SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN

Setiap kali bahu saya bergesel dengan bahu Nurul Hayat timbul rasa cemas. Bila rasa cemas itu berakhir, timbul rasa ghairah yang tidak menentu, hati saya berdebar. Pada ketika masa itu juga saya terus menatap kulit muka Nurul Hayat yang kemerah-merahan.


Di saat anak mata tertacap ke kulit mukanya, diam-diamsaya melayani perasaan, saya khayalkan yang saya sedang membelai rambut hitamnya dengan penuh mesra. Bintik-bintik peluh yang membasahi pipinya saya kesat dengan hujung jari kelingking. Nurul Hayat ketawa dengan penuh mesra merestui apa yang saya lakukannya terhadapnya.


Saya bayangkan, bila dia ketawa wajahnya bertambah jelita. Lekuk lesung pipitnya kian jelas dan nampak mendalam.  Bibirnya yang nipis amat mendebarkan. Pendek kata apa yang ada pada diri Nurul Hayat tetap indah dan menarik. Kemudian, saya bayangkan hujung hidung saya terbenam ke kulit pipinya. Nurul Hayat ketawa dan mengeliat kegelian. Dia terus memeluk dan merangkum tubuh saya.


Heeiii.. “


Serentak dengan jeritan kecil itu, terasa rusuk kiri saya di siku dengan kuatnya hingga perutnya terasa senak dan saya hampir tersungkur ke depan. Nasib baik saya sempat berpaut pada bibir bot.


“Kenapa kamu rebahkan badan kamu kedada aku,” tutur Nurl Hayat dengan wajah yang masam. Saya mula menyedari apa yang telah saya lakukan. Khayalan membuat saya terlupa keadaan keliling.


Saya rasa  malu yang amat sangat.  Rasanya sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan Nurul Hayat. Harga diri dan maruah bagaikan sudah hancur berderai. Bila Nurul Hayat merenung saya tepat-tepat, saya tersipu-sipu. Saya buat muka tebal dan cuba tersengih macam kerang busuk. Cuma itu saja yang berdaya saya lakukan untuk menutup malu.


Inilah akibatnya kalau suka berkhayal, tunggul disangkakan manusia. Budi bahasa, sopan santun semuanya hilang dan tenggelam dalam dunia angan-angan yang tidak bertepi, memang tidak salah kata orang tua-tua, kalau perasaan ghairah dilayan, akan membaca bencana, menjadikan taraf manusia kepada taraf binatang.


“Kenapa dengan kamu Tamar, tiba lembik macam ayam mabuk tahi. Apa dah jadi  Tamar,” muka Nurul Hayat nampak merah padam, dia marah sangat.


“Aku terasa nak pening, perut rasa mual. Bot yang aku naiki ni, terasa tunggang balik,’ itu saja dalih yang mampu saya luahkan. Semoga dengan pembohongan itu, Nutul Hayat akan bersimpati dengan saya.


“Kamu jangan bohong dengan aku, Tamar.”


“Kenapa aku mesti bohong, aku bercakap perkara yang benar,” kata saya sambil membuat muka sedih.


Nurul Hayat termenung sejenak. Saya terus buat pura-pura sakit dan cara kebetulan rasa senak akibat disiku oleh Nurul Hayat masih terasa, jadi mudahlah saya berlakon.


“Sekarang apa rasanya?”


“Dah beransur kurang,”


“Sekarang sandarkan badan kamu, luruskan kaki. Tenangkan fikiran kamu dan jangan ingat apa-apa,” lanjut Nurul Hayat. Saya segera melakukan apa yang disuruhnya. Nurul Hayat gembira kerana saya patuh dengan perintahnya.


Dengan perlahan-lahan Nurul Hayat mengesut ke kanan hingga jarak antara kami  terpisah agak jauh.  Jarak lutut saya dengannya terpisah kira-kira sekaki.


“Kenapa mengesut jauh,” kata saya.


“Bukan apa apa bias senang kamu beehat nanti kalau kamu terasa pening, kamu tak merebahkan kepala kamu ke arah dadaku,’ katanya dengan senyum.


Tidak dapat saya takrifkan erti senyum itu sama ada ikhlas atau sekadar untk senyum saja. Apa yang pasti saya terasa seperti disindir. Kami terus membisu, Cuma bunyi deru enjin bot saja yang mengasak lubang telinga kami.



REDUP


Sinar matahari kian tunduk, suasana terasa redup dan menyenangkan. Bot yang bergerak menghasilkan angin lembut membuatkan badan terasa segar sekali.


Saya masih belum dapat meneka apa yang tersirat di dalam kepala dan hati Nurul Hayat. Saya kira dalam menghadapi situasi begini, ada baiknya saya diam dan membisu seribu bahasa.


Dengantidak disangka-sangka Nurul Hayat terus bangun. Saya tergamam bila melihat dia berdiri sambil sepasang tangannya mencekak pinggang. Dia renung kearah ekor bot berkali-kali, macam ada sesuatu yang dicarinya. Pandangannya beralih pula ke arah kiri dan kanan tebing sungai.


Melihat keadaan dan gerak-geri Nurul Hayat menimbulkan seribu keraguan dalam diri. Saya segera bangun dan mengikut kelakuan yang dibuatnya. Saya juga tidak tahu kenapa saya harus jadi pak turut.


“amu tak suka duduk di sini? Tak suka bercakap-cakap dengan aku?” Saya cuba memecahkan suasana ang agak tegang.


“Aku sedang memikirkan, apakah perlu memberitahu kamu nama-nama kampung yang ada di sepanjang tebing sungai. “


“Aku fikir, kamu perlu menerangkan kepada aku Nurul.”


“Sebabnya?”


“Aku pendatang baru ke daerah ini.”


Nurul Hayat mengigit bibir setelah mendengar penjelasan dan alasan yang aku kemukakan kepadanya.


“Tapi…,” saya tak meneruskan kata-kata itu. Nurul Hayat nampak rasa semacam tetapi matanya masih tertumpu ke arah pepohon ang tumbuh di kiri kanan sungai.


“Ada sesuatu yang nak kamu tanyakan pada aku?” Nurul Hayat memancing, supaya saya meneruskan pertanyaan yang terhenti.


“Ada,”


“Apa dia Tamar?”


“Mudah saja aku harap kamu boleh menunaikannya, Nurul,”


“Cakaplah terus terang, apa dia Tamar?”


“Aku mahu kamu tunjukkan atau bawa aku ke kampung orang asli KUBU, khabarnya orang KUBU handal dalam ilmu dunia,” turut saya penuh harapan.

Nurul hayat termenung sambil meengerutkan kening. Kemudian dengan tenang dia menatap batang tubuh saya, dari atas ke bawah, dari bawah keatas beberapa kali.


“Kamu berguarau, Tamar.”


“Tidak, aku serius.”


“Kamu jangan merepek Tamar, kampung kaum KUBU tu jauh di pendalaman, kalau kamu masuk kampong mereka, alamt kamu bertapalah di situ.”


“Kamu jangan menakut-nakutkan aku ,Nurul.”


“Aku bercakap pekara yang benar Tamar, kalau kamu betul-betul mahu, boleh aku cakapkan dengan ayah aku, baangkali dia boleh menolong kamu. Aku yakin, ayah aku tahu di kawasan mana kampng orang KUBU.”


“Ah, aku tak mahu, aku cuma bergurau saja, aku nak usik kamu, Nurul.”


“Kamu takut,” suara Nurul Hayat merendah dan dia terus ketawa. Saya juga ikut ketawa tanpa sebab. Aneh, kenapa saya ketawa melulu? Timbul pertanyaan dalam diri dan dengan tenang saya tarik nafas dalam-dalam.


Memang pada mulanya, saya berhasrat mahu meninjau perkampungan kaum KUBU. Tetapi, bila Nurul Hayat mahu meminta pertolongan Fuad Hassan bagi menjayakan tujuan tersebut, hasrat saya segera terbantut. Bila Fuad Hassan tahu dengan sendirinya datuk tahu, sebelum saya menerima apa-apa ganjaran dari datuk ada baiknya saya batalkan hasrat di hati.


“Elok juga kamu batalkan keinginan kamu tu, kalau kamu teruskan banyak risikonya, Tamar.”


“Saya segera anggukkan kepala.


“Aku kira datuk kamu sendiri keberatan membenarkan kamu pergi ke kampung suku KUBU tu,” sambung Nurul hayat membetulkan hujung selendangnya yangterlepat di celah ketiak.



PANAH


Air sungai Batanghari yang dipanah matahari  nampak berkilau-kilau bersama gelombag yang beralun perlahan. Anak-anak ikan kelihatan bergerak lancar dalam air dalam usaha menyelematkan diri dari disambar ikan-ikan besar. Saya terpegun melihat semuanya itu, jarang-jarang saya dapat menikmati suasana demikian.


Bot terus membelah sungai Batanghari dengan aman. Saya dan Nurul Hayat masih berdiri. Sesekali terdengar suara datuk dan Fuad Hassan dalam nada yang kadang-kadang meninggi dan kadang-kadang rendah. Entah apa yang mereka  bualkan, tidak dapat dipastikan.  Tetapi, bot yang dikendalikan oleh Fuad Hassan tetap bergerak dengan sempurna.


“Kamu tahu Tamar,” turut Nurul Hayat.


“Apa dia?”


“Tentang ilmu orang KUBU,”


Saya tergamam sebentar , memang di luar jangkaan yang Nurul Hayat mahu mengungkit kembali tentang hal orang KUBU yang pada hemat saya kisahnya sudah tamat.


“Ilmu orang KUBU memang menjadi, maklumlah hantu syaitan jadi dampingan mereka, “ sahut Nuru Hayat


 “Maksud kamu,” saya memotong cakapnya.


“Kita tak boleh buat sebarangan dengan mereka, kita harus bersikap hati-hati dengan mereka, jangan sesekali kita membuat sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mereka, jangan kita kacau mereka.”


“Kalau kita kacau, kalau kita usik macam mana?”


 “Buruk padahnya, dulu ada orang muda di kampung aku abwa tikar bantal tak balik-balik, kaum kerabatnya tak tahu samada budak muda itu hidup atau mati.”


“Kalaulah betul cerita kamu ni, memang hebat ilmunya,” kata saya sambil mengigit bibir. Biji mata saya terbeliak.


“Macam mana kisahnya sampai jadi macam tu,” saya cuba cungkil rahsia. NURUL Hayat menggaru kulit pipinya yang kemerahan dengan hujung jari kelingkingnya.


“Semuanya kerana pulut,  bukankah orang tua-tua dah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebenarnya, anak muda itu ada bau-bau bacang dengan keluarga emak aku,” Nurul Hayat berhenti bercakap. Dia garu pangkal lengannya berkali-kali. Hati saya berdebar kembali bila melihat kulit lengannya yang putih gebu. Saya jeling dengan semahu-mahunya.


“Mata kamu jahat, Tamar!” Protes Nurul Hayat bila menyedari mata saya meratah kulit lengannya yang terbuka. Cepat-cepat dia membetulkan lengan bajunya untuk menutup kulit lengannya. Jelinan saya berakhir.


“Kulit kamu putih melepak, kamu cantik Nurul,” kata saya berjenaka.


“Ini kamu kenal,” Nurul Hayat genggam penumbuk lalu menghalakanke arah saya, dia cuba membuka silat, hati saya gementar dan cemas.


“Maafkan aku Nurul, aku Cuma bergurau.”


“Aku tak suka gurau begitu, batang tubuh aku bukannya gurauan tau,” nada suaranya keras.

   

“Maafkan aku Nurul, lain kali aku tak buat lagi,” kata saya/


“Dengan orang lain, kamu boleh bergurau tapi, aku bukan orangnya,” kemarahannya terus berlanjutan. Saya jadi serba salah.


“Maaafkan aku Nurul,” rayu saya lagi.


“Hummmmm,” Nurul Hayat mendengus, wajahnya bertambah masam. Buat beberapa ketiika saya merenung ke dada sungai. Semuga Nurul Hayat tidak melepaskan tendangan atau tumbukan silat yang boleh membuatkan tubuh saya terbuang ke dalam sungai Batanghari. Itu doa dan harapan yang berbunga dalam hati kecil saya.


“Maafkan aku, Nurul,” saya merayu untuk kesekian kalinya.


“Baiklah, lain kali kamu buat lagi kamu tahulah padahnya.”


Saya amat gembira mencari keturunan di bumi Jambi. Kalau aku hulurkan tali cinta, belum pasti engkau manu menerimanya. Itu yang beralun dalam hati nurani saya yang tidak mampu diluahkan meskipun Nurul Hayat berdiri di sisi.


“Begini ceritanya Tamar, pemuda kacak itu kegemarannya memburu kijang dan memikat burung. Kadang-kadang dia masuk jauh kedalam hutan sampai kesempadan perkampungan orang KUBU,” gaya Nurul Hayat bercerita membuat saya terpaku.


“Selalunya semua hasil buruan yang diperolehi disedekahkan kepada janda-janda yang susah dan banyak anak, diberikan kepada anak yatim. Kalau semasa memburu dia terjumpa kayu cendana, rotan dan macam-macam lagi hasil hutan, segera di bawa pulang kerumahnya untuk di jual kepada peraih dari luar.



Wang dari hasil jualan barang-barang tersebut digunakan untuk memperindahkan masjid, mengecat atau mengganti mana-mana bahagian masjid yang rosak. Membeli sejadah dan lain-lain keperluan untuk kepentingan para jemaah.


Kalau penduduk mehu mengadakan kenduri menyambut awal Muharam, Mauludurrasul dan sebagainya, mereka tidak perlu membeli lembu atau kambing kerana pemuda kacak  akan membawa rusa atau kijang (hasil buruannya) sebagai lauk pauk untuk para jemaah.


Kerana sikap murah hati, ringan tulang, rajin melakukan kerja-kerja amal tanpa mengenal penat lelah,  nama pemuda kacak jadi sebutan setiap masa.


Mendengar kata-kata itu, Nurul Hayat bersedia memaafkan perbuatan saya yang menyinggung perasaannya. Kemenangan besar untuk saya, hasil dari rayuan dan rasa rendah hati.



MENURUN


Bila saya rasakan kemuncak kemarahannya sudah menurun ke paras beku, saya menjual senyum kepadanya. Dia membalas bersama dengan wajah yang riang.


“Sekarang kamu tentu sudi menceritakan kepada aku tentang pemuda yang menjadi  tawanan anak dara KUBU,” saya berusaha menghidupkan kembali cerita terputus di tengah jalan. Dua tiga kali Nurul Hayat menggosok pangkal hidungnya hingga kelihatan kemerah-merahan, menimbulkan rasa geram di hati.


“Kalau tak salah ingatan aku, perkara itu terjadi kira-kira tujuh tahun lalu,” Nurul Hayat memulakan cerita dengan tenang dan teratur,  “masa itu umur aku baru tiga belas tahun, kejadian tu jadi buah mulut orang-orang kampung berbulan-bulan lamanya. Macam-macam usaha dan ikhtiar dibuat untuk memanggil pemuda malang itu pulang. Semuanya gagal,” tambah Nurul Hayat sambil matanya merenung tajam ke arah tebing sebelah kanan, macam ada sesuatu yang dicarinya.


“Kau pernah tengok pemuda itu?” Soal saya bersama rasa cemburu.


“Pernah.”


“Lawa orangnya?” Tanya saya penuh debar.


“Lawa dan kacak, berkulit putih merah, tinggi dan badan penuh berisi. Handal bersilat dan main senjata, pandai berkasidah dan mengaji Quran, ramai anak dara kampung yang tergila-gilakan suaranya. Dia jadi pujaan sekampung.”


“Termasuk kau,” potong saya dengan resah.


“Aku tidak tertarik dengannya, umur aku baru tiga belas tahun,  aku anggap dia macam abang. Umurnya masa itu kalau tak silap aku sudah dua puluh lapan tahun. Walau pun ada hubungan keluarga, aku dapat bercakap dua kali saja dengannya. Emak dan bapa aku cukup keras mengawal aku,” Nurul Hayat ketawa sebaik saja dia berhenti bercerita. Barangkali dia merasakan zaman kecilnya penuh keanehan.


 Aku menarik nafas dalam-dalam. Gadis yang terpacak di sisiku adalah dara pingitan yang tersisih dari pandangan jejaka kampung, mereka tidak dapat melihat wajah ayau mendengar suaranya kecuali lelaki yang ada hubungan keluarga dengannya.  Rasanya inginku miliki dirimu Nurul tetapi, aku anak dagang.


“Tetapi di samping memiliki sifat terpuji dia juga menyimpan sifat-sifat yang kurang sopan . Hanya kaum keluarga yang terdekat saja ang tahu sifat buruk pemuda kacak itu .”


“Apa dia perangai yang tak baik tu,” saya terus mendesak bila melihat Nurul Hayat berhenti bercakap. Dia seperti enggan bercerita, macam mahu menyembunyikan sesuatu dari saya.


“Suka mengintai anak dara mandi,” kata Nurul Hayat.


“Mengintai anak dara mandi,” ulangsaya agak terkejut.


“Iya,” katanya bersama senyum sinis, “agaknya, kamu ada perangai macam dia,” tambah Nurul Hayat. Saya tidak memberikan sebarang komen dan Nurul Hayat meneruskan cerita.



BURUNG


Pada suatu hari, pemuda kacak membawa denak pemikat untuk memikat burung merbuk. Dia menyusuri tepi sungai menghala ke hulu, dia masuk ke arah sebatang anak sungai yang kualanya bertembung dengan sungai Batanghari. Tiba-tiba dia terserempak dengan anak dara KUBU mandi telanjang dalam sungai.


Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, begitulah terjadi pada si kacak. Dia membatalkan hasratnya mahu emmikat burung merbuk. Denak pemikat diletakkan di dahan pokok dan dia meniarap di balik pokok besar mengintai bentuk tubuh anak dara KUBU yang jelas kelihatan di balik air sungai yang jernih bagaikan cermin.


Bila si anak dara selesai mandi dia masih belum bergerak dari tempat persembunyiannya. Dia melihat setiap gerak-geri si anak dara dengan penuh minat bila anak dara KUBU selesai menutup bahagian buah dada dan bahagian sulitnya, pemuda kacak gelengkan kepala beberapa kali.


Anak dara KUBU renung kiri kanan, atas bawah sebelum memulakan langkah pulang. Vila sudah yakin tidak ada musuh yang akan mengganggunya, maka si anak dara KUBU pun melangkah, di saat anak dara KUBU melintas di depannya, pemuda kacak keluar dari tempat persembunyian dan terus mengusik dengan berkata:


“Hai, tiga hari tiga malam mandi, badan awak busuk juga, tak ada siapa yang mahu.”


Anak dara KUBU merenung ke kanan lalu mengambil tiga helai daun pokok renek. Dia menoleh ke kiri pula dan tiga helai daun bersama ranting diambil. Semua daun dan ranting diramas dan dikepal bulat sebesar penumbuk kanak-kanak yang berusia tiga tahun.


Aneh sekali, daun yang sudah dikepal bulat bertukar dari hijau menjadi putih  dan keras macam batu. Daun yang dikepal dibaling ke arah pemuda yang bermulut celupar.


“Kena badan pemuda tu?” saya memintas cerita Nurul Hayat.


“Tak kena tapi, kena pokok tempat pemuda itu berlindung, cara anak dara KUBU membaling kepalan daun hutan sunguh ganjil.” Nurul Hayat menggosok kelopak mata kiri denganjari telunjuk. Mungkin matanya terasa gatal, selesai gosok mata dia terus merenung permukaan air sungai, kemudia dia dongakkan wajahnya ke dada langit merenung awan gemawan yang berarak lembut.


“Ganjil macam mana?” Soal saya tak sabar. 


“ia tidak merenung pemuda yang mengusik malah dia berdiri membelakangkan pemuda. Dia balingkan kepalan daun hutan dari depan ke belakang lalu kena pokok tempat pemuda menyorok. Si pemuda terus ketawakan perbuatan si gadis dengan menjerit BUSUK, BUSUK, BUSUK….”


“Pemuda itu memang jahat,” saya juihkan bibir ke depan, dan mata saya tetap menjeling ke dada Nurul Hayat dengan harapan hujung selendang yang menutup bahagian dadanya akan bergerak ke kiri dan ke kanan. Dengan itu memberi kesempatan kepada saya untuk menatap buah dadanya yang membengkak pejal di sebalik baju yang membelut tubuhnya. Ternyata harapan saya itu tidak menjadai kenyataan.



INDAH.


Setelah puas mnikmati keindahan alam semula jadi sekitar kawasan kedua belah tebing sungai Batanghari, Nurul Hayat menyambung kembali ceritanya yang terhenti.


“Mungkin tidak mahu perbualan menjadi panjang, gadis KUBU dengan membelakangi pemuda terus memintal-mintal hujung rambut dengan senyum, kemudian berlalu dari situ. Dalam beberapa detik saja gadis KUBU hilang dari pandangan mata pemuda nakal.”


“Agaknya anak dara KUBU tu tentuk cantik, kulitnya tentu merah macam kulit kamu,” kata saya.


“Jaga mulut tu, nanti buruk padahnya. Soal orang kulit putih merah hitam legam ke, bukan soalnya, kita bercakap fasal ilmu orang KUBU.”


“Maafkan aku.”


“Berapa kali maaf,” Nurul hayat jegilkan biji mata ke arah saya. Macam tadi juga, saya terus pamerkan sengih kerang busuk kepadanya..  


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box