SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU


    Datuk menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang kelihatan cemas itu. Dari wajah Norlin, mata datuk beralih ke wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.


“Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini?”, ulang datuk dengan nada suara yang cukup lembut.


“Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa...”, dan Norlin terus menghentak-hentakkan kaki ke lantai sambil meronta-ronta. Ibunya terus memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam, tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Suara bising di bilik atas membangunkan Pak Ayub Naim dan isterinya yang tidur di bilik bawah. Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak Ayub dan isterinya sampai, Norbaya sedang menyapu peluh yang tumbuh di dahi Norlin. Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya:


“Apa yang dah jadi Norlin?”


“Saya takut makcik”, suara Norlin terketar-ketar. Kemudian Norbaya memberitahu isteri Pak Ayub Naim bahawa kakaknya seperti melihat sesuatu di luar bilik mahu mengacaunya. Norbaya terus membaca ayat-ayat suci, tiba-tiba dia mendapati Norlin jatuh pengsan.


“Badannya terus jadi panas makcik”, ujar Norbaya. Isteri Pak Ayub Naim resah dan berkata pada suaminya:


“Apa yang harus kita buat?” Pak Ayub Naim terdiam. Dia berjalan berpusing-pusing di hadapan Tok Kaya Sendi Diraja lalu berhenti di hadapan datuk.


“Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan membuat kacau, apa lagi terhadap keluarga Tok Kaya”, tutur Pak Ayub Naim. Mukanya merenung muka datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub terus menyambung:


“Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam perkenalan.”


Isteri Pak Ayub Naim secara tiba-tiba berdiri. Matanya mula merah merenung ke wajah Norlin.


“Sama ada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap kali Norlin cuti dia jadi korban”, nada suara isteri Pak Ayub Naim cukup keras. Semua yang ada dalam bilik itu berpandangan sesama sendiri.


“Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.


“Siapa orangnya boleh menolong kita?”, sahut Pak Ayub Naim. Pertanyaan Pak Ayub Naim tidak mendapat jawapan. Datuk terus bercakap sesuatu dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Kemudian Tok Kaya Sendi Diraja pula membisikkan sesuatu ke telinga Pak Ayub Naim.


“Baik”, tiba-tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik.


Sepuluh minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air dalam mangkuk putih.


“Berikan padanya”, ujar Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub Naim meletakkan mangkuk putih berisi air di hadapan datuk. Datuk memasukkan separuh jari hantunya kedalam mangkuk putih.


“Ambil air ini dan sapukan ke mukanya”, beritahu datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Perintah datuk segera dilakukan. Bila jari jemari isteri Tok Kaya Sendi Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat Norlin lemah dan terus terlena.


Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan di temani oleh ibunya. Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan Pak Ayub Naim keluar dari situ dan terus menuju ke bilik saya dan datuk menginap. Mereka berbincang panjang. Datuk dengan rasa rendah hati ingin membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarga Tok Kaya Sendi Diraja.


“Saya sekadar mencuba. Sama ada jadi atau tidak terletak pada kuasa Allah. Kalau Allah memberkati, kita akan berjaya”, ujar datuk.


“Saya faham”, sahut Tok Kaya Sendi Diraja.


“Mencuba apa salahnya”, celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun berpisah.


Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk. Datuk tidak melakukan sesuatu pada sebelah paginya bagi mengubati sakit Norlin. Menurut datuk, Norlin demam kerana lemah semangat. Pada sebelah petangnya, baru datuk memulakan tugasnya. ltupun sesudah membuat beberapa persiapan rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi Diraja untuk masuk ke bilik Norlin.


“Silakan, emaknya ada di dalam”, Kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja.


“Jangan tegur apa yang saya lakukan”, dengan tenang datuk mengingatkan kepada saya dan Tok Kaya Sendi Diraja. Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul-betul di tengah pintu bilik. Dia memusingkan badannya dari kiri ke kanan.


Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke ruang tengah rumah. Lepas itu, datuk pun mempersilakan Tok Kaya Sendi Diraja dan saya menghampiri Norlin. Tiba-tiba wajah Norlin berubah menjadi takut dan cemas. Dia merasakan Datuk mahu mengganggunya. Namun begitu, dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan, datuk memegang urat nadi di tangan kanan Norlin. Mulut datuk terus terkumat-kamit. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka. Datuk memperhatikan wajah Norlin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali. Saya terdengar bunyi jam tua di tengah ruang berbunyi lima kali. Angin petang terasa masuk dengan deras kedalam bilik. Ada bunyi suara burung gagak liar di pucuk kekabu.


Meskipun diluar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi di ruang itu tetap kelihatan muram, malah ada beberapa bahagian rumah itu bagaikan tidak kena sinar matahari. Sedang saya dan Tok Kaya Sendi Diraja serta isterinya melihat datuk menjalankan tugasnya dengan tekun. Terdengar bunyi bingkai gambar terhempas di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu bagaikan bergerak sendiri menuju ke arah tiang seri rumah. Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu merapatinya, datuk segera menahan.


“Jangan!”


“Kenapa?”


“Barangkali dia mahu menguji kita.”


“Apa yang patut kita lakukan?”


“Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan”, datuk memberi penjelasan pada Tok Kaya Sendi di Diraja. Dan Tok Kaya Sendi Diraja pun anggukkan kepalanya dua tiga kali. Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja membetulkan duduknya kerana lenguh lama duduk bertempuh, pintu bilik berbunyi dengan kuatnya macam dihempas oleh tangan manusia.


Gegarannya menjatuhkan botol-botol kecil yang terletak di atas meja hias Norlin. Bulu roma saya mula tegak. Datuk masih lagi tenang. Mata Norlin tidak seliar tadi. Kedua dua biji matanya merenung lelangit rumah. Norlin tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia seolah-olah berada di dunia lain.


Datuk memberi isyarat kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya.


“Bagaimana?”, soal Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk.


Datuk pun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu berbisik:


“Memang ada yang mengacaunya.”


“Siapa? Penunggu rumah ini, dia tu raja kah, puteri kah atau apa?”


Nampak benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan masalah yang rumit itu. Datuk mula resah. Memang pantang benar bagi dirinya bila dia menjalankan tugas, diganggu dengan beberapa soalan atau pertanyaan. Perbuatan begitu boleh mengganggu tumpuan fikiran pada kerja yang dilakukan.


“Saya tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok sendiri.”


“Tengok sendiri? Apa saya seorang sajakah?”


“Tidak. Bersama dengan orang yang ada di sini.” Mendengar jawapan dari datuk itu, Tok Kaya Sendi Diraja merenung muka isterinya. Mereka nampak cemas dan gusar sekali. Norlin masih terkapar di atas katil. Matanya tidak lagi tertumpu pada lelangit rumah. Datuk memberi isyarat supaya saya menghampirinya.


“Ada apa tok?”


“Kau duduk dekat aku”, suaranya cukup tegas. Saya angguk kepala dengan lemah. Ekor datuk merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.


“Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain-lain harus mandi dengan air bunga tujuh jenis”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah yang selamba. Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air bersama dengan bunga kemboja, bunga raya dan bunga tanjung.


Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang dikehendaki oleh datuk tersedia di hadapannya. Tiga kuntum bunga yang berlainan jenis itu datuk taburkan ke atas air dalam mangkuk putih. Jam tua di tengah ruang rumah berbunyi lagi sebanyak enam kali. Cuaca di luar tidak secerah tadi. Keadaan dalam rumah bertambah suram.


Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup kuat. Datuk menyuruh kami menghadapi keadaan itu dengan tenang. Dan datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk memejamkan matanya sambil menarik nafas dengan tenang. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Nafasnya kian kencang. Wajah datuk berkerut.


Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut-turut. Wajahnya kelihatan beransur tenang dan tarikan nafasnya bertambah aman. Datuk pun membuka matanya dengan perlahan-lahan dan merenung ke kiri dan ke kanan. Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi Diraja direnung dengan tajam oleh datuk.


“Begini Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita”, kata datuk.


“Bila?”, soal saya tidak sabar.


“Malam ini, kira-kira pukul sembilan”, jawapan datuk itu ternyata menimbulkan kebimbangan di hati Tok Kaya Sendi Diraja, lalu dia mengemukakan pertanyaan.


“Dimana?”


“Di ruang rumah ini”, jawab datuk dengan nada suara yang agak keras. Bagaikan ada sesuatu kuasa ghaib, Norlin yang terlentang di atas katil bangun dengan tiba-tiba. Dia nampak sihat dan melangkah dengan tenang di hadapan datuk.


“Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi”, datuk memberitahu isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Arahan datuk itu segera dipatuhi. Kemudian, datuk mengajak saya turun dari bilik Norlin.


“Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah ikut”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.


“Silakan.”


“Tapi jangan lupa. Lepas sembahyang isyak datang jumpa saya ambil air bunga.”


“Mesti”, datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa.


Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung Keramat Pulai. Pak Ayub Naim terus membawa kami ke satu kawasan di kaki gunung. Menurut Pak Ayub Naim semua jenis bunga yang tumbuh di kawasan itu boleh dipetik.


“Tak payah minta kebenaran dari tuannya?”, tanya datuk penuh keraguan.


Pak Ayub Naim tersenyum.


“Tanah ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah.”


“Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya punya senanglah kita berunding”, datuk mengakhiri cakapnya dengan ketawa kecil. Kawasan di kaki gunung itu memang lapang. Di gunung paling hujung ada tempat orang memecah batu.


Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah batu disitu. Arah ke selatan terdapat kawasan kolam lombong tinggal dengan air yang membiru. Terdapat beberapa orang kampung dari Keramat Pulai memancing di kolam lombong tinggal itu.


Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah lapang tersebut. Sesekali bila angin datang saya dapat menghidu baru yang cukup wangi. Datuk pun sudah dapat mengumpulkan tujuh jenis bunga. Semuanya datuk masukkan ke dalam bekas khas. Ketika itu, kaki langit sudah bertukar warna. Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau dengan tumbuh-tumbuhan bertukar menjadi hitam sekata.


“Siapa yang tanam pokok-pokok bunga di sini?”, soal datuk pada Pak Ayub Naim. Lelaki tua yang sudah beruban itu kerutkan dahi luasnya sebentar.


“Arwah ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam jumaat, waktu bulan penuh.”


“Buat apa dia ke sini?”


“Itu saya kurang periksa pula.”


Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan. Tetapi cakap Pak Ayub Naim itu menimbulkan beberapa persoalan dalam diri saya.


Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit dengan makhluk asing? Apakah pokok-pokok bunga yang di tanam di kawasan kaki gunung itu mempunyai tujuan yang tertentu? Cukup sukar untuk saya memberi jawapan pada pertanyaan yang timbul dalam diri saya itu.


Kami pun meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk serta Pak Ayub Naim melintasi jambatan yang merintangi sebuah anak sungai, suara azan terdengar dari surau kecil yang terletak di tepi sungai.


Datuk pun memutuskan untuk menunaikan fardhu maghrib di surau Keramat Pulai. Selepas menunaikan fardhu maghrib, kami meneruskan pejalanan ke rumah Tok Kaya Sendi Diraja. Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang di kayuh oleh datuk. Saya memutuskan mahu naik basikal yang di bawa oleh Pak Ayub Naim.


“Kenapa?”


“Saya mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim.”


“Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa cucu kami Ayub?”


“Boleh, apa salahnya.”


Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub Naim terus bercerita tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja. Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi Diraja pernah mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang sumbing mulutnya.


Tempayan itu tidak dibawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan dengan air bunga-bungaan selepas sembahyang jumaat. Sejak bertemu tempayan tentang itu, perniagaannya bertambah maju. Lombong bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang dekat Bidor. Bila ayah Tok Kaya Sendi Raya meninggal dunia, tempayan tembaga itu terus ghaib entah ke mana.


Lebih kurang pukul sembilan malam, sesudah dimandikan dengan air bunga tujuh jenis, Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya kelihatan tenang dan penuh semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Begitu juga dengan Norbaya, Norlin dan Pak Ayub Naim suami isteri. Semuanya duduk di atas tikar mengkuang panjang dua belas. Norlin mengadu pada datuk yang dirinya terasa pening.


Datuk pun menyuruh dia baring dekat ibunya. Sesuai dengan permintaan datuk, hanya tiga batang lilin sahaja yang di pasang menjadikan suasana agak samar-samar. Datuk pun duduk lurus-Iurus.


Mulut datuk terkumat-kumit. Suasana cukup sunyi, macam berada di tanah perkuburan di waktu petang. Hanya bunyi tekanan nafas sahaja yang kedengaran. Entah dari mana, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara lolongan anjing.


Cukup menghairankan, sekitar kawasan itu tidak ada orang yang memelihara anjing. Udara mendadak sahaja menjadi sejuk. Apa terdengar suara orang mengeluh dari bilik sebelah. Norlin tiba-tiba bangun lalu memandang wajah ibunya.


“Bersedialah, sebentar lagi dia akan datang”, ujar datuk perlahan-lahan tetapi cukup tegas. Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Di hadapan, secara perlahan-lahan muncul semacam gumpalan kabus, bergulung-gulung dan kemudian menipis pula secara perlahan-Iahan.


Bila gumpalan kabus itu hilang, muka isteri Tok Kaya Sendi Diraja berubah menjadi pucat begitu juga dengan Norlin. Ada lembaga berbentuk bayi terapung-apung tanpa seurat benang pun. Matanya yang bercahaya itu memandang wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri. Dari situ beralih pula ke muka Norlin.


“Siapa namamu anak yang baik?”, tanya datuk.


“Saya belum ada nama”, jawab bayi itu. Tidak terkeluar dari mulut bayi tersebut, tetapi datangnya dari satu arah yang lain dan bergema pula. Datuk terus merenung ke arah bayi itu.


“Apakah kau yang punya rumah ini?”, tanya datuk.


Badan datuk saya lihat mula menggigil bagaikan digoncang oleh sesuatu.


“Kau tinggal menetap di sini?”, soal datuk lagi.


“Tidak”, terdengar suara gema yang agak jauh.


“Kenapa kau ganggu Norlin?


“Saya cuma nak jumpa emak saya, isteri Tok Kaya Sendi Diraja.


Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mula menggelabah, kemudian terpekik tertahan-tahan. Datuk memberi isyarat pada semua yang ada di situ supaya bertentang. Tetapi perubahan wajah jelas kelihatan pada Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.


“Apa fasal kau mahu menemui ibumu?


“Saya minta dipertanggungjawabkan.


“Maksudmu aku tak faham.


“Kenapa saya dibunuh?


“Jadi ibumu telah membunuhmu?


“Ya. Waktu saya tujuh bulan dalam kandungan dengan pertolongan doktor, saya dikeluarkan dari rahim secara paksa.


Sebaik sahaja suara itu hilang, diganti pula dengan suara tangisan. Suara itu terdengar sayup-sayup dan amat memilukan. Datuk meletakkan kedua belah tangannya atas tempurung lutut. Salah satu dari pada api lilin dihadapannya di padamkan.


“Kau mahu membalas dendam datang ke sini?


“Bukan itu maksud saya.


“Jadi apa tujuanmu yang sebenar?


“Saya memerlukan nama, dan pengakuan dari ibu yang sebenar dan kaum keluarga.


“Baiklah, selain dari aku dan cucuku, ada ayah, emak dan kakak atau adik kau. Mereka sudah mengakui kau sebagai keluarga mereka”, ujar datuk sambil merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri serta-merta anggukkan kepala. Datuk mengigit bibir lalu bertanya:


“Siapakah orang yang selalu muncul di sini, seperti yang pernah ditemui oleh cucuku dan orang lain itu?”


Bayi itu kelihatan berpusing-pusing, lalu berdiri dekat tiang seri. Dia seakan-akan ketawa menghadapi ke arah kami. Terdengar bunyi angin yang cukup kuat. Semua yang ada di ruang rumah berterbangan. Walaupun begitu api lilin yang tidak jadi padam.


“Mereka adalah waris dari keturunan datuk nenekku, merekalah yang memberi jalan kemewahan pada keturunan ayah dan ibuku. Dan merekalah yang mendesak aku supaya menemui ibuku yang sebenar.” Terdengar gema suara dari arah kiri datuk.


“Baiklah, mereka sudah tahu sekarang. Mereka akui kau adalah keturunan mereka. Pulanglah jangan ganggu kakakmu Norlin”, datuk terus bersuara.


“Aku mahu bersalam dengan mereka”, minta bayi itu.


“Silakan.”


Keluarga Tok Kaya Sendi Diraja menghulurkan tangan, ternyata mereka tidak bersalaman dengan bayi itu. Mereka hanya macam terasa angin yang tenang mengenai jari-jemari mereka. Seperti waktu mula muncul, bayi itu terus berubah menjadi gumpalan yang kabur, kemudian menipis, dan akhirnya terus menghilang.


Setelah beberapa detik berlalu, datuk kembali bertafakur dan membaca sesuatu. Dengan nada suara yang parau dan mengandungi maksud tertentu, datuk bersuara:


“Bangunlah wahai hati nurani yang tidak dikuasai oleh nafsu. Bangun dan temuilah kami.”


Suasana bertambah sepi. Tidak ada seorang pun yang sedar tentang isteri Tok Kaya Sendi Diraja yang jatuh pengsan. Datuk meletakkan tangannya ke atas dahi isteri Tok Kaya Sendi Diraja.


“Saya tak tahu masa bila dia pengsan”, kata Tok Kaya Sendi Diraja.


“Jangan khuatir, kita mencari jalan yang baik”, balas datuk lalu menepuk tikar mengkuang panjang dua belas.


Isteri Tok Kaya Sendi Diraja bangun. Duduk bersila, wajahnya pucat. Sepasang matanya merenung mata datuk.


“Siapakah yang datang tadi? Hati nurani cik puan yang tidak dikuasai oleh nafsu?”, tanya datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dia mengangguk. Wajahnya resah tidak menentu.


“Kau menggugur anakmu waktu berusia tujuh bulan?”


Isteri Tok Kaya Sendi Diraja angguk kepala.


“Kenapa kau berlaku sekejam itu?


“Sebelum saya kahwin dengan Tok Kaya Sendi Diraja, saya jadi tukang masaknya. Kemudian terjadi perkara yang tidak baik, saya terus diam di bahagian atas rumah ini. Apabila genap tujuh bulan, saya dengan persetujuan Tok Kaya Sendi Diraja menggugurkan bayi ini dengan seorang doktor swasta di Kuala Kangsar.


Satu pengakuan yang jujur dari isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dan Tok Kaya mengakui apa yang dikatakan oleh isterinya itu memang benar. Datuk pun merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.


“Awak berdua sudah melakukan dosa”, ujar datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja. Isteri dan suami berpandangan sama sendiri. Sekarang semua peristiwa buruk itu sudah tidak menjadi rahsia lagi buat keluarga diri Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja menundukkan mukanya dan dia baru sedar, bahawa kekayaan yang ada tidak dapat menutup perbuatan terkutuknya.


“Lupakan semuanya itu. Yang berdosa tetap berdosa. Hanya Allah yang Maha Besar lagi Penyayang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kamu berdua”, tambah datuk.


Tok Kaya terus menarik tangan datuk pergi ke ruang bawah. Saya mengikutinya dari belakang. Saya tidak tahu apa yang mereka bicarakan. Selepas bercakap datuk pun mengajak saya ke biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, wajah lelaki yang garang berbadan besar tercegat di dalam bilik. Datuk berhenti di hadapannya. Datuk pun memejamkan mata.


“Aku hanya datang untuk membetulkan mana yang silap”, kata datuk pada lembaga itu yang bergerak ke kanan sambil tersenyum dan terus hilang. 

Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box