SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA

Dari bawah pohon jati, datuk mengawasi segala kerja yang saya lakukan.  Dua tiga kali, Khoja Lisut merayu supaya saya memberhentikan menyiram air ke kepalanya.  Saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu, selagi belum menerima perintah dari datuk.  Saya memang simpati dengan Khoja Lisut yang selalu kelemasan dan bersin itu.

“Cukup Tamar.”

Saya toleh kearah pohon jati.  Datuk sedang melangkah kearah saya.  Di tangan kanannya ada batang tepus yang berdaun lebar.

“Aku nak balik sembahyang Zuhur, kamu tunggu disini sampai aku datang,” sepasang biji mata datuk tertumpu ke batang hidung saya.  Datuk berpaling kearah Khoja Lisut.

“Kenapa saya dibuat begini?”

“Bukan ini yang kamu mahu Khoja.”

“Saya minta, sakit saya dibubati, bukan di tanam dalam pasir.”

“Inilah caranya Khoja.”

Selesai saja datuk bercakap, batang tepus terus dipalu ke muka Khoja Lisut bertalu-talu.  Suara jeritan Khoja Lisut menguasai kawasan sekitar.

Datuk tidak peduli dengan rayuan dan rintihan Khoja Lisut, akhirnya manusia yang terbenam dalam pasir itu terkulai lemah lalu pengsan, batang tepus terus patah dan hancur, muka Khoja Lisut jadi hitam birat.  Baju datuk basah dimandi peluh.

“Bila dia sedar, dia minta air dari kamu.  Jangan beri air.  Kamu suruh dia gigit upih yang aku letakkan di tepi sungai,” jari telunjuk datuk menghala ke bibir sungai,” suruh dia gigit bahagian pangkal yang terkena air,” sambung datuk lagi.

“Jadi saya tak payah jirus air lagi tuk.”

“Tunggu sampai aku suruh, lagi satu aku nak beritahu kamu, apa juga jenis binatang yang melata di bumi menuju kearah kepala Khoja, jangan dihalau, faham.”

“Ya, saya faham tuk.”

“Sekarang kamupergi duduk bawah pokok jati.”  Arahan datuk saya patuhi.  Dan datuk pun meninggalkan saya dan Khoja Lisut di situ.

Sebaik saja batang tubuh datuk hilang di balik rimbunan pepokok di situ, Khoja Lisut tersedar dari pengsan.  Dia terus menjerit minta air.  Saya berlari ke gigi sungai mengambil upih.  Saya suruh dia gigit hujung upih.  Dalam panas terik itu, saya rasa kulit muka seperti terbakar.  Kepala Khoja Lisut bergerak ke kiri ke kanan, lidahnya terjelir, dia enggan menggigit hujung upih yang saya hulurkan kepadanya.

“Gigit” kata saya.

“Aku nak air, bukan ini,” sahut Khoja Lisut.

Saya terus menolak hujung upih ke mulunya.  Khoja Lisut tidak ada pilihan, dia terpaksa gigit hujung upih yang sudah diresapi air sungai.

Tiga kali gigit, Khoja Lisut tersedar dan terus muntah.  Saya lihat benda putih yang lekat pada lidahnya tertanggal sendiri.  Jatuh atas permukaan pasir berkeping-keping.  Kulit muka Khoja Kisut seperti udang kena bakar.  Khoja Lisut pengsan kembali.

Saya lari semula ke bawah pokok jati.  Sebaik saja saya duduk di akar jati, terdengar bunyi air sungai berkocak kuat.  Macam ada sesuatu yang mahu timbul dari dasar sungai ke permukaan air.

Saya bangun lalu merenung kearah lubuk dan gigi sungai.  Dua tiga kali saya gosok kelopak mata, saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang saya lihat.

Saekor buaya menimbulkan dirinya di permukaan lubuk dan berenang ke tepian.  Buaya itu merangkak atas pasir landai, renung kiri kanan mengawasi diri dari musuh.

Saya yakin, kemunculan buaya dari lubuk tersebut adalah untuk menjemur diri di pantai, mungkin juga untuk bertelur.

Memang, sejak saya melihat bentuk kawasan berpasir di selekoh sungai itu, hati saya sudah berkata yang kawasan itu memang menjadi kegemaran buaya berjemur atau bertelur.

Hal ini dikuatkan lagi dengan adanya sebuah lubuk di depan kawasan berpasir atau boleh juga disebut sebagai kawasan pantai sungai.

Saya menggigit jari, buaya yang merangkak itu tidak mengubah haluan.  Tetap menghala kearah Khoja Kisut yang terkulai pengsan.  Buaya itu pasti mengamuk, bila mendapati kawasannya dicerobohi oleh manusia.

Hati kecil saya terus berdoa: Oh, Tuhan kau selamatkan manusia yang bernama Khoja Lisut dari korban buaya.  Si malang itu, berada di situ kerana berubat.  Allah yang maha besar, selamatkanlah Khoja Lisut.  Dia sudah insaf dan menyesali perbuatannya yang lalu.

Doa saya bagaikan tidak diperkenankan oleh Tuhan.  Buaya itu terus merangkak mengheret tubuh kearah kepala Khoja Lisut yang tersembul di permukaan pasir.  Dalam debar bersama cemas itu, saya pejamkan mata.  Dan saya bayangkan dalam tempurung kepala saya begini.

GUGUR

Suara yang marah itu mengelilingi kepala Khoja Lisut beberapa kali.  Buaya itu mengangkat dan menggerakkan ekornya.  Dan sekali libas kepala Khoja Lisut terpisah dari badan, bergolek macam buah kelapa gugur.  Darah membuat-buak keluar dari sebahagian batang leher yang masih berada dalam pasir.

Buaya itu terus menggoncang kepala Khoja Lisut ke gigi sungai.  Titisan darah memanjang di pasir.  Perlahan-lahan buaya itu menenggelamkan tubuhnya di permukaan air sungai lalu membawa kepala Khoja Lisut ke dasar lubuk yang airnya bergerak tenang.  Beberapa saat kemudian buaya itu muncul lagi lalu menjulang tinggi kepala Khoja Lisut di permukaan lubuk.

“Tamarrrrrrrr…..”

Saya segera membuka mata, Khoja Lisut menggerakkan kepalanya ke kiri ke kanan.  Buaya yang hanya berada dalam jarak beberapa kaki saja dari kepalanya terus membukakan mulut dengan luas.  Giginya yang besar jelas kelihatan.

“Tolong aku Tamar.” Jeritan Khoja Lisut kian lantang.

Saya jadi serba salah.  Terfikir juga oleh saya untuk menjerit.  Tetapi, mana mungkin datuk dapat mendengar jeritan saya.  Lagipun, kalau buaya itu terkejut, kemungkinan besar bertindak balas lebih pantas untuk mematahkan kepala Khoja Lisut.

“Tolong aku Tamar, aku tak mahu mati di mulut buaya ni,” pekik Khoja Lisut.  Sepasang biji matanya terbeliak menyorot kearah mulut buaya yang ternganga.  Saya lihat buaya itu berhenti merangkak.  Agaknya, terkejut dengan kelantangn suara Khoja Lisut.

Rasa kasihan dan belas terhadap Khoja Lisut mula berbunga dalam hati.  Timbul hasrat untuk mengusir buaya tersebut.  Tanpa sedar, sepotong kayu sudah berada dalam tangan saya.  Di saat saya mahu melontarkan kayu kearah buaya, wajah datuk terbayang dalam ingatan.  Serentak dengan itu terngiang-ngiang suara datuk menyentuh gegendang teliga saya.

Saya segera membatalkan hasrat hati untuk menghalau buaya di dada pasir.  Kayu di tangan segera saya lepaskan.  Peluh terus mengalir di pipi dan di dahi.  Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?  Ternyata saya tidak dapat berbuat apa-apa.  Saya hanya pasrah kepada Allah saja.

Khoja Lisut berusaha berhempas pulas mahu mengeluarkan tubuhnya yang tertanam dalam pasir.  Saya mengedutkan dahi, melihat daya usaha seorang kenalan di saat-saat menghadapi bahaya.  Saya segera terfikir mana mungkin Khoja Lisut dapat mengeluarkan tubuh yang terbenam separas leher di perut pasir.

Pasir sekeliling lehernya nampak bermanik dan bercahaya akibat sinaran matahari yang kian terik.  Saya yakin sesiapa yang memijak pasir ketika itu tanpa sepatu akan menjerit kepanansan.

“Tolong aku.”

Suara Khoja Lisut amat lemah dan untuk kesekian kalinya dia terkulai pengsan.  Saya tetap macam tadi, masih terpaku di bawah pokok jati.  Panas terik membuat tekak terasa amat kering sekali.

“Maafkan saya, Pak Cik Khoja.”

Itu yang berkocak dalam diri.  Sepasang anak mata, saya arahkan ke lubang tempat buaya berendam.  Air di permukaan lubuk kelihatan tenang.  Kicau burung di hujung dahanrancak berbunyi.  Saya alihkan pandangan kearah Khoja Lisut.  Kasihan, dia masih terkulai pengsan.

Peluh terus memercik dimuka dan seluruh badan.  Angin yang bertiup tiada dapat memberikan kedinginan ke seluruh tubuh.  Dan buaya yang di dada pasir terus merangkak.  Sebaik saja muncungnya mahu mencecah rambut Khoja Lisut, buaya itu berenti merangkak.  Saya tergamam sejenak, buaya itu membuka mulutnya dengan luas sekali.  Batang giginya jelas kelihatan dan pada saat itu juga,saya terlihat lalat langau mengurungi mulut buaya di tengah panas yang terik.

Andainya,buaya itu bergerak ke depan sedikit dan merapatkan muncungnya, sudah pasti seluruh kepala Khoja Lisut berada dalam rahangnya.  Saya segera mencapai sepotong kayu yang berada di sebelah kaki kiri saya.  Sekiranya buaya itu mematahkan kepala Khoja Lisut, saya akan meluru ke arahnya lalu menikam matanya dengan kayu yang ada di tangan saya.

“Syukur.”

Itulah yang terluah dari mulut saya.  Buaya mengubah haluan kedudukannya.  Muncungnya yang terbuka dihalakan kearah saya.  Kemudian, mulutnya yang ternganga segera dirapatkannya perlahan-lahan.  Buaya itu mendekatkan badannya yang bersisik ke lubang hidung Khoja Lisut.

“Kalau dibiarkan lama-lama begitu, matilajh Khoja Lisut kelemasan,” fikir saya sambil mencari belah bagaimana mahu menghalau buaya tersebut.  Dalam saat saya berfikir, saya lihat buaya itu bergerak lagi.  Kali ini, muncungnya yang diarahkan kepada saya berubah haluan, dihalakan ke tepi sungai.  Dengan tiba-tiba saja buaya itu meluru ke lubuk macam ada sesuatu yang mengejarnya.

Air sungai yang mengalir tenang terus berkocak dan bergelombang, sebaik saja badan buaya mengempapnya.  Buat beberapa saat buaya tersebut terkapar di permukaan sungai.  Akhirnya perlahan-lahan menenggelamkan dirinya ke dasar lubuk.  Air sungai yang bergelombang mula beransur tenang.

Saya menarik nafas kelegaan, buaya yang mengancam nyawa Khoja Lisut sudah pulang ke sarangnya.  Semoga, buaya itu tidak akan datang lagi.  Begitulah harapan saya.

“Huhhhhh….”

Segera saya toleh kearah Khoja Lisut, ternyata dia baru sedar dari pengsan.  Dua tiga kali, Khoja Kisut menggerakkan kepalanya.

“Weeeeeeekkkkkkkkkk.”

Saya lihat Khoja Lisut muntah.  Dan muntah itu meresap ke dalam pasir.  Dari jauh saya dapat melihat muntahnya berwarna putih bercampur kemerah-merahan.  Macam nanah bercampur darah.  Muntah itu berlanjutan hampir setengah jam.

TELINGA

Setiap kali Khoja Lisut muntah, rambutnya seakan-akan menjadi tegak.  Mukanya nampak kembang.  Telinganya nampak merah.

“Aduh!!! rasanya semua isi perut aku nak keluar.  Tolong aku Tamar, aku dahaga, janganlah aku diseksa begini,”  Khoja Lisut merayu.  Saya segera mengambil daun keladi besar.  Saya berlari ke sungai.  Daun keladi besar yang sudah dibuat macam kelongsong segera saya isikan dengan air untuk Khoja Lisut.  Saya bersedia mahu melangkah kearahnya.

“Buuuuuummmmmmmmmmmmmmmmm.”

Terdengar sesuatu dari lubuk.  Kelongsong daun keladi besar di tangan terlepas.  Saya menoleh kearah lubuk.  Sang buaya menimbulkan muncungnya dengan sepasang mata yang tertonjol, merenung tajam kearah saya.

“Tuuuukkkkkk…..”

Saya menjerit dengan sekuat hati.  Tanpa disedari saya sudah berada di bawah pokok jati.  Badan mengigil dan terasa seakan-akan ada sang buaya mengekori saya.  Sepasang kaki menjadi lemah dan saya terus jatuh.

Antara sedar dengan tidak, saya terasa seperti ada orang berdiri di depan.  Walaupun sepasang kelopak mata tidak terkatup tetapi, saya tidak dapat melihat dengan jelas dalam keadaan panas yang amat terik itu.

Penglihatan saya agak kabur dan perpinar-pinar.  Pada saat itu juga saya terfikir, tidak mungkin yang terpacak di depan saya itu Khoja Lisut.  Dia tidak berkeupayaan mengeluarkan dirinya dari pasir.

“Kamu pitam, agaknya perut kamu kosong.”

Saya cuba mengamati suara itu.  Sudah pasti itu suara datuk.  Saya cuba manjawab, ternyata saya kehilangan suara.  Saya cuba menggerakkan tubuh, saya gagal.  Malah untuk menggerakkan kaki kanan saya tidak mampu.

‘Kamu lapar.”

Tubuh saya digoncang berkali-kali, kemudian ditegakkan lalu disandarkan dipangkal jati..Kalau tadi, kelopak mata saya tidak terkatup, kini macam ada kuasa tertentu yang memaksa kelopak mata saya terkatup rapat.

“Bangun Tamar, bangun.”

Badan saya terus di goncang.  Saya tidak terdaya melakukan sesuatu.  Anehnya, kicau burung dan suara Khoja Lisut yang berada di tengah panas dapat saya dengar dengan jelas.  Untuk menjawab pertanyaan datuk, saya tidak mampu.

“Kamu lemah semangat, kamu lemah semangat, kamu terkejut kerana terserempak dengan sesuatu yang tidak pernah kamu tengok sebelumnya,” cukup jelas suara datuk.  Apa yang dituturkannya itu memang benar.  Saya tidak tahu bagaimana mahu menyatakan ‘ya’ padanya.  Mahu bersuara, suara tidak keluar.  Mahu anggukkan kepala, batang leher jadi keras macam besi.

“Ha ini habuan kamu.”

Sebaik saja kata-kata itu berakhir, muka saya terasa dirimbas dengan daun kayu dan dituruti dengan pukulan ranting kayu bertubi-tubi di belakang saya.  Sakitnya terasa bukan kepalang.

“Aduhhhhhhh”

Saya menjerit sekuat hati.  Gemanya menguasai kawasan sekitar dan saya seperti terkejut.  Tidak yakin, apa yang saya dengar itu adalah suara saya sendiri.  Bagi mempastikannya, saya terus menjerit lagi.

“Aduhhhhhhh.”

Sudah sah, itu adalah suara saya.  Di saat saya berusaha mahu bangun, datuk membuka penutup botol  besar air (yang dibawa dari rumah) dan kepala saya dijirusnya dengan air.  Serta-merta saya melompat.  Bagaikan kilat datuk menyambarkan tangan saya lalu dikilaskannya ke belakang.  Saya ditolak ke kanannya hingga terjatuh.

“Apa yang kamu nampak, Tamar?”

“Buaya timbul dari lubuk.”

“Hum, bangun.  Bawa botol air ke tempat Khoja Lisut.  Jirus kepalanya dengan air ni, kalau dia dahaga beri dia minum,” datuk mengeluarkan perintah.  Tanpa banyak soal jawab saya ambil botol yang dihulurkan oleh datuk.  Saya mengatur langkah kearah Khoja Lisut.

MATAHARI

Dibawah sinar matahari yang terik, saya berdiri di depanKhoja Lisut.  Rasanya, tidak sopan berdiri di depan orang yang badannya hampir keseluruhan berada dalam pasir.

Bagi menghormati Khoja Lisut, saya duduk berdiri lutut sambil membuka penutup botol besar dan bersedia untuk menjiruskan air ke kepalanya.

“Tamar.”

Saya tidak jadi menjiruskan air ke kepala Khoja Lisut.  Saya segera memandang kearah datuk yang berada di bawah pondok jati.

“Bismillah dan selawatkan nabi.”

Saya segera anggukkan kepa.

“Mulakan sekarang, Tamar.”

Saya membaca bismillah dan terus selawat nabi.  Dan air dari perut botol pun jatuh atas kepala Khoja Lisut.  Lelehan air di bibir terus masuk ke mulut lalu diteguk penuh nafsu.

“Terima kasih, Tamar.”

Khoja Lisut dongakkan kepalanya, sepasang anak matanya yang kuyu merauti paras saya.  Bibirnya yang pucat Nampak kering, begitu juga dengan kulit mukanya.

“Aku dahaga,” ucapnya lagi. Ucapannya itu saya jawah dengan menganggukkan kepala.

“Haus, saya haus,”suara Khoja Lisut tidak bebarapa jelas.  Muncung botol  saya dekatkan ke bibirnya.  Perlahan-lahan punggung botol saya tinggikan.  Dengan berbuat demikian memudahkan Khoja Lisut meneguk air.

“Cukup Tamar, mari ke mari.”

Saya toleh kearah datuk.  Dia menggamit saya supaya segera mendekatinya.  Cepat-cepat muncung botol saya tutup.  Khoja Lisut mengeluh, dia bagaikan tidak merestui saya meninggalkannya.  Saya segera menghampiri datuk dan berdiri di depannya.

“Banyak kamu beri dia minum.”

“Sikit saja, tuk.”

“Hum….” Biji mata datuk menjeling kearah botol kosong yang saya pegang.  Botol kosong itu saya serahkan padanya.  Datuk letakkan botol kosong di atas akar pohon jati.

“Kamu pergti balik, makan nasi dan sembahyang Zuhur,” datuk keluarkan perintah.  Matanya tidak berkedip merenung batang tubuh saya, dari atas ke bawah dan bawah ke atas.  Tidak selesa rasanya saya dipandang begitu.  Saya jadi serba salah.

“Apa kata kamu Tamar,” biji mata terbeliak, macam mahu keluar dan saya serentak.  Saya sudah terlanjur.  Ungkapan saya keluar secara spontan dari mulut itu, benar-benar menyinggung perasaan datuk.

“Saya balik dulu, tuk.”

Itulah  helah saya, melarikan diri menghadapi kemarahan datuk.  Saya mempercepatkan langkah.  Kalau boleh saya mahu menghilangkan diri dengan sekelip mata di depan datuk.

“Tamar nanti dulu, aku tak suruh kamu pergi, kenapa kamu pergi? Kamu ni makin biadap.  Mari ke sini.”

Saya sudah melangkah beberapa ela darinya terpaksa sorot kembali dan terus berdiri di depannya.  Suara Khoja Lisut minta air, tidak dipedulikan oleh datuk.  Wajahnya masih masam.  Saya bersedia menerima apa saja kutukan dan sumpah seranah darinya.

Saya menarik nafas kelegaan.  Datuk menggigit dan terus mencari akar kayu untuk duduk.  Dia senyum kearah saya perlahan-lahan dia gelengkan kepala, agaknya dia terasa lucu dengan pertanyaan yang tidak wajar saya kemukakan kepadanya.

“Kamu tolong nenek kamu, apa yang patut.”

“Ya, tuk.”

“Kamu datang ke sini, bila kamu dah selesai sembahyang Asar.”

“Ah….” Terkeluar keluhan kecil dari mulut.

Kenapa mesti lepas sembahyang Asar.  Kenapa tidak selepas sembahyang Zuhur.  Kenapa mesti menolong nenek.  Apa yang datuk katakana itu memang praktikal.  Sepatutnya, lepas sembahyang Zuhur , saya mesti ke sini, melihat detik peristiwa yang dialami oleh Khoja Lisut.  Apa yang bergolak dalam dada tidak berani saya luahkan.  Terpaksa dipendamkan dalam kalbu.

“Masa kamu nak datang kemari, bawakan aku putik manggis tujuh biji, putik rambutan tujuh biji serta air masak dari putik pinang,” datuk memberikan pesan.  

“Jadi saya kena rebus putik pinang, tuk?

“Tak payah, semua barang-barang tu dah disediakn oleh nenek kamu.  Kamu cuma bawa saja ke sini.”

“Jalan terus ke rumah, jangan merayau-rayau ke mana-mana.” Itu pesanan terakhir dari datuk untuk saya, sebelum melangkah pulang.

Lebih kurang setengah rantai jarak antara saya dengan datuk, dan saya yakin datuk tidak dapat melihat pergerakan saya kerana dilindungi oleh pepokok kecil, saya erus berlari.  Pada saat itu juga saya menganggap diri saya terlepas dari cengkaman datuk.  Saya berlari dengan semahu-mahunya.

PINTU

Nenek yang secara kebetulan berdiri di depan pintu dapur tercengang melihat saya berlari tercungap-cungap kearahnya.  Tanpa menegurnya saya terus memanjat anak tangga dan duduk di muka pintu.

“Apa yang mengejar kamu, Tamar?”

“Tak ada apa-apa?”

“Habis kenapa kamu lari.”

“Seronok lepas dari kawalan datuk, saya lapar nek.”

“Hum….,” nenek gelengkan kepala, “dah sembahyang?” Susulnya lagi.  Saya Cuma mampu tersengih.

“Sekarang pergi bersihkan badan kamu, lepas tu sembahyang Zuhur, sementara kamu sembahyang biar aku siapkan makanan,” turut nenek sambial manggaru pipi sebelah kanannya.

“Macam mana kalau saya makan dulu, nek.”

“Tak baik begitu, bersihkan badan dan sembahyang dulu, barulah seronok makan.  Tuhan suka orang yang bersih, makan dalam keadaan penat dan badan kotor, kata orang makan bersama syaitan.  Kamu mahu makan sama syaitan, Tamar?”

“Heee…..tak mahu, saya kawan dengan syaitan.”

“Kalau tak mahu, kamu pergi mandi.  Buat apa yang aku cakap,” sambung nenek.  Dan saya segera menuju ke perigi.

Cakap nenek memang tepat, selesai menunaikan solat Zuhur, saya dapat menikmati hidangan makanan tengah hari dengan selesai dan bernafsu sekali.  Selesai makan saya tersandar di dinding merehatkan tubuh badan tetapi, kenikmatan itu hanya dapat saya rasai dalam waktu yang pendek.  Lepas makan duduk bersandar, memang pantang besar bagi nenek.

Kalau nak duduk tu, biarlah nasi jatuh ke perut dulu.  Pergi jalan-jalan atau buat kerja ringan.  Kamu tahu Tamar, orang yang makan kenyang kemudian duduk tersandar, minta celaka diri.”

“Apa ertinya cakap nek ni, saya tak tahu,” tanya saya.

“Minta papa kedana, pemalas.  Kalau diamalkan selalu, perut boroi, sakit urat-urat perut mudah datang.  Boleh jadi barah tahu, nanti perut kamu boleh meletup.”

“Saya tak mahu perut saya meletup,” saya terus menjerit dan melompat.  Sekaligus melakukan senaman.


Kongsikan Posting

Anda boleh klik butang di bawah untuk tanda.

SIRI 01 - SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
SIRI 02 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN
SIRI 03 - TERTIDUR DI RUMAH BUNIAN
SIRI 04 - KERETA DATUK TERSADAI DI TEPI JALAN
SIRI 05 - BERJAGA DI HUJUNG JAMBATAN
SIRI 06 - MELIHAT JEMBALANG AIR
SIRI 07 - TERKENCING DALAM SELUAR
SIRI 08 - MANUSIA BERKEPALA ANJING
SIRI 09 - PANJAT BILIK ANAK DARA
SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DI TENGAH MALAM
SIRI 12 - TOYOL JADI-JADIAN
SIRI 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA
SIRI 14 - BERSUAMIKAN HANTU RAYA
SIRI 15 - DIKEJAR MAYAT
SIRI 16 - KAIN DALAM PERUT GADIS
SIRI 17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI
SIRI 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
SIRI 19 - DIRESAPI SEMANGAT MONYET
SIRI 20 - MEMBURU RAJA PUKAU
SIRI 21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
SIRI 22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
SIRI 23 - ROH BAYI CARI IBU
SIRI 24 - PUAKA TIANG SERI
SIRI 25 - SUMPAH NASI TANGAS
SIRI 26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP
SIRI 27 - MANUSIA TANPA KEPALA
SIRI 28 - KUBUR BERASAP
SIRI 29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM
SIRI 30 - ILMU RAJA KELAWAR
SIRI 31 - RUMAH MISTERI
SIRI 32 - BOMOH HUJAN KENA UJI
SIRI 33 - MUNTAHKAN ULAT DAN PAKU KARAT
SIRI 34 - BERJANJI DENGAN SYAITAN
SIRI 35 - MENGUSUNG IBLIS TENGAH MALAM
SIRI 36 - PUKAU ULAR TEDUNG
SIRI 37 - TERKENA BADI BELIBIS
SIRI 38 - SUARA AZAN DALAM KOLAM
SIRI 39 - DENDAM ORANG SABAR
SIRI 40 - PEMUDA MENJERIT MALAM
SIRI 41 - BERKASIH DENGAN LANGSUIR
SIRI 42 - SEPASANG TANGAN BERBULU
SIRI 43 - BUAYA JADI JADIAN
SIRI 44 - SKANDAL PAWANG BUAYA
SIRI 45 - BADAN PAWANG BERASAP
SIRI 46 - BERJALAN ATAS ANGIN
SIRI 47 - BILA SYAITAN DATANG MENGUJI
SIRI 48 - BERTEMU IBU SANTAU
SIRI 49 - RAHSIA SEBUAH KOLAM
SIRI 50 - MANUSIA HARIMAU
SIRI 51 - RAHSIA SEORANG SAHABAT
SIRI 52 - SEBILAH KERIS ANEH
SIRI 53 - GHAIB DALAM BAS
SIRI 54 - PENUNGGU ROTAN SEMAMBU
SIRI 55 - MAMAT BUKIT YANG GAGAH
SIRI 56 - BOMOH TERJUN
SIRI 57 - SUMPAH SELADANG MERAH
SIRI 58 - ILMU PAPAN SEKEPING
SIRI 59 - KELAWAR PONTIANAK
SIRI 60 - LUMPUH DI KAKI
SIRI 61 - TULANG JARI DI DAUN KELADI
SIRI 62 - PUJA KUBUR
SIRI 63 - NISAN BERDARAH
SIRI 64 - ORANG BERJUBAH HITAM
SIRI 65 - DARAH DALAM MULUT GADIS
SIRI 66 - PENDEKAR TERBANG
SIRI 67 - PELIHARA ULAT TOKAK
SIRI 68 - PUJA LIDAH ANAK DARA
SIRI 69 - ILMU KAUM KUBU
SIRI 70 - BANTAL PELUK BERJALAN MALAM
SIRI 71 - DIBURU MANUSIA IBLIS
SIRI 72 - DITELAN PASIR
SIRI 73 - DISERANG KUCING HITAM
SIRI 74 - PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
SIRI 75 - TELAN DARAH DAN NANAH
SIRI 76 - UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
SIRI 77 - AKIBAT MALUKAN ORANG
SIRI 78 - KAKINYA DIPAUT BUMI
SIRI 79 - WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
SIRI 80 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 81 - DICAKAR KUCING HUTAN
SIRI 82 - HARTA KARUN DI KAKI CANGKAT
SIRI 83 - BUNUH JEMBALANG
SIRI 84 - BELAH PERUT BURUNG
SIRI 85 - KATAK GANJIL
SIRI 86 - LIDAHNYA KELUAR
SIRI 87 - TONGKAT BERUKIR KEPALA ULAR
SIRI 88 - MAYAT BERDIRI
SIRI 89 - CAWAN BERGERAK SENDIRI
SIRI 90 - ILMU PUKAU KUCING
SIRI 91 - CAHAYA DI LANTAI
SIRI 92 - BOMOH TUA BAWA BENCANA
SIRI 93 - MASIH DALAM UJIAN
SIRI 94 - PENJAGA AYAM HUTAN
SIRI 95 - DI KUNJUNGI GADIS WAKTU MALAM
SIRI 96 - HARIMAU DISANGKAKAN KUCING
SIRI 97 - UDIN TARZAN YANG TEWAS
SIRI 98 - TUBUH TERAPUNG DI UDARA
SIRI 99 - KAKI BERBULU
SIRI 100 - ORANG TUA MISTERI
SIRI 101 - MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
SIRI 102 - RAHSIA SEBUAH RUMAH TINGGAL
SIRI 103 - JAMUNG TENGAH MALAM
SIRI 104 - DIKUASAI SUARA ANEH
SIRI 105 - MANDI DI AMBANG PINTU
SIRI 106 - HARIMAU SEMBUNYI KUKU
SIRI 107 - MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN
SIRI 108 - NISAN BERGERAK
SIRI 109 - ILMU SUHAIMI KERABA
SIRI 110 - KURA-KURA MATA HIJAU
SIRI 111 - KELAWAR HISAP DARAH
SIRI 112 - KEPALA KE LANGIT
SIRI 113 - KITAB KEJAHATAN
SIRI 114 - HITAM SEPARUH BADAN
SIRI 115 - PULANG DARI KUBUR
SIRI 116 - BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
SIRI 117 - ILMU TELAPAK PASIR MERAH
SIRI 118 - KENA SERBUK TULANG
SIRI 119 - BAYANG HITAM DATANG LAGI
SIRI 120 - DIGANGGU MONYET BESAR
SIRI 121 - TETAMU CACAT
SIRI 122 - MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT
SIRI 123 - TUBUH TERBENAM DALAM PASIR
SIRI 124 - BADI EKOR BUAYA
SIRI 125 - BERBALU KAIN KUNING
SIRI 126 - TUBUH DI AWANG-AWANGAN
SIRI 127 - DIREJAM DENGAN BULUH KUNING
SIRI 128 - RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT
SIRI 129 - API KELUAR DARI KUBUR
SIRI 130 - SI TUA MISTERI DARI SOLOK
SIRI 131 - MENGGELETEK MACAM CICAK
SIRI 132 - BUKAN MUNTAH DARAH
SIRI 133 - RAHSIANYA MULA KETARA
SIRI 134 - LEMBAGA DI TEPI LAUT
SIRI 135 - KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN
SIRI 136 - LELAKI SERBA HITAM
SIRI 137 - DIBELIT ULAR GHAIB
SIRI 138 - ULAR KEPALA BUAYA
SIRI 139 - SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG
SIRI 140 - LAWI AYAM PEMBELAH PERUT
SIRI 141 - PULAU BERJALAN
SIRI 142 - GADIS JELITA JILAT DARAH
SIRI 143 - CAHAYA MISTERI DARI LAUT
SIRI 144 - RAHSIA SEBILAH PEDANG
SIRI 145 - ILMU SI BANGAU PUTIH
SIRI 146 - BERTARUNG DI BATANGHARI
SIRI 147 - DIUSIK PENUNGGU SUNGAI
SIRI 148 - MEMBUANG ANCAK
SIRI 149 - SYAITAN JADI DAMPINGAN
SIRI 150 - DITAWAN DARA KUBU
SIRI 151 - MISTERI KAIN HITAM
SIRI 152 - KETUANYA BOMOH WANITA
SIRI 153 - DENDAM BOMOH WANITA
SIRI 154 - CICAK HITAM DALAM BILIK
SIRI 155 - LEMBING PUAKA
SIRI 156 - MISTERI SENJATA LAMA
SIRI 157 - WANITA BERMATA SYAITAN
SIRI 158 - BERTANGANKAN KAKI HARIMAU
SIRI 159 - TERPENJARA DI RUANG MAYAT
SIRI 160 - MENGHADAPI UJIAN MAHAGURU
SIRI 161 - BALDI BERDARAH
SIRI 162 - SENAFAS DENGAN GURU
SIRI 163 - MAYAT DALAM GUNI
SIRI 164 - DENDAM TOK GURU
SIRI 165 - DIKEJAR MAKHLUK ANEH
SIRI 166 - LELAKI DARI KERINCI
SIRI 167 - WANITA DI RUMAH BATU
SIRI 168 - RAHSIA GADIS KERINCI
SIRI 169 - MENDENGAR SUARA GANJIL
SIRI 170 - DI BILIK MISTERI
SIRI 171 - MIA,GADIS HARIMAU
SIRI 172 - LEMBAGA DI PINTU
SIRI 173 - SAMION BONGKAR RAHSIA
SIRI 174 - GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
SIRI 175 - CALON SUAMI GADIS HARIMAU
SIRI 176 - MEMANGGIL MAHKLUK HALUS
SIRI 177 - JUMPA DI KUBUR LAMA
SIRI 178 - DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
SIRI 179 - KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
SIRI 180 - DIRASUK KUCING JANTAN
SIRI 181 - RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
SIRI 182 - JADI HAMBA IBLIS
SIRI 183 - MATANYA MULA MERAH
SIRI 184 - PENGAWAL BERTELINGA KUDA
SIRI 185 - MEREBUT GELIGA NAGA
SIRI 186 - ULAR HITAM JELMAAN JIN
SIRI 187 - SAKA NENEK MOYANG
SIRI 188 - BAHANA DURI IKAN PARI
SIRI 189 - TULANG PARI KELUAR DI LEHER
SIRI 190 - AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
SIRI 191 - KUBUR DI PANAH PETIR
SIRI 192 - MAKHLUK ANEH USUNG MAYAT
SIRI 193 - DAGING PIPINYA RELAI
SIRI 194 - TERAPUNG DI ATAS KUBUR
SIRI 195 - TERKAPAR DI PANGKAL POKOK
SIRI 196 - DIKEJAR ULAT BANGKAI
SIRI 197 - RAHSIA 4 PETI HITAM
SIRI 198 - TERKAPAR DI HALAMAN RUMAH
SIRI 199 - MAKHLUK HALUS DALAM DARAH
SIRI 200 - BERAKHIRNYA SEBUAH KUTUKAN
SIRI 201 - TAK DAPAT KAWAL PERASAAN
SIRI 202 - PEREMPUAN BEREKOR HARIMAU
SIRI 204 - TINGGALLAH DUKA TINGGALLAH SAYANG
SIRI 205 - DARA BERAT JODOH
SIRI 206 - DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH
SIRI 207 - MANUSIA KABUS
SIRI 208 - DARA DIMAKAN SUMPAH
SIRI 209 - DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SIRI 210 - MANGSA SUSUK IBU
SIRI 211 - SUSUK GADAI ANAK
SIRI 212 - ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG
SIRI 213 - TAK RELA MATI KATAK
SIRI 214 - DENDAM DUKUN BANTEN
SIRI 215 - LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
SIRI 216 - RAJA SUSUK MATI DI MASJID
SIRI 217 - MAYAT BERBAU WANGI
SIRI 218 - MENJUNJUNG SONGKOK HITAM
SIRI 219 - RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK
SIRI 220 - SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA
SIRI 221 - DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK
SIRI 222 - DISERANG MONYET JADIAN
SIRI 223 - DIUSIK MANUSIA KELUANG
SIRI 224 - DISERANG PONTIANAK
SIRI 225 - PENUNGGU BILIK
SIRI 226 - WANITA DALAM BILIK PAWANG
SIRI 227 - DI PINTU KEMATIAN
SIRI 228 - DENDAM WANITA HODOH
SIRI 229 - SEDUT TULANG BAYI
SIRI 230 - WANITA BERKAKI IKAN
SIRI 231 - PAWANG 99 ISTERI
SIRI 232 - HARUAN BESARKAN KEMALUAN
SIRI 233 - DUGAAN PERJALANAN
SIRI 234 - DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT
SIRI 235 - TERDESAK JADI HARIMAU
SIRI 236 - MANGSA RAJA SIHIR
SIRI 237 - DIRESAPI SEMANGAT HARIMAU
SIRI 238 - TERJEGIL BIJI MATA
SIRI 239 - DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
SIRI 240 - DIPEGANG JIN TANAH
SIRI 241 - DENDAM
SIRI 242 - JASAD JADI BATANG PISANG
SIRI 243 - TEPUK BUMI PETAKA TIBA
SIRI 244 - RAHSIA 3 MANUSIA TERBONGKAR
SIRI 245 - BAJU KOYAK AZIMAT BERTABUR
SIRI 246 - 3 MANUSIA LAKNAT TEWAS
SIRI 247 - DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG
SIRI 248 - TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN
SIRI 249 - MAKAN BERSAMA DI RUMAH TAJUDDIN
SIRI 250 - PEMUDA RAMBUT PANJANG
SIRI 251 - REBAH DI PINTU SURAU
SIRI 252 - PAK GURU MASUK PARIT
SIRI 253 - ANAK KAMI DISIHIR ORANG
SIRI 254 - TUK GURU SASAU
SIRI 255 - BOMOH KENA TENDANG
SIRI 256 - IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN
SIRI 257 - REBUT TOK GURU
SIRI 258 - SYAITAN DALAM DARAH
SIRI 259 - TANAM GELAS DENGAN TUMIT
SIRI 260 - DISERANG PENGIKUT SETIA
SIRI 261 - ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH
SIRI 262 - TUMBUK BUMI KAKI LEMBIK
SIRI 263 - SUARANYA TERSEKAT
SIRI 264 - DI TENGAH KAMPUNG TERPENCIL
SIRI 265 - SUARA KUDA DITENGAH SAWAH
SIRI 266 - GURU JADI HARIMAU
SIRI 267 - KUBUR MAHAGURU GHAIB
SIRI 268 - BERMALAM SAJA DI SINI
SIRI 269 - MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR
SIRI 270 - ORANG BETAWI
SIRI 271 - BILIK MISTERI
SIRI 272 - TENDANGAN MAUT
SIRI 273 - USUNG KERANDA REPUT
SIRI 274 - DIBAYANGI MAKHLUK ASING
SIRI 275 - TENGKORAK DI TENGAH JALAN
SIRI 276 - PERJALANAN DIHALANG
SIRI 277 - SELAMAT TINGGAL SHAFIE
SIRI 278 - MENCARI KETURUNAN PENDEKAR
SIRI 279 - IKRAR TURUNAN PENDEKAR
SIRI 280 - PENDEKAR ITU NAMANYA MAHRUF
SIRI 281 - PELURU DALAM BADAN ZUBIR
SIRI 282 - JAGUH ORANG MISKIN
SIRI 283 - PENDEKAR DIUGUT PEMANDU LORI
SIRI 284 - SELAMAT JALAN KAWAN
Newer Post Older Post

Telah Dibaca

Home

Lain-Lain Artikel

Chat Box