersandar di dinding. Nenek terus membasuh pinggan mangkuk di dapur. Datuk mengambil daun sirih dari tepak. Kemudian, datuk menyuruh saya mengambil daun serunai laut dan kapur di ruang tengah.


Perintah itu saya ikuti. Daun sirih dan serunai laut datuk campurkan dengan kapur. Ketiga-tiga benda itu datuk hancurkan dengan tapak tangan. Akhirnya direndamkan dalam cawan beberapa saat. Datuk pisahkan daun sirih, daun serunai laut dan kapur dari air di dalam cawan dengan mengunakan penapis yang halus. Sebelum air itu diminum, saya lihat datuk membaca sesuatu.


“Ini ubat yang baik”, katanya sambil merebahkan badan atas lantai.


Saya terus masuk ke dalam bilik, saya melihat dan membaca beberapa kitab tua tentang perubatan tradisional yang ditulis dalam tulisan jawi. Ada beberapa perkataan Jawa Kuno yang tidak saya faham, saya akan bertanya pada datuk dan dia akan memberikan makna perkataan itu pada saya hingga faham. Memang, ubat yang dibuat oleh datuk cukup berkesan untuk dirinya. Batuk datuk beransur kurang. Menjelang pukul dua belas malam, batuk datuk tidak kedengaran lagi. Cuma yang saya dengar bunyi dengkurnya tidak putus-putus.


Saya terdengar kokok ayam bertalu-talu. Mata saya masih segar. Tidak ada rasa mengatuk. Dua buah kitab lama sudah selesai saya baca. Badan mula terasa sejuk. Saya pun rebahkan badan ke atas lantai. Saya terpandangkan daun tingkap bilik terbuka dengan sendirinya. Saya bangun untuk merapatkan daun tingkap tersebut. Bila papan tingkap saya sentuh, saya terdengar bunyi belalang pelesit berbunyi dengan nyaringnya dari sebelah kanan. Saya cuba mencarinya tetapi, belalang itu tidak kelihatan kecuali suaranya yang cukup keras. Angin dinihari yang bertiup lembut membawa bunyi kicau burung murai. Dari mana datangnya, saya sendiri pun tidak tahu. Dengan sepenuh tenaga, daun tingkap saya tarik.


Usaha saya gagal. Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan pada daun tingkap itu. Saya terasa pula angin terlalu keras bertiup. Saya lihat pokok-pokok di luar macam digoncang manusia. Saya juga terdengar sekawan burung berak-berak terbang tinggi sambil berbunyi dengan rancaknya. Burung-burung itu berpusing-pusing atas bumbung rumah. Tanpa membuang masa, saya pun dongakkan kepala ke langit.


Saya terlihat satu cahaya berjerumbai (bertali-tali) dari bahagian bawah lembaga yang terbang di angkasa menuju ke arah anak bukit di sebelah utara. Dalam saat yang sama juga saya terdengar suara burung jampuk bertalu-talu dari dahan pokok kekabu tinggi di kanan rumah. Dalam gelap malam yang memanjang itu, saya bagaikan terpandang kelibat lembaga besar melintas di depan mata saya. Saya segera mengambil pelita minyak tanah. Bila saya berpatah balik ke arah tingkap, saya dapati tingkap yang lagi satu terbuka dan daun tingkap itu dihempas bertalu-talu dengan kuatnya. Semua rumah bergegar. Datuk terjaga dari tidurnya. Datuk datang dan berdiri di belakang saya. Datuk menyuruh saya beredar dari situ dan mengambil alih tempat saya. Dia berdiri di muka tingkap dan burung berek-berek lalu berlegar-legar atas bumbung rumah semula.


Datuk pun menekan pangkal hidungnya dengan ibu jari kanan. Matanya tajam menembusi malam yang pekat itu. Dengan mudah datuk merapatkan kedua belah daun tingkap lalu menguncinya. Baru dalam dua tapak datuk melangkah ke arah saya, daun tingkap terbuka semula. Bila datuk mahu merapatkannya semula, satu pukulan kepak burung hinggap ke muka datuk. Muka datuk segera berubah jadi lebam kebiru-biruan. Datuk jatuh ke atas lantai.


Saya segera mengambil beberapa helai bulu burung yang gugur di sisinya. Saya lihat datuk berguling-guling atas lantai menahan kesakitan. Pipi kanan datuk berdarah kena cakar kaki burung. Saya jadi kelam-kabut dan saya lihat ke atas bendul tingkap terjulur kepala manusia yang berbulu burung. Dalam saat-saat yang cemas itu datuk membuka kain. Saya tersipu-sipu melihatnya berbogel di depan saya. Darah dari pipi kanannya terus mengalir. Datuk menyarungkan kain pelekat dalam keadaan terbalik dari kepala ke kaki. Semua perbuatan datuk itu diperhatikan lembaga bermata merah.


“Ambilkan aku segenggam beras”, jerit datuk sekuat hati. Nenek tergesa-gesa masuk ke dalam bilik dengan membawa segenggam beras erat-erat dan memberikan kepada datuk. Datuk pun melemparkan beras yang digenggamnya ke arah lembaga bermata merah. Satu jeritan terdengar ditengah malam yang pekat itu, bersama pekik anjing dan burung hantu bersahut-sahutan. Lembaga bermata merah hilang di muka jendela.


Suasana kembali tenang. Nenek memimpin datuk keluar dari bilik saya. Muka datuk pucat. Darah yang mengalir di pipi bertukar menjadi air putih yang kental. Baunya cukup busuk macam bau bangkai.


“Ambilkan aku segenggam beras lagi. Basuh beras itu dengan air kelapa muda. Dan kau jangan terkena air kotor ini, pergilah cepat-cepat. Aku nak basuh muka. Aku tak tahan lagi rasanya menahan panas ni. Daging pipi aku macam kena api”, datuk berkata dengan tenang pada nenek.


Dan nenek pun ke dapur mengambil beras serta memetik kelapa muda jenis rendah di belakang rumah. Nenek melakukan seperti apa yang dikatakan oleh datuk. Sambil membaca beberapa ayat-ayat al-Quran datuk membasuh mukanya dengan air kelapa pembasuh beras. Muka datuk kembali merah dan segar. Air yang jatuh atas lantai datuk sapu dengan kain busuk dan kain itu dimasukkan ke dalam satu baldi kecil.


“Esok kena tanam”, kata datuk.


Dia bangun dan terus rapat ke muka jendela. Lama juga datuk berdiri di situ. Saya tidak tahu apa yang dibuatnya. Bila datuk terdengar suara azan subuh, barulah datuk beredar dari muka tingkap dan mengajak saya mengambil air sembahyang. Sementara menanti matahari pagi terbit di kaki langit, datuk membaca al-Quran. Saya mengulangi mata pelajaran bahasa Inggeris dan membuat kerja rumah (homework) seperti yang di suruh oleh Mr. Ismail. Mr. Ismail lulusan Kirkby College mengajar di sekolah rendah Inggeris tempat saya. Kemudian berkawin dengan seorang gadis yang mengajar satu sekolah. Mr. Ismail akhirnya bertukar mengajar ke Maktab Tentera di Sungai Besi. Dalam pilihanraya tahun tujuh puluhan, Mr. Ismail bertanding sebagai calon bebas, tetapi kalah ditangan calon Barisan Nasional bagi Kawasan Pangkalan Bharu. Sejak itu cerita tentang Mr. Ismail tidak saya dengar lagi.


Pagi itu selepas menanam kain buruk dan baldi, datuk mengajak saya pergi ke pekan kecil. Kami naik basikal. Saya duduk di belakang dan datuk mengayuh basikal. Tidak lama kami berada di pekan. Setelah membeli ikan masin dan bilis, dalam waktu satu jam kami pun pulang. Sementara menanti waktu makan tengahari, datuk mengajak saya menebang buluh untuk buat raga dan lukah (bubu). Datuk cukup cekap memotong buluh dan menakiknya. Dia tidak kelihatan letih walau sedikit pun. Tugas saya tidak berat, cuma memisahkan ranting buluh dari batangnya dan membelah buluh yang sudah di potong oleh datuk. Buluh yang sudah dibelah itu saya aturkan atas tanah supaya kena cahaya matahari. Dengan itu buluh akan cepat kering dan memudahkan kerja merautnya. Kerja kami berhenti, bila nenek menjemput kami makan. Cukup berselera datuk dan saya makan.


“Jarang-jarang kita dapat makan bersama”, kata saya.


“Tentulah, kau dan datuk asyik berjalan aja”, celah nenek.


“Betul, aku rasa esok pun kita tak boleh makan macam ni.”


“Kenapa pula?” tanya saya pada datuk.


“Ada alamat aku akan dipanggil orang.”


“Apa alamatnya tok?”


“Masa aku terbang buluh tadi, ada anak kelawar terbang melawan angin.


“Hum baru saya tahu”, saya meningkah cakap datuk.


Disambut dengan ketawa oleh nenek. Memang tepat cakap datuk, lebih kurang pukul tiga petang, seorang anak muda berdahi luas tiba di kaki tangga. Anak muda itu memakai seluar panjang kuning, berbaju putih berlengan pendek dan memakai selipar Jepun.


“Saya tahu tujuan awak datang”, kata datuk sebelum anak muda itu membuka mulut. Datuk lalu mengajak anak muda itu naik.


“Tempat awak dikacau syaitan?”, tambah datuk lagi.


Anak muda yang termanggu-manggu itu anggukkan kepala. Tanpa diberi sebarang isyarat, nenek terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan datuk dan anak muda itu. Anak muda yang berkulit agak gelap itu memberitahu datuk yang dirinya bekerja sebagai nelayan di Pantai Remis. Sudah ramai dukun dan pawang yang ditemuinya meminta jasa baik mereka menghalau sejenis makhluk yang mengganggu penduduk kampungnya di Batu Tujuh, Segari.


“Semuanya menolak tidak sanggup”, kata anak muda itu.


“Habis mana kau tahu rumah aku? Aku bukan pawang dan aku bukan bomoh.”

“Ada orang menyuruh saya minta jasa baik pakcik.”


“Siapa?”


“Sarjan Hamid, balai polis Pantai Remis.”


“Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan bukan dukun. Aku hanya berikhtiar, yang menentukan kejayaannya Allah yang Maha Besar.”


“Saya faham pakcik”, nada suara anak muda itu merendah.


Sebelum memulakan sebarang perjalan, datuk menghitung dan mengira apakah perjalanannya membawa tuah atau celaka. Setelah bertafakur berapa minit, datuk memberitahu anak muda itu, masa yang paling sesuai melangkah apabila matahari sudah condong separas dahan kelapa. Anak muda itu tidak membantah permintaan datuk itu.


Di luar, sinar matahari cukup angkuh jatuh atas bumi dan dedaun di halaman rumah. Kicau burung kelicap amat riang, melompat dari dahan ke dahan bersama hembusan bayu yang lembut dan nyaman. Kepala saya digayuti persoalan. Kenapa begitu mudah datuk menunaikan permintaan dari orang yang memerlukan pertolongannya. Apakah datuk mahu mencari dan menambah pengalaman? Atau datuk mahu menguji ilmu yang dituntutnya? Persoalan itu tidak mendapat jawapan dan mati dengan sendirinya dalam tempurung kepala saya.


“Kenapa kau yang sibuk-sibuk sangat, apa kau diwakilkan oleh penduduk di situ mencari aku?”, datuk menyoal anak muda itu.


“Tidak.”


“Kalau tidak kenapa kau mesti bersusah payah?”


“Ada hubungan dengan ayah saya.”


“Ayah kau? Siapa dia ayah kau?”, datuk agak terkejut.


Matanya merauti seluruh wajah anak muda itu. Dari gerak-gerinya ternyata anak muda itu kurang senang dengan pertanyaan itu. Ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya dari datuk.


“Usah berahsia dengan aku. Kalau kau bercakap jujur dan terus terang akan memudahkan kerja-kerja aku. Ingatlah, apa yang kau buat sekarang bukan untuk kejahatan”, datuk cuba membunuh rasa resah dalam diri anak muda itu. Anak muda itu tundukan kepala merenung lantai rumah.


“Ayah saya Haji Saad Talu”, dengan nada suara yang lemah anak muda itu menyatakan pada datuk.


Wajahnya kelihatan agak muram. Datuk memperkemaskan silanya dan merenung keluar. Melihat dedaun rambutan dan manggis yang di tolak angin. Bergerak-gerak penuh malas.


“Pernahkah pakcik dengar nama tu?”


“Pernah. Ayah kamu berasal dari Sumatera dari daerah Talu, aku kira dia sengaja mengekalkan nama tempat lahir di hujung namanya.”


“Ya, memang ayah sendiri ada menceritakan yang dia berasal dari Talu.”


Datuk kelihatan tenang mendengar cakap anak muda itu. Datuk menekan pangkal belikatnya dengan tapak tangan. Menghilangkan rasa lenguh akibat terlalu lama duduk.


“Ayahmu sakit?” soal datuk lagi.


“Tidak.”


“Jadi untuk apa kau datang ke mari?”


“Ayah saya sudah meninggal dunia.”


Datuk membeliakkan biji matanya. Hujung kening sebelah kanannya saya lihat bergerak-gerak. Tanpa banyak bicara datuk bangun lalu masuk ke dalam biliknya. Datuk keluar dengan membawa secebis kain hitam tiga segi. Datuk letakkan kain hitam itu di hujung lutut kanan anak muda tersebut. Kemudian datuk menyuruh anak muda itu menekan bahagian tengah kain hitam dengan ibu jari kanannya. Datuk melihat urat-urat yang timbul di belakang tangan anak muda itu. Datuk tersenyum lalu memegang pangkal siku anak muda tersebut.


Dalam beberapa saat saja saya lihat dahi anak muda itu berpeluh. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang amat sangat. Saya lihat datuk tidak memperlakukan sesuatu terhadapnya. Datuk sekadar menemukan kulit tangan dengan kulit di bahagian siku anak muda itu bagaikan terkunci. Dari hujung kedua belah bibirnya terkeluar air liur, meleleh hingga ke pangkal dagu. Air liur itu kelihatan kekuningan macam air liur basi dan baunya kurang menyenangkan. Datuk berhenti menjamah kulit siku anak muda itu. Anak muda itu nampak termengah-mengah macam berlari berbelas batu dalam panas yang terik. Bahagian belakang baju putihnya basah oleh peluh, macam baru kena hujan.


“Kau ada menuntut sesuatu dari ayahmu?”, soal datuk sebaik saja anak muda itu menyandarkan badannya ke dinding.


Mata datuk dengan mata anak muda itu bertemu. Macam ada perlawanan ilmu batin antara anak muda itu dengan datuk. Cukup susah saya mahu menggambarkan keadaan perlawanan itu. Perkara yang nyata urat-urat dalam kolam mata anak muda itu bagaikan tersembul merah


“Berterus-terang dengan aku. Jangan uji aku nanti kau binasa”, pekik datuk sekuat hati.


Serentak dengan itu dia menampar lantai. Papan lantai yang ditampar oleh datuk saya lihat berlubang sebesar tapak tangan. Bahagian tepi papan yang berlubang itu mengeluarkan asap, manakala papan yang tercerai saya lihat menjadi hitam macam arang.


“Ada, cuma separuh jalan. Ayah yang paksa saya menuntut darinya. Saya tak mahu. Dia paksa juga. Jangan jahanamkan hidup saya pakcik”, anak muda itu mula menangis.


Datuk terdiam. Dari gerak-gerinya saya tahu, datuk kesal dengan apa yang telah berlaku. Tanpa segan silu datuk minta maaf pada anak muda itu.


“Kamu terlalu berahsia dengan aku. Bukankah sudah aku katakan berterus-terang saja dengan aku.”


“Saya tidak berniat begitu pakcik. Tetapi, saya bagaikan digerak oleh sesuatu untuk berbuat begitu.”


“Aku faham, semuanya terjadi diluar kemampuan diri kamu. Ini membuktikan yang arwah ayah kamu mahu kamu menurut jejak langkahnya.”


Mendengar cakap datuk itu, anak muda yang malang terus mengeluh. Secara terbuka anak muda itu mengakui dia tidak setuju dengan beberapa ilmu kebatinan yang diamalkan oleh arwah ayahnya yang bertentangan dengan akidah Islam.


“Banyak perkara yang meragukan saya pakcik”, ujar anak muda itu.


“Antaranya?” datuk mula mencungkil rahsia.


“Dia mengajarkan ajaran ilmu matahari yang dibawanya dari salah sebuah negeri di Timur Tengah semasa dia menjadi kelasi dulu.”


“Lagi?”


“Ajaran itu bercampur aduk antara Islam dengan pemujaan pada sesuatu seperti memuja bulan, matahari dan laut. Adakalanya benda-benda yang dipuji itu lebih mulia sifatnya dari Allah yang menjadikan alam ini.”


“Dia sudah ke Mekah dan bergelar Haji?”


“Ini juga meragukan saya. Menurut beberapa kawan rapat ayah saya, dia tidak ke Mekah. Tetapi, menunaikan ibadah haji di salah satu tempat di Pulau Pinang. Ayah saya tidak pernah sembahyang Jumaat dan berjemaah di surau. Dia lebih banyak mengasingkan diri dan membuat amalan secara rahsia.”


“Apa tindakan orang-orang kampung tempat kamu?”


“Sejak kematian ibu, saya dan ayah dipulaukan. Adik-adik yang lain membawa diri ke tempat lain.”


Datuk termenung panjang. Dan anak muda itu meneruskan ceritanya tentang arwah ayahnya. Menurut anak muda itu, ketika ayahnya mahu menghembuskan nafas yang terakhir, ayahnya berhempas pulas menendang dinding dan lantai. Sesudah mengeluh macam lembu kena sembelih barulah roh ayahnya bercerai dengan jasad. Bila ayahnya mahu dikuburkan, satu perbalahan telah berlaku antara orang kampung. Satu puak tidak mahu ayahnya dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Mereka mahu menempatkan tubuh ayahnya itu di satu tempat lain. Alasan mereka kenapa hal itu patut dilakukan, kerana mereka mengira arwah ayahnya bukan seorang Islam.


Mana kala pihak yang satu lagi mahu tubuh ayah anak muda itu disemadikan di tanah perkuburan Islam. Alasan mereka arwah Haji Saad memang seorang Islam. Surat lahir dan kad pengenalan membuktikan yang arwah itu memang Islam. Pihak itu juga menyatakan, menentukan sama ada seseorang itu Islam atau tidak, bukanlah terletak di tangan orang kampung. Ada pihak yang tertentu boleh memutuskan seperti Jabatan Agama, Mufti dan lain-lain lagi.


“Hanya Allah sahaja lah yang dapat menentukan seseorang itu Islam atau sebaliknya”, kata datuk.


Anak muda itu terdiam. Dia tidak mengatakan cakap datuk itu benar atau tidak. Dari kerdipan matanya yang lembut, saya membut kesimpulan anak muda itu setuju dengan apa yang dikatakannya oleh datuk.


“Setelah penghulu dan ketua kampung campur tangan, ayah arwah saya ditanam ditanah perkuburan orang-orang Islam”, anak muda itu menyambung perbualan yang terputus.


Anak muda itu menceritakan tentang arwah ayahnya dengan wajah yang muram. Menurutnya, waktu tubuh ayahnya mahu ditimbus dengan tanah, beberapa orang kampung yang meletakkan tubuh ayahnya dalam lubang kubur melihat sesuatu yang ganjil berlaku pada tubuh ayahnya.


“Apa yang ganjilnya tu?”, saya pula menyoal.


“Mukanya ditumbuhi bulu macam burung”, jawabnya.


“Apa yang mereka buat?” datuk pula mengajukan pertanyaan.


“Mereka tanya saya sama ada saya mahu melakukan sesuatu. Saya tidak ada pilihan melainkan menyuruh mereka menimbusnya dengan tanah.”


Saya menarik nafas panjang. Seram juga saya mendengarnya. Saya lihat wajah datuk masih dalam keadaan yang tenang. Anak muda itu menggigit ibu jarinya. Suasana dalam ruang rumah terasa sepi buat beberapa minit. Kami termenung panjang. Masing-masing membuat perhitungan dan tanggapan yang tersendiri setelah mendengar cerita ganjil dari anak muda itu. Anak muda itu bangun dan berdiri dekat pintu. Merenung kearah pokok-pokok mempelam dan manggis yang disinari matahari petang. Lama juga dia termenung di situ.


“Selepas orang-orang kampung pulang dari dari tanah kubur, langit yang cerah bertukar hitam. Kilat guruh berbunyi kuat. Pokok nibung di belakang rumah kamu dipanah petir. Kemudian hujan turun dengan lebatnya. Hujan itu berhenti bila masuk waktu subuh”, tanpa diduga datuk terus berkata demikian.


Anak muda segera mengalihkan pandangannya pada datuk.


“Mana pakcik tahu?”, anak muda terkejut besar.


“Ilmu yang diamalkan oleh ayah kamu satu ilmu yang salah. Sebenarnya saya tahu serba sedikit tentang ilmu itu”, terang datuk denganjujar padanya.


Datuk lalu memberi penerangan tentang ilmu tersebut. Menurut datuk, ilmu itu dikenali dengan nama Ilmu Kelawar atau Ilmu Burung yang pernah digunakan oleh kelasi-kelasi kapal bila kapal mereka pecah atau karam di tengah laut pada zaman dahulu. Masa berlaku peperangan antara tentera Belanda dengan pejuang Kemerdekaan Indonesia, beberapa orang yang mengamalkan ilmu tersebut telah menggunakannya untuk melawan pihak musuh terutama di daerah Mendailing dan Talu. Orang yang mahu memperoleh itu harus bertapa dalam keadaan menanamkan separuh badan dalam tahi kelawar.


Sebelum itu, orang yang terlibat harus pergi ke sebuah gua di Gunung Kidul di Pulau Jawa. Mengabdikan diri pada syaitan di situ dengan membuat pemujaan pada sekeping papan yang sudah berusia beribu-ribu tahun. Papan yang dipuja akan menjadi lembaga yang menyerupai dengan tubuh badan yang mahu menuntut ilmu. Kemudian lembaga itu akan menghisap darah ibu kaki orang yang mahu memperhambakan diri. Syarat utama orang yang menuntut ilmu itu harus mengakui papan tua itu adalah benda yang paling berkuasa, maha mengetahui dan menyerahkan roh dan jasadnya pada papan penunggu. Dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.


Semasa orang itu menanamkan separuh badannya dalam tahi kelawar, dia hanya memakan kepak kelawar selama empat puluh empat hari. Bila amalannya sudah genap 100 hari, tubuhnya akan berbulu seperti burung dari kepala hingga ke pinggang. Dari pinggang ke bawah macam tubuh manusia. Ketika bulan mengambang penuh, dia akan terbang dan kembali ke rumah asalnya. Setiap malam, dia harus menyediakan darah kelawar satu mangkuk putih dan diletakkan di bawah pokok nibung. Demikian datuk memberitahu tentang ilmu yang diamalkan oleh arwah ayahnya.


“Apa untungnya ilmu tu datuk?” tanya saya.


“Boleh mengumpulkan kekayaan, asalkan patuh dengan perintah syaitan. Boleh menjadikan diri macam burung dan terbang untuk menjahanamkan orang. Satu perbuatan laknat”, kata datuk lagi.


Anak muda yang malang itu mengeluh. Dia mula tahu sekarang kenapa masa arwah ayahnya masih hidup, selalu mengasingkan dalam sebuah bilik gelap. Setiap malam tidak pernah berada di rumah kecuali waktu menjelang subuh.


Lebih kurang pukul empat petang kami pun memulakan perjalanan menuju ke sebuah kampung kecil di pinggir pekan Segari yang terletak di Daerah Manjung (dulu Daerah Dinding). Masa yang kami ambil untuk sampai ke situ lebih kurang satu jam lebih dengan menaiki teksi. Anak muda itu terus menunjukkan ke arah rumah papan yang letaknya agak terpencil dengan rumah lain dikampung tersebut.


“Sejak ayah saya mati, rumah ini kami tinggalkan. Setiap malam ada manusia berkepala burung dan berbadan manusia datang mengganggu kami yang diam di situ. Sejak rumah ditinggalkan, kami mendengar orang bercakap dalam bahasa yang kami tidak tahu”, anak muda itu menceritakan tentang rumah papan yang kami lihat dari jauh.


“Lagi, ada apa yang ganjil?” tanya datuk.


“Sejak akhir-akhir ini benda ganjil itu sudah mengganggu rumah orang lain pula”, tambah anak muda itu. 

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box