SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 31 - RUMAH MISTERI


    Datuk pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Angin petang yang bertiup kencang mengugurkan dedaun getah tua yang memagari pinggir kampung. Mata saya masih tertumpu ke arah rumah papan yang beratap rumbia. Pintu dan tingkap rumah tertutup rapat. Di kaki tangga ada tempayan besar. Sebelah kanan rumah terdapat pokok mempelam telur yang sedang berbunga lebat.


“Apa yang kau nampak?”, tanya datuk pada saya.


“Tak ada apa-apa tuk.”


“Baguslah”, balas datuk dan terus duduk di atas tunggul getah. Anak muda yang sejak tadi berdiri di sebelahnya juga turut duduk. Anak muda itu nampak cemas.


“Nama kamu siapa?”


Saya tersenyum, kenapa begitu lambat datuk mahu mengetahui nama anak muda itu. Agaknya datuk terlupa atau sengaja dia berbuat demikian dengan tujuan tertentu, fikir saya dalam hati.


“Nama saya?”, ulang anak muda itu.


“Ya nama kau.”


“Orang kampung panggil saya Man Beliung, nama sebenar ikut kad pengenalan dan surat beranak Osman”


“Fasal apa orang kampung panggil kamu Man Beliung?”, datuk mencungkil rahsia.


Osman segera bangun dan kerutkan dahi sempitnya. Sinar matahari petang kian redup. Beberapa ekor burung gagak liar mula hinggap ke atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia. Gagak-gagak itu berbaris menghala ke arah matahari sambil berbunyi. Suara gagak itu parau dan kalau diteliti bunyinya macam orang mencarik kain kapan.


“Sebabnya, pasal saya lahir dulu, bidan yang menyambut saya bersama sebilah beliung kecil”, Osman membuka kisah dirinya.


“Mana kau tahu?”, tanya datuk lagi.


“Ayah saya yang cakap dan ibu saya sendiri mengakuinya. Menurut kata ayah, kalau saya tidak disambut dengan beliung kecil itu saya tidak akan lahir dan ibu akan mengandung sampai mati. Beliung itu ayah yang berikan pada bidan.”


Datuk terdiam mendengar cerita dari Osman. Suara gagak di atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia terus berbunyi. Saya menumpukan perhatian ke arah rumah tersebut, sebahagian daripada rumah itu tidak kena cahaya matahari kerana terlindung oleh pokok besar. Tiba-tiba sahaja badan saya terasa saya terasa seram. Bulu roma saya mula tegak, anehnya bila saya tidak melihat ke arah rumah itu rasa seram tidak saya rasai.


“Beliung itu ada pada kau?”, saya terdengar datuk menyoal Osman.


“Ada saya simpan. Berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan benang tujuh warna.”


“Apa warnanya?”


“Saya tak berapa ingat. Tapi warna hitam lebih banyak dari warna lain.”


Datuk saya lihat resah tidak menentu. Sekejap dia kerutkan dahi, sekejap menggaru pangkal kening. Sekejap memicit pangkal hidung. Semua yang datuk lakukan serba tak kena. Dalam keadaan datuk yang tidak menentu itu, saya renung ke arah rumah beratap rumbia. Saya lihat bahagian tingkap yang tidak kena sinar matahari terbuka dengan sendiri. Ada kelibat manusia berdiri di situ. Saya memberanikan diri untuk melihatnya, tiba-tiba telinga terasa kosong. Tidak ada satu pun yang dapat saya dengar dan kepala saya terasa pening. Saya segera merenung ke arah lain. Pendengaran saya kembali macam biasa, rasa mahu pening terus hilang. Saya tidak berani mengulangi perbuatan itu lagi.


“Kau simpan beliung itu di mana?”


Saya mula bosan dengan sikap datuk. Tidak habis-habis menyoal Osman dan tidak merasa bosan macam saya. Dia menjawab dengan jelas apa yang disoal oleh datuk. Osman terus memberitahu datuk bahawa beliung itu disimpan di rumahnya yang terletak berhampiran jalanraya. Osman juga memberitahu tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya berjumlah lima ekar lebih. Tiga ekar lagi dijadikan dusun.


“Rumah ini ayah saya dirikan di dalam tanah dusun”, kata Osman tanpa memandang ke arah rumah peninggalan ayahnya, dia bagaikan takut memandang rumah pusaka itu. Matahari kian condong ke barat.


Burung gagak kian bertambah duduk atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia. Bila datuk menyoal Osman kenapa dia mendirikan rumah di tepi jalan raya atas tanah kerajaan, secara terus terang Osman menerangkan bahawa dia pemah mendirikan rumah di atas tanah pusaka peninggalan ayahnya. Malah, dia sendiri sudahpun mencari seorang gadis sebagai calon isterinya. Dia mahu menjadikan tanah pusaka itu sebagai sumber rezekinya. Tetapi hasratnya tidak terlaksana bila rumah sudah didirikan dan dia tinggal di situ. Osman merasakan tanah peninggalan ayahnya bukanlah satu tempat yang aman. Setiap malam dia diganggu oleh makhluk ganjil yang dapat dilihatnya.


“Setiap malam badan saya dan pakaian saya dilumuri dengan najis manusia dan binatang. Tiang rumah saya digoncang setiap malam, kerana itu saya pindah”, beritahu Osman pada datuk.


Osman juga memberitahu, tidak ada orang yang mahu menoreh di kebun getahnya kerana setiap orang yang cuba menoreh akan diserang oleh beribu kelawar dan gagak. Akibatnya orang yang kena serang kelawar badannya agak gatal dan bengkak. Manakala orang yang diserang burung gagak badannya kemerah-merahan akibat dicakar oleh burung tersebut.


“Kebun getah itu, sudah jadi hutan”, keluh Osman.


Hati saya cukup hiba, bila Osman menyatakan dia berhasrat untuk meninggalkan kampung buat selama-lamanya.


“Tidak ada gunanya saya tinggal di sini. Orang-orang kampung mula mencurigai saya. Tidak ada gadis yang mahu bersuamikan saya dan tidak ada orang yang sudi menjadikan saya menantu. Bila pakcik sudah berjaya, semua tanah ini akan saya jual jika ada orang mahu membelinya. Kalau tak ada, biarkan jadi hutan”, wajah Osman muram sungguh.


Datuk segera menepuk bahu Osman. Datuk menyanjung cita-cita Osman disamping memberi satu harapan baru pada dirinya.


“Jangan putus asa. Allah tidak suka pada orang yang cepat putus asa, hidup mesti berusaha”, bisik datuk ke telinga Osman.


Dia senyum. Datuk menggaru pangkal telinga sebelah kanan dua kali berturut-turut. Osman pun melihat jam tangan.


“Dah pukul enam pakcik”, ujarnya.


Saya renung wajah datuk. Dan Osman menoleh ke kiri dan ke kanan, macam mencari sesuatu.


“Mari kita masuk ke rumah tu”, suara datuk separuh keras.


Osman dan saya berpandangan. Dada saya berdebar dan saya tidak dapat menduga apa yang bergolak dalam hati kecil Osman.


“Mari”, ulang datuk lagi sambil menarik tangan Osman.


Osman patuh dengan perintah datuk. Baru lima tapak Osman melangkah, mukanya kelihatan pucat. Tidak berdaya untuk mengatur tapak ke hadapan. Wajah datuk ditatapnya sejenak.


“Kita menempah bahaya pakcik”, katanya.


“Macam mana kau katakan bahaya, kita belum pun sampai?”


“Saya terasa seram sejuk pakcik”


“Usah takut, aku ada dekat kau.”


Datuk terus mengajak Osman. Ternyata Osman tidak dapat berdalih lagi. Saya dan Osman terus mengekori datuk, macam anak ayam mengikut ibunya mencari makanan. Bunyi suara gagak kian gamat seolah-olah tidak merestui atas kedatangan kami bertiga. Beberapa ekor burung gagak terbang rendah ke arah kami. Berlegar-Iegar atas kepala kami sebelum hinggap di dahan pokok kiri kanan kami. Saya tidak dapat mengawal mata saya menyorot tajam ke arah burung-burung gagak itu. Memang bentuk burung gagak itu agak besar sedikit dari gagak yang selalu saya lihat. Bahagian kepalanya botak hingga ke leher. Di bawah muncungnya tumbuh bulu yang agak jarang tetapi panjang macam janggut manusia.


“Jangan tengok burung itu”, kata datuk pada saya sambil memusingkan leher saya hingga tertumpu ke hadapan. Memang, terasa sakit leher bila datuk berbuat demikian pada saya.


“Jangan belajar jahat. Kawal mata dan hati kamu. Sini bukan tempat suka-suka tau”, tambah datuk.


Nada suaranya cukup keras. Saya terus membisu. Ketika itu langit kelihatan cerah bersama kepulan awan nipis yang berarak ke utara, meskipun hari sudah pukul enam lebih. Kami terus melangkah mengikut langkah datuk yang teratur. Dada saya terus juga berdebar. Lebih kurang dalam jarak dua puluh kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah papan beratap rumbia, secara mendadak sahaja datuk berhenti melangkah.


Dia menyuruh saya berdiri di kanan dan Osman di sebelah kirinya. Dia meminta kami melangkah serentak mengikut langkahnya. Dan langkah pertama dimulakan dengan kaki kiri. Setiap kali melangkah tumit tidak boleh menyentuh bumi. Ketika itu, kami tidak dibenarkan oleh datuk memakai sepatu. Semua sepatu diletakkan di satu tempat khas. Datuk juga mengingatkan kami supaya jangan menegur kalau terlihat sesuatu yang ganjil. Semua perintah datuk kami patuhi. Akhirnya kami sampai di kaki tangga rumah tersebut. Datuk meletakan tapak tangan kanannya atas kepala tiang tangga yang terbuat dari kayu Medang Sawa. Kepala tiang itu terukir indah dalam bentuk awan larat yang cukup seni. Lama juga datuk meletakan tapak tangannya di situ. Saya lihat lengannya bagaikan bergoyang-goyang hingga urat-uratnya kelihatan timbul, macam ada sesuatu yang menekan tangan datuk. Mukanya mula berpeluh. Urat di kiri kanan dahi datuk nampak cukup tegang.


“Allahuakbar!”, pekik datuk sekuat hati.


Serentak dengan itu dia menarik tangannya dari memegang kepala tangga. Datuk undur dua tapak ke belakang. Datuk pun membaca beberapa potong ayat al-Quran.


“Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang”, kata datuk sambil merenung wajah saya dan Osman. Burung gagak terus berbunyi. Tiba-tiba datuk bersuara lagi, “Biar aku naik dulu.”


Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan mendadak. Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung kami, tetapi kakinya terus melangkah. Memang, satu kerja yang sukar memijak anak tangga dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke tangga akhir barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang tidak berkunci.


“Naik macam biasa, jangan ikut macam aku tadi”, katanya dengan lantang.


Kami pun segera naik ke rumah. Dalam beberapa saat sahaja kami sudah berada di dalam perut rumah papan beratap rumbia. Rumah itu mempunyai tiga bilik. Salah satu dari pada bilik itu berkunci. Menurut Osman bilik itu semasa ayahnya masih hidup tidak dibenarkan sesiapa masuk di dalamnya. Kerana itu Osman sendiri tidak tahu apa yang terdapat dalam bilik itu. Datuk melihat keadaan rumah yang penuh dengan sawang dan sarang labah-labah dari anjung hingga ke dapur. Ketika berada di ruang tengah datuk menguis beberapa helai bulu burung gagak serta beberapa ekor bangkai kelawar yang sudah kering. Tulang dan kepala kelawar yang kering dan keras itu bertaburan di situ.


Waktu datuk mahu menjamah tulang-tulang kelawar itu, kami terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat. Serentak dengan itu, seluruh ruang dipenuhi dengan beribu-ribu ekor kelawar yang bersedia untuk menyerang kami. Datuk pun membuka baju hitamnya dan menutup kepalanya hingga menjadi bulat. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Saya dan Osman terus resah. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan ketika itu. Datuk melemparkan bajunya ke arah dinding. Dengan serta-merta kelawar yang beribu-ribu itu hilang dari dalam rumah. Datuk ambil baju dan terus menyarungkan kembali ke badannya.


Datuk melangkah ke pintu bilik yang berkunci. Dengan tangan kiri datuk memegang ibu kunci erat-erat. Mukanya merah padam. Saya lihat datuk meramas-ramas ibu kunci hingga hancur. Besi dari ibu kunci bertaburan atas lantai. Datuk menolak pintu bilik dan menyuruh Osman masuk. Pada mulanya Osman enggan, namun setelah didesak barulah Osman melangkah dengan diikuti oleh datuk dan saya. Dalam bilik itu datuk menjumpai satu rangka manusia terletak atas tilam yang berlapik kain kuning. Tengkorak dari rangka itu terletak dari atas sebatang kayu pulai kering.


“Kita balik”, kata datuk.


Tanpa banyak bicara kami ikut perintah datuk. Ketika itu hari sudah beransur gelap. Dengan langkah yang cepat kami menuju rumah Osman di tepi jalanraya. Bila sahaja kami masuk ke dalam rumah, Osman jatuh pengsan. Datuk terpaksa merawat Osman hingga pulih. Tidak jauh dari tempat Osman jatuh tadi, datuk menemui seketul batu sebesar ibu jari. Batu yang berwarna merah itu datuk masukkan ke dalam uncangnya.


Malam itu selepas menunaikan sebahyang isyak, datuk minta Osman mengeluarkan beliung kecil yang disimpannya. Tanpa berlengah-Iengah lagi Osman mengeluarkan beliung kecil itu dari dalam kotak kecil yang diletakkan di bawah katil. Lama juga datuk menilik beliung kecil itu. Datuk terus memberitahu Osman bahawa beliung yang disimpannya itu bukanlah beliung yang dibuat daripada besi, tetapi dibuat dari tulang manusia. Selagi beliung itu disimpannya, ada satu kuasa yang mendampingi dirinya. Beliung kecil itu merupakan amanat ayahnya untuk Osman mewarisi ilmunya disamping memelihara hantu kelawar peninggalan ayahnya.


“Kau harus membuangnya. Kalau tidak, dirimu selama-lamanya didampingi oleh syaitan. Bila sampai masanya, kau akan memberikan dia makan dengan darahmu sendiri, kalau tidak dia akan menjahanamkan orang lain”, kata datuk pada Osman.


“Saya tak tahu pakcik”, balas Osman jujur.


Datuk termenung sebentar. Datuk yakin apa yang dikatakan oleh Osman itu memang benar. Bagi menghilangkan keresahan di hati Osman, datuk terus berjanji padanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Osman.


“Minta pakcik al-Quran”, ujur datuk pada Osman lagi.


“Saya tak ada menyimpannya pakcik.”


“Surah yasin?”


“Pun tak ada.”


“Sebagai seorang Islam kau harus menyimpan al-Quran di rumah atau Surah Yasin. Bukan tujuan untuk jadi perhiasan almari, kau harus menyimpan dan membacanya. Paling kurang setahun sekali kau harus membaca al Quran selama satu bulan pada setiap bulan Ramadhan. Surah Yasin pula dibaca pada setiap malam Jumaat. Kau boleh membaca Quran?”


“Boleh pakcik.”


“Bagus. Paling akhir kau membaca al-Quran bila?”


“Paling akhir sekali kira-kira lima tahun yang lalu waktu saya tamat belajar dengan Haji Mat Zain.”


“Lepas itu?”


“Tak pernah.”


Datuk mengeluh kecil. Datuk menyatakan rasa kesalnya atas sikap Osman itu. Menurut datuk, orang muda sekarang kian jauh dari al-Quran walaupun mereka tahu dan boleh membaca al-Quran. Perbuatan membaca al-Quran itu diamalkan masa kecil, bila sudah dewasa perangai membaca al-Quran akan terpisah dari diri mereka.


“Ada yang memikirkan membaca al-Quran sebagai satu sikap menunjukkan diri sebagai orang kampung dan ketinggalan zaman. Jadi mereka lebih senang membaca buku komik atau kartun yang tidak mendatangkan faedah”, datuk mula berkhutbah. Untungnya dia tidak berkhutbah panjang.


Malam itu Osman terpaksa pergi ke rumah Haji Mat Zin (guru al-Quran kampung tersebut) meminjam kitab suci al-Quran. Bila al-Quran berada di hadapan datuk, dia terus membacanya hingga ke subuh. Sepanjang malam itu tidak ada perkara aneh yang kami alami di pondok Osman. Tetapi, bila saya mengikuti datuk mengambil air sembahyang subuh, di seberang anak sungai yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Osman, datuk telah dilemparkan dengan najis dari arah kiri. Kerana hari gelap, datuk tidak dapat melihat siapa yang melemparkan najis padanya. Najis itu mengenai perut datuk.


“Jangan kacau aku!”, pekik datuk.


Bila suara datuk hilang, beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari pokok-pokok berguguran. Datuk tidak peduli dan terus mandi membersihkan badan. Bila sudah selesai mandi, datuk terus menyarungkan seluar hitam dan bersedia mahu mengambil air sembahyang. Dalam samar-samar subuh itu, saya dan datuk terpandangkan kaki manusia yang cukup besar. Datuk terpegun sejenak. Manakala suasana di tebing sungai mula gawat dengan bunyi suara burung hantu dan gagak. Datuk tidak berkata sepatah pun. Dia melangkah tenang menuju ke rumah Osman. Sampai di rumah, ternyata Osman masih tidur lagi. Datuk jadi marah dengan tiba-tiba.


“Bangun! Jangan tidur bersama syaitan, mari kita sembahyang!”, pekik datuk sambil menyepak punggung Osman.


Tergesa-gesa Osman bangun lalu mengambil air sembahyang. Bila datuk membaca doa qunut, saya rasa rumah itu bergegar. Datuk terus menyelesaikan sembahyang subuhnya. Masa datuk memberi salam akhir, satu tendangan hinggap di belakang datuk kemudian pipi saya bagaikan ditamparkan oleh orang. Kibasan tangan itu saya lihat berbulu panjang dan besar pula. Datuk tidak ambil kisah dengan kejadian itu. Dia tetap meneruskan kerjanya membaca doa. Rumah terasa bergoncang lagi. Satu lembaga hitam berdiri di hadapan datuk. Makin lama lembaga itu berdiri di satu, warnanya segera bertukar dari hitam menjadi seakan-akan kuning, kemudian menjadi putih. Saya amati lembaga itu cukup besar. Bentuk kakinya macam kaki gajah. Dari paras pusat penuh dengan bulu tebal.


Datuk selesai membaca doa. Dia terus mendongakkan kepalanya pada lembaga itu. Di luar rumah, bunyi burung gagak kian hebat bersama dengan suara burung hantu. Sesekali terdengar suara orang menangis dan meratap dalam bahasa yang tidak saya fahami. Subuh itu, bagi saya merupakan subuh yang amat menakutkan. Suasana subuh yang hening dan damai itu tidak saya nikmati seperti subuh yang lain. Osman tidak terkata walau sepatah apa pun. Mukanya pucat lesi.


“Memang kau syaitan. Kau tidak menghampiri orang yang sedang sembahyang. Apa yang kau mahu”, datuk pun bangun sambil mengambil kain merah lalu mengikat ke kepalanya.


Datuk berdiri dengan kaki kanannya kehadapan dalam jarak satu kaki dengan kaki kiri. Datuk terus memeluk tubuh. Dia membaca sesuatu. Bila mulut datuk tidak bergerak, lembaga di hadapannya hilang dan terpacak tubuh badan manusia yang berbalut dengan kain kapan. Bahagian atas kain kapan itu terikat kemas. Begitu juga dengan bahagian kaki. Lembaga itu bergerak dengan meloncat-loncat. Datuk menjatuhkan kedua belah tangannya. Kaki kanan rapat dengan kaki kiri. Kemudian datuk menepuk tangan. Saya lihat kain kapan yang membungkus lembaga itu terbuka.


“Ayah!”, jerit Osman.


Datuk segera berpaling dan menendang bahu kanan Osman. Dan Osman terus pengsan.


“Biarkan dia di situ, kau jaga dia. Kalau dia rapat dengan syaitan ni, roh jahat akan meresap ke tubuhnya”, demikian datuk memberitahu saya. Sekarang lembaga itu membukakan kedua belah tangannya dan bersedia mahu menyerang. Datuk dengan melompat sambil membuka kain ikat kepalanya lalu memukul ke arah lembaga itu. Lembaga itu hilang dan tempatnya diganti oleh batang pisang. Batang pisang itu terus membesar hingga sampai ke bahagian palang dan akhirnya menjadi satu bentuk yang lain pula iaitu manusia berkepala burung.


“Lalu kamu dari sini. Sebentar lagi matahari akan terbit dan kau tidak boleh terkena cahaya matahari. Aku tahu itu sumpah kamu. Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya, burung itu terus hilang. Di kaki langit, matahari mula menampakkan diri. Datuk memulihkan Osman dari pengsannya. Datuk mengambil beliung yang dibuat dari tulang. Datuk basuh beliung kecil itu dengan tujuh jenis air bunga serta tujuh jenis air dari daun yang hujungnya menghala ke arah matahari terbit. Kemudian datuk merendamkannya pula ke dalam air yang berlumpur. Bila matahari sudah cukup keras bersinar, datuk letakkan beliung tulang yang direndam itu ditengah halaman.


Bila beliung tulang itu terkena panahan matahari, muka Osman yang duduk di sisi datuk menjadi merah macam udang kena bakar. Tiba-tiba beliung itu terbakar dalam bekasnya. Wajah Osman kembali macam sedia kala. Bekas merendam beliung tulang itu datuk tanam di pangkal pokok rambutan di tepi jalanraya. (Seminggu selepas itu pokok rambutan itu mati akibat dipanah petir).


Pagi itu juga saya dan Osman serta datuk pergi ke rumah papan beratap rumbia. Lagi sekali bila terlihat rumah itu kami gelisah. Keadaannya cukup berbeza dengan keadaan yang sebenarnya. Di ruang tengah rumah bertimbun-timbun bulu gagak dan bangkai kelawar. Bila kami masuk ke bilik tempat rangka manusia, kami dapati rangka itu sudah tidak ada lagi. Tempat meletakkan rangka semuanya menjadi abu. Sebelum datuk meninggalkan kawasan rumah itu, datuk menanamkan empat batang buluh sepanjang enam inci di empat penjuru kawasan rumah tersebut. Di kaki tangga datuk tanam pula paku karat yang berbalut kain kuning.


“Dengan izin Allah, dia tidak akan dapat masuk ke rumah ini lagi”, bisik datuk pada Osman dan saya.


Kami anggukkan kepala mengiakan cakap datuk itu. Lebih kurang sembilan pagi, dengan ditemani oleh Osman, datuk terus menemui ketua kampung.


“Memang kami tunggu kedatangan awak”, kata ketua kampung yang berkulit hitam manis, memakai songkok hitam. Usianya dalam lingkungan enam puluhan. Dia mempersilakan kami duduk.


“Memang arwah ayah Osman ni saya kenal benar. Tetapi, saya tidak menduga yang dia itu ada memakai ilmu salah. Saya kesian pada Osman ni. Dia tidak tahu apa-apa dan jadi mangsa orang kampung”, beliau menyatakan pada datuk.


Secara diam-diam ketua kampung menyatakan bila keadaan sudah baik, dia berhasrat mahu menjodohkan Osman dengan anak bongsunya. Menurut ketua kampung, hanya dengan cara itu sahaja boleh mengembalikan kepercayaan orang kampung terhadap Osman. Kalau boleh biar semua anak buahnya berada dalam keadaan selamat. Dia tidak rela anak buahnya hidup menderita.


“Sikap tuk ketua ini memang dituntut oleh ajaran Islam, kita orang-orang Islam wajib membantu sesama saudara Islam walau dalam apa bentuk pun yang tujuannya untuk kebaikan. Ini merupakan satu ibadah”, kata datuk.


Saya lihat ketua kampung tersenyum lebar.


“Bagaimana, ada harapan perkara ni akan berakhir?”, tanya ketua kampung.


“Dengan izin Allah akan berjaya.”


“Kami dah berusaha membaca Surah Yasin selama empat puluh empat hari, nampaknya tidak berkesan”, tambah ketua kampung lagi.


“Satu perkara yang harus kita ingat bahawa membaca Srrah Yasin tidak semestinya permintaan kita dikabulkan oleh Allah. Kita harus memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya kita mesti terlebih dahulu mendekatikan diri kita pada Allah. Menjalankan segala perintah dan larangannya. Cara kita meminta itu harus dengan ikhlas. Dan tidak memaksa, jangan bila sudah terdesak baru ingatkan Allah, di samping itu kita harus berikhtiar”, lagi sekali datuk memberikan kuliahnya di hadapan ketua kampung. Setelah mengadakan perundingan dari hati ke hati, ketua kampung sanggup menemani datuk berjaga di hadapan rumah papan beratap rumbia pada sebelah malamnya.


Malam itu, selepas selesai sembahyang isyak, kami membentang tikar mengkuang di halaman rumah papan beratap rumbia. Seperti selalu, bila mahu menjalankan tugas-tugas yang berat datuk akan memakai seluar hitam, baju hitam, di samping kain ikat kepala berwarna merah. Lebih kurang pukul dua belas malam, kawasan tempat kami duduk diganggu oleh bunyi yang amat mengerikan, macam suara gajah.


Bila suara itu hilang, keadaan tempat kami terang benderang. Saya terkejut, lembaga manusia yang berkepala burung berdiri dihadapan kami. Bila melihat keadaan yang ganjil itu, ketua kampung terus pengsan. Osman jadi lemah dan dia juga pengsan. Datuk segera mematahkan pokok keladi di sekitar kawasan itu dan menutup badan ketua kampung dan Osman. Saya mula terdengar suara anjing menyalak dari arah belakang rumah papan beratap rumbia. Saya tidak tahu macam mana anjing-anjing liar berada di situ. Suara burung jampuk dan burung hantu bertalu-talu dan kedengaran suara orang bergendang dan ada kalanya macam suara orang menangis dan merayu.


Lembaga manusia berkepala burung itu masih berdiri dihadapan datuk, matanya bersinar-sinar bagaikan mengeluarkan cahaya api. Dalam saat yang sama saya melihat berpuluh-puluh mayat yang sudah dikapan dengan kain putih terbujur di hadapan datuk. Mayat mayat itu bagaikan bergerak dalam kain putih.


Datuk terus menepuk bumi. Dia mengambil sebahagian dari tanah di hadapannya. Tanah itu dibulatkannya sebesar guli. Kemudian datuk menggengam tanah itu kejap-kejap. Dari celah-celah jari datuk keluar asap. Bila tangannya dibuka, tanah itu menjadi merah menyala. Datuk membalingkan tanah itu ke arah lembaga berbadan manusia berkepala burung.


Bila tanah itu terkena pada lembaga itu, serta-merta lembaga itu ghaib. Datuk melompat ke hadapan. Datuk mengeluarkan buluh yang sudah ditajamkan hujungnya kira-kira lapan inci panjang dari rusuk kirinya.


“Inilah sumpah kau. Aku tahu buluh saja yang boleh menghilangkan kuasamu”, jerit datuk lalu menikam ke kiri dan ke kanan.


Pelik juga saya melihat telatah datuk menikam sesuatu yang tiada. Sudah tujuh kali datuk menikam, tidak ada apa-apa yang aneh terjadi di hadapan saya. Bla datuk menikam ke kiri untuk kali yang yang ke sembilan, saya terdengar suara jeritan yang cukup kuat. 

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box