SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA

    Datuk rebah ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat Jali menghampiri ketua pukau yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung dan telinga keluar darah yang merah kental. Saya menghampiri datuk. Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah darahnya sudah berhenti. Datuk membuka tangannya perlahan-lahan. Tengkorak yang dipegangnya menjadi hitam, macam arang dan akhirnya bertukar menjadi serbuk halus macam amang bijih yang dibuang.


“Campakkan ke air”, kata Datuk.


Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh badan terasa panas. Cepat-cepat saya humbankan ke dalam air sungai. Datuk cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia bangun, dia akan rebah. Bagaikan sendi tulang di kepala lututnya sudah hancur. Saya jadi kelam-kabut. Mat Jali masih lagi memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara kebetulan sebuah jeep tentera lalu di situ. Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding, pemandu jeep itu bersetuju membawa mayat ketua pukau ke Balai Polis Kampar.


“Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba ikhtiarkan sebuah ambulan untuk datuk saya”.


“Saya cuba,” itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun berlepas ke Kampar. Saya merawat datuk mengikut arahan-arahan yang dikeluarkannya. Walaupun ada orang yang lalu lalang di jalan raya, mereka tidak menghiraukan kami. Pada sangkaan mereka saya dan datuk pencari rotan yang sedang melepaskan penat di situ.


“Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air sikit. Ramas daun-daun itu hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut aku”, perintah datuk yang terpaksa saya lakukan. Hasilnya amat mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan iringan jampi tertentu dari datuk, saya lihat dia boleh bangun.


Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah datuk kelihatan lebam macam dipukul sesuatu. Saya bagaikan mahu menangis bila datuk tidak berdaya melangkah. Dia bagaikan terlupa macam mana mahu berjalan. Datuk sandarkan badannya pada sebatang pokok dekat situ.


“Badan aku terasa bisa-bisa, kepala terasa kosong”, datuk mengadu pada saya sambil meraba batang pokok di belakangnya.


“Apa yang mesti saya buat tok?”


“Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk menemui Allah.”


“Tapi kita harus berikhtiar.”


“Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini.”


“Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?”


Datuk terdiam. Badannya jatuh perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua belah kakinya. Saya pun urut kaki datuk.


“Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa juga bidang. Kalau dia merasa dirinya handal, itu hanya perasaan. Sedangkan ada orang yang lebih handal darinya dan kehandalan diri orang itu pula tertakluk di bawah kekuasan Alla.”


Sungguh saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk.


Saya perhatikan dalam saat-saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah yang membimbangkan hati dan perasaan saya. Sedang saya diamuk keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung ke dalam perut kereta ambulan untuk dibawa ke rumah sakit Kampar.


Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam, datuk terpaksa diberi suntikan ubat. Datuk tidak mahu menerimanya. Menurut Datuk suntikan itu akan memberikan kesan yang kurang baik dalam lubuhnya. Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya. Datuk tidak berganjak dari keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh.


“Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk”, kata saya.


“Maksudnya?”


“Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga”, tambah saya sambiI merenung muka Mat Jali supaya dia mengakui kebenaran cakap saya itu. Setelah termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun setuju untuk melakukan suntikan. Saya terkejut bila seorang jururawat yang bertugas memberitahu saya, sudah tiga batang jarum patah ketika doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor tidak mahu meneruskan kerjanya.


“Apa yang mesti saya buat?”, tanya saya pada juru rawat tersebut, sambil merenung ke muka Mat Jali yang duduk di sebelah saya.


“Bagaimana? Boleh kami masuk ke dalam?”, Mat Jali mengajukan pertanyaan. Jururawat yang berketurunan Pakistan tersenyum.


“Boleh. Tuan doktor memang mencari warisnya.”


“Sebab?”


“Doktor nak tanya sikit”, beritahu jururawat. Saya dan Mat Jali masuk ke dalam bilik. Doktor Melayu yang berkulit hitam itu mempersilakan saya dan Mat Jali duduk.


“Saya orang Melayu, sudah belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak membuang kepercayaan dan keyakinan saya pada ilmu batin”, ujar doktor itu sambil menggigit bibir. Dia lalu memperkenalkan namanya pada kami. Namanya Abdul Mutalib, anak jati Batu Pahat, Johor. Baru sebulan bertugas di Kampar, sebelum itu dia bertugas di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.


“Saya kurang faham dengan cakap tuan”, suara Mat Jali tenang.


“Kalau orang Melayu tidak percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya dia bukanlah orang Melayu tulin. Kekuasaan ghaib, dukun dan pawang adalah sebahagian dari teras bangsa kita. Kerana itu saya panggil awak.”


“Orang tua ini ada memakai ilmu tahan besi. Suruh dia buka”, doktor itu merenung muka saya. Fahamlah saya. Doktor itu memerlukan bantuan dari saya. Saya pun rapat kepada Datuk. Saya membisikan ke telinganya:


“Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk.”


“Buka apa?”, sergah datuk pada saya.


“Tahan besi.”


“Tahan besi?”, ulang datuk.


“Ya tok.”


Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah-olah dari sinar matanya terucap perkataan ini:


“Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja.”


Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibu jari sebelah kiri.


Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.


“Sudah”, pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mohd Zain, di Batu Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira-kira dua tahun yang lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit lumpuh berubat dengan datuk.


Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh isterinya sejak bertahun-tahun itu disembuhkan oleh datuk. Sejak itu, dia menjadikan datuk sebagai ayah angkatnya. Di Batu Berangkai, datuk mengubati sakitnya dengan caranya yang tersendiri. Setiap pagi dia akan mandi air dari gunung, dan memakan beberapa jenis pucuk kayu pada sebelah petangnya. Seminggu kemudian datuk beransur pulih dan sihat.


Semasa tinggal di Batu Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan jutawan Melayu yang juga menjadi orang yang bergelar yang dilantik oleh Sultan Perak pada masa itu. Jutawan Melayu itu mempunyai beberapa buah lombong di Menglembu, Pusing, Batu Gajah dan Papan. Dia juga mempunyai beberapa buah rumah batu di daerah Kinta dan Batang Padang. Dia lebih suka berhubung dengan Mohd Zain untuk membaiki sebarang kerosakan di rumahnya.


Salah sebuah rumah batunya terletak dikawasan Sungai Raya. Rumah itu diwarisi dari arwah ayahnya. Besar tersergam ia terletak tidak jauh dari jalan besar. Dia tinggal di situ bersama isteri dan dua anak perempuannya, sementara rumahnya yang lain didiami oleh anak buah jutawan itu sendiri. Salah seorang anak perempuannya menuntut di Universiti Malaya, ketika itu bertempat di Singapura, dalam jurusan kedoktoran. Selain daripada mempunyai harta yang banyak, jutawan itu juga mempunyai dua orang isteri.


Isteri mudanya pula ada pertalian keluarga dengan Mohd Zain. Perkenalan yang terjalin di rumah Mohd Zain itu, secara tidak langsung memberikan satu tugas baru pada datuk. Jutawan itu meminta datuk memberikan pendinding di kawasan rumahnya, supaya tidak dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu tidak berat, datuk bersedia menolongnya.


“Berapa upahnya? Seratus atau tiga ratus”, jutawan itu menyoal datuk. Saya lihat datuk tersenyum dan menyandarkan badan pada dinding rumah Mohd Zain. Muka Mohd Zain saya lihat berubah sedikit.


“Kita bukan hidup dengan kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai anak cucu. Kalau sekadar untuk menolong ke jalan baik tak jadi hal”, jawab datuk pada pertanyaan jutawan itu, yang merupakan satu sindiran yang tajam. Jutawan itu tunduk.


“Maafkan saya, kalau cakap tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu bersedekah saja”, nada suara jutawan itu mula menurun.


“Sedekah saja wang itu ke rumah anak yatim”, tingkah datuk. Jutawan itu anggukkan kepala.


“Bila bapak mahu menolong Tok Kaya Sendi Raja?”, Mohd Zain memotong percakapan. Datuk urut pangkal dagunya. Dia merenung muka jutawan itu dua tiga kali. Jutawan kelihatan resah.


“Saya terpaksa pergi ke sana setidak-tidaknya tiga senja.”


“Kalau begitu duduk saja dirumah saya.”


“Begini saja. Minggu depan saya minta anak angkat saya ni hantar saya ke rumah Tok Kaya.”


“Terpulang ikut mana yang baik. Baik pada awak, baiklah pada saya”, kata Tok Kaya (jutawan) sambil tersenyum. Lalu dia minta diri untuk pulang dari datuk. Mohd Zain menghantar jutawan itu hingga ke keretanya di tepi jalan besar.


Pagi itu datuk memberitahu Mohd Zain, anak angkatnya, yang dia mahu pergi mendaki gunung yang terletak di bahagian tepi kawasan Pekan Kampar.


“Buat apa ke sana pak?”, tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi dan roti.


“Nak cari buluh tumpat.”


“Buat apa?”, sahut Mohd Zain.


“Untuk menolong Tok Kaya”, jawap datuk.


Itu memuaskan hati Mohd Zain dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta Moris Minor kepunyaan Mohd Zain, beliau menurunkan saya dan datuk dekat sekolah Inggeris di Kampar. Dari situ saya dan datuk masuk ke dalam hutan. Lebih kurang pukul empat petang, kami kembali ke rumah Mohd Zain di Batu Berangkai. Sebaik saja sampai di rumah, datuk pun memotong buluh tumpat itu sepanjang satu kaki.


Buluh yang sudah dipotong itu berjumlah empat semuanya, diletakkan di bawah rumah. Tidak ada kejadian ganjil yang kami temui semasa di hutan, jadi tidak ada cerita yang menarik untuk diceritakan pada Mohd Zain yang cukup kagum dan hormat dengan datuk.


Selepas sembahyang Isyak, Mohd Zain masih bercakap dengan datuk di anjung rumah. Mohd Zain meminta ilmu pengasih dari datuk dengan tujuan supaya setiap orang yang ditemuinya akan jadi kasih padanya dan mempelawa dia untuk membuat rumah atau membuat kontrak dengannya. Saya dengar datuk memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak masuk akal. Menurut datuk, kalau kerjanya baik dan ikhlas, tidak menipu sesama manusia, dengan sendirinya dia akan disayangi orang.


“Berusaha dan bekerja keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja dengan baik”, itulah yang dapat di tangkap oleh telinga saya. Lepas itu saya tidak dengar apa yang mereka perkatakan. Saya terlena.


Saya tahu datuk akan melakukan sembahyang hajat. Ada tanda-tanda yang menunjukkan datuk akan melakukan kerja itu. Supaya tugasnya tidak terganggu, saya lebih suka tidur bersendirian di ruang tengah rumah Mohd Zain. Biarlah datuk tidur sendirian di dalam bilik khas. Dugaan saya itu memang tepat. Apabila subuh, datuk menyatakan sembahyang hajatnya tidak terganggu oleh dengkur saya.


“Kau sudah mula mengenali perangai aku”, katanya menyindir ketika saya mengambil air sembahyang bersamanya.


“Belajar dari pengalaman”, balas saya.


“Petang esok kita pergi ke Sungai Raya”, datuk memberitahu saya lagi.


Saya pun mengangguk tanda setuju. Macam selalu, sebelum matahari bangun di kaki langit datuk akan mengajak saya mandi embun. Saya sudah pun pandai memilih jenis daun yang baik di ambil airnya untuk membasuh muka dan badan. Datuk juga memberitahu saya beberapa potong ayat suci yang harus saya baca ketika menyentuhkan air embun ke tubuh.


Mandi embun menyegarkan badan dan menegangkan kulit. Dengan nya muka kelihatan bersih dan tidak dimamah usia. Menyapu atau menggosokkan air embun ke badan juga harus pandai. Mesti ikut urutan. Dengan itu perjalanan darah akan menjadi lancar, terhindar dari sakit jantung atau darah tinggi.


Selepas menunaikan sembahyang asar pada petang selasa, saya dan datuk dihantar oleh Mohd Zain ke kawasan Sungai Raya. Jarak kawasan itu dari bandar Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke selatan. Kami disambut oleh Pak Ayub Naim penjaga rumah. Tok Kaya telah pergi ke lapangan terbang bersama anak dan isterinya untuk menyambut anaknya yang bercuti. Mohd Zain bercakap sesuatu dengan Pak Ayub Naim.


“Saya balik dulu pak”, Mohd Zain memberitahu datuk. Dia menghidupkan jentera kereta dan keluar dari kawasan rumah Tok Kaya Sendi Raja. Rumah batu besar itu berbentuk lama, berunsur kesenian dari timur tengah dipadukan dengan seni bina tempatan menjadikan rumah batu dua tingkat itu kelihatan cantik dalam bentuk yang tersendiri, besama cat kuning air yang lembut. Berceritalah Pak Ayub Naim orang Keramat Pulai tentang rumah batu dua tingkat itu pada kami. Menurutnya, rumah batu itu sudah lebih dari seratus tahun usianya.


Sudah tujuh keturunan dipusakai turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah pemilik yang tujuh atau keturunan yang ketujuh. Dan selama itu pula, belum pernah terlintas di hati para pewarisnya untuk merubah bentuk dasar rumah tersebut. Mereka hanya menambah beberapa bahagian yang tertentu saja. Bila bulan penuh muncul di langit dan cahayanya melimpah di atas bumbung rumah, keutuhan dan keunggulannya semakian nampak. Bumbung rumah itu bagaikan memancar cahaya yang boleh menegakkan bulu roma sesiapa saja.


Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian belakang rumah tersebut meskipun di situ ada jalan dekat menuju ke kawasan rumah mereka. ltulah cerita Pak Ayub Naim yang sudah berusia hampir enam puluh tahun itu. Sama dengan umur Tok Kaya Sendi Raja. Saya dan datuk di tempatkan di sebuah bilik di bahagian atas ruang tengah. Bahagian atas itu cukup luas dengan empat tiang besar yang bulat, berukir dengan awan larat bunga raya dan pucuk rebung.


Bila saya berdiri di situ saya terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri saya seolah-olah berada jauh dari dunia nyata. Seakan-akan terlambung ke satu alam lain yang sukar saya nyatakan. Saya lapurkan perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak memberikan sebarang pendapat berhubung dengan perkara itu. Ketika bunga senja tiba, saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi rumah besar itu tujuh kali. Setiap kali sampai kebahagian bucu rumah, datuk berhenti dan membaca sesuatu.


“Kita pusing lagi sekali untuk jadikan lapan”, beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala dan ikut perintahnya.


“Berhenti di sini”, mendengar perintah itu langkah saya mati. Datuk menandakan tempat itu dengan kayu.


“Kau langkah ke timur, kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke utara dan ke selatan macam tadi juga.”


Arahan yang datang dari datuk saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk pun korek tanah dengan golok lalu menanam buluh tumpat ke dalam tanah.


“Cukuplah tu, agak-agak satu jengkal ke bumi, Tidak dikorek anjing, ah mana ada anjing, kawasan ni berpagar”, datuk bercakap seorang diri. Saya tersenyum. Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru saja keluar dari perut kereta Chevrolet besar.


“Macam mana, sudah selesai?”, iltu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja pada datuk.


“Belum selesai. Lagi tiga penjuru belum di taruh”, balas datuk. Tok Kaya Sendi Diraja terus memberitahu datuk, makan minum datuk dan saya akan dihantar sendiri oleh tukang masak ke bilik. Satu layanan yang sungguh istimewa dari seorang jutawan pada orang biasa.


Kerana waktu maghrib sudah tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas sesudah mengambil air sembahyang. Lepas sembahyang datuk meneruskan zikirnya. Saya keluar dari bilik mundar-mandir ruang tengah. Saya terkejut dan hampir menjerit, dari sudut ruang tengah yang agak suram itu keluar seorang gadis dengan pakaian diraja. Di kepalanya terletak mahkota yang memancar, di tangannya terletak sebilah sundang. Kain labuh yang menutup badannya berwama kuning. Saya terus lari masuk bilik.


“Kenapa, macam kena kejar syaitan.”


“Ada puteri raja di sini tok.”


“Kau gila? Lain kali jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, aku cekik kau sampai mampus”, datuk memberi amaran dengan nada suara yang marah. Saya diam dan terus membaca surah Yassin. Datuk sudah pun selesai berzikir. Saya sudah pun menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di atas katil kuno. Tiba-tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di belakangnya.


Seorang lelaki muncul, tinggi dan besar orangnya, dada berbulu memakai tanjak dan ada bintang kebesaran di tengah tanjak, serta pedang panjang di pinggang. Lelaki itu hanya muncul beberapa detik saja di hadapan kami. Datuk segera turun ke bilik Pak Ayub Naim di bawah. Barang kali Pak Ayub Naim boleh memberikan keterangan lanjut berhubung dengan perkara aneh yang ditemui. Dia sudah menjadi penjaga rumah semenjak ayah Tok Kaya Sendi Diraja masih hidup.


“Usah takut, anak dara itu memang salah seorang penguni rumah ini, dia hanya mengucapkan selamat datang”, katanya dengan berketawa pada Datuk.


“Orang lelaki itu siapa?”, soal saya.


“Dia juga macam anak dara tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada tuan berdua. Dia tidak akan mengganggu”, jawabnya.


Temyata Datuk tidak puas hati dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut. Kami naik ke bilik atas. Hidangan sudah tersedia. Lepas makan kami sembahyang Isyak. Lepas itu saya tidur.


Empat penjuru rumah Tok Kaya Sendi Diraja sudah di tanam dengan buluh tumpat. Dengan pertolongan Allah, rumah itu tidak akan dimasuki pencuri. Atas permintaan Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan saya dijemput duduk dua malam lagi di rumah itu. Tok Kaya Sendi Diraja mahu Datuk memulih semangat rumah. Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia selalu bimbang dan berhadapan dengan perkara-perkara aneh bila dia membuat kira-kira pemiagaan di bilik khasnya. Kadang-kadang dia terasa ada mahkluk lain di rumahnya. Pernah satu ketika dia tertidur dimeja tulis, apabila dia sedar dari tidurnya, dia telah berada di atas katil disamping isterinya. Pakaiannya ditukar dengan baju tidur tanpa di sedarinya.


“Tetapi belum ada keluarga saya yang dicederakan”, adu Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk di ruang tamu bawah. “Saya merahsiakan perkara ini dari kaum keluarga”, tambahnya sambil menyatakan keyakinan bahawa datuk dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd Zain kepadanya.


“Saya cuma boleh menolong saja”, kata datuk merendah diri. Tok Kaya Sendi Diraja tersenyum. Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua-dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur, manakala Norlin yang bercuti dari universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang menghubungkan antara ruang bawah dengan ruang atas.


Tok Kaya Sendi Diraja lalu menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan tamat pengajian doktornya akhir tahun ini. Belum pun cerita itu tamat, kami bertiga terkejut. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja menerpa ke arah kami. Satu jeritan nyaring dan keras menguasai rumah dua tingkat itu yang datang dari bahagian atas.


“Itu jeritan Norlin”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.


Kami pun segera memijak anak tetangga yang berbentuk melingkar itu. Sampai di atas, Tok Kaya Sendi Diraja segera membuka pintu bilik yang selalu Norlin gunakan ketika menghabiskan cuti dari universiti. Norlin terduduk dipinggir tempat tidur dengan nafas yang sesak, mukanya pucat benar.


“Ada apa Norlin?”, tanya Tok Kaya Sendi Diraja.


Norlin tidak menjawab. Peluh halus tumbuh di dahi. Di luar hari kian gelap. Terdengar suara gagak sesat menjerit di dahan pokok kekabu.


“Ada apa nak?”, soal isterinya pula.


Ketika itu Pak Ayub Naim pun tiba. Angin kian keras masuk kedalam ruang rumah. Langsir bergerak-gerak dengan hebatnya.


“Ada apa Norlin? Cakaplah”, pujuk Tok Kaya Sendi Diraja. Norlin bangun dan terus memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya semahu-mahunya. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.


“Kau nampak manusia di sini?”, Pak Ayub Nairn bertanya dengan nada suara yang cukup lembut pada Norlin yang hanya mengangkat bahu saja. Peristiwa yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian duduk di bilik. Datuk pergi menemui Tok Kaya Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z.


Kira-kira pukul sepuluh malam, datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung panjang di atas katil kuno. Saya tidak berani bertanya apa yang di perkatakannya dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Saya biarkan datuk mengelamun sendirian. Angin malam berhempas pulas di luar. Dahan-dahan kayu bergoyang keras. Langit hitam, bulan pun tidak timbul di langit. Saya resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk asing berdiri di hujung kaki. Datuk masih bertafakur di atas katil kuno.


Tiba-tiba saya terdengar sesuatu yang keras berlaku diluar rumah seperti bunyi dahan kayu dipatah orang. Saya rasa badan saya dilangkah oleh sesuatu. Bulu roma tengok saya tegak berdiri. Angin kian keras bertiup. Jendela rumah terbuka dengan sendiri. Saya lihat ada lembaga samar-samar masuk kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu kenapa badan saya berpeluh.


Kepala saya bagaikan dijamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tiba-tiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.


“Anak saya Norlin”, ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.


“Kenapa?”, soal datuk.


"Berjalan dan menari sendirian"


“Allah"” keluh datuk.


Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari macam tarian klasik orang India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya merebahkan Norlin ke atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang perlawanan. Bila Norlin dibaringkan, jam kuno di tengah rumah berbunyi dua belas kali.


Hujan kian menjadi-jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa ada makhluk asing beratus-ratus orang mengisi dalam ruang bilik. Makhluk itu tidak dapat dilihat tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing berada di situ memang ada. Buku-buku bacaan Norlin ada yang terbuka dan tertutup dengan sendiri. Pensil dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak disedari oleh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin.


Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh-peluh halus membintit di kening. Seolah-olah Norlin berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas. Sesekali dia tersenyum. “Norlin, Norlin emak ada di sini”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak. “Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!” jeritnya sekuat hati.


“Siapa dia nak? Cakap dengan saya”, rayu datuk. Norlin merenung ke pintu, berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sesiapapun di situ. 


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box