SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI


    Lebih kurang pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui datuk. Dia pun menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi memang tidak di duganya. Kalaulah dia tahu kejadian itu akan membuka rahsia dirinya, memang dia tidak akan mengundang datuk kerumahnya. Tetapi, datuk terus menasihati Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan ini dengan rela hati.


“lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia untuk kita supaya kita sedar. Allah boleh melakukan pembalasan terhadap kerja yang tidak direlakanNya di muka dunia tanpa menunggu kita menemui ajal.”


Apa yang diperkatakan oleh datuk itu diakui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan malam itu juga, Tok Kaya Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Bila melihat keadaan sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja tentang hasratnya untuk pulang ke kampung. Mendengar kata-kata itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak resah. “Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi”, tahan Tok Kaya Sendi Diraja.


Datuk tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah-merahan dari anjung rumah.


“Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu di tengok Tok Kaya.”


“Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya.”


“Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua.”


Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap. Kedua belah tapak tangannya menekan jenang tingkap.


“Saya masih mengharap pertolongan awak. Barangkali inilah pertolongan akhir saya minta”, kata Tok Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan badannya memandang wajah datuk.


Tok Kaya Sendi Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi.


“Apa lagi yang mahu saya tolong?”


“Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain.”


“Maksud Tok Kaya?”


“Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya.”


Datuk terdiam. Matanya tajam merenung keluar pada pokok-pokok pisang di dada jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur yang tidak putus dengan kenderaan.


Ada sesuatu yang datuk fikir. Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak permintaan Tok Kaya Sendi Diraja itu. Sudah bosan saya tinggal dirumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah tenang dan aman.


“Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?”


“Menghalau penunggu rumah ini.


“Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi, kalau sudah jadi penunggu turun temurun memang payah.”


“Sebabnya?


“Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya.”


Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok Kaya Sendi Diraja. Renungan matanya begitu redup tertumpu ke arah muka datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi Diraja.


Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap pertolongan yang diminta darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja tidak dapat ditunaikannya, tanya saya dalam hati.


“Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba”, datuk memberi harapan.


Segaris senyum senang berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta Tok Kaya Sendi Diraja mencari tempat bara. Datuk juga mahu bara yang diisikan ke tempat itu mestilah bara dari kayu keruing yang melintang uratnya. Dengan susah payah Tok Kaya Sendi Diraja mencari kayu keruing melintang urat.


Nasibnya cukup baik, dengan pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu diperolehinya. Kayu itu dibakar dan diambil baranya. Semua diserahkan pada datuk. Datuk pun melihat ke langit lagi sekali.


Dia melihat awan putih yang bergerak lembut ke arah matahari. Bila sebahagian daripada awan itu menutup bahagian pinggir matahari, datuk pun melompat dan bersuara:


“Bawa perasap itu ke tengah ruang.”


Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang rumah, dan meletakkannya di situ. Saya berpatah balik ketempat datuk. Saya lihat datuk sedang bercakap dengan Tok Kaya Sendi Diraja. “Di mana kau letakkan benda tu?”, tanya datuk.


“Di tengah rumah.”


Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding rumah. Mata datuk kelihatan rapat dan tangan kirinya diletakkan atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak saya lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk buka mata dan memandang tepat ke arah saya. Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata:


“Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya.”


Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya menggeletar. Bibirnya kelihatan kebiru-biruan.


“Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah”, jelas datuk.


“Saya tak tahu.”


“Sekarang Tok Kaya dah tahu”, ujar datuk dengan ketawa memanjang. Tok Kaya Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu melangkah menrapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka sudahpun berada dekat saya.


“Duduk”, kata datuk.


Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan Tok Kaya Sendi Diraja duduk sebelah kiri datuk. Semua menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan kemenyan dalam bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah. Datuk bertafakur sejenak. Matanya rapat dan kedua lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana dalam rumah itu terasa aneh sekali. Terlalu sepi, saya rasa seolah-olah berada di satu tempat yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir. Dari tiang seri rumah terhidu bahu yang cukup harum. Saya mengerling dengan ekor mata ke arah tiang seri itu. Saya lihat tiang seri itu mengeluarkan asap nipis, kemudian terus hilang. Datuk pun menoleh ke arah Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata:


“Ada tanda kejayaannya.”


Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa dia telah dapat berbicara dengan menunggu itu secara perasaan dengan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan keluar menemui datuk pada tengah malam nanti. Sebelum bertemu, penunggu yang berwajah garang dan berbadan besar itu minta diadakan satu upacara kecil dengan menepung tawar tiang seri. Satu permintaan yang cukup mudah dilaksanakan.


Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya Sendi Diraja dan anak isteri turut menyaksikan upacara kecil itu.


“Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini”, ujar datuk dengan tenang.


“Maksud awak?"


“Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya asal-usulnya dan petua bagai mana mahu menghalaunya.”


“Saya mahu tengok.”


“Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang akan saya beritahu, dan begitulah sebaiknya.”


Tok Kaya Sendi Diraja sejutu. Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah ini. Tok Kaya Sendi Diraja yakin datuk tidak memiliki hati yang bercabang.


“Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja”, jawapan itu amat menyenangkan hati datuk.


Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih di bucu katil. Cadar katil yang berwarna kuning dibentangkan atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang-barang di atas katil. Sekali padang bagaikan singgahsana raja-raja zaman silam, seperti yang selalu kita tonton dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan baju dan seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di pinggang. Datuk juga menyuruh saya berpakaian kemas. Saya disuruh oleh datuk duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang berlaku dalam bilik.


Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram. Bunyi kaki orang melangkah jelas kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik. Datuk pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang lilin. Saya cukup resah. Suasana yang sepi bertukar menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung jampuk kedengaran sayup-sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan sayu lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat pintu.


Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api lilin pun padam. Saya resah di dalam kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas katil. Kerana gelap saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak dengan itu suasana gelap bertukar menjadi samar-samar atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan begitu di panggil cerah-cerah tanah.


Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit dan ekor mata kanan menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki berbadan besar, siap dengan tanjak dan bintang kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri.


“Apa hajat?”, terdengar suara parau.


“Minta tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk.


“Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan tuan punya rumah asal.”


“Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta.”


“Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik.”


“Maksud tuan hamba?”


“Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidup di sini, sama-sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk.”


ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari katil dan duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu berlangsung agak lama dan saya bagaikan di pukau kerana secara mendadak saya terasa mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu.


Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat. Saya membaca beberapa buah kitab yang memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi masa lapang. Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya.


Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya membaca kitab-kitab fekah yang ada hubungannya dengan hukum-hukum agama Islam. Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah.


Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut. Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.


Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu-kayu itu dari sebuah istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu-kayu itu di bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di pelabuhan Bagan Datuk.


Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal dari Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu-kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan. Sekitar tahun tujuh puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan dijaga oleh anak buah kawan moyang Tok Kaya Sendi Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja-kerja melombong bijih timah.


“Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan kelaut?”, tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.


“Sayang, itu rumah pusaka.”


“Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati-hati jangan membuat kerja yang tak baik. Tiap-tiap malam Jumaat panggil orang-orang berdekatan membaca surah Yassin. Usah bimbang dia sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya.”


“Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini”, keluh Tok Kaya Sendi Diraja sambil tersenyum. Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak pernah merasa kesal dengan peristiwa yang terjadi.


Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya pemberian itu ditolak oleh datuk, dia sekadar mengambil wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit.


Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah ke rumah baru, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang ditinggalkan itu telah disewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru-guru pelatih perempuan yang gagal ke Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu dikenali oleh masyarakat setempat sebagai pusat latihan guru-guru normal. Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang. Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu.


Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah batu tersebut. Datuk pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh guru-guru pelatih perempuan yang tinggal di situ. Bila arahan itu dipatuhi kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi. Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya menikah dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga, ketika menghantar Norlin ke London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur.


Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin menamatkan pengajian di England, anaknya terus menikah dengan orang putih dan menetap di Essex, kira-kira 60 km dari London.


Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah perkuburan orang Islam Garap berhampiran jalan besar Ipoh-Kuala Kangsar).


Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada nenek yang dirinya, kerap diserang sakit tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa duduk berhari-hari di atas katil. Berbagai ubat cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam hutan dilupakannya sama sekali.


Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan membawa ubat-ubat dari akar kayu, ternyata ubat-ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada datuk. Saya dan cucu-cucu yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang ditemui, sakit datuk itu adalah sakit biasa yang akan dialami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun.


“Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua penyakit pula hinggap”, keluh datuk pada suatu petang. “Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?” tanya saya.


Datuk ketawa terkekeh. Secara terang-terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu pertanyaan yang bodoh.


“Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak sempurna sebagai seorang Islam. Mati memang menanti kita”, jawab datuk.


Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu dengan mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya ketawa berdekah-dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah dialaminya. Bila duduk berduaan begitu terasa betapa mesranya datuk melayani saya. Bila sampai waktu maghrib, datuk terus memerintah saya untuk menunaikan sembahyang maghrib. Lepas maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga mengajar saya cara-cara sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di samping beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan sembahyang fardhu.


“Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang maghrib pada tiap-tiap malam Jumaat, eloklah kau membaca surah Yassin”, datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini masih terpahat dalam hati kecil saya.


Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira-kira pukul sembilan dia mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan yang besar. Kedua susana di pekan itu memang tidak menarik minat saya.


“Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air Tawar”, begitu datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu pergi ke situ.


“Sekarang kita pergi Tok?”


“Tentulah, pergi bersiap”, ujarnya.


Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga. Kemudian saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas. Kira-kira empat puluh minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Setelah mundar-mandir dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia datuk. Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak datuk untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu.


Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau bagi kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak mahu. Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu setiap hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang deras.


“Kau bina rumah di tempat lain, habis cerita”, kata datuk.


“Malas nak pindah.”


"Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh”, datuk memberi nasihat.


Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu kanannya dipegangnya serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua-dua biji mata kawannya lama-lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu.


“Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung”, cukup bersengaja tekanan nada suara datuk. Kawannya tersengih, dan wajahnya bertukar kemerah-merahan menahan rasa malu. Kawan datuk memalingkan wajahnya ke arah lain.


“Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku”, sambung datuk lagi. Dan kawannya anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata saya masih tertumpu kewajah kawan datuk.


“Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci dengan kerja-kerja menolong orang bukan?”


“Aku tidak pernah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah menolak.”


“Salah dugaan aku”, keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan.


Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah warung kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan jalanraya menuju ke Lumut. Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau syaitan yang bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat kegagalan itu tangan kanannya terasa lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya selalu diganggu oleh mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan. Ada kalanya dia tidak sedarkan diri sampai beberapa jam.


“Jadi apa yang harus aku buat dalam hal ini?”, tanya datuk dengan nada suara menurun.


Wajah kawannya itu direnungnya tepat-tepat. Dengan tenang datuk menghirup kopi dihadapannya.


“Kau aku harapkan menolong dalam hal ini.”


“Susah menyambung kerja yang terbengkalai”, keluh datuk sambil merenung kosong ke depan pada kenderaan yang bersimpang siur di dada jalan. Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.


“Biar aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku”, beritahu datuk pada kawannya.


Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat tangan sebagai tanda perpisahan. Waktu berada dalam bas untuk pulang, datuk memberitahu saya bahawa kejadian aneh yang mengganggu penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau dibiarkan nanti penduduk di situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta membuat kerja-kerja yang bertentangan hukum agama.


“Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat”, pendek saja datuk memberi tahu saya.


Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka kuburkan di tanah perkuburan itu ketika hidupnya telah melakukan kerja-kerja yang ditunjukkan oleh syaitan.


“Orang perempuan atau lelaki tok?”


“Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan durhaka pada suaminya sendiri”, beritahu datuk lagi pada saya. Satu keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita. “Kau ikut aku ke sana.”


Ungkapan dari datuk itu amat menggembirakan hati saya.

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box